Keluarga SHATTIRS

Keluarga SHATTIRS
Assalamualaikum WBT

SHATTIRS Followers

Popular Posts

Saturday, August 18, 2007

Berjihad Menuju Mardhatillah


Oleh: Shattir


Salam untuk semua...


Moga didalam rahmat Allah,insyaAllah,tetap thabat dan istiqomah dalam gerak kerja Islam..
Sahabat - sahabat semua ingatlah,betapa pentingnya kita menguasai ilmu - ilmu Allah,meningkatkan thaqafah mahupun keredibiliti seorang Mahasiswa didalam melahirkan jati diri yang sayangkan Islam lebih dari diri sendiri.Itulah sifat seorang muslim yang sejati.
Berjihad dalam mencari redha ilahi merupakan elemen yang amat berharga didalam prospek kita selaku Mahasiswa Al-Azhar,supaya cita - cita mahupun harapan masyarakat yang mahu melihat golongan kelahiran Al-Azhar memainkan peranan yang penting didalam mengubah masyarakat yang kita serba maklum rosak dalam pelbagai bidang.Masyarakat hari ini memerlukan mahasiswa agama terutamanya lulusan Al-Azhar menguasai pelbagai bidang atau disebut golongan Ulamak yang intelektual yakni yang menguasai pelbagai bidang ilmu dunia mahupun ilmu akhirat.

Fokus penulis pada kali ini,ingin merungkaikan tajuk blog penulis iaitu "Berjihad Menuju Mardhatillah..".Tajuk ini dipilih sebab ianya mengandungi prospek jalanan seorang pejuang agama Allah didalam menyelusuri mehnah dan tribulasi utuk mendapat syurga mahupun nikmat Allah.Setiap pejuang agama Allah perlulah berjihad didalam apa jua lapangan jihad,yang mana natijahnya ialah untuk mendapat redha ilahi,sifat istiqomah juga amat penting didalam kita mencari nilai kecemerlangan yang hakiki..insyaAllah.

Bukan mudah bagi kita ,manusia yang amat lemah dan dhoif ini untuk sama-sama berjihad melawan nafsu dunia yang tidak pernah leka mahupun alpa didalam merosakkan anak-anak Adam di muka bumi Allah ini.Di dalam blog Berjihad Menuju Mardhatillah,penulis berhasrat untuk memasukkan pelbagai isu-isu semasa,bahan-bahan ilmiah,apa - apa jua yang dapat memberi manfaat bersama beserta sedikit berkaitan diri penulis...akan dipaparkan di dalam blog ini.Harapan semoga blog yang tidak seberapa ini akan menjadi salah satu cara untuk memperjuangkan agama Allah dan cta - cita untuk menegakkan Kalimah Tauhid suatu hari nanti,mudah2-an.insyaAllah.Apa- apa jua pandangan,cadangan dan kritikan yang membina amat-amatlah dialu-alukan bagi memperbaiki apa jua kelemahan diri penulis.Sesungguhnya pada ilahilah sebaik-baik tempat meminta pertolongan.
Sekian,wassalam.

No comments: