Keluarga SHATTIRS

Keluarga SHATTIRS
Assalamualaikum WBT

SHATTIRS Followers

Popular Posts

Monday, February 16, 2009

Cinta Seorang Pejuang ?



::Indahnya C.I.N.T.A kerana Allah::

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد


--> Cinta Seorang pejuang ?

Shattirs : 1)
Bagi saya,selagi bernama manusia,akan ada sifat ingin disayangi dan menyanyangi,ini adalah fitrah insani yang Allah terbitkn didalamn jiwa dan sanubari setiap makhluknya di muka bumi ini.Firman Allah :

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah."
(al-Zariyat/51:49 )

Maka dalil diatas menjadi bukti bahawa setiap manusia mempunyai pasangannya sendiri, ianya dikuatkan lagi dengan firman Allah sepertimana berikut :

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."

(Surah Ar Ruum ayat 21) ~

2) Jadi di sana,ada jalan untuk menghasilkan nilai cinta yang terbaik bagi manusia dimana akan dinilai oleh Allah,iaitu nilai cinta kerana Allah dan rasulnya serta tidak melangar syariat agamanya dan semestinya cinta yang disemai bukanlah cinta yang berajakan nafsu semata-mata.Jangan jadikan fitrah sebagai sumber fitnah ~

3) Cinta seorang pejuang agama Allah adalah cinta untuk Allah dan rasulnya.Mana mungkin perasaan cinta untuk manusia tidak dibajai sekali dengan nikmat cinta ilahi.Indahnya percintaan seorang pejuang agama Allah andai disana mengikut lunas-lunas percintaan mengikut Al-Quran dan As-Sunnah serta dapat pula menunjukkan kepada umum bahawa bercinta itu tidak salah andai disana mengikut lunas-lunas percintaan yang Islam anjurkan.Percintaan yang sebenar adalah percintaan selepas ikatan yang sah melalui akad serta mas kahwin dari seorang pejuang kepada serikandi pilihan Allah.

4) Setiap daripada kita ingin sebuah percintaan yang bahagia.Percintaan yang kekal abadi hingga keakhirnya.Alangkah indahnya perkahwinan sesama pejuang agama Allah,bukan sahaja disatukan di dunia ini bahkan disana bersatu juga di alam akhirat untuk selama-lamanya.

5) Oleh itu,bersyukurlah kehadrat ilahi andai disana dikurniakan seorang Mujahid mahupun Mujahidah Solehah penyeri alam ini.Allah lebih mengehtahui hati dan jiwa hamba-hambanya yang beriman dan beramal soleh,yang mana pejuang -pejuang ini akan bersatu hati untuk menegakkan kalimah Allah serta menjadi pendokong yang sejati.Cinta seorang pejuang juga mestilah berkonsepkan " Amar Makruf Nahi Mungkar".

6) Alangkah indahnya juga andai disatukan dengan " 1 Fikrah" yang sama,ketika mana mereka bukan hanya disatukan dengan sefikrah denganya tetapi juga bersama-sama membantu perjuangan Islam selagi hayat dikandung badan.

7) Seperti kata sahabatku Ibrahim Mansor -->"Mereka yang memperjuangkan perjuangan rakyat Paletin dan PAS adalah seorang pejuang hakiki,nilai mereka sangat tinggi di sisi Allah.dan semestinya fikrah amat jelas untuk dicanangkan.."

shattirs : Sebenarnya banyak lagi coretan mahupun kalam berkenaan cinta seorang pejuang ini,tetapi cukuplah sekadar ini dahulu.

Doa ~ AmYan Shattirs ~

~ Ya Allah,sesunguhnya aku bersyukur dengan nikmat cinta insani yang kau kurniakan,serikandi solehah idaman seorang pejuang.semaikanlah cinta kami hingga akhir hayat kami.Ameen ~

Shattirs
: Saya petik bicara kalam berkenaan nilai cinta insani dari blog murabbiku di UIAM ~

Bismillahirrahmanirahim ~

Cinta sesama insan mesti menjadikan Allah sebagai sumber dan saksinya. Syariat Allah sebagai landasan dan syurga Allah sebagai matlamat akhirnya. Untuk itu, kita diajar agar sentiasa berdoa:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ وَالْعَمَلَ الَّذِي يُبَلِّغُنِي حُبَّكَ اللَّهُمَّ اجْعَلْ حُبَّكَ أَحَبَّ إِلَيَّ مِنْ نَفْسِي وَأَهْلِي وَمِنْ الْمَاءِ الْبَارِدِ

(Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cintamu dan cinta orang yang mencintaimu, dan amalan yang menyampaikan aku kepada cintamu. Ya Allah, jadikanlah cintamu lebih aku cintai dari diriku, keluargaku dan daripada air yang sejuk (ketika panas terik).

[i]Adapun menjadikan nafsu sebagai landasan cinta, hanya akan berakhir dengan penyesalan dan tangisan. Bahkan penderitaan berpanjangan. Cinta berahi ini selalunya menjadikan paras sebagai identiti, kekayaan sebagai penyeri dan dunia sebagai medan abadi. Cinta ini sering membawa manusia lupa tuhan, lupa daratan dan lautan. Cinta sebegini cinta murahan yang sering dijaja oleh sang pencinta di pasar malam.

Tiada kualiti dan nilai suci. Itulah cinta yang sering dipromosi oleh Barat dalam membina ikatan kekeluargaan, kemasyarakatan dan kehidupan seluruhnya. Cinta inilah yang telah menjahanamkan akhlak dan rohani mereka. Cinta bagi mereka adalah umpan untuk memancing kepuasan seks dan keseronokan. Cinta yang langsung tiada kejujuran walaupun sering diungkapkan kepada pasangan dengan nada dan raut wajah yang menampakkan kesungguhan.

Sebenarnya itu cinta ala syaitan kerana sering diungkapkan di bawah cahaya bulan dan mungkin juga di bawah pohon rimbun dalam keadaan berdua-duan. Orang ketiga yang turut hadir menjadi saksi perjanjian cinta itu ialah syaitan.Berpada-pada dalam mencintai insan, kerana mereka manusia biasa seperti kita. Memiliki kekuatan dan kelemahan.

Jangan terpedaya dengan cinta manusia, kerana ia tidak sama dengan cintanya tuhan. Jangan habiskan perasaan hanya untuk seorang insan. Sediakan sedikit ruang untuk kecewa dan dikecewakan. Saidina Ali bin Abu Talib r.a. berkata:

أَحْبِبْ حَبِيبَكَ هَوْنًا مَا عَسَى أَنْ يَكُونَ بَغِيضَكَ يَوْمًا مَا وَأَبْغِضْ بَغِيضَكَ هَوْنًا مَا عَسَى أَنْ يَكُونَ حَبِيبَكَ يَوْمًا مَا


(Cintailah orang yang kau cinta berpada-pada, kerana kemungkinan ia akan menjadi kebencianmu suatu hari nanti. Bencilah orang yang kau benci berpada-pada kerana kemungkinan ia akan menjadi kekasihmu suatu hari nanti).

[ii] Berkata Jibril a.s. kepada Rasulullah s.a.w.:

يَا مُحَمَّدُ عِشْ مَا شِئْتَ فَإٍنَّكَ مَيِّتٌ وَاحبِبْ مَنْ أَحْبَبْتَ فَإِنَّكَ مُفَارَقهُ واعْمَل مَا شِئْتَ فَإِنَّكَ مَجْزِيٌّ بِهِ

(Wahai Muhammad, hiduplah engkau seperti mana yang kau suka, (tapi ingat)
sesungguhnya engkau akan mati, cintailah sesiapa yang ingin engkau cintai, (tapi ingat) engkau akan berpisah dengannya, buatlah apa-apa yang engkau suka, (tapi ingat) engkau akan dibalas atas perbuatanmu).

[iii] Cinta dalam Islam cuma boleh diungkapkan oleh dua insan berlainan jenis dan ajnabi (boleh berkahwin mengikut hukum syara') untuk satu tujuan sahaja. Iaitu cinta untuk pernikahan. Untuk membina ikatan kekeluargaan. Untuk sehidup semati berlandaskan hukum tuhan. Sanggup berkongsi kebaikan dan keburukan, keistimewaan dan kekurangan, susah dan senang sepanjang hayat. Hanya cinta ini perlu berkorban. Si gadis akan mengorbankan kegadisannya pada sang teruna dengan penuh kemuliaan.

Mengorbankan baki umurnya dengan penuh keyakinan. Yakin pada teruna yang benar-benar jujur dengan cintanya. Teruna yang benar-benar berani mencintainya. Di hadapan wali, bersaksikan mahar dan dua saksi dengan restu sang wali dia mengisytiharkan kepada dunia bahawa "Wahai gadis, aku mencintaimu, I love you" walaupun laungan cinta itu terselindung di sebalik lafaz " Aku terima nikahnya..".

Cinta itu menyebabkan ia sanggup menjadi galang-ganti si wali, memikul amanah Allah untuk membahagiakan gadis itu setelah sekian lama bapanya menjaga dan memeliharanya semenjak kecil lagi. Maka kini, si bapa menyerahkan amanah memimpin dan membahagiakan anaknya ke tangan suami melalui kontrak perjanjian yang sah. Ini kerana ia yakin akan kejujuran teruna itu dalam mencintai puterinya.

Cinta yang diikat dengan perkahwinan ini sahajalah yang diiktiraf oleh agama Allah. Rasulullah s.a.w. bersabda:

لَمْ نَرَ لِلْمُتَحَابَّيْنِ مِثْلَ النِّكَاحِ

(Kami tidak melihat bagi dua orang yang bercinta itu kecuali untuk bernikah).

[iv] Adapun cinta muda-mudi masa kini yang tidak tentu arah haluannya merupakan cinta terlarang. Cinta sekadar untuk bersuka ria. Bukan untuk berkahwin dan berumahtangga. Kadang kala apabila ditanya, "Untuk apa bercinta?" Ia akan menjawab, "Untuk kahwin dan berumah tangga". Tapi bila ditanya lagi "Bila? "Ia sering menjawab, "Tak pasti lagi, ikut jodoh yang tuhan tentukan?". Cinta begini walau kulitnya nampak cantik tapi isinya penuh dengan ulat dan kurap. Ia sering dijadikan alasan untuk menghalalkan hubungan.

Bertahun-tahun hidup tanpa ikatan tetapi tingkah laku mengalahkan orang sudah berumah tangga. Ramai dara yang tertewas dalam perjudian cinta begini. Mengadai maruah atas nama cinta dan pengorbanan. Akhirnya ia menjadi mangsa dan terkorban sebelum sampai ke medan perjuangan. Tidak kurang yang terlantar di rumah kebajikan dan pemulihan. Ramai juga yang menjadi penghuni tetap hospital gila kerana tidak siuman. Mungkin ada yang boleh meneruskan kehidupan seperti biasa. Tapi ia tidak mungkin mampu melupakan peristiwa itu sepanjang hidupnya. Bahkan kepalsuan dan ketidakjujurannya itu akan dirasai olehnya sendiri pada malam pertama.

Tatkala tangan suami menyentuhnya dengan penuh bangga kerana menjadi wira penakluk pertama dan melafazkan cinta sucinya, si gadis akan menangis dan mungkin juga ketawa, kerana ia tahu teruna itu telah tertipu. Terbinalah rumah tangga itu berlantaikan pendustaan dan pengkhianatan. Nasib masa depannya tidak dapat dipastikan, kerana dalamannya cukup rapuh sedang luarannya hanyalah drama cinta yang dilakonkan. Itulah bahayanya kalau tidak memahami hakikat cinta atau memahaminya tidak berlandaskan agama.

Fikir seribu kali sebelum menuturkannya. Nilailah siapa bakal penerimanya. Tentukan jarak dan matlamatnya. Jujurlah apabila menuturkannya. Pandang ke langit yang tinggi, carilah di sana cahaya ilahi ketika mengungkapkannya. Pandang ke dalam perut bumi, apa kesudahan cinta ini nantinya. Adakah memudahkan kita masuk syurga atau menjadi sebab masuk neraka?

Bagi orang yang tersesat dalam cinta, jangan dulu mengucapkan selamat tinggal pada dunia. Anda masih ada satu alasan untuk meneruskan hidup dan bahagia seperti orang lain. Alasannya ialah, Allah masih mencintai anda lantaran itu ia masih membenarkan anda bernafas di bumi ciptaanNya. Pintu perubahan dan taubat juga masih terbentang di hadapan. Habiskan sisa umur untuk mencari cinta ilahi, kerana itulah cinta sejati.

Dekatilah ia di mihrab solatmu, mohon cintanya melalui zikirmu. Dendangkan kedukaan dan pengharapanmu melalui bacaan al-Quran. Pandanglah wajah alam dengan penuh kagum atas kehebatan ciptaannya. Pandanglah dirimu, anda masih memiliki fasiliti yang mencukupi untuk meneruskan hidup sekali lagi dan mencari erti kebahagiaan hidup sejati. Firman Allah S.W.T.:

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنفُسِهِمْ لا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعاً إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ


(Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang).[v]
Cinta dan rumah tangga tidak dapat dipisahkan. Ia merupakan tali pengikat hubungan suami isteri. Kuasanya menyebabkan dua jiwa bersatu dan sanggup berkongsi kelebihan dan kekurangan yang ada pada pasangannya. Allah S.W.T. berfirman:

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً

(Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa cinta dan belas kasihan).

[vi] Rumah tangga yang dibina atas dasar cinta yang direstui ilahi akan melahirkan kerukunan dan ketenangan. Ketenangan inilah makna sebenar kebahagiaan. Ia tidak semestinya berada di banglo besar, kereta mewah atau kelengkapan rumah yang serba canggih. Tapi ia berada di dalam hati dua insan yang sentiasa redha meredhai dengan apa pun kurniaan tuhan dalam rumah tangga mereka. Itulah indahnya gambaran dua insan yang bersatu di bawah bumbung rumah tangga iman. Pelik tapi benar dan sudah ramai yang mampu merasainya asalkan yakin dan sanggup mengamalkan semua petua dan tuntutannya.

Rumah tangga dalam konteks yang lebih luas adalah asas kedua untuk mengembalikan kegemilangan silam. Tamadun Islam silam yang kini tinggal bayang-bayang, tidak mustahil dijelmakan dalam dunia realiti andainya umat ini berjaya membina semula keperibadian, keluarga, masyarakat dan negara mereka.


Imam Syeikh Hassan al-Banna rahimahullah ketika mengariskan marhalah dan wasilah dakwah bagi mengembalikan ketuanan Islam, meletakkan rumahtangga sebagai wasilah kedua. Kata beliau: "Mula-mula kita inginkan individu muslim (yang benar-benar Islam) pada pemikiran dan akidahnya, pada akhlak dan perasaannya, pada pekerjaan dan urusannya. Maka inilah yang dimaksudkan pembentukan diri kita secara individu.

Kemudian kita inginkan rumah tangga muslim (yang benar-benar Islam) pada pemikiran dan akidahnya, pada akhlak dan perasaannya, pada pekerjaan dan urusannya. Untuk itu kita akan memberi perhatian kepada kaum wanita sama seperti kita memberi perhatian kepada kaum lelaki. Memberi perhatian kepada kanak-kanak sama seperti perhatian yang kita berikan kepada belia. Inilah yang dimaksudkan pembinaan diri kita melalui keluarga".

[vii] Kemudian beliau mengariskan marhalah seterusnya iaitu pembinaan masyarakat Islam selepas pembinaan keluarga, diikuti dengan pembentukan kerajaan Islam, disusuli dengan usaha membebaskan negara-negara Islam yang masih terjajah dan seterusnya mengembalikan kegemilangan empayar Islam yang dibina atas asas keadilan dan penyebaran cahaya dan petunjuk kepada manusia sejagat.

[viii] Begitulah besarnya peranan rumah tangga dan keluarga dalam kehidupan seorang pejuang agama. Adapun bagi orang biasa, yang tidak memahami hakikat kehidupan ini kecuali untuk diri sendiri. Tidak memiliki impian tinggi untuk melihat agamanya menjadi maha guru dunia, rumah tangga baginya sekadar tempat memenuhi tuntutan kemanusiaan dan fitrah kejadian secara halal. Lantaran itu, ia tidak merasakan betapa pentingnya organisasi yang ia bentuk dan besarnya peranan keluarga yang ia pimpin.

Semoga Allah S.W.T. sentiasa memberi cintanya kepada kita untuk terus mencintai agamanya. Tanpa cinta dan agamanya, hilanglah keistimewaan kita sebagai manusia. Semoga amal yang tidak seberapa ini, ikhlas kerana Allah semata-mata dan pemberat timbangan di hari yang tidak ada gunanya harta, isteri dan anak-anak.



Kepada Pejuang Agama Allah~!

katanya kau seorang pejuang,

tapi ikhtilat mu tidak dijaga?

katanya kau seorang pejuang,

tapi kau masih assobiyyah?

katanya kau seorang pejuang,

tapi ibadah mu dan amalanmu masih seperti dahulu?

katanya kau seorang pejuang,

kau masih layan tv , movie dan game dgn alasan nak release tension?

katanya kau seorang pejuang,

cinta dunia masih menempati hatimu berbanding cinta allah dan rasulNYA?

katanya kau seorang pejuang,

kau sebok update isu semasa berbanding AL QURAN 1juz sehari?

katanya kau seorang pejuang,

kau xpun berdakwah?

katanya kau seorang pejuang,

kau masih layan muzik-muzik yang lagha?

katanya kau seorang pejuang,

tapi sering beralasan untuk dakwah dan jihad?

katanya kau seorang pejuang,

kau lebih bela jemaah berbanding islam?

katanya kau seorang pejuang,

kau masih ada karat jahiliyyah dihatimu tanpa usaha membuangnya?

katanya kau seorang pejuang,

mutabaah ibadahmu sangat menyedihkan?

katanya kau seorang pejuang,

ukhuwahmu hanya untuk kepentinganmu bukan kepentingan ummat?

katanya kau seorang pejuang,

kau sering tinggal QIAMULLAIL bebanding mengamalkannya?

katanya kau seorang pejuang,

berapa banyak ummat yang kau ziarah?

katanya kau seorang pejuang,

kau sering menyalahkan orang lain berbanding diri sediri akibat lalai kerna tidak berdakwah?

katanya kau seorang pejuang,

kau lebih banyak berdakyah berbanding berdakwah?

katanya kau seorang pejuang,

tapi masa rehatmu lebih banyak berbanding masa berdakwah?

katanya kau seorang pejuang,

tapi untuk berinfaq saja kau sudah kikir?

katanya kau seorang pejuang,

hidupmu masih senang lenang dan mewah?

katanya kau seorang pejuang,

kau sudah menganggap dirimu mulia sedangkan kau harus lebih tawadhuk?

katanya kau seorang pejuang,

kau jarang sekali menangis untuk bertaubat?

katanya kau seorang pejuang,

kau masih seronok dengan maksiat di sekitarmu?

katanya kau seorang pejuang,

kau tidak rasa apa-apa bila berbuat maksiat?

Shattirs : Duhai pejuang semua,marilah kira bermuhasabah kembali kenapakah kita diciptakan di dunia ini. ~


shattirs
: Tuntut ilmu,banyak berdoa,sentiasa mengingati Allah,dampingi org2 soleh,al-quran,sentiasa mengigti mati,banyak brsabar,rajin,sentiasa brfkiran positif,bijak mnguruskan masa,fokus pada matlamat,seimbangkan dunia akhrat,insyaAllah berjaya ~

Brought to you by : shattirs

3 comments:

Anonymous said...

7) Seperti kata sahabatku Ibrahim Mansor -->"Mereka yang memperjuangkan perjuangan rakyat Paletin dan PAS adalah seorang pejuang hakiki,nilai mereka sangat tinggi di sisi Allah.dan semestinya fikrah amat jelas untuk dicanangkan.."

KURANG SETUJU DGN PERNYATAAN INI..

Anonymous said...

spesifiknya ini.."dan PAS adalah seorang pejuang hakiki"
lalu mereka yg tidak berada di dalam PAS (excluded UMNO) bukan pejuang hakiki?

Unknown said...

Terima kasih dgn pndgan saudar/i Black..:).Mudah2-an Allah membuka hati nurani kita menrima Islam sepenuhnya.AMIN..