Keluarga SHATTIRS

Keluarga SHATTIRS
Assalamualaikum WBT

SHATTIRS Followers

Popular Posts

Friday, March 21, 2008

Aktiviti Bulan ini: Minda Intelektual Islam

1) Kelahiran Anak Ustaz Nik Shahir ( Nik Ahmad Usamah )



.::Ada Gaya Bakal Abi tak? (^_^)


2) Muktamar Sanawi PMRAM Kali ke 75

Tema: ~Julang Thaqafah Bakti Dicurah~



.::Barisan Perwakilan Tanta::.



.::Majlis Perasmian Oleh Us Asri Mat Daud::.


3) Eminent 2008(The Symposium Of Malaysian Students In Tanta)



.::Eminent 2008::.



.::Bermesyuarat Selepas Program::.

shattirs :Walaupun kesihatan tak mengizinkan,saya gagahkan diri ke Muktamar PMRAM kali ke 75 atas dasar SAYANGkan PMRAM,sebagai satu wadah dan kesatuan pelajar2 Malaysia di Perlembahan Nil ini.Juga mungkin buat penghargaan sahabat (Us Hairul Nizam) yang akan mengakhiri tugas beliau selaku PRESIDEN PMRAM sesi 2006 dan 2007.

shattirs: Title : How To Be A Good Leader?

5 Qualities Good Leaders Express:


1) Good leaders know themselves.

2) Good leaders are committed.

3) Good leaders know they don't know everything.

4) Good leaders are open to change.

5) Good leaders go to extra mile.

Brought to you by : shattirs

Sunday, March 16, 2008

Ulama in The Making


1)"Cita-cita saya nak jadi Ulamak" tegas Ali kepada rakan-rakanya..

2)"Erm,nampaknya Al-Azhar pilihan terakhir sebab tawaran ke UKM tak diterima" berkata Osman Jailani kepada ibunya...

3)"Bestnya engkau dapat belajar di Al-Azhar,aku nak ikut boleh tak" ?tanya Syattirah kepada rakanya Hurriyyah.

itulah beberapa senario yang dapat dilihat mahupun didengari saban tahun bahkan sudah menjadi lumrah bagi mereka yang memilih jurusan Pengajian Islam.

Acapkali juga istilah Ulamak in the Making menjadi bualan masyarakat di Malaysia,gahnya pelajar-pelajar Al-Azhar mahupun di Timur Tengah yang lain.Senario ini mengundang seribu persoalan adakah istilah itu benar-benar wujud mahupun hanya menjadi sebutan dibibir-bibir manis masyarakat sahaja?.Sinonimnya golongan agama samada di Malaysia dan Timur Tengah telah sedari melihat bahawa merekalah golongan yang bakal menjuarai masyarakat Islam dan menjawab pelbagai permasalahan hukum-hakam yang timbul.

Memang tidak perlu dinafikan bahawa masyarakat di Malaysia dan di Dunia amnya memerlukan golongan agamawan mahupun cendiakawan Islam untuk menjadi prodaksi pada kurun mahupun abad yang amat mencabar ini,umum mengehtahui kuasa globalisasi tanpa sempadan ini telah mengakibatkan Agama Islam memerlukan kepada pejuang-pejuang yang dapat membela seterusnya berjaya menegakkan kalimah Allah di muka bumi.Justeru,keadaan umat Islam yang lemah serta sering ditindas di seluruh dunia bagaikan mmerlukan ubat yang perlu segera diubati.Amat malang sekiranya ubat yang diperlukan itu,tidak sempurna yakni tidak mendapat piawai Pertubuhan kesihatan Dunia (WHO).

Akibatnya,umat islam akan makin parah dek kesalahan mahupun kealpaan sedikit sahaja kesilapan dalam membuat ubat tersebut.Formula yang terbaik perlu dicari bagi memastikan ubat tersebut menjadi azimat dan penyembuh yang baik dan mustajab.
Maka tidak hairanlah mengapa mutakhir ini,golongan yang digelar Ulamak in the making ini diperlekeh sedemikan rupa samada sedar mahupun tidak.Fenomena ini,jika dilihat dan dikaji adalah disebabakan oleh penyakit kita sendiri yang bergelar Mahasiswa Agama.Tanpa menuding jari kepada mana -mana pihak,saya pasti segala persoalan yang ditimbulkan oleh masyarakat akan dapat diatasi.Cuba berfikir?Adakah seorang abang akan dipersalahkan akibat memukul adik?selalunya yang kita lihat,si mak yang akan memarahi adik yang dipukul.!

Begitulah putaran kehidupan,andai disana ada satu formula bagi merungkai permasalahan ini daripada berterusan serta dapat pula meyakinkan masyarakat bahawa gelaran Ulamak in the making ini merupakan suatu gelaran yang mesti terpundak di bahu setiap pelajar agama dimana sahaja mereka berada.Sayugianya yang dapat disimpulkan disana wujud beberapa sebab musabab yang telah pun dikenal pasti yang merupakana punca mengapa sekilas pandangan yang mengatakan mahasiswa mahupun mahasiswi Al-Azhar lesu dan longlai dalam mendepani isu-isu ummah sejagat.

Jika masyarakat melihat kita sebagai puncanya,maka kita juga mesti membuktikan kepada mereka,kita juga ada jawapanya,jawapan yang pasti,jawapan yang akan menidakkan seribu macam persoalan yang ditimbulkan.!

~AGENDA MAHASISWA SEBELUM DAN SELEPAS~


1)Pada asanya,dapat saya ibaratkan Mahasiswa mahupun Mahasisiwi yang datang ke bumi Mesir ini amat lemah dan longlai dalam semua aspek,ini jelas dilihat berdasarkan perkembangan semasa yang berlaku mutakhir ini.Saya sendri pernah ditanya rakan-rakan di UK,Australia,USA dan beberapa negara di Timur Asia mengapa kedatangan pelajar-pelajar yang ingin blajar di Al-Azhar tidak di sekat dan diperhalusi sebaik mungkin.Umum menyedari mengapa pelajar-pelajar yang di hantar kerajaan di beberapa negara seperti UK,USA dan New zealand amat baik serta merupakan selayak-layak graduan.Mentaliti mereka diasuh dengan penuh konstruktif dan inovatif sehingga mereka mampu mengukir kejayan yang dapat membangakan negara.Ini jelas membuktikan dasar provakasi kerajaan terhadap golongan agama,walaupun saban hari mereka didedahkan dengan janji emas pekerjaan apabila pulang ke tanah air kelak.Apalah ertinya dalam melahirkan modal insan,aspek sebegini tidak diendahkan.

Bukan maksud saya untuk menidakkan peluang mereka yang memperolehi keputusan jayyid kebawah dalam peperiksaan STAM untuk menuntut ilmu di Perlembahan Nil ini,bahkan disana saya amat mengalu-alukan kehadiran lebih ramai ke bumi Mesir.Ini membuktikan kecintaan pada ilmu Allah semakin hari semakin baik dan diterima masyarakat Islam di Malaysia.Mugkin disana ada baiknya tetapi mugkin juga sebaliknya.Apa jua sebabnya yang menjadi persoalan,kerajaan perlu menyekat dan memperhalusi kedatangan pelajar-pelajar yang ingin mnyambung pengajian di Mesir.Hanya mereka yang layak sahaja dibenarkan,layak bermaksud,keputusan akdemik yang baik,tahap kesihatan yang baik,serta daya intelek seorang Mahasiswa yang meyakinkan sambil mempunyai tahap penguasaan bahasa yang baik samada bahasa Arab mahupun bahasa Inggeris.Saya amat yakin,jika situasi ini berjaya diubah,tiada lagi kedengaran buih-buih mulut yang mengatakan pelajar-pelajar di Mesir layu dan lemah berbanding Mahasiswa Perubatan,serta Mahasiswa Agama di tempat lain dalam dan luar negara.

2)Mutakhir ini,kita mungkin melihat senario kepelbagaian cita-cita yang jelas lari dari hadaf sebenar.Pelbagai pihak melihat situasi ini sebagai satu kurniaan ilahi bahkan ada pula yg melihat sebagai ketidaksuaian ketika keberadaan di gedung ilmu seumpama Al-Azhar.yang jelas,saya tidak menafikan amat perlu kita menguasai bidang selain ilmu Agama apabila pulang nanti,kemahiran-kemahiran sebegini memang penting bahkan sebagai nilai asas tambahan di masa hadapan,tetapi agak malang,bagi sebahagian golongan Azhari mahupun Azhariyat yang menyalahgunakan kurniaan tersebut,masa tergadai hanya kerana mahukan kepuasan,kebahagian terutamanya di dalam konteks kehidupan di Mesir ini.
Tidak salah untuk melahirkan Pakar kompter,pelukis yang baik,designer,penyampai radio,atau apa jua gambaran dalam konteks harini,tetapi alangkah baiknya jikalau setiap kelebihan yang dimilki Mahasiswa Al-Azhar dapat digunakan untuk kemajuan ummah sejagat dan seterusnya memajukan negara yang tercinta.Saya pernah menyebut perkara diatas kepada Prof. Dr Fauzi dari Kementerian Pengajian Tinggi semasa berkunjung ke rumah beliau di Putrajaya atas jemputan semasa beliau dan wakil KPT berkunjung ke Bumi Tanta Awal Mac 2007,tetapi agak malang,niat beliau hanya ingin memperkenalkan anak-anak perempuannya kepada saya.

Sebenarnya ,mugkin disana banyak lagi sebab musababnya,walaubagaimanapun,banyak kelemahan ini terkena pada Mahasiswa mahupun Mahasiswi Al-Azhar itu sendri.Kesannya,ia memerlukan tindakan segera daripada semua pihak samada yang menuding jari mahupun yang ditunding.Kita tidak perlu menyalahkan beberapa pihak andai diri kita belum sempurna,ingat!apabila 1 tangan menuju,baki 4 tangan lagi terkena pada diri sendiri.Golongan Agamawan di mesr ini perlu panas telinga apabila ada pihak-pihak di malaysia membandingkan mahasiswa di Mesir dengan mahasiswa di Timur Tengah yang lain seperti di jordan dan Syria.Yang jelas masyarakat dapat melihat kemampuan mereka apabila pulang ke tanah air.Tanpa menongak arus,kerjaya besar agama seperti pennsyarah,pegawai-pegawai agama,pakar-pakar syariah,penulis blog yang berjaya menarik jutaan pembaca sering dimanopoli oleh Mahasiswa dari Jordan,Syria dan di tempat-tempat lain.

Menjadi persoalan disini,dimanakah kita selaku Mahasiswa Al-azhar?Universiti tertua di dunia?yang digelar masyarakat dengan gelaran "Ulamak in the making?tepuk dada tanya iman,lepas tu muhasabah setiap malam agar ianya tidak berterusan untuk tempoh masa yang lama.Saya tak bermaksud untuk mengambarkan kepada mahasiswa dan mahasiswi Al-Azhar berkenaan peluang kerjaya apabila sudah tamat pengajian,jauh sekali di lubuk hati.Yakinlah rezeki itu milik Allah,bukannya milik beberapa golongan manusia.Yang penting mantapkanlah diri dengan pelbagai persiapan ilmu pengehtahuan serta sentiasa bersemangat waja untuk menjadi umat yang terbaik.Usah terpedaya dengan janji pekerjaan oleh pihak-pihak tertentu yang hanya ingin mengaburi mata dan fikiran mahasiwa dan mahasisiwi Al-Azhar.Tanpa disedari ilmu yang dipelajari hanya disebabkan menaruh cinta pekerjaan yang tiada berkatnya,agak malang ianya menjadi ilmu yang sia-sia.

Ingatlah!tanpa halangan menuntut ilmu,apakah hadaf sebenar kita datang ke bumi Al-Azhar?adakah kita di suruh bekerja?tugas kita hanyalah belajar dan belajar.tanpa mengabaikan aspek persatuan bagi melatih diri menjadi pemimpin masyarakat di masa hadapan.Saya amat yakin,itulah yang diharapakan oleh ibubapa kepada anak-anaknya yang memuntut ilmu di Al-Azhar,iaitu dengan mencapai keputusan yang baik serta dapat pula menjadi anak yang soleh dan solehah.Amin.

Berbaloikah ribuan wang ringgit yang dihabiskan tanpa mendapat natijah diri yang terbaik,jadi,fikir-fikirkanlah..!

Tekadkan dalam diri,aku mesti menjadi yang terbaik?setkan dalam minda,aku mesti berusaha untuk menjadi ilmuan Islam mahupun intelektual Islam suatu hari nanti.Sedarilah ,jika kita ingin melihat Islam tertegak di hadapan mata kita,seawalnya dulu mesti ditegakkan di dalam diri kita.kuasai pelbagai ilmu,menjuarai isu ummah,kuasai bahasa Arab dan Inggeris dengan baik dan lancar.Persediaan-persediaan ini amat perlu dilakukan oleh mereka yang digelar Ulamak in the making" supaya tohmahan demi tohmahan daripada masyarakat dapat dilenyapkan.Saya teringat pesanan Ustaz semasa di Kisas,beliau mengingatkan saya jangan menjadi golongan (khoroju kama dhaholu)yakni keluar dan masuk belajar Al-azhar sama sahaja,tiada perubahan.Mudah-mudahan menjadi pengajaran dan ingatan buat bersama supaya dapat mengapai nilai Islam yang sebenar dalam diri kita.Moga Allah memilih kita menjadi pejuangnya yang mana ikhlas dan amanah didalam perjuangan..insyaAllah!

shattirs: Kadang-kadang kita perlu "syadid" (tegas)untuk kemaslahatan ummah.Tanpa mengabaikan nilai mahupun aspek jati diri yang sebenar.

Ada kawan-kawan tanya saya,kenapa mendiamkan diri,tika mana ada pihak yang memburukan diri ini di dalam blog sahabiah,friendster mahupun didalam YM tentang kata-kata nista mahupun kata-kata fitnah,sehingga sangup menyamar mengunakan id shattirs saya? dan nick2 yang lain.??

shattirs: Diam adalah jalan terbaik,bukan maksud saya dengan mndiamkan diri tanda setuju dengan perbuatan tersebut.Masing-masing ada anugerah akal,jadi,gunakanlah dengan sebaik-baiknya.
Mungkin di entry yang lain,saya akan mengulas perkara tersebut dengan lebih panjang lagi..

Brought to you by: shattirs

Saturday, March 15, 2008

Keutamaan Membaca Al-Quran




Dari Abu Musa Al-Asy`ari berkata, Rasulullah bersabda: "Perumpamaan orang mukmin yang membaca Al Qur`an bagaikan buah limau baunya harum dan rasanya lazat.

Dan perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca Al Qur`an bagaikan kurma, rasanya lazat dan tidak berbau.

Dan perumpamaan orang munafik yang membaca Al Qur`an bagaikan buah raihanah yang baunya harum dan rasanya pahit, dan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca Al Qur`an bagaikan buah hanzholah tidak berbau dan rasanya pahit." Muttafaqun `Alaihi.

Merupakan suatu kewajiban bagi seorang muslim untuk selalu berinteraksi aktif dengan Al Qur`an, dan menjadikannya sebagai sumber inspirasi, berfikir dan bertindak. Membaca Al Qur`an merupakan langkah pertama dalam berinteraksi dengannya, dan untuk menghairahkan serta menghidupkan kembali keghairahan kita dalam membaca Al Qur`an, Dapatlah disampaikan beberapa keutamaan membaca Al Qur`an sebagai berikut :

1. Manusia yang terbaik.

Dari `Utsman bin `Affan, dari Nabi bersabda : "Sebaik-baik kalian iaitu orang yang mempelajari Al Qur`an dan mengajarkannya." H.R. Bukhari.

2. Dikumpulkan bersama para Malaikat.

Dari `Aisyah Radhiyallahu `Anha berkata, Rasulullah bersabda : "Orang yang membaca Al Qur`an dan ia mahir dalam membacanya maka ia akan dikumpulkan bersama para Malaikat yang mulia lagi berbakti. Sedangkan orang yang membaca Al Qur`an dan ia tergagap gagap dan merasa berat (belum fasih) dalam membacanya, maka ia akan mendapat dua ganjaran." Muttafaqun `Alaihi.

3. Sebagai syafaat di Hari Kiamat.

Dari Abu Umamah Al Bahilit berkata, saya telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : "Bacalah Al Qur`an !, maka sesungguhnya ia akan datang pada Hari Kiamat sebagai syafaat bagi ahlinya (iaitu orang yang membaca, mempelajari dan mengamalkannya)." H.R. Muslim.

4. Kenikmatan tiada tara

Dari Ibnu `Umar , dari Nabi bersabda : "Tidak boleh seorang menginginkan apa yang dimiliki orang lain kecuali dalam dua hal; (Pertama) seorang yang diberi oleh Allah kepandaian tentang Al Qur`an maka dia melaksanakannya sepanjang hari dan malam. Dan seorang yang diberi oleh Allah kekayaan harta maka dia infaqkan sepanjang hari dan malam." Muttafaqun `Alaihi

5. Ladang pahala.

Dari Abdullah bin Mas`ud berkata, Rasulullah s.a.w bersabda : "Barangsiapa yang membaca satu huruf dari Kitabullah (Al Qur`an) maka baginya satu kebaikan. Dan satu kebaikan akan dilipat gandakan dengan sepuluh kali lipat. Saya tidak mengatakan "Alif lam mim" itu satu huruf, tetapi "Alif" itu satu huruf, "Lam" itu satu huruf dan "Mim" itu satu huruf." H.R. At Tirmidzi dan berkata : "Hadis hasan shahih".


6. Kedua orang tuanya mendapatkan mahkota syurga

Dari Muadz bin Anas , bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : "Barangsiapa yang membaca Al Qur`an dan mengamalkan apa yang terdapat di dalamnya, Allah akan mengenakan mahkota kepada kedua orang tuanya pada Hari Kiamat kelak. (Dimana) cahayanya lebih terang dari pada cahaya matahari di dunia. Maka kamu tidak akan menduga bahawa ganjaran itu disebabkan dengan amalan yang seperti ini. " H.R. Abu Daud.

KEMBALI KEPADA AL QUR`AN

Sangat jelas bahwa kaum muslimin pada masa ini telah jauh dari Al Qur`an Al Karim yang merupakan petunjuknya dalam mengharungi bahtera kehidupannya (The Way of Life).

Firman Allah :
Berkatalah Rasul:"Ya Rabbku, sesungguhnya kaumku telah menjadikan al-Qur'an ini sesuatu yang tidak diacuhkan". (QS. 25:30)

Dan mereka (para musuh Islam) berusaha keras untuk menjauhkan kaum muslimin secara persendirian maupun berkumpulan dari sumber utama kekuatannya iaitu Al Qur`an Al Karim. Sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Al Qur`an Al Karim mengenai target rahsia mereka dalam memerangi kaum muslimin dalam firman-Nya :

'Dan orang-orang yang kafir berkata:"Janganlah kamu mendengar dengan sungguh-sungguh akan al-Qur'an ini dan buatlah hiruk-pikuk terhadapnya, supaya kamu dapat mengalahkan (mereka). (QS. 41:26)'

Jal Daston selaku bekas perdana menteri Inggeris mengatakan : "Selagi Al Qur`an masih di tangan umat Islam, Eropah tidak akan dapat mengusai negara-negara Timur." (Lihat buku "Rencana Penghapusan Islam dan Pembantaian Kaum Muslimin di Abad Moden" oleh Nabil Bin Abdurrahman Al Mahisy / 13).
Jauhnya umat terhadap Al Qur`an Al Karim merupakan suatu masalah besar yang sangat fundamental dalam tubuh kaum muslimin.

Perkara untuk mengikut petunjuk Allah melalui kitab-Nya, bukan sekadar perbuatan sunnah atau suatu pilihan. Firman Allah :
"Dan tidakkah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka.Dan barang siapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, dengan kesesatan yang nyata." (QS. 33:36)

Rasulullah bersabda :
"Sesungguhnya Allah mengangkat beberapa kaum dengan Kitab (Al Qur`an) ini dan menghinakan yang lain dengannya pula." H.R. Muslim.
Kerana itu jangan sampai kita mengikuti hawa nafsu mereka yang menyimpang dari garis yang tegas ini :
Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. (QS. 2:120)

Ringkasnya, ketika umat Islam telah jauh dari Kitabullah, maka musibah dan malapetaka serta segala jenis penyakit hati akan datang silih berganti, sebagaimana yang saat ini kita lihat sendiri berlaku secara jelas.

Kita berdoa kepada Allah , semoga Dia mengerakkan hati dan memudahkan langkah kita dan umat Islam lainnya untuk kembali kepada Kitabullah dan Sunnah Nabinya sehingga menjadi umat yang terbaik sebagaimana firman-Nya :
"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. (QS. 3:110)


Brought to you by: shattirs

Tuesday, March 11, 2008

PRU 12: 5 Negeri Di Kuasai Pembangkang



~ENTRY SHATTIRS KE 114~


Alhamdulillah,sepanjat-panjat rasa kesyukuran diatas nikmat kemenangan yang dikurniakan..Moga-moga kita selaku hambanya memanjatkan rasa kesyukuran diatas nikmat kemenangan dari ilahi.."

Kelantan kekal,manakala Perak,Selangor,Kedah,Pulau Pinang mahupun Wilayah Persekutuan
berjaya ditakluki..Syabas diucapkan kepada rakyat Malaysia..,umum menyedari gelombang rakyat sudah bermula,gelombang mahukan perubahan,kestabilan,keamanan dan kesejahteraan sebagai bangsa yang berdaulat..

Hanya itu kalamku ...mengenai PRU yang sudah berlalu,ayuh!gerakkan kekuatan untuk masa hadapan yang lebih Gemilang..TAKBIR!!

Brought to you by : shattirs

Tuesday, March 4, 2008

Eminent 2008 Kembali Lagi

~TEKAN PADA GAMBAR UNTUK MELIHAT RUANG YANG LEBIH BESAR~



~Logo Eminent 2008~


~Eminent 2007~

~..Program MEGA DPMT 2008..~
Marilah sama-sama kita meriahkanya.."

Brought to you by: shattirs

6630 Dalam Kenangan




~ HARI INI DALAM SEJARAH ~

4/3/08-TANTA: "Hari ini dalam sejarah..",begitulah bunyinya,kenapa saya berkata begitu??

Masakan tidaknya,henset kesayangan saya sejak di Tahun satu yang merupakan pemberian insan tersayang telah hilang dalam perjalanan ke kuliah pagi tadi..rasa sedih dan pilu terus menghantui diri ini,apakan daya,hati perlu terima dan redha atas pemergiannya.."

~2 ORANG SUSPEK YANG SAYA RAGUI~

1)MAKCIK ARAB (UMUR SEKITAR 45 TAHUN KEATAS)
Agak pelik,sebab tiba-tiba beliau duduk disebelah saya..??selepas nampak saya mendapat panggilan dari adik di Malaysia..!

2)WANITA ARAB BEKERJA (UMUR SEKITAR 30 TAHUN KEATAS)
Aksi beliau ketika hendak turun dari tramco memang amat-amat mencurigakan?

~SETELAH SIASATAN DILAKUKAN~
Memang terbukti,suspek ke 2 adalah orangnya,ada seorang remaja perempuan Arab yang nampak,tetapi agak malang,beliau lambat bagitahu,akan tetapi terima kasih diucapkan kepada beliau dan rakan-rakanya kerana banyak membantu saya untuk mencari mahupun menjejaki suspek tersebut.

~TERIMA UJIAN SEBAGAI SATU HIKMAH YANG TERSEMBUNYI~


Untuk makluman para pembaca,inilah kali pertama saya membawa Henset ke Kuliah sejak hampir 3 tahun disini..disebabkan saya sedang menunggu panggilan dari Keluarga di Malaysia..
Sebagai insan biasa yang banyak kelemahan ini,saya redha..mudah-mudahan ada hikmah yang tersembunyi.Doa saya untuk rakyat Palestin yang dizalimi Zionis Israel telah termakbul..(umum mengehtahui NOKIA banyak melabur di Israel),hajat di hati memang nak tukar tahun lepas,tetapi apakan daya,ku pasrah segalanya..!


~TERIMA KASIH RAKAN-RAKAN~

Rupanya wajah saya yang agak muram dan kelihatan sedih di kuliah tadi ada orang yang perasan,terima kasih Ibrahim,Ahmad Sulaiman diatas nasihat,pertolongan,mahupun kata-kata semangat,moga Allah membalas jasa kalian,insyaAllah..

shattirs: Sayang,bukan apa,dalam Henset tu banyak nombor rakan-rakan diseantero dunia.gambar-gambar peribadi mahupun video yang telah dirakam.Patutlah dua tiga harini seperti tak nak lekang,ada sebabnya. Nampaknya kena tukar nombor baru.."

p/s: Sekadar Luahan Hati.."

Brought to you by: shattirs