
Salam Akhir Ramadhan,
Secara sedar atau tidak sedar,kita  sebenarnya dilahirkan dengan satu sifat yang cukup nyata,suka  melawan seawal saat kelahiran kita lagi.waktu emak bergelut melawan  sakit dan bapak berpeluh melawan bimbang,kita mempamerkan keinginan  melawan itu melalui tangisan dan raungan.
Sifat itu kemudianya membesar  bersama kita,Kita seronok melakukan apa yang emak bapak kata  `jangan`,kita sentiasa membolehkan apa yang orang kata `tak boleh`.Sifat  melawan ini kemudian berkembang menjadi berlawan.Keduanya(sifat  melawan/berlawan sedar atau tidak kita bawanya hingga ke akhir  hayat.Keduanya bukan sekadar menjadikan hidup kita lebih bermakna dan  berwarna,malah menjadi motivasi kita teringin nak hidup sampai  bila-bila .
Cuba bayangkan kalau manusia tidak ada sifat ingin berlawan dan melawan ni,bayangkan pasukan bolasepak Piala Dunia bilamana kedua pasukan sekadar sepak pi sepak mai je bola tu,tanpa berkeinginan nak jaringkan gol atau bayangkan tentera gi berperang tanpa niat nak menang,takde tembak menembak,bunuh membunuh,malah mungkin time tu tentera-tentera kedua pihak sedang bertepuk tampar sambil main dam aji,atau terup keling.
Dunia pulak takkan  berkembang,manusia akan jadi seperti batu atau kayu je layaknya,disepak  takpe,diterajang sengih je,nak membiak pun harapkan proses luluhhawa  je,lebih lagi kalau jadi pokok,setakat boleh berbuah melalui  pensenyawaan /pendebungaan,maka jangan harap nak mengorat ,buat majlis  kahwin atau mengawan,tapi sekurangnya takde la duk berani kerja buang  anak merata-merata.
Pointnya disini,sebagai  manusia,patut sangat kita merenungi nikmat sikap ini dan juga  mensyukurinya,tu kan sifat fitrah Allah berikan.Sifat inilah menjadikan  kita berusaha menjadi lebih baik daripada orang lain,sifat inilah  menjauhkan kita dari putus asa.Dalam masa yang sama juga jika silap  kirup dengan sifat ini ,kita boleh lingkup didunia dan juga di akhirat.
Dalam Ramadhan inilah antara  waktu terbaik untuk kita buktikan sama ada kita cuma jenis yang pandai  melawan emak bapak serta adat dan peraturan atau jenis pandai melawan  kehendak dan perasaan.Lebih tepat lagi,apakah kita ni jenis yang bukan  main lagi `melawan`Tuhan tapi cukup tak berani melawan  Syaitan...fikir-fikirkanlah
shattirs : Mudah-mudahan sepuluh yang terakhir didalam bulan Ramadhan akan menemukan kita dengan malam seribu bulan lailatul Qadar,AMIN.
Tanta Scan,MESIR.
Brought tou you by : shattirs
shattirs : Mudah-mudahan sepuluh yang terakhir didalam bulan Ramadhan akan menemukan kita dengan malam seribu bulan lailatul Qadar,AMIN.
Tanta Scan,MESIR.
Brought tou you by : shattirs
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment