Keluarga SHATTIRS

Keluarga SHATTIRS
Assalamualaikum WBT

SHATTIRS Followers

Popular Posts

Saturday, October 23, 2010

Merungkai Entri 'Penjelasan Academic Centre MM Tanta'



'Assalamualaikum w.b.t. Apa khabar semua? Moga dalam rahmat Allah. Hari ini saya akan cuba merungkai isu penjelasan MM Tanta di http://tantamedicmesir.blogspot.com/2010/10/penjelasan-academic-center-mmtanta.html
Baik, di sini saya akan sebutkan satu persatu perkara yang perlu kepada pencerahan buat semua. Perkara ini amat perlu kerana penjelasan yang diberikan oleh Medic Mesir ada beberap kekeliaruan. Mari kita singkap satu persatu.

Pertama :
Dari blog MM : Alhamdulillah, syukor kehadratnya, maka dengan izin Allah swt, MedicMesir telah berpeluang untuk membuka sebuah 'Academic Centre' ringkasannya, AC, ruang 2 tingkat, yang mana:
Tingkat Pertama untuk pelajar lelaki dan
Tingkat Kedua untuk pelajar perempuan.
Persoalan : Siapa yang mengizinkan penubuhan AC tersebut? KPT, KBMK, dan JPMK tidak mengiktiraf kewujudan mana-mana agensi seperti yang saya jelaskan pada entri yang lepas. Maka, pihak-pihak tersebut tidak boleh mengizinkan ataupun memberikan kebenaran dengan sewenang-wenangnya kepada agen MM. Lebih-lebih lagi pihak keselamatan Mesir Tanta telah menetapkan bahawa hanya dibenarkan satu markaz sahaja bagi pelajar Malaysia untuk beroperasi.

Kedua :
Dari blog MM :
Tahun 2009 - 'Rejection' dari pihak-pihak tertentu
Pada tahun 2009, MedicMesir telah didatangi oleh sebuah persatuan yang mendakwa bahawa pembukaan AC ini adalah menyalahi undang-undang badan berkuasa Tanta. Maka, pada hari berikutnya, makluman tersebut disampaikan kepada pihak Kedutaan Malaysia di Mesir, dan pihak kedutaan menyanggah kenyataan ini dan sebaliknya menyokong penubuhannya atas dasar manfaat untuk anak-anak bangsa Melayu sendiri.
Persoalan : - Saya yakin 'sebuah persatuan' yang dimaksudkan oleh MM adalah Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta ( DPMT ). Untuk makluman semua, DPMT adalah sebuah persatuan yang telah bernaung di bawah persatuan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir ( PMRAM ) dan PMRAM adalah persatuan yang berdaftar dengan Syu'un Ijtimai ( Kementerian Kemasyarakatan ) Wizarah Dakhiliah ( Kementerian Dalam Negeri Mesir ) . PMRAM menjalinkan hubungan secara terus dengan pihak berkuasa Mesir. Begitu juga DPMT. Jadi apa yang dikatakan oleh DPMT adalah makluman berdasarkan apa yang telah dijelaskan oleh pihak keselamatan Mesir dan bukannya dakwaan.
Ketiga :
Dari blog MM
: Ini juga disokong oleh majoriti ibubapa pelajar yang terlibat didalam memberi pendapat dan pandangan masing-masing.

Persoalan : Mengapa MM tidak bertanya dengan pendapat persatuan yang ada di sini? Mungkin penerangan Ummi kepada ibubapa cenderung untuk menubuhkan markaz. Maka tidak pelik majoriti bersetuju. Saya yakin jika ibubapa pelajar didedahkan dengan faktor keselamatan, kesungguhan persatuan PCT dalam menjaga kebajikan dan kesatuan ahli terutamanya pelajar- Malaysia di Tanta,
keperihatinan PCT dalam mengawal permasalahan gejala sosial, penggunaan markaz yang berada di bawah pantauan pihak keselamatan Mesir, sudah tentu pihak ibubapa pelajar tidak cenderung untuk bersetuju dengan penubuhan AC.
Keempat :
Dari blog MM :

Isu keselamatan pelajar perempuan
Bangunan ini menempatkan 12 rumah pelajar perempuan (sekitar 80 pelajar). AC terletak pada tingkat 1 dan 2 bangunan yang sama. MedicMesir telah dimaklumkan oleh tuan bangunan, sekiranya MedicMesir tidak menyewa kedua-dua tingkat 1 dan 2 ini, maka ianya akan disewa kepada SYARIKAT ARAB MESIR.
Penjelasan : Sebenarnya isu ini tidak timbul. Apatah lagi saya difahamkan ianya akan digunakan untuk dijadikan HOSPITAL SWASTA dan belum confirm. Saya menganggap ini hanya alasan semata-mata. Di kawasan lain, beberapa penempatan rumah pelajar perempuan yang hanya dihuni sekitar 5-7 orang sahaja di tempat yang berbeza-beza, TETAPI tidak timbul masalah seperti ini. Pada hemat saya, bangunan yang dihuni sekitar 80 orang pelajar itu adalah sangat SELAMAT.

Kelima :
Dari blog MM :

'library' di universiti yang amat TERHAD.
Setelah mendapat pandangan dari beberapa pelajar, antara permasalahan pelajar Tanta University adalah ruang 'library' yang amat terhad. Ruang dan keadaan 'library' di Tanta University amat jauh ketinggalan jika dibezakan dengan universiti-universiti lain. Masalah ini telah diajukan kepada pihak universiti, namun, perubahan struktur pembangunan universiti akan mengambil masa yang lama. Kita doakan agar cadangan pengislahan 'library' Tanta University akan diberi perhatian berat oleh pihak universiti. MedicMesir akan terus berusaha untuk mempastikan keluhan ini diterima dan seterusnya dibina sebuah 'library' setaraf dengan kemudahan yang disediakan oleh universiti-universiti lain, terutamanya seperti Alexandria, Mansoura serta Al Azhar University.

Atas alasan kritikal diatas, maka dengan ini, satu ruang alternatif diwujudkan. Insyallah, AC akan dilengkapi dengan perabut yang membolehkan pelajar-pelajar MedicMesir untuk mengunakan ruang yang disediakan untuk menelaah pelajaran serta 'study group', terutamanya di luar waktu akademik , terutamanya waktu malam dan waktu cuti.
Pandangan saya : Mungkin alasan ini boleh diterima. Tapi, apa yang saya tahu. 'Mini library' yang ada di universiti itu jarang digunakan terutamanya pelajar-pelajar Melayu.

Keenam :
Dari blog MM :Keputusan CEMERLANG tahun 2009-10 & Jumlah pelajar MedicMesir Tanta yang meningkat.
Pada sesi lepas, jumlah keseluruhan MUMTAZ dan Jayyid Jiddan Tahun 1 melebihi 100 pelajar, majoritinya pelajar MedicMesir. Usaha penubuhan AC ini mungkin, sebagai ganjaran kepada mereka yang telah membuktikan kejayaan. Dengan kemudahan tambahan, insyallah untuk tahun ini, prestasi ini dapat ditingkatkan lagi, terutamanya untuk Tahun 2 yang lebih mencabar.

Bagi pelajar-pelajar baru sesi 2010-11, kejayaan tahun lepas patut dijadikan contoh dan dijadikan satu cabaran untuk mendapatkan keputusan yang lebih cemerlang.

Sesi 2010/2011, jumlah pelajar MedicMesir telah melebihi 300 pelajar. Oleh itu, atas rasa tanggungjawab, kemudahan pelajar-pelajar dibawah MedicMesir perlu diberi perhatian. Mungkin tidak semua yang memerlukannya, tetapi separuh, yakni 150 pelajar yang memanfaatkannya, sudah cukup memberi kesan kepada peningkatan akademik keseluruhannya.
Pandangan saya :- Keputusan cemerlang 2009/2010 tidak ada kena mengena dengan faktor penubuhan AC. Bahkan menjadi bukti bahawa walaupun AC tidak diwujudkan pelajar-pelajar masih mampu menjaga prestasi akademiknya.
- Memang setiap tahun pelajar semakin ramai. Ada cara lain yag terbaik untuk menyelesaikan masalah ini. Tapi ummi mengambil mengambil jalan yang singkat dan salah untuk menubuhkan AC ini. Sepatutnya, apabila saudara Sulaiman Ismail, Pengerusi DPMT meminta Puan Siti bertemu dengan pihak keselamatan Mesir, ummi perlu hadir dengan penuh rasa tanggungjawab. Tetapi, sebaliknya yang berlaku. Apabila Us.Sulaiman menghubungi beliau untuk berbincang akan masalah ini, ummi mengambil langkah untuk mengelak dan berdiam diri. Mengapa ? Tahun lepas pelajar Malaysia di Tanta sekitar 800 orang ke atas. Namun, masalah ini tidak pun berlaku.

Ketujuh :
Kemudahan ruang untuk program
Di Tanta, dari segi ruang berprogram untuk pelajar Malaysia amatlah terhad dan scenario mungkin berbeza jika dibanding dengan dengan Alexandria, Mansoura dan Cairo.

Di Alexandria, terbinanya bangunan MARA kerana majoriti pelajarnya adalah pelajar tajaan MARA.
Di Cairo, memandangkan ianya adalah pusat bandar, maka 'Dewan Malaysia Kaherah' serta dewan rumah-rumah negeri tersedia bila-bila masa untuk diguna.
Di Mansoura, memandangkan majoriti pelajarnya adalah pelajar dibawah agensi GMN, maka, pihak GMN turut menubuhkan 'Academic Centre' bagi manfaat pelajar-pelajarnya juga bermula 2 tahun yang lepas.

Pandangan saya : Ummi tidak boleh menyamakan AC dengan bangunan MARA, Dewan Malaysia Kaherah dan rumah-rumah negeri kerana semuanya diiktiraf oleh JPMK dan KBMK. Berbeza dengan agen Medic Mesir yang TIDAK DIIKTIRAF kewujudannya kerana semua agensi bersifat SWASTA.

Kelapan :
Dari blog MM : MedicMesir tidak membuat keputusan sewenang-wenangnya, tetapi telah mengambil pendapat beberapa pihak termasuk:
a. Pelajar-pelajar yang melihat akan keperluan AC.
b. Ibubapa yang prihatin atas keselamatan serta masa depan akademik anak masing- masing (terutamanya anak-anak perempuan).
c. Pihak Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah
d. Pihak Kedutaan Malaysia di Kaherah
e. Dekan dan Timbalan Dekan Tanta University
(salinan sokongan dikepilkan)
Pandangan saya :
-'Pelajar-pelajar' dan bukannya semua pelajar. Jika ummi hendak menubuhkan atas dasar memenuhi kehendak pelajar sekalipun. Sepatutnya dilakukan dengan TINDAKAN YANG BETUL, dan bukan SEWENANG-WENANGNYA. Ummi sendiri menyebut 'bukan sewenang-wenangnya'. Persoalan yang sama seperti sebelum ini, mengapa ummi tidak menjawab telefon dan tidak membalas mesej Us. Sulaiman? Sedangkan ia adalah demi kemaslahatan semua pelajar. Kan Us.Sulaiman mengajak untuk menyelesaikan masalah penubuhan AC secara profesional dengan bertemu pihak keselamtan Mesir. Ummi, mengapa anda berdiam diri. Tup...tup... apabila Us.Sulaiman telah mengeluarkan kenyataan rasmi barulah terkial-kial mencari surat sokongan.
-Persoalan : KBMK tidak melontarkan sebarang pandangan pun berkaitan penubuhan AC ini. Tetapi mengapa nama KBMK dicatatkan di sini.
-Walaupun ummi mendengar pendapat seribu pihak sekalipun.
Pihak keselamatan Mesir telah pun meletakkan ketetapan bahawa tidak boleh ada 2 markaz. Lainlah jika dibenarkan.Kita perlu sedar yang kita berada di negara orang. Lebih-lebih lagi Mesir yang terkenal dengan sistem daruratnya. Maka, ummi perlu bijak membuat keputusan, sama ada hendak menubuhkan AC ataupun tidak.

Kesembilan
:
Dari blog MM :Pada 8hb Oktober 2010, sempena lawatan oleh Y.B. Senator Mejar Jeneral (B) Dato' Jamil Khir Bin Baharom di Alexandria, makluman mengenai AC ini telah dikemukakan kepada Y.B.. Beliau dengan sukacitanya menyatakan sokongan terhadap usaha ini
.
Pandangan saya : Ummi hanya 'memaklumkan'. Maka tidak hairanlah Dato' Jamil Khir terus bersetuju. Apatah lagi penubuhan itu adalah satu usaha yang baik. Tapi, itu bukanlah bukti bahawa ia adalah satu 'keizinan'.

Kesepuluh :
Urusan keselamatan dengan 'Amir Daulah' Tanta.
MedicMesir telah menerima UGUTAN-UGUTAN oleh pihak tertentu. Bagaimanapun, perkara ini telah dibawa kepengetahuan pihak JPMK dan pihak universiti.

Pihak universiti telah menghubungi terus pihak Amir Daulah dan memaklumkan ianya TIDAK MENJADI MASALAH. Pihak Amir Daulah turut memberi sokongan keselamatan kepada semua warga asing, terutamanya penduduk Malaysia di Tanta.

Persoalan :
- Saya tidak tahu apa itu 'Amir Daulah' ?
- Saya rasa ummi perlu mengubah perkataan UGUTAN tersebut. Saya berkata sedemikian setelah mengkaji dan dapat tahu bahawa pihak yang mengugut itu adalah ahli DPMT. Setelah dikaji, rupanya ia bukanlah satu ugutan tetapi hanya menyampaikan. Hal ini telah diakui oleh wakil kedutaan yang telah hadir ke Tanta baru-baru ini. Mereka pun menyatakan bahawa itu bukanlah bersifat ugutan.
- Suka untuk saya kongsikan apa yang telah dilaporkan oleh MM kepada kedutaan berkaitan kes ugutan tersebut. MM telah menghantar wakil ke kedutaan untuk membuat aduan berkaitan perkara tersebut. MM telah mengatakan bahawa ugutan yang diterima menganggu ketenteraman pelajar.Banyak aduan ugutan yang telah disampaikan, antaranya, pihak MedicMesir telah mengadu kepada En. Shaiful bahawa ada 4 orang Kelantan ala-ala 'gedebeh' ( gangster ) datang ke rumah Ahmad Samhan bertujuan untuk membawa pelajar terbabit ke pihak keselamatan Mesir. Kenyataan ini membuatkan saya tersenyum kerana saya ada ketika peristiwa tersebut berlaku. Ya, saya adalah dikalangan 4 orang yang dituduh sebagai pengugut an perlu diketahu bahawa saya dalam kunjungan kami itu tidak ada seorang pun yang berasal dari Kelantan. 4 orang tersebut ialah Us. Ilyas Yusop ( Ketua Unit Dakwah DPMT ) , Mohd Zahidi Mohd Noh ( Ketua Unit Hisbah Tanta ) Mustafa Muhammad ( Ketua Penghulu Syarbini dan saya. Apa yang telah diadukan oleh Medic Mesir itu adalah tidak benar. Kronologinya begini, kami berempat ke rumah Ahmad Samhan atas dasar untuk melihat sama ada beliau ada di rumah ataupun tidak. Jika ada, kami bercadang untuk memaklumkan kepada beliau bahawa Us.Sulaiman telah menunggu beliau di jawazat untuk pergi bersama-sama ke pejabat Amnu Daulah. Us.Sulaiman telah memaklumakan kepada beliau sehari sebelum mengadakan temu janji dengan pihak keselamatan Mesir. Kami kesian dengan Pengerusi kami yang telah banyak kali telah membatalkan temujanji.
Apabila kami tiba di rumah Ahmad Samhan, saya mengetuk pintu mengikut sunnah nabi dan menjaga adab sebagai seorag tetamu. Demi tuhan yang empunya Kaabah! Ini yang kami lakukan. Kalau ada yang rasa marah sikitpum, mungkin Us.Zahidi sebab dia memang sudah terkenal dengan sifat tegas dan cepat berang. Tapi yang penting, Ahmad Samhan dan ahli bait tiada di rumah. Kami pun membuat keputusan untuk balik. Selang beberapa langkah kami turun dari tangga, Ahmad Samhan pun sampai. Semua tidak berkata apa-apa kecuali Us.Zahidi yang bertanya, "Mad, pergi jumpa Us.Leman tak?" Ahmad Samhan menjawab," Yelah, nak siap-siap. Kejap lagi saya pergi". Us.Zahidi berkata dengan nada perlahan, " Cepat sikit tu, Us.Leman dah lama tunggu." Selepas itu kami semua terus balik. Kawan-kawan sekalian, mana yang dinamakan UGUTAN. Jika benar ini merupakan satu ugutan sehingga mengganggu ketenteraman anda seperti yang telah diadukan secara bertulis kepada KBMK, saya secara peribadi memohon maaf atas perbuatan tersebut tanpa ada niat pun untuk mengugut. Tapi saya tidak boleh terima jka dikatakan seorang yang 'gedebeh'. Sekali lagi, saya memohon maaf.

Kesebelas :
Dari blog MM :
Pihak universiti, terutamanya, Dekan, Tanta University teleh memberi JAMINAN SEPENUHnya atas keselamatan anak-anak Tanta University.
Penjelasan :
Kenyataan ini tidak menunjukkan bahawa mendapat kebenaran untuk menubuhkan AC. Jika ya pun, pihak kuliah tidak ada autoriti untuk berbuat sedemikian.Ummi memang mudah untuk mempergunakan Dekan. Saya mendapat maklumat bahawa ummi banyak mencampuri urusan pentadbiran kuliah dengan bantuan Dekan. Saya ingin menegur tindakan ummi ini. Ummi tidak sewajarnya mengganggu urusan kuliah. Contohnya sepertiapa yang telah belaku sebelum ini sehingga menyebabkan proses pengeluaran keputusan pelajar lewat. Ada beberapa maklumat lain yang saya dapat tahu. Tetapi oleh kerana kesahihannya belum pasti, maka saya tidak bercadang untuk memasukkannya ke dalam entri ini.

Kedua belas :
Dari blog MM :
Jika pembukaan AC adalah satu DOSA BESAR yang ummi lakukan untuk anak-anak MedicMesir yang ummi sayangi. Ummi mohon maaf. Tetapi, tidak lain hanya untuk melihat anak-anak yang diamanahkan oleh ibu ayah diberi perhatian sebaik mungkin. Namun, hakikatnya, tiada gantian kasih sayang seorang ibu kandung terhadap anaknya. Maaf atas kekurangan serta kekhilafan Ummi sendiri. Semoga Allah swt memberi keampunan!


Pandangan saya : Tindakan ummi memang SALAH. Ummi :

1) Menyinggung persatuan PCT. Menyebabkan PCT yang berdaftar secara rasmi dengan JPMK tidak dapat menjalinkan hubungan dengan adik-adik baru dari MM. Sehingga hari ini, hubungan PCT dan adik-adik dari MM sangat reggang.
2) Ummi pernah berkata kepada Dr.Zulkifli Mohammad ( sewaktu beliau menjadi Pengerusi PCT ) bahawa ummi akan memastikan semua pelajar agen Medic Mesir support program PCT. Tapi apa yang ummi buat baru-baru ini? Persatuan PCT telah bercadang untuk mengadakan program penerangan dan telah dimaklumkan lebih awal kepada pelaar-pelajar baru khususnya
. Namun, ummi bertindak mengadakan program secara mengejut pada tarikh yang sama sedangkan ummi tahu PCT telah merancang untuk mengadakan program pada waktu itu. Mengapa ummi ? Ummi tahu tak, program yang telah lama dirancang dan hapir-hampir dilaksanakan terpaksa dibatalkan hanya kerana berlaku pertembungan dan terpaksa merai Medic Mesir.
3) Ummi menyusahkan Pengerusi DPMT kerana telah melanggar ketetapan Amnu Daulah. Ummi menyinggung perasaan Us.Sulaiman. Ummi lupa bahawa pada awal kedatangannya ke Tanta, Us.Sulaimanlah yang banyak membantu beliau dalam memudahkan urusan pelajar agen Medic Mesir. Ketika itu Us.Sulaiman ditugaskan sebagai Ketua Unit Perumahan DPMT. Us.Sulaiman begitu bersungguh dalam membantu terutamanya berkaitan perumahan sehinggakan Us.Faizol selaku Pengerusi DPMT ketika itu menegur Us.Sulaiman supaya jangan terlalu menumpukan pelajar perubatan sahaja sehingga abaikan tanggungjawab terhadap pelajar pengajian Islam. Saya ingat lagi, saya sempat menemani beliau mencari keperluan adik-adik Medic Mesir ketika itu sehingga Maghrib. Namun hari ini, ummi tikam belakang. Ummi menuduh kami pengugut. Kami mendengar maklumat bahawa ummi memburuk-burukkan persatuan DPMT. Namun kerana kesahihannya belum pasti maka saya mengaggap bahawa dakwaan tersebut perlu dikaji lagi sama ada benar atapun tidak. Sekali lagi saya ingatkan pada ummi, jangan lupa asal usul kehadiranmu di sini. sekurang-kurangnya, jika berniat tidak menginginkan lagi bantuan daripada DPMT sekalipun janganlah memburuk-burukkan DPMT di mata adik-adik baru. SAYA SEDIH !

Dari sudut berdosa ataupun tidak itu kerja Allah. Sayapun tidak berhak untuk menghukum. Sekiranya berdosa, maka pintalah keampunan daripada Allah s.w.t dan jangan mengulangi perbuatan tersebut, Kerana itu syarat taubat...

Ketiga belas :
Dari blog MM :
salinan kepada:
1. Y.B. Senator Mejar Jeneral (B) Dato' Jamil Khir Bin Baharom,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri

2. En Shaiful Anuar Bin Hj Mohammad
Ketua Usaha Sementara
Kedutaan Besar Malaysia Kaherah

3. Dato' Ir Dr Radin Umar Radin Sohadi
Ketua Pengarah, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

4. Professor Madya Dr Jamil bin Hashim,
Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah

Penjelasan : 2 hari lepas En.Shaiful ( Kuasa Usaha Sementara KBMK ) telah menghubungi Us.Sulaiman. Beliau menyatakan bahawa beliau tidak tahu menahu dan terperanjat namanya tertulis di sini.En.Shaiful juga terperanjat mengapa nama Dato' Jamil Khir Baharom turut ditulis. Saya mendapat tahu bahawa En.Shaiful seorang yang begitu profesional dalam melunasi tanggungjawabnya. Setakat ini, alhmadulillah En.Shaiful bijak melakukan tindakan yang sepatutnya.Hampir 20 minit juga En.Shaiful berbual dengan Us.Sulaiman berkaitan perkara ini.


Satu lagi persoalan..
Kenapa surat ini disimpan atas nama ' ugutan DPMT ' ? Cuba klik :



















Surat daripada JPMK kepada MM..Boleh rujuk diblog yang saya 'link' kan di atas...


Tiada lain melainkan untuk membuka mata semua pembaca..Berani kerana benar !

Sumber
: http://dzulhilmitantawi.blogspot.com

Tanta Scan,MESIR


Brought to you by : shattirs

Kenyataan Rasmi Pengerusi DPMT Mengenai Isu Surat Rasmi JPMK kepada Medic Mesir







DPMT, 20 Oktober 2010
- Assalamualaikum... Makluman kepada seluruh warga Tanta yang dirahmati Allah S.W.T hendaknya. Pihak DPMT dengan penuh rasa bertanggungjawab ingin menyentuh mengenai isu surat yang dikeluarkan oleh pihak JPMK kepada Agen Medic Mesir iaitu surat sokongan dan kebenaran menubuhkan Academic Centre ( AC) di Tanta yang tersiar di tantamedicmesir.blogspot.com.
Rentetan daripada surat yang dikeluarkan itu, kami menyedari terdapat beberapa kesalahan dan keraguan yang boleh dipertikaikan mengenai surat yang telah dikeluarkan oleh pihak JPMK kepada pihak Agen Medic Mesir itu.

Dengan ini, saya MOHD SULAIMAN BIN ISMAIL selaku Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta (DPMT) bersama saudara AZHAN BIN HAMDAN selaku Pengerusi Perubatan cawangan Tanta (PCT) telah mengadakan perjumpaan secara rasmi dengan Encik Shaiful Anuar Bin Mohammad yang merupakan Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) di pejabatnya untuk mendapat penjelasan mengenai kesahihan surat tersebut.

Semasa perjumpaan, saya telah mengemukakan contoh surat yang dikeluarkan oleh pihak JPMK kepada Agen Medic Mesir ini. Hasil penilitiannya, beliau menyatakan bahawa tidak tahu menahu langsung mengenai surat yang dikeluarkan itu. Ujarnya lagi, beliau begitu musykil dengan kesahihan pengeluaran surat tersebut dan akan mendapatkan kepastian dan maklum balas dari pihak JPMK sendiri.

Antara yang kami utarakan dalam pertemuan tersebut,kami menyatakan terdapat beberapa kesalahan dalam surat yang dikeluarkan oleh pihak JPMK. Antaranya, surat tersebut tiada nombor rujukan rasmi, kesalahan tatabahasa dan tandatangan yang tidak bernama akan tetapi menggunakan kepala surat rasmi JPMK sepenuhnya.

Justeru, seharusnya tidak berlaku sama sekali kesalahan tersebut kerana ianya menyalahi protokol surat rasmi jabatan kerajaan dan boleh menimbulkan keraguan terhadap ketelusan dan integriti JPMK ini.

Dengan bukti yang ditimbulkan ini, surat ini dikira tidak sah dan tidak boleh dijadikan sokongan kepada agen Medic Mesir sama sekali kerana terdapat banyak keraguan dan ketidaksahihannya.

Saya berharap dengan kenyataan ini, seluruh ahli di Tanta dari kalangan Pengajian Islam dan Perubatan jelas mengenai status surat ini yang telah dikeluarkan secara rasmi oleh JPMK.

Sekian, terima kasih.

Oleh,
MOHD SULAIMAN BIN ISMAIL,
Pengerusi,
Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta
Sesi 2010

Thursday, October 14, 2010

Pulang ke Tanah Air [Balik Habis]



Shattirs :
insyaAllah saya dan sahabat MOHAMAD IBRAHIM MANSOR akan pulang ke bumi Malaysia pada 1.11.2010 [malam 31.10],tiba di KLIA petang Isnin 1.11 ], doakan perjalanan dan semua urusan untuk pulang dimudahkan Allah,Amin Ya Allah.

Sesunguhnya terlalu banyak kenangan selama berada dibumi Mesir ini [Al-Azhar Tanta].Biarkan ianya menjadi memori hidup selamanya.




Shattirs : insyaAllah,mudah-mudahan dapat datang lagi ke bumi Ardhul Kinanah ini bersama keluarga tersayang di masa hadapan.Amin ya Allah ~

Tanta Scan,MESIR

Brought to you by : shattirs

Konvokesyen Al-Azhar 10.10.10


Shattirs : Alhamdulillah Konvokesyen Universiti Al-Azhar telah berlangsung dengan jayanya pada 10.10.2010 [tarikh keramat],bertempat di Azhar Confrence Center [ACC].

Tarikh yang sama diadakan konvokesyen untuk anak-anak Perak MESIR diwaktu malamnya[dihadiri oleh Us Kazim Elias].Maksudnya 2 kali konvo pada tarikh yang sama.Disini saya sertakan beberapa keping gambar untuk pengunjung blog shattirs semua.



::Shattirs Graduation Day::

::Graduan Anak-anak Perak MESIR::


::Rumah Perak,Kaherah [WISMA A]::


::Konvo khas utk anak-anak Perak MESIR::

Shattirs : Terima kasihla yang mengucapkan tahniah,mudah-mudahan kejayaan dan kebahagiaan milik kita semua,insyaAllah.

Seperti saya kata sejak dahulu apabila anda datang ke bumi Mesir [Al-Azhar],kita semua adalah sama sahaja,tiada siapa yang beza asalkan anda kuat berusaha maka Allah akan berikan kejayaan.Oleh itu tiadalah istilah perbezaan antara yang pernah sekolah berasrama penuh,dapat STAM 10 Mumtaz,sekolah agama rakyat,sekolah pondok dan STAM sekadar pangkat jayyid.Kerana di bumi Ardhul Kinanah merupakan bumi tarbiyyah rohani dan jasmani kita.

Masing -masing ada cara ketika belajar dan hendak menghadapi peperiksaan.Oleh itu belajarlah ikut kemampuan kita jangan melihat cara mahupun kemampuan orang lain yang semestinya tidak sama dengan kita.Adik2 yang baru tiba di bumi Mesir ini jangan mengikut cara saya belajar,jika orang lain belajar sehari 5 jam keatas,saya esok lusa nak exam baru nak baca kitab.sehinggakan kawan saya sejak tahun 1 mengatakan beliau tidak pernah nampak saya belajar tambah2 imtihan makin hampir.

Ini adalah celoteh saya untuk adik2 baru yang sering bertanya cara mahupun skill belajar walaupun hakikatnya saya bukanlah orang yang mendapat keputusan terbaik setiap tahun berbnading dengan rakan-rakan yang kuat berusaha,menghafal 2,3 bulan sebelum imtihan tiba.Kadang2 muqrar pon tidak habis baca berbanding rakan2 yang bukan sahaja habis muqarar tetapi kitab kuliah dihadam lebih 2,3 kali.

Saya juga tidak mengamalkan stdy group sejak tahun 1 hinggalah tahun 4,hanya sekadar pergi kuliah,mengikuti kelas KBMI yang dianjurkan DPM TANTA dan mengajar adik2 dan rakan2 yang memerlukan pertolongan untuk memahami sesuatu kaedah mahupun pembelajaran.Tiada niat disebalik celoteh ini hanya sekadar berkongsi pengalaman.Oleh itu kepada adik2 dan kawan2 yang masih belum tamat ikutilah cara n skill pembeljaran mereka yang cemerlang.Sebab bagi saya kualiti lebih diperlukan dari kuantiti,biarlah kita belajar hanya 1 jam berbanding belajar sehingga 8 jam sehari tidak mendapat apa-apa kefahaman.

Ketika IMTIHAN ~

Begitu juga ketika berada didalam dewan peperiksaan,jika anda inginkan kejayaan perlulah duduk lama didalam dewan,Umum mengehtahui waktu imtihan di Al Azhar selama 3 jam dan ada sebahagian subjek 2 jam .Mengikut cara yang saya buat sejak tahun 1 hinggalah tahun 4,waktu yang paling lama ialah sejam dan yang paling sekejap menjawab dan keluar sekitar 15 minit dalam waktu peperiksaan.

Walaubagaimanapun maksud tersirat mahupun tersurat bicara kali ini hanya sekadar perkongsian untuk semua,Maka selaut kesyukuran kepada Allah ynag telah memberikan nikmat rezeki dan kejayaan kepada kita semua berkat usaha,doa,istiqamah dan tawakkal selaku hamba Allah yang banyak kelemahanya ini.

Untuk akhirnya,bagi saya tidak penting apa jua natijah akhir anda [Mumtaz,J.jiddan.Jayid,Maqbul],yang penting pelbagai ilmu yang dikuasai,pengalaman dahulu dan terkini yang menjadi ukuran untuk fasa kehidupan yang seterusnya,walaupun hakikatnya sijil sebagai penghargaan setelah penat lelah dalam menuntut ilmu.

Shattirs : Amat malang jika natijah anda Maqbul,tetapi dalam Majlis Konvo dan anugerah yang dianjurkan persatuan lain pula natijah yang dimaklumkan,secara jujurnya sifat ikhlas dan redha merupakan dua elemen penting untuk mencari keredhaan ilahi.

Moga2 Allah mengampunkan saya jika tersilap bicara kata,Doakan kejayaan dalam ijazah pertama ini sebagai batu loncatan untuk kejayaan didalam peringkat yang lebih tinggi lagi [Master n PHD] sebelum nyawa ini sudah tiada .Tergolong dalam mereka2 yang berjaya didunia dan akhirat,AMIN YA ALLAH ~

Tanta Scan ,MESIR

Brought to you by : shattirs





Tuesday, October 5, 2010

Tahniah untuk Pak Ude [Mohd Nasir Jabidin]

::Kembara haji dapat tajaan tiga bas mewah ::


Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh (tengah) bersama sebahagian peserta program Kembara Haji-Jalan ke Mekah 2010, di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam, semalam.


Shattirs : Tahniah untuk Pak Ude saya [Mohd Nasir Jabidin],diatas limpahan rezeki dari ilahi untuk mengerjakan ibadah Haji pada tahun ini seterusnya menjadi tetamu Allah buat pertama kali.

Pak Ude ialah suami kepada Mak Ude[adik mak saya],beliau memang berpengalaman membawa Bas Ekspress sejak dulu [KL-SINGAPORE].

SHAH ALAM 4 Okt. - Penganjur program Kembara Haji - Jalan ke Mekah 2010 (KHj 2010), Barakah Umhaj Travel & Tours Sdn. Bhd., menerima tajaan tiga buah bas Nice Eksekutif Coach daripada Konsortium Transnasional Bhd. (KTB) hari ini.

Penyampaian tajaan tersebut di sini disempurnakan oleh Pengerusi KTB, Datuk Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh kepada Pengerusi KHj 2010, Datuk Mansor Ramli.

Menurut Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi KTB, Tengku Hasmadi Tengku Hashim, pihaknya juga menyediakan enam orang pemandu yang berpengalaman bagi menjayakan program KHj 2010 yang julung kali diadakan.

''Setiap bas akan mempunyai dua orang pemandu, bukan sahaja berpengalaman tetapi juga mempunyai latihan mencukupi untuk memandu jarak jauh. Mereka akan bergilir-gilir memandu sehinggalah rombongan tiba di tanah suci.

'' Bas ini adalah bas mewah yang bakal memberikan keselesaan kepada jemaah haji selain boleh berjalan 1,000 kilometer setiap hari," katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan tajaan di Dataran Kemerdekaan di sini hari ini.

KHj 2010 anjuran Barakah Umhaj Travel & Tours Sdn. Bhd., bakal disertai kira-kira 100 orang jemaah haji yang akan memulakan perjalanan dari Kuala Lumpur pada 17 Oktober depan.

Perjalanan lebih 10,000 kilometer itu dijangka memakan masa selama 60 hari.

Ia akan merentasi Thailand, Bangladesh, India, Pakistan, Iran, Kuwait dan seterusnya Arab Saudi.

Kos bagi semua peserta KHj2010 sebanyak RM2.8 juta iaitu RM28,000 bagi setiap peserta dengan sebahagian daripadanya ditaja oleh beberapa syarikat korporat.

Sementara itu, seorang pemandu bas KHj 2010, Mohd. Nasir Jabidin, 53, yang mempunyai pengalaman 13 tahun berkata, beliau sudah bersiap sedia mengharungi pelbagai rintangan yang bakal dihadapi dalam perjalanan itu nanti.

''Sememangnya ini perjalanan yang paling jauh pernah saya tempuhi sejak menjadi pemandu bas tetapi dengan kursus yang sentiasa diberikan oleh pihak syarikat akan digunakan sepenuhnya dan berharap selamat pergi dan pulang.

''Selain rasa teruja saya juga rasa gembira kerana dipilih menyertai rombongan ini dan ini kali pertama saya mengerjakan haji," katanya.

Shattirs : Ada yang bertanya bilakah saya ingin pulang ke bumi Malaysia,insyaAllah saya akan pulang dalam bulan 10 ini thn 2010,cuma samada tengah atau hujung bulan.Waktu dan tarikhnya akan dimaklumkan kemudian.

Doakan dipermudahkan urusan kita semua,Amin ya Allah ~

Tanta Scan,MESIR

Brought to you by : shattirs

Friday, September 24, 2010

Buku Terbaru Dr Yusof Qardawi berkaitan sifat SABAR



:: Memahami sifat sabar ::

UNTUK kita memahami sepenuhnya konsep atau sifat sabar, buku ini mungkin antara yang terbaik. Apatah lagi ia ditulis oleh ulama terkemuka Islam hari ini, Prof. Dr. Yusuf Al Qaradawi.

Bicaranya dalam program Syariah dan Kehidupan (As Syariah wal Hayat) sahaja yang disiarkan melalui saluran Al Jazeera ditonton oleh 40 juta penonton dari seluruh dunia.

Walaupun pernah dipenjara sebanyak tiga kali iaitu antara tahun 1949 dan 1961, namun atas faktor sabar dan kesabaran Dr. Yusuf yang sangat kuat, menyebabkan beliau tidak pernah putus asa, putus harap apatah lagi kecewa.

Malah sehingga ke hari ini, pada usia lewat senja beliau masih aktif berdakwah. Semua ini kerana beliau mempunyai pemahaman yang kuat dan tepat mengenai kesabaran.

Tajuk asal buku ini ialah Ash-Shabru Fil Quran menghuraikan dengan terperinci dalam bahasa yang mudah mengenai sabar yang merupakan akhlak ai-Quran yang paling utama dan sangat ditekankan oleh Allah.

Seringkali diulang saranan atau lebih tepat kewajipan untuk umat Islam bersabar kerana dengan mengekalkan sifat kesabaran menjadi kunci kejayaan di dunia dan di akhirat.

Maka tidak menghairankan jika dikatakan perkataan sabar itu disebut lebih dari 70 kali dalam kitab suci itu.

Ia sebagaimana yang ditulis oleh Imam Al Ghazali dalam kitab Ihya Ulumuddin manakala Imam Ahmad seperti yang dinukil oleh Ibnu Qayyim pula berkata: "Sebutan sabar dalam al-Quran ditemui pada 94 tempat."

Mengapa penerbitan buku ini sangat tepat pada masanya untuk menjadi bahan bacaan utama kita pada hari ini.

Adakah kerana manusia semakin hilang kesabaran? Adakah sifat itu tidak lagi relevan atau sesuai untuk dijadikan amalan? Atau selama ini kita telah begitu jauh menyimpang dari konsep kesabaran yang sebenar?

Tidak dinafikan apabila kehidupan semakin terdesak, sesak dan diasak, nilai-nilai kesabaran seakan-akan mulai menipis bagai kabus sirna dek sinar mentari pagi.

Malah sesetengah berkata soal masa menghalang untuk mereka bersabar malah sabar itu disifatkan seperti sebuah tembok yang besar, panjang dan tebal.

Maka manusia tidak lagi mahu membuang masa atau bersusah payah untuk membina tembok yang seperti itu.

Tetapi jika kita kembali memahami maksud sebenar kesabaran ini, maka manusia akan menyedari seperti yang ditulis oleh Dr. Yusuf bahawa kita kembali kepada fitrah kepada kejadian bahawa kita dilahirkan sebagai insan yang berakal, bukannya haiwan.

Justeru itu kita perlu kepada kesabaran kerana kita akan selalu diuji dan diduga.

Kita bukan dilahirkan sebagai haiwan yang hidup 100 peratus bertunjangkan nafsu syahwat, yang sama sekali tidak memerlukan sebarang nilai-nilai kesabaran.

Adakah haiwan perlu bersabar apabila mereka diserang misalnya? Berbeza pula keadaannya apabila berlaku terhadap manusia.

Ciri khas milik manusia

Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: Dan jika kamu membalas, maka balaslah dengan (balasan) yang sama dengan seksaan yang ditimpakan kepada kamu. Tetapi jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang yang bersabar. Dan bersabarlah (Muhammad) dan kesabaranmu itu semata-mata dengan pertolongan Allah dan janganlah engkau bersedih hati terhadap (kekafiran) mereka dan jangan (pula) bersempit dada terhadap tipu daya yang mereka rencanakan. (an-Nahl: 126-127)

Malah kata Imam Ghazali: "Sabar merupakan ciri khas milik manusia dan tidak dimiliki oleh haiwan atas sifat kekurangan-kekurangannya dan tidak pula dimiliki oleh malaikat atas sifat-sifat kesempurnaannya sebagai hamba yang paling taat terhadap Allah".

Justeru, Dr. Yusuf menyebutkan jenis-jenis kesabaran seperti yang disebut dalam al-Quran selain kita memahami makna sabar dari aspek lughahnya ialah menahan diri dan mencegah diri.

Khususnya sifat sabar jenis kedua, iaitu selain kesabaran fizikal (badaniah), sifat sabar untuk mental dan rohani (nafsu) adalah yang paling kritikal di mana manusia semakin lupa dan sanggup meninggalkannya.

Menurut Dr. Yusuf, serangan kesabaran dari aspek mental yang sering berlaku adalah berupa nafsu perut dan seksual, maka kesabaran di sini dinamakan iffah bererti kehormatan, martabat dan maruah diri.

Tanpa ada kesabaran terhadap gejolak nafsu maka manusia itu tidak lagi mempunyai iffah pada dirinya.

Kesabaran juga diperlukan dalam soal menahan diri dalam kekayaan, yang lawan katanya di sini adalah bathur atau lupa daratan.

Iaitu manusia apabila kaya, sering lupa diri, angkuh, besar diri dan memandang rendah kepada orang lain. Sedangkan jika dia bersabar dengan kekayaan yang dimiliki, hartanya itu turut dikongsi dengan golongan yang memerlukan. Ini menjadikan kekayaannya itu turut menjadikan dirinya seorang yang kaya budi dan turut mempunyai kekayaan di akhirat kelak!

Begitu juga apabila sabar dalam menyimpan sesuatu maklumat dan yang paling penting kita juga mesti selalu bersabar dengan soal rezeki yang sedikit yang disebut Qanaah atau rela dan puas hati yang kata lawannya adalah 'rakus'.

Dalam hal ini, si polan tidak menyalahkan takdir atas rezekinya yang sedikit tetapi sentiasa bersabar dengan pertolongan usaha dan doa, malah dengan rezeki yang sedikit dirasakan begitu berkat.

Buku ini mengandungi lima tajuk besar keseluruhannya dengan pelbagai tajuk yang sangat menarik.

Ini termasuklah Kedudukan Sabar dan Mereka Yang Sabar Dalam al-Quran (bab tiga), Peribadi-Peribadi Sabar yang Dikisahkan Dalam al- Quran (bab empat) dan Apa yang Menunjang Kesabaran Menurut al-Quran (bab lima).

Buku ini mampu memotivasikan diri pembaca untuk menaikkan semula nilai kendiri dengan menjadikan sabar sebagai faktor kejayaan dalam hidup.

Tidak ada persoalan yang menjadi rumit atau kusut jika kita mampu bersabar, tidak berkeluh kesah, tidak melampaui batas, tidak bertindak tanpa berfikir dan kita tetap kembali dan memohon bantuan kepada Allah.

Kata Dr Yusuf, Allah menjanjikan kesudahan yang baik bagi mereka yang bersabar dan bertakwa, meskipun jalan yang mereka tempuh penuh duri dan kaki mereka tertusuk dan berdarah.

Firman Allah yang bermaksud: Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah. Sesungguhnya bumi ini milik Allah, diwariskan-Nya kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki di antara hamba-hamba-Nya. Dan kesudahan (yang baik) adalah bagi mereka yang bertakwa. (al-A'raf: 128)


Antara Sabar dan Ego ~

::Wanita juga ada sifat ego::

Shattirs : Jangan lupa, wanita juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar, lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati. Tetapi, sebagai seorang wanita Islam dan wanita solehah, mereka akan cuba sedaya-upaya agar tidak "meluahkan" ego mereka sewenang-wenangnya.

Bagi saya lelaki memang ada sifat ego,tetapi lebih bahaya ego seorang wanita,begitu juga wanita terserlah sifat lemah lembut tetapi lebih bahaya jika lembutnya seorang lelaki..

Shattirs :
Kalam Nabi S.A.W yg mnjadi bahan kajian ilmu perubatan moden setelah ditanya oleh Abdullah ibn Salam,[tok guru yahudi sbelum masuk Islam]-->Wajah Anak lelaki akan mnyerupai ayahnya bilamana air mani ayah lebih dari mak dan anak akan mnyerupai ibu jika air mani ibu lebih dari ayah ketika melakukan hubungan kelamin."

Tanta Scan,TANTA

MESIR

Brought to you by : shattirs

Saturday, September 18, 2010

30 Perkara Rahsia HATI Perempuan


::Gambar Hiasan::

Shattirs : Sekilas pandangan yang menarik untuk dikongsikan.Walaupun disana mungkin sudah ramai yang mengehtahui,tapi bagi saya masih banyak lagi rahsia hati dan jiwa kaum hawa yang belum kita selami selaku kaum adam.

Orang perempuan ni hatinya lembut,jiwanya halus.nalurinya mudah tersentuh,jadi,kepada kaum adam,jagalah hati dan perasaan kaum hawa ini mngikut apa yang agama Islam telah anjurkan.



RAHSIA HATI PEREMPUAN

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Shattirs : Tidak semestinya 30 perkara diatas semuanya wujud dalam diri setiap perempuan,bahkan lebih dari itu lagi.

Saya teringat kata-kata Mak Teh [adik ayah] " Orang perempuani hati dan jiwanya lembut,tapi amat beruntunglah jika seorang lelaki itu telah berjumpa dengan seorang wanita yang mempunyai hati yang sangat2 lembut dan jiwa yang sangat2 halus..

bak kata Mak Teh " susah nak jumpa lani 1 dalam seribu katanya."

Tanta Scan,MESIR

Brought to you by : shattirs

Saturday, September 11, 2010

Agenda disebalik penubuhan MALAYSIA?


Penubuhan MALAYSIA : perancangan USA sejak 1889?--> kertas kerja HARVARD UNIVERSITY "


Shattirs
: Saya amat tertarik dengan hasil tulisan dan kajian seorang rakan di laman maya FACEBOOK yang sesuai dikongsikan didalam blog shattirs.Apakah sebenarnya yang terjadi?Adakah saat kegembiraan menyambut sambutan kemerdekaan negara pada tahun 1957 hanyalah retorik semata-mata?marilah sama-sama kita fikirkan kisah disebaliknya..


1) kajian yang telah dijalankan oleh UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA dari Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polis kata nama MALAYSIA sudah ada pada tahun 1889 lagi.. perancangan penjajah barat memecah-belahkan dan melemahkan dunia Melayu sudah beratus-ratus tahun dirancang oleh FREEMASON! (buka spoiler untuk tengok gambarnya)

2) kritikan perancangan penubuhan negara MALAYSIA pada tahun 1937 oleh penasihat luar USA Rupert Emerson yang membentangkan kertas kerjanya di HARVARD UNIVERSITY!.. 10 tahun selepas batu asas FREEMASON (gerakan sulit yang diasaskan oleh Yahudi) diletakkan di Northam Road di Pulau Pinang.. semasa perletakan batu asas FREEMASON tu pada tahun 1927, Rupert Emerson baru sahaja menjawat jawatan professor di Harvard University.. USA panggil dia "specialist on nationalism in Asia" mungkin salah seorang ahli kuat FREEMASON nih..





3) aku rasa macam nak menangis je bila jumpa benda ni semasa aku cari mengenai sejarah sebenar penubuhan negara MALAYSIA dan INDONESIA, ia bermula ketika aku berasa amat hairan kenapa FILIPINA suatu ketika dahulu pernah nak klaim nama MALAYSIA, sebelum Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura dapat dulu dulu nama MALAYSIA.

4) rupa-rupanya perancangan negara MALAYSIA sudah ada kertas kerjanya beratus tahun sebelum diisyhtiharkan "merdeka", dan yang amat jelas ialah kertas kerja penubuhan negara MALAYSIA serta kritikannya di HARVARD UNIVERSITY pada tahun 1937 oleh Rupert Emerson yang merupakan PENASIHAT LUAR USA pada ketika itu serta professor of political science and international relations in Harvard University (gambar disertakan)

5) dokumen rahsia USA mengenai penubuhan negara Malaysia bertajuk seperti dibawah telah dibuang oleh USA di dalam website rasmi dia setelah artikel mengenainya diterbitkan di Universiti Teknologi MARA.... kuat betul perisik CIA nih
"Foreign Relations, 1964-1968, Indonesia; Malaysia-Singapore; Philippines.Editor: Edward C. Keefer General Editor: David S. Patterson, United States Government Printing Office, Washington, 2001."

6) Dato Onn Jaafar : pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR), tulisan asal ڤرتوبوهن كبڠسأن ملايو برساتو atau nama sekarang telah diInggeriskan menjadi United Malay National Organisation(UMNO) atas sebab British mengharamkan semua parti yang tidak diInggeriskan


Di fitnah teruk oleh bangsa sendiri


7) Ucapan terakhir Dato Onn Jaafar sebagai Yang DiPertua UMNO pada 26 Ogos 1951:

“Oleh kerana saya mempunyai beberapa peluang dapat melihat sesuatu gerak langkah, sesuatu perbuatan atau cadangan yang hendak dijalankan di Tanah Melayu ini; langkah-langkah dan perbuatan yang mendatangkan kebimbangan kepada diri saya sendiri.

…saya dapat peluang itu oleh kerana dapat melihat tempat2 yang tidak dapat dimasuki kebanyakkan orang. (adakah Dato Onn Jaafar sudah berjaya masuk ke dalam salah satu loji FREEMASON di Tanah Melayu ketika itu?) Melihat gerak langkah dan cadangan-cadangan yang hendak didatangkannya ke atas Tanah Melayu ini.

Malang mulut saya tertutup, malang saya berkata mulut saya ini tertutup tidak dapat menzahirkan kepada umat Melayu Semenanjung ini apa yang diketahui oleh saya dalam masa menyempurnakan pekerjaan2 dan tanggungan saya itu…“
rujukan : (Mohamed Abid, 2003, muka surat 191-192)

penubuhan salah satu loji FREEMASON oleh penjajah pada tahun 1927 di Pulau Pinang, upacara perletakan batu asas



antara bangunan FREEMASON di JOHOR (perhatikan betul2 apa dia tulis di peti suratnya dan lambangnya)



7) Gagasan USA tentang Malaysia sepertimana yg dihasratkan Rupert Emerson (kemungkinan besar ahli FREEMASON) menjadi kenyataan pada tahun 16 September 1963 bilamana Singapura, Tanah Melayu (atau suka dikenal sebagai Malaya), Sabah dan Sarawak bersama-sama menubuhkan Malaysia. Brunei di saat akhir, menarik diri daripada menyertai Malaysia, dan kekal dibawah naungan jajahan Inggeris hingga ke tahun 1984. manakala Singapura pula menyertai Malaysia setakat tahun 1965.

8) Pendokong gagasan Nusantara Melayu Raya seperti Lim Chin Siong dan Said Zahari yang menentang penubuhan Malaysia sebagai projek kolonial A.S, juga beranggapan Singapura sememangnya sudah menjadi bahagian Tanah Melayu, tidak timbul persoalan tentang Singapura masuk Malaysia. Kita tidak akan semudahnya melupakan derita suatu pengorbanan cita2 masa lalu yg gagal. Perlembagaan rakyat dan gabungan Putera AMCJA, perang anti British darurat, dan kemerdekaan, Barisan Sosialis dan penangkapan ISA terhadap hampir kesemua wakil rakyat Parti Rakyat dan Parti Buruh, Adun, Ahli Parlimen, Ahli Pihak Berkuasa Tempatan, juga pemimpin bahagian dan cawangan, pengharaman pilihanraya majlis tempatan atas kemenangan hampir seluruh kerusi kepada Barisan Sosialis. Presiden Pas, Dr Burhanudin Al-Helmy juga turut merengkok di dalam ISA atas tuduhan kununnya menentang penubuhan Malaysia. Hal ini ditulis Pak Said Zahari, yang dipenjara ISA oleh Lee Kuan Yew di Singapura, selama 17 tahun tanpa bicara, dalam buku memoirnya “Meniti lautan gelora.”

9) Jadi bukan Tunku Abdul Rahman lah yang mencipta nama Malaysia. Jika begitu tertipulah kita gamaknya. Dan sudah tentunya juga mereka inilah yang telah mencatur dan mengatur (indirect rule) siapa yang patut memerintah dan generasi yang bagaimana patut dilahirkan oleh negara Malaysia itu kelak.

10) Realitinya, Dato’ Onn sudah dapat mengesan perancangan ‘mereka’ itu sedari awal lagi, malangnya orang UMNO telah dibutakan oleh dakyah barua British dan agen2nya sehingga ke hari ini. Akhirnya Dato Onn pula yang dihina dan dituduh talibarut British. (Mohamed Abid, 2003, p189)

11) sesuatu yang besar pasti berlaku selepas era pemerintahan Najib Tun Razak kerana pencaturan Perdana Menteri Malaysia telah berakhir!
R - Tunku Abdul Rahman
A - Tun Abdul Razak
H - Tun Hussein Onn
M - Tun Dr. Mahathir Mohamad.. (Musa Hitam bertanding tapi kalah kepada Dr.M M)
A - Abdullah badawi (Anwar Ibrahim dipenjarakan atas tuduhan liwat/sodomi)
N - Najib Tun Razak (seperti menang tanpa bertanding kerana tiada lagi orang ada nama N)

12) "Kerajaan telah memilih Perang Besar" (sekarang namanya PUTRAJAYA).. sumber rasmi petikan ucapan ini : http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=mahathir&id=1692

mengikut perancangan ILLUMINATI.. di mana FREEMASON telah bergabung dengannya.. Perang Dunia Ketiga mesti dijalankan disebelah Timur Dunia untuk membentuk New World Order : 1World Government, perhatikan huruf G dalam logo FREEMASON, ia merujuk kepada Government!

"...sent them away from his son Isaac to the land of the east."
(Genesis 25:6 New International Version)

14) mengikut ramalan orang Yahudi berfahaman zionis yang sekarang sedang menguasai negara Israel serta parlimen USA (ditubuhkan oleh salah satu sayap gerakan mereka iaitu FREEMASON yang selepas itu sudah bergabung dengan gerakan Yahudi satu lagi dinamakan ILLUMINATI).. Keturunan dari Keturah/Quntura/Ketura iaitu isteri ketiga nabi Ibrahim selepas Hajar dan Sarah, akan mencabar kekuasaan mereka pada ketika dunia hampir kiamat dan Imam Mahdi atau nama lainnya Messiah akan lahir di Timur Dunia, sebelumnya Allah menurunkan Nabi Isa atau nama lainnya Jesus kembali ke bumi untuk membanteras Dajjal yang akan mengaku dia adalah tuhan sebenar, padahal dia menipu (aku pernah baca bahawa dia adalah Samiri pada zaman Nabi Musa atau nama lain Moses yang Allah panjangkan umurnya hingga ke hari kiamat, setelah dia mengintai Nabi Musa yang dipanggil menghadap Allah, dia mengumpul bekas laluan malaikat jibril atau nama lain Gabriel, lalu dia mencipta "tuhan" berbentuk LEMBU yang diperbuat dari emas yang dikumpul dari seluruh kaum Yahudi dan selepas dia mentaburkan sisa-sisa tapak malaikat Jibril itu, tiba2 boleh bergerak dengan cergas untuk beberapa saat dan dia menyesatkan kesemua kaum Yahudi dengan mengatakan LEMBU EMAS, "lembu suci", "holy cow" itu adalah tuhan... cerita ini ada dalam Al-Quran dalam surah Al-Baqarah, dan ajaran Samiri ini kemungkinan besar dia adalah Dajjal dan masih menjadi kepercayaan kuat pengikut agama Hindu yang tamadun besar mereka bermula di Sungai Indus di India)

15) dengan kepercayaan kuat Yahudi ini yang percaya bahawa suatu bangsa keturunan dari isteri ketiga Kunturah /Quntura/Ketura ini akan mencabar dan mengalahkan mereka, kebanyakan negara kuasa Timur cuba dilemahkan dan dipecahkan manakala kuasa barat cuba dikuatkan.. dunia Melayu dipecahkan kepada paling kurang enam negera - Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei dan Timor Timur.. dunia Cina dipecahkan kepada China, Taiwan, Macao, Hong Kong.. dunia Korea dipecahkan kepada Korea Utara dan Korea Selatan.. cubaan menguasai Vietnam.. serta dibom teruk negara Jepun dan dibina pangkalan tentera termaju USA di Jepun, Filipina pelbagai lagi negara di seluruh dunia ini serta serta diberi bantuan ketenteraan melampau kepada Singapura (perhatikan sistemnya hampir sama dengan Israel semasa Israel menang peperangan 6 hari dalam hari dengan negara2 Arab) serta dihantar Jeneral Israel mereka mencatur strategi ketenteraan Singapura.. Lee Kuan Yew namakan mereka sebagai The Mexican.. serta dibinanya fahaman politik2 didunia ini seperti komunis dan sossialis moden yang pengasasnya sama iaitu Karl Marx yang berbangsa Yahudi, serta mahu seluruh dunia mengamalkan demokrasi yang juga sistem asasnya adalah rekaan Yahudi juga, juga dilagakan USA dan RUSSIA yang terletak disebelah timur dunia.. dan diciptanya GOOGLE dan FACEBOOK yang pengasasnya juga adalah Yahudi serta dibelinya YOUTUBE dan juga dikuasai kebanyakan media-media utama dunia, diasaskan juga HOLLYWOOD serta diasaskan kebanyakan syarikat2 studio perfileman di USA untuk pengaruhi seluruh dunia yang dinamakan GLOBALIZATION.

16) antara perkara yang amat menghairankan juga macam mana Anwar Ibrahim boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dengan amat cepat serta boleh pula dia rancang strategi Foundation For Future (sebuah pertubuhan yang sengaja direka oleh USA dan Yahudi untuk merancang politik di Asia) dan berkwan amat rapat dengan Paul Wolfowitz (perancang utama peperangan di Iraq dan Afghanistan).. manakala Najib seperti mengungkapkan misi utama ILLUMINATI atau FREEMASON ini 1World Government : New World Order.. serta pilihanraya Malaysia dulu semasa era pemerintahan Abdullah Badawi diadakan bertarikh "13" (suatu nombor keramat bagi pengikut FREEMASON dan ILLUMINATI).. dan apakah pentingnya nombor "7" dalam FREEMASON? bubuh batu asas FREEMASON di Pulu Pinang pada tahun 1927, perancangan dan kritikan penubuhan negara Malaysia pada tahun 1937 dan pengingsyhtiharan "kemerdekaan" negara Malaysia pada tahun 1957..




LUCIFER show 1World Government sign..




17) fahaman FREEMASON, ILLUMINATI, ZIONIS ISRAEL..
They (no matter what race) who sold their soul to the ‘MASTER‘ to do all the above will be given the power:

a. to induce spiritual blindness

b. to convince

c. to convert

d. to corrupt

........
politik dunia ini semuanya seperti sudah dirancang semuanya oleh FREEMASON dan bangsa YAHUDI.. di facebook tulis "what are you thinking" dan google sebenarnya ada satu pangkalan data khas serta graf dan macam2 lagi untuk mengetahui mengetahui apa sebenarnya manusia suka cari di internet... semuanya adalah perancangan yang amat rapi!

Tanta Scan,MESIR

Brought to you by : shattirs

Friday, September 10, 2010

Salam Aidilfitri 1431 H


Shattirs : Dikesempatan hari yang mulia dibulan syawal,saya ingin mengucapkan salam Lebaran Aidilftri kepada semua yang mengenali tidak kira dimana juga anda berada.Maaf zahir dan batin.Kullu Am wa Antum bikhair.'

تقبل الله منا و منكم....من العائدين والفائزين


Mudah-mudahan kita semua bergembira bersama insan-insan tersayang dihari lebaran ini.insyaAllah.



Tanta Scan,MESIR

Brought to you by : shattirs

Rahsia Kubur Di Kubah Masjid Nabawi

Ini adalah suatu kisah keajaiban terjadi sekitar 90 tahun lalu diriwayatkan oleh Syeikh Al-Zubaidi. Seseorang telah cuba untuk menghancurkan Kubah Nabi Muhammad SAW, Masjid Al-Nabawi (Gumbad-e-Khizra)

Namun, ketika dia memanjat kubah untuk mulakan kemusnahan, tiba-tiba kilat memusnahkannya dan dia meninggal dunia di situ. Lantaran itu tidak ada seorang pun yang mampu mengalihkan mayatnya dari puncak kubah.

Beliau juga mengatakan bahawa orang yang soleh dari Madinah mendengar suara dalam mimpinya bahawa tidak ada sesiapapun yang dapat mengambil mayat dari puncak kubah itu dan bahawa ia harus dikebumikan di situ sebagai amaran dan peringatan bagi orang-orang yang mungkin cuba untuk menghancurkannya pada masa akan datang.

Akhirnya, mereka memutuskan untuk mengebumikannya tepat ada pada kubah dan menutupi tubuhnya dengan penutup hijau sehingga tidak akan terlihat oleh orang lain.




Wallahua'lam, Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa.

Shattirs : Rindu ingin ke sana lagi,ya Allah,permudahkanlah urusanku dan keluarga menziarahi kekasihmu Nabi Muhammad S.A.W tidak lama lagi,Amin