Keluarga SHATTIRS

Keluarga SHATTIRS
Assalamualaikum WBT

SHATTIRS Followers

Popular Posts

Friday, October 16, 2009

Bicara SHATTIRS 1 [kahwin]


::Sekadar Hiasan::

Shattirs : Alfun Mabruk diucapkan kepada kawan-kawan shattirs yang akan mahupun sudah mendirikan rumahtangga,semoga kekal bahagia hingga akhir hayat.insyaAllah.

Kepada rakan-rakanku samada di bumi Malaysia mahupun Mesir,selamat membina mahligai baru [Baitul Muslim] .Moga-moga diredhai Allah selalu.Doakan saya akan turut serta juga membina mahligai bahagia bersama permaisuri hati.Amin.


'Kullu A'm Wa Antum Bikhair'


Shattirs : Saya bila lagi? 'insyaAllah masanya akan tiba juga nanti untuk saya dan sidia..'

Walaupun saya lebih cederung perkahwinan selepas tamat belajar berbanding ketika belajar.Tetapi disana mugkin ada pro dan kontranya serta masing-masing ada hujah tersediri mana yang terbaik untuk diri dan masa depan.

wassalam..

Shattirs : Ni dah kawin tak perlulah,ungkit pristiwa lama,sedar dan terimalah jodoh masing-masing yang telah Allah tentukan.Janganlah kita suka [taqdim ] perempuan yang baik ,cantik dan solehah itu walaupun kita tahu dia bukan jodoh kita hanya kerana mengikut naluri nafsu syaitan yang tiada kesudahanya.

Tidak perlulah juga mengunakan alasan persatuan,gunakan taklifan kedudukan untuk suka /minat kepada jodoh orang lain,moga-moga ini muhasabah untuk bersama. :)

Amat malang juga,apabila kecewa perempuan yang disukai tidak melayan kehendaknya,maka janganlah mengatakan kepada jodoh/pasangan perempuan tersebut bahawa dia telah menjampinya untuk suka kat dia..Sedarilah itu ialah jodoh dan ketentuanya,tetapi amat malang ungkapan sebegeni diungkapkan oleh mereka yang berjawatan dalam persatuan serta kecewa dalam pemilihan pasanganya.

Saya tidak berniat untuk tuju kepada sesiapa,tetapi sedarilah,jangalah membuat sesuatu itu mengikut hawa nafsu dan emosi semata-mata tanpa berfikir dahulu..

Shattirs : Akhirnya,ada kenyataan yang mengatakan mereka yang berkahwin ini [pelajar di Mesir] hanya disebabkan kecewa /cemburu dalam pemilihan pasangan.Kalau nak tahu,tanyalah mereka-mereka yang terlibat..^_^

'Kurangkan Kontrovesi,Tingkatkan Prestasi"

Brought to you by : shattirs

Tuesday, October 13, 2009

Saya KEMBALI



::Salah satu babak rakaman HAJI ASTRO OASIS & Tabung Haji::


Shattirs
: 'Shattirs,kenapa sudah lama membiarkan blog ini tidak di-update.?'

begitulah ungkapan yang saya terima samada dalam ym mahupun email peribadi.

Sejak saya pulang bercuti di bumi Malaysia ini,saya jadi terlalu sukar untuk meng-update blog shattirs ini.Walaupun hakikatnya saya online internet di rumah 24 jam.

Alhamdulillah,semalam pihak ASTRO OASIS sudahpun mula menayangkan rakaman program Haji terbitan Tabung Haji untuk bakal-bakal tetamu Allah yang akan mengerjakan ibadah haji pada tahun ini.Mak saya hanya tersenyum lebar melihat anaknya ditemuramah sebanyak 2 kali dalam rancangan tersebut,serta melihatnya merakamkan pelbagai aksi di bumi Makkah dan Madinah.

Terima kasih kepada Penerbit Cikgu Abu Hasan Morad & Lembaga Tabung Haji yang kebetulan bertemu dengan saya di Masjidil Haram pada musim Haji baru-baru ini.Pada pengunjung blog shattirs yang ingin melihat saya mengulas isu golongan pemuda/i mengerjakan Haji,bolehlah melihatnya didalam saluran Astro Oasis [106] pada bulan 10 ini setiap malam pukul 10 malam.

Mungkin saya menggunakan masa cuti untuk bersama keluarga tercinta ,sedara mara dan kawan-kawan seperjuangan.InsyaAllah sebelum pulang kembali ke bumi MESIR pada 16/11/2009 ini,saya akan pastikan blog SHATTIRS ini akan senantiasa di-update.

Aktivti saya boleh dikatakan agak BZ juga dengan pelbagai aktiviti yang dirancang samada untuk keluarga,masyarakat dan jemaah di sini.DOAKAN saya..

Oklah ,setakat ini sahaja dulu.
jumpa lagi..

Brought to you by : shattirs

Thursday, September 17, 2009

Doa sebagai Pendinding



Amin ya Rabb ~

Brought to you by : shattirs

Saturday, September 12, 2009

SHATTIRS 2



Salam untuk semua ~

[ Bicara Shattirs 2 ]


Alhamdulillah,dengan nikmat Islam dan Iman darinya dapat kita hidup dan melaksanakan amalan sebagai seorang mukmin yang beriman dan bertaqwa.Bersyukur juga kepadanya kerana kita semua dipanjagkan umur dan dimurahkan rezeki.

Hari ini sudah 21 Ramadhan,Alangkah sedihya kerana kita akan meninggalkan bulan yang cukup penuh dengan kenikmatan serta nikmat pengampunan dari Allah tuhan semesta alam.Oleh itu,Didalam fatrah 10 malam terakhir ini,sayugianya kita dapat mengambil peluang untuk mengecapi ganjaran pahala yang amat besar serta tergolong bersama mereka-mereka yang diampunkan Allah serta diberi nikmat malam Lailatul-Qadar.InsyaAllah.

Dikesempatan yang ada ini,sekali lagi saya ingin mengucapkan Salam Ramadhan Kareem dan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin untuk semua pegunjung blog shattirs tidak kira dimana jua anda berada.Jika berkesempatan jemputla datang ke rumah saya di Teluk Intan ini.

Mudah-mudahan seluruh Umat Islam bergembira denga Hari lebaran yang bakal disambut tidak lama lagi.Walaubagaimanapun, semestinya kita sebagai orang Islam amat bersedih kerana bulan Ramadhan akan pergi meninggalkan kita.Untuk akhirya terima kasih kepada Abang Din Tantawi [Ustaz Nasruddin Tantawi]kerana sering bertanya saya bila nak balik habis dan sering juga memberi kata-kata semangat perjuangan kepada saya dan rakan-rakan kelahiran bumi Tantawiyyun.

Antara kalam us Din Tantawi yang sempat saya simpan ~

Tantawi 007 Din: w'salam
Tantawi 007 Din: bila nak balik




Video Minggu ini ~



Shattirs
: Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi mengirim kad raya.InsyaAllah raya ini kita akan jumpa.Dan semestinya tempat yang ingin dituju dalam bulan syawal ialah Bandar Taiping.:)

Teluk Intan,Perak
6.30 p.m


Brought to you by : shattirs

Wednesday, September 9, 2009

Terjemahan Surah Al-Imran [18 & 19]



<=(18)=>
Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya Dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) Dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang Yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga Yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

<=(19)=> Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) Yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan Yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki Yang ada Dalam kalangan mereka. dan (ingatlah), sesiapa Yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka Sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisabNya.

Teluk Intan,Perak
5.30 p.m

Brought to you by : shattirs

Thursday, August 27, 2009

[Makluman]Saya Balik Malaysia





Shattirs : InsyaAllah pagi 29/8/2009 (Sabtu Malam tiba di KLIA),saya akan pulang bercuti di Malaysia.Inilah yang dikatakan perancangan Allah mengatasi segala-galanya.Alhamdulillah,tahun ini dapat menyambut Bulan Ramadhan dan Hari Raya bersama insan tersayang.

Mudah-mudahan dipermudahkan segalanya.Amin

Untuk menghubungi saya di Malaysia ( 0135011649

1649-->nombor kad PMRAM tu :)

~ Egypt Air Mode ~



Tanta Scan.TANTA
MESIR.
12.00 pm


Brought tou you by : shattirs

Pemikiran Mesti ke HADAPAN!

"Biarlah pembangunan material dan pembangunan insan dilakukan seiring agar negara yang dibangunkan lebih bermakna di mana wujudnya hubungan yang baik diantara manusia sesama manusia dan manusia dengan Penciptanya..

Ayuh laksanakan tanggungjawab KITA.."

"Sesungguhnya hati yg tdk takut kpd Allah SWT tiada ertinya. Org yg hidup tanpa mengharap janji dan redha Allah SWT, sbnrnya dia tdk hidup, tetapi dia adalah org yg mati.."

Video menarik Minggu ini ~







Tanta Scan,Mesir
11.30 am

Brought tou you by : shattirs

Sunday, August 16, 2009

SHATTIRS 1



Bicara shattirs 1 ~


Salam untuk semua..

Alhamdulillah dapat juga untuk menulis sedikit kalam untuk teratak shattirs ini,sudah lama juga saya membiarkan teratak ini berhabuk mahupun berdebu tanpa sebarang posting" untuk tatapan dan bacaan semua pengunjung blog shattirs.

Bulan penuh barakah bulan Ramadhan semakin menghampiri kita,sudah pasti golongan mereka-mereka yang beriman dan bertaqwa amat menanti-natikan bulan tarbiah yakni bulan Ramadhan al-mubarak.Bulan yang penuh dengan barakahnya,mudah-mudahan kita termasuk didalam golongan yang mendapat ganjaran yang selayaknya dari Allah ta'ala.insyaAllah.Salam Ramadhan Kareem untuk semua pengunjung blog shattirs dari saya MOHD HELMI CHE PAUZI.@ shattirs.

Mutakhir ini juga wabak virus Selesema Babi atau H1N1 sudah begitu kritikal,apa yang saya lihat angka kematian sudah meningkat kepada 60 orang dan mereka-mereka yang terkena jangkitan samada pulih mahupun tidak sudah menjangkau seribu orang.Moga-moga Allah memelihara kita semua dari serangan virus yang amat berbahaya ini,AMIN.

Dalam minggu ini juga akan diadakan MAT AJKT & HEWI KPIPM untuk sesi ini.insyaAllah pada tahun ini akan diadakan sesi pengundian calon Ajkt yang bertanding.Oleh itu,saya ingin mengajak semua rakan dan taulan yang berada di Bumi Mesir ini untuk kita sama-sama balik mengundi.PILIHLAH CALON YANG BOLEH MELAKUKAN KERJA DENGAN IKHLAS DAN AMANAH SERTA BERPEGANG KUAT KEPADA AL-QURAN DAN AS-SUNNAH.

Makluman
: MAT HEWI 18//8/09 ~~ MAT AJKT KPIPM 19/8/09 ~

Tempat : Rumah Perak Islah,KAHERAH.

Lagu menarik minggu ini ~ In-Team -jangan sia-siakan ~



Tanta Scan,TANTA
MESIR 1.00 PM


Brought to you by : shattirs

Saturday, August 15, 2009

Asri RABBANI Meninggal Dunia

Shattirs : Al-fatihah,moga rohnya bersama dengan orang-orang yang beriman.AMIN







Tanta Scan,TANTA
MESIR.11.00 pm


Brought to you by : shattirs

SPR PERAK ~ Calon Ajkt & Hewi KPIPM ~


Sila klik untuk besarkan..



UNDI ANDA AMAT PENTING!!


MAT KPIPM PADA 19/8/2009 ~


AHLI JAWATANKUASA PILIHANRAYA KPIPM 2008/2009 AKAN MENGADAKAN MAJLIS PENGENALAN CALON AHLI JAWATANKUASA TADBIR DAN AHLI JAWATANKUASA HEWI KPIPM SESI 2009/2010.

MAJLIS TERSEBUT AKAN DIADAKAN:

TARIKH : 16 OGOS 2009 (AHAD)

MASA : 9.30 MALAM

TEMPAT : DEWAN SHEIKH SYA’RAWI


SELURUH AHLI KPIPM DIJEMPUT HADIR UNTUK MENGENALI BAKAL PIMPINAN YANG AKAN MENERAJUI BAHTERA KPIPM BAGI SESI 2009/2010.

ANDA ADALAH PENENTU MASA DEPAN KPIPM…….

Undilah kerana Allah S.W.T



DISEDIAKAN OLEH:

AJK KHAS PILIHANRAYA KPIPM 2009


CALON YANG DIPERTUA KPIPM 2009/2010 (MENANG TANPA BERTANDING)

KHAIRUL ASHRAF BIN MOHD KHIR
NO. KPIPM 1548


CALON AHLI JAWATANKUASA TADBIR KPIPM 2009/2010 (BERTANDING)


MUHAMMAD HAFIZZUDDIN BIN ZAKARIYA
NO. KPIPM 1188

AHMAD SHAZWAN BIN KHALID
NO. KPIPM 1680

MOHD HAFIZ BIN SHAMSUDIN
NO. KPIPM 1280

MOHD ZAHID BIN ABU BAKAR
NO. KPIPM 1529

MOHD RIDHWAN BIN OTHMAN
NO. KPIPM 1505

MUHAMMAD FIRDAUS BIN AZNAN
NO. KPIPM 1816

MOHD ALIF HADI BIN MOHD RADZI
NO. KPIPM 1817

IBNU ABBAS BIN AZIZUDDIN
NO. KPIPM 1735

MOHAMMAD OMAR BIN ADAM
NO. KPIPM 1716

JAMALUDIN HAFIZ BIN ABDULLAH AISHA
NO. KPIPM 1286

FAKRUDIN BIN MD DAUD
NO. KPIPM 990

Calon Ketua HEWI KPIPM 2009/2010



SITI SALAMAH BINTI HAMZAH

NO AHLI:1350

Calon-calon Ahli Jawatankuasa HEWI KPIPM 2009/2010


NORZIHAN MOHD RAFIDI

NO AHLI:1348


DZULYALYNA AHMAD ZAHIDI

NO AHLI:1476


HUZAIFA HASSAN

NO AHLI:1584


NORUL AIMI MUHAMAD RAZI

NO AHLI:1581


NURAIMI JALWATI MOHD RANI

NO AHLI:1769


NOOR SHUHADA ZOLKAFLI

NO AHLI:1497


NURSYUHADA HASHIFUDDIN

NO AHLI:1502


SAIDATUL YUHANIS DAHWANI

NO AHLI:1698


HAZILA ABDUL HAMID

NO AHLI:1502


SEMUA CALON MENANG TANPA BERTANDING !!



Disediakan oleh:

AJK KHAS PILIHANRAYA KPIPM 2009


MAKLUMAN

AJK KHAS PILIHAN RAYA KPIPM 2008/2009 MEMBUKA TEMPOH BANTAHAN UNTUK CALON AJKT DAN AJK HEWI BAGI SESI 2009/2010. SESIAPA YANG INGIN MEMBUAT BANTAHAN BOLEHLAH MENDAPATKAN BORANG DARI BILIK GERAKAN AJK KHAS PILIHANRAYA

TARIKH : 14 OGOS 2009
MASA : 8.00-12.00 TENGAH HARI
TEMPAT IKHWAH : MAKTABAH SYEIKH ISMAIL ADAWI(PERSIDA)
AKHAWAT : SHAQAH 8


BORANG BANTAHAN MESTILAH DISERAHKAN PADA WAKTU YANG TELAH DITETAPKAN OLEH PIHAK AJK KHAS PILIHANRAYA KPIPM 2008/2009. SEBARANG KELEWATAN TIDAK AKAN DILAYAN.

SYARAT-SYARAT BANTAHAN

1. Setiap bantahan mestilah disuarakan oleh ahli KPIPM.
2. Setiap ahli yang membuat bantahan mesti menjelaskan yuran tahunan KPIPM sesi 2008/2009.
3. Sebarang bantahan mestilah melalui borang yang disediakan oleh AJK Khas Pilihanraya 2008/2009 dengan selengkapnya. Borang yang tidak lengkap tidak akan dilayan.
4. Setiap borang bantahan dikenakan bayaran LE 20.
5. Setiap bantahan perlu mempunyai seorang pencadang dan penyokong untuk membantah seorang calon sahaja.
6. Borang bantahan perlu dihantar sendiri oleh individu yang mengemukakan bantahan.
7. Keputusan penerimaan bantahan adalah muktamad.
8. Bantahan akan ditolak setelah tamat waktu yang ditetapkan.
9. Sebarang maklumat dan permasalahanboleh dirujuk kepada AJK KHAS PILIHANRAYA KPIPM 2009.

Shattirs
: Undi anda penentu kegemilangan Islam.Pilihlah mereka yang ikhlas dan amanah serta berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah..

Brought to you by : shattirs