Keluarga SHATTIRS

Keluarga SHATTIRS
Assalamualaikum WBT

SHATTIRS Followers

Popular Posts

Monday, February 16, 2009

Cinta Seorang Pejuang ?



::Indahnya C.I.N.T.A kerana Allah::

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد


--> Cinta Seorang pejuang ?

Shattirs : 1)
Bagi saya,selagi bernama manusia,akan ada sifat ingin disayangi dan menyanyangi,ini adalah fitrah insani yang Allah terbitkn didalamn jiwa dan sanubari setiap makhluknya di muka bumi ini.Firman Allah :

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah."
(al-Zariyat/51:49 )

Maka dalil diatas menjadi bukti bahawa setiap manusia mempunyai pasangannya sendiri, ianya dikuatkan lagi dengan firman Allah sepertimana berikut :

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."

(Surah Ar Ruum ayat 21) ~

2) Jadi di sana,ada jalan untuk menghasilkan nilai cinta yang terbaik bagi manusia dimana akan dinilai oleh Allah,iaitu nilai cinta kerana Allah dan rasulnya serta tidak melangar syariat agamanya dan semestinya cinta yang disemai bukanlah cinta yang berajakan nafsu semata-mata.Jangan jadikan fitrah sebagai sumber fitnah ~

3) Cinta seorang pejuang agama Allah adalah cinta untuk Allah dan rasulnya.Mana mungkin perasaan cinta untuk manusia tidak dibajai sekali dengan nikmat cinta ilahi.Indahnya percintaan seorang pejuang agama Allah andai disana mengikut lunas-lunas percintaan mengikut Al-Quran dan As-Sunnah serta dapat pula menunjukkan kepada umum bahawa bercinta itu tidak salah andai disana mengikut lunas-lunas percintaan yang Islam anjurkan.Percintaan yang sebenar adalah percintaan selepas ikatan yang sah melalui akad serta mas kahwin dari seorang pejuang kepada serikandi pilihan Allah.

4) Setiap daripada kita ingin sebuah percintaan yang bahagia.Percintaan yang kekal abadi hingga keakhirnya.Alangkah indahnya perkahwinan sesama pejuang agama Allah,bukan sahaja disatukan di dunia ini bahkan disana bersatu juga di alam akhirat untuk selama-lamanya.

5) Oleh itu,bersyukurlah kehadrat ilahi andai disana dikurniakan seorang Mujahid mahupun Mujahidah Solehah penyeri alam ini.Allah lebih mengehtahui hati dan jiwa hamba-hambanya yang beriman dan beramal soleh,yang mana pejuang -pejuang ini akan bersatu hati untuk menegakkan kalimah Allah serta menjadi pendokong yang sejati.Cinta seorang pejuang juga mestilah berkonsepkan " Amar Makruf Nahi Mungkar".

6) Alangkah indahnya juga andai disatukan dengan " 1 Fikrah" yang sama,ketika mana mereka bukan hanya disatukan dengan sefikrah denganya tetapi juga bersama-sama membantu perjuangan Islam selagi hayat dikandung badan.

7) Seperti kata sahabatku Ibrahim Mansor -->"Mereka yang memperjuangkan perjuangan rakyat Paletin dan PAS adalah seorang pejuang hakiki,nilai mereka sangat tinggi di sisi Allah.dan semestinya fikrah amat jelas untuk dicanangkan.."

shattirs : Sebenarnya banyak lagi coretan mahupun kalam berkenaan cinta seorang pejuang ini,tetapi cukuplah sekadar ini dahulu.

Doa ~ AmYan Shattirs ~

~ Ya Allah,sesunguhnya aku bersyukur dengan nikmat cinta insani yang kau kurniakan,serikandi solehah idaman seorang pejuang.semaikanlah cinta kami hingga akhir hayat kami.Ameen ~

Shattirs
: Saya petik bicara kalam berkenaan nilai cinta insani dari blog murabbiku di UIAM ~

Bismillahirrahmanirahim ~

Cinta sesama insan mesti menjadikan Allah sebagai sumber dan saksinya. Syariat Allah sebagai landasan dan syurga Allah sebagai matlamat akhirnya. Untuk itu, kita diajar agar sentiasa berdoa:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ وَالْعَمَلَ الَّذِي يُبَلِّغُنِي حُبَّكَ اللَّهُمَّ اجْعَلْ حُبَّكَ أَحَبَّ إِلَيَّ مِنْ نَفْسِي وَأَهْلِي وَمِنْ الْمَاءِ الْبَارِدِ

(Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cintamu dan cinta orang yang mencintaimu, dan amalan yang menyampaikan aku kepada cintamu. Ya Allah, jadikanlah cintamu lebih aku cintai dari diriku, keluargaku dan daripada air yang sejuk (ketika panas terik).

[i]Adapun menjadikan nafsu sebagai landasan cinta, hanya akan berakhir dengan penyesalan dan tangisan. Bahkan penderitaan berpanjangan. Cinta berahi ini selalunya menjadikan paras sebagai identiti, kekayaan sebagai penyeri dan dunia sebagai medan abadi. Cinta ini sering membawa manusia lupa tuhan, lupa daratan dan lautan. Cinta sebegini cinta murahan yang sering dijaja oleh sang pencinta di pasar malam.

Tiada kualiti dan nilai suci. Itulah cinta yang sering dipromosi oleh Barat dalam membina ikatan kekeluargaan, kemasyarakatan dan kehidupan seluruhnya. Cinta inilah yang telah menjahanamkan akhlak dan rohani mereka. Cinta bagi mereka adalah umpan untuk memancing kepuasan seks dan keseronokan. Cinta yang langsung tiada kejujuran walaupun sering diungkapkan kepada pasangan dengan nada dan raut wajah yang menampakkan kesungguhan.

Sebenarnya itu cinta ala syaitan kerana sering diungkapkan di bawah cahaya bulan dan mungkin juga di bawah pohon rimbun dalam keadaan berdua-duan. Orang ketiga yang turut hadir menjadi saksi perjanjian cinta itu ialah syaitan.Berpada-pada dalam mencintai insan, kerana mereka manusia biasa seperti kita. Memiliki kekuatan dan kelemahan.

Jangan terpedaya dengan cinta manusia, kerana ia tidak sama dengan cintanya tuhan. Jangan habiskan perasaan hanya untuk seorang insan. Sediakan sedikit ruang untuk kecewa dan dikecewakan. Saidina Ali bin Abu Talib r.a. berkata:

أَحْبِبْ حَبِيبَكَ هَوْنًا مَا عَسَى أَنْ يَكُونَ بَغِيضَكَ يَوْمًا مَا وَأَبْغِضْ بَغِيضَكَ هَوْنًا مَا عَسَى أَنْ يَكُونَ حَبِيبَكَ يَوْمًا مَا


(Cintailah orang yang kau cinta berpada-pada, kerana kemungkinan ia akan menjadi kebencianmu suatu hari nanti. Bencilah orang yang kau benci berpada-pada kerana kemungkinan ia akan menjadi kekasihmu suatu hari nanti).

[ii] Berkata Jibril a.s. kepada Rasulullah s.a.w.:

يَا مُحَمَّدُ عِشْ مَا شِئْتَ فَإٍنَّكَ مَيِّتٌ وَاحبِبْ مَنْ أَحْبَبْتَ فَإِنَّكَ مُفَارَقهُ واعْمَل مَا شِئْتَ فَإِنَّكَ مَجْزِيٌّ بِهِ

(Wahai Muhammad, hiduplah engkau seperti mana yang kau suka, (tapi ingat)
sesungguhnya engkau akan mati, cintailah sesiapa yang ingin engkau cintai, (tapi ingat) engkau akan berpisah dengannya, buatlah apa-apa yang engkau suka, (tapi ingat) engkau akan dibalas atas perbuatanmu).

[iii] Cinta dalam Islam cuma boleh diungkapkan oleh dua insan berlainan jenis dan ajnabi (boleh berkahwin mengikut hukum syara') untuk satu tujuan sahaja. Iaitu cinta untuk pernikahan. Untuk membina ikatan kekeluargaan. Untuk sehidup semati berlandaskan hukum tuhan. Sanggup berkongsi kebaikan dan keburukan, keistimewaan dan kekurangan, susah dan senang sepanjang hayat. Hanya cinta ini perlu berkorban. Si gadis akan mengorbankan kegadisannya pada sang teruna dengan penuh kemuliaan.

Mengorbankan baki umurnya dengan penuh keyakinan. Yakin pada teruna yang benar-benar jujur dengan cintanya. Teruna yang benar-benar berani mencintainya. Di hadapan wali, bersaksikan mahar dan dua saksi dengan restu sang wali dia mengisytiharkan kepada dunia bahawa "Wahai gadis, aku mencintaimu, I love you" walaupun laungan cinta itu terselindung di sebalik lafaz " Aku terima nikahnya..".

Cinta itu menyebabkan ia sanggup menjadi galang-ganti si wali, memikul amanah Allah untuk membahagiakan gadis itu setelah sekian lama bapanya menjaga dan memeliharanya semenjak kecil lagi. Maka kini, si bapa menyerahkan amanah memimpin dan membahagiakan anaknya ke tangan suami melalui kontrak perjanjian yang sah. Ini kerana ia yakin akan kejujuran teruna itu dalam mencintai puterinya.

Cinta yang diikat dengan perkahwinan ini sahajalah yang diiktiraf oleh agama Allah. Rasulullah s.a.w. bersabda:

لَمْ نَرَ لِلْمُتَحَابَّيْنِ مِثْلَ النِّكَاحِ

(Kami tidak melihat bagi dua orang yang bercinta itu kecuali untuk bernikah).

[iv] Adapun cinta muda-mudi masa kini yang tidak tentu arah haluannya merupakan cinta terlarang. Cinta sekadar untuk bersuka ria. Bukan untuk berkahwin dan berumahtangga. Kadang kala apabila ditanya, "Untuk apa bercinta?" Ia akan menjawab, "Untuk kahwin dan berumah tangga". Tapi bila ditanya lagi "Bila? "Ia sering menjawab, "Tak pasti lagi, ikut jodoh yang tuhan tentukan?". Cinta begini walau kulitnya nampak cantik tapi isinya penuh dengan ulat dan kurap. Ia sering dijadikan alasan untuk menghalalkan hubungan.

Bertahun-tahun hidup tanpa ikatan tetapi tingkah laku mengalahkan orang sudah berumah tangga. Ramai dara yang tertewas dalam perjudian cinta begini. Mengadai maruah atas nama cinta dan pengorbanan. Akhirnya ia menjadi mangsa dan terkorban sebelum sampai ke medan perjuangan. Tidak kurang yang terlantar di rumah kebajikan dan pemulihan. Ramai juga yang menjadi penghuni tetap hospital gila kerana tidak siuman. Mungkin ada yang boleh meneruskan kehidupan seperti biasa. Tapi ia tidak mungkin mampu melupakan peristiwa itu sepanjang hidupnya. Bahkan kepalsuan dan ketidakjujurannya itu akan dirasai olehnya sendiri pada malam pertama.

Tatkala tangan suami menyentuhnya dengan penuh bangga kerana menjadi wira penakluk pertama dan melafazkan cinta sucinya, si gadis akan menangis dan mungkin juga ketawa, kerana ia tahu teruna itu telah tertipu. Terbinalah rumah tangga itu berlantaikan pendustaan dan pengkhianatan. Nasib masa depannya tidak dapat dipastikan, kerana dalamannya cukup rapuh sedang luarannya hanyalah drama cinta yang dilakonkan. Itulah bahayanya kalau tidak memahami hakikat cinta atau memahaminya tidak berlandaskan agama.

Fikir seribu kali sebelum menuturkannya. Nilailah siapa bakal penerimanya. Tentukan jarak dan matlamatnya. Jujurlah apabila menuturkannya. Pandang ke langit yang tinggi, carilah di sana cahaya ilahi ketika mengungkapkannya. Pandang ke dalam perut bumi, apa kesudahan cinta ini nantinya. Adakah memudahkan kita masuk syurga atau menjadi sebab masuk neraka?

Bagi orang yang tersesat dalam cinta, jangan dulu mengucapkan selamat tinggal pada dunia. Anda masih ada satu alasan untuk meneruskan hidup dan bahagia seperti orang lain. Alasannya ialah, Allah masih mencintai anda lantaran itu ia masih membenarkan anda bernafas di bumi ciptaanNya. Pintu perubahan dan taubat juga masih terbentang di hadapan. Habiskan sisa umur untuk mencari cinta ilahi, kerana itulah cinta sejati.

Dekatilah ia di mihrab solatmu, mohon cintanya melalui zikirmu. Dendangkan kedukaan dan pengharapanmu melalui bacaan al-Quran. Pandanglah wajah alam dengan penuh kagum atas kehebatan ciptaannya. Pandanglah dirimu, anda masih memiliki fasiliti yang mencukupi untuk meneruskan hidup sekali lagi dan mencari erti kebahagiaan hidup sejati. Firman Allah S.W.T.:

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنفُسِهِمْ لا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعاً إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ


(Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang).[v]
Cinta dan rumah tangga tidak dapat dipisahkan. Ia merupakan tali pengikat hubungan suami isteri. Kuasanya menyebabkan dua jiwa bersatu dan sanggup berkongsi kelebihan dan kekurangan yang ada pada pasangannya. Allah S.W.T. berfirman:

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً

(Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa cinta dan belas kasihan).

[vi] Rumah tangga yang dibina atas dasar cinta yang direstui ilahi akan melahirkan kerukunan dan ketenangan. Ketenangan inilah makna sebenar kebahagiaan. Ia tidak semestinya berada di banglo besar, kereta mewah atau kelengkapan rumah yang serba canggih. Tapi ia berada di dalam hati dua insan yang sentiasa redha meredhai dengan apa pun kurniaan tuhan dalam rumah tangga mereka. Itulah indahnya gambaran dua insan yang bersatu di bawah bumbung rumah tangga iman. Pelik tapi benar dan sudah ramai yang mampu merasainya asalkan yakin dan sanggup mengamalkan semua petua dan tuntutannya.

Rumah tangga dalam konteks yang lebih luas adalah asas kedua untuk mengembalikan kegemilangan silam. Tamadun Islam silam yang kini tinggal bayang-bayang, tidak mustahil dijelmakan dalam dunia realiti andainya umat ini berjaya membina semula keperibadian, keluarga, masyarakat dan negara mereka.


Imam Syeikh Hassan al-Banna rahimahullah ketika mengariskan marhalah dan wasilah dakwah bagi mengembalikan ketuanan Islam, meletakkan rumahtangga sebagai wasilah kedua. Kata beliau: "Mula-mula kita inginkan individu muslim (yang benar-benar Islam) pada pemikiran dan akidahnya, pada akhlak dan perasaannya, pada pekerjaan dan urusannya. Maka inilah yang dimaksudkan pembentukan diri kita secara individu.

Kemudian kita inginkan rumah tangga muslim (yang benar-benar Islam) pada pemikiran dan akidahnya, pada akhlak dan perasaannya, pada pekerjaan dan urusannya. Untuk itu kita akan memberi perhatian kepada kaum wanita sama seperti kita memberi perhatian kepada kaum lelaki. Memberi perhatian kepada kanak-kanak sama seperti perhatian yang kita berikan kepada belia. Inilah yang dimaksudkan pembinaan diri kita melalui keluarga".

[vii] Kemudian beliau mengariskan marhalah seterusnya iaitu pembinaan masyarakat Islam selepas pembinaan keluarga, diikuti dengan pembentukan kerajaan Islam, disusuli dengan usaha membebaskan negara-negara Islam yang masih terjajah dan seterusnya mengembalikan kegemilangan empayar Islam yang dibina atas asas keadilan dan penyebaran cahaya dan petunjuk kepada manusia sejagat.

[viii] Begitulah besarnya peranan rumah tangga dan keluarga dalam kehidupan seorang pejuang agama. Adapun bagi orang biasa, yang tidak memahami hakikat kehidupan ini kecuali untuk diri sendiri. Tidak memiliki impian tinggi untuk melihat agamanya menjadi maha guru dunia, rumah tangga baginya sekadar tempat memenuhi tuntutan kemanusiaan dan fitrah kejadian secara halal. Lantaran itu, ia tidak merasakan betapa pentingnya organisasi yang ia bentuk dan besarnya peranan keluarga yang ia pimpin.

Semoga Allah S.W.T. sentiasa memberi cintanya kepada kita untuk terus mencintai agamanya. Tanpa cinta dan agamanya, hilanglah keistimewaan kita sebagai manusia. Semoga amal yang tidak seberapa ini, ikhlas kerana Allah semata-mata dan pemberat timbangan di hari yang tidak ada gunanya harta, isteri dan anak-anak.



Kepada Pejuang Agama Allah~!

katanya kau seorang pejuang,

tapi ikhtilat mu tidak dijaga?

katanya kau seorang pejuang,

tapi kau masih assobiyyah?

katanya kau seorang pejuang,

tapi ibadah mu dan amalanmu masih seperti dahulu?

katanya kau seorang pejuang,

kau masih layan tv , movie dan game dgn alasan nak release tension?

katanya kau seorang pejuang,

cinta dunia masih menempati hatimu berbanding cinta allah dan rasulNYA?

katanya kau seorang pejuang,

kau sebok update isu semasa berbanding AL QURAN 1juz sehari?

katanya kau seorang pejuang,

kau xpun berdakwah?

katanya kau seorang pejuang,

kau masih layan muzik-muzik yang lagha?

katanya kau seorang pejuang,

tapi sering beralasan untuk dakwah dan jihad?

katanya kau seorang pejuang,

kau lebih bela jemaah berbanding islam?

katanya kau seorang pejuang,

kau masih ada karat jahiliyyah dihatimu tanpa usaha membuangnya?

katanya kau seorang pejuang,

mutabaah ibadahmu sangat menyedihkan?

katanya kau seorang pejuang,

ukhuwahmu hanya untuk kepentinganmu bukan kepentingan ummat?

katanya kau seorang pejuang,

kau sering tinggal QIAMULLAIL bebanding mengamalkannya?

katanya kau seorang pejuang,

berapa banyak ummat yang kau ziarah?

katanya kau seorang pejuang,

kau sering menyalahkan orang lain berbanding diri sediri akibat lalai kerna tidak berdakwah?

katanya kau seorang pejuang,

kau lebih banyak berdakyah berbanding berdakwah?

katanya kau seorang pejuang,

tapi masa rehatmu lebih banyak berbanding masa berdakwah?

katanya kau seorang pejuang,

tapi untuk berinfaq saja kau sudah kikir?

katanya kau seorang pejuang,

hidupmu masih senang lenang dan mewah?

katanya kau seorang pejuang,

kau sudah menganggap dirimu mulia sedangkan kau harus lebih tawadhuk?

katanya kau seorang pejuang,

kau jarang sekali menangis untuk bertaubat?

katanya kau seorang pejuang,

kau masih seronok dengan maksiat di sekitarmu?

katanya kau seorang pejuang,

kau tidak rasa apa-apa bila berbuat maksiat?

Shattirs : Duhai pejuang semua,marilah kira bermuhasabah kembali kenapakah kita diciptakan di dunia ini. ~


shattirs
: Tuntut ilmu,banyak berdoa,sentiasa mengingati Allah,dampingi org2 soleh,al-quran,sentiasa mengigti mati,banyak brsabar,rajin,sentiasa brfkiran positif,bijak mnguruskan masa,fokus pada matlamat,seimbangkan dunia akhrat,insyaAllah berjaya ~

Brought to you by : shattirs

Friday, February 6, 2009

Aduhai Negeriku PERAK~

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد




:: Hidup Berjuang Mati Terbilang::

Shattirs : Mutakhir ini,kejadian rampasan kuasa oleh Barisan Nasional (BN) di negeri Perak telah menyebabkan berlakunya gerakan reformasi besar-besaran oleh semua rakyat Malaysia dan rakyat Perak khususnya untuk melaungkan slogan keamanan dan slogan demokrasi yang mana rakyat adalah raja bagi menentukan siapa yang layak memerintah dan diperintah.

Umum bagaikan terkejut dengan gelombang mahupun senario yang berlaku pada mingu ini yang boleh saya gambarkan keadaan kelam kabut BN untuk menguasai negeri Perak setelah tewas di dalam pilihanraya umum yang lalu.

Tidak sampai setahun pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) di negeri Perak.Ini mungkin disebabkan sifah dengki BN apabila melihat negeri Perak yang dikuasai Pakatan Rakyat melalui MB PAS( Dato seri Nizar Jamaluddin telah melakukan banyak pembaharuan untuk meletakkan Perak ke mercu kegemilangan.

Di sana,saya amat yakin Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohamaad Nizar Jamaluddin bertindak betul apabila dengan berat hati tidak mengikut arahan Sultan Perak yang menitahkannya meletakkan jawatan semalam. Saya juga yakin bahawa Dato' Nizar bukan berperwatakan tamakkan kuasa dan pentingkan diri. Beliau cuma mahu melihat peralihan kuasa tidak diperkotak-katikkan sewenang-wenangnya.

Sultan Perak yang merupakan bekas Ketua Hakim Negara tidak sewajarnya memilih jalan kontroversi, yang hanya membuatkan rakyat mula mempersoalkan kebijaksanaan baginda. Hal ini tentu amat mengecewakan semua pihak dalam dan luar negara terutamanya rakyat negeri Perak sendiri.



~ Amanat Terakhir Dato'Seri Nizar~


Ucapan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin dalam ucapan ringkasnya di hadapan kakitangan kerajaan di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Perak, semalam.

"Saya ingin berpesan kepada kalian agar meneruskan kerja-kerja baik yang telah dilaksanakan sepanjang 11 bulan yang lalu. Insya-Allah, kita akan bertemu lagi dengan kejayaan yang lebih besar kerana saya yakin pertolongan daripada Allah makin hampir"




Sumber : Harakahdaily.net

Presiden PAS -> Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang~


Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah sebuah parti yang sah berdaftar dan senantiasa mendukung prinsip rukunegara termasuklah prinsip kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.


Kami sepenuhnya percaya bahawa kedudukan kesemua prinsip-prinsip rukunegara ini haruslah dihormati oleh seluruh warga di dalam negara kita ini untuk memastikan keharmonian dan keadilan yang menyeluruh terus terpelihara. Oleh yang demikian, PAS berpendapat bahawa suasana kekalutan yang sedang berlaku di negeri Perak Darul Ridzuan pada masa kini boleh dielakkan dari menjadi lebih buruk sekiranya prinsip asas yang merujuk kepada undang-undang negeri dan perlembagaan persekutuan dijadikan rujukan.

PAS berpandangan bahawa Menteri Besar (MB) Perak pada masa ini, iaitu Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, hanyalah boleh diturunkan dari kedudukannya sebagai menteri besar menerusi undi tidak percaya yang dilakukan di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) semasa ianya bersidang.

PAS yakin bahawa sekiranya permohonan MB untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri diterima, maka suasana yang tegang dan boleh menuju kepada satu krisis perlembagaan boleh dielakkan.

Pembubaran Dun akan membuka ruang kepada rakyat untuk membuat pilihan mereka menerusi satu pilihan raya yang menyeluruh di negeri Perak.

Saya juga ingin meminta kepada seluruh rakyat di negeri Perak khususnya dan seluruh ahli dan penyokong kerajaan Pakatan Rakyat di seluruh negara secara amnya supaya bertenang dan tidak terjebak dalam perangkap provokasi yang mungkin ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu.

Brought to you by : shattirs

Monday, February 2, 2009

Sony Ericson W 880 i Dalam kenangan



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد


1/2/2009 ~

Shattirs : "Sony Ericson W 880i dalam kenangan" itulah entri shattirs untuk kali ini.Kejadian tengah hari semalam (1/2/2009),merupakan kejadian yang kedua selepas kehilangan NOKIA 6630 pada tahun lepas setelah genap setahun (30/1/2008).

Ini kali kedua berlaku di bumi Mesir,bumi yang saya kira sangat bertuah dengan nikmatnya yang tak terhingga.Baikla,berbalik kepada tajuk asal entri kali ini,kehilangan Sony Ericson W 880i adalah sangat misteri.Panjang ceritanya,saya cuba pendekkan <--

Nampaknya jalan cerita kehilangan Sony Ericson ini lebih kurang jalan cerita yang sama sewaktu kehilangan Nokia 6630 dahulu (boleh baca post entri yang terdahulu).Cuma mungkin watak dan keadaanya sahaja yang berbeza.

Cuma apa yang membuatkan saya rasa bersyukur ialah sehari dua sebelum kehilangan henset tersebut,saya telah memasukan semua gambar-gambar dan video ke dalam laptop peribadi.Seperti kejadian yang terdahulu,tiga hari sebelum kejadian juga saya macam tidak boleh berpisah dengan Sony Ericson tersebut dan dapat rasa ada benda yang tidak baik akan berlaku.Nampaknya memang benarlah,tengah hari semalam Sony Ericson W 880i telah meninggalkanku buat selama-lamanya.

Modus operandi kejadiaan bermula ketika saya baru balik dari Ekspresi Persaudaran TANTA (Expert Games) anjuran DPM TANTA.Setelah program berakhir sekitar selepas solat zuhur,tanpa berlengah masa saya pun terus pulang ke rumah di Tanta Scan.Seingat saya henset Sony Ericson itu masih ada ditangan saya sehinggalah sampai di pintu masuk bawah rumah (rumah saya tingkat 5).

Ketika saya hendak masuk imarah rumah,saya lihat ada seorang pengemis perempuan(muda-umur-sekitar 30 tahun) sedang menungu dihadapan pintu bawah rumah.Tanpa saya sedari,saya telah ditahan oleh perempuan tadi yang nak minta sedekah (duit),beliau kata anaknya sedang sakit dirumah dan perlu dihantar segera ke hospital tetapi tiada wang.Setelah mendengar luahan hati perempuan tadi,tiba-tiba saya merasa amat kesian.

--> Maka Bermulalah Al-Kisahnya <--

Saya pun keluarkan sedikit wang untuk diberikan kepada perempuan muda arab tadi,ketika saya keluarkan duit,seingat saya,saya juga telah mengeluarkan dari poket baju yang sama henset Sony Ericson tersebut dan beberapa jumlah wang.Setelah saya melihat perempuan tadi,saya merasa diri ini seperti di'PUKAU',bila saya tersedar ,perempuan arab tadi sudah tiada dihadapan mata.Dengan tidak memikirkan sesuatu perkara berlaku,saya terus naik ke rumah dan masuk ke dalam bilik.

Tiba-tiba saya teringat utuk mesej kawan di Kaherah,ketika itulah saya lihat henset Sony Ericson saya sudah tiada di dalam poket baju yang dipakai ,turut hilang ialah sejumlah wang bernilai LE 30 Junaih.Tanpa membuang masa,saya kuatkan kudrat diri yang keletihan usai pulang dari bersukan selama 3 hari untuk mencari perempuan yang minta sedekah tadi.Habis seluruh Tanta Scan saya berjalan dan mencari beliau,tetapi agak malang,mungkin beliau sudah menghilangkan diri jauh dari pandangan mata .Saya terus ke kedai telefon arab untuk call nombor saya,,akan tetapi dengan pantas henset tadi telah ditiutup dan saya amat yakin dan percaya sim-card juga sudah dikeluarkan.

Saya terus menelefon dua insan istimewa di bumi Mesir ini untuk bagitahu kejadian yang berlaku.Walaubagaimanapun saya redha dan pasrah dengan apa yang terjadi.Inilah Ujian Allah untuk hamba-hambanya yang beriman dan bertaqwa mahupun ujian untuk seorang pejuang dan yang mahu berjuang dijalanya.Ini hanya ujian jecil jika ingin dibandingkan dengan ujian dan dugaan umat Islam di seluruh dunia terutamanya di palestin (GAZA),Iraq,Chechen ,Acheh dan di tempat-tempat konflik umat Islam yang lain.Ujian mereka adalah lebih berat dan besar.

Mungkin juga Allah nak gantikan yang lebih baik dari sebelumya,siapa tahu.Mudah-mudahan bergitulah hendaknya.AMIN.Terima kasih untuk sahabat2 di Mesir ni dengan kata-kata semangat dan nasihat.Walaupun kejadiaan itu baru berlaku ,tetapi dengan pantas boleh dikatakan ramai kawan-kawan yang tahu walaupun saya hanya bagitau beberapa orang sahaja.Terima kasih sekali lagi.

Tiba -tiba saya teringat us Kamal (guru saya di KISAS),beliau juga antara insan yang kehilngan henset sebanyak 2 kali ketika belajar di sini suatu ketika dahulu.Buat sementara waktu saya nak berhenti dahulu mengunakan hesnet,insyaAllah nanti bila sudah pakai npmbor baru,saya akan maklumkan kepada rakan-rakan semua.Nasib baik saya ada simpanan 1 lagi henset tetapi tiada bateri.(yang pasti nasihat saya untuk diri ini dan rakan-rakan semua,jangan pakai henset jenama NOKIA->Boikot produk Israel/Usa) <-

Shattirs :Saya tak nak bagitau keluarga dahulu sebab tak nak menyusahkan keluarga dengan hadiah henset untuk kali ke 3.Terima kasih untuk kawan-kawan sekali lagi,sebenarya saya tak nak cerita benda ni,tetapi ramai kawan-kawan yang desak supaya saya cerita dalam blog shattirs ini.

Untuk makluman semua,masyarakat arab Mesir memang kaya dengan ilmu sihir dan ilmu Pukau memukau ini,sehinggakan tahun lepas jiran sebelah rumah saya ni nak ajarkan saya ilmu tersebut,tetapi saya tolak kerana tidak mendatangkan sebarang faedah untuk diri.

Banyak kejadian kehilangan harta benda yang menimpa pelajar-pelajar Malaysia di sini.
Cuma nasihat saya untuk diri ini dan semua pembaca blog shattirs,lazimilah membaca apa jua ayat-ayat suci Al-Quran ketika berada di luar rumah,sebagai pelindung dari syaitan dan iblis.Mudah-mudahan Allah melindungi kita semua dari ancaman mahupun ujian yang menimpa,samada kita sedari mahupun tidak.



::Nice View::

Esoknya-->2/2/2009 ->Di Negeri kelantan,MALAYSIA~

Sumber : Utusan Malaysia



AMIR Hamzah Ibrahim menunjukkan gambar dipercayai warga Arab yang melakukan samun menggunakan pukau di Kota Bharu, kelmarin.

~~Waspada Penipuan Lelaki, Wanita Arab~~


KOTA BHARU 2 Feb. - Polis Kelantan meminta para peniaga di daerah ini berwaspada dengan sindiket penipuan yang dilakukan warga asing dipercayai berketurunan Arab sejak akhir-akhir ini.

Timbalan Ketua Polis Negeri, Senior Asisten Komisioner II, Amir Hamzah Ibrahim berkata, polis kini sedang memburu kumpulan tersebut yang terdiri daripada lelaki dan wanita dari negara Timur Tengah.

Beliau berkata, kumpulan itu dipercayai aktif melakukan kegiatan mereka di premis perniagaan seperti pasar raya, kedai emas dan runcit yang mempunyai mesin pengiraan wang.

"Modus operandi mereka ialah menggunakan taktik ingin menukar wang dan meminta mangsa menukarkan wang tersebut.

"Mereka kemudian bertindak mengambil sendiri wang itu setelah mangsa membuka mesin pengiraan wang itu," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Sejak sepuluh hari lalu, kumpulan itu dikatakan terlibat dalam 10 kejadian samun serta pukau di sekitar bandar ini dan Machang.

Amir Hamzah berkata, kumpulan itu dikatakan menggunakan kaedah pukau kerana mangsa tidak menyedari wang tersebut telah dicuri sehinggalah kumpulan itu beredar.

"Selain itu, kumpulan ini juga menggunakan taktik dengan menyuruh mangsa menunjukkan jumlah wang yang banyak untuk ditukar dengan wang yang dimiliki mereka dalam mata wang Amerika Syarikat.

"Mereka dipercayai menggunakan kereta Proton Perdana berwarna perak bernombor pendaftaran palsu BSK 9482," katanya.

Brought to you by : shattirs

Friday, January 30, 2009

Nice to Meet You?


:: AmYan Shattirs::

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد



Oleh : Shattirs

~~ DUNIA HARI INI ~~

Salam pembuka bicara "

Mutakhir ini,kita dapat lihat dunia melalui pelbagai kisah yang tidak melihatkan suasana ketenteraman mahupun keamanan untuk seluruh penduduk muka bumi Allah ini.Mana mungkin keamanan akan wujud jika disana masih ada kelompok-kelompok manusia yang bertopengkan syaitan yang mengunakan kuasa mereka untuk menghancurkan nilai - nilai tamadun manusia.

Acapkali kita semua mendengari mahupun melayari kisah-kisah duka umat Islam di seluruh dunia>Apakah nasib mereka,apakah jiwa mereka merasa aman tenteram dengan apa yang berlaku disekeliling mereka wahai umat Islam semua?

Amat malang disana,jika diri ini dan diri yang membaca mahupun melihat terus leka dan alpa dengan nikmat duniawi yang tidak lama ini,kehidupan kita banyak dilalaikan oleh sentimen untuk merasa bahagia dengan nikmat kurniaan ilahi di dunia ini.Senario ini adalah kerana nikmat " Cintakan Dunia & Takutkan Mati"

Memang benarlah kalam Allah di dalam kitab suci al-Quran bahawa umat Islam itu semuanya bersaudara,tidak ada yang terpish dengan ideologinya,fahaman politiknya kerana apa,kerana kita semua adalah umat Islam,umat yng terbaik yang diciptakan Allah di muka bumi ini.Saya teringat kalam Imam MasjidilHaram Makkah Sheikh Shuraim,ketika mana beliau mengigatkan semua HUJJAZ Baitullah-Haram,bahawa tidak ada bezanya antara kaya dengan miskin,raja dengan rakyat,putih mahupun hitam,arab mahupun bukan arab melainkan nilai taqwa kepada Allah tuhan sekalian alam.

Oleh itu ,sewajarnyalah kita sebagai umat Islam dan sayangkan agama suci ini untuk sama-sama melihat agama Islam akan terus gemilang dulu,kini dan selama2nya.Boikotlah semua barangan keluaran musuh-musuh umat Islam.Hancurkan mereka dari muka bumi Allah ini. <- TAKBIR!!

shattirs : What you Do Today,is What you will be Tomorrow "

~~ NICE TO MEET YOU ~~

Hye,How are u Today-->Fine <--how you day is going n what is your favourite sport-->Yah,it' very nice,But--> Don't let me say again n again<--so,nice to meet u guys<--OWH-->10 Q,So,i've to go right now,i'll be right back <--

Shattirs :
"Nice To meet U" adalah ungkapan mereka yang baru dan ingin mengenali seseorang.Have a nice day<--much talk about something n somewhere .But for me,if u want to know about yourself or each other,u must know what happened with u today n past.

What is your vision and mission (target)shattirs ? : The ANSWER is -> My Target is to learn from the past n excellent for the Ummah in the future <-Wow,very nice words " said Ahmeed from Islamabad,Pakistan ~ 10 Q ahmed from me.May Allah bless u whatever u Do.Ameen <-

Shattirs : 'La Tansa Zikrullah.."

~~ STATUS SHATTIRS ~~

Shattirs : Ramainya yang tanya->BUT,for me,tak perlulah nak bagitau apa juga status diri ini,apa pun yang saya harapkan,marilah kita sama-sama mendoakan kejayaan dan kebahagiaan bersama.AMIN <--

Biarlah diri ini dan dia sahaja yang tahu.Mudah-mudahan disana akan memberi natijah yang terbaik di masa hadapan.Oleh itu,jauhilah perasangka buruk mahupun fitnah yang amat membahayakan umat Islam dulu,kini dan selama-lamanya "

And right now my status is -> In A RelationShip <-

Shattirs : Mybe ini entri yang pelik <- whatever,life must go on ~

Brought to you by : shattirs

Haji SHATTIRS 1429 H ( Bahagian 2)



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد


Shattirs : Alhamdulillah,bersyukur untuk kali ini kerana dapat juga menyambung entri Haji shattirs 1429 H ( Bahagian 2).Untuk sambungan yang ke-2 ini,saya paparkan beberapa keping gambar ketika berada di Madinah Munawwarah.

Kesyahduan apabila tiba di bumi jasad Nabi Muhammad s.a.w, amatla tidak terkata hanya dia yang memahami perasaan ini ketika mana pertama kali menjejakkan kaki di bumi Madinah Munawwarah seperti mana kaki ini memijak bumi Makkah al-Mukarramah.

Dikesempatan ini,saya menyeru diri saya dan semua pembaca blog shattirs untuk sama-sama kita memperbanyakan bacaan selawat untuk junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w <--



:: Raudhah Nabi (Taman Syurga) ::



::Makam Nabi Muhammad,Saidina Abu Bakar & Saidina Omar::



::Suasana Luar Masjid::



::Keindahan Malam di Masjid Nabawi::

~~ Bersama Cikgu Abu Hasan Morad (JULIA) ~~



Shattirs : Alhamdulillah,baru-baru ini,ketika mengerjakan ibadah Haji,saya dan rakan-rakan telah dapat berjumpa dengan penerbit/pengarah yang tidak asing lagi di tanah air iaitu Cikgu Abu Hasan Morad.

Saya amat mengagumi karya novel beliau iaitu JULIA.Alhamdulillah dapat juga bertemu di bumi Hijjaz ini.Kedatangan beliau bersama rombongan adalah untuk menjalani slot pengambaran Dokumentari Haji Khas Astro Oasis terbitan syarikat beliau sendiri,serta untuk CD terbaru Tabung Haji.

Cd yang berkaitan peranan serta kepentingan generasi muda/i Malaysia untuk mengerjakan rukun islam yang kelima ini ketika usia muda.Pertemuan yang tidak dijangka ketika berada di Masjid al-Haram.Usai peluang yang diberikan oleh cikgu,saya dan beberapa orang rakan-rakan telah menjalani sesi pengambaran ketika di Makkah (Mina,Arafah) & Madinah.

Saya juga telah di-interview sebanyak 2 kali oleh cikgu serta jurukamera cikgu Yusri untuk dimuatkan didalam CD Tabung Haji yang akan diterbitkan tidak lama lagi.Apa yang saya harapkan,kata2 mahupun semangat yang dilontarkan ketika itu mampu memberi kata2 perangsang kepada generasi pemuda dan pemudi tanah air mengenai kepentingan mengerjakan ibadah Haji ketika di usia muda (jika ada kemampuan).

Gambar diatas diambil ketika baru selesai menjalani pengambaran dan interview di rumah Baba& Mama di Makkah.Dan gambar dibawah ini pula diambil ketika selesai membuat pengambaran di Mina setelah selesai melontar di Jamrah al-Kubro.Mudah-mudahan ianya menjadi salah satu kenangan memori yang manis ketika disana.

Antara kenangan manis ketika berada di sana juga ialah dapat mengerjakan ibadah Haji bersama Presiden PAS Malaysia ( Tuan Guru Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang),Salehuddin Ayub,ustaz Misbahul Munir serta rombongan dari Malaysia.




::Interview untuk CD Tabung Haji yang terbaru::

Brought to you by : shattirs

Thursday, January 29, 2009

Ganguan SAKA <--


:: Doa sebagai senjata::


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد


Shattirs : Alhamdulillah,dapat juga saya tulis entri yang terbaru.Pada penulisan kali ini,saya ingin mengajak pembaca yang budiman untuk kita sama-sama merungkai tentang persoalan ganguan yang berkaitan dengan --> SAKA <--.

Saya bersyukur ke hadrat ilahi,mungkin disana berkat doa di KAABAH supaya Allah memberi saya ilmu yang tidak saya ketahui sebelum ini,iaitu ilmu berkaitan dengan ganguan SAKA dan kaitan dengannya.Ini berkait rapat juga dengan kesejahteraan dan kebahagiaan di masa hadapan bersama pemiliknya.

Banyak laman2 web yang memaparkan serta menerangkan dengan lebih lengkap mahupun terperinci tentang maklumat berkaitan dengan SAKA ini.Perbincangan berkaitan dengan ganguan ini sudah agak lama saya kira,serta amalan perubatan samada perubatan moden mahupun lama sudah diperaktikkan kepada semua pesakit-pesakait yang mengalamainya.

~Laman2 web yang perlu anda kunjungi~

http://www.darussyifa.org/

http://perubatanalhaz.tripod.com/



Oleh itu,disini saya sertakan beberapa bahan bacaan untuk dikongsikan bersama..SELAMAT MEMBACA ~~

--> Roh Kuat Elak Gangguan Saka <--

Gangguan iblis dan syaitan merangkumi iktikad atau kepercayaan yang boleh menyebabkan seseorang itu sesat; kufur, syirik atau murtad. Selain daripada itu iblis dan syaitan juga mengganggu otak manusia menyebabkan seseorang mangsa itu berhadapan dengan masaalah yang berkaitan dengan otak, pada hati menyebabkan timbulnya rasa was-was, tidak percaya pada tuhan, pada agama yang dianuti dan sebagainya. Iblis juga menganggu jasad manusia menyebabkan seseorang itu berasa sakit pada bahagian jasad yang berkenaan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam menurut perjalanan darah.

Gangguan Fizikal Yang Dituruti Dengan Gangguan Iblis Dan Syaitan

Orang yang lemah tubuhnya akibat kecederaan fizikal, disertai dengan roh yang lemah lebih mudah diganggu oleh iblis dan syaitan berbanding dengan mereka yang tidak menghadapi masaalah fizikal. Orang yang berhadapan dengan masaalah stress berpanjangan, lebih mudah diserang histeria berbanding dengan mereka yang hidup tenang, suasana yang menggalakkan dan berupaya meraih ketenangan hidup.

Gangguan iblis dan syaitan ke atas manusia adalah sesuatu yang benar. Ia boleh berlaku yang melibatkan bahagian otak, hati, jasad. Seperti manusia, apabila kehidupan makhluk ghaib itu diganggu oleh manusia, biarpun perbuatan tersebut dilakukan diluar pengetahuan, makhluk ini akan bertindakbalas. Gangguan boleh berlaku samaada ketika berada dihutan, ditempat sunyi jauh daripada manusia, dikubur-kubur dan sebagainya. Tanpa kesalahan atau kesilapan manusia makhluk ini juga sering mengganggu manusia kerana dikalangan makhluk ini memang terkenal dengan kejahatannya. Inilah yang dinamakan ‘GANGGUAN’.

Apabila kegiatan manusia itu disokong atau disertai oleh jin-jin yang terdiri daripada syaitan atau sebagainya, samaada makhluk tersebut dibela atau dibuat sahabat, maka ketika itu orang yang berkenaan telah melakukan perbuatan yang dinamakan ‘sihir’. Orang yang melakukannya dinamakan ‘tukang sihir’. Sihir tidak boleh berlaku kecuali dengan adanya penglibatan jin-jin seperti yang dijelaskan.

Meresap


Dengan ilmu kebatinan yang dipelajari dengan sengaja atau tidak disengajakan, orang yang seperti ini berupaya menyeru jin atau jin-jin tersebut meresap masuk dalam tubuhnya. Ketika itu jasad manusia berkenaan akan menjadi seumpama sarung semata-mata. Kegiatan berikutnya yang dilakukan oleh makhluk iaitu jin yang meresap dalam tubuh tadi.

Ketika inilah orang yang berkenaan boleh melakukan kegiatan tertentu bergantung kepada keadaan. Ia boleh melakukan rawatan yang dikenali sebagai rawatan tradisional dimana kegiatan tersebut ada kalanya melibatkan amalan menurun, menilik, mengurut dan sebagainya. Penglibatan makhluk ini dalam tubuh membolehkan seseorang itu melakukan pergerakkan silat biarpun dia tidak pernah mempelajari pergerakkan fizikal ilmu persilatan sebelum itu, menjadi kebal dan sebagainya.

Selain daripada itu, makhluk ini juga boleh digunakan untuk menyakiti atau menyihir orang lain. Menyebabkan lahirnya ilmu penunduk, ilmu penggerun, ilmu pemanis muka dan sebagainya. Perlu diperjelaskan bahawa kegiatan yang dijelaskan diatas ini tidak akan berlaku tanpa adanya penglibatan jin atau jin-jin yang meresap dalam tubuh manusia.

Apabila Orang Yang Memiliki Ilmu Meninggal Dunia


Apabila orang yang berkenaan meninggal dunia, saka tersebut diwarisi oleh seorang atau beberapa orang waris tertentu. Kesan daripadanya mangsa akan menghadapi masaalah yang hampir sama dengan masaalah yang ditanggung oleh pewaris asal. Makhluk yang terlibat dengan kegiatan individu berkenaan perlu berdamping atau ‘dibela’ oleh orang lain, semata-mata untuk menyesatkan manusia yang biasanya terdiri daripada saudara mara. Dari sinilah lahirnya istilah SAKA, iaitu makhluk jin yang berdampingan dengan waris terkeatas itu diturunkan atau dipusakai oleh waris terkebawah, dimana penurunan ini selalunya berlaku dikalangan waris yang rapat.

Penurunan Saka


Penurunan saka ini boleh berlaku dalam dua keadaan;

Berlaku secara terus : Orang yang mempunyai saka itu dengan terang-terangan memberitahu yang dia menurunkan ilmunya kepada orang tertentu. Waris yang terlibat kebanyakkannya tidak menyedari bahawa apa yang diturunkan atau yang dipusakai itu adalah terdiri daripada jin-jin atau hantu-hantu. Mereka beranggapan bahawa mereka adalah istimewa berbanding dengan waris-waris lain kerana mewarisi ilmu kebatinan.

Berlaku menurut kehendak : Penurunan ini berlaku menurut kehendak jin itu sendiri, lebih-lebih lagi sekiranya pewaris itu telah meninggal dunia.

Biar dalam keadaan apa sekali pun, masaalah yang berkaitan dengan saka adalah sesuatu yang tidak mustahil berlaku. Ia melibatkan jin-jin, membolehkan seseorang itu melakukan sesuatu yang luarbiasa seperti yang diterangkan. Dan apabila seseorang itu menerima saka, ia akan mempunyai kebolehan untuk melakukan sesuatu seperti yang dilakukan oleh orang yang mempunyai saka yang asal.

Satu jenis saka yang lain ialah saka yang merupakan penyakit atau gangguan daripada jin-jin tidak melibatkan rawatan. Orang yang terlibat apabila diganggu saka adakalanya fungsi otaknya menjadi tidak normal, berjalan ditengah malam tanpa dapat mengawal diri, duduk termenung sendirian, marah tidak menentu, mengamuk dan sebagainya termasuk menghantuk-hantukkan kepala kedinding.

Manusia mudah terdedah kepada masaalah termasuk penyakit kerana manusia itu tidak mempunyai ketahanan diri yang ampuh yang dikenali sebagai ‘body resistance’. Orang yang seumpama ini mudah dijangkiti kuman batuk, selsema, sakit kulit dan sebagainya berbanding dengan orang yang mempunyai ketahanan diri yang kuat.

Begitu juga dengan kekuatan roh, yang berupaya menolak pelbagai masaalah kebatinan atau kerohanian termasuk apa yang dikenali sebagai ‘saka’. Kerana itu untuk memperlengkapkan diri daripada diganggu oleh saka iaitu jin-jin tadi, kita perlu mempunyai roh yang kuat. Roh yang kuat perlu pemahaman agama, dimana ia akhirnya diterjemahkan melalui amalan atau ibadah. Hanya dengan ilmu sahaja seseorang itu menaruh keyakinan terhadap Allah SWT dan rasa ikhlas ketika melakukan amalan-amalan tersebut. Itulah yang dikenali sebagai sebagai amalan bertakarub iaitu memperhambakan diri kepada Allah SWT lalu akhirnya seseorang itu mendapat kurnia kasih Allah SWT. Apabila ini berlaku, orang yang berkenaan akan memperolehi kekuatan zahir dan batin. Ketika ini apabila dia bermohon, Allah SWT akan memperkenankannya dan ketika memohon perlindungan, Allah SWT akan melindunginya. Demikianlah janji-janji Allah SWT terhadap hamba kekasihnya.

Amalan-amalan ini melibatkan ibadah pada waktu malam, dimulai dengan sembahyang taubat, kemudian beristighfar, sembahyang tahajud, sembahyang tasbih, berzikir, selawat dan diakhiri dengan sembahyang hajat. Semoga Allah SWT memberi hidayah kepada kita juga kepada mereka yang menghadapi masaalah yang serupa.

Ilmu Saka Boleh Sakiti Orang Lain Dan Diri Sendiri


Membicarakan tentang SAKA adalah satu perkara sensitif. Sesuatu yang tidak nampak dan tidak mudah untuk diyakini. Masyarakat melayu memahami saka sebagai ilmu yang diperturunkan atau dipusakai daripada waris teratas kepada waris di bawahnya daripada ibu ataupun bapa kepada anak, daripada datuk atau nenek kepada salah seorang daripada cucu atau cicitnya, ataupun ilmu yang dipusakai daripada seorang bapa saudara kepada anak saudara atau kepada seseorang yang berada dalam lingkungan keluarga.

Yang dimaksudkan dengan ‘ilmu yang dipusakai’ itu ialah ilmu yang ada kaitan dengan jin-jin, sama ada jin berkenaan dibela, dibuat sahabat ataupun dibuat saudara, disedari atau tidak disedari. Dengan perantaraan makhluk tadi, waris berkenaan berupaya melakukan rawatan penyakit, menilik dan sebagainya dalam keadaan menurun atau tidak menurun. Hasil daripada penglibatan makhluk ini juga waris adakalanya melibatkan diri dengan ilmu kebatinan mempertahankan diri seperti ilmu amalan wali suci, budi suci dan lain-lainnya atau ilmu kebatinan yang dinamakan amalan Al-Fatihah, silat syeikh, amalan sinar Islam dan sebagainya.

Amalan kebatinan mempertahankan diri ini juga melibatkan ilmu kebal, ilmu penggerun, ataupun amalan yang lebih bersifat peribadi seperti ilmu seri muka, ilmu kebidanan tradisional atau ilmu andaman tradisional. Pemilik saka yang melibatkan ilmu perbomohan ataupun dukun yang diwarisi oleh seseorang akan membolehkan pewaris memiliki kebolehan untuk melakukan rawatan dan sebagainya yang berkaitan dengan ilmu kebatinan seperti yang pernah dilakukan oleh pewaris tadi, berupaya melakukan rawatan dalam keadaan menurun biarpun dia tidak pernah mempelajari ilmu kebatinan yang khusus.

Dari sinilah lahirnya orang yang tidak sedarkan diri atau separuh tidak sedarkan diri, menurun lalu melakukan rawatan, berupaya menilik sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar dan sebagainya. Hal demikian berlaku kerana makhluk tadi meresap dalam tubuh orang berkenaan, menguasai otak, jasad, lidah dan pergerakkan lalu menggunakan jasad manusia untuk bertindak.

Keadaan seperti ini dikenali sebagai ‘menurun’ dimana makhluk halus tadi telah menurun atau meresap dalam tubuh manusia lalu bertindak melakukan sesuatu menurut tujuan asal makhluk ini meresap dalam tubuh manusia. Pelbagai natijah luar biasa (nadir) mencarik kebiasaan adat dan tidak dapat difikiri oleh akal punca dan sebab musabab berlaku seperti yang dijelaskan. Iaitu boleh melakukan rawatan, menilik benda-benda ghaib, menjadi kebal, digeruni, mengangkat benda-benda berat dan sebagainya yang tidak upaya dilakukan oleh manusia biasa.

Makhluk yang berdampingan itu dalam proses masa tertentu menjadi sebahagian daripada dampingan manusia menyebabkan orang yang seumpama ini berupaya melakukan sesuatu yang tidak upaya dilakukan oleh manusia biasa. Jin atau makhluk halus yang dibela oleh manusia, pada kebiasaannya memerlukan manusia yang biasanya terdiri daripada kaum keluarga atau terus berdampingan dengan manusia setelah tuan yang asal tadi meninggal dunia. Makhluk yang seperti inilah yang dinamakan SAKA yang diperturunkan dari satu generasi kepada generasi berikutnya.

Penurunan saka boleh berlaku dengan sengaja atau tidak sengaja. Dilakukan dengan sengaja apabila seseorang itu secara berterangan menyatakan pada waris tertentu seperti anaknya yang dia adalah orang yang paling sesuai atau berkelayakkan mewarisi ilmu pemiliknya yang dimiliki selama ini. Apabila orang yang berkenaan menyatakan kesanggupannya menerima, maka bermula dari tarikh itu dia telah mewarisi saka tadi.

Penurunan saka juga boleh berlaku secara tidak langsung apabila seseorang waris itu menerima barang-barang tertentu, yang pada kebiasaannya terdiri daripda keris, lembing ataupun tombak atau objek lain seperti tangkal, azimat, batu geliga, akik dan sebagainya.

Penting

Objek-objek tersebut pada zahirnya merupakan benda yang dapat dipegang dan dirasa dengan tenaga atau dilihat oleh pancaindera. Objek tersebut hakikatnya adalah merupakan lambang, dimana disebalik lembing atau batu geliga atau lain-lain objek tadi terdapat jin atau jin-jin berserta dengannya. Penurunan kaedah kedua ini biasanya berlaku setelah pewaris meninggal dunia dimana barang-barang tadi menjadi barang peninggalannya si mati (pewaris).

Objek-objek ini terutamanya keris pada kebiasaannya dilangiri dengan air limau nipis pada malam-malam tertentu seperti malam Jumaat, sebulan sekali atau di malam Jumaat awal Muharram setiap tahun ketika bulan penuh dan dipersapkan dengan kemenyan.

Limau nipis merupakan satu bahan penting yang sering digunakan dalam pelbagai upacara amalan kebatinan termasuk perubatan melayu tradisional untuk memutus ubat, mandi perajan, mandi membuang sial badan dan sebagainya. Kaedah atau upacara melangiri senjata mungkin diketahui melalui pengajaran oleh pewaris ataupun melalui mimpi.

Apabila seseorang itu menerima saka tadi, tidak kira samaada pada asalnya pewaris itu redha atau tidak lalu akhirnya tunduk menerima dan melakukan upacara atau syarat-syrat yang diajar secara langsung atau tidak langsung termasuk ketika mimpi, makhluk tadi akan semakin rapat dengan ‘tuan’ barunya yang boleh ‘diperintahkan’ melakukan sesuatu. Iaitu untuk tujuan rawatan seperti yang dijelaskan. Untuk membinasakan lawan atau orang lain dengan permintaan pelanggan yang datang menemuinya.

Dari sinilah lahirnya pelbagai jenis amalan kebatinan seperti ilmu pengasih, ilmu penunduk, ilmu seri muka, ilmu pemisah iaitu untuk memisahkan antara suami isteri, ilmu pelalau iaitu ilmu menyebabkan seseorang itu tidak kira lelaki atau perempuan tidak mendapat jodoh atau premis perniagaan yang tidak didatangi oleh pelanggan.

Termasuk dalam ilmu kebatinan ini ialah khidmat daripada pemilik saka yang boleh digunakan untuk menyakiti seseorang yang boleh menyebabkan seseorang itu tidak normal atau bertindak seperti orang yang tidak waras, santau dan sebagainya. Semua amalan ini termasuk dalam kategori ilmu sihir iaitu tindak tanduk manusia yang melibatkan jin-jin atau yang dikenali sebagai makhluk-makhluk halus. Perlu dijelaskan bahawa amalan sihir adalah salah satu perbuatan dosa besar yang membinasakan.

Ilmu Yang Diwarisi Melalui Saka Ada Dua Jenis

Jenis Pertama


Adalah seperti yang dijelaskan diatas yang ada kalanya boleh digunakan untuk sesuatu yang dianggap boleh memberi manfaat seperti untuk tujuan rawatan, ilmu pengasih, digunakan untuk mencari barang hilang dan sebagainya. Selain mencari barang hilang saka juga boleh digunakan untuk mencuri barang kepunyaan orang lain seperti mencuri wang, barang kemas, pakaian termasuk seluar dalam dan baju dalam. Terlalu banyak hadis membicarakan tentang keupayaan jin-jin yang mencuri bahan makanan iaitu kurma dizaman Nabi s.a.w.

Selain boleh ‘digunakan’ untuk tujuan yang dijelaskan tadi, makhluk ini juga sering menyakiti orang lain, jiran-jiran termasuk kaum keluarga tuan saka tadi malah dalam keadaan tertentu makhluk ini boleh menyesatkan iman si empunya diri yang dianggap sebagai tuan tadi akan menyerang tuannya terutama ketika telah uzur,sakit atau ketika tua.

Orang Melayu yang memahami hal-hal yang berkaitan dengan saka ini sering beranggapan bahawa makhluk ini seumpama tidak terkawal apabila tuannya meninggal dunia dan tidak ada dikalangan keluarga yang sedia untuk mengambil alih peranan yang dimainkan oleh pewaris selama ini. Keadaan akan menjadi redha apabila salah seorang daripada waris sudi menjadi tuan kepada makhl;uk ini.

Anggapan ini ada kebenarannya tetapi pada hakikatnya biarpun makhluk ini mempunyai tuan baru ia tetap menjadi masaalah kepada manusia terutama kepada keluarga yang terlibat kerana antara tujuan utama iblis dan syaitan itu ialah untuk menyesatkan manusia seberapa banyak yang boleh agar mereka dapat masuk keneraka bersamanya.

Jenis Kedua


Saka ataupun penyakit yang diwarisi daripada seorang pewaris kepada seorang atau beberapa orang waris akibat daripada gangguan atau serangan iblis dan syaitan yang berlaku turun temurun. Bermaksud sekiranya seorang pewaris itu sakit, sakit yang sama akan dideritai oleh wrisnya.

Pada kebiasaannya sakit yang berpunca daripada saka tidak kira samada saka jenis pertama atau kedua adalah sama. Senagai contoh sekiranya seseorang itu tidak boleh tidur malam, selalu termenung, berasa sakit kepala seperti dibaji-baji lalu dia menghantuk-hantukan kepala maka keadaan yang sama akan dialami oleh keturunannya atau mereka yang diserang oleh saka tadi yang terdiri daripada kaum keluarganya.

Tidak mudah untuk memberi penjelasan bahawa seseorang itu sakit akibat saka. Umumnya apabila sesuatu masaalah atau sakit itu dirujuk kepada mereka yang terlibat dengan amalan kebatinan, maka selalunya dikatakan bahawa penyakit tersebut dirujuk sebagai kena buatan orang, kena sihir, gangguan, saka dan sebagainya.

Hakikatnya masaalah penyakit perlu dirujuk kepada pakar kerana punca penyakit itu adalah pelbagai akibat kecederaan seperti luka,patah, keracunan, stress, depress dan sebagainya akibat gangguan ataupun sihir.

Segala punca gangguan ini sukar diakui oleh pengamal perubatan moden tetapi kesemua faktor yang dijelaskan berlaku kepada mangsa.

--> Maklumat Tambahan <--


Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama hingga sudah menjadi sebati dengan manusia itu. Ini berlaku samada seseorang itu tahu atau tidak, kerana ia datang dari keturunan kita. Kemungkinan ilmu ini telah dipelajari oleh nenek-moyang kita terdahulu. Dan diturunkan kepada kita tanpa diketahui atau jin itu sendiri yang memilih untuk mendampingi keturunannya yang dia kehendaki.

Dari itu memang sukar menghalau jin di dalam tubuh seseorang yang telah dianggap saka. Ia tetap akan kembali lagi ke tubuh tuannya itu walaupun sudah beberapa kali diberi amaran atau bersumpah di atas nama Allah s.w.t. bahawa ia tidak akan datang lagi.



Shattirs :Comelnya.."

Itulah kata2 saya apabila menatap gambar Nurul Syuhada yang sudah membesar ketika ini.Alhamdulillah,moga dirimu menjadi Mujahidah Solehah,penyeri alam yang fana' ini..AMIN <--

Brought to you by : shattirs

Sunday, January 25, 2009

Palestine --> Di Mana Dunia Arab





السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد



--> Artikel ini sy baca dalam ruangan forum Utusan Malaysia <--

Palestin boleh menang jika Arab bersatu~


DALAM kelemahan dunia Islam untuk membela rakyat Palestin yang dibunuh sewenang-wenangnya oleh Israel , maka tindakan yang boleh dilakukan hanyalah menghulur bantuan derma kemanusiaan dan serta memboikot barangan buatan Israel dan Amerika. Apakah tindakan ini boleh berkesan atau hanya berbentuk simbolik bagi meredakan rasa lemah umat Islam kerana kegagalan untuk membela rakyat Palestin?

Daim: Adalah benar umat Islam tidak bekerjasama dan bersatu. Anda boleh melihat semua ini di Sidang Kemuncak Arab di Qatar di mana Mesir dan Arab Saudi tidak hadir. Pada peringkat ini, isunya adalah sikap tidak berperikemanusiaan. Israel telah membunuh penduduk Palestin dan mereka masih mempunyai masa untuk menunjukkan perbezaan pendapat. Semua pihak harus bekerjasama dalam menghentikan pembunuhan ini. Mesir telah dikritik kerana menutup sempadan mereka dan menghalang bantuan kemanusiaan masuk. "Kerajaan telah dengan segera menghalang kemasukan konvoi bantuan makanan ke Tebing Gaza," kata Emmad al-Din Moustafa, ahli Popular Committee for Aiding Gaza. "Penutupan sempadan berterusan ini umpama melakukan jenayah terhadap kemanusiaan," kata beliau. Sejak kempen bermula, bantuan kemanusiaan yang disumbangkan oleh mereka yang bersimpati dengan penduduk Palestin dari negara Arab dan dunia Islam telah mencurah masuk ke bandar Al-Arish, 40 kilometer dari sempadan Mesir dan Tebing Gaza. Namun menurut sumber tempatan, pihak berkuasa Mesir menghalang kenderaan yang membawa bantuan makanan dan perubatan dari memasuki wilayah itu.

Terdapat seorang penulis wanita dari Arab Saudi, bertanya kenapa tiada sebarang demonstrasi diadakan di negara Arab bagi mengecam Israel dan AS. Beliau melahirkan kekesalan dan meluat kerana tiada sebarang tindakan dilakukan bagi menzahirkan kebencian ini. Wanita ini mahu melihat jutaan orang di jalan raya membantah kekejaman Israel. Sama ada kita berjaya dalam memboikot produk Israel dan AS masih boleh didebatkan. Namun apabila dunia bersatu menentang Afrika Selatan, ia berjaya dilakukannya.

Jika negara Arab bersatu dan bekerjasama pada peringkat ini, saya fikir ia akan memberi kesan dan AS dan Eropah akan mengambil tindakan dan menghentikan perlakuan kejam oleh Israel. Memandangkan kita tidak mempunyai senjata untuk melawan Israel, senjata terbaik ialah perdagangan. Jika negara Arab menghentikan eksport minyak ke AS dan Eropah, pastinya ia sedikit sebanyak akan memberi kesan. Namun apakah mereka akan melakukannya?

Daim: Menurut Hamas, kini Fatah telah bersetuju untuk bekerjasama dengan Israel dan mereka melihat tiada lagi gerakan secara aktif untuk menubuhkan sebuah negara Palestin. Oleh itu mereka tiada pilihan lain selain melawan. Oleh kerana Hamas melawan untuk meneruskan kehidupan dan mendapat kemerdekaan, AS dan Eropah mengkategorikan mereka sebagai "pengganas" namun hakikat sebenar mereka merupakan pejuang kebebasan. Apa peluang yang ada pada mereka untuk berhadapan dengan Israel yang mendapat sokongan AS? Negara ini memberikan geran bernilai berbilion dolar kepada Israel. Negara Yahudi ini merupakan penerima bantuan luar AS terbesar sejak Perang Dunia Kedua. Sejak 1976 hingga 2004, Israel merupakan penerima tahunan bantuan luar AS terbanyak dan hanya baru-baru ini tempatnya diambil oleh Iraq. Sejak 1985, AS telah memberikan hampir AS$3 bilion (RM 10.8 bilion) setahun kepada Israel dalam bentuk geran.

AS turut membekalkan senjata kepada Israel termasuklah pesawat F-16s dan helikopter Apache yang digunakan dalam melakukan serangan di Gaza. Menurut seorang penganalisis, Phyliss Bennis, antara 2001 hingga 2006, Washington telah memindahkan kepada Israel lebih AS$200 juta (RM720 juta) barang ganti untuk kegunaan pesawat F-16s. Tahun lepas AS menandatangani kontrak bernilai AS$1.3 bilion (RM4.68 bilion) dengan Raytheon Corporation untuk membekalkan Israel dengan ribuan TOW, Hellfire dan peluru "Bunker Buster". Bennis membuat kesimpulan, "Serangan di Gaza oleh Israel tidak mungkin berlaku jika tidak AS secara aktif membekal peralatan tentera kepada mereka.

Tiada jalan lain bagi Palestin mendapatkan kembali tanah yang dirampas melainkan pemimpin Palestin bersatu seperti mana Malaysia berusaha mendapat kemerdekaan dahulu. Bersatu dan ketepikan kepura-puraan. Israel akan terus mengatakan mereka tidak harus memberikan kemerdekaan kepada Palestin kerana tiada jaminan keselamatan dan Blair pernah berkata tidak akan wujudnya sebuah negara Palestin melainkan wujudnya perpaduan di kalangan rakyat Palestin. Bagi Blair penyatuan Palestin bermaksud memusnahkan Hamas dan meninggalkan Fatah yang telah kehilangan kredibiliti untuk berurusan dengan Israel.

Blair sebelum Iraq diserang, telah berjanji dengan negara Arab sebuah negara Palestin akan ditubuhkan jika mereka menyokong serangan berkenaan. Arab menyokong serangan tersebut namun tiada sebuah negara Palestin ditubuhkan kemudiannya. Fatah setakat ini telah mengikut telunjuk AS dan Eropah dalam melakukan apa yang dimahukan mereka namun Fatah masih gagal mencapai apa-apa sehingga kini. Hakikatnya ialah Israel tidak akan bersetuju untuk menubuhkan sebuah negara Palestin merdeka melainkan mereka sendiri yang mengawal wilayah itu. Semua penipuan ini akan berterusan melainkan negara-negara Arab ini bersatu. Namun sehingga tarikh penyatuan ini berlaku, sebuah negara Palestin yang merdeka tidak akan ditubuhkan dan negara-negara Barat belum tentu akan menunaikan janji mereka. Apatah lagi Israel percaya tanah yang dirampas ini merupakan tanah yang telah dijanjikan kepada mereka.

Perlu diingat seperti yang didedahkan oleh John Dugard pada 2006, pelapor khas PBB di Wilayah Penempatan Palestin, mengenai kenyataan kerajaan Israel bahawa pengunduran mereka menamatkan penjajahan dari Gaza adalah tidak tepat. Walaupun sebelum "Operasi Summer Rains" dijalankan berikutan penahanan Koperal Shalit, Gaza masih lagi berada di bawah kawalan Israel. Israel telah memanifestasikan kawalannya dengan pelbagai cara, dengan mengawal ruang udara, laut serta sempadan luar Gaza. Walaupun, satu perjanjian khas telah dilakukan untuk pembukaan sempadan Rafah menerusi Mesir dengan dipantau oleh wakil Kesatuan Eropah, semua laluan lain masih lagi ditutup. Tindakan Ketenteraan Israel telah menunjukkan bahawa teknologi moden mampu untuk mengawal wilayah walaupun tanpa kehadiran pihak tentera.

Walaupun Israel mengundurkan tentera dan penduduk secara tetap di Gaza pada 2005, namun mereka masih kekal sebagai kuasa yang mengawal Gaza di bawah undang-undang antarabangsa kerana mereka masih terus menjalankan kawalan hari ke hari di kawasan penting.

Jika Israel telah berundur sepenuhnya dari Gaza, maka Israel tidak boleh menghalang perdagangan yang dilakukan sama ada melalui udara dan laut dengan negara lain, menghalang orang ramai dari keluar masuk, mewujudkan penerbangan di ruang udara Gaza, mengawal perairan atau mewujudkan "zon larangan" di dalam Gaza. Israel turut mengawal pendaftaran penduduk Gaza serta mengutip cukai terhadap barangan yang dibawa masuk ke dalam Gaza.

Mengimbas kembali semasa Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert memberi ucapan di hadapan sesi bersama Kongres AS pada tahun 2006, beliau mengisytiharkan kepercayaan berterusan "Keseluruhan tanah ini adalah pada asalnya hak milik berkekalan bangsa kami".


Testi Menarik minggu ini <--




Sumber
: http://testi.iluvislam.com/

Terima kasih kawan2 yang send kat YM shattirs <--

~ Kadang-kadang kita berdoa untuk kuat... Tpi, byk pula dugaan yang datang.. Kadang2 kita minta cerdik, tapi, masalah pula yang bertandang... kadang2 kta minta kebahagiaan, tetapi, huru hara pula menjelang... Dugaan menjadikan mental kita kuat, masalah menjadikan kita berfikir, huru hara menjadikan kita tabah... SUBHANALLAH.. Betapa Hebatnya ALLAH itu.... semuanya ada hikmah.. Kalau lah manusia tahu hadis ini.. " Telah berkata Jibrail a.s: " Wahai Tuhan, Engkau smpaikanlah hajat hambaMu, maka Allah berfirman : " Biarkan hambaKu itu... kerana Aku mencintai rintih suaranya"..... - Anas ibn Malik r.a <--

Brought to you by : shattirs

Monday, January 5, 2009

Haji SHATTIRS 1429 H ( Bahagian 1)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد


Shattirs
:Alhamdulilalh,akhirnya dapat jugak saya post entri Haji Shattirs ( Bahagian 1) walaupun peperiksaan semakin hampir.So,kepada kawan-kawan yang nak tengok gambar saya dan rakan2 ketika mengerjakan ibadah Haji 1429 H baru2 ini,saya letakkan beberapa keping gambar untuk menjadi tatapan semua pengunjung blog shattirs.

Untuk Bahagian 2,insyaAllah selepas habis exam 24 aribulan ini,saya akan letakkan gambar ketika di Madinah & cerita sikit mengenai pengambaran saya dan rakan2 untuk program haji Astro Oasis di bawah penerbit Cikgu Abu Hasan Morad ( JULIA).

Shattirs : ya Allah,kurniakanlah kami Haji yang Mabrur..AMIN ~



:;Jutaan umat Islam berkumpul::



::Depan Kaabah::



:;Dalam Lori di Mudzalifah::



::Di Mina::



::Dari Arafah ke Mudzalifah ( 5 km ) ::




::Selepas Melontar ::



:: Solat Jumaat (Imam Syuraim bagi khutbah ::



::Jabal Rahmah ( Adam & Hawa Bertemu ) ::



::Depan Gua Thur::



::Depan Gua Hira'::



::Depan masjid Quba'::




::Masjid Kiblataian ( 2 Kiblat)::



::Roh Jihad Syuhada' UHUD::



:; Lautan Merah::



:;Atas Kapal::




::Berkumpul di Rumah Kedah ::

Shattirs
: Sebenarnya banyak lagi gambar Haji ,banyak letak kat friendtser,so,sesiapa yang nak view bolehla add :

shattir_narimie@yahoo.com

" P/S: Dapat pengalaman orang2 dulu pi Mekah naik kapal,memang pengalaman yang manis dan menyeronokkan..~ syukur ya rabb --<

Brought to you by : shattirs

Ya Allah: Selamatkanlah Bumi & Rakyat Palestin



Oleh : Shattirs


Beberapa hari yang lepas tentera Israel telah menyerang bumi Gaza, yang didiami oleh 1.5 juta muslim dan membunuh lebih dari 450 orang warga Palestin dan ribuan lainnya tercedera.

Rasulullah saw mengatakan :

“Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal berkasih sayang dan saling cinta-mencintai dan mengasihi di antara mereka adalah seperti satu tubuh, Apabila salah satu anggota tubuh merasa sakit, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut merasa sakit dengan tidak boleh tidur dan demam.” [HR. Bukhari]

Tubuh kaum mukmin kembali menderita, tidak dapat tidur dan demam ketika Israel melakukan aksi kejamnya terhadap muslim Palestin. Gaza diserang hampir setiap hari selama bertahun-tahun. Namun, tidak puas hanya dengan membunuh kaum muslim, Israel juga melakukan sekatan ke atas Gaza dan melarang kemasukan makanan, air, ubat-ubatan dan bahan api untuk keperluan harian penduduk.

Kehidupan kaum muslimin amat sengsara bahkan banyak keluarga yang terpaksa makan rumput! Salah sebuah keluarga tersebut adalah Jindiya Abu Amra dan anak perempuannya yang berumur 12 tahun, dimana mereka mengais rumput untuk meneruskan hidup.

“Kami makan sekali sehari iaitu dengan khobbeizeh (iaitu sejenis ulam liar - pent.),” kata Abu Amra sambil menunjukkan daun-daun seperti dari tumbuhan liar yang menjalar di sepanjang jalan-jalan di Gaza.

“Setiap hari saya bangun dan terus mencari kayu dan plastik sebagai bahan api dan saya juga mengemis. Kalau tidak mendapat apa-apa, kami makan rumput ini.”

Israel adalah musuh umat Islam yang nyata. Kejahatannya terhadap kaum muslim Palestin sudah jelas. Serangan terakhir ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Tetapi yang lebih buruk dari itu adalah pengkhianatan para penguasa muslim seperti Hosni Mubarak dari Mesir dan peranannya dalam membantu dan mendukung sekatan Israel terhadap Gaza dan penduduk Palestin.

Tzipi Livni, Menteri Luar Israel secara terang-terangan mengatakan bahawa Israel telah mempersiapkan serangan terhadap Gaza. Pada minggu lepas, beliau mengarahkan perwakilan Israel di luar negeri untuk melobi anggota Dewan Keamanan PBB dan negara-negara Eropah untuk menyokong serangan ke atas Gaza. Pada hari Khamis minggu ini, seperti satu kebiasaan sebelum sesuatu serangan besar terhadap muslim dimulakan, Livni akan pergi bertemu dengan Mubarak di Mesir bagi menyuruh beliau untukberdiam diri,menutup mata, dan tidak ikut campur tangan dalam serangan ke atas Israel. Inilah bukti sokongan Mesir terhadap rencana Livni.




Editor utama harian Al-Quds Al-Arabi hari ini mengkritik habis-habisan Menteri Luar Mesir Ahmed Aboul Gheit, yang tidak sedikit pun berani menyatakan bantahan terhadap rencana Menteri Luar Israel, Tzipi Livni dalam mengancam Hamas, semasa kunjungan beliau ke ibu kota Mesir minggu lalu.


Wahai Muslim!

Lihatlah betapa murahnya harga darah kalian. Bukankah Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam pernah bersabda: “Darah umat Muslim lebih berharga dibanding Ka’abah dan sekitarnya.”

Namun hari ini darah umat kembali tumpah membasahi bumi Palestin, Iraq dan Afghanistan tanpa satu pun pembalasan. Kerana begitu murah nyawa kaum muslim di Iraq, Amerika pun dengan mudahnya mengakui untuk berhenti menghitung angka rakyat Iraq yang terkorban!..sunguh zalim AMERIKA!!


Rasulullah bersabda :

“Sesungguhnya Imam adalah perisai, dengan perisai itu Umat berperang dan melindungi dirinya.” [HR. Muslim]

Di bawah pimpinan Khalifah, imam yang menyatukan umat Muslim di seluruh dunia, pasukan Islam disatukan untuk menghentikan kekejaman Israel dan membebaskan setiap jengkal tanah Palestin termasuk Gaza dengan Jihad, seperti yang dilakukan sebelumnya oleh Khalifah Nur-ad-deen dan panglimanya Salahudin Ayyubi semasa Perang Salib dulu.

Mesir saat itu berada dibawah kekuasaan Fatimiyyah yang memisahkan diri dari kekuasaan Khilafah Abbasiyah. Perpecahan ini menyebabkan masuknya pasukan tentera Salib dari Eropah ke wilayah Islam hingga berhasil menakluki Al Quds dan Al Syam (Palestin, Lebanon, Jordan, Syria, dan sebahagian Iraq). Akhirnya Panglima Salahudin Ayyubi berhasil menundukkan Fatimiyyah di Mesir, mengembalikan kesatuan Khilafah, dan kemudian menyatukan pasukan Islam sekali lagi sebelum memusatkan satu kekuatan ketenteraan dalam membebaskan Al Syam dan Al Quds dari penaklukan dan penguasaan pasukan tentera Salib.

لبَّيْكَ اللَّهُمَّ وَمَلايِينٌ تَنْتَظِرُ تَلْبِيَةَ النِّداءِ وَلَمْ يَمْنَعْها مِنَ التَّلْبِيَةِ الْمالُ وَالْوَلَدُ بَلْ مَنَعَهُمْ حُدُودٌ وَحَواجِزٌ وَصَدُّ طُغاةٍ جَبابِرَةٍ تَحَكَّمُواْ بِالرِّقابِ وَالْعِبادِ .

Ya Allah! Kami siap mengabdi untuk-Mu, dan jutaan telah siap memenuhi panggilan jihad di jalanMu. Bukan dana mahupun pemuda yang menjadi penghalang kami, namun perbatasan dan rintangan penguasa Taghut yang memasung kami...

Shattirs
: SALAM MAAL HIJRAH 1430 H ~



Shattirs : Esok 10 Muharam ,so,mari kita sama2 berpuasa sunat ~ Hari Asyura ~

Brought to you by : shattirs