Keluarga SHATTIRS

Keluarga SHATTIRS
Assalamualaikum WBT

SHATTIRS Followers

Popular Posts

Tuesday, March 4, 2008

6630 Dalam Kenangan




~ HARI INI DALAM SEJARAH ~

4/3/08-TANTA: "Hari ini dalam sejarah..",begitulah bunyinya,kenapa saya berkata begitu??

Masakan tidaknya,henset kesayangan saya sejak di Tahun satu yang merupakan pemberian insan tersayang telah hilang dalam perjalanan ke kuliah pagi tadi..rasa sedih dan pilu terus menghantui diri ini,apakan daya,hati perlu terima dan redha atas pemergiannya.."

~2 ORANG SUSPEK YANG SAYA RAGUI~

1)MAKCIK ARAB (UMUR SEKITAR 45 TAHUN KEATAS)
Agak pelik,sebab tiba-tiba beliau duduk disebelah saya..??selepas nampak saya mendapat panggilan dari adik di Malaysia..!

2)WANITA ARAB BEKERJA (UMUR SEKITAR 30 TAHUN KEATAS)
Aksi beliau ketika hendak turun dari tramco memang amat-amat mencurigakan?

~SETELAH SIASATAN DILAKUKAN~
Memang terbukti,suspek ke 2 adalah orangnya,ada seorang remaja perempuan Arab yang nampak,tetapi agak malang,beliau lambat bagitahu,akan tetapi terima kasih diucapkan kepada beliau dan rakan-rakanya kerana banyak membantu saya untuk mencari mahupun menjejaki suspek tersebut.

~TERIMA UJIAN SEBAGAI SATU HIKMAH YANG TERSEMBUNYI~


Untuk makluman para pembaca,inilah kali pertama saya membawa Henset ke Kuliah sejak hampir 3 tahun disini..disebabkan saya sedang menunggu panggilan dari Keluarga di Malaysia..
Sebagai insan biasa yang banyak kelemahan ini,saya redha..mudah-mudahan ada hikmah yang tersembunyi.Doa saya untuk rakyat Palestin yang dizalimi Zionis Israel telah termakbul..(umum mengehtahui NOKIA banyak melabur di Israel),hajat di hati memang nak tukar tahun lepas,tetapi apakan daya,ku pasrah segalanya..!


~TERIMA KASIH RAKAN-RAKAN~

Rupanya wajah saya yang agak muram dan kelihatan sedih di kuliah tadi ada orang yang perasan,terima kasih Ibrahim,Ahmad Sulaiman diatas nasihat,pertolongan,mahupun kata-kata semangat,moga Allah membalas jasa kalian,insyaAllah..

shattirs: Sayang,bukan apa,dalam Henset tu banyak nombor rakan-rakan diseantero dunia.gambar-gambar peribadi mahupun video yang telah dirakam.Patutlah dua tiga harini seperti tak nak lekang,ada sebabnya. Nampaknya kena tukar nombor baru.."

p/s: Sekadar Luahan Hati.."

Brought to you by: shattirs

1 comment:

Anonymous said...

salam..ana pn pnah alami perasaan yg nta pnah rasa ni..di bumi tanta juga..tp lokasi je lain.

mmg btol..2@3 hari sblm hilang mmg dpt rsa sesuatu..rsa nk sentiasa bsama hp tu je..alhamdulillah Allah da bg ptunjuk..skurg2nya ana mnghrgai saat2 terakhir bsama hp tu. xla rsa khilngn yg maat sgt/...hp tu la hp pertama yg ana pnah guna...hadiah dpd umi n abah atas kjayaan dlm hdup/..

btuah nta tahu sapa amik..ana smp skrg xtahu mcm mna hp tu bleh hlg..mmg plik..tp xdinafikn da perkara yg mncurigakn brlaku..

apa pn..sabar ye!