Keluarga SHATTIRS

Keluarga SHATTIRS
Assalamualaikum WBT

SHATTIRS Followers

Popular Posts

Tuesday, April 1, 2008

Dapatkan Air Sinalco Sekarang (^_^)





~KHAS UNTUK PELAJAR-PELAJAR DI MESIR~

* Anda ingin memboikot Amerika/Israel/Belanda/Denmark?
* Anda inginkan minuman Alternatif?
* Anda terlalu dahaga di musim PANAZZ?

--* KAMI ADA JAWAPANNYA....!

~ DAPATKAN AIR SINALCO SEKARANG ~ HANYA LE 2.00 SHJ *Sedap dan Murah tau*

Untuk makluman lanjut,sila hubungi:

1) MOHD HELMI CHE FAUZI : 011-9372146
2) MOHD NAIM KU AHMAD : 016-6770316


Atau,emelkan kepada kami : sinalcoemina@yahoo.com atau BLOG KHAS SINALCO : sinalcoemina.blogspot.com


Untuk permulaan,jualan hanya terdapat di Bumi Tanta..insyaAllah selepas imtihan fasa ke-2,pengedaran seluruh muhafazah termasuk Kaherah (BKAN),akan dilaksanakan .

Bagi sahabat mahupun sahabiah di Tanta,anda boleh mendapatkannya ditempat-tempat jualan dan wakil pengedar kami :

KAMSIS BAIDHOWI (TANTA SCAN)

* Rumah saya (shattirs)
* Rumah penghulu (Us,Fakharuddin)
* Rumah U.Izzuddin (Syari'e Fatih)

KAMSIS SYARBINI (ISTAD N MA'ARAD)

* Markaz DPMT (Bait Izzah)
* Rumah U.Mazwan (istad)
* Rumah U.Huefiros Efizi (Awal Syuber)

KAMSIS QALYUBI (Cyberbay)

* Imarah Melayu (Rumah U.Farid Kedah)
* Rumah U.Zahran (KEDAH)

~BAGI KAMSIS ASNAWI DAN NAWAWI,ANDA BOLEH DAPATKANYA DI MARKAZ DPMT (BAIT IZZAH)~
~PELAJAR PERUBATAN IKHWAH DAN AKHAWAT (MARKAZ DPMT BAIT IZZAH)

shattirs :Sebenarnya idea ini datang semasa program Eminent 08.Alhamdulillah,setakat ini sudah dua pengeluaran dalam kuantiti yang banyak.Moga-moga disini permulaan untuk kejayaan yang lebih besar lagi dalam jangka masa 5 hingga 10 tahun yang mendatang.Berdasarkan perbincangan dengan wakil tunggal pengedar di Tanta (En.Abdullah),kami telah bersetuju untuk menjadi wakil tunggal bagi pengedaran jenama Air Sinalco (Made in Germany) untuk rakyat Malaysia di Bumi Ardul Kinanah ini.

Mungkin darah berniaga sudah mula mengalir dalam diri ini,disana dapat dilihat bagaimana keluarga saya (Belah Mak dan Abah) merupakan ahli perniagaan yang berjaya.Perniagaan mereka sehingga mencecah ribuan mahupun jutaan ringgit,mudah-mudahan diri ini mengikut jejak langkah mereka,AMIN YA RABB..Harus diingat semua ini dilakukan untuk Islam,perjuangan Islam,serta moga dimakbulkan mungkin suatu hari nanti impian untuk membantu mereka-mereka yang memerlukan menjadi kenyataan.Pengalaman didalam PUM (Persatuan Usahawan Muda) sehingga peringkat negeri sedikit sebanyak mematangkan diri ini untuk menghadapi arus cabaran yang mendatang.



~Turki,Syria dan Jordan~


shattirs: insyaAllah,jika diizinkan Allah,saya dan beberapa rakan akan mengunjungi Jordan,Syria dan Turki pad bulan 7 ini.Moga Allah memberi kesempatan pada kami untuk menziarahi makam-makam Nabi Allah,sahabat2 Nabi dan Ulamak- ulamak islam disana nanti.

~Tujuan ke Turki~

Asal keturunan keluarga Mak (Arab Turki)

Di Turki nanti,moga Allah permudahkan urusan saya untuk mencari salasilah keturunan keluarga mak.Berdasarkan alamat yang mak saya bagi,Arwah moyang telah meninggalkan Turki dan berhijrah ke Malaya atas dasar perniagaan minyak dan rempah.

Brought to you by : shattirs

No comments: