Keluarga SHATTIRS

Keluarga SHATTIRS
Assalamualaikum WBT

SHATTIRS Followers

Popular Posts

Friday, October 10, 2008

Palestin terus melahirkan Mujahid Agong




~ Sheikh Dr. Mohamed Mahmoud Seyam ~

-----------------------------------------------------------

IMAM Hasan Al-Banna, seorang tokoh dan pejuang Islam sejati berkata:

"Pemuda yang lahir dalam sebuah bangsa yang hidup aman sejahtera dengan kemajuan melimpah ruah akan lebih mementingkan diri sendiri daripada nasib agama dan bangsanya.

"Namun, pemuda yang lahir dalam sebuah negara yang sedang berjuang kerana agama dan bangsanya sedang dijajah, akan berjuang bermati-matian untuk mengembalikan hak, khazanah serta kebebasan mereka yang telah dirampas dan dinafikan.

"Bagaimanapun, gagasan akan berjaya jika wujud empat asas iaitu keimanan dari hati yang bersih, keikhlasan dari jiwa yang suci, semangat dari keinginan yang kuat dan usaha melalui keazaman yang membara. Semua itu ada pada orang muda."


Sebab itu kata mujahid agung itu, kewajipan, tanggungjawab dan amanah ke atas orang muda terlalu banyak dan berat. (kitab Himpunan Risalah Imam Hasan Al-Banna - edisi Bahasa Melayu).

Islam yang sangat menitikberatkan keharmonian ummah dengan mengajak serta menyuruh kepada hidup bermuafakat dan kesepakatan dengan saling berbaik sangka serta tolong menolong perlu dijadikan asas kehidupan dan perjuangan.

Namun keadaan kini semakin tidak keruan, ummah sering mengadu domba sesama sendiri dengan pelbagai fitnah demi menjayakan survival kenafsuan diri dan minoriti dari ummah sejagat.

"Fitnah merupakan senjata dan musuh yang paling bahaya dan dahsyat bagi manusia dan Islam menjadi sasaran fitnah paling hebat kini," kata mantan khatib Masjid Al-Aqsa di Palestin, Sheikh Dr. Mohamed Mahmoud Seyam.

Presiden Persatuan Ulama Palestin yang berpusat di Yaman itu berkata, umat Islam sekarang sedang menghadapi peperangan dan jihad yang paling besar untuk menentang fitnah.

Fitnah itu pula beritahu Dr. Seyam yang juga mantan Rektor Universiti Islam Gaza, bukan hanya dari golongan kuffar tetapi di kalangan Muslim sendiri.

Sebab itu Allah SWT awal-awal lagi melarang daripada terlibat dalam membuat fitnah dan yang seumpamanya sebagaimana maksud dalam firman-Nya: Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina, yang banyak mencela, yang kian ke mari menghambur fitnah, yang banyak menghalangi perbuatan baik, yang melampaui batas lagi banyak dosa, yang kaku kasar, selain dari itu, yang terkenal kejahatannya. (al-Qalam: 10-13)

Menurut Dr. Seyam, apa yang terjadi ke atas negara-negara Islam seperti Palestin, Iraq, Afghanistan dan Sudan serta Muslim di Thailand dan Filipina adalah angkara fitnah manusia yang memusuhi Islam.

Katanya, fitnah dan pembohongan besar yang berterusan menjadikan bumi dan rakyat Palestin dan umat terus dihimpit, ditekan dan ditindas.

"Malah masjid al-Aqsa yang menjadi tanda arah kiblat pertama Islam kini hanya menunggu masa untuk dilenyapkan dari muka bumi oleh Yahudi Israel," katanya.

Lebih dahsyat lagi tambah beliau, apabila negara Palestin berdaulat cuba dihapuskan untuk diganti dengan negara yang tidak pernah wujud sama ada dalam udang-undang manusia, apa lagi hukum Allah, iaitu Israel.

Dr. Seyam berkata demikian dalam Ceramah Perdana Akademi Ramadan '08 bertajuk Dari Palestin ke Malaysia - Nasihat Seorang Imam dan Pejuang Untuk Mahasiswa di dewan kuliah utama Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (API UM), bulan lalu.

Ceramah hampir sejam kelolaan Persatuan Mahasiswa Islam Malaysia dengan kerjasama Persatuan Pelajar Islam Yaman itu dihadiri lebih 1,000 pelajar institusi pengajian tinggi di sekitar Lembah Klang.

Kata Dr. Seyam, apa yang berlaku dan ditanggung oleh generasi muda Islam di Palestin serta negara-negara Islam sekarang adalah kerana kesilapan generasi dahulu.

Menurutnya, generasi dahulu dan yang masih memimpin sekarang, terlalu banyak mengikut telunjuk Amerika Syarikat (AS) dan berkiblat kepada Barat.

"Akibatnya generasi kamu sekaranglah yang menanggung beban dan perlu mengatasinya," katanya.

Tegas beliau, fitnah paling dahsyat yang menimpa dan ditanggung oleh umat Islam sekarang ialah peperangan yang ditiup oleh musuh Islam dan permusuhan sesama Muslim.

Mengenai keadaan dan nasib pejuang Palestin kini Dr. Seyam memberitahu, angkara fitnah musuh Islam, bangsanya kini berpecah dua.

Satu kumpulan sekular yang memilih untuk bekerjasama dengan musuh Islam dan menurut telunjuk AS serta Yahudi. Mereka berpusat di Tebing Barat dan rela hidup dan berjuang bersama musuh Islam.

Kumpulan satu lagi memilih jihad menegakkan Islam dan mempertahankan bumi serta bangsa Palestin dengan menentang apa sahaja ancaman dan tekanan musuh Islam hingga ke titisan darah terakhir.

"Kumpulan sekular tidak mementingkan Islam, mereka sedia serahkan senjata dan apa sahaja kepada musuh Islam untuk kesejahteraan hidup dunia." jelasnya.





~~ Mempertahankan hak ~~

Namun, pejuang dan mujahid di Semenanjung Gaza paling ramai syahid, ditangkap dan didera kerana mempertahankan hak dan maruah Islam di bumi sendiri.

Tambah Dr. Seyam, setiap anak pejuang Palestin yang dilahirkan memiliki ketabahan, keberanian yang jitu untuk terus melawan musuh Islam meskipun hanya bersenjatakan batu-batu.

"Sebab kami sentiasa mengharap dan yakin dengan pertolongan Allah SWT serta doa dan sokongan daripada saudara-saudara Islam prihatin di seluruh dunia," ujarnya.

Pejuang rakyat Palestin kata beliau, tidak mengharapkan sumbangan tenaga dan wang ringgit daripada sesama Muslim tetapi cukuplah dengan doa dan sokongan moral.

Menurutnya, apa guna bantuan dan sumbangan yang melimpah ruah jika maruah agama, bangsa dan bumi sendiri dilepas sebagai balasan.

Beliau memberitahu, menerima bantuan negara-negara arab yang kaya bererti mereka mesti mengiktiraf kewujudan negara Israel, mengikut telunjuk AS dan menghentikan jihad keatas musuh Islam.

"Kami mahu pastikan syarat itu tidak akan berlaku sebab kami berjuang kerana Islam dan bumi Palestin serta yakin dengan janji Allah. Jadi kami tolak semua bentuk bantuan mereka," tegasnya.

Bagaimanapun tambah beliau yang rela melepaskan semua kedudukan demi mempertahankan Islam serta hak rakyat dan bumi Palestin, bantuan memang ada dan sampai di Palestin tetapi ia hanya diterima oleh kumpulan sekutu AS yang sentiasa bersedia menggadaikan maruah kepada musuh-musuh Islam.

Malaysia kata Dr. Seyam, sangat bertuah kerana satu-satunya negara Islam yang bebas, aman, makmur dan harmoni yang tidak lagi diperolehi oleh mana-mana negara Islam lain di dunia ini.

"Negara-negara Islam dan Muslin lain disekat dari mendapatkan pendidikan, kehidupan mereka ditekan, ditindas dan dibunuh sewenangnya. Jadi sayangi dan jagalah kebebasan serta keharmonian yang anda nikmati sekarang." pesannya.

Beliau seterusnya mengingatkan seluruh mahasiswa bahawa tugas dan tanggungjawab sebagai pelajar ialah belajar bersungguh-sungguh dan tumpu sepenuhnya dalam pelajaran, bukan melibatkan diri dengan kegiatan berbaur politik.

"Berpolitik bukan kerja dan tugas hakiki kamu. Malah tenaga dan khidmat kamu juga tidak diperlukan oleh negara-negara Islam tertindas dan bergolak seperti Palestin.

"Doa dan sokongan moral kamu sudah menjadi senjata paling ampuh bagi anak-anak pejuang Palestin kami meneruskan perjuangan mempertahankan Islam, Al-Aqsa dan tanah air." ujarnya.

Palestin kata beliau lagi, tidak pernah kurang pejuang kerana setiap anak palestin yang dilahirkan sudah bersedia dan sentiasa menanti untuk jihad menentang apa sahaja tekanan dan ancaman musuh-musuh Islam.

Beliau yang singgah di Jakarta untuk misi yang sama sebelum itu berkata, perjanjian damai Israel-Yahudi ke atas Palestin paling menyakitkan dan menganggu mereka.

Perjanjian itu menurutnya, menyebabkan pejuang Palestin sekarang dihalang solat berjemaah dan bertarawih di Masjid Al-Aqsa. Namun, itu tidak pernah melemahkan para pejuang dan mujahid Palestin, malah mereka tetap bersolat jemaah di Al-Aqsa meskipun hanya di tempat letak kereta.

Brought to you by : shattirs

Thursday, October 2, 2008

Salam Eid Mubarak 1429 H



بسم الله الرحمن الرحيم


~~ Selamat Hari Raya Aidilfitri ,Maaf Zahir & Batin saya ucapkan kepada semua pengunjung blog shattirs.Moga-moga kehadiran lebaran kali ini dapat mengeratkan ikatan ukhwah sesama muslim tak kira di mana jua kita berada.Kullu 'Am Wa antum Bikhair "

Di bawah ini, suasana sambutan Eid Mubarak di Bumi TANTA,Mesir ~~




::Istad Tanta::



::Warga Tanta Scan::



::Dewan Syeikh Mahmod Syaltut,Bait Izzah:: DPMT


~~ Sejarah ringkas Dinar Emas ~~

Bismillah wal-hamdulillah..

Akhirnya siap juga pengkajian saya tentang Dinar Emas ini,sekadar ingin membantu seorang Pensyarah di UPSI.Ini yang mampu saya bantu beliau untuk menyiapkan tesis PHD.Untuk kali ini,saya masukkan dahulu mengenai Sejarah Ringkas Dinar Emas untuk tatapan pengunjung blog shattirs.

Sumber Research : Sumber2 Internet , Kitab2 berkaitan Dinar Emas & Perak & Kitab Fiqh Muqaran/Fiqh Syafie : Tahun 3: Al Azhar University ~~

Istilah Dinar dikatakan berasal daripada kalimah Rom iaitu “dinarius” yang membawa maksud nama bagi emas yang telah ditempah atau dicap. Manakal dirham pula berasal daripada perkataan Greek “drachma” yang bermaksud nama bagi perak yang telah ditempah atau dicap.

Matawang Dinar dan Dirham telah digunakan sebelum Nabi Mumahammad s.a.w diutus menjadi rasul. Kemudian penggunaannya diteruskan sehingga penghujung empayar kerajaan Islam Turki Uthmaniyah.

Pada zaman jahiliyyah dan era awal dakwah Islam di wilayah Sham dan Semenanjung Arab, dinar yang digunakan adalah yang ditempa di Rom. Ia dipanggil dinar rumiyyah yang mempunyai gambar Raja Rom dan tulisan Rom. Manakala di wilayah-wilayah Iraq dan Timur Arab, matawangnya adalah dirham kisrawiyah. Padanya terdapat gambar Kisra Parsi dan ditulis dengan tulisan Parsi.

Matawang dinar dan dirham pertama dalam sejarah Islam telah dikeluarkan ketika awal Pemerintahan Bani Umayyah, sekitar tahun 76 hijrah, ketika pemerintahan Khalifah Abdul Malik Marwan. Beliau telah melakukan usaha sentralisasi dengan menyatukan pusat pengecapan dinar dan dirham. Kepingan dinar dan dirham tersebut ditulis padanya kalimah syahadah. Beliau turut melakukan anjakan dalam sistem ekonomi umat. Hasilnya wujud kestabilan dalam sistem kewangan, politik dan mampu meminimumkan gejala penipuan.

Dasar dan polisi ini diteruskan kelangsungannya oleh Khalifah Yazid bin Abdul Malik dan Hisyam bin Abdul Malik. Kesan daripada polisi yang demikian, Empayar Umayyah terkenal dengan pengeluaran matawang yang tulin dan berkualiti.

Wallahu a'lam..

Brought to you by : shattirs

Wednesday, September 17, 2008

Tazkirah Ramadhan Shattirs



~Teladani Puasa Rasulullah~


AL-QURAN sebagai kalamullah telah mengabadikan Rasulullah SAW sebagai utusan Allah dan penutup sekelian nabi. Sebagai nabi terakhir, baginda merupakan uswatun hasanah (contoh teladan) yang baik kepada umatnya.

Dalam ibadat puasa Ramadan, Rasulullah telah menunjukkan teladan yang terbaik untuk diikuti oleh umatnya. Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud: Apabila seorang dari kamu sekelian berpuasa, maka janganlah ia berkata kotor dan berteriak. Bila dicela orang lain atau dimusuhi, maka katakanlah - sesungguhnya aku ini sedang berpuasa. (riwayat Bukhari)

Sebagaimana penjelasan baginda Rasulullah sendiri bahawa orang yang berpuasa itu pada hari kiamat nanti bau mulutnya akan lebih harum dari bau kasturi.

Sama-sama kita renungi beberapa tatacara dan adab puasa yang telah diamalkan oleh baginda sebagai teladan dan iktibar untuk diikuti oleh semua umatnya.

Dalam penyempurnaan ibadat puasa Ramadan, beberapa langkah yang diambil oleh baginda antaranya:

l Memantapkan niat - Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang tidak menetapkan akan berpuasa sebelum fajar, maka tidak sah puasanya". (riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

l Melaksanakan makan sahur - Anas bin Malik r.a. berkata telah bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sahurlah kamu sekelian, sesungguhnya dalam sahur itu ada keberkatannya. (riwayat Muslim).

Menurut Ibnu Hajar al-Asqalani yang dimaksudkan dengan berkat itu ialah ganjaran pahala dari Allah. Sahur akan menguatkan lagi semangat dalam berpuasa serta dapat membantu seseorang itu untuk melakukan apa juga bentuk ibadat sepanjang ibadat puasa dilaksanakan.

l Imsak Rasulullah - Rasulullah bersabda: "Apabila salah seorang dari kamu mendengar azan subuh padahal bekas minuman masih di tangannya, maka janganlah ia meletakkannya sehingga dia menyelesaikan meminumnya". (riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah).

Keadaan yang digambarkan oleh hadis tersebut ialah kepada seseorang yang terlewat ketika bangun untuk makan sahur.

l Mempercepat berbuka - Sahl bin Saad berkata sesungguhnya Rasulullah telah bersabda: Telah berfirman Allah SWT "hamba-hamba-Ku yang lebih aku cintai ialah mereka yang segera berbuka puasa bila tiba masanya". (riwayat Tirmizi dan Abu Hurairah).

l Memperbanyak membaca al-Quran - Rasulullah bersabda yang bermaksud: Orang-orang yang berkumpul di masjid dan membaca al-Quran, maka kepada mereka Allah akan menurunkan kelemahan batin dan limpahan rahmat. (riwayat Muslim).

Sesiapa yang membaca satu huruf al-Quran, maka pahala untuknya 10 kali ganda. Namun membaca dalam konteks hadis di atas adalah ketenangan dan limpahan rahmat akan lebih mudah dicapai bila tadarrus diertikan dengan mempelajari, menelaah dan menikmati al-Quran.

l Memperbanyak sedekah - Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadan. Bersedekah bukan hanya memberi wang, tetapi termasuklah mengajak orang lain berbuka puasa di rumah kita terutama kepada golongan fakir miskin.

l Orang yang berpuasa wajib meninggalkan akhlak yang buruk. Segala tingkahlaku mestilah mencerminkan budi yang luhur dengan menjauhi kelakuan tidak sopan seperti mengumpat, mengeji dan sebagainya sehingga membawa kepada Allah tidak menerima amalan puasanya itu.

Terdapat beberapa kes yang berlaku pada zaman Rasulullah berkaitan ibadat puasa ini sebagai iktibar kita bersama. Antaranya ialah:

"Orang yang berpuasa tetapi berjunub pada awal pagi - Aisyah dan Ummu Salamah berkata sesungguhnya Nabi SAW pernah bertemu dengan waktu fajar dalam keadaan baginda berjunub. Baginda kemudian mandi dan berpuasa" Dari Aisyah r.a. berkata, "Aku menyaksikan Rasulullah SAW bangun pagi-pagi untuk mandi kerana berjunub, bukan kerana mimpi, kemudian baginda berpuasa pada hari itu".

l Mencium isteri - Orang yang berpuasa boleh mencium isteri. Aisyah r.a. berkata, Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah mencium sebahagian isteri-isterinya, padahal baginda berpuasa.

Orang yang berpuasa boleh menyentuh dan mencium isterinya selagi dia dapat mengawal nafsunya. Jika dirasakan ia boleh membawa kepada berlakunya persetubuhan atau terkeluarnya air mani, maka eloklah ia ditinggalkan.

l Makan dan minum kerana lupa - Abu Hurairah r.a. berkata Nabi telah bersabda yang bermaksud: Apabila ia (orang berpuasa) lupa lalu makan dan minum tanpa disengajakan, hendaklah ia terus menyempurnakan puasanya kerana Allahlah yang telah memberi makan dan minum kepadanya. (riwayat Bukhari)

l Orang yang meninggal dan berhutang puasa - Aisyah r.a. berkata Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang meninggal dan punya hutang puasa hendaklah walinya berpuasa untuknya. (riwayat Bukhari dan Muslim)

l Orang musafir - Orang yang bermusafir dibenarkan untuk berbuka puasa jika ia tidak mampu untuk meneruskannya. Aisyah meriwayatkan bahawa Abu Hamzah al-Aslami berkata kepada Nabi, "bolehkah aku berpuasa di dalam musafir?" Lalu jawab baginda, "Jika kamu ingin berpuasa, berpuasalah. Jika engkau ingin berbuka, berbukalah!".

Rugi rasanya jika kita membiarkan Ramadan yang sedang kita tempuhi ini berlalu begitu saja sedangkan ganjaran yang sedang menanti adalah terlalu banyak menanti.

Lakukan sesuatu yang terbaik di sisi Allah kerana pada setiap malam bulan Ramadan ada suara yang memanggil, "Wahai orang yang melakukan kebajikan terus tingkatkan apa yang kamu lakukan itu. Wahai orang yang lalai, hentikanlah segera akan kelalaian yang sedang engkau lakukan. Mudah-mudahan Allah akan menunjukkan kita semua jalan yang lurus, menghapuskan dosa dan memasukkan kita dalam golongan manusia yang bebas dari api neraka".

Sumber : Bicara Agama ( Utusan Malaysia )

Brought to you by : shattirs

shattirs : Selamat kembali ke dalam barisan kepimpinan untuk beliau. (Semoga Berjaya)

Monday, September 15, 2008

Pemimpin Datang dan Pergi



::November 2006::

shattirs : Alhamdulillah semalam sudah pun berlangsung Mesyuarat Agong Tahunan Dewan Perwakilan Mahasiswa TANTA kali ke 16.Mesyuarat yang dijalankan di dalam bulan penuh keberkatan yakni bulan ramadhan telah berjaya diharungi dengan baik oleh semua perwakilan yang hadir,ucapan TAHNIAH saya ucapkan kepada mereka2 yang secara langsung atau tidak dalam menjayakan Program mega terakhir DPMT bagi sesi 2007/2008 ini.

Tahniah dan takziah untuk barisan kepimpinan baru DPMT 2008/2009 dibawah teraju Al-fadhil Us Mohd Faizol B.Endot.Mudah-mudahan gerak kerja tahun hadapan lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya.Sebenarnya saya rasa bertuah kerana berada selama 2 sesi (06/07 & 07/08) kepimpinan di DPM TANTA telah banyak mambawa perubahan pada diri ini ke arah menuju kebaikan dan redho ilahi.Oleh itu memang benarlah ungkapan bahawa Pelajaran memang nombor satu tapi persatuan bukan nombor dua.Kerana apa,kerana dengan berpersatuanlah seseorang itu akan bertambah nilainya terutamnya nilai bersama masayarakat kelak.

Saya ulang semula ucapan terakhir semalam sebelum meletak jawatan bilamana saya menyarankan kepada ahli-ahli di TANTA ini supaya kita menyayangi persatuan yang kita dokongi ini sebagaiman kita menyayangi diri kita sendiri.Oleh itu,hayatilah Kalam Allah didalam Surah As-sof ayat 2,3 dan 4.serta kalam Allah didalam Surah Ali-Imran ayat 138.

Teliti kalam Saidina Umar ini:

"Tiada Islam kecuali dengan jemaah
Tiada jemaah kecuali dengan pimpinan
Tiada pimpinan kecuali dengan ketaatan".


Yang terakhirnya selamat maju jaya untuk barisan kepimpinan DPMT bagi sesi yang baru ini.

shattirs : Saya teringt kalam mantan Presden PMRAM,Us Hairul Nizam Mat Husain,beliau pernah berkata :" Sahabat sekalian,tidak lengkap kita di Mesir ni jika tidak berpersatuan,yakni menjadi exco di BKAN mahupun DPM,dan tidak lengkap lagi jika kita tidak menjadi Badan Pengurus PMRAM apatah lagi menjadi Presiden PMRAM."

Brought to you by : shattirs

Suasana Kelas Universiti Al-Azhar

بسم الله الرحمن الرحيم


shattirs : Buat pertamanya,saya ingin memohon seribu kemaafan disebabkan membiarkan teratak shattirs ini terlau lama tanpa diupdate.Liku-liku terakhir sebelum mengakhiri tugas selaku badan kepimpinan Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta,Mesir ( DPMT) untuk 2 sesi (2006/2007 & 2007/2008 )sedikit sebanyak membuatkan saya jarang berhadapan dengan laptop dirumah.

Alhamdulillah,sekarang kita sudah memasuki hari yang ke 15 didalam bulan yng penuh barakahnya ini iaitu bulan ramadhan.Moga-moga graduan Universti Ramadhan merupakan insan yang sebenar-benar taqwa di sisi Allah,insyaAllah.

Tidak ada apa yang ingin diucapkan untuk entri kali ini,hanya ingin menunaikan permintaan seorang sahabat dari Bumi Matahari Terbit untuk melihat suasana kelas di Universti Al-Azhar,Mesir.Sayugianya yang akan dilihat suasana didalam kelas Universti Al-Azhar yang bagi saya amat unik jika ingin dibandingkan dengan Universti - Universiti di Malaysia dan seantero dunia yang lain.Bagi saya suasana sebegitu membuatkan setiap penuntut ilmu akan lebih brsemangat untuk mndalami mutiara2 ilmu yang ditinggalkan oleh para Masyaikh Al-Azhar yang lepas.



:: Al-Azhar TANTA ::




::Al-Azhar ISKANDARIAH::

Brought to you by : shattirs

Apa Nasib KISAS ??



KISAS : Bumi Waqafan ~

Assalamualaikum wbt

Syukur ke hadrat Allah kerana masih lagi mengizinkan kita untuk meniti
titian Ramadhan yang berbaki beberapa belas hari lagi ini

di sini, ana cuba bawakan satu berita yang agak sedih buat kita warga
waqafan
x tau la ada yg dah tau ke x

ana petik cerita ni daripada sahabat ana di UTP, Aizuddin Paiman..

cite ni dia cam gini, KISAS skarang dah dinaik taraf menjadi skolah
cluster
yang mana skolah yg mengamalkan sistem pemerintahan mcm kerajaan skrg
( ala ala je )
ada Perdana Menteri, Pilihan Raya, dsb

dan dikhabarkan bahawa, BADAR dikatakan tidak relevan lagi utk berada
di KISAS
esok, 14 September, akan diadakan muktamar BADAR KISAS.
pengetua setuju untuk bubarkan tanzim lama, tapi dia x benarkan untuk
diumumkan tanzim baru
pengetua nak tubuhkan Parlimen KISAS cluster
yang mana hadar kolej, misi, visi yg selama ni kita pegang, akan
ditukar, dan sume student kena hafal benda tu, shinggakan denda akan
dikenakan bagi mereka yang x menghafalnya.

ustaz2, cikgu2 kita yang pernah mengajar kita dulu banyak mengeluh,
sampaikan Puan Maznah sampai menangis melihatkan perubahan yang
pengetua nak buat tu.

pengetua pun ada cakap
"saya dihantar ke sini kerana ada misi tertentu"
masing2 tertanya, misi apa kah itu

kenapa perlu ana bawakan cite ni? kenapa x de cite lain?
sahabat dan sahabiah sekalian
BADAR merupakan satu2 nya badan agama yang menjaga kita di KISAS dulu
baik tarbiyah dan segala2nya
mungkin kadang2 kita x rasa dan x terkesan dengan apa yg dibuat oleh
BADAR
ana akui diri ini pun x rasa, tp bile dah kuar KISAS n masuk UTP, ana
rasa sangat rugi kerana x garap benda2 yg ada di KISAS dulu
kita patut berterima kasih kepada BADAR kerana merekalah yang menjaga
Biah Solehah di KISAS sendiri ( dengan izin Allah )
shinggakan KISAS di sanjung2 oleh orang ramai

jadi, ana mohon sangat2 kepada sahabat2 sekalian, supaya kita
memperbanyakkan solat hajat, mohon kepada Allah swt supaya Allah
menyelamatkan BADAR daripada dihapuskan terus di muka bumi KISAS
sapa lagi nak gerakkan Islam di KISAS kalau bukan BADAR

saidina Umar pernah berkata
"Tiada Islam tanpa Jemaah, Tiada Jemaah tanpa Pemimpin, Tiada Pemimpin
tanpa Ketaatan"

sekian, wallahu a'lam
salam ukhwah kepada antum semua daripada ana


Muhammad Za'im bin Kamarrulzaman
ex 401 / 507
8942
Electrical and Electronics Engineering
2nd year 2nd semester student
Universiti Teknologi PETRONAS


Dan KEMUDIANYA....~

ANGIN YANG BERTIUP KENCNG ~

Laporan dari Dewan Besar Kolej Islam Sultan Alam Shah.
Muktamar BADAR kali ke-27

~ 14 September 2008/ 14 Ramadhan 1429 ~


Alhamdulillah, setelah di’lemahkan’ dengan provokasi demi provokasi oleh kawan-kawan, akhirnya kaki ini berpijak juga ke KISAS semalam, untuk menghadiri Muktamar Sanawi BADAR, dengan kapasiti sebagai pemerhati- sudah dua tahun rupanya memori suka duka itu berlalu, dengan kenangan sewaktu ditaklifkan sebagai salah seorang pimpinan dalam tanzim BADAR, dan bagaimana betapa terusiknya rasa apabila melepaskan jawatan tersebut setahun kemudiannya. Masa berlalu begitu cepat. Alangkah!

Dan untuk kawan-kawan yang tidak berkesempatan hadir, ini khabarnya:

(1) Muktamar Sanawi BADAR kali ke-27 berjalan dengan lancar sehingga tamat.
(2) Tidak ada pengumuman pengisytiharan Exco untuk penggal seterusnya.
(3) Muktamar kali ini merupakan muktamar BADAR buat kali yang terakhir.



lantas air mataku terasa mahu mengalir serta- merta..mungkin terkejut mendeagr khabar angin yg bertiup selama ini benar rupanya..lantas aku membaca lagi;

Perkara (2) dan (3) boleh difahami dengan penjelasan berikut;

(a) Penukaran organisasi tanzim BADAR yang sedia ada (dengan kepimpinan
pelajar berdasarkan majlis syura) dengan sistem pemilihan kepimpinan pelajar
secara demokrasi ala parlimen.

Alasan pihak sekolah (secara spesifiknya Tn. Pengetua) ialah:

(i) Perlaksanaan sistem baru ini memperkemas lagi struktur organisasi
barisan kepimpinan kerana BADAR yang bakal di re-branding kan itu
diletakkan terus di bawah pentadbiran sekolah (HEM). Kelebihannya:

- Tiada lagi pertindihan aktiviti BADAR dengan aktiviti pihak sekolah.
- Kelebihan dan kepakaran guru-guru selain ustaz/ustazah dapat dimanfaatkan apabila diserapkan menjadi guru penasihat BADAR.
- Mengelakkan perpecahan dikalangan pelajar apabila selepas ini tidak timbul lagi isu budak KP vs budak BADAR
- Mengangkat imej dan reputasi KISAS sebagai antara sekolah kluster Malaysia.

Beberapa keraguan dan persoalan:

(1) Apakah metod sebenar pemilihan pelajar dalam ‘kabinet’ baru kelak.
(2) Adakah kabinet baru itu merupakan penjenamaan semula BADAR (dengan menteri-menteri dalam kabinet memegang portfolio yang sama, seperti yang terdapat dalam tanzim BADAR. Contohnya: Exco Tamrin digantikan dengan Menteri Aktiviti & Kegiatan Luar ) ATAU BADAR memang telah dimansuhkan/dihazafkan secara total apabila kabinet baru berkuatkuasa dengan portfolio menteri ditentukan pihak sekolah dan skop BADAR itu sendiri dikecilkan dengan diwujudkan satu menteri untuk unit kerohanian.
(3) Apakah perbezaan bidang kuasa antara KP dan kabinet yang bakal dibentuk.
(4) Mengapakah pihak sekolah (khususnya Tn. Pengetua) melakukan ‘reformasi BADAR’ ini secara tergesa-gesa? Apakah sistem yang sedia ada (syura) telah dibuktikan gagal dalam mengangkat kepimpinan pelajar dalam usaha untuk memikul amanah amar maaruf nahi mungkar di sekolah?

Dan semasa sesi soal jawab tadi, pengetua juga nampaknya tidak memberi jawapan yang konstruktif apabila diajukan persoalan berkaitan idea beliau mengenai pembentukan Kabinet yang baru.

Jawapan untuk (i) tadi: ~

- Aktiviti BADAR selama ini memang mengikut takwim sekolah, dengan takwim BADAR disediakan secepat mungkin supaya tidak berlaku pertindihan program antara program BADAR dan program sekolah.
- Perkara itu boleh dipertimbangkan untuk dilaksanakan. Bukan hal itu sahaja tetapi segala kekurangan lain boleh di ‘adjust’ kan. Tidak perlu kepada penghazafan BADAR.
- Tidak timbul masalah yang demikian kerana ramai juga Exco BADAR memegang jawatan sebagai KP dalam masa yang sama.
- Perlu diingat kelebihan KISAS berbanding SBP yang lain selama ini adalah kerana aspek pentarbiyahannya yang begitu unik. BADAR KISAS juga selama ini menjadi rujukan kepada SBP/SMKA yang lain. Apakah dengan mengekalkan BADAR, imej KISAS akan tercalit hina dan kredibilitinya selama ini akan tercalar?

Mungkin sebahagian dari kita berpendapat seperti yang berikut: ~

Tidak perlu bising-bising dengan pembaharuan ini kerana apa je yang boleh pelajar lakukan di dalam sekolah untuk menyekat pembaharuan yang berlaku? Lagipun lebih baik kita menumpukan gerak kerja dakwah di luar sekolah umpamanya di kampus-kampus yang seperti yang sedia maklum masalah yang berlaku adalah lebih serius berbanding di sekolah. Selain itu, budaya tarbiyah di KISAS memang makin lama makin terhapus.

Hal ini disebabkan banyak guru veteran telah meninggalkan sekolah dan digantikan dengan guru baru, yang memang tradisinya tidak mengetahui selok belok budaya di KISAS dengan baik.

Brought to you by : shattirs

Thursday, August 28, 2008

4 in 1..



~~ Ramadhan Yang Merdeka ~~

SUMBER : www.iluvislam.com

'~ Allahumma baariklana fi rajaba, wa sya'abana, wa balighna fi Ramadhan'~

Alhamdulillah, setinggi -tinggi kesyukuran mari sama-sama kita rafa'kan kepada Sang Pencipta yang sehingga kini masih lagi membuka ruang dan peluang buat kita meniti saat-saat akhir sebelum menjejakkan kaki ke Ramadhan yang Mulia. Ucapan terima kasih sekali lagi kita sembahkan pada Pemilik Agung Alam Semesta yang Maha Kasih pada hamba-hambanya, sehingga saat ini kita dilimpahi dengan pelbagai nikmat yang tidak terhingga.

~ Ramadhan vs Merdeka ~



Balai cerap seluruh negara akan menjalankan tugas masing-masing bagi menentukan tarikh 1 Ramadhan 1429 H yang dijangka jatuh pada 1 September 2008, Isnin depan. Namun persoalan yang ingin dilontarkan untuk percambahan minda bersama, sejauh mana persiapan ke arah memasuki bulan yang mulia ini telah kita persiapkan pada diri kita. Para sahabat didikan Nabi Muhammad s. a. w. yang tidak lekang dari bibir mereka kalimah zikir pada Allah, tidak melepaskan peluang 6 bulan sebelum Ramadhan dijadikan waktu untuk mensucikan diri dan membersihkan hati dari segala kotoran duniawi sebelum menyambut kehadiran bulan yang lebih baik dari seribu bulan ini.

Mungkin itu persoalan biasa yang dilemparkan kepada kita selaku insan awam yang kerap leka dan lalai untuk mengabdikan diri padaNya. Masalah kedua pula yang timbul adalah kehadiran Ramadhan kali ini bakal disambut secara besar-besaran oleh seluruh pelusuk masyarakat Malaysia yang penduduknya berbilang kaum, agama dan bangsa.

Tidak salah untuk masyarakat beragama lain meraikan kedatangan Ramadhan yang suci ini, tetapi apa yang dibimbangi dan menghantui penulis sehingga kini adalah sambutan secara besar-besaran yang bakal diadakan ini bukanlah untuk Ramadhan tetapi tarikh penting dalam negara iaitu Hari Kemerdekaan.

Saya bukanlah rakyat Malaysia yang anti-nasionalisme, bukan juga mereka yang tidak berjiwa merdeka dan jauh sekali untuk dikatakan sebagai makhluk jumud, malah prinsip dan etika hidup mengajar saya untuk menghayati bagaimana untuk mendalami erti kemerdekaan yang sebenar.

Saban tahun kita saksikan masyarakat Malaysia yang mengisytiharkan diri mereka 'merdeka' menyambut Hari Kemerdekaan dengan pelbagai aktiviti dan program yang telah menodai nilai kemerdekaan yang ada pada tarikh bersejarah itu.

Malam 31 Ogos sering kali menjadi tarikh penting untuk muda mudi berpesta dan bersuka ria berlatarbelakangkan persembahan konsert daripada artis-artis yang berpakej menyimpang dari norma kehidupan sebagai seorang warganegara Malaysia yang merdeka. Penganjuran program sambutan kemerdekaan yang berwajahkan aktiviti yang tidak menghargai penat lelah pejuang-pejuang kemerdekaan sering kali mendapat kutukan dan hamburan sinis dari sesetengah pihak yang ada nilai kesedaran dalam diri mereka, namun teguran dan nasihat sebegini dijadikan bahan gelak tawa mereka bahkan ada yang melabelkan nasihat tersebut sebagai 'musuh negara'.

Terang lagi bersuluh perkara yang sama bakal kita hadapi hanya beberapa hari yang akan mendatang. Sambutan ini bukan hanya mendapat penganjuran besar-besaran diperingkat nasional, malah sehingga peringkat akar umbi termasuk kampus-kampus yang menjadi kilang pemimpin masa depan turut dididik dengan budaya merosak dan menghina nilai kemerdekaan negara.

Selingan doa selamat dan nyanyian patriotik lagu-lagu kebangsaan sudah cukup untuk mengaburi mata rakyat dalam menyatakan pemimpin-pemimpin negara kita pemimpin yang berjiwa merdeka, sedangkan terlalu banyak aktiviti yang dijalankan telah menodai kesucian sebuah kemerdekaan. Inilah dia gambaran sebenar senario politik negara yang menjual maruah negara tanpa kita sedari walhal minda dan akhlak kita sedang dijajah oleh agenda Yahudi laknatullah.

Paling menyentuh hati dan membuatkan iman meronta apabila memikirkan persoalan 'Merdeka' yang bakal diasimilasikan bersama kehangatan sambutan 'Ramadhan'. Mungkin ada dikalangan mereka yang beragama Islam seperti yang tercatat di atas kad pengenalan mereka, sedang sibuk membantu menghiasi suasana untuk menyambut Hari Kemerdekaan yang jatuhnya sehari sebelum kehadiran Ramadhan.

Saya amat pasti dan yakin ada di antara mereka tidak langsung mempersiapkan diri untuk bersama-sama dgn Ramadhan, bahkan boleh dikatakan ada yang tidak sedar pun akan bahang dan kehangatannya merapati kita. Sungguh malang jadi orang Islam. Hal ini terbukti dan jelas berlaku dihadapan saya sendiri apabila seorang insan bergelar 'mahasiswa' terpinga-pinga dan membilang hari apabila saya nyatakan padanya kita akan berpuasa Isnin depan. Malang yang berganda.


~ Ramadhan Yang Merdeka ~



Mujur masih ramai di kalangan ummat Islam di Malaysia hari ini diberi sentuhan hidayah dari Allah untuk merasai bayu Ramadhan yang bakal menjelma ini. Mengapa saya tajukkan artikel ini sebagai Ramadhan yang merdeka? Apakah ia membawa erti seperti kupasan saya sebentar tadi- proses mengasimilasikan kehadiran Ramadhan bersama Hari Kemerdekaan??

Jauh panggang dari api. Sebenarnya ada dua pengertian secara pandangan peribadi terhadap ungkapan ini. Kedua-duanya mungkin membawa makna yang berbeza tapi tujuannya tetap sama.

Yang pertama 'Ramadhan Yang Merdeka' ini, suka untuk saya ertikan sebagai suatu platform kepada seluruh umat Islam di atas muka bumi ini untuk sama-sama kita merdekakan diri sendiri dari dibelenggu segala macam kekusutan duniawi sebelum kaki melangkah memasuki rumah Ramadhan yang mendatang. Kalau selama ini kita bergelumang dengan sampah maksiat, ambil peluang yang ada untuk memohon taubat dari Allah mensucikan diri dan hati. Semoga Ramadhan yang bakal kita lalui dapat kita kecapi kemanisannya dengan penuh penghayatan dalam keadaan diri yang telah disucikan.

'Ramadhan Yang Merdeka' ini juga sebenarnya membawa suatu makna tersirat yang signifikan. Pada hemat saya ia menjelaskan pada kita betapa kasihnya Allah pada hambanya dengan menyediakan satu bulan tarbiyyah sebagai medan untuk kita service kembali iman serta menjadikannya ia bekalan taqwa untuk kita tempuhi 11 bulan yang akan datang dalam keadaan diri kita merdeka dan bersih dari segala dosa dan noda. Graduan yang berjaya dengan cemerlang hasil didikan University of Ramadhan ini akan merasakan diri mereka merdeka daripada dibelenggu hasutan syaitan dan hawa nafsu yang sentiasa mencari ruang untuk melalaikan kita.


~Kata Akhir ~

Sebagai menggulung daripada apa yang terlintas di hati untuk dibincangkan bersama ini, marilah sama-sama kita hayati erti kemerdekaan sebenar dalam fasa menyambut tetamu Shahru Ramadhan yang didalamnya memiliki seribu satu nikmat dan rahmat dari Allah bagi mereka yang tahu menilainya. Selaku umat Islam yang bertamadun dan merdeka, seharusnya kita menjuarai persoalan sikap, akhlak dan etika dalam apa jua bidang kerana kita dibekalkan manual kehidupan yang cukup agung iaitu Al-Quranul Karim, Kalamullah.

Justeru jadikan kemerdekaan kali ini sebagai platform awal untuk kita berubah dan merubah ke arah suatu yang lebih synergic untuk membangunkan ummat Islam. Apa salahnya kita jadikan solat hajat dan juga munajat kepada Allah sebagai hiburan kita sempena menyambut Hari Kemerdekaan negara kita dan juga ketibaan Ramadhan. Semoga usaha kita mencegah diri kita dan saudara muslim kita yang lain dari melakukan kemaksiatan kepada Allah diawal-awal Ramadhan ini bakal mendapat ganjaran yang setimpal di akhirat kelak.

Shattirs : Mudah - mudahan Ramadhan yang menjelma nie akan lebih bermakna kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia..Amin ~

I wish you all a very happy, peaceful, spiritual and fulfilling Ramadhan, may Allah return it on all of humanity in peace and tranquillity.

Fasting is a test from God to purify your body and soal from nogative elements in what ever form it is.

The tyipical way of fasting is not to drink nor eat any thing from the Fajar prayer to the Magreb prayer.

~ TAHNIAH Dato Seri Anwar Ibrahim (Pakatan Rakyat) ~






Shattirs : Alhamdulillah....

Ya Allah Ya Rabb, sesungguhnya dengan kebesaran dan keagungan MU, dengan kekuasaan dan kehendak MU, hari ini 24 Syaaban 1429 bersamaan 26hb Ogos 2008, seluruh rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian dan kesejahteraan telah meraikan kejayaan kami dalam pertembungan dengan musuh kami yang zalim, UMNO/BN.

Sesungguhnya kerdil dan hinanya kami di sisi MU, Ya ALLAH. Kejayaan ini adalah lantaran limpah rahmat, pertolongan dan bantuan dari MU. Dan kami bersyukur ke hadrat MU, Ya ALLAH.

Hantar Abang balik Malaysia ~



:: Kat Cairo Airport ::

Shattirs : Dikesempatan ini,saya ingin mengucapkan Salam Ramadhan pada semua umat islam,tidak kira di mana jua kita berada.Mudah-mudahan kita semua mendapat rahmat dan nusrah dari ilahi.insyaAllah.

My Sis
: Angah,knp setiap tahun orang confius perkataan Ramadhan atau Ramadan ek?

Shattirs :Haa,tauxper,so,wawa (Nurul Amira Najwa),hari 2 mak (Guru Bhasa Melayu) kata yg betul ialah Ramadhan..~

~ Perkahwinan 4 pasangan pengantin di TANTA..~



shattirs : Semoga berbahagia hingga akhir hayat,AMIN..

Yang baju hijau n kopiah putih tu bila lagi ek ? biarlah menjadi rahsia.^_^

Brought to you by : shattirs

Sunday, August 24, 2008

Sekitar Konvo Abang

shattirs : Saya kira hujung bulan ni,minggu yang amat sibuk,tetapi tetap bersyukur dengan kelapangan masa yang diberikan ilahi.Saya berharap segala perancangan yang diatur berjaya dilaksanakan dengan sebaik mungkin,insyaAllah.

Banyak aktiviti-aktivti sepanjang bulan ni,antaranya sekitar Majlis Konvokensyen Abang di (ACC), Kaherah. ~ 24/8/2008 ~



::Prof Dr Syed Mohammad Tantawi (Syeikh Al-Azhar As- Syariff::




::Bersama Abang::




::Graduan & graduanita untuk tahun 2008::

shattirs : Banyak pengunjung setia blog shattirs mengharapkan saya dapat update' selalu blog ni,insyaAllah jika kelapangan nanti dan sudah tidak memegang apa2 amanah.

Ya Allah,sesunguhnya diriku sudah tidak sabar lagi untuk sampai ke Bulan Muliamu (Bulan Ramadhan,Oleh itu,rahmatilah kami semua,AMIN..~

Brought to you by : shattirs

Thursday, August 14, 2008

Teringat...



بسم الله الرحمن الرحيم

After so long, with nothing on the screen, and now i am back for writing.Today is August 14, 2008 .Right now the time is 04:36 pm thursday.Owh,so many things past through my life.Anyway,life must go on.Tiba- tiba nak tulis dalam Bahasa Inggeris,bukan apa paling kurang akan menambah words mahupun prosa kata untuk menulis nanti.I hope i can write much2 better especially at my blog,dunno much about blogging but i'll try to write as much as i can.I like to share stories and ideas too,who know's mybe it's a good for me n my friends.

May Allah bless us,thank you Allah for ur blessing and kindness..(Brateful is Everything).Hopefully my dream come true,insha Allah.Erm,semalam saya ada chat dengan seorang kawan dari Russia,saya amat tertarik dengan kata beliau: "Dear my beloved frend,try to luv what u have,dunt try to have what u luv".Owh,so nice and amazing for me.Bagi saya,kita perlu menghargai barang atau harta jika ianya milik kita,so i love my life,thanks Allah.

'Teringat' adalah tajuk entri untuk kali ini,teringat juga saya akan banyak peristiwa yang berlaku this year.Whatever,i think ada hikmahnya yang tersembunyi,kita sebagai hamba hanya mengharapkan yang terbaik untuk kesejahteraan hidup didunia dan diakhirat.

Bagi natijah' imtihan yang lepas,Ada kawan2 kata saya sengaja tak nak lulus,sebab nak mengerjakan haji hujung tahun ini,ada juga yang kata tempoh 4 tahun (1440 hari) tidak mencukupi,apa salahnya menambah setahun lagi,saya hanya tersenyum dengan bicara kawan-kawan,apa sekalipun Allah yang maha mengehtahui yang terbaik buat hambanya ini.Anyway,i would also like to congratulate all of my friends.Bagi yang tidak berjaya,tahun hadapan lakukan yang terbaik,memang ada hikmahnya yang tersembunyi,so keep in touch.Be the best for all my friends.



Sebenarnya,saya teringat disebalik kisah sewaktu pulang ke Malaysia pada tahun lepas.Lokasinya ( Cairo Aiport ).Setiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah,saya dan rakan-rakan terus menuju ke pintu masuk utama untuk check -in,disebabkan kawan - kawan yang lain tidak dibenarkan masuk (waktu tu polis banyak berkawal sebab hari tu merupakan hari hitam U.S.A'iaitu peristiwa 11/9 (Eleven september),saya hanya ditemani oleh us Baharuddin selaku kawan exco.Setelah mngucapkan selamat tingal kepada Baharuddin,maka saya pun mengerakkan langkah untuk masuk ke dalam tempat chek-in.

Sedang saya melangkah pergi untuk menimbang beg,tanpa saya sedari,saya telah disapa oleh seorang daripada 9 orang akhawat Malaysia.Setelah memperkenalkan diri mereka dari cawangan Iskandriah,serta mengatakan semuanya dari negeri Johor Darul Takzim.Pada pandangan saya,ini kali pertama mereka pulang ke tanah air (termasuk penulis),kerana saya lihat mereka tidak tahu hendak kemana.lantas saya teringat kalam Allah (Ar-rijal Qauwamuna Ala-Nisa').tanpa menoleh arus,saya pun membantu 9 orang akhwat Alex tadi dari proses chek-in sampailah kepada masa menungu untuk berlepas.

Saya ingatkan tugas sudah berakhir,rupanya khidmat saya diperlukan lagi untuk membantu kesembilan akhawat tersebut sehinggalah kami menaiki kapal terbang,sehinggakan seingat saya ada pelancong Jerman disebelah saya mengatakan akhawat disebelah saya tu ialah isteri saya (akhawat duduk disebelah).Tepat tempoh 10 jam 15 mnit (transit MUMBAI sejam),akhirnya kapal terbang Egypt Air,selamat tiba di KLIA, Kuala Lumpur.Saya hanya membiarkan 9 orang akhawat tadi menguruskan diri mereka sendiri,kerana saya rasa tiada apa yang perlu dibantu lagi.

Tetapi tidak, khidmat saya diperlukan lagi,kali ini untuk mengambil beg2 dan saya perlu membantu untuk akhwat yang menaiki tiket domestic'.Alhmdulillah,akhirnya saya selamat tiba dan juga selamat membantu 9 akhawat dari Alex tersebut.Ketika itu keletihan hilang kerana wajah2 insan tersayang sudah berada di hadapan mata.

Kesimpulan dari kisah teringat ini,bukan saya nak kata kaum hawa lemah,apa yang dapat saya simpulkan, ialah "Walaupun orang perempuan ni berjemaah (kumpulan)mereka tetap memerlukan seorang lelaki untuk membimbing mereka.Kerana mereka adalah tulang rusuk kiri yang bengkok,dengan adanya kaum adam yang dapat meluruskan tulang tersebut.Bahkan,antara hikmah Allah menciptakan lelaki dan perempuan adalah untuk saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain dan tolong menolong.

shattirs : Mak saya tanya siapa 9 orang tu,saya kata kawan sama belajar di Mesir,saya kata kat mak: 'Alhamdulillah mak,dapat jadi musyrif' terjauh setakat ni (merujuk Cairo - Kuala Lumpur)..(^_^)

shattirs : Jika antunna (akhawat Alex) terbaca tulisan ini,angaplah ianya satu pengalaman yang unik dan keikhlasan penulis untuk membantu ~


~ Selamat mengerjakan UMRAH buat sahabatku Meor Mohd khairul Anuar ~



.::this photo was taken at my home ( Aidilfitri 2007)::.


~ Ganjaran pahala dalam bulan Syaaban ~

SYAABAN adalah antara bulan mulia di sisi Allah. Ia adalah bulan membawa keberkatan, nikmat dan kesejahteraan bagi umat Islam seluruhnya. Justeru, Rasulullah SAW banyak berpuasa sunat pada bulan ini dan umat Islam melipatgandakan amal ibadat.

Namun, Rasulullah SAW pernah menegaskan, kedatangan Syaaban tidak begitu diraikan dan disambut penuh kesyukuran kerana ramai leka, lalai serta alpa merebut ganjaran Allah sediakan sepanjang Syaaban.

Mereka tidak mengambil kesempatan untuk beramal ibadat sebanyak mungkin seperti mereka bersungguh-sungguh meluangkan masa untuk beribadat kepada Allah pada Ramadan.

Adat jahiliah dulu, orang Makkah lebih mengutamakan dan memuliakan Rejab dan melupakan Syaaban.

Usamah bin Zaid berkata: Aku bertanya Rasulullah SAW mengenai Syaaban kerana aku tidak pernah lihat Baginda banyak berpuasa sunat seperti Baginda berpuasa dalam Syaaban. Baginda SAW menjawab: “Bulan yang banyak manusia lalai padanya ialah antara Rejab dan Ramadan. Pada bulan Syaaban akan diangkatkan segala catatan amalan hamba kepada Allah. Dengan itu, aku amat suka supaya diangkatkan segala amalanku ketika aku sedang berpuasa.” (Hadis riwayat Ahmad dan Nasa’i)

Segala amal ibadat setiap Muslim sebenarnya diangkat oleh malaikat pada tiap-tiap hari, manakala amal ibadat bulan Syaaban bolehlah dikatakan sebagai laporan tahunan disediakan malaikat untuk dibawa ke hadrat Allah SWT.

Setiap Muslim sewajibnya menginsafi bahawa segala gerak geri, tindakan, perkataan, lintasan niat di hati akan dicatatkan malaikat tidak kira sama ada besar atau kecil. Firman Allah bermaksud: “Dan demi sesungguhnya Kami mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan hatinya, sedangkan (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya. Ketika dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya dan yang satu lagi di sebelah kirinya. Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkan (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).” (Surah Qaf, ayat 16-18)

Menginsafi pengawasan malaikat Atid dan Raqib, di samping pengawasan secara langsung daripada Allah, manusia akan sedar dan insaf serta menghentikan amalan keburukan.




~ Masjid simbol keagungan Islam ~

~ Nisfu Syaaban ~

Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.

Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.

shattirs : Mari kawan-kawan kita menghidupkan bulan Syaaban yang mulia ini.

shattirs : Makluman juga coretan shattirs (siri 3) tidak akan ditulis di dalam blog ini,harap maklum~

Brought to you by : shattirs

Thursday, August 7, 2008

Rehlah Thaqafi ke Alexandria

Oleh : Ibnu Fauzi As-Syatiri ~

shattirs : Pada hari selasa (5/8/08)yang lepas,saya dan beberapa orang sahabat berpeluang mengunjungi Bumi Alexandria (Iskandriah),pada awal kunjungan hanya ingin menemui seorang sahabiah disana,tetapi dengan masa yang diberi ilahi,kami telah dapat mengunjungi beberapa tempat menarik di sekitar Alexandria.Di sini,saya sertakan beberapa keping gambar khas untuk pengunjung Blog Shattirs.

~ Jalan - jalan ke Alexandria ~


Bertolak dari Bumi TANTA : 7.00 a.m


Kat dalam Perpustakaan Alexandria


Kat luar Makam


Bersama Abang Mahyuddin


Kat Makam


Kat makam lagi


Naik Bas kat tgh2 Alex


Kubu Pertahanan Salehuddin Al-Ayubi


Melihat & Berfikir


Bandar Alexandria


Bawah tanah (dalam Masjid Nabi Danial)


Tepi pantai


Di hadapan Makam Lukman Al-Hakim ,kat sebelah tu Makam Nabi Danieal

shattirs : sebenar banyak lagi gambar,boleh dilihat kat Frenster ~
http://profiles.friendster.com/user.php

Banyak kenangan yang menarik,antaranya dapat melihat Presiden Mesir (Hosni Mubarak dgn Suzzane Mubarak) lebih dekat,masa tu kami baru sahaja selesai mengunjungi Perpustakaan Alexandria,kelihatan beliau baru sahaja selesai mesyuarat bersama menteri kanan negara Mesir kat hadapan bangunan perpustakaan.Alhamdulillah,selamat tiba ke Bumi TANTA tepat jam 12 tengah malam.

Brought to you by : shattirs