Keluarga SHATTIRS

Keluarga SHATTIRS
Assalamualaikum WBT

SHATTIRS Followers

Popular Posts

Saturday, May 23, 2009

Hukum SAFAR Wanita tanpa Mahram ~


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

SUMBER: LAMAN BLOG SALMAN MASKURI ~


Ini adalah hukum safar wanita tanpa mahram yang diambil dari Pusat Fatwa Mesir.

Ia mempunyai 3 keadaan.

Keadaan pertama: Wanita yang bermusafir dari tempat yang dia tidak mampu menzahirkan keislamannya.

Hukumnya: Pada keadaan ini tidak perlu kepada mahram.

Kenyataan Ulama:

Imam Qurtubi berkata dalam kitabnya "al-Mufhim":

Ulama bersepakat bahawa wajib seorang wanita musafir sekalipun tanpa mahram sekiranya takut berlaku sesuatu yang buruk pada diri dan agamanya.

Ulama Maliki, Syafie dan Hambali berpendapat wajib wanita berhijrah dari negeri kafir walau tanpa mahram.

Dalam kitab mazhab Maliki "Kifayatut Talib al-Rabbani" menyatakan:

Dikecualikan dari pengharaman musafir sehari semalam atau lebih tanpa mahram adalah wanita yang masuk Islam di negara Kafir Harbi (yang memerangi Islam). Sesungguhnya dia wajib keluar ke negara Islam."

Syeikh Syarbini dikalangan Ulama syafie telah berkata:

"Wanita boleh berhijrah dari negeri kafir berseorangan."

Imam al-Bahuti dikalangan ulama Hmabali berkata:

"Wajib berhijrah kepada orang Islam yang tidak mampu untuk menzahirkan agamanya di tempat yang dikuasai oleh pemerintah kafir atau pemerintah bid'ah yang menyesatkan seperti muktazilah dan syi'ah ke negeri Islam dan yang mengamalkan akidah sunnah. kewajipan ini bagi yang mampu, samada lelaki atau perempuan sekalipun tanpa gerombolan safar dan tanpa mahram."

Dalil kewajipan:

Firman Allah:

"Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh para malaikat dikalangan orang-orang menzalimi diri mereka sendiri dengan duduk di negara orang kafir. Para malaikat bertanya "Bagaimana dengan pelaksanaan agama kamu?" Mereka menjawab dengan meminta keuzuran "Kami tidak mampu melaksanakan agama" Para malaikat menjawab "Bukankan Bumi Allah adalah luas untuk kamu berhijrah ke tempat yang lebih baik. Tempat-tempat mereka hanyalah jahannam dan itulah seburuk-buruk tempat kembali." (97 ; an-Nisa)

Nabi saw bersabda:

أنا بريء من كل مسلم يقيم بين أظهر المشركين

"Aku berlepas diri dari orang Islam yang duduk di tempat orang2 kafir." Hr Abu daud

Keadaan yang kedua: Safar wanita untuk haji yang wajib.

Pendapat yang dipilih: Harus bermusafir dengan teman-teman wanita yang dipercaya.

Ini pendapat Mazhab Syafie, Maliki, Aisyah, Ato, Sa'id bin Jubair, ibnu Sirrin , Auza'ie dan mazhab az- zahiri.

Imam Nawawi berkata:

"Syarat wanita yang hendak menunaikan haji yang wajib hendaklah bersama suami, mahram atau sekumpulan wanita yang dipercayai."

Dalil pendapat ini:

Nabi saw bersabda kepada Udai bin Hatim:

فإن طالت بك الحياة لترين الظعينة ترتحل من الحيرة حتى تطوف بالكعبة لا تخاف أحدا إلا الله

"Sekiranya engkau panjang umur, nescaya engkau akan lihat seorang wanita akan bermusafir dari Hirah ke Makkah untuk melakukan tawaf di ka'bah tanpa sebarang perasaan takut melainkan kepada Allah." (Hr Bukhari- sahih)


Keadaan yang ketiga; Wanita musafir untuk safar yang sunat seperti ziarah, perniagaan atau tugasan ilmu.

Hukum: Ia terdapat perselisihan pendapat. Pendapat yang dipilih adalah harus dalam keadaan ini apbila bersama sekumpulan wanita yang dipercayai.

Ini adalah pendapat sebahgian ulama Maliki dan Syafie.

Dalam kitab "Mawahibul Jalil" karangan al-Khattab seorang ulama Maliki menyebut:

"Apabila wanita bersama sekumpulan wanita yang dipercayai yang mempuyai bilangan atau kelengkapan yang dianggap selamat maka tidak ada khilaf tentang pengharusan safarnya tanpa mahram dalam semua jenis musafir, samada yang wajib, sunat atau yang harus." (terjemahan ringkas)

Dalam kitab Majmuk karangan Imam Nawawi:

Cabang: Adakah harus wanita bermusafir bagi haji yg sunat, safar ziarah, perniagaan atau seumpamanya bersama sekumpulan wanita yang dipercayai atau seorang wanita yang dipercayai? ULama syafie ada dua pendapat. Ada yg membenarkan dan ada yang tidak membenarkan."

Dalil:

Dalil yang sama yang digunakan pada keadaan yang kedua.

Ini adalah ringkasan terjemahan dari kajian seorang pengkaji bahagian syariah Pusat Fatwa mesir. Kajian ini diakui oleh Prof Dr Abdullah Rabie, Prof Usul Fekah Universiti Al-Azhar.

Pendpat juga dipegang oleh Dr Yusuf Qardawi dalam kitab Halal haramdan Muhaddis syeikh Muhammad bin Ibrahim al-Kattani(sperti yg sy tanya kepada beliau).

Perhatian: Bagi keadaan kedua dan ketiga ada khilaf yang kuat. Kebanyakan ulama tidak membenarkan safar bagi keadaan ketiga.Oleh itu kita kena berlapang dada untuk berpegang mana-mana pendapat dan tidak memaksa orang lain berpegang pendapat kita.

kesimpulan: Para fuqaha bersepakat bahwa tidak boleh berseorangan tanpa mahram, suami atau wanita yang dipercayai. Nabi saw bersabda:

لا يحل لإمرأة تؤمن بالله واليوم الأخر أن تسافر مسيرة يوم وليلة إلا مع ذي محرم

"Tidak halal bagi wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat untuk bermusafir sehari semalam melainkan dengan mahramnya." (Hr Ahmad - sahih)

Oleh itu jangan wanita itu bermusafir bersendirian tanpa suami, mahram atau wanita yg dipercayai. Ia menyebabkan berlaku pelbagai jenayah dan fitnah.


Rujukan: Dar-alifta.org dan Sofwatul Ahadith as-Syarifah oleh Dr Abdul Qadir.



MAKLUMAN PENTING UNTUK SEMUA !!


Shattirs :Makluman untuk semua Azhari/ah mahupun pelajar Perubatan ke bumi Mesir,insyaAllah pihak PISANG (NGO Darussyifa')akan sekali lagi hadir di Ardul Kinanah ini untuk mengadakan program berbentuk pengisian mahasiswa/wi dan kursus siri 2 Perubatan ISLAM.

Oleh itu,jangan lepaskan peluang untuk hadir ke majlis mahupun program tersebut.Disini saya sertakan sedikit maklumat kertas kerja tersebut yang telah diberi oleh Us Trimizi Zainal Al-Hafiz (Wakil NGO PISANG UK)kepada saya selaku wakil pelajar di Mesir.



PROGRAM: PERANAN DAN CABARAN MAHASISWA ISLAM MERENTASI ARUS GLOBALISASI

TEMA : MAHASISWA ISLAM PEMANGKIN GENERASI KHAIRA UMMAH



TARIKH : 11 JULAI 2009/18 REJAB 1430 H


TEMPAT: RUMAH KUALA LUMPUR KAHERAH, MESIR



ANJURAN:

PERSATUAN MASYARAKAT MELAYU UNITED KINGDOM
(MELAYU UK)

PROFESSIONAL ISLAMIC SUPPORT AND NURTURE GROUP (PISANG)

DENGAN KERJASAMA:

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

JABATAN PENUNTUT PELAJAR MALAYSIA KAHERAH (JPMK) MESIR


1.0 Muqaddimah

Dewasa kini umat Islam menghadapi cabaran begitu besar dalam dunia globalisasi yang semakin menghampiri ke penghujungnya. Penindasan, peperangan, kekejaman,
kezaliman dan kemusnahan yang berlaku ke atas umat Islam, sudah tentu didalangi musuh-musuh Islam yang tidak mahu melihat kebangkitan Islam di seluruh pelusuk dunia. Gerakan dan usaha musuh-musuh Islam untuk menghancurkan umat Islam semakin hari semakin hebat tanpa menafikan, segala punca yang berlaku adalah kerana kelesuan dan kelemahan umat Islam sendiri.

Golongan mahasiswa Islam merupakan aset utama yang menjadi tunggak perjuangan bagi mengembalikan kegemilangan Islam yang pernah dicapai suatu ketika dahulu. Golongan mahasiswa juga berperanan sebagai penggerak dalam masyarakat yang sentiasa dalam kealpaan dan tidak sedar akan segala apa yang berlaku ke atas umat Islam di seluruh pelusuk dunia.

Sehubungan itu, Persatuan Masyarakat Melayu United Kingdom (UK) dan Professional Islamic Support and Nurture Group (PISANG) telah bercadang untuk menganjurkan program yang bertemakan “Mahasiswa Islam Pemangkin Generasi Khaira Ummah’’ dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Penuntut Pelajar Malaysia Kaherah (JPMK) Mesir. Program ini adalah julung kalinya diadakan bagi mendedahkan kepada mahasiswa tentang cabaran dan metodologi dakwah di peringkat dunia untuk bersama menggorak langkah mengembalikan generasi khaira ummah yang mampu bersuara dan berbicara mengenai persoalan dan isu-isu di peringkat antarabangsa. Program ini juga dapat menyedarkan kepada mahasiswa betapa pendekatan ini juga mampu membawa dunia Islam lebih maju kehadapan dan pandangan sempit dunia bukan Islam terhadap Islam dapat dipadamkan daripada kacamata dunia. Semoga usaha yang dilakukan akan menjadikan mahasiswa lebih bersedia memacu kepimpinan agama, bangsa dan negara pada masa akan datang.


2.0 Objektif

2.1. Mendedahkan kepada mahasiswa mengenai peranan dan cabaran menghadapi
persoalan dan isu-isu antarabangsa

2.2. Menjalin dan membina ukhuwah dikalangan mahasiswa.

2.3 Menyedarkan betapa penting ilmu-ilmu Islam yang tidak
memisahkan antara duniawi dan ukhrawi.

2.4. Memberi peluang kepada mahasiswa bertukar-tukar pendapat dan pandangan

2.5. Membina jaringan dakwah dikalangan mahasiswa yang kaya dengan ilmu dan
pengalaman.

2.6 Memberi pendedahan mengenai metodologi dakwah di peringkat antarabangsa

2.7. Menyatu dan membangunkan semula kekuatan mahasiswa yang sekian lama
beku dan lesu

3.0 Tema

“Mahasiswa Islam Pemangkin Generasi Khaira Ummah”

4.0 Anjuran

Persatuan Masyarakat Melayu United Kingdom (Melayu UK)

Professional Islamic Support and Nurture Group (PISANG)

5.0 Kerjasama

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Jabatan Penuntut Pelajar Malaysia Kaherah (JPMK) Mesir


6.0 Tarikh

11 JULAI 2009/18 REJAB 1430 H



7.0 Tempat


Rumah Kuala Lumpur Kaherah, Mesir


8.0 Sasaran Peserta

200 orang


9.0 Modus Operandi

Dalam merangka dan menjalankan program ini, kami telah merancang satu modus operandi yang sistematik supaya segala strategi dan matlamat program tercapai. Modus operandi ini terbahagi kepada dua tahap. Tahap-tahap itu ialah:

9.1 Menjaring hubungan awal

Adalah menjadi prasyarat utama mana-mana program untuk menjalinkan hubungan awal diantara tempat asal dan destinasi. Program ini juga akan memastikan setiap keperluan utama seperti tempat menginap, pengesahan dokumen-dokemen sah perjalanan, pengurusan bantuan kewangan dan lain-lain. Oleh itu, Program ini akan memohon kerjasama organisasi-organisasi berikut untuk memastikan matlamat program tercapai:


• Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Jabatan penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) Mesir
Persatuan Masyarakat Melayu UK
Professional Islamic Support and Nurture Group (PISANG)


9.2. Pembiayaan Program

Program seumpama ini memerlukan biaya kewangan yang besar. Oleh demikian, beberapa usaha akan dilancarkan bagi megumpul dana. Maka sokongan dan tajaan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Baitulmal dan mana-mana badan serta individu yang berkemampuan adalah sangat diperlukan dan dihargai.


10.0 Tentatif Program

10.1 Khamis (22 Jun 2009)/28 Jamadilakhir 1430 H

Mohd Trimizi b Zainal Timb. Professional Islamic Support and Nurture Group (PISANG) tiba di Kaherah

10.2 Ahad (28 Jun 2009)/5 Rejab 1430 H

Kuliah Perubatan Islam bertajuk ‘‘Gangguan Makhluk Halus, Sihir dan Penyakit Menurut al-Quran dan as-Sunnah’’ di Iskandariah


10.3 Isnin (29 Jun 2009)/6 Rejab 1430 H

3 orang delegasi dari London tiba di Kaherah


10.4 Selasa (30 Jun 2009)/7 Rejab 1430 H

Pertemuan dan perbincangan dua hala antara PISANG UK dan PISANG Mesir untuk projek jangka masa pendek dan jangka masa panjang di Mesir


10.5 Rabu (1 Julai 2009)/8 Rejab 1430 H-Selasa (7 Julai 2009)/14 Rejab 1430 H

Kuliah Perubatan Islam siri 1 di rumah Kuala Lumpur Kaherah, Mesir bersama Mohd Trimizi b Zainal Deputy Chairman Professional Islamic Support and Nurture Group (PISANG) jam 8mlm-10mlm

Kuliah Perubatan Islam siri 2 di rumah Selangor Kaherah, Mesir bersama Mohd Trimizi b Zainal Deputy Chairman Professional Islamic Support and Nurture Group (PISANG) dan Hamidi Abd Rahman Chairman Professional Islamic Support and Nurture Group (PISANG) jam 9pagi-11.30pagi

Khamis (2 Julai 2009)/9 Rejab 1430 H

Program Dialog (dalam Bahasa Inggeris) bertajuk : Confronting Islamophobia . Program bersama Sarah Hamidi dan Qurrotu Akyun dari PISANG UK dan Mahasiswa Mesir di Rumah Negeri Sembilan Kaherah, Mesir.

Sabtu (4 Julai 2009)/11 Rejab 1430 H

Program Dialog (dalam Bahasa Inggeris) bertajuk : Eradicating Prejudice Towards Islam : Making Ourselves Heard. Program bersama Sarah Hamidi dan Qurrotu Akyun dari PISANG UK dan Mahasiswa Mesir di Rumah Selangor Kaherah, Mesir.


Ahad (5 Julai 2009)/12 Rejab 1430 H

Program Dialog (dalam Bahasa Inggeris) bertajuk : Criticism on Islam: Freedom of Speech or Freedom to Insult?. Program bersama Sarah Hamidi dan Qurrotu Akyun dari PISANG UK dan Mahasiswa Mesir di Rumah Kuala Lumpur Kaherah, Mesir

10.6 Khamis (9 Julai 2009)/16 Rejab 1430 H

Bertolak dari Kaherah ke Iskandariah, lawatan ke Maktabah Alexandria dan Universiti al-Azhar cawangan Iskandariah, Mesir

10.7 Jumaat (10 Julai 2009)/17 Rejab 1430 H

Program dialog (dalam Bahasa Inggeris) bertajuk : Women and Society: Agents for Change. Program bersama Sarah Hamidi dari PISANG UK dan Mahasiswa Mesir di Iskandariah, Mesir

10.8 Sabtu (11 Julai 2009)/18 Rejab 1430 H

Forum

9.00 a.m : Ucapan Aluan Pengerusi

9.10 a.m : Ucaptama dari H.E Datuk Zainal Abdin Ab Kadir
Duta Besar Malaysia ke Kaherah, Mesir

10.00 am : Wacana Pertama:

Pengerusi:
Ustaz Zainuddin bin Ab Rahman
Education Attache Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK)
Mesir

Panel 1:

Y. Bhg Ustaz Abd Halid bin Sintol
(Pengarah Dakwah JAKIM)

Panel 2:

Mohd Trimizi b Zainal
Deputy Chairman Professional Islamic Support and Nurture Group
(PISANG)

Panel 3:

Hamidi b Abd Rahman
Chairman Professional Islamic Support and Nurture Group
(PISANG)&Presiden Persatuan Masyarakat Melayu United Kingdom



``Peranan dan Cabaran Mahasiswa Islam Merentasi Arus Globalisasi``

12.00 pm : Soal Jawab

1.00 pm : Makan tengahari & Solat Zohor

2.00pm : Wacana Kedua:


Pengerusi:
Ustaz Zainuddin bin Ab Rahman
Education Attache Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK)
Mesir

Panel 1:

Y. Bhg Ustaz Abd Halid bin Sintol
(Pengarah Dakwah JAKIM)


Panel 2:

Sarah Hamidi
Counsellor Professional Islamic Support and Nurture Group
(PISANG)

Panel 3:

Hamidi b Abd Rahman
Chairman Professional Islamic Support and Nurture Group
(PISANG)&Presiden Persatuan Masyarakat Melayu United Kingdom


”Menghadapi Cabaran Kemodenan dan Isu Semasa : Peranan Dan Gelombang Suara Mahasiswa di Kacamata Dunia”

4.00p.m : Sesi soal Jawab

5.00p.m : Bersurai


10.9 Ahad (12 Julai 2009)/19 Rejab 1430 H

Program ramah mesra Y.Bhg Ustaz Halid bin Sintol Pengarah Dakwah JAKIM dan Hamidi bin Abd Rahman Chairman Professional Islamic Support and Nurture Group (PISANG) bersama pegawai kedutaan dan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) Perbincangan mengenai penubuhan PISANG Mesir dan perancangan program tahun 2010 bersama Y.B.’ Senator Mejar Jeneral (B) Dato’ Haji Jamil Khair bin Haji Baharom Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Haji Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz Ketua Pengarah JAKIM, Prof Dato Dr.Haron Din Penasihat Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia, Darussyifa’ dan Penasihat Professional Islamic Support and Nurture Group (PISANG) bersama 2 orang tenaga pengajar Darussyifa’ dan Dato Ismail Kamus Penasihat Persatuan Perubatan Islam Malaysia Darussalam

10.10 Isnin (13 Julai 2009)/20 Rejab 1430 H

Program ramah mesra Y.Bhg Ustaz Halid bin Sintol Pengarah Dakwah JAKIM dan Hamidi bin Abd Rahman Chairman Professional Islamic Support and Nurture Group (PISANG) bersama mahasiswa di Rumah Selangor jam 9pagi-11pagi dan pertemuan bersama PISANG Mesir di Rumah Johor jam 8mlm-10mlm


10.11 Selasa (14 Julai 2009)/21 Rejab 1430 H

Y.Bhg Ustaz Halid bin Sintol Pengarah Dakwah JAKIM dan Mohd Trimizi b Zainal Timb. Professional Islamic Support and Nurture Group (PISANG) pulang ke Malaysia


10.12 Rabu (15 Julai 2009)/22 Rejab 1430 H

3 orang Deligasi PISANG UK melawat Kaherah (Masjid al-Azhar,Universiti al-Azhar Piramid dan Giza)

10.13 Khamis (16 Julai 2009)/23 Rejab 1430 H

3 orang deligasi PISANG UK pulang ke London


11.0 Jawatankuasa

Penaung : H.E Datuk Zainal Abdin Ab Kadir
(Duta Besar Malaysia ke Kaherah, Mesir)

Penasihat I : Ustaz Zainuddin bin Ab Rahman
(Education Attache Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK)
Mesir)

Penasihat II : Ustaz Hj. Abd Halim bin Hj Saljadi
(Pegawai Rumah Selangor Kaherah Mesir)


Penyelaras : Professional Islamic Support and Nurture Group (PISANG)
Mesir


Video Khas shattirs

Sheikh Salah Budair-->IMAM Masjid Nabawi,Madinah ~




Brought to you by : shattirs

Friday, May 15, 2009

seindah MAWAR berduri



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد


Oleh : Ahmad Baei Jaafar

Sumber : Cina Islam : Idhamlim ~

Sebelum sesuatu pasangan hendak diijabkabulkan, Penolong Pendaftar Nikah (juru nikah) akan bertanya kepada pengantin sesuatu yang asas tentang Islam dan perkahwinan. Antara soalan yang penting ialah, apa yang wajib bagi suami setelah diijabkabulkan?

Kebanyakan bakal suami memberi jawapan yang agak betul, iaitu memberi nafkah zahir dan batin. Apabila ditanya apakah yang dimaksudkan dengan nafkah zahir, dia menjawa, beri makan minum, pakaian dan tempat tinggal. Jawapan yang cukup cemerlang.

Tetapi apabila ditanya apa pula yang dimaksudkan dengan nafkah batin, dia terdiam tidak dapat menjawab. Biasanya kalau tidak menjawab adalah kerana tidak tahu atau malu nak jawab. Ya, dalam soalan ini ternyata dia malu hendak menjawab.

Kenapa dia malu? Dia malu kerana jawapan yang dimaksudkan ialah seks. Itulah sebabnya dia tersipu-sipu nak jawab. Tetapi benarkah jawapan itu? Di sinilah kesilapan umat Islam yang jawapan itu telah lama diwarisi entah sejak bila.

Sebenarnya, jawapan itu salah kerana nafkah yang sebenarnya hanya satu itu nafkah zahir. Tetapi boleh juga disebut nafkah batin dengan merujuk kepada memberi didikan ilmu agama kepada isteri. Batin atau jiwa isteri perlu dididik ke arah kebaikan dan ketakwaan serta keimanan. Nafkah inilah yang sering diabaikan oleh suami. Dan atas sebab itulah mengapa berlaku masalah rumah tangga yang sukar diselesaikan.

Menyentuh soal seks, suka dijelaskan di sini bahawa ia satu keperluan yang Allah sediakan kepada makhluknya. Allah bekalkan keinginan seks kepada manusia sama seperti yang diperlukan binatang. Tetapi keperluan itu dibezakan dengan perkahwinan yang sah untuk menambahkan keharmonian rumah tangga.

Allah sebutkan dalam al-Quran, “kamu pakaian bagi mereka dan mereka juga pakaian bagi kamu,” (al-Baqarah) adalah hendak menunjukkan betapa lelaki dan perempuan itu saling memerlukan. Maka seks itu adalah pengikat kasih sayang selain anak yang dilahirkan hasil hubungan intim antara pasangan itu.

Walau bagaimanapun hubungan seks halal ini sering diabaikan oleh pasangan sama ada suami atau isteri kerana tidak memahami peranan dan fungsi di atas. Malah sesetengahnya menganggapnya kotor atau kerja sia-sia yang sekadar melepaskan nafsu syahwat sahaja.



Oleh sebab itu kita lihat, ada suami yang lebih sebuk dengan kerja lalu lupa hendak bermesra dengan isteri. Ada juga isteri yang sebuk dengan urusan kerja baik dalam rumah atau luar hingga tidak berpeluang untuk bermesra dengan suami.

Kemungkinan mereka berdua ada masalah, tetapi tidak cuba diselesaikan dengan cara yang baik sehingga akhirnya menjadi kudis dan barah. Sebenarnya beberapa kes yang pernah dirujuk kepada saya, suami mengadu isteri tidak mahu menyerahkan dirinya kepada suami setelah empat tahun berkahwin.

Tetapi apabila bertanya punca, jawapan yang diberi oleh suami dan isteri sering bercanggah. Mereka sering tuduh menuduh. Namun apabila persoalan yang sama ditanya pada sesi temu bual tertutup secara empat mata, isteri mengakui tidak mendapat kepuasan seks setiap kali bersama suami.

Jadi, berdasarkan jawapan itu boleh disimpulkan bahawa ramai suami dalam kes seumpama ini tidak mengambil berat soal kepuasan seks isterinya. Padahal keperluan ini perlu diberi perhatian sama dengan keperluan makan dan minum dan sebagai.

Oleh sebab itu perkara ini perlu diberi perhatian oleh kedua-dua belah pihak secara jujur. Suami perlu berterus terang dengan isteri jika ada masalah kesihatan. Dan isteri juga perlu berterus terang dengan suami jika ada kekurangan yang boleh menjejaskan hubungan.

Ingatlah jika kedua-dua pihak boleh membaiki kelemahan masing-masing mereka mampu memanjangkan hayat perkahwinan mereka. Selain itu, lelaki yang bergelar suami harus sedar bahawa mereka telah berbelanja besar untuk berkahwin malah sesetengahnya hutang bertahun-tahun. Tentulah tidak wajar suami sanggup membiarkan wang yang dilaburkan itu habis begitu sahaja.

Jadi, binalah perkahwinan dengan sebaiknya melalui kesefahaman yang jitu. Manakala isteri perlu setia dengan hubungan itu dengan saling memahami keperluan di atas kerana suami lazimnya sentiasa mengharap belaian kasih sayang isteri sepanjang hayat sama seperti malam pertama.


Shattirs : Acapkali tajuk mahupun topik ini dibicarakan.Mana mungkin tidak penting melainkan peranan Baitul Muslim serta kesan implikasinya kepada kehidupan didunia ini dan di akhirat sana.Apa yang ingin saya nyatakan disini, bukanlah berkisar tentang ciri-ciri lelaki mahupun perempuan idaman, tetapi betapa pentingnya memilih pasangan hidup yang ada fikrah 'perjuangan' sebagai salah satu jaminan istiqamah di medan dakwah ini. Saya tidak mengatakan Baitul Muslim ini adalah segala-galanya, namun mungkin segala-galanya boleh bermula dengan Baitul Muslim.

Kalau tidak, masakan Imam Hassan Al-Banna menggagaskan hierarki kedua ke arah pembentukan daulah islamiyah ini adalah pembinaan "Baitul Muslim". Penting untuk mempunyai pasangan yang faham fikrah perjuangan Islam ini, ketepikan dulu perjuangan dengan manhaj yang bagaimana, asalkan mahu dan sedia berjuang untuk Islam. Pasangan yang sama-sama saling memahami tugas dan taklifan memperjuangkan fikrah suci Islam ini akan lebih mudah berdepan dengan pelbagai cabaran dan halangan di alam rumahtangga nanti.

Jika ditakdirkan itu jodoh yang Allah tentukan untuk diri kita,maka terimalah dengan seadanya,walaubagaimanapun keadaanya.Tanpa kita sedari,itulah pilihan yang terbaik untuk kita bagi membina Baitul Muslim yang diredhai Allah hatta' mendapat keberkatan diantara pasangan suami isteri.

Ustaz Hasrizal pernah kata, orang dakwah macam kita ini ada yang tidak tahu seni bercinta. Mungkin mereka hanya nampak BM itu benar-benar untuk perjuangan Islam sehingga menolak soal fitrah manusia.Jadi,sama-samalah meningkatkan seni bercinta antara suami dan isteri supaya CINTA KITA SAMPAI KE SYURGA. ~

Ermm,,cakap memang senang kan? Tapi apapun yang kita nak buat, memang kena cakap. Kalau tak cakap kita tak ingat dan tiada sesiapa yg mengingatkan.


~ SANAH HELWAH SAHABATKU ~


::Sebelum berangkat ke Tanah Suci::

~ Kullu sanah wa-nta bikhair ~

Shattirs :
Selamat ulang tahun kelahiran yang ke 24 buat sahabatku Mohammad Ibrahim Mansor ( Abu Nasri).Moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki hendaknya,insya Allah.

Walaupun tarikh lahirmu pada 18/5/2009,tetapi diriku ingin mengucapkan lebih awal dek kerna peperiksaan fasa 2 sedang berlangsung justeru mana mungkin diriku meng-update blog masa itu.

Moga sama-sama menjadi Pejuang agama Allah.

&

Sama-sama dapat melihat kebangkitan ISLAM di masa depan serta dapat pula membantu perjuangan dan gerakan ISLAM untuk menegakkan Daulah Islamiah".

Brought to you by : shattirs

Tanta Scan,TANTA
4.30 p.m


Tuesday, May 12, 2009

Cinta ilahi Cinta HAKIKI..



::Carilah CINTA hakiki hanya pada-NYA::


MARI MENYINTAI-NYA ~


Seorang anak terburu-buru datang ke hadapan ayahnya, menghulur tangan untuk meminta wang saku.


“Cepatlah ayah, dah lambat ni,” kata si anak dengan nada mendesak.


Si ayah menyeluk poket seluar lalu memberi tanpa banyak tanya. Pantas tangan si anak mencapai wangnya. Tiada ucapan terima kasih apatah lagi memberi salam sebelum berlalu pergi.


Esoknya, si anak berjalan-jalan pula bersama ibunya ke sebuah pasaraya.


“ Ibu, baju di kedai itu cocok dengan warna kulit saya. Saya nak ibu belikan, “ desak si anak dengan wajah mengharap. Ibu yang baik hati tidak sanggup menghampakan. Si anak menerima dengan senyum bangga. Apa sahaja yang diminta, pasti dipenuhi oleh ibu dan ayahnya.


Lusa, sekali lagi si anak meminta.


“ Ayah, untuk ulangtahun kelahiran saya nanti, saya nak ayah belikan basikal ini sebagai hadiah,” ujar si anak sambil tersenyum-senyum menunjukkan gambar basikal idamannya.


“ Saya sudah berjanji mahu berbasikal bersama kawan-kawan ke sekolah,” si anak menambah tanpa sempat si ayah berkata sepatah.


DI KETIKA YANG SAMA ~


Di sana sini ada tangan-tangan yang menadah meminta kepada Pencipta Yang Maha Agung.


“ Ya Allah , kurniakanlah aku kejayaan dalam peperiksaan yang bakal menjelang. Peperiksaan yang bakal menentukan hala tuju hidupku di masa depan. Agar kelak aku dapat berbakti untuk agama, bangsa dan tanah airku ini.”


“ Wahai Tuhan Yang Maha mendengar, berikan aku kesihatan agar dengannya aku dapat berusaha mencari sesuap nasi. Seterusnya aku dapat memberikan kebahagiaan kepada keluargaku. Jauhkanlah bala bencana dan juga penyakit-penyakit berbahaya….”


“ Wahai Zat Yang Maha Kaya, kurniakan aku rezeki yang melimpah ruah agar dengannya aku tidak meminta-minta kepada selain dari Mu. Juga aku dapat berbahagi bahagia dengan orang-orang susah dan memerlukan di sekelilingku.”


“ Ya Allah, hatiku kini dipenuhi cinta kepada manusia. Izinkanlah dia sebagai pasangan hidupku, agar kami dapat membina keluarga bahagia berpaksikan mawaddah wa rahmah. Keluarga sakinah yang dapat meneruskan generasi soleh untuk hari akan datang.”


Dan bermacam bentuk lagi permintaan kepada Allah Azza wa Jalla.


Si anak meminta kepada ayah dan ibunya, manakala yang diciptakan memohon pula kepada Pencipta mereka. Ada persamaan pada kedua-duanya.

KITAKAH ITU ?


Bagaimana agaknya perasaan kita sebagai ibu atau bapa sekiranya anak bersikap begitu ? Kerap meminta, tapi jarang berterima kasih sekadar untuk berbudi bahasa. Apakah kita sedih, terkilan, kecewa, marah atau..Cuba kita merenung ke dalam diri sendiri. Sikap tersebut sebenarnya pernah ada, sedang dan akan terus mendarah daging bersatu dengan nyawa kita. Selamanya, sehingga kita dibawa pergi mengadap Yang Maha Esa.

Itulah sikap kita terhadap Pencipta. Umpama si anak yang hanya tahu meminta tapi sangat culas membalas dengan rasa kepadaNya. Tiada rasa kasih berinti cinta. Bayangkan kepedihan di hati apabila si anak meminta namun riak di wajahnya tidak pernah menunjukkan rasa cinta dan kasih di hatinya kepada yang ‘memberi’ iaitu ibu bapanya. Alangkah sakitnya bila cinta yang dihulur tidak bersambut. Hanya bertepuk sebelah tangan, tiada balasan.


Pedih atau tidak andai si anak yang meminta sesuatu kepada si ayah bukan kerana cinta kasihnya kepada ayah dan ibu, tetapi kerana kerakusan nafsu kehendaknya semata ?


Itulah permintaan dan permohonan yang kering tanpa cinta dan kasih mesra. Yang diminta tidak lagi dilihat sebagai tempat bergantung dan menabur kasih, tetapi berubah sedikit demi sedikit seumpama ‘kuli’, dan akhirnya keadaan yang berlaku umpama ibu bapa menjadi hamba kepada anak. Itulah antara tanda hampirnya kiamat. Nantikan saja kehancuran dan kebinasaan dunia.


::Anak adalah amanah dari-Nya::

Kita mahu dicintai tapi kita sendiri tidak menyintai, adilkah begitu?


Dulu kita meminta berjaya dengan cemerlang. Lalu Allah memberi kita kejayaan gemilang. Tapi kita membalas dengan bermalas-malas mengerjakan sembahyang. Lebih buruk lagi, ada setengah orang sembahyang pun sudah mula ‘curi-curi tulang’. Solat yang wajib pun jarang-jarang, solat sunat apa nak dikenang. Sungguh, Allah kita tidak sayang!


Suatu ketika, kita meminta diberi rezeki. Siang dan malam kita merintih. Lalu Allah memberi, tapi kita lupa membalas budi. Rezeki yang melimpah ruah, semakin menjauhkan kita dari bersifat pemurah. Banyak berkira walau untuk sedekah. Inikan pula untuk beramal jariah. Sungguh, suruhan Allah kita tidak endah!


Pernah dulu kita meminta dikurniakan pasangan bahagia. Lalu Allah memberi, tapi sekali lagi kita lupa diri. Kita kata hendak bina ‘Rumahku syurgaku’, tapi yang berlaku jauh dari yang Allah mahu. Isteri dan anak-anak tidak ikut syariat, suami yang juga ayah hanya memandang tanpa rasa bersalah. Keseronokan dunia jadi keutamaan. Urusan akhirat, buat yang mana sempat. Esok lusa boleh bertaubat. Baik suami mahu pun isteri, masing-masing tidak bersunguh-sunguh mengerjakan perintah Ilahi. Sungguh Allah kita tidak kasihi!


BILA WAHYU BERBICARA ~


Ada suara-suara yang bertanya, salahkah kita meminta-minta. Bukankah Allah itu Maha Kaya, kerana Allah sendiri telah berfirman yang maksudnya :


“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku..”


Nanti dulu. Jangan terburu-buru. Jangan biarkan nafsu berterusan menipu. Cuba baca sehingga akhir ayat. FirmanNya lagi yang bermaksud :

“…maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” ( Surah al Baqarah ayat 186 )


Berdoa bukan saja suatu ibadat. Malahan ia merupakan suatu alamat ( bukti dan tanda ) pengakuan kita kepada Allah, Tuhan yang berhak disembah. Memohon dan meminta-minta kepada Allah sebagai pengiktirafan bahawa hanya DIA yang Maha Berkuasa memenuhi segala hajat manusia. Ayat ini sering kita ulangi setiap rakaat solat fardhu mahu pun sunat, iaitu firman Allah SWT yang bermaksud :


“Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.” ( Surah al Fatihah ayat 5 )


Namun, kita adalah manusia yang selalu lalai dan leka. Lain yang diperintah, lain pula yang kita laksana. Semuanya gara-gara salah dengar dan silap memahami. Mendengar tidak sepenuh hati. Memahami hanya yang serasi dengan naluri. Arahan yang tidak kena dengan jiwa ( baca : NAFSU ) kita abaikan saja. Belum dapat kita berjanji macam-macam, bila apa yang diminta sudah berada dalam genggaman, janji lain pula yang kita sulam.


Benarlah bila mana Allah SWT berfirman :


“ Dan sedikit sahaja hambaku yang bersyukur “ ( Surah Saba' ayat 13 )


TANGGUNGJAWAB TERASA BAK BEBAN ~


“ Ha..cepat apa lagi yang nak dibeli ni? abang ada banyak kerja lagi selepas ni,” kata seorang suami yang sedang membeli belah bersama anak dan isteri.

Si isteri yang sedang memilih barang, terhenti keinginan untuk membeli. Keluar bersama yang dirasakannya mampu menyemarak hubungan kasih dan mesra sesama keluarga, rupa-rupanya hanya sekadar memenuhi kewajipan tapi kosong dari rasa cinta. Segalanya kerana terpaksa demi memenuhi kewajipan berkeluarga.

“ Tak apalah, bang. Cukup dah rasanya ni,” jawab si isteri serba salah. Anak-anak pula hanya memandang dengan perasaan gelisah.

“ Mengapa ayah selalu terburu-buru. Tidak bahagiakah keluar bersama kami ?” demikian detik hati anak-anak.

Mungkinkah begitu juga hubungan kita dengan Allah yang Menciptakan. Tanggungjawab yang diperintahkan seperti solat, puasa, membayar zakat dan lain-lain hanya demi menunaikan kewajipan semata-mata, bukan kerana cinta kepadaNya. Bila selesai kewajipan dilaksana, terasa ringan bagai melepas beban di atas kepala. Tanggungjawab itu suatu bebanan, perlu segera dilepaskan. Begitukah kita ?

“ Dah wajib, nak buat macam mana, “ kata seorang wanita kepada rakannya tatkala membicarakan kewajipan menutup aurat. Kata-kata yang menunjukkan tidak redha terhadap kewajipan yang diperintahkan. Buat, tapi tidak rela. Taat, tapi kerana terpaksa.


CARA MENYINTAI-NYA ~


Kita masih belum terlambat. Selagi nafas masih ada, ruang kembali bercinta kepadaNya terbuka luas. Bagaimana caranya ?

1) Hayati sifat-sifat Allah Yang Maha Sempurna – pepatah mengatakan, ‘tak kenal maka tak cinta’. Manfaatkan segenap pancaindera yang ada untuk mengenal Pencipta. Dari mata turun ke hati, dari telinga terbit rasa suka, lalu dengan lidah, alunan zikir sentiasa berkumandang menyatakan rasa cinta kepada Allah SWT. Seterusnya, tubuh ikut ruku’ dan sujud menyembah yang Esa, penyembahan yang sebenar ikhlas kerana kasih setia kepadaNya. Sabda Baginda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Daripada Abu Hurairah radiallahu anhu berkata : Berkatanya rasulullah sallallahu alaihi wassalam : Sesungguhnya allah Taala telah berkata : Barangsiapa yang memusuhi wali ku (6) maka Aku akan isytiharkan perang baginya,dan perkara yang dapat mendekatkan diri seorang hamba kepadaKu ialah pada apa yang Aku sukai terhadap kewajipan-kewajipan yang telah Aku wajibkan ke atas mereka,dan seorang hamba itu tidak akan dapat mendekatiKu dengan melakukan perkara-perkara sunat sehinggalah Aku mencintainya,jika Aku sudah mencintai dirinya,maka Akulah pendengarannya pada apa yang didengarinya,dan Akulah penglihatannya pada apa yang dilihatnya,dan Akulah tangannya pada apa yang dilakukannya,dan Akulah kakinya pada setiap yang dilaluinya,dan jika dia meminta kepadaKu maka pasti Aku akan memberinya,dan jika dia minta dilindungi,maka Aku pasti akan melindunginya” ( Riwayat Imam Bukhari bernombor 6502 dan Imam Baihaqi bernombor 219/10 pada sunan beliau ).


Seterusnya apabila datang sebarang musibah dan dugaan hidup, semua itu dapat dihadapi dengan sabar dan berbaik sangka kepada Nya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

"Tiada seorang mukmin ditimpa kesakitan, kepayahan, penyakit, kesedihan hatta duri yang menusuk, kecuali dengan itu menghapuskan dosa-dosanya." (Riwayat Al Bukhari )

2) Merasakan kecintaan kepada Rasulullah SAW sebagai melaksanakan perintah Allah, bahkan cinta kepada Baginda dikehadapankan berbanding kecintaan kepada diri dan keluarga sendiri. Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.’ Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” ( Surah Ali-Imran ayat 31).

Cinta yang dirasakan terhadap Baginda Rasul Junjungan meresap ke dalam hati lalu diterjemahkan kepada sifat-sifat mahmudah dan menjauhi sifat mazmumah. Kesempurnaan Rasulullah dihayati dan diyakini bahawa padanya terkumpul segala kesempurnaan seorang manusia baik bentuk fizikal mahupun akhlak lahiriahnya. Hanya Rasulullah sebaik-baik ikutan untuk menyintai Yang Maha Menciptakan.


3) Cintai diri dan keluarga kerana Allah semata-mata. Sentiasa memaksa diri melakukan yang terbaik untuk akhirat yang kekal abadi kerana di sana Cinta Ilahi yang abadi dan kekal sedang menantinya. Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” ( Surah At Tahrim ayat 6)

MARI MENYINTAI-NYA ~


Akhirnya, mari kita mulakan langkah untuk membuktikan bahawa DIA kita cinta. DIA kita sayang dan DIA sentiasa kita peduli.

Walau nanti kita terlantar sakit dengan mata yang tidak lagi boleh melihat, telinga yang tidak mampu lagi mendengar, lidah dan bibir yang tidak mampu lagi mengalun zikir atau anggota yang tidak boleh lagi beribadah kepadanya, yakinlah bahawa kita masih ada sekeping hati yang sentiasa segar membisikkan kalimah cinta kepadaNya. Hati yang nantinya di sana menjadi bahan bukti bahawa hanya Allah, DIA yang paling kita kasihi.

Shattirs : Terima kasih kepada Ummu Husna yang memberi keizinan kepada saya untuk berkongsi artikel Mari mencintai-Nya dalam blog shattirs.Moga-moga dapat memberi manfaat untuk kebaikan bersama.

Ummu Husna : Isteri UZAR( Ustaz Zaharuddin Abd Rahman)..~LONDON,United Kingdom ~



TERKINI : DATO SERI IR NIZAR JAMALUDDIN MB PERAK YANG SAH

Shattirs: Alhamdulillah,setinggi-tinggi kesyukuran hanya padanya yang memberikan kemenangan untuk pejuang mahupun pendokong Islam.Mudah-mudahan kita tidak leka dan alpa untuk mengapai kemenangan yang lebih besar lagi di masa hadapan.insya Allah.

Kebenaran dah muncul,kebatilan semakin lenyap dengan kekuasaan Allah..siapa tahu?

Tahniah untuk YB NIZAR ....
Menteri Besar Perak negeriku...
Moga Allah permudahkan urusan dalam melaksanakan amanah memacu negeri PERAK DARUL RIDZUAN ke mercu kecemerlangan dan kegemilangan.

Buat Bakal Raja Sehari/bakal menjadi milik seseorang-HAYATILAH KALAM INI- ~

"Jika dirimu bakal seorang isteri… Terimalah bahawa anda bukanlah isteri yang pertama yang bakal dinikahinya atau insan yang pertama yang dicintai dan disayangi oleh bakal suamimu! Bahkan dirimu adalah insan yang kedua yang dicintainya, kerana isteri yang pertama baginya ialah perjuangan islam dan memartabatkannya. Dia mencintaimu kerana dirimu mencintai islam dan memperjuangkan islam. Jika dirimu tidak sedemikian, sekelumit cinta pun tidak akan lahir dalam sanubari suamimu… Bantulah suamimu atau isterimu dan kuatkanlah dia untuk meneruskan perjuangan islam ke serata dunia!!"

Video Pilihan shattirs ~

shattirs : Amin ya Rabb ~



Tanta Scan.TANTA
11.30 a.m

Brought to you by : shattirs

Saturday, May 2, 2009

Disiplin Asas Kecemerlangan



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد


Shattirs:
Bagi saya,kalimah 'Disiplin' amat sinonim dengan mereka-mereka yang memperolehi nikmat kejayaan dalam apa juga bidang yang dipelajari mahupun diceburi.Bahkan ianya menjadi kunci kejayaan yang dicari.

Dicipline is the key to success" - nilai mahkota berharga sebuah kejayaan-

Adakah kita melihat orang yang berjaya terdiri daripada mereka yang tidak berdisiplin dan tidak teratur jadual hariannya.Mana mungkin kejayaan yang diimpikan tercapai dengan 'suka sambil lumba'ataupun tidak melatih diri menjadi seorang yang berdisiplin.

Begitu juga didalam kita hidup berjamaah atau bermasyarakat di dunia ini,sifat disiplin amat penting untuk dijiwai serta dilazimi dalam apa jua bidang dan gerak kerja yang kita lakukan.

~ Artikel Ringkas ~

::DISIPLIN SEBAGAI AHLI GERAKAN ISLAM::

~ MUQADDIMAH ~

Saidina Ali pernah menyebut “ Kebenaran yang tidak berperancangan akan dikalahkan oleh kebatilan yang berperancangan” .Perkara yang ditakrifkan sebagai disiplin atau indhibat ialah : (i) tatatertib dan kelakuan diri (ii) Peraturan yang ditetapkan untuk melatih seseorang supaya berkelakuan baik (iii) kepatuhan kepada peraturan yang telah ditetapkan (iv) hukuman dan denda kerana melanggar peraturan.

CIRI-CIRI INDHIBAT DALAM HARAKAH ISLAMIAH~


1. Memahami matlamat dan tasawwur gerakan dengan jelas secara kulliy dan juz’iy
2. Memanfaatkan masa yang ada untuk membina karekter ahli gerakan yang lengkap
3. Wala’ dan taat pada arahan pimpinan dalam kondisi memahami arahan (Al-Maidah: 56). Konsep wala’ meliputi:
● Wala’ terhadap aqidah perjuangan.
● Wala’ kepada Jamaah.
● Wala’ kepada pimpinan.

4. Taat kepada hukum dan ajaran Islam yang menjadi dasar jemaah
5. Patuh kepada perlembagaan jamaah serta aturan dan peraturannya.
6. Melaksanakan kewajipan2 yang ditugaskan oleh jemaah sedaya upaya yang boleh.
7. Menjaga dengan cermat segala rahsia jemaah.
8. Beramal dengan akhlak Islam.
9. Mengawal diri supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang menyalahi atau merugikan jemaah.
10. Ikhlas dalam menyertai harakah Islamiah, membuang sifat ‘ujub, riak,sum’ah dan sebagainya ( Al-Bayyinah :5 )
11. Istiqamah dalam melaksanakan arahan dan ketetapan Jamaah (Yunus: 189)

MENGAPA PERLU INDHIBAT

1. Prasyarat kepada kemenangan Islam
2. Memastikan matlamat akhir harakah Islamiah tercapai
3. Berlaku peningkatan kendiri bagi ahli harakah Islamiah (persaingan sihat)
4. Mengimbangi tuntutan tarbiah fikri , ruhi, thaqafi, haraki dan amali dalam diri seseorang
5. Melahirkan jundi yang thiqah pada qiadah.
6. Menggelakkan berlaku pertindanan tugas atau pembebanan kerja yang tidak seimbang
7. Memastikan perancangan dan strategi yang ditetapkan diperingkat jamaah berjalan lancar.

KESAN TIADA INDHIBAT

1. Kemenangan Islam akan terbantut.
2. Melahirkan ahli harakah yang malas bekerja untuk Islam
3. Melahirkan ahli gerakan yang terpalit dengan penyakit ahli harakah seperti al-futur, al-israf, al-isti’jal dan sebagainya ( Rujuk buku ‘Afaat ‘ala thariq )
4. Hilangnya wala’ kepada kepimpinan jamaah
5. Menyebabkan pertelingkahan dalaman harakah ( dengki, khianat, hipokrit )
6. Pelaksanaan gerakkerja menjadi pasif dan perlahan
7. Merungkai perasaan ikramulmuslimin dan ukhwah Islamiah. Tahapan ukhwah :
● At-tasammuh : berlapang dada
● At- tawazun : seimbang atau sama rata
● Melebihkan sahabat dari dirinya sendiri (ithar)

HALANGAN KEARAH DISIPLIN

1. Suasana yang tidak terdedah dengan budaya disiplin yang tinggi ( Lihat contoh Jepun)
2. Mukmin yang dengki padamu (halangan dari ahli jamaah)
3. Nafsu yang merangsangmu ( kemalasan, suka berehat,malas berfikir)
4. Syaitan yang menggodamu ( kurang kesedaran, tiada fokus tentang hadaf yang nyata)
5. Tiada pendedahan tentang teori disiplin
6. Tidak diuji dengan cabaran dan ujian dari musuh Islam
7. Tiada murabbi yang mendidik dan tidak mengikuti marhalah tarbiah dengan lengkap.
8. Sifat berkepentingan individualistik (ego, ujub, bongkak, materialistik)
9. Tidak memahami falsafah manhaj harakah Islamiah.

MUWASHOFAT AHLI HARAKAH ISLAMIAH

Setidaknya, ada 20 kriteria yang harus dimiliki ahli harakah Islamiah , yang disarikan dari Al Qur’an dan hadits, iaitu :

1. Aqidahnya bersih سليم العقيدة (saliimul ‘aqiidah)
2. Akhlaknya mulia متين الخلق (Matiinul khuluqi)
3. Ibadahnya sahih صحيح العبادة (Shohiihul I’baadah)
4. Tubuhnya sihat dan kuat قوي الجسم (Qowiyyul jismi)
5. Fikirannya intelek مثاقف الفكره (Mutsaqqoful fikri)
6. Jiwanya bersungguh-sungguh مجاحدة النفس (Mujaahadatun nafsi)
7. Mampu berusaha mencari nafkah قاديرعلئ الكسب (Qaadiirun ‘alal kasbi)
8. Efisien dalam memanfaatkan waktu حريث على الوقت (Hariisun ‘alal waqti)
9. Bermanafaat kepada orang lain نافع لغيره (Naafi’un lighoirihi)
10. Selalu menghindari perkara yang samar-samar بعيد عن الشفهات (Ba’iidun ‘anisy syubuhat)
11. Sentiasa menjaga dan memelihara lisan حفظ اليسن (Hifdzul lisaan)
12. Selalu istiqamah dalam kebenaran استقمة في الحق (istiqoomatun filhaqqi)
13. Sentiasa menundukkan pandangan dan memelihara kehormatan غض البشيروحفض الحرمات (Gaddhul bashor wahifdul hurumat)
14. Lemah lembut dan suka memaafkan لطيف وحب العفوى (Latiifun wahubbul ‘afwi)
15. Benar, jujur dan tegas الحق والامانة والشجاعه (Al Haq, Al-amanah-wasyja’ah)
16. Selalu yakin dalam tindakan متقينون فى العمل (Mutayaqqinun fil’amal)
17. Rendah hati توضؤ (Tawadhu’)
18. Berfikiran positif dan membangun الفكروالبناء (Al-fikru wal-bina’)
19. Sentiasa siap tolong menolong متناشرون لغيره (Mutanaashirun lighoirihi)
20. Bersikap keras terhadap orang-orang kafir الشداء على الكفار (Asysyidda’u ‘alal kuffar)

PENUTUP

Ingati dan renungilah firman Allah sebagai peringatan dan motivasi kepada ahli harakah islamiah. Inilah janji dan amaran Allah (tarhib) kepada hambaNya yang tidak mahu berdisiplin dalam melaksanakan taklifan dakwah yang telah diwajibkan kepada umat Islam kini.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ مَن يَرْتَدَّ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى المُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللّهِ وَلاَ يَخَافُونَ لَوْمَةَ لآئِمٍ ذَلِكَ فَضْلُ اللّهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَاءُ وَاللّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ


”Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatukaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mu’min, yang bersikapkeras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui.” (al-Maidah : 54)

إِلاَّ تَنفِرُواْ يُعَذِّبْكُمْ عَذَاباً أَلِيماً وَيَسْتَبْدِل قَوْماً غَيْرَكُمْ وَلاَ تَضُرُّوهُ شَيْئاً وَاللّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ


Jika kamu tidak berangkat untuk berperang, niscaya Allah menyiksakamu dengan siksa yang pedih dan digantinya (kamu) dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat memberi kemudharatan kepada-Nya sedikitpun. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (atTaubah : 39)

Allah swt juga membuat perbandingan dan membuat kecaman diantara orang mukmin,dimana satu golongan yang berjihad di jalanNya dengan memobilasi segenap kekuatan dan kelebihan diri untuk berjihad sedangkan sebahagian lagi hanya duduk bersahaja. Ianya berbunyi :

لاَّ يَسْتَوِي القَاعِدُونَ مِنَ المُؤْمِنِينَ غَيْرُ أُوْلِي الضَّرَرِ وَالمُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فَضَّلَ اللّهُ المُجَاهِدِينَ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ عَلَى القَاعِدِينَ دَرَجَةً وَكُـلاًّ وَعَدَ اللّهُ الحُسْنَى وَفَضَّلَ اللّهُ المُجَاهِدِينَ عَلَى القَاعِدِينَ أَجْراً عَظِيماً


Tidaklah sama antara mu’min yang duduk (yang tidak ikut berperang) yang tidak mempunyai ‘uzur dengan orang-orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta mereka dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk satu derajat. Kepada masing-masing mereka Allah menjanjikan pahala yang baik (surga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang yang duduk dengan pahala yang besar,
(surah an-Nisa’ : 95)


Rujukan :
1. Buku ‘Afaat ala thariq ( Dewan Ulama’, )
2. Model Kerajaan Islam ( TG Abdul Hadi Awang, 2000 , Dewan Ulama’ )
3. Bahtera Penyelamat ( Ust Fathi Yakan)


~ Imtihan Fasa 2 Al-Azhar ~

Shattirs
: Bittaufiq wannajah untuk semua Mahasiswa/wi Universiti Al-Azhar dari shattirs.Mudah-mudahan kejayaan menjadi milik kita bersama.AMIN.

Kuatkanlah semangat dan kuatkan hati kita untuk berjuang didalam fatrah imtihan didunia dan lebih-lebih lagi di akhirat sana.Janganlah mudah futur mahupun putus asa,kerana itu bukanlah sifat sebenar seorang pejuang dan yang belajar ilmu Allah.


USAHA +DOA+TAWAKKAL : BERJAYA ~


Jangkaan : 16 Mei - 6 JUN 2009

Sedikit kalam motivasi Dr Shukri Abdullah untuk dikongsikan bersama :


Video Khas shattirs `Rindu Mode ~



Shattirs : Solat Jumaat di Mekah HAJI 1429 H~

Shattirs : Terima kasih kepada Us Nasruddin Hj Hasan at-Tantawi kerana sudi add blog shattirs dalam blog perjuangan beliau.

Saya pun tak tahu dimana ustaz din tahu alamat blog shattirs,walaubagaimanpun syukran jazilan.Mudah-mudahan semangat Abang Din akan dikuti oleh adik-adik warga Tantawiyyun semua.

Untuk makluman blog shattirs bukanlah blog yang mengulas isu-isu poltik semasa mahupun mengulas permasalahan umat.bagi saya cukuplah saya mengulas didalam blog-blog ahli politik mahupun didalam forum-forum yang seangkatan denganya.

Blog shattirs untuk ketika ini lebih menumpukan kepada ulasan peribadi penulis berkaitan semua perkara yang dirasakan perlu penulis ketengahkan untuk dikongsikan bersama.

http://episodeperjuangan.blogspot.com/

Blog shattirs akan berhenti untuk sementara waktu bagi memberi tumpuan imtihan' yang akan menjelma tidak lama lagi.

Salam perjuangan dan Imtihan untuk semua..

TANTA SCAN,TANTA
MESIR 3 p.m

Brought to you by : shattirs

Friday, April 24, 2009

Rehlah USRAH di BALTIM



~Baltim.MESIR~

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد



Shattirs : 'Baltim or Balteem' (Arabic language-Arabic:بلطيم) is a resort in Kafr el-Sheikh Governorate, in the north of Egypt.

Pada 22 & 23 April 2009 bersamaan 26 & 27 Rabi’ul Akhir 1430 sekali lagi saya berkelana merantau ke negeri lain tetapi masih dalam lingkungan Mesir juga.Rehlah Usrah Nuqaba' terakhir'di Tanta untuk sesi sebelum imtihan yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Rehlah yang diketuai oleh naqib Usrah us Norfirdaus Mustafa bersama 15 ahli muzakarah berkelompok gabungan.Alhamdulillah,saya kira telah mencapai matlamat dan objektif yang dirancang didalam pengisian yang dijalankan.

Perjalanan bermula pada jam 12 tengah hari dan memakan masa hampir 2 jam untuk sampai ke destinasi tersebut adalah sesuatu yang menjadi kebiasaan bagi pelajar yang suka bersantai di dalam ‘Tramco’ atau van.Jauh perjalanan,indah pengalaman,itulah hadaf kami ke Baltim.

Moga-moga Perjalanan untuk mencari redha n rahmat Allah telah pun tercapai dengan cahaya petujuk dari-Nya.



* Gambar ini menunjukan kami sudah pun tiba ke destinasi (Baltim) dan sudah menyewa 'chalet'untuk bermalam disana.



* Gambar ini menunjukkan tikamana sudah ada ditepi pantai untuk melakukan riadah ringan dan bersiar-siar melihat ciptaan ilahi.



* Gambar ini menunjukkan ketika di malam hari,Kami menjalankan aktiviti bakar Ayam dan daging panas.suasana malam yang sunyi ditambah dengan keenakan citarasa ayam panggang menjadi kenangan manis untuk diingati.



* Gambar ini menunjukkan tarbiah Usrah di tengah panas serta dibuat pula di tepi pantai.Moga-moga ianya dapat mendidik hati dan nurani kita mengenal erti susah didalam apa jua yg dilakukan dan bersyukur dengan nikmat pemberiaanya.

~ ADA KAITAN SEJARAH MESIR~

Battle of Baltim~




The Battle of Baltim (also Battle of Damietta, Battle of Baltim-Damietta, Battle of Damietta-Baltim or Battle of Damietta-El Burelos) was fought between the Israeli Navy and the Egyptian Navy on October 8-9, during the Yom Kippur War. It took place off the Nile delta, between Baltim and Damietta.

Six Israeli Israeli Sa'ar class missile boats were heading toward Port Said engaged four similar Egyptian Osa class missile boats coming from Alexandria. The battle lasted about forty minutes.[1] The Osas fired Styx missiles but missed before heading back to Alexandria, and the Israelis began to chase them. Two Osas were sunk by Gabriel missiles within ten minutes, and a third was sunk twenty-five minutes later. The fourth made it back to base.

shattirs: Bercakap mengenai blog,dewasa ini kita dapat lihat perkembangan teknologi blog ini bagaikan 'cendawan tumbuh selepas hujan'.

Bagi saya,setiap orang yang mempunyai blog peribadi ada cara tersendiri untuk menarik minat pembaca ke blognya juga boleh saya katakan banyak cara dan teknik untuk menarik minat pembaca seperti mengulas isu-isu semasa dalam dan luar negara,isu pelajaran,ekonomi dan rumahtangga.

Bahkan disana saya lihat isu peribadi pun berjaya membuatkan orang akan sentiasa panas kalau tidak membaca posting sebegitu.Begitu juga dengan peranan gambar dan video yang terletak didalam blog sebagai nilai tamabahan untuk menguatkan hujah mahupun coretan sesebuah blog.

Siapa tahu,mungkin selepas ini blog SHATTIRS akan melalui peringkatnya.Mungkin akan bertukar nama,dari blogspot kepada dot.com.

Mengikut perancangan dari awalnya :

Mahasiswa : Http://ilmuwanshattirs.blogspot.com

Apabila sudah berkerjaya dan berumahtangga :

www.Helmidham.com

Shattirs : Doakan mudah-mudahan dipermudahkan urusan bersama.Amin

P/S: Kalau Us Hasrizal (saifulislam) berkahwin dengan doktor,bagi saya cukuplah dengan seorang ustazah...'

shattirs: syukran untuk perkongsian tajuk MALU didalam blog :

http://khaulah-azwar.blogspot.com/

http://noridayumz.blogspot.com/

Tanta Scan,TANTA.
MESIR.11.00 a.m


Brought to you by : shattirs

Thursday, April 23, 2009

Ziarah MAKAM sekitar KAHERAH



::Di hadapan makam Imam As-Syafie::

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد





::Bersama rakan-rakan::

~ INFO BERITA EDPMT.ORG~


17 April
- Seramai lebih 100 orang ahli DPMT telah mengikuti jaulah makam sekitar Kaherah anjuran Unit Sambutan dan Rehlah (USR). Peserta yang mengikuti jaulah tersebut terdiri daripada mahasiswa pengajian Islam, pengajian Qiraat dan Perubatan. Rombongan peserta bertolak dari Tanta jam 6:30 pagi dengan menaiki 8 buah tremko.

Menurut pengarah jaulah Ustaz Mohd Ridzuan Bin Othman, pendaftaran perserta terpaksa ditutup awal disebabkan tempat yang disediakan telah pun penuh dan mengatakan bahawa jaulah pada tahun ini benar-benar mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ahli. Jaulah makam yang menjadi kelaziman diadakan, merupakan salah satu ikhtiar untuk memperoleh keberkatan hidup dan bantuan Allah SWT dalam mengahadapi peperiksaan yang bakal menjelang.

Bersama jaulah tersebut, perserta disediakan risalah yang berbentuk pamplet dan buku panduan ziarah makam yang memberi maklumat mengenai jaulah yang diadakan. Pamplet yang disediakan oleh USR menerangkan biodata secara ringkas para sahabat, wali dan ulama yang dimakamkan di sekitar Kaherah. Manakala buku panduan ziarah makam pula memberi penerangan kepada ahli mengenai adab, doa dan hukum bertawassul kepada orang-orang soleh. Buku tersebut disediakn oleh Unit Dakwah dan Pembangunan Insan (UDPI). Para peserta jaulah telah menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Hassan dan melaksanakan solat jama' taqdim dan berehat makan tengahari di sana.

Antara makam yang diziarahi adalah yang berada di kawasan sekitar bandar Kaherah Lama, Masjid Sayyidah Ruqayyah dan kawasan Bukit Muqattam. Makam-makam yang diziarahi antaranya makam Sayyidah Ruqayyah, Sayyidah Zubaidah, Sayyidah 'Aisyah, Imam Ibnu Sirin, Ibnu Hisyam, Imam Sayfi'e, Imam Waqi', Imam Suyuti, Syeikh Syarqawi, Imam 'Ataillah as-Sakandari, makam keluarga al-Wafa'i dan lain-lain. Ustaz Suhaimi dan Ustaz Aizuddin daripada Kaherah telah menjadi musyrif sepanjang perjalanan ziarah tersebut.

Antara yang mencuri perhatian para peserta jaulah ialah jam matahari yang terdapat di dalam perkarangan Masjid al-Wafa'i di Bukit Muqattam. Jam yang berbentuk segi empat sama itu dibentuk di dinding perkarangan Masjid al-Wafa'i. Pada jam tersebut terdapat jalur dan garisan daripada hujung sudut sebelah kanan atas sehingga ke seluruh sisi jam tersebut.

Jaulah pada hari tersebut berakhir di Masjid al-Wafa'i pada jam 9:00 malam. Ramai peserta menyatakan kepuasan dengan jaulah yang telah diadakan ini. "Jaulah kali ini, ana rasa benar-benar puas dan mendapat 'zuq' para sahabat, wali dan ulama" kata salah seorang peserta.

Shattirs : Mudah-mudahan kita sama-sama dapat mengambil iktibar perjalanan wali-wali Allah dan ulamak zaman silam yang telah banyak menyumbang bakti mahupun buah fikiran untuk kemaslahatan ummah Islam itu sendiri.

Shattirs
: Ada kawan tanya,radio apa yang saya selalu dengari tikamana ber-online.Yang pertama Nasyidfm.net dan BBC ARABIC.Berdasarkan matlamat yang dirancang ketika mula menjejak kaki di bumi Mesir,saya akan pastikan apabila pulang setelah tamat belajar Ijazah Syariah & Undang-Undang Al-Azhar(walaupun menuntut ilmu tiada penamatnya),saya akan pastikan saya boleh bertutur didalam bahasa arab seperti orang arab dan bertutur bahasa Inggeris seperti orang Inggeris,dan semestinya bertutur didalam bahasa melayu seperti orang melayu(macam mana tu? :)

Tanta Scan,TANTA.
Mesir.9.00 a.m


Brought to you by : shattirs

Sunday, April 12, 2009

MALU



::MALU sinonim dengan perempuan:: ~Sekadar Hiasan~

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد


Shattirs : Artikel ini adalah hasil tulisan sahabatku yang kini sedang mendalami ilmu di Pondok Pak Teh , Perak.

Untuk pengunjung blog shattirs di seantero dunia,saya sajikan dengan 2 tazkirah mengenai sifat MALU ~

~ Nasihat Buat Wanita Muslimah ~

p/s : warkah ini ditulis sebagai nasihatku buat para Muslimah yang kian pupus...anggaplah kesalahan tatabahasa, penggunaan kosa kata dan kesalahan memilih perkataan sebagai tidak penting dalam warkah ini...aku menulis kerana bimbang terhadap kebebasan yang kian melampau..juga kerana prihatin akan nasib dan masa depan pejuang-pejuang ummah ini...

Malu merupakan sifat fitrah manusia baik lelaki mahupun perempuan. Bagi mereka yang memiliki sifat malu ini, maka sangat beruntunglah mereka kerana sifat malu inilah yang menjadi benteng kekuatan dalam diri mereka untuk tidak melakukan maksiat kepada Allah. Ingatlah ketika bagaimana wanita menjadi fitnah kepada Bani Israel kerana hilangnya sifat malu ini.

Hilangnya keperibadian dan sifat malu ini memungkin wanita hilang maruahnya, mudah terjebak dengan kemaksiatan dan sangat lembut untuk menerima sebarang tipu daya lelaki. Melihat kepada bercambahnya pelbagai kemudahan internet dan e-tools dalam alam maya ini menyebabkan hati ku berasa sungguh tidak tenang. Wanita kala ini dengan mudah memaparkan mesej-mesej ringkas yang begitu pelik di laman-laman seperti Friendster, Multiply dan lain-lain yang seolah-olah tiada malu walau sedikit pun di hati mereka. Gurauan berlebih-lebihan sudah menjadi suatu kebiasaan bagi mereka. Apakah ini merupakan umat akhir zaman yang dijanjikan Rasulullah SAW dalam hadith Baginda SAW?

Dari Abi Said Al-Khudri ra berkata :
Dari Rasulullah SAW

إِنَّ الدُّنْيَا حُلْوَةٌ خَضِرَةٌ، وَإِنَّ اللهَ مُسْتَخْلِفُكُمْ فِيْهَا فَيَنْظُرُ كَيْفَ تَعْمَلُوْنَ، فَاتَّقُوا الدُّنْيَا وَاتَّقُوا النِّسَاءَ، فَإِنَّ أَوَّلَ فِتْنَةِ بَنِي إِسْرَائِيْلَ كَانَتْ فِي النِّسَاءِ

“....Sesungguhnya dunia itu manis dan hijau, dan Allah menjadikan kalian sebagai khalifah di atasnya, kemudian Allah memerhatikan amalan kalian. Maka berhati-hatilah kalian terhadap dunia dan wanita, kerana sesungguhnya awal fitnah (kehancuran) Bani Israil daripada kaum wanita...”
(Hadith Riwayat Imam Muslim, Bab Ramai Ahli Neraka di Kalangan Wanita, no. 4925)

Sekiranya mereka sedari bahawa diri mereka tidak terlepas dari ancaman api neraka yang dijanjikan Allah, nescaya mereka akan memelihara diri mereka dan akan menjaga sifat malu mereka. Bagi wanita yang mempunyai pekerti yang mulia, mereka akan mengganggap malu itu adalah sebahagian daripadanya sendiri. Ketahuilah wahai Muslimah yang daku kasihi sekalian, peliharalah sifat malu mu itu.

Sekiranya anda mahu memelihara iman kalian, tetapkanlah malu itu dalam dirimu. Hilangnya malumu itu, maka hilanglah juga sebahagian daripada cabang-cabang iman. Kalaulah cabang ini tidak dipelihara, maka, iman yang tersisa ini makin lama makin rapuh. Maka, apakah lagi yang tersisa untuk kita bekalkan di akhirat sana nanti?

‏ ‏عن ‏ ‏أبي هريرة :‏
‏
‏عن النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال ‏ ‏الإيمان ‏ ‏بضع ‏ ‏وسبعون ‏ ‏شعبة ‏ ‏والحياء ‏ ‏شعبة ‏ ‏من الإيمان


Dari Abu Hurairah ra :
Baginda SAW bersabda: "....Iman terdiri daripada lebih dari tujuh puluh bahagian dan malu adalah salah satu dari bahagian-bahagian iman..."
(Hadith Riwayat Imam Muslim, Bab Kelebihan Malu dan Malu Sebahagian dari Iman, no. 50)

Ketahuilah wahai Muslimah, malu itu juga tidak datang melainkan untuk membawa kebaikan buat dirimu, memelihara maruahmu dan menjaga hatimu daripada terhijab oleh rahmat Allah. Malumu akan membuatkan dirimu sedar bahawa kamu sentiasa di bawah pemantauan Allah SWT. Wahai Muslimah, janganlah kamu semua menjual segala kenikmatan akhirat yang dijanjikan Allah dengan sifat malumu menjadi taruhan. Janganlah sesekali menghilangkan sifat ini dari dirimu. Hiasilah malu itu dengan iman dan takwa kepada Allah serta berkejarlah untuk mendapat rahmat dan pengampunan Allah SWT.

Muslimah yang ideal dan sesuai untuk dijadikan isteri adalah Muslimah yang tahu apa itu malu dan berjuang untuk mendapatkannya. Mereka akan berjuang dan mempertahankan sifat malunya daripada dirobohkan oleh apa sahaja yang mendatang. Kalaulah ianya ternoda, maka, lumpuhlah segala keperibadian seorang wanita Muslimah.

‏‏عن النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏أنه قال ‏ ‏ ‏الحياء لا يأتي إلا بخير


Bahawasanya Baginda SAW berkata : "..Malu itu tidak datang melainkan membawa kepada kebaikan..."
(Hadith Riwayat Imam Muslim, Bab Kelebihan Malu, no. 53)

Kekaburan demi kekaburan melata dan semakin menjadi-jadi. Segenap sudut tubuh wanita Muslimah kini menjadi bahan eksploitasi majalah, buku-buku hatta iklan-iklan di kaca televisyen masa kini. Aku tidak tahu mengapa para wanita Muslimah ini tidak pula rasa malu untuk berkeadaan sedemikian. Wanita Muslimah yang dulunya di zaman Baginda sangat terjaga akhlak dan malunya kini jauh berbeza dengan apa yang dipaparkan kepada kita masa kini. Beginilah caranya syaitan menebar pesona dunia terhadap wanita-wanita Muslimah kita.

Apakah masih tersisa wanita Muslimah yang jiwanya, hatinya, imannya tercebis sekelumit daripada akhlak dan iman para wanita di sekeliling Rasulullah SAW? Ketahuilah wahai wanita Muslimah, apa yang sangat membimbangkan para lelaki soleh adalah hilangnya malumu dari dirimu yang menyebabkan mereka sangat ragu-ragu untuk menjadikan dirimu sebagai isteri. Wanita yang solehah dan punyai rasa malu lah yang akan menjadi pilihan para lelaki soleh.

Wanita Muslimah kini terlacur dengan pesona dunia sehinggakan mereka lupa bahawa mereka mungkin sebahagian daripada penduduk neraka yang dijanjikan Nabi SAW yang mana majoritinya adalah wanita. Bahkan mereka lupa untuk berusaha menjauhi api neraka. Wahai Muslimah yang dikasihi, tiadalah sesuatu yang lebih berharga melainkan malu mu terhadap Allah untuk melakukan maksiat. Wahai wanita Muslimah, janganlah kita mengharapkan sesuatu yang terbaik bagi diri kita sedangkan kita tidak pula mengkoreksi diri kita.

Para wanita Muslimah kini mungkin tidak menyedari bahawa syaitan akan sentiasa menghiasi diri mereka dan memujuk mereka agar meninggalkan sifat malu. Apabila sifat ini tertanggal, maka hilanglah segala sifat fitrah wanita yang sepatutnya ada. Di kala para wanita Palestin melaung-laungkan suara mereka dengan keras menantikan janji Allah kepada mereka, wanita Muslimah kita pula berlembut-lembutan apabila berbicara dengan lelaki atau teman pacarannnya. Apalah lagi yang tersisa untuk kita bawa diri ini di hadapan Allah nanti.

Lihat sahaja betapa teruknya wanita Muslimah kita masa kini. Maruah, malu semuanya dibakulsampahkan. Mengapa harga dirimu dibuat seperti lelongan ayam pencen yang harganya begitu murah untuk dibeli? Mengapa maruah mu dibiarkan diperkosa oleh keduniaan? Apakah tidak boleh engkau mempertahankannya untuk beberapa ketika sahaja di dunia demi kebahagiaan di hari akhiratmu? Inilah wabak yang paling mengerikan dan sangat menjelekkan. Ketahuilah bahawa ancaman Allah amat dekat bagi mereka yang selalu bersikap sedemikian.

Allah taala berfirman :

يَا نِسَاءَ النَّبِيِّ لَسْتُنَّ كَأَحَدٍ مِنَ النِّسَاءِ إِنِ اتَّقَيْتُنَّ فَلَا تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلامَعْرُوفًا

"...Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)..."
(Al Ahzab: 32)

" وَمَعْنَى هَذَا أَنَّهَا تُخَاطِب الْأَجَانِب بِكَلَامٍ لَيْسَ فِيهِ تَرْخِيم أَيْ لَا تُخَاطِب الْمَرْأَة الْأَجَانِب كَمَا تُخَاطِب زَوْجهَا

Al Imam Ibnu Katheer ketika memberikan komentar dalam tafsirnya: “..dan makna dari ayat ini, dia berbicara dengan lelaki-lelaki yang bukan mahramnya tanpa melembutkan suaranya, yakni tidak seperti suaranya ketika berbicara dengan suaminya....”
(Tafsir Ibnu Katsir, 3/491).

Secebis Harapan Lelaki Soleh Buat Wanita Solehah..


2) Tazkirah Maghrib Oleh Mantan Dakwah Hewi KPIPM ~Muslimah Solehah KPIPM~

15 Mei 2008 ~

MALU

عن ابن عمر رضى الله عنهما أن رسول الله صلى الله عليه وسلم مَرَّ على رجلٍ مِنَ الأنْصارِ وهو يَعِظُ أَخَاه فى الحَياَءِ فقال رسولُ اللهِ صلّى الله عليه وسلم : (دَعْهُ فإنَّ الحَياءَ مِنَ الإيمَانِ) -متفق عليه-

Maksud hadis ~


Daripada Ibnu radhiallahu `anhuma berkata, sesungguhnya Rasulullah sallallahu `alaihi wasallam melalui berhampiran seorang lelaki dari kalangan Ansar yang sedang menasihati saudaranya berkenaan sifat malu. Maka lantas sabda Baginda sallallahu `alaihi wasallam : “Biarkanlah dia menasihati saudaranya, sesungguhnya malu itu sebahagian daripada iman.

Apakah yang dimaksudkan dengan malu? Malu adalah satu sifat yang terbina dari dalam diri atau jiwa yang menghalang seseorang daripada melakukan perbuatan yang buruk dan keji.

Daripada hadis yang telah disebutkan diatas, terdapat beberapa faedah yang boleh diambil. Antaranya :

1. Sifat malu adalah sifat mahmudah yang amat dituntut didalam Islam sekiranya diletakkan sesuai dengan tempatnya.

2. Sifat ini merupakan salah satu penyempurna iman dan merupakan fitrah bagi semua manusia.

3. Nasihat menasihati antara saudara adalah sangat dituntut dalam Islam


Pembahagian Malu


1. Malu kepada Allah s.w.t.

- Bermaksud meninggalkan segala larangan dan maksiat kepadaNya

2. Malu sesama makhluk

- Bermaksud sentiasa menitikberatkan perasaan, pandangan, budi dan keadaan sesama makhluk

3. Malu kepada diri sendiri

- Bermaksud mampu mengawal diri daripada melakukan perbuatan yang tidak selayaknya bagi diri sendiri


SAHABAT-SAHABAT KPIPM SEKALIAN…


Didalam satu hadis lain, Rasulullah sallallahu `alaihi wasallam bersabda:

(الحيـاء خير كله) وفى رواية (الحياء كله خير) رواه البخارى

Maksudnya : Perasaan malu adalah baik pada setiap perkara

Dapat difahami dari hadis ini, sifat malu adalah terpuji dalm setiap perkara yang dilakukan. Persoalannya, adakah malu yang negatif turut dikatakan baik? Contohnya malu bertanya, malu bergaul dan sebagainya. Sebenarnya malu hanya dinisbahkan kepada perkara-perkara yang baik sahaja. Sabda Rasulullah sallallahu `alaihi wasallam :

(الحياء لا يأتى الا بخير)

Maksudnya : Malu tidak datang(dipraktikkan) kecuali kepada perkara-perkara yang membawa kebaikan.

Jelas menunjukkan kepada kita bahawa bukan semua tempat kita perlu meletakkan malu. Akan tetapi hendaklah meletakkannya sesuai dengan keadaan dan tempat. Apabila malu tidak bertempat, bolehlah kita kategorikannya sebagai pengecut dan penyegan. Contohnya malu hendak bersuara, malu menegur perkara-perkara yang hak dan lain-lain lagi.

Kesimpulannya, marilah bersama kita memupuk dan mengamalkan sifat malu ini sesuai dan berpadanan dengan kehendak syara’ tidak kira dimana jua kita berada.

Shattirs: Bagi saya antara sifat-sifat perempuan solehah ialah sifat malu amat menebal didalam dirinya.Bahkan ianya menjadi kemulian dirinya ketika bermuamalah dengan manusia sekitarnya.

Bagaimana pula dengan kenyataan yang mengatakan antara ciri-ciri lelaki soleh ialah sifat cemburu yang menebal didalam dirinya.?Bagi saya kenyataan itu amat tepat,tetapi pastikan sifat cemburu itu kena pada tempatnya.

Apa kata Us Azhar Idrus? kita saksikan..



Brought to you by : shattirs

Friday, April 10, 2009

Video Kanak-Kanak Comel Pilihan Shattirs

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد


1)~KEAJAIBAN ~




Shattirs : Kanak-kanak adalah anugerah ilahi kepada umat manusia yang tiada nilainya.Jiwa mereka suci bagaikan embun purnama malam di sinaran pagi yang menyinar.

Kanak-kanak ibarat penyeri alam ini,kanak-kanak juga banyak memainkan peranan untuk melihat dunia ini disinari dengan air mata kegembiraan.

Itulah sedikit INTRO SHATTIRS untuk kali ini,mudah-mudahan di sana pengorbanan insan kecil ini mendapat perhatian golongan dewasa dalam melihat alam ini penuh dengan senyuman.Tidak dinafikan sifat penulis memang menyukai kanak-kanak.Bagi saya,mereka adalah anugerah ilahi yang tiada nilainya.

Untuk kali ini,blog shattirs akan diserikan dengan 2 video kanak-kanak comel yang saya kira amat sejuk perut ibunya melahirkanya di dunia ini.



2)~KEPINTARAN~




shattirs : Mudah-mudahan doa untuk mendapat anak sebegini ketika di depan Baitulallah Haram menjadi kenyataan di masa hadapan.Amin ya Rabb ~

Brought to you by : shattirs

Tuesday, April 7, 2009

BUKIT GANTANG Milik PAS

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد


~ P59 BUKIT GANTANG-TAIPING-PERAK ~



TAIPING (April 7, 2009) : The Pakatan Rakyat convincingly retained the Bukit Gantang parliamentary seat today with a “landslide” majority of 2, 789 votes.

Former Perak Mentri Besar Datuk Seri Mohammad, garnered 21, 860 votes in the three-cornered fight against Barisan Nasional (BN)’s Ismail Saffian who obtained 19, 071 votes while independent candidate Kamarul Ramizu Idris, received only 62 votes.

A total of 41, 626 voters or 75.1% of the registered voters casted their ballots which was higher than the 72.4% turnout during the general election last year. There were 456 spoiled votes.
The parliamentary seat which fell vacant following the death of PAS MP Roslan Shaharum, of a heart attack on Feb 9,

Roslan had secured the seat with a majority of 1, 566 votes also in a three-cornered fight against BN's Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi and independent candidate M. Mohganan during the general election last year.



Meeting the Press after the announcement of result was made by the Election Commission returning officer Datuk Mahmud Mursidi at 9.40pm, Mohammad Nizar, 52, said he was very happy that PR had won the by-election.

“As a MP for Bukit Gantang, I will do my job cleanly, proudly, justly and transparently…
“The result is a great signal to the federal government that the people do not want any more corruption and injustice. They want fairness, justice, good governance and a good democratic system,” he told reporters.

“I think this election, with the majority that I have been given by the voters actually sends a lot of signals to everyone..... even to Prime Minister Datuk Seri Najib Razak that the people want good governance.

“In a way it (the by-election) is very much a referendum; it is a manifestation of the requirements and needs of the people in Malaysia and Perak.

“It is a referendum to show that we want pure democracy, the right to the people to elect their government on a fair and just manner.

“As a prime minister (Najib), he should have the unifying factor, which he is actually lacking at the moment, so the signal is that credibility is lacking on his side.

“Something needs to be cleaned before the whole Malaysia will unanimously agree that he is the prime minister and that is the message which is strongly sent to him now,” he added.

Mohammad Nizar said the people want the Perak state government to be dissolved to give them the right to choose the right government under an arranged democratic system.

“We do not want any policy made with racial elements and discrimination in governing Malaysia and Perak,” he said.

Asked as to his immediate concerns, Mohammad Nizar said he wants to unify the people of Bukit Gantang so that they can work with PR.

"We are going to request for a quick and urgent dissolution of the Perak government so that the constitutional crisis in Perak can be resolved and that will be my immediate action to stabilise the political scenario in Perak,” he added.

More than 5,000 of supporters from the PR had filled up the Jalan Kota in the Taiping town from 7pm to await the results of the election.

This is the third election for a parliamentary seat that the BN has lost to the Pakatan Rakyat after the Permatang Pauh and Kuala Terengganu seat since the general election last year.

Meanwhile, opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim, through a phone interview, told the press that the by-election results sends a message that Malaysians want to change irrespective of the new prime minister.

“They (the people) are stronger in their support for PR,” he said.

Asked if the political tsunami still blows after the last general election, he replied: “Certainly.”
Anwar also said he was very satisfied with the results of the Bukit Gantang and Bukit Selambau by-elections although PR did not expect to win in Batang Ai.

On the most important factor in winning the two seats, he said it was the result of three parties working cohesively as a team.

The total number of registered voters is 55,462, of which 63.5% are Malays, 27.1% Chinese, and 9.1% Indians
.


Shattirs : Alhamdulillah di panjatkan kehadrat ilahi untuk kemenangan bagi Islam.Mudah-mudahan senario kemenangan ini akan berterusan untuk selama-lamanya,insyaAllah.

Mudah-mudahan juga parti PAS akan terus bertapak kukuh di Taiping yang saya kira amat penting di masa hadapan dalam perjuangan Islam di tanah air Malaysia.

Berita kemenangan ini saya sampaikan pada orang yang selayaknya (penduduk Taiping) dengan perasaan gembira dan terharu :) ~

~ Ucapan Shattirs~

TAHNIAH PAS KERANA MENANG DI BUKIT GANTANG

TAHNIAH PKR KERANA MENANG DI BUKIT SELAMBAU

TAHNIAH ORANG BATANG AI. APA PUN PILIHAN ENGKAU ORANG, SAYA HORMATI ~

Brought to you by: shattirs

Sunday, April 5, 2009

SMART CIRCLE MEDIK ALEX


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد





::Kat Rumah Ahmad Syafiq::

SHATTIRS : Untuk posting kali ini,saya akan menunaikan permintaan pembaca blog shattirs yang nak tahu sedikit perkembangan SMART CIRCLE di Alexandria.Mesir.

Untuk makluman pembaca blog shattirs,pada tahun ini saya membawa Smart Circle pelajar-pelajar perubatan Universiti Iskandariah,Mesir (Tahun 2).Anak buah seramai 9 orang termasuk mentor.Dari segi penempatan,kebanyakan pelajar2 medik Alex tinggal berdekatan dengan laut yakni dikawasan Cleopatra.

Bagi saya,pengalaman bersama adik-adik perubatan ini amat unik dan menyeronokkan,bahkan di sana sebagai nilai tambah bersama masyrakat khususnya di bumi Mesir ini.Mana mungkin hanya indah berkata-kata tanpa pengalaman mengemudi bahtera kehidupan sebagai mahasiswa.

Untuk anda ~ anak-anak buah SMART CIRCLE ~ Have A Nice Day -dari shattirs


~ BUTIRAN LANJUT ~

SMART CIRCLE 1

MENTOR : Ustaz Hj Mohd Helmi B Hj Che Pauzi ( TANTA )

1) Basyir b. Kamaruzzaman
2) Muhammad Faez b. Asmui
3) Mohd nadzir b. Mohd Noor
4) Abu Zar Ghiffari b.Jamalulail
5) Mohd Nazrul Shafiq b Abd Rahman
6) Ahmad Syafiq b Zaharin
7) Muhammad Fahmi Fathullah b Md Isa
8) Muhammad Zulfadhli b. Nor Azlan

Shattirs :
Terima kasih kepada Serikandi Umar93 kerana sudi berkongsi artikel Cinta Seorang Pejuang di dalam blog beliau "

http://serikandiumar93.blogspot.com/





::Kat Rumah Nazrul Shafiq::

shattirs : Untuk Mahasiswa/wi Pengajian Islam di Bumi Mesir ( Al-Azhar),selamat menghadapi imtihan fasa 2 (Mei 2009).Bittaufiq Wannajah.AMIN ~

Brought to you by : shattirs