Keluarga SHATTIRS

Keluarga SHATTIRS
Assalamualaikum WBT

SHATTIRS Followers

Popular Posts

Friday, July 11, 2008

Coretan Shattirs (siri 1)


:.Bersama Abang.:

Assalamualaikum~

shattirs :Buat pertama kalinya,saya rasa ini kali pertama menulis entri berkaitan coretan shattirs.Untuk makluman, blog shattirs tidak ada tajuk khusus,mana yang saya rasa nak tulis mahupun dikongsikan bersama pembaca,maka itulah yang dapat dilihat.Jika ditakdirkan suatu hari nanti menjadi ahli politik Malaysia,mungkin blog shattirs ini bertukar wajah blog politik.Siapa tahu Blog shattirs akan bertukar tajuk menjadi Dunia shattirs,dari apa yang saya tengok kebanyakan blog serikandi banyak berkisar perihal diri,serta luahan perasan mahupun skrip kehidupan yang mahu dikongsi bersama.

Sebagai permulaan ,ini yang dapat saya sajikan.Sajian berupa pelbagai jenis menu masakan.Moga-moga masakan ini sedap dijamah bersama.Sengaja saya tidak memasukkan perihal berkaitan politik Malaysia,walaupun saban hari perihal Malaysia mesti kuketahui.

Sebagaimana kita tahu,peperiksan sudah lama melabuhkan tirainya,maka ramailah mahasiswa/wi Al-Azhar yang saban tahun berduyun-duyun pulang ke Malaysia.Mudah-mudahan selamat pulang dan selamat kembali,Amin.Oleh itu,banyak yang saya dengar,kawan-kawan disini akan melangsungkan perkahwinan,harapan dari shattirs semoga berbahagia hingga akhir hayat,serta dikurniakan anak yang soleh dan solehah.Meskipun saya antara golongan yang tidak bersetuju dengan fenomena perkahwinan dan pertunangan ketika dialam pembelajaran seorang mahasiswa,tetapi terpulang kepada mereka yang rasa ada kewajaranya.

Jika anda semua perasan,akhir-akhir ini, blog shattirs banyak berkisar berkaitan aspek hubungan antara lelaki dan perempuan mahupun aspek berbuat baik (kebajikan) yang mesti menjadi keutamaan seorang yang digelar mahasiswa/wi.Bagi entri selepas ini, saya lebih suka menulis apa yang berlaku disekeliling mahupun berkongsi idea-idea untuk kebaikan bersama.


Tahniah untuk Abang (Mohd Khairil Hafizi)~


Yea,ucapan tahniah mesti diucapkan untuk Abang saya di Shoubro,tahun akhir sudah berjaya,natijah sudah diketahui,moga-moga balik menjadi pejuang harapan ummah,insyaAllah.Tidak boleh balik dulu,sebab keluarga nak datang mesir hujung tahun ini,mungkin masa tu boleh balik sekali.

Bercakap tentang kehadiran keluarga tercinta ke bumi Ardul Kinanah ini,tak sabar rasanya,ingin membawa kelurga tercinta meneroka peninggalan Ulama silam serta rahsia keajaiban di bumi Mesir ini termasuk Universti Al-Azhar.Tok dan Mak Teh saya antara orang yang tidak sabar untuk datang ke sini.Mudah-mudahan impian keluarga tercapai untuk datang serta impian saya juga tercapai untuk bersua dengan keluarga tercinta.

Berbalik kepada senario di Mesir ini,tiba-tiba saya teringat kenangan lama yang masih menjadi ingatan kebanyakan ikhwah dan akhwat perak,kenangan ketika mula-mula sampai di Mesir,seingat saya hari tu ialah program untuk mahasiswa/wi baru STAM Perak.Saya berlakon menjadi Penjahat gangster yang tidaklah jahat saya rasa.Tetapi aksi malam itu rupanya masih mnjadi bualan sebahagian ikhwah mahupun akhawat Perak.Mungkin lakonan sebegitu menjadi kesan yang luar biasa sehingga hampir 3tahun pun ianya masih diingati.

Biodata shattirs ~

Ada kawan-kawan blog yang suruh saya tulis entri berkenaan profil lengkap saya.insyaAllah jika saya tidak keberatan,maka aderla tulisannya nanti.Mungkin sedikit info diri shattirs.Saya dilahirkan di Taiping dan membesar di sana.Setelah 6 tahun di Taiping telah berpindah ke Teluk Intan yang menjadi penempatan tetap sehingga kini.Cuma yang bermain difikiran saya sehingga harini,mengenai pesanan arwah tok li supaya saya mencari calon isteri dikalangan anak dara dari Taiping.

Mungkin persoalan ini akan diulas panjang untuk coretan shattirs siri ke 2,nantikannya..!

Minggu ini jadual saya amat padat,selain aktiviti persatuan di Tanta,jadual kuliah saya di Tanta dan Kaherah tetap diteruskan.Tanggungjawab lebih banyak dari masa.
Di Tanta dengan MMKT,manakala di BKAN PERAK ,ada program Tok Sagornya.Setiap tahun akan ada exco Bkan Perak yang akan menjemput saya melalaui ym,kerana mereka tahu saya agak susah untuk balik ke BKAN PERAK.Saya tahu ada rakan-rakan yang tertanya-tanya mengapa saya jarang nampak di BKAN PERAK.Saya rasa saya ade jer,banyak kali jugak saya sertai program di BKAN PERAK,kerana saya rasa bakal orang rumah ada disana.

Sebenar Exco-exco BKAN PERAK amat unik,terutamanya Exco dakwah Hewi Perak,nak tahu kenapa saya cakap begitu,nantikan sambungan seterusnya coretan shattirs siri ke 2...

..
shattirs : 3:45 a.m

Brought to you by: shattirs

No comments: