Keluarga SHATTIRS

Keluarga SHATTIRS
Assalamualaikum WBT

SHATTIRS Followers

Popular Posts

Monday, September 15, 2008

Suasana Kelas Universiti Al-Azhar

بسم الله الرحمن الرحيم


shattirs : Buat pertamanya,saya ingin memohon seribu kemaafan disebabkan membiarkan teratak shattirs ini terlau lama tanpa diupdate.Liku-liku terakhir sebelum mengakhiri tugas selaku badan kepimpinan Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta,Mesir ( DPMT) untuk 2 sesi (2006/2007 & 2007/2008 )sedikit sebanyak membuatkan saya jarang berhadapan dengan laptop dirumah.

Alhamdulillah,sekarang kita sudah memasuki hari yang ke 15 didalam bulan yng penuh barakahnya ini iaitu bulan ramadhan.Moga-moga graduan Universti Ramadhan merupakan insan yang sebenar-benar taqwa di sisi Allah,insyaAllah.

Tidak ada apa yang ingin diucapkan untuk entri kali ini,hanya ingin menunaikan permintaan seorang sahabat dari Bumi Matahari Terbit untuk melihat suasana kelas di Universti Al-Azhar,Mesir.Sayugianya yang akan dilihat suasana didalam kelas Universti Al-Azhar yang bagi saya amat unik jika ingin dibandingkan dengan Universti - Universiti di Malaysia dan seantero dunia yang lain.Bagi saya suasana sebegitu membuatkan setiap penuntut ilmu akan lebih brsemangat untuk mndalami mutiara2 ilmu yang ditinggalkan oleh para Masyaikh Al-Azhar yang lepas.



:: Al-Azhar TANTA ::




::Al-Azhar ISKANDARIAH::

Brought to you by : shattirs

Apa Nasib KISAS ??



KISAS : Bumi Waqafan ~

Assalamualaikum wbt

Syukur ke hadrat Allah kerana masih lagi mengizinkan kita untuk meniti
titian Ramadhan yang berbaki beberapa belas hari lagi ini

di sini, ana cuba bawakan satu berita yang agak sedih buat kita warga
waqafan
x tau la ada yg dah tau ke x

ana petik cerita ni daripada sahabat ana di UTP, Aizuddin Paiman..

cite ni dia cam gini, KISAS skarang dah dinaik taraf menjadi skolah
cluster
yang mana skolah yg mengamalkan sistem pemerintahan mcm kerajaan skrg
( ala ala je )
ada Perdana Menteri, Pilihan Raya, dsb

dan dikhabarkan bahawa, BADAR dikatakan tidak relevan lagi utk berada
di KISAS
esok, 14 September, akan diadakan muktamar BADAR KISAS.
pengetua setuju untuk bubarkan tanzim lama, tapi dia x benarkan untuk
diumumkan tanzim baru
pengetua nak tubuhkan Parlimen KISAS cluster
yang mana hadar kolej, misi, visi yg selama ni kita pegang, akan
ditukar, dan sume student kena hafal benda tu, shinggakan denda akan
dikenakan bagi mereka yang x menghafalnya.

ustaz2, cikgu2 kita yang pernah mengajar kita dulu banyak mengeluh,
sampaikan Puan Maznah sampai menangis melihatkan perubahan yang
pengetua nak buat tu.

pengetua pun ada cakap
"saya dihantar ke sini kerana ada misi tertentu"
masing2 tertanya, misi apa kah itu

kenapa perlu ana bawakan cite ni? kenapa x de cite lain?
sahabat dan sahabiah sekalian
BADAR merupakan satu2 nya badan agama yang menjaga kita di KISAS dulu
baik tarbiyah dan segala2nya
mungkin kadang2 kita x rasa dan x terkesan dengan apa yg dibuat oleh
BADAR
ana akui diri ini pun x rasa, tp bile dah kuar KISAS n masuk UTP, ana
rasa sangat rugi kerana x garap benda2 yg ada di KISAS dulu
kita patut berterima kasih kepada BADAR kerana merekalah yang menjaga
Biah Solehah di KISAS sendiri ( dengan izin Allah )
shinggakan KISAS di sanjung2 oleh orang ramai

jadi, ana mohon sangat2 kepada sahabat2 sekalian, supaya kita
memperbanyakkan solat hajat, mohon kepada Allah swt supaya Allah
menyelamatkan BADAR daripada dihapuskan terus di muka bumi KISAS
sapa lagi nak gerakkan Islam di KISAS kalau bukan BADAR

saidina Umar pernah berkata
"Tiada Islam tanpa Jemaah, Tiada Jemaah tanpa Pemimpin, Tiada Pemimpin
tanpa Ketaatan"

sekian, wallahu a'lam
salam ukhwah kepada antum semua daripada ana


Muhammad Za'im bin Kamarrulzaman
ex 401 / 507
8942
Electrical and Electronics Engineering
2nd year 2nd semester student
Universiti Teknologi PETRONAS


Dan KEMUDIANYA....~

ANGIN YANG BERTIUP KENCNG ~

Laporan dari Dewan Besar Kolej Islam Sultan Alam Shah.
Muktamar BADAR kali ke-27

~ 14 September 2008/ 14 Ramadhan 1429 ~


Alhamdulillah, setelah di’lemahkan’ dengan provokasi demi provokasi oleh kawan-kawan, akhirnya kaki ini berpijak juga ke KISAS semalam, untuk menghadiri Muktamar Sanawi BADAR, dengan kapasiti sebagai pemerhati- sudah dua tahun rupanya memori suka duka itu berlalu, dengan kenangan sewaktu ditaklifkan sebagai salah seorang pimpinan dalam tanzim BADAR, dan bagaimana betapa terusiknya rasa apabila melepaskan jawatan tersebut setahun kemudiannya. Masa berlalu begitu cepat. Alangkah!

Dan untuk kawan-kawan yang tidak berkesempatan hadir, ini khabarnya:

(1) Muktamar Sanawi BADAR kali ke-27 berjalan dengan lancar sehingga tamat.
(2) Tidak ada pengumuman pengisytiharan Exco untuk penggal seterusnya.
(3) Muktamar kali ini merupakan muktamar BADAR buat kali yang terakhir.



lantas air mataku terasa mahu mengalir serta- merta..mungkin terkejut mendeagr khabar angin yg bertiup selama ini benar rupanya..lantas aku membaca lagi;

Perkara (2) dan (3) boleh difahami dengan penjelasan berikut;

(a) Penukaran organisasi tanzim BADAR yang sedia ada (dengan kepimpinan
pelajar berdasarkan majlis syura) dengan sistem pemilihan kepimpinan pelajar
secara demokrasi ala parlimen.

Alasan pihak sekolah (secara spesifiknya Tn. Pengetua) ialah:

(i) Perlaksanaan sistem baru ini memperkemas lagi struktur organisasi
barisan kepimpinan kerana BADAR yang bakal di re-branding kan itu
diletakkan terus di bawah pentadbiran sekolah (HEM). Kelebihannya:

- Tiada lagi pertindihan aktiviti BADAR dengan aktiviti pihak sekolah.
- Kelebihan dan kepakaran guru-guru selain ustaz/ustazah dapat dimanfaatkan apabila diserapkan menjadi guru penasihat BADAR.
- Mengelakkan perpecahan dikalangan pelajar apabila selepas ini tidak timbul lagi isu budak KP vs budak BADAR
- Mengangkat imej dan reputasi KISAS sebagai antara sekolah kluster Malaysia.

Beberapa keraguan dan persoalan:

(1) Apakah metod sebenar pemilihan pelajar dalam ‘kabinet’ baru kelak.
(2) Adakah kabinet baru itu merupakan penjenamaan semula BADAR (dengan menteri-menteri dalam kabinet memegang portfolio yang sama, seperti yang terdapat dalam tanzim BADAR. Contohnya: Exco Tamrin digantikan dengan Menteri Aktiviti & Kegiatan Luar ) ATAU BADAR memang telah dimansuhkan/dihazafkan secara total apabila kabinet baru berkuatkuasa dengan portfolio menteri ditentukan pihak sekolah dan skop BADAR itu sendiri dikecilkan dengan diwujudkan satu menteri untuk unit kerohanian.
(3) Apakah perbezaan bidang kuasa antara KP dan kabinet yang bakal dibentuk.
(4) Mengapakah pihak sekolah (khususnya Tn. Pengetua) melakukan ‘reformasi BADAR’ ini secara tergesa-gesa? Apakah sistem yang sedia ada (syura) telah dibuktikan gagal dalam mengangkat kepimpinan pelajar dalam usaha untuk memikul amanah amar maaruf nahi mungkar di sekolah?

Dan semasa sesi soal jawab tadi, pengetua juga nampaknya tidak memberi jawapan yang konstruktif apabila diajukan persoalan berkaitan idea beliau mengenai pembentukan Kabinet yang baru.

Jawapan untuk (i) tadi: ~

- Aktiviti BADAR selama ini memang mengikut takwim sekolah, dengan takwim BADAR disediakan secepat mungkin supaya tidak berlaku pertindihan program antara program BADAR dan program sekolah.
- Perkara itu boleh dipertimbangkan untuk dilaksanakan. Bukan hal itu sahaja tetapi segala kekurangan lain boleh di ‘adjust’ kan. Tidak perlu kepada penghazafan BADAR.
- Tidak timbul masalah yang demikian kerana ramai juga Exco BADAR memegang jawatan sebagai KP dalam masa yang sama.
- Perlu diingat kelebihan KISAS berbanding SBP yang lain selama ini adalah kerana aspek pentarbiyahannya yang begitu unik. BADAR KISAS juga selama ini menjadi rujukan kepada SBP/SMKA yang lain. Apakah dengan mengekalkan BADAR, imej KISAS akan tercalit hina dan kredibilitinya selama ini akan tercalar?

Mungkin sebahagian dari kita berpendapat seperti yang berikut: ~

Tidak perlu bising-bising dengan pembaharuan ini kerana apa je yang boleh pelajar lakukan di dalam sekolah untuk menyekat pembaharuan yang berlaku? Lagipun lebih baik kita menumpukan gerak kerja dakwah di luar sekolah umpamanya di kampus-kampus yang seperti yang sedia maklum masalah yang berlaku adalah lebih serius berbanding di sekolah. Selain itu, budaya tarbiyah di KISAS memang makin lama makin terhapus.

Hal ini disebabkan banyak guru veteran telah meninggalkan sekolah dan digantikan dengan guru baru, yang memang tradisinya tidak mengetahui selok belok budaya di KISAS dengan baik.

Brought to you by : shattirs

Thursday, August 28, 2008

4 in 1..



~~ Ramadhan Yang Merdeka ~~

SUMBER : www.iluvislam.com

'~ Allahumma baariklana fi rajaba, wa sya'abana, wa balighna fi Ramadhan'~

Alhamdulillah, setinggi -tinggi kesyukuran mari sama-sama kita rafa'kan kepada Sang Pencipta yang sehingga kini masih lagi membuka ruang dan peluang buat kita meniti saat-saat akhir sebelum menjejakkan kaki ke Ramadhan yang Mulia. Ucapan terima kasih sekali lagi kita sembahkan pada Pemilik Agung Alam Semesta yang Maha Kasih pada hamba-hambanya, sehingga saat ini kita dilimpahi dengan pelbagai nikmat yang tidak terhingga.

~ Ramadhan vs Merdeka ~



Balai cerap seluruh negara akan menjalankan tugas masing-masing bagi menentukan tarikh 1 Ramadhan 1429 H yang dijangka jatuh pada 1 September 2008, Isnin depan. Namun persoalan yang ingin dilontarkan untuk percambahan minda bersama, sejauh mana persiapan ke arah memasuki bulan yang mulia ini telah kita persiapkan pada diri kita. Para sahabat didikan Nabi Muhammad s. a. w. yang tidak lekang dari bibir mereka kalimah zikir pada Allah, tidak melepaskan peluang 6 bulan sebelum Ramadhan dijadikan waktu untuk mensucikan diri dan membersihkan hati dari segala kotoran duniawi sebelum menyambut kehadiran bulan yang lebih baik dari seribu bulan ini.

Mungkin itu persoalan biasa yang dilemparkan kepada kita selaku insan awam yang kerap leka dan lalai untuk mengabdikan diri padaNya. Masalah kedua pula yang timbul adalah kehadiran Ramadhan kali ini bakal disambut secara besar-besaran oleh seluruh pelusuk masyarakat Malaysia yang penduduknya berbilang kaum, agama dan bangsa.

Tidak salah untuk masyarakat beragama lain meraikan kedatangan Ramadhan yang suci ini, tetapi apa yang dibimbangi dan menghantui penulis sehingga kini adalah sambutan secara besar-besaran yang bakal diadakan ini bukanlah untuk Ramadhan tetapi tarikh penting dalam negara iaitu Hari Kemerdekaan.

Saya bukanlah rakyat Malaysia yang anti-nasionalisme, bukan juga mereka yang tidak berjiwa merdeka dan jauh sekali untuk dikatakan sebagai makhluk jumud, malah prinsip dan etika hidup mengajar saya untuk menghayati bagaimana untuk mendalami erti kemerdekaan yang sebenar.

Saban tahun kita saksikan masyarakat Malaysia yang mengisytiharkan diri mereka 'merdeka' menyambut Hari Kemerdekaan dengan pelbagai aktiviti dan program yang telah menodai nilai kemerdekaan yang ada pada tarikh bersejarah itu.

Malam 31 Ogos sering kali menjadi tarikh penting untuk muda mudi berpesta dan bersuka ria berlatarbelakangkan persembahan konsert daripada artis-artis yang berpakej menyimpang dari norma kehidupan sebagai seorang warganegara Malaysia yang merdeka. Penganjuran program sambutan kemerdekaan yang berwajahkan aktiviti yang tidak menghargai penat lelah pejuang-pejuang kemerdekaan sering kali mendapat kutukan dan hamburan sinis dari sesetengah pihak yang ada nilai kesedaran dalam diri mereka, namun teguran dan nasihat sebegini dijadikan bahan gelak tawa mereka bahkan ada yang melabelkan nasihat tersebut sebagai 'musuh negara'.

Terang lagi bersuluh perkara yang sama bakal kita hadapi hanya beberapa hari yang akan mendatang. Sambutan ini bukan hanya mendapat penganjuran besar-besaran diperingkat nasional, malah sehingga peringkat akar umbi termasuk kampus-kampus yang menjadi kilang pemimpin masa depan turut dididik dengan budaya merosak dan menghina nilai kemerdekaan negara.

Selingan doa selamat dan nyanyian patriotik lagu-lagu kebangsaan sudah cukup untuk mengaburi mata rakyat dalam menyatakan pemimpin-pemimpin negara kita pemimpin yang berjiwa merdeka, sedangkan terlalu banyak aktiviti yang dijalankan telah menodai kesucian sebuah kemerdekaan. Inilah dia gambaran sebenar senario politik negara yang menjual maruah negara tanpa kita sedari walhal minda dan akhlak kita sedang dijajah oleh agenda Yahudi laknatullah.

Paling menyentuh hati dan membuatkan iman meronta apabila memikirkan persoalan 'Merdeka' yang bakal diasimilasikan bersama kehangatan sambutan 'Ramadhan'. Mungkin ada dikalangan mereka yang beragama Islam seperti yang tercatat di atas kad pengenalan mereka, sedang sibuk membantu menghiasi suasana untuk menyambut Hari Kemerdekaan yang jatuhnya sehari sebelum kehadiran Ramadhan.

Saya amat pasti dan yakin ada di antara mereka tidak langsung mempersiapkan diri untuk bersama-sama dgn Ramadhan, bahkan boleh dikatakan ada yang tidak sedar pun akan bahang dan kehangatannya merapati kita. Sungguh malang jadi orang Islam. Hal ini terbukti dan jelas berlaku dihadapan saya sendiri apabila seorang insan bergelar 'mahasiswa' terpinga-pinga dan membilang hari apabila saya nyatakan padanya kita akan berpuasa Isnin depan. Malang yang berganda.


~ Ramadhan Yang Merdeka ~



Mujur masih ramai di kalangan ummat Islam di Malaysia hari ini diberi sentuhan hidayah dari Allah untuk merasai bayu Ramadhan yang bakal menjelma ini. Mengapa saya tajukkan artikel ini sebagai Ramadhan yang merdeka? Apakah ia membawa erti seperti kupasan saya sebentar tadi- proses mengasimilasikan kehadiran Ramadhan bersama Hari Kemerdekaan??

Jauh panggang dari api. Sebenarnya ada dua pengertian secara pandangan peribadi terhadap ungkapan ini. Kedua-duanya mungkin membawa makna yang berbeza tapi tujuannya tetap sama.

Yang pertama 'Ramadhan Yang Merdeka' ini, suka untuk saya ertikan sebagai suatu platform kepada seluruh umat Islam di atas muka bumi ini untuk sama-sama kita merdekakan diri sendiri dari dibelenggu segala macam kekusutan duniawi sebelum kaki melangkah memasuki rumah Ramadhan yang mendatang. Kalau selama ini kita bergelumang dengan sampah maksiat, ambil peluang yang ada untuk memohon taubat dari Allah mensucikan diri dan hati. Semoga Ramadhan yang bakal kita lalui dapat kita kecapi kemanisannya dengan penuh penghayatan dalam keadaan diri yang telah disucikan.

'Ramadhan Yang Merdeka' ini juga sebenarnya membawa suatu makna tersirat yang signifikan. Pada hemat saya ia menjelaskan pada kita betapa kasihnya Allah pada hambanya dengan menyediakan satu bulan tarbiyyah sebagai medan untuk kita service kembali iman serta menjadikannya ia bekalan taqwa untuk kita tempuhi 11 bulan yang akan datang dalam keadaan diri kita merdeka dan bersih dari segala dosa dan noda. Graduan yang berjaya dengan cemerlang hasil didikan University of Ramadhan ini akan merasakan diri mereka merdeka daripada dibelenggu hasutan syaitan dan hawa nafsu yang sentiasa mencari ruang untuk melalaikan kita.


~Kata Akhir ~

Sebagai menggulung daripada apa yang terlintas di hati untuk dibincangkan bersama ini, marilah sama-sama kita hayati erti kemerdekaan sebenar dalam fasa menyambut tetamu Shahru Ramadhan yang didalamnya memiliki seribu satu nikmat dan rahmat dari Allah bagi mereka yang tahu menilainya. Selaku umat Islam yang bertamadun dan merdeka, seharusnya kita menjuarai persoalan sikap, akhlak dan etika dalam apa jua bidang kerana kita dibekalkan manual kehidupan yang cukup agung iaitu Al-Quranul Karim, Kalamullah.

Justeru jadikan kemerdekaan kali ini sebagai platform awal untuk kita berubah dan merubah ke arah suatu yang lebih synergic untuk membangunkan ummat Islam. Apa salahnya kita jadikan solat hajat dan juga munajat kepada Allah sebagai hiburan kita sempena menyambut Hari Kemerdekaan negara kita dan juga ketibaan Ramadhan. Semoga usaha kita mencegah diri kita dan saudara muslim kita yang lain dari melakukan kemaksiatan kepada Allah diawal-awal Ramadhan ini bakal mendapat ganjaran yang setimpal di akhirat kelak.

Shattirs : Mudah - mudahan Ramadhan yang menjelma nie akan lebih bermakna kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia..Amin ~

I wish you all a very happy, peaceful, spiritual and fulfilling Ramadhan, may Allah return it on all of humanity in peace and tranquillity.

Fasting is a test from God to purify your body and soal from nogative elements in what ever form it is.

The tyipical way of fasting is not to drink nor eat any thing from the Fajar prayer to the Magreb prayer.

~ TAHNIAH Dato Seri Anwar Ibrahim (Pakatan Rakyat) ~






Shattirs : Alhamdulillah....

Ya Allah Ya Rabb, sesungguhnya dengan kebesaran dan keagungan MU, dengan kekuasaan dan kehendak MU, hari ini 24 Syaaban 1429 bersamaan 26hb Ogos 2008, seluruh rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian dan kesejahteraan telah meraikan kejayaan kami dalam pertembungan dengan musuh kami yang zalim, UMNO/BN.

Sesungguhnya kerdil dan hinanya kami di sisi MU, Ya ALLAH. Kejayaan ini adalah lantaran limpah rahmat, pertolongan dan bantuan dari MU. Dan kami bersyukur ke hadrat MU, Ya ALLAH.

Hantar Abang balik Malaysia ~



:: Kat Cairo Airport ::

Shattirs : Dikesempatan ini,saya ingin mengucapkan Salam Ramadhan pada semua umat islam,tidak kira di mana jua kita berada.Mudah-mudahan kita semua mendapat rahmat dan nusrah dari ilahi.insyaAllah.

My Sis
: Angah,knp setiap tahun orang confius perkataan Ramadhan atau Ramadan ek?

Shattirs :Haa,tauxper,so,wawa (Nurul Amira Najwa),hari 2 mak (Guru Bhasa Melayu) kata yg betul ialah Ramadhan..~

~ Perkahwinan 4 pasangan pengantin di TANTA..~



shattirs : Semoga berbahagia hingga akhir hayat,AMIN..

Yang baju hijau n kopiah putih tu bila lagi ek ? biarlah menjadi rahsia.^_^

Brought to you by : shattirs

Sunday, August 24, 2008

Sekitar Konvo Abang

shattirs : Saya kira hujung bulan ni,minggu yang amat sibuk,tetapi tetap bersyukur dengan kelapangan masa yang diberikan ilahi.Saya berharap segala perancangan yang diatur berjaya dilaksanakan dengan sebaik mungkin,insyaAllah.

Banyak aktiviti-aktivti sepanjang bulan ni,antaranya sekitar Majlis Konvokensyen Abang di (ACC), Kaherah. ~ 24/8/2008 ~



::Prof Dr Syed Mohammad Tantawi (Syeikh Al-Azhar As- Syariff::




::Bersama Abang::




::Graduan & graduanita untuk tahun 2008::

shattirs : Banyak pengunjung setia blog shattirs mengharapkan saya dapat update' selalu blog ni,insyaAllah jika kelapangan nanti dan sudah tidak memegang apa2 amanah.

Ya Allah,sesunguhnya diriku sudah tidak sabar lagi untuk sampai ke Bulan Muliamu (Bulan Ramadhan,Oleh itu,rahmatilah kami semua,AMIN..~

Brought to you by : shattirs

Thursday, August 14, 2008

Teringat...



بسم الله الرحمن الرحيم

After so long, with nothing on the screen, and now i am back for writing.Today is August 14, 2008 .Right now the time is 04:36 pm thursday.Owh,so many things past through my life.Anyway,life must go on.Tiba- tiba nak tulis dalam Bahasa Inggeris,bukan apa paling kurang akan menambah words mahupun prosa kata untuk menulis nanti.I hope i can write much2 better especially at my blog,dunno much about blogging but i'll try to write as much as i can.I like to share stories and ideas too,who know's mybe it's a good for me n my friends.

May Allah bless us,thank you Allah for ur blessing and kindness..(Brateful is Everything).Hopefully my dream come true,insha Allah.Erm,semalam saya ada chat dengan seorang kawan dari Russia,saya amat tertarik dengan kata beliau: "Dear my beloved frend,try to luv what u have,dunt try to have what u luv".Owh,so nice and amazing for me.Bagi saya,kita perlu menghargai barang atau harta jika ianya milik kita,so i love my life,thanks Allah.

'Teringat' adalah tajuk entri untuk kali ini,teringat juga saya akan banyak peristiwa yang berlaku this year.Whatever,i think ada hikmahnya yang tersembunyi,kita sebagai hamba hanya mengharapkan yang terbaik untuk kesejahteraan hidup didunia dan diakhirat.

Bagi natijah' imtihan yang lepas,Ada kawan2 kata saya sengaja tak nak lulus,sebab nak mengerjakan haji hujung tahun ini,ada juga yang kata tempoh 4 tahun (1440 hari) tidak mencukupi,apa salahnya menambah setahun lagi,saya hanya tersenyum dengan bicara kawan-kawan,apa sekalipun Allah yang maha mengehtahui yang terbaik buat hambanya ini.Anyway,i would also like to congratulate all of my friends.Bagi yang tidak berjaya,tahun hadapan lakukan yang terbaik,memang ada hikmahnya yang tersembunyi,so keep in touch.Be the best for all my friends.



Sebenarnya,saya teringat disebalik kisah sewaktu pulang ke Malaysia pada tahun lepas.Lokasinya ( Cairo Aiport ).Setiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah,saya dan rakan-rakan terus menuju ke pintu masuk utama untuk check -in,disebabkan kawan - kawan yang lain tidak dibenarkan masuk (waktu tu polis banyak berkawal sebab hari tu merupakan hari hitam U.S.A'iaitu peristiwa 11/9 (Eleven september),saya hanya ditemani oleh us Baharuddin selaku kawan exco.Setelah mngucapkan selamat tingal kepada Baharuddin,maka saya pun mengerakkan langkah untuk masuk ke dalam tempat chek-in.

Sedang saya melangkah pergi untuk menimbang beg,tanpa saya sedari,saya telah disapa oleh seorang daripada 9 orang akhawat Malaysia.Setelah memperkenalkan diri mereka dari cawangan Iskandriah,serta mengatakan semuanya dari negeri Johor Darul Takzim.Pada pandangan saya,ini kali pertama mereka pulang ke tanah air (termasuk penulis),kerana saya lihat mereka tidak tahu hendak kemana.lantas saya teringat kalam Allah (Ar-rijal Qauwamuna Ala-Nisa').tanpa menoleh arus,saya pun membantu 9 orang akhwat Alex tadi dari proses chek-in sampailah kepada masa menungu untuk berlepas.

Saya ingatkan tugas sudah berakhir,rupanya khidmat saya diperlukan lagi untuk membantu kesembilan akhawat tersebut sehinggalah kami menaiki kapal terbang,sehinggakan seingat saya ada pelancong Jerman disebelah saya mengatakan akhawat disebelah saya tu ialah isteri saya (akhawat duduk disebelah).Tepat tempoh 10 jam 15 mnit (transit MUMBAI sejam),akhirnya kapal terbang Egypt Air,selamat tiba di KLIA, Kuala Lumpur.Saya hanya membiarkan 9 orang akhawat tadi menguruskan diri mereka sendiri,kerana saya rasa tiada apa yang perlu dibantu lagi.

Tetapi tidak, khidmat saya diperlukan lagi,kali ini untuk mengambil beg2 dan saya perlu membantu untuk akhwat yang menaiki tiket domestic'.Alhmdulillah,akhirnya saya selamat tiba dan juga selamat membantu 9 akhawat dari Alex tersebut.Ketika itu keletihan hilang kerana wajah2 insan tersayang sudah berada di hadapan mata.

Kesimpulan dari kisah teringat ini,bukan saya nak kata kaum hawa lemah,apa yang dapat saya simpulkan, ialah "Walaupun orang perempuan ni berjemaah (kumpulan)mereka tetap memerlukan seorang lelaki untuk membimbing mereka.Kerana mereka adalah tulang rusuk kiri yang bengkok,dengan adanya kaum adam yang dapat meluruskan tulang tersebut.Bahkan,antara hikmah Allah menciptakan lelaki dan perempuan adalah untuk saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain dan tolong menolong.

shattirs : Mak saya tanya siapa 9 orang tu,saya kata kawan sama belajar di Mesir,saya kata kat mak: 'Alhamdulillah mak,dapat jadi musyrif' terjauh setakat ni (merujuk Cairo - Kuala Lumpur)..(^_^)

shattirs : Jika antunna (akhawat Alex) terbaca tulisan ini,angaplah ianya satu pengalaman yang unik dan keikhlasan penulis untuk membantu ~


~ Selamat mengerjakan UMRAH buat sahabatku Meor Mohd khairul Anuar ~



.::this photo was taken at my home ( Aidilfitri 2007)::.


~ Ganjaran pahala dalam bulan Syaaban ~

SYAABAN adalah antara bulan mulia di sisi Allah. Ia adalah bulan membawa keberkatan, nikmat dan kesejahteraan bagi umat Islam seluruhnya. Justeru, Rasulullah SAW banyak berpuasa sunat pada bulan ini dan umat Islam melipatgandakan amal ibadat.

Namun, Rasulullah SAW pernah menegaskan, kedatangan Syaaban tidak begitu diraikan dan disambut penuh kesyukuran kerana ramai leka, lalai serta alpa merebut ganjaran Allah sediakan sepanjang Syaaban.

Mereka tidak mengambil kesempatan untuk beramal ibadat sebanyak mungkin seperti mereka bersungguh-sungguh meluangkan masa untuk beribadat kepada Allah pada Ramadan.

Adat jahiliah dulu, orang Makkah lebih mengutamakan dan memuliakan Rejab dan melupakan Syaaban.

Usamah bin Zaid berkata: Aku bertanya Rasulullah SAW mengenai Syaaban kerana aku tidak pernah lihat Baginda banyak berpuasa sunat seperti Baginda berpuasa dalam Syaaban. Baginda SAW menjawab: “Bulan yang banyak manusia lalai padanya ialah antara Rejab dan Ramadan. Pada bulan Syaaban akan diangkatkan segala catatan amalan hamba kepada Allah. Dengan itu, aku amat suka supaya diangkatkan segala amalanku ketika aku sedang berpuasa.” (Hadis riwayat Ahmad dan Nasa’i)

Segala amal ibadat setiap Muslim sebenarnya diangkat oleh malaikat pada tiap-tiap hari, manakala amal ibadat bulan Syaaban bolehlah dikatakan sebagai laporan tahunan disediakan malaikat untuk dibawa ke hadrat Allah SWT.

Setiap Muslim sewajibnya menginsafi bahawa segala gerak geri, tindakan, perkataan, lintasan niat di hati akan dicatatkan malaikat tidak kira sama ada besar atau kecil. Firman Allah bermaksud: “Dan demi sesungguhnya Kami mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan hatinya, sedangkan (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya. Ketika dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya dan yang satu lagi di sebelah kirinya. Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkan (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).” (Surah Qaf, ayat 16-18)

Menginsafi pengawasan malaikat Atid dan Raqib, di samping pengawasan secara langsung daripada Allah, manusia akan sedar dan insaf serta menghentikan amalan keburukan.




~ Masjid simbol keagungan Islam ~

~ Nisfu Syaaban ~

Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.

Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.

shattirs : Mari kawan-kawan kita menghidupkan bulan Syaaban yang mulia ini.

shattirs : Makluman juga coretan shattirs (siri 3) tidak akan ditulis di dalam blog ini,harap maklum~

Brought to you by : shattirs

Thursday, August 7, 2008

Rehlah Thaqafi ke Alexandria

Oleh : Ibnu Fauzi As-Syatiri ~

shattirs : Pada hari selasa (5/8/08)yang lepas,saya dan beberapa orang sahabat berpeluang mengunjungi Bumi Alexandria (Iskandriah),pada awal kunjungan hanya ingin menemui seorang sahabiah disana,tetapi dengan masa yang diberi ilahi,kami telah dapat mengunjungi beberapa tempat menarik di sekitar Alexandria.Di sini,saya sertakan beberapa keping gambar khas untuk pengunjung Blog Shattirs.

~ Jalan - jalan ke Alexandria ~


Bertolak dari Bumi TANTA : 7.00 a.m


Kat dalam Perpustakaan Alexandria


Kat luar Makam


Bersama Abang Mahyuddin


Kat Makam


Kat makam lagi


Naik Bas kat tgh2 Alex


Kubu Pertahanan Salehuddin Al-Ayubi


Melihat & Berfikir


Bandar Alexandria


Bawah tanah (dalam Masjid Nabi Danial)


Tepi pantai


Di hadapan Makam Lukman Al-Hakim ,kat sebelah tu Makam Nabi Danieal

shattirs : sebenar banyak lagi gambar,boleh dilihat kat Frenster ~
http://profiles.friendster.com/user.php

Banyak kenangan yang menarik,antaranya dapat melihat Presiden Mesir (Hosni Mubarak dgn Suzzane Mubarak) lebih dekat,masa tu kami baru sahaja selesai mengunjungi Perpustakaan Alexandria,kelihatan beliau baru sahaja selesai mesyuarat bersama menteri kanan negara Mesir kat hadapan bangunan perpustakaan.Alhamdulillah,selamat tiba ke Bumi TANTA tepat jam 12 tengah malam.

Brought to you by : shattirs

Monday, August 4, 2008

Perjuangan Islam



بسم الله الرحمن الرحيم


Demi Allah yang menciptakan langit dan bumi..Demi Allah yang menciptakan bulan dan matahari..aku memohon kepadamu selamatkan perjuangan Islam di Malaysia dan seluruhnya.kurniakan nusrah pada pimpinan kami.

Hari ini aku rasa tenang setelah keresahan dan kerisauan yg bermain dibenak fikiranku. tentang cadangan pembubaran pas dan umno tubuh parti baru berlandaskan islam.khuatir dengan cadangan tersebut jika perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas ditohmah dan dituduh tidak konsisten terhadap polisi dan dasar yang diperjuangkan selama ini.kerana sanggup bersekongkol dengan parti umno yg diketahui umum kezaliman pimpinannya,kepincangan parti mereka dan pembawakannya,parti yang sanggup melakukan apa sahaja demi menjamin survival politik mereka.

Apabila diteliti cadangan mursyidul am.yang diketahui kewarakannya ketaqwaannya kepada Allah serta jelas kefahamannya mengenai perjuangan islam.rasa tenang dalam hati ini.kita perlukan thiqah ( kepercayaan ) kpd pimpinan Islam yg berilmu dan bertaqwa. kalau insan sedemikian tidak boleh dipercayai , saya tidak tahu insan bagaimana yg boleh meyakinkan semua orang.Nabi sendiri sewaktu perjanjian hudaibiyah pernah menimbulkan rasa tak puas hati dikalangan sahabat. tetapi , mereka tidak keluar dari kerangka adab dan kepercayaan dan ketaatan mereka kpd nabi.

masalah yang timbul bukan masalah pergabungan parti yang baru atau lama.tetapi perjuangan islam itu sendiri. kepentingan Islam mengatasi segalanya. melewati batas bangsa dan bahasa dan jua melewati batas parti, parti hanya platform , Asasnya ialah Islam.maka ia terbuka kpd siapa jua untuk menerima Islam dan apa pun nama platform itu.

Akhir sekali saya menyeru para pendokong dan penyokong yang cintakan perjuangan islam usah kita ragui perjuangan islam yang dibawa oleh pimpinan Pas. kalau kita sayang kpd parti dan islam , saya yakin pimpinan kita juga teramat sayang kpd parti dan islam ini.semoga Allah memberi nusrah pada pimpinan kita.

Mohd ZulFadli Abd Halim
Tahun 3 ,Syariah & Undang-Undang
TANTA,Egypt.

http://ashabb.blogspot.com

SMKT DPM TANTA ~

shattirs : Terima kasih untuk semua..~



Brought to you by : shattirs

Tuesday, July 22, 2008

Coretan Shattirs (siri 2)



:.Bersama Abang Janggut.:

Sambungan coretan shattirs (siri 1) ~

shattirs : Alhamdulillah,akhirnya dapat juga saya luangkan sedikit waktu untuk menulis sambungan coretan shattirs bagi siri yang lepas.Saya tahu ramai kawan-kawan mahupun pengunjung setia blog shattirs sudah tidak sabar lagi untuk mengehtahui coretan shattirs untuk siri ke 2.Usai Perkampungan Tok Sagor baru sahaja selesai,4 hari saya di Kaherah,termasuk 2 hari di Haiyu Asyir dan sehari di ARMA.Niat dihati mahu menetap sehingga hujung bulan ini di Kaherah,akan tetapi tangungjawan lebih banyak dari masa,saya perlu kembali ke bumi Tanta kerana ada beberapa urusan yang perlu diuruskan (Kebajikan Ahli Tanta).

Selesai Program Hari keluarga DPM TANTA (MMKT) dan Perkampungn Tok Sagor (BKAN PERAK),program PMP (Perkhemahan Musim Panas)akan menyusul pula di tmbah dengan Piala Malaysia anjuran PMRAM sehingga penghujung bulan 7 ini.Bagi saya, pengisian yang dirancang di peringkat PMRAM,DPM,mahupun BKAN amat memberi faedah kepada pelajar Malaysia yang tidak pulang ke Malaysia.Tanpa kita sedari,ikatan mahupun tautan ukhwah sesama muslim akan bertambah erat dan kuat.

Natijah peperiksaan sudah semakin hampir untuk diketahui,harapan dari shattirs,mudah-mudahan semua kawan-kawan tak kira di mana berada akan memperolehi keputusan yang cemerlang.Ingatlah kita sebagai pendukung mahupun penerus perjuangan Islam perlulah membuktikan kepada masyarakat dengan memperolehi kejayaan di dalam pembelajaran seiring dengan kecantikan akhlak dan peribadi seorang muslim mahupun muslimah untuk mencari rahmat dan redha Allah taala.Ini amat pentig,supaya generasi azhari dan azhariyat tidak menjadi fitnah apabila pulang ke tanah air nanti.

Kembali kepada coretan shattirs (siri 1) yang lepas,ada kawan-kawan kata saya terlalu berani menulis perihal peribadi,dan terlalu berterus terang.Bagi saya,senario masyarakat zaman teknologi yang makin mencabar ini,kata-kata yang terang lagi bersuluh adalah jalan terbaik daripada kata-kata yang berlapik-lapik yang sering memerlukan kefahaman yang jitu untuk memahami maksud perkataan yang diucapkan.Bukan niat dihati untuk mencari popularati mahupun mencipta bahan bualan orang,akan tetapi naluri dan fitrah telah menyatakan sebegitu.Moga-moga ianya saling menguntungkan antara satu sama lain.Maksudnya saya perlu lebih berhati-hati untuk penulisan seterusnya kerana semua tulisan saya rupanya menjadi perbincangan kawan-kawan terutamanya di mesir ini.

coretan shattirs siri 1..~

" Cuma yang bermain difikiran saya sehingga harini,mengenai pesanan arwah tok li supaya saya mencari calon isteri dikalangan anak dara dari Taiping.

Mungkin persoalan ini akan diulas panjang untuk coretan shattirs siri ke 2,nantikannya..!"


Nampaknya tulisan saya ini menjadi perhatian seluruh kawan-kawan samadaa di Malaysia mahupun di Mesir ini.Bagi saya tak semestinya orang Taiping yang menjadi pilihan dihati,anak dara dari Kuala Kangsar,Balakong,Kuala Lumpur mahupun ditempat-tempat lain juga boleh dijadikan pilihan.Mungkin disana disebabkan asal keluarga belah Abah dari sana.Lagipun saya masih teringat Arwah Tok cakap kalau di Perak,memang anak2 dara di Taiping yang terbaik.Mungkin bagi orang lama,ada kewajaranya.Bagi pihak lain,mereka merasakan mana-manapun sama sahajakan,tak semestinya anak dara di Taiping pilihan yang terbaik.mana tahu,anak dara di selatan Thailand lebih menjadi daya tarikan.

Dengan kenyataan sebegitu,tidak semestinya saya meng'iya'kan kenyataan kawan2 yang mengatakan orang Taiping pilihan di hati,apa yang ingin saya nyatakan,biarlah ianya menjadi rahsia peribadi,benda baik nanti,semua orang akan tahu,buat apa nak disembunyikan.lagipun antara objektif kelurga datang ke Mesir hujung tahun ini adalah untuk tujuan yang sama,mungkin ianya akan diulas untuk coretan shattirs yang terakhir (siri 3).Nantikan..!

coretan shattirs siri 1~

" Sebenar Exco-exco BKAN PERAK amat unik,terutamanya Exco dakwah Hewi Perak,nak tahu kenapa saya cakap begitu,nantikan sambungan seterusnya coretan shattirs siri ke 2..."

Sebenar maksud 'unik' tu ialah ada kerjasama yang jitu antara Exco ikhwah dan Exco akhwat.Dengan keunikan itulah menjadikan BKAN PERAK dan BKAN2 yang lain mudah menjalankan sesuatu program dengan berjaya,tapi kdang - kadang jangan bermesyuarat terlalu lama,tetapi keputusan hanya sedikt yang diperolehi.Berkenaan kenyataan saya yang mengatakan Exco Dakwah Hewi Perak paling unik antara yang unik,tidak ada apa yang ingin diungkapkan.Mungkin bagi saya amat unik sebab,ustaz saya (Pensyarah UIA),pernah berkata,kalau nak cari calon isteri di Mesir,carilah yang pernah memegang jawatan Exco Dakwah Hewi Perak.Saya pun tak tahu kenapa beliau bercakap begitu,mungkin pengalaman beliau semasa belajar disini dahulu bnyak memberikan pengalaman mahupun keunikan yang tersendiri.

Berdasarkan pemerhatian saya dan mendengar pengalaman kawan (Us Hasnizam ),mantan YDP Perak,beliau kata memang ada uniknya,sebab saban tahun,mereka yang memegang mahupun dipilih Exco Dakwah Hewi Perak lengkap serba sebi orangya.Sebab tu ramai ikhwah-ikhwah yang telah memulakan langkah ke arah masa depan setiap tahun.Bagi saya,'Erti hidup dengan mencari' memang ada baiknya.

Sambungan Biodata shattirs ~

Saya tambah sedikit profil lengkap saya untuk tatapan pengunjung blog shatirs :

Anak ke 2 dari 4 ~

Mohd Khairil Hafizi,Mohd Helmi,Mohd Saiful Islam,Nurul Amira Najwa..~

Tarikh Lahir : Malam Jumaat :25/12/1985..~

Pengajian..~

Pasti Al- Munir -- Sek Ren.Islam Al-Munir--Madrasah Taufiqiah Khairiah Al-Halimiah (Pondok Pak Ya)--SMA Maahad Al-Islah--SMA Izuddin Shah--Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS)--Pondok Pak Teh (Pengkalan Hulu)--UKM --Al-Azhar University,TANTA,Egypt..~

Baikla,setakat ini dahulu coretan shattirs (siri 2),kita bertemu kembali untuk siri terakhir (3) nanti.Saya perlu bersiap untuk ke kaherah malam ini,usai SPEKTRUM baru bermula..."

shattirs "
Tanta Scan..
12.30 a.m






UNTUKMU PASLESTIN..~


Sumber: islam.net

The Wrathful~

O pupils of Gaza . . .

Teach us . . .

A little of what you have

For we have forgotten . . .

Teach us . .

To be men

For we have men . .

dough they become . . .


Teach us . .

How the rocks become

in the children's hands,

precious diamond . .



How it becomes

The child's bicycle, a mine

And the silk ribbon . .

An ambush . .



How the feeding bottle nipple . .

If detained not

Turns into a knife . . . .



O pupils of Gaza

Care not . .

about our broadcasts . .

And hear us not . .



Strike . .

Strike . . .

With all your powers

And firmly in your hands take matters

And ask us not . .



We the people of arithmetic . .

And of addition . .

And of subtraction . .

Your wars do carry on

And abstain from us . .



We're the deserters

from the service,

Your ropes do bring

And hang us . . .



We're mortals . .

Who possess not tombs

And orphans . .

who possess not masters



We kept already to our rooms . .

And we asked you

To fight the dragon . .



We've diminished, before you

A thousand century . .

And you've grown

-Within a month-Centuries . .



O pupils of Gaza . .

Return not . .

To our writings . . And read us not

We're your fathers . .

Do resemble us not . .

We're your idols . .

Do worship us not . .



We engage in

Political lies . .

And repression . .

And we build graves . .

And jails . .



Liberate us . .

From the fear problem in us . .

And expel

The opium from our heads . .



Teach us . .

The art of adherence to the Land,

And leave not . .

The Messiah saddened . .



O our beloved children

Salam . .

May Allah render your day

Jasmine . . .

From the cracks of ruined earth

You emerged forth

And planted in our wound

Musk rose . .



This is the revolution of notebooks . .

And ink . .

Do become on the lips

melodies . .



Shower us . .

Heroism, and pride

And from our ugliness wash us

Wash us . .



Fear neither Moses. .

Nor Moses' spell . .

And ready yourself

To harvest the olives



Verily this Jewish age

is an illusion . .

That shall collapse . .

Albeit sureness we possess . . .



O madmen of Gaza . .

A thousand welcome . . .

in madmen,

If they liberate us



Verily the age of political reason

has long bygone . . .

Do teach us madness . . .




الغاضبون

يا تلاميذَ غزَّةٍ...

علّمونا..

بعضَ ما عندكمْ

فنحنُ نسينَا...

علّمونا..

بأن نكونَ رجالاً

فلدينا الرجالُ..

صاروا عجينا..


علِّمونا..

كيفَ الحجارةُ تغدو

بينَ أيدي الأطفالِ،

ماساً ثمينَا..

كيفَ تغدو

درَّاجةُ الطفلِ، لُغماً

وشريطُ الحريرِ..

يغدو كمينَا


كيفَ مصّاصةُ الحليبِ..

إذا ما اعتقلُوها

تحوَّلتْ سكّينا...


يا تلاميذَ غزَّةٍ

لا تُبَالوا..

بإذاعاتنا..

ولا تسمَعُونا..


إضربوا..

إضربوا..

بكلِّ قواكمْ

واحزموا أمركمْ

ولا تسألونا..


نحنُ أهلُ الحسابِ..

والجمعِ..

والطرحِ..

فخوضوا حروبكمْ

واتركونا..

إنّنا الهاربونَ

من خدمةِ الجيشِ،

فهاتوا حبالكمْ

واشنقونا...


نحنُ موتى...

لا يملكونَ ضريحاً

ويتامى..

لا يملكونَ عيونا


قد لزمنا حجورنا...

وطلبنا منكمُ

أن تقاتلوا التنّينا


قد صغرنا أمامكمْ

ألفَ قرنٍ..

وكبرتُمْ

-خلالَ شهرٍ- قرونا


يا تلاميذَ غزَّةٍ

لا تعودوا...

لكتاباتنا.. ولا تقرأونا

نحنُ آباؤكمْ..

فلا تشبهونا

نحنُ أصنامكمْ..

فلا تعبدونا..


نتعاطى القاتَ السياسيَّ..

والقمعَ..

ونبني مقابراً...

وسجونا


حرِّرونا

من عُقدةِ الخوفِ فينا..

واطردوا

من رؤوسنا الأفْيونا..


علّمونا..

فنَّ التشبُّثِ بالأرضِ،

ولا تتركوا..

المسيحَ حزينا..


يا أحبّاءنا الصغارَ..

سلاماً..

جعلَ اللهُ يومكمْ

ياسمينا

من شقوقِ الأرضِ الخرابِ

طلعتمْ

وزرعتمْ جراحنا

نسرينا


هذهِ ثورةُ الدفاترِ..

والحبرِ..

فكونوا على الشفاهِ

لُحونا..


أمطِرونا..

بطولةً، وشموخاً

واغسلونا من قُبحنا

إغسلونا..

لا تخافوا مُوسى

ولا سحرَ موسى..

واستعدّوا

لتقطفوا الزيتونا

إن هذا العصرَ اليهوديَّ

وهمٌ..

سوف ينهارُ..

لو ملكنا اليقينا..

يا مجانينَ غزَّةٍ

ألفُ أهلاً...

بالمجانينِ،

إن هُم حرّرونا

إن عصرَ العقلِ السياسيِّ

ولَّى من زمانٍ

فعلّمونا الجنونا..

shattirs: Ya Allah,selamatkanlah Bumi Palestin dari musuh Israel laknatullah.Amin ya Rabb.~

Brought to you by : shattirs

Friday, July 11, 2008

Coretan Shattirs (siri 1)


:.Bersama Abang.:

Assalamualaikum~

shattirs :Buat pertama kalinya,saya rasa ini kali pertama menulis entri berkaitan coretan shattirs.Untuk makluman, blog shattirs tidak ada tajuk khusus,mana yang saya rasa nak tulis mahupun dikongsikan bersama pembaca,maka itulah yang dapat dilihat.Jika ditakdirkan suatu hari nanti menjadi ahli politik Malaysia,mungkin blog shattirs ini bertukar wajah blog politik.Siapa tahu Blog shattirs akan bertukar tajuk menjadi Dunia shattirs,dari apa yang saya tengok kebanyakan blog serikandi banyak berkisar perihal diri,serta luahan perasan mahupun skrip kehidupan yang mahu dikongsi bersama.

Sebagai permulaan ,ini yang dapat saya sajikan.Sajian berupa pelbagai jenis menu masakan.Moga-moga masakan ini sedap dijamah bersama.Sengaja saya tidak memasukkan perihal berkaitan politik Malaysia,walaupun saban hari perihal Malaysia mesti kuketahui.

Sebagaimana kita tahu,peperiksan sudah lama melabuhkan tirainya,maka ramailah mahasiswa/wi Al-Azhar yang saban tahun berduyun-duyun pulang ke Malaysia.Mudah-mudahan selamat pulang dan selamat kembali,Amin.Oleh itu,banyak yang saya dengar,kawan-kawan disini akan melangsungkan perkahwinan,harapan dari shattirs semoga berbahagia hingga akhir hayat,serta dikurniakan anak yang soleh dan solehah.Meskipun saya antara golongan yang tidak bersetuju dengan fenomena perkahwinan dan pertunangan ketika dialam pembelajaran seorang mahasiswa,tetapi terpulang kepada mereka yang rasa ada kewajaranya.

Jika anda semua perasan,akhir-akhir ini, blog shattirs banyak berkisar berkaitan aspek hubungan antara lelaki dan perempuan mahupun aspek berbuat baik (kebajikan) yang mesti menjadi keutamaan seorang yang digelar mahasiswa/wi.Bagi entri selepas ini, saya lebih suka menulis apa yang berlaku disekeliling mahupun berkongsi idea-idea untuk kebaikan bersama.


Tahniah untuk Abang (Mohd Khairil Hafizi)~


Yea,ucapan tahniah mesti diucapkan untuk Abang saya di Shoubro,tahun akhir sudah berjaya,natijah sudah diketahui,moga-moga balik menjadi pejuang harapan ummah,insyaAllah.Tidak boleh balik dulu,sebab keluarga nak datang mesir hujung tahun ini,mungkin masa tu boleh balik sekali.

Bercakap tentang kehadiran keluarga tercinta ke bumi Ardul Kinanah ini,tak sabar rasanya,ingin membawa kelurga tercinta meneroka peninggalan Ulama silam serta rahsia keajaiban di bumi Mesir ini termasuk Universti Al-Azhar.Tok dan Mak Teh saya antara orang yang tidak sabar untuk datang ke sini.Mudah-mudahan impian keluarga tercapai untuk datang serta impian saya juga tercapai untuk bersua dengan keluarga tercinta.

Berbalik kepada senario di Mesir ini,tiba-tiba saya teringat kenangan lama yang masih menjadi ingatan kebanyakan ikhwah dan akhwat perak,kenangan ketika mula-mula sampai di Mesir,seingat saya hari tu ialah program untuk mahasiswa/wi baru STAM Perak.Saya berlakon menjadi Penjahat gangster yang tidaklah jahat saya rasa.Tetapi aksi malam itu rupanya masih mnjadi bualan sebahagian ikhwah mahupun akhawat Perak.Mungkin lakonan sebegitu menjadi kesan yang luar biasa sehingga hampir 3tahun pun ianya masih diingati.

Biodata shattirs ~

Ada kawan-kawan blog yang suruh saya tulis entri berkenaan profil lengkap saya.insyaAllah jika saya tidak keberatan,maka aderla tulisannya nanti.Mungkin sedikit info diri shattirs.Saya dilahirkan di Taiping dan membesar di sana.Setelah 6 tahun di Taiping telah berpindah ke Teluk Intan yang menjadi penempatan tetap sehingga kini.Cuma yang bermain difikiran saya sehingga harini,mengenai pesanan arwah tok li supaya saya mencari calon isteri dikalangan anak dara dari Taiping.

Mungkin persoalan ini akan diulas panjang untuk coretan shattirs siri ke 2,nantikannya..!

Minggu ini jadual saya amat padat,selain aktiviti persatuan di Tanta,jadual kuliah saya di Tanta dan Kaherah tetap diteruskan.Tanggungjawab lebih banyak dari masa.
Di Tanta dengan MMKT,manakala di BKAN PERAK ,ada program Tok Sagornya.Setiap tahun akan ada exco Bkan Perak yang akan menjemput saya melalaui ym,kerana mereka tahu saya agak susah untuk balik ke BKAN PERAK.Saya tahu ada rakan-rakan yang tertanya-tanya mengapa saya jarang nampak di BKAN PERAK.Saya rasa saya ade jer,banyak kali jugak saya sertai program di BKAN PERAK,kerana saya rasa bakal orang rumah ada disana.

Sebenar Exco-exco BKAN PERAK amat unik,terutamanya Exco dakwah Hewi Perak,nak tahu kenapa saya cakap begitu,nantikan sambungan seterusnya coretan shattirs siri ke 2...

..
shattirs : 3:45 a.m

Brought to you by: shattirs

Monday, July 7, 2008

Nilai Kebajikan & Persahabatan



~Perak beri air percuma, ganjaran ke IPTA~

Sumber: Harakahdaily

IPOH, 7 Julai (Hrkh) - Kerajaan Negeri Perak akan membekalkan 20 meter padu air percuma kepada penduduk miskin yang berpendapatan kurang daripada RM750 sebulan bermula Ogos ini, kata Menteri Besar Perak Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Bernama melaporkan bahawa, kerajaan negeri telah mengenal pasti seramai 15,000 penduduk miskin di negeri ini untuk menerima kemudahan itu dengan anggaran kos perbelanjaan yang ditanggung Lembaga Air Perak (LAP) sebanyak RM2 juta sebulan.

"Pemberian air percuma itu adalah sebahagian daripada sumbangan kerajaan negeri kepada penduduk miskin di Perak bagi meringankan beban mereka berikutan harga barang yang semakin meningkat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohammad Nizar yang juga pengerusi LAP berkata, bekalan air percuma itu akan diberikan kepada mereka yang mempunyai meter individu di kediaman masing-masing.

Perak kini merupakan negeri kedua selepas Selangor yang membekalkan 20 meter padu air percuma mulai 1 Jun lepas sebagai memenuhi janji dalam manifesto pilihan raya umum Mac lepas.

Dalam perkembangan lain, Menteri Besar berkata kerajaan negeri juga memberi ganjaran RM1,000 seorang kepada anak negeri ini yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Katanya bagi menuntut wang ganjaran itu, pelajar perlu datang sendiri berjumpa dengan Exco pendidikan, Nga Kor Ming dan perlu membawa dokumen pengenalan diri dan surat tawaran ke IPTA.

"Hanya segelintir sahaja pelajar yang datang ke pejabat ini untuk meminta bantuan melanjutkan pelajaran ke IPTA setakat ini atau mungkin mereka tidak mengetahui adanya sumbangan seperti itu," katanya.

shattirs : Ayuh!menjana kecemerlangan umat Islam di negeri Perak..~

~Jumpa lagi kawan-kawanKU.~



shattirs : Semoga selamat sampai hendaknya buat sahabat-sahabatku (Afif,Wan O,Syafiq)

Brought to you by : shattirs