Keluarga SHATTIRS

Keluarga SHATTIRS
Assalamualaikum WBT

SHATTIRS Followers

Popular Posts

Saturday, June 26, 2010

Kisah ULAMAK masuk UMNO?


::Wajah bakal ULAMAK::

PAS tidak gentar ribuan orang agama sertai Umno

BERITA 1 ~

KUALA LUMPUR, 26 Jun: Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad (gambar) menegaskan, parti itu tidak gentar dengan kemasukan 40 orang yang berlatar belakang agama menyertai Umno.

Katanya, kalau beribu-ribu menyertai Umno pun PAS tidak takut, lebih-lebih lagi yang menyerahkan borang semalam adalah mereka yang tidak diketahui langsung dari mana kedudukan mereka di tengah-tengah masyarakat.

“Saya cuba hubungi rakan di Fakulti Islam UKM untuk bertanya seorang yang masuk menyertai Umno itu pensyarah Fakulti Islam, rakan saya beritahu, beliau pun tidak kenal,” ujarnya.

“Jikalau beliau yang menjadi pensyarah senior di Fakulti Islam UKM pun tidak kenal, macam mana pula Pak Mat di Dabong, Gua Musang dan Mak Minah di Hulu Tembeling Pahang hendak kenal,” ujarnya sinis.

Tegasnya, perjuangan PAS bukan menentang peribadi tetapi menentang dasar Umno.

Menurutnya, sesiapa sahaja yang memimpin Umno, PAS akan tentang selagi mempertahankan dasar Umno yang membawa perkara munkar dan mengkhianati amanah negara dan rakyat.

PAS, jelasnya tidak pernah berundur walau setapak untuk menyatakan Umno parti yang tidak betul.

Beliau berkata, PAS yakin mereka yang berlatar belakang agama dalam Umno tidak ke mana akhirnya kerana hanya akan menjadi kupang tembaga yang digunakan ketika hendak melawan hujah PAS.

“Itu pun bukan secara berdepan. Mereka hanya berani bercakap ketika seorang diri tanpa di pihak lawan. Beberapa kali PAS ajak berdebat sampai hari ini tidak pernah disahut,” katanya lagi.

Tambahnya, PAS juga yakin bahawa Umno bukan tempat untuk orang agama berjuang.

Sekadar menyebut beberapa nama mereka di dalam Umno yang mempunyai kelulusan yang lebih tinggi dan pengaruh yang lebih hebat daripada 40 orang yang baru menyerah borang menyertai Umno, beliau bertanya ke mana perginya mereka yang berkenaan.

Antaranya ialah Dr Hamid Othman (bekas Prof Madya UKM BA Azhar, Phd UK) , Dr Abdullah Mohd Zin (bekas Prof Universiti Sains Islam Malaysia USIM, BA Madinah, Phd UK), Dr Yusof Nor (bekas Prof Madya UKM, Phd Mesir), Brg Jeneral Hamid Zainal Abidin, Dr Ismail Mat (UKM), Ustaz Nakhaei Haji Ahmad di persada politik umno.

Justeru, ujarnya PAS merasa hairan ketika kapal Umno hendak tenggelam dan penyakit barah Umno sudah sampai kepada peringkat keempat untuk ditalqinkan, tiba-tiba ada mereka yang berlatar belakang agama bersama-sama dengan Umno untuk karam sama.

“Sewaktu anak-anak muda yang memakai subang sebelah dan wanita yang tidak bertudung bersama gerakan untuk menukar kerajaan BN kepada kerajaaan Pakatan Rakyat, tiba-tiba mereka yang belajar agama boleh bersekongkol dengan Umno.

“Parti yang rapuh, penuh dengan sarat rasuah, moral yang rendah, mengkhianat wang rakyat dan pembaziran, mengambil APCO Yahudi sebagai penasihat, hak milik negara digadai kepada Singapura dan Brunei,” katanya.

Tegasnya, PAS yang berpegang kepada dasar Islam, ulama yang muttaqin menjadi rujukan akan terus mara ke hadapan untuk menyelamatkan rakyat dan negara daripada kehancuran.


BERITA 2 ~

Jumpa Najib, bukan semua masuk Umno

KANGAR, 27 Jun: Walaupun begitu gah Umno mencanangkan di media massa bahawa seramai 40 orang ulama muda telah menyertai parti itu kelmarin, namun maklumat yang diperolehi hanya sebahagian sahaja yang benar-benar berbuat demikian.

Sebaliknya pula, ada sebahagian daripada mereka yang berada di dalam majlis tersebut telah terpedaya dengan mainan politik bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Menurut Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman, ada beberapa orang yang datang dari Perlis untuk berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tujuan yang lain, sebaliknya telah terperangkap dengan sandiwara politik mainan Shahidan.

"Shahidan telah mengambil kesempatan dengan kehadiran mereka untuk tujuan politiknya. Mereka mewakili Persatuan Al-Islah Perlis yang pergi untuk berjumpa Najib bagi membersihkan nama persatuan mereka yang turut dikaitkan dengan isu terkini iaitu Jemaah Islamiah (JI) dan keganasan.

"Salah seorang mereka adalah tenaga pengajar di sekolah kita di Jejawi, Ustaz Wahab Abdullah. Dia bukan pergi serah borang Umno, tapi untuk membersihkan nama persatuannya dari dilabel sebagai pengganas. Maklumat yang kita dapat bukan sampai 40 orang pun yang menyertai Umno," jelasnya dalam majlis ceramah di Markas Tarbiah PAS Padang Besar di Santan dekat sini malam tadi.

Ustaz Wahab adalah tenaga pengajar di Al-Madrasah Ad-Dinniah Al-Islamiyah (MADI), salah sebuah sekolah kelolaan PAS Perlis.

Shattirs :Bagi saya,amat malang jika mereka yang belajar agama,malah jelas kefahamannya menyokong kezaliman serta menjadi sebahagian daripada golongan tersebut.Sebagai Mahasiswa/wi tidak kira dimana jua kita berada,berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara.

Brought to you by : shattirs

Muslimat PAS sambut baik wanita solat Jumaat


::Gambar Hiasan::


Muslimat PAS sambut baik wanita solat Jumaat
~

Sumber : Harakahdaily.net

KUALA LUMPUR, 26 Jun: Muslimat PAS menyambut baik serta gembira dengan saranan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar wanita turut menunaikan solat Jumaat seperti yang dilakukan kaum lelaki.

Ketuanya, Ustazah Nuridah Mohd Salleh (gambar) berkata, walaupun ada segelintir pihak menganggap saranan itu sebagai sesuatu yang janggal, namun ianya amat relevan pada masa kini dan apa yang lebih penting, Islam sendiri tidak menegah wanita daripada berbuat demikian.

Apatah lagi ujarnya, dengan menunaikan solat Jumaat, wanita boleh bersama-sama mendengar khutbah yang disampaikan oleh khatib untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

"Ini satu saranan yang baik kerana dengan menunaikan solat Jumaat, wanita boleh mendengar khutbah yang disampaikan oleh khatib. Mungkin bagi kita ini sesuatu yang baru tapi sebenarnya Islam membenarkan pun wanita itu solat Jumaat.

"Dan sebenarnya khutbah itu sepatutnya memainkan peranan yang besar dalam kehidupan kita untuk pemerintah Islam menyampaikan mesej kepada rakyat," katanya ketika dihubungi Harakahdaily semalam.

Namun ujarnya, bagi memastikan saranan itu mendatangkan keselesaan kepada semua pihak, masjid-masjid yang ada di negara ini haruslah mempunyai ciri-ciri yang mesra wanita terutamanya dari sudut penjagaan aurat.

"Cuma dari sudut masjid sendiri, kita harap dapat mesra wanitalah maksudnya dari sudut penjagaan aurat wanita itu sendiri dan sebagainya, sebab kita takut bila sudah ramai-ramai sangat hal ini terlepas pandang.

“Soal masjid mesra wanita ini perlu diambil kira supaya baik wanita atau lelaki, tidak berasa keberatan untuk ke masjid menunaikan solat Jumaat," katanya yang juga Ketua Muslimat PAS Wilayah Persekutuan.

Ujar Nuridah juga, meskipun saranan itu daripada Menteri Besar Kelantan, namun beliau berharap perkara itu turut diikuti oleh negeri-negeri lain khususnya negeri-negeri Pakatan Rakyat.

"Kita ucapkan syabas dengan saranan dari Menteri Besar Kelantan ini dan mungkin di negeri-negeri Pakatan terutamanya, perkara ini boleh dilaksanakan.

"Tidak ada masalah jika perkara ini dilaksanakan sebab apa yang kita nak didik masyarakat, dapat didengar oleh wanita secara langsung melalui khutbah yang disampaikan. Ini satu pembaharuan dari sudut membudayakan perkara ini dalam masyarakat," katanya.

Sementara itu, menurut satu laporan, Selangor mengalu-alukan kehadiran jemaah wanita bagi menunaikan solat Jumaat di negeri itu sekiranya mempunyai kelapangan dan tidak mengganggu ruang jemaah lelaki.

Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid dilaporkan sebagai berkata, keputusan itu dicapai selepas pihaknya mengadakan perbincangan bersama Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kelmarin.

Menurutnya, Selangor memang sudah mengamalkan solat Jumaat wanita sebelum jawatan mufti diwujudkan iaitu bermula tahun 1935 hingga 1952.

"Solat Jumaat wanita di Selangor sudah lama berjalan sebelum negeri ini mewujudkan jawatan mufti dan sepanjang tahun itu, wanita sudah menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandar Sultan Sulaiman, Klang.

"Namun, selepas 1952, tiada lagi jemaah wanita menunaikan solat Jumaat dan Selangor mengalu-alukan jemaah wanita yang ingin berbuat demikian boleh datang ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz dekat sini," katanya.

Mohd Tamyes berkata, pihaknya memberi jaminan bahawa masjid itu mempunyai ruang mencukupi untuk menampung jemaah wanita tanpa mengganggu jemaah lelaki.

"Di Masjid Negeri, ruang di tingkat atas iaitu tingkat dua tidak digunakan semasa solat Jumaat. Jemaah wanita yang mempunyai kelapangan pada waktu itu dialu-alukan untuk bersolat Jumaat.

"Menjelang tahun depan, Selangor mempunyai dua masjid yang menerima jemaah wanita iaitu masjid di Bukit Jelutong yang mana masjid ini diwakafkan Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah," katanya.

Saranan mengenai perkara itu diutarakan Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS sewaktu berucap di majlis penyerahan dan penerimaan derma mengisi tabung Kompleks Masjid Daruttarbiyah di Kampung Wakaf Zain, Kota Bharu, baru-baru ini.

Shattirs : saya juga amat menyokong dan sangat bersetuju muslimah sama-sama mengerjakan solat Jumaat terutama bagi mereka yang belum berkahwin,sejuk mata melihatnya.

Brought to you by : shattirs

Thursday, June 17, 2010

Orang Kidal Lebih cerdik ?



Salam untuk semua..

Kita tahu, banyak peralatan harian seperti tombol pintu, kunci, pemutar skru, alat muzik, malah butang baju tidak dicipta untuk memudahkan orang kidal, kecuali beberapa alatan sukan. Tetapi mereka dengan mudah dapat menyesuaikan diri.

Belum pernah ditemui orang kidal gagal menggunakan peralatan yang ada. Mungkin mereka cepat belajar dan kerana itulah ramai mengatakan orang kidal lebih cerdik. Betul ke?.

Memang ramai tokoh dunia kidal, antaranya bekas Presiden Amerika Syarikat, George Bush dan ronald Reagan. Bahkan Timbalan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, Presiden Fidel Castro dari Cuba, Perdana Menteri Israel, Benyamin Netanyahu, saintis terkemuka Albert Einstein, pelukis potret Monalisa, Leonardo Da Vinci dan Michaelangelo, penyanyi Kurt Cobain dan Phil Collins adalah antara manusia kidal yang berjaya dalam bidang masing2.

Alasan kidal itu cerdik, tentulah tidak betul. Ia bergantung kepada banyak faktor - didikan, alam sekeliling, usaha, minat dan sebagainya.

Kidal tiada kaitan dengan cerdik atau tidak. Tiada sebarang bukti saintifik membenarkan pendapat itu. Namun ia bukan merupakan kecacatan.

Kidal juga tiada sebarang keistimewaan, tiada beza dengan orang lain.

Keadaan itu terjadi kerana pengaruh otak ke atas sebahagian yang lain. Menurut saintis, apabila otak kiri dominan, ia akan mengawal fungsi badan sebelah kanan. Akibatnya anggota sebelah kanan lebih berkembang dan aktif.

Pada mereka yang kidal, perkara sebaliknya berlaku. Otak kanan yang mengaktifkan setiap anggota sebelah kiri. itu saja!.

Shattirs : Bagi saya,mereka yang dianugerahi tangan kidal ini amat bijak dan cerdik,dimana mereka dapat menggunakan otak kanan dan kiri sekaligus.Maka,beruntunglah jika anda dianugerahi pasangan sebegitu rupa ~

::Gambar Menarik ::




Tanta Scan,Tanta
MESIR.


Brought to you by : shattirs

Sunday, June 13, 2010

Sekitar Muktamar PAS kali ke 56




Nik Aziz tegur perwakilan PAS sindir Najib, Rosmah ~

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat menegur sikap perwakilan dalam muktamar parti itu yang menyindir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai isteri kepada Rosmah Mansur.

Katanya, tindakan itu boleh menyakitkan hati orang lain dan menyebabkan perasaan dendam.

"Hendak suka bolehlah, tetapi menyakitkan hati. Bila sakitkan hati apa jadi?

"Hanya (mewujudkan) dendam sahaja akhirnya," katanya yang juga menteri besar Kelantan.

Semalam, ketika sesi perbahasan usul di muktamar PAS ke-56 di Pengkalan Chepa, seorang perwakilannya memperli Najib sebagai isteri kepada Rosmah.

Di kalangan penyokong pembangkang, perkara tersebut sering menjadi bahan gurauan, dipercayai ekoran penampilan Rosmah dilihat lebih 'agresif' berbanding isteri perdana menteri lain sebelumnya.

Menyampaikan ucapan penangguhannya tengah hari ini, Nik Aziz menjelaskan Islam mengajar umatnya memanggil seseorang itu dengan gelaran yang paling disukai dan amat disenanginya.

"Bila hendak sebut nama orang, kita (mesti) sebut nama yang paling disukainya, (misalnya) pakcik, ayah haji, yang amat berhormat.

"(Kesimpulannya) katalah pekataan yang amat disenangi," tambahnya.

Menurut menteri besar lagi, perkara itu selari dengan landasan hikmah dan dasar kesederhanaan dalam Islam.

shattirs : اللهم بارك لنا فى
رجب و شعبان وبلغنا رمضان


Ya Allah, berkatilah bagi kami pada bulan
rejab dan sya’ban, dan sampaikanlah kami akan bulan ramadhan.Amin ~

Brought to you by : shattirs

Muktamar PAS kali ke 56




Muktamar: Ucapan penangguhan pimpinan PAS Pusat

Sumber : Harakahdaily

PENGKALAN CHEPA, 13 Jun: Ucapan penangguhan dimulakan oleh AJK PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin.

3.40 petang: Muktamar PAS ke-56 diakhiri dengan bacaan doa oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Haron Din.

2.40 petang: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan penggulungannya optimis PAS dan Pakatan Rakyat dapat menawan Putrajaya.

"Ke Putrajaya InsyaAllah, membawa kemenangan. Orang kata kita bermimpi, tapi kita bermimpi yang soleh", katanya.

2.30 petang: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan Tahalluf Siyasi yang diamalkan PAS sudah dilaksanakan pada zaman Rasulullah s.a.w.

Beliau membawa perwakilan menyoroti sirah Rasulullah yang mana Rasulullah sendiri mengalami kesukaran di peringkat awal untuk bekerjasama dengan bukan Islam namun baginda meneruskannya juga demi memastikan Islam dapat ditegakkan.

Beliau juga berkata Umno Barisan Nasional sengaja memisahkan agama dan politik.

"Kita nak selaraskan kerja di masjid dan di luar masjid. Kita bawa politik untuk seluruh masyarakat".

Turut diingatkan beliau agar perwakilan tidak menggunakan perkataan yang boleh menyakitkan hati orang lain.

"Nak suka-suka boleh tapi jangan sampai sakitkan hati orang lain", katanya.

2.15 petang: Ustaz Khairudin yang mewakili semua perwakilan mengaingatkan semua perwakilan bahawa syarat kemenangan Islam adalah dengan ilmu.

Justeru beliau menyeru seluruh ahli meningkatkan ilmu pengetahuan dalam semua aspek kerana memnuntut ilmu itu adalah suatu perjuangan.

"Perjuangan kita adalah jihad, segala kerja kita adalah jihad, tidur dan bangun kita juga adalah jihad".

1.47 petang: Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa memberi perhatian kepada permintaan DHPP agar PAS membantu sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil.

Beliau juga berkata ahli parlimen PAS akan membawa isu-isu melibatkan orang bukan Islam ke Dewan Rakyat.

Beliau juga memberitahu PAS menerima jemputan daripada pihak Palestin untuk menghantar satu kapal misi kemanusiaan yang membawa bendera PAS bersama NGO lain.

1.30 petang: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali merumuskan segala persoalan yang dikemukakan para perwakilan.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri Kelantan yang menyediakan tempat dan segala kemudahan untuk melancarkan muktamar kali ini.

1.15 petang: Naib presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menasihatkan perwakilan agar tidak risau dengan perkembangan terbaru PAS iaitu penubuhan DHPP kerana menurutnya apa yang dilakukan itu tidak bercanggah dengan Islam.

"PAS menawarkan keadilan ini kerana jaminan yang diberikan oleh Islam itu sendiri".

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada para blogger yang hadir dan membuat laporan yang betul.

Beliau juga mengingatkan para blogger agar tidak menyalahgunakan blog untuk tujuan fitnah.

1.01 petang: Naib Presiden PAS, YB Salahuddin Ayub menyifatkan Pakatan Rakyat telah berjaya memberikan keyakinan kepada rakyat apabila dalam pentadbiran yang belum sampai tiga tahun, PR telah berjaya mengumumkan 25 dasar umum yang dipersetujui bersama ketiga-tiga parti iaitu PAS, PKR dan DAP.

PAS juga katanya berjaya melaksanakan cadangan yang dilontarkan pimpinan terdahulu yang sukar diterima ketika itu.

Beliau juga mengingatkan pimpinan dan ahli agar tidak melupakan prinsip utama PAS iaitu dakwah dan siasah.

"Semua keputusan yang dibuat dalam PAS dibincangkan secara berjemaah dan menunjukkan kemurnian majlis Syura dalam PAS", katanya.

12.47 tengah hari: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata PAS harus bijak mencari rakan strategik untuk bersama-sama dengan parti menentang Umno Barisan Nasional.

Beliau yakin NGO yang terdapat di Malaysia boleh bersama-sama Pakatan Rakyat dalam membawa agenda ke arah sebuah negara demokrasi.




12.40 tengah hari: Bendahari PAS, Dr. Hatta Ramli mengucapka terima kasih kepada seluruh ahli dan penyokong yang tidak putus-putus memberikan sumbangan kepada perjuangan PAS.

Beliau berkata tanpa sumbangan ahli dan penyokong PAS tidak mampu untuk membiayai keseluruhan kos pentadbiran.

12.30 tengah hari: Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad memberi respon kepada cadangan perwakilan yang mahu penerangan PAS diperkasakan ke kawasan pedalaman.

Beliau berkata penerangan sentiasa menyediakan risalah-risalah untuk diedarkan kepada masyarakat pedalaman termasuk tidak meninggalkan program ceramah yang merupakan program utama penerangan.

Beliau turut memberitahu penerangan pusat akan turun ke negeri-negeri bermula 24 Julai sehingga 1 Ogos untuk berjumpa dengan penerangan negeri.

12.10 tengah hari: Datuk Dr. Mahfudz Mohamed, Naib Ketua Dewan Ulama' PAS berharap lebih ramai lulusan agama menyertai dewan ulama' kerana ujarnya dewan ulama' berbeza dengan dewan pemuda dan muslimat.

"Ahli Dewan ulama' mestilah berlatar belakangkan pendidikan agama berbeza dengan pemuda dan muslimat yang secara automatik boleh menjadi ahli apabila cukup usia."

Beliau juga mengalu-alukan penyertaan ulama daripada wanita.

Beliau juga berkata dewan ulama' sedang merangka satu garis panduan kepada DHPP mengenai hukum hakam dalam Islam.

11.53 pagi: Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Hassan memberitahu pemuda Pakatan Rakyat sedang menggerakkan Gerakan Mendaftar Pengundi Baru (GEMPA) ke seluruh negeri bagi memastikan golongan muda didaftarkan sebagai pengundi.

Beliau berharap GEMPA bukan sahaja menjadi agenda pemuda tetapi harus juga dijadikan agenda parti.

Beliau juga berkata pemuda sedang menggiatkan usaha mendekati golongan belia melalui pelbagai program yang dianjurkan.

Berhubung himpunan membantah lesen judi 3 Julai ini, beliau menyeru seluruh ahli turun bersama-sama menyatakan sokongan.

"Kalau dewan ulama' dan dewan muslimat telah menyatakan kesediaan maka kami pemuda menyeru seluruh ahli agar turun bersama-sama menyatakan bantahan.




11.41 pagi: Ketua Dewan Muslimat, Ustazah Nuridah Salleh menghargai penghargaan yang diberikan semua pihak kepada gerak kerja muslimat.

Beliau menyeru ucapan dasar presiden mengenai penglibatan muslimat bersama muslimin diberikan perhatian serius.

Sehubungan itu beliau berharap para suami yang merupakan ketua keluarga membenarkan isteri masing-masing bergerak kerja dengan parti selagi tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga.

11.18 pagi: Datuk Abdul Halim Abdul Rahman, Pengarah Pilihanraya PAS Pusat memberitahu Institut Latihan Pilihanraya PAS (ILPAS) akan dilancarkan pada 20 Jun ini bagi memberikan latihan mengenai gerak kerja pilihanraya kepada ahli.

Beliau berharap yang dipertua setiap kawasan menggerakkan jabatan pilihanraya negeri untuk menghadapi pilihanraya.

Beliau turut menekankan mengenai daftar pemilih muda yang masih belum dilaksanakan sebaik mungkin.

"Pendaftaran golongan muda mesti ditingkatkan. Jika perkara ini tidak diberi perhatian, amat sukar untuk PAS memenangi beberapa negeri", katanya.

11.16 pagi: Pengerusi Lajnah Antarabangsa, Dr Syed Azman menyerahkan hasil kutipan dana Palestin kepada presiden PAS.

10.55 pagi: Datuk Abu Bakar Chik menekankan aspek pendidikan moral masyarakat yang semakin meruncing dan harus diberi perhatian serius.

Beliau berkata PAS perlu mengambil inisiatif menangani masalah pendidikan moral masyarakat melalui khidmat runding cara.

Beliau yakin PAS di setiap kawasan dan negeri amat menitik beratkan aspek pendidikan dan akhlak masyarakat.

Mengenai DHPP pula, beliau memberitahu telah pun mengatur beberapa pertemuan dengan persatu Cina dan Tamil bagi membincangkan aspek pendidikan pelbagai kaum.

Beliau turut menggesa Lajnah Pendidikan diperkasakan di setiap negeri bagi memudahkan gerak kerja.

10.37 pagi: Dr. Lo' Lo' Mohd Ghazali mewakilkan Dr. Siti Mariah Mahmood untuk menyampaikan ucapannya kerana beliau tidak sihat.

Lo' Lo' dalam ucapannya menyeru skuad prihatin ditubuhkan di setiap negeri dan menjalankan gerak kerja mendekati rakyat sepanjang masa bukan hanya ketika ada pilihanraya sahaja.

Seterusnya beliau menekankan mengenai tahap kebersihan masjid dan kawasan sekitar.

Katanya, sebagai ahli gerakan Islam seharusnya aspek kebersihan dititikberatkan dalam kehidupan seharian.

10.28 pagi: Anuar Tahir dalam ucapannya memohon pimpinan semua negeri mengaktifkan kembali Lajnah Pekerja yang dilihat semakin sepi.

Ini kerana ujarnya, PAS bertanggungjawab membela nasib pekerja kerana mereka adalah aset negara.

"Pekerja adalah jantung negara dan pekerja-pekerja inilah yang memberikan sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat," katanya.



10.11 pagi: Hanipa Maidin mengulas idea yang dikemukakan perwakilan Tambun untuk menyaman perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak atas isu APCO.

Beliau berkata seboleh-bolehnya PAS mengelakkan daripada berbuat demikian kerana mendakwa mahkamah Malaysia 'tidak boleh diharap'.

Menyentuh mengenai isu kezaliman zionis pula, beliau berkata kezaliman itu harus dikaitkan juga dengan Umno.

Ini kerana menurutnya, mengikut pengalaman beliau menyoal jawab pihak polis yang menjalankan tugas menahan pimpinan PAS yang terlibat dengan demonstrasi, mereka mengakui tindakan itu dilakukan atas arahan Umno BN.

Selain itu beliau turut menyeru seluruh perwakilan menjadikan muktamar sebagai medan untuk meluahkan pandangan dan mengaplikasikan prinsip kebebasan bersuara yang diperjuangkan.

9.58 pagi: Dr. Syed Azman Syed Nawawi yang merupakan pengerusi Lajnah Antarabangsa menjelaskan kepada perwakilan mengenai komitmen PAS dalam menyelesaikan konflik yang berlaku di negara luar.

Beliau berkata, PAS melalui Yayasan Amal menghantar misi kemanusiaan ke setiap wilayah yang bergolak seperti Thailand, Acheh, Mindanao dan yang sedang hangat iaitu Palestin.





9.43 pagi: Dr. Mujahid Yusof Rawa dalam ucapannya memfokuskan kepada penubuhan DHPP.

Beliau memberi jaminan bahawa segala yang akan dilakukan oleh DHPP tidak akan bercanggah dengan prinsip dan dasar parti.

"Bukan senang untuk menubuhkan DHPP ini. Perjalanannya panjang, bermula daripada kelab Penyokong PAS."

"Saya memberi jaminan bahawa apa sahaj tindakan DHPP tidak akan bercanggah dengan prinsip parti."

Beliau juga memberitahu, Lajnah Perpaduan Nasional akan turun ke setiap negeri untuk memberikan penjelasan mengenai aturan dan peratuaran DHPP.

Selain itu, taklimat juga akan diberikan kepada ahli DHPP mengenai PAS agar mereka lebih jelas.

"Kita minta PAS setiap negeri menjadi fasilitator untuk program yang kita atur ini", katanya.

9.34 pagi: AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman dalam ucapannya menjelaskan persoalan perwakilan mengenai isu Felda dan isu tanah di Sabah.

Beliau memberitahu satu NGO baru akan ditubuhkan selain ANAK iaitu Jawatankuasa Kesepakatan Bersama Peneroka.

Selain itu, beliau memaklumkan himpunan warga Felda akan diadakan di Pasir Salak pada 1 Ogos depan, sekaligus melancarkan NGO.

Mengenai isu tanah bumiputera di Sabah, beliau memaklumkan sedang mengatur satu himpunan raksasa di Sabah yang akan turut disertai presiden PAS dan penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk mendesak kerajaan negeri mengembalikan tanah mereka.

9.20 pagi: Ucapan penangguhan oleh AJK PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu.

Beliau memberitahu BERSIH akan terus mewujudkan mood rakyat menjelang PRU-13 dengan membawa dua isu besar iaitu mengenai undi pos dan negara menuju ke arah bankrap.

"BERSIH memulakan gerak kerja dari sekarang untuk meningkatkan mood rakyat untuk menolak BN".

Beliau turut melancarkan tabung bantuan untuk membina sekolah dan masjid di Gaza dan hasil derma itu akan diserahkan oleh presiden kepada pihak Palestin.

9.08 pagi: Ucapan penangguhan oleh Dr. Dzulkefly Ahmad.

Dalam ucapannya, beliau berkata PAS mengorak langkah dalam melakukan perubahan dengan menubuhkan Lajnah Seni dan Budaya PAS.

Ujarnya, lajnah berkenaan berjaya mengubah persepsi masyarakat terhadap PAS apabila semakin ramai penggiat seni berada dalam PAS.

"Penggiat seni dan budaya selesa dengan penampilan PAS sekarang ini. Kita ingin tonjolkan kesyumulan Islam melalui hiburan yang pelbagai".

Ujarnya juga, Penampilan PAS ini menimbulkan kegerunan dikalangan Umno Barisan Nasional.

8.50 pagi: Datuk Seri Muhammad Nizar dalam ucapannya menyeru seluruh pimpinan dan ahli PAS membuang sifat perkauman.

Ini kerana ujarnya rahsia orang bukan Islam di Perak menyokong PAS adalah kerana mereka selesa dengan sifat keterbukaan yang ditunjukkan PAS.

"Ayuh buangkan sifat perkauman kerana ia tidak ada tempat dalam perjuangan kita", katanya.

Beliau juga berkata, sokongan orang bukan Islam terhadap PAS tidak harus dipersiakan.

"Jangan tonjolkan elemen perkauman. Sokongan bukan Islam perlu dipelihara sebaik mungkin".

Brought to you by : shattirs

Sekitar Muktamar PAS kali ke 56




PAS berperanan selesai konflik serantau


KOTA BHARU, 13 Jun: Biar pun PAS kelihatan memberi tumpuan lebih kepada isu Palestin, namun permasalahan serantau tetap menjadi fokus parti itu terutamanya berkaitan konflik di kawasan bergolak di Mindanao dan Selatan Thailand.

"Di peringkat serantau kita tidak pernah meninggal atau mengenepikannya. Kita memandang berat masalah serantau di Mindanao membincangkan masa depan masyarakat Moro. Begitu juga diSelatan Thai.

"Kedua-dua isu konflik itu merupakan sebahagian daripada gerak kerja serantau kita di peringkat Asean, khususnya di Patani kerana kedudukan bersempadan dengan Kelantan.

"Kita terus menjaga sentiviti dan mengambil pendekatan yang pelbagai terutamanya pendekatan diplomasi tanpa pubsiti dalam mencari penyelesaian yang timbul," kata Pengerusi Lajnah Luar Negeri, Dr Syed Azman Syed Ahmad.

Kata beliau dalam isu Patani beliau bersama Datuk Kamaruddin Jaafar telah berjumpa dengan bekas Menteri Luar Thai, Dr Surin membincangkan masalah yang berlaku.

"Saya juga pergi ke Mindanao meniti apa yang berlaku di sana. Saluran bantuan yang kita salurkan melalui Yayasan Amal di mana badan itu telah bergerak aktif di Mindanao," katanya.

Beliau juga berharap pengarah Yayasan Amal, Hussin Ismail hendaklah meneruskan usaha tersebut seboleh mungkin tanpa mendapat publisiti bagi menjaga semangat Asean.

Kata beliau ada pendekatan digunakan PAS mencari penyelesaian terhadap konflik di kedua-dua kawasan terbabit di rantau ini.

Menurutnya penyelesaian konflik digunakan serupa dengan kaedah yang pernah diambil di Acheh, sebelum mencapai kejayaan.

Kata beliau usaha yang dilakukan itu mengambil tempoh tiga tahun sehingga akhirnya berlaku penyelesaian dengan kerajaan Indonesia.

Katanya, delegasi perundingan PAS diketuai Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

"Inilah yang kita usahakan, terlalu sensitif dengan apa yang berlaku tersebut. Kita tidak pernah mengabaikan terhadap jiran untuk mengambil bahagian bagi menyelesaikan konflik di rantau ini," katanya.

Brought to you by : shattirs

World Cup South Africa 2010



:;My Hero Steven Gerrard:: Captain Fantastic ~

Shattirs : Piala Dunia Afrika Selatan sudah bermula 11 Jun sehingga 11 Julai,pasukan manakah yang akan bergelar Juara Dunia 2010,sama-sama kita saksikan~

Pasukan yang saya sokong semestinya Pasukan England dan Sepanyol.


Perlawanan Pertama England Vs USA ~ ( 1 -1 )



Shattirs : Exam Mode plus--> World Cup Mode ;)

Brought you by : shattirs

Thursday, May 20, 2010

Ilham Shattirs 1


::Muslimah Perhiasan Dunia ::

1) Assalamualaikum..

Alhamdulillah , Segala Puja - Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Bagaimanakah aurat seseorang wanita muslimah itu di hadapan ipar-duainya yang berlainan jantina .

Maka jawapannya ialah : Wanita itu TIDAK DIBENARKAN MEMBUKA AURATNYA di hadapan ipar-duainya ( yang berlainan jantina ) . Wanita itu mestilah bertudung dan memakai pakaian menutup aurat .

Walaupun begitu dibenarkan wanita itu TIDAK MEMAKAI STOKIN dan juga MENYINSING LENGAN BAJUNYA agar mudah dia melaksanakan tugas-tugasnya di rumah ( seperti di dapur ) . Ini disebabkan kalau si wanita itu mesti sentiasa berstokin dan berlengan labuh , sudah tentu ini agak menyukarkan dia melakukan tugasnya di dalam rumah .

Walaupun begitu , ini bukanlah alasan untuk si abang ataupun adik ipar untuk " MEMANDANG SECARA LAIN MACAM " ( pandangan penuh berahi ) kepada kakak ataupun adik iparnya . Bagaimanakah dibolehkan jika pandangan itu sendiri mempunyai " makna jahat " !? .

Tudung kepala ( yang juga menutup lehernya dan dadanya ) TIDAK BOLEH ditanggalkan di hadapan ipar-duainya ( yang berlainan jantina ini ) .

Inilah dia hukumnya berdasarkan mudahnya Islam . Di samping kemudahan diberikan , Islam tidak lupa juga memberi amaran akan bahayanya apabila kemudahan itu disalah gunakan .

Tidak dapat dinafikan , di dalam dunia moden ini kadang-kadang seseorang wanita itu terpaksa tinggal serumah juga dengan ipar-duainya lantaran perkerjaan ataupun pengajian . Hubungan ipar-duai itu hendaklah dijaga dengan batas-batasnya .

Ya kita boleh mempunyai hubungan mesra dengan ipar-duai kita tetapi hubungan sebagai ipar-duai sahaja . Tidak lebih daripada itu .

Tapi BAHAYA ipar-duai ini juga perlu diawasi . Tidak sedikit manusia yang " TERLAJAK " dengan ipar-duai sendiri disebabkan hubungan dengan ipar-duai ini LEBIH HALUS , LEBIH SUKAR DIKESAN DAN LEBIH MESRA .

Kerana itulah Baginda Rasulullah s.a.w telah pun memberikan amarannya dengan mengatakan bahawa " Ipar-duai itu adalah MAUT " iaitu , " hubungan sumbang " dengan ipar-duai sendiri lebih merbahaya berbanding dengan orang yang tiada kaitan kekeluargaan dan persemendaan . Sabda Baginda Rasulullah s.a.w :

Ertinya : Drp Saidina 'Uqbah Bin 'Amir r.a , Baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda : (( " Jaga-jaga ! , Janganlah kamu bersunyi-sunyian ~ khalwat ~ dengan mana-mana wanita " )) , maka bangunlah seorang lelaki drp Kaum Ansor bertanya : " Bagaimana pula dengan ipar-duai ? " . Jawab Baginda s.a.w : " Ipar-duai itu sendiri adalah MAUT " )) . ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari rh ( 9 / 5232 ) dan al-Imam Muslim rh ( 4 / 2172 ) . Juga diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad ( 4 / 149 ) dan al-Imam at-Tirmidzie rh ( 3 / 1171 ) serta al-Imam as-Suyuthi rh ( Al- Jamie? as-Soghir : 2905 ) .

Sebaik-baiknya kita tidak duduk serumah dengan adik-beradik ipar kita .

Namun jika AMAN DRP SEBARANG BAHAYA ( apatah lagi dengan keganjilan perilaku dan kecenderungan seks zaman sekarang ) , maka TIDAKLAH MENGAPA tinggal serumah dengan mereka .

Mudah-mudahan Allah Ta'ala menyelamatkan kita sentiasa drpd musibah2x yg xdiingini.... Amin Ya Rabbal Alamin .


2) Kalau semua putih, membosankan!

Betapa orang cenderung pada kebaikan walaupun nalurinya mengintai-intai kejahatan. Ada orang cenderung pada kejahatan walaupun nalurinya membisik kebaikan. Ini lumrah kehidupan. Itulah yang membuat hidup ini indah. Kehidupan ini ibarat lukisan berwarna-warni. Kalau satu warna sahaja tidak menawan. Kalau semuanya putih pastinya tidak relistik. Kalau semuanya hitam membosankan.

Ia ibarat lukisan. Kalau kanvas itu putih kita guna warna putih tentunya lukisan tidak timbul. Mana mungkin kita lihat kontras warna dan keindahan. Jika cuma warna hijau tentu lukisan jadi kaku. Apapun jika kanvas putih dipalitkan hitam akan lahir sebuah lukisan.

Sekiranya lukisan penuh warna tampaklah keindahan 'wajah-wajah'nya. Di sana ada merah, biru, kuning, hitam, jingga, putih, samar, ungu, hijau. Bayangkan betapa indahnya lukisan itu. Terlahirlah wajah-wajah dalam bentuk warna-warna. Jika asyik warna indah jangan lupa di sana ada hitam yang kita benci. Jika seluruhnya putih... membosankan! Jadi kenapa takut pada hitam. Bukankah hitam itu menghidupkan?

Ini yang dikatakan haq dan bathil itu paut-memaut atau hidup-menghidupkan. Akhirnya mereka bersatu dan tidak dipisahkan. Perhatikan jika memakai satu warna sahaja, memang membosankan. Rumah warna merah, kereta merah, baju merah, kasut merah, alatan rumah merah, semuanya merah. Andaikata semua bunga berwarna merah semata-mata, tidak ada kuning, putih, biru dan seumpamanya... aduh seakan si Penciptanya tidak hebat! Seandainya semua berkaki dua, tidak ada berkaki empat, enam, lapan, sepuluh, seratus... Bosan. Tidakkah kita sedar ada yang tidak berkaki langsung! Hebatnya Penciptaan!

Ini adalah kiasan semata-mata (tentang warna-warna kebenaran).


Tanta Scan,TANTA
.


Brought to you by : shattirs

Monday, May 10, 2010

Al-Bughah

Oleh : Us Azrul Zabidi ~

Apakah dia al-Bughah? Perkataan ini pertama kali didengar saya semasa sidang parlimen Malaysia. Ketika Almarhum Al-Ustadz Fadhil Noor Rahimahullah selaku ketua pembangkang menempelak pihak kerajaan yang ‘membangunkan fitnah yang sedang tidur’ berhubung Tragedi Memali, 1985.

Ketika itu RTM dibawah Menteri Penerangan, Dato’ Zainudin Maidin menyiarkan klip video fitnah berbentuk dokumentari pendek, kononnya betapa ‘ganas’ dan ‘sesat’ para syuhada’ Memali sehingga membawa kepada pertumpahan darah. Adakah penduduk Memali ketika itu khasnya para syuhada’ dikira al-Bughah? Sedangkan mereka cuba menghalang As-Syahid Ustadz Ibrahim Libya daripada ditangkap dan dihumban ke dalam kandang ISA?

Dalam perundangan Islam, apabila merujuk kitab fekah, al-Bughah ini dirujuk sebagai pemberontak ataupun penceroboh malah penderhaka. Namun ia adalah seperti yang digariskan Allah, (bukan RTM) dalam ayat 9 Surah Al-Hujurat berhubung hukumnya:

hujurat 9

“Dan sekiranya dua kumpulan orang beriman saling berperang maka damaikanlah antara kedua-duanya, jika salah satu kumpulan telah menceroboh ke atas kumpulan yang lain maka perangilah kumpulan yang menceroboh itu sehingga ia kembali kepada Allah (dengan meninggalkan perbuatan menceroboh). Jika ia telah kembali, maka damaikanlah kedua-duanya dengan adil, dan berlaku saksamalah, sesungguhnya Allah suka orang-orang yang melakukan kesaksamaan.”

Dalam As-Sunnah juga terdapat beberapa hadis sahih tentang al-Bughah. Antaranya ialah daripada `Ubadah bin al-Somit beliau berkata,

“Kami telah membai`ah Rasulullah s.a.w. untuk dengar dan taat dalam keadaan kami suka atau benci, kami senang atau susah, mengutamakan pemimpin daripada diri kami dan untuk tidak menentang pemimpin melainkan terdapat kekufuran yang jelas hukumnya dalam agama Allah.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Takrifan Ulama Mengenai Al-Bughah

1. Mazhab Hanafi mentafrifkan al-Bughah sebagai ‘orang-orang yang keluar daripada mentaati pemimpin yang sah secara tanpa hak (tidak sah)’ (Hasyiyah Ibn `Abidin & Syarhu Fath al-Qadir)

2. Mazhab Maliki pula mentakrifkannya sebagai ‘sekumpulan orang Islam yang menentang pemimpin tertinggi (al-Imam al-A`zom) atau timbalannya untuk tujuan menghalang sesuatu hak yang wajib ke atasnya (al-Bughah) atau kerana pemimpin itu telah melakukan kesalahan.’ (Syarhu al-Zurqani)

3. Al-Bughah pada mazhab Syafie pula bermaksud ‘orang-orang Islam yang menentang pemimpin secara kekerasan dan meninggalkan ketaatan atau enggan menunaikan hak yang wajib ke atas mereka, dengan syarat mereka (al-Bughah) itu memiliki kekuatan senjata, mempunyai alasan penentangan dan mempunyai ketua.’ (Nihayah al-Muhtaj)

4. Manakala mazhab Hanbali pula mentakrifkannya sebagai ‘orang-orang yang keluar daripada mentaati pemimpin walaupun yang tidak adil, dengan alasan yang patut (ta’wil sa-igh) dan mereka mempunyai kekuatan senjata walaupun tidak mempunyai ketua.’ (Asna al-Matolib)

5. Menurut mazhab al-Zahiri pula, ‘menentang pemimpin yang sah atas alasan yang salah dalam hal agama atau menentang kerana tuntutan keduniaan.’ (al-Muhalla)

6. Syiah Zaydiyyah mentakrifkannya sebagai ‘orang yang berpegang bahawa pihaknya betul dan pemimpin salah lalu dia memeranginya dengan kumpulan yang ada kekuatan senjata.’ (al-Rawdh al-Nadhir)

Dr. Abdul Qadir `Awdah berkata, “para ulama Islam tidak sekata dalam membuat takrifan tentang al-Bughah kerana mereka berselisih pendapat tentang syarat-syarat bahawa sesuatu kumpulan itu boleh dikatakan melakukan pemberontakan terhadap kerajaan yang sah, namun bukanlah berselisih pada rukun-rukunnya.

Walau bagaimanapun mereka bertungkus-lumus berijtihad untuk melahirkan suatu takrifan yang disepakati yang meliputi rukun-rukun asasi yang menyebabkan sesuatu penentangan itu dikira pemberontakan (al-Baghyu). Maka satu takrif atau definisi yang disepakati oleh seluruh ulama Islam tentang al-Bughah ialah ‘penentangan terhadap pemerintah secara kekerasan.’

Dari sini bolehlah dikeluarkan tiga rukun asasi terhadap jenayah al-Bughah iaitu

(1) menentang pemerintah

(2) penentangan secara kekerasan atau bersenjata

(3) ada niat melakukan jenayah.” (atau dalam istilah undang-undang barat disebut mens rea)

(Dr. `Awdah, al-Tasyri` al-Jinai al-Islami, 2/674)

Setelah ketiga-tiga rukun asasi ini wujud pada gerakan penentang pemerintah, barulah mereka dikira al-Bughah dan wajiblah pemerintah mencegah perbuatan mereka secara hikmah, bukan terus menahan tanpa bicara, mencedera atau membunuh mereka.

Ini berdasarkan ayat 9 Surah al-Hujurat yang tersebut di atas yang pertama sekali memerintahkan supaya diadakan perdamaian.Perdamaian ini boleh dicapai dengan pertemuan, perbincangan, muzakarah dan soal-jawab supaya semua pihak berpuas hati.

Peluang mesti diberikan secara saksama kepada kedua-dua pihak untuk menyatakan pendirian mereka kepada umum, bukan hanya satu pihak sahaja, yakni pemerintah yang boleh menggunakan kemudahan kerajaan yang pada hakikatnya merupakan hak semua rakyat yang membayar cukai seperti siaran tv dan radio, akhbar-akhbar perdana, stadium, dewan-dewan serba guna dan sebagainya.

Sekiranya kemudahan itu tidak boleh diberikan juga kepada rakyat dan pembangkang, batalkan peraturan mengutip cukai ke atas mereka dan jangan menghalang mereka untuk mewujudkan kemudahan siaran suara mereka sendiri dengan sekatan permit.

PAS sendiri pernah memohon untuk membuka siaran radio sendiri namun ditolak. Apatah lagi untuk memiliki stesen televisyen sendiri yang awal-awal lagi ditolak. Namun, Alhamdulillah, dengan perubahan zaman, media alternatif khasnya dunia internet telah menjadi saluran infromasi pilihan bagi rakyat yang berkesedaran.

Mereka ini sebenarnya golongan yang cerdik kerana tidak mudah dihina kapasiti intelektual mereka dengan penulisan dungu dan propaganda sesat lagi meloyakan oleh media arus perdana yang ada.

Kembali kepada isu kita iaitu sekiranya peluang untuk mereka bersuara secara sah disekat sedangkan itu adalah hak mereka yang wajib ditunaikan pemerintah, maka ada di kalangan mereka yang tidak mampu lagi duduk diam lalu keluar beramai-ramai di jalan raya secara aman tanpa senjata, seperti mana demonstrasi mega BERSIH dan Anti-ISA. Pada ketika itu, mereka TIDAK dikira sebagai al-Bughah dan pemerintah tidak berhak menghalang mereka untuk bersuara.

dzulfahmi

Saya yakin dan percaya sahabat saya, saudara Dzulfahmi (Ketua Pemuda PAS Bayan Baru) tidak bersenjata dan tidak berbahaya. Mengapa diperlakukan seperti penjenayah sehingga perlu 7-8 anggota polis? Atas alasan apa dia ditahan?

Apabila memberikan rakyat bersuara secara sah itu merupakan kewajipan, maka kerajaan yang tidak menunaikan kewajipan itu adalah kerajaan yang fasiq dan zalim. Mentaati pihak yang fasiq dan zalim adalah tidak wajib, bahkan rakyat wajib mencegahnya daripada terus berlaku fasiq dan zalim. Allah berfirman di dalam Al-Quran:

Jangan kamu cenderung kepada golongan yang berbuat zalim, nescaya kamu akan disambar api neraka

Adalah menjadi kewajipan setiap muslim untuk tidak taat dalam maksiat, kerana tiada ketaatan melainkan dalam perkara makruf….” (Dr. `Awdah, ibid, m.s. 675). Baginda Rasullulah SAW pernah bersabda:

Tiada ketaatan kepada makhluk dalam melakukan maksiat kepada Maha Pencipta yakni Allah

Tindakan aktivis Islam keluar berdemontrasi disebabkan mereka tidak diberi ruang untuk bersuara secara sah seperti pihak kerajaan dan penyokongnya miliki.

Apatah lagi apa yang mereka ingin suarakan ialah tentang ketidakadilan pemerintah dalam membuat pendakwaan di mahkamah, rasuah, penyelewengan wang rakyat, penyalahgunaan kuasa, skandal pihak atasan, dan yang terbesar sekali ialah kezaliman yang amat jahat ke atas seorang yang besar jasanya kepada negara dengan membuat tuduhan zina dan liwat tanpa saksi.

Jadi mereka adalah pejuang kebenaran, penyeru makruf pencegah mungkar, bukanlah al-Bughah, pemberontak atau penceroboh.

Sebaliknya, berdasarkan Surah al-Hujurat: 9 itu, dalam konteks pertikaian sekarang, pihak pemerintahlah yang telah memberontak dan menceroboh hak rakyat untuk berhimpun secara aman di bawah jaminan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, perlembagaan negara dan seluruh agama dunia.

Jika pemerintah telah melakukan pencerobohan, maka ayat itu menyuruh “…jika salah satu kumpulan telah menceroboh ke atas kumpulan yang lain maka perangilah kumpulan yang menceroboh itu sehingga ia kembali kepada Allah (dengan meninggalkan perbuatan menceroboh)”.

Maka berdasarkan mesej daripada al-Quran ini, wajiblah setiap orang yang mengaku beriman dengan al-Quran menentang kumpulan yang menceroboh (iaitu pemerintah) ke atas kumpulan yang lain (rakyat yang tidak sehaluan dengan pemerintah).

Dalam kitab yang sama Dr. `Awdah berkata lagi, “Antara perkara yang disepakati oleh seluruh mazhab dalam Islam, bahawa tidak harus pemerintah memerangi al-Bughah sebelum diketahui sebab penentangan mereka. Apabila mereka mendakwa tentang kezaliman dan penyelewengan dan mereka benar dalam dakwaan itu, maka menjadi kewajipan pemerintah menghapuskan dulu kezaliman dan penyelewengan itu. Selepas itu barulah pemerintah menyeru mereka supaya kembali taat dan mereka wajib kembali taat (selepas kezaliman dan penyelewengan dihapuskan). Jika mereka enggan, maka pemerintah berhak memerangi mereka…” (ibid, m.s. 679)

Kalau demikianlah prosedur menghadapi golongan pemberontak bersenjata yang diajar oleh Islam (al-Bughah), maka tindakan aktivis Islam TIDAK SEDIKIT PUN menjadikan diri mereka sebagai al-Bughah yang harus dihapuskan oleh pemerintah.

Ini berdasarkan sebab-sebab berikut:

  1. Mereka tidak bersenjata dan tidak menentang secara kekerasan, sebaliknya hanya cuba bersuara dan ingin menyatakan kepada rakyat umum tentang pendapat mereka yang tidak mendapat tempat di arena siaran perdana.
  2. Mereka keluar untuk memberitahu rakyat akan kezaliman dan penyelewengan pemerintah.
  3. Mereka hanya mengajak rakyat menukar pemerintah secara demokrasi kerana pemerintah kini tidak mengubah kemungkaran dan maksiat walaupun setelah berpuluh tahun dinasihati.
  4. Pemerintah tidak mencuba untuk menghapuskan terlebih dahulu kezaliman dan penyelewengan yang didakwa, sebaliknya teruskan memukul, menangkap dan memenjarakan rakyat yang berhimpun untuk menentang kezaliman dan penyelewengan itu.

Maka, buat para mujahidin di luar sana, usah bimbang akan label buruk yang diberikan manusia. Sesungguhnya pandangan Allah lah yang paling utama. Jadikan contoh sejarah Tok Janggut dan lain-lain. Mereka digelar sebagai pengganas, penderhaka, pemberontak oleh penjajah. Bahkan jasa mereka juga dipinggirkan berbanding beberapa tokoh boneka penjajah yang dianggap wira dan hero kemerdekaan. Hakikatnya, mereka mahu memerdekakan negara mengikut acuan agama, bukan penjajah yang sekular!!

Shattirs : Tajuk mengenai Bughah(Pemberontak), merupakan muqarar perbahasan didalam Madah Fiqh Mazhab Syafie Tahun 4, Al-Azhar,TANTA.

Tanta Scan,Tanta

MESIR.

Brought to you by : shattirs

Saturday, May 8, 2010

Laporan Penuh Perjumpaan Tergempar Isu Perpindahan






Kami warga Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta (DPMT) tidak bersetuju dengan perpindahan pelajar Al-Azhar bukan warganegara ke Kaherah.

Isu ini telah diperkatakan sebelum peperiksaan fasa satu bermula. Pelajar arab tempatan dan wafidin sesetengahnya telah mengetahui maklumat ini. Antara sebab-sebabnya ialah:-

1- Permasalahan sosial akan berleluasa: Kewujudan pelajar pengajian Islam di muhafazah yang mempunyai pelajar pengajian perubatan serba sedikit mampu membendung permasalahan sosial yang berlaku di kalangan pelajar perubatan. Sekiranya hanya pelajar perubatan yang tinggal, kemungkinan masalah ini akan berleluasa. Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM) dan pelajar pengajian Islam yang wujud mampu membendung gejala ini.

2- Kos sara hidup yang tinggi: Kaherah merupakan ibu negara Mesir dan taraf kehidupan di sana tinggi. Kebanyakan barang keperluan harian lebih tinggi berbanding di muhafazah. Situasi ini akan lebih membebankan pelajar yang sudah mendirikan rumahtangga. Sekiranya ia berlaku, pastinya ada di kalangan peniaga atau tuan rumah akan meninggikan lagi kos sewa dan harga barangan akibat permintaan yang tinggi, anggapan pelajar asing mempunyai kehidupan yang mewah serta keterpaksaan pelajar memilih (kos dan nilai tinggi tersebut) kerana tiada pilihan lain.

3- Alasan pihak Al-Azhar pelajar bukan warganegara tidak menguasai bahasa Arab TIDAK RELEVAN: Penguasaan bahasa Arab seseorang pelajar sebenarnya lebih didasari kehendak sendiri dan kesan pengajian adalah kesan secara tidak langsung. Sebab ini terbahagi kepada beberapa bahagian:-

  • Sekiranya penguasaan bahasa Arab yang disebutkan adalah umum, maka langkah perpindahan bukanlah langkah yang terbaik. Cara yang lebih berkesan (di peringkat Tanta) ialah mewujdukan kelas pembelajaran bahasa Arab kepada pelajar asing. Seperti beberapa siri kelas bimbingan bahasa Arab yang telah dijalankan oleh pensyarah kuliah Quran sebelum ini.

  • Sekiranya penguasaan bahasa Arab yang disebut ialah penguasaan basasa Arab baku (fushah), didapati di kalangan masyarakat dan pelajar tempatan sendiri tidak mampu bertutur dengan bahasa Arab fushah dengan baik.

  • Meraikan pelajar tempatan untuk pengajaran bahasa Arab pasar tidaklah boleh dijadikan alasan yang kukuh. Sepatutnya, pembelajaran yang bersifat formal perlulah memenuhi ciri-cirinya iaitu pembelajaran di dalam bahasa standard bagi melambangkan kualiti pengajian Universiti Al-Azhar yang terulung di mata dunia.

  • Sekiranya pengajaran di dalam bahasa pasar (yang sesetengahnya terlalu kuat pasarnya) terus dijadikan amalan dikalangan pelajar Al-Azhar, pastinya sedikit demi sedikit nilai ilmu akan menjadi kurang dan nilai bahasa Arab itu sendiri akan musnah.

  • Musuh-musuh Islam pada hari ini sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk memusnahkan nilai dan sistem bahasa Arab. Malangnya, dalam masa yang sama institusi Al-Azhar sendiri tidak mahu dan tidak mampu mempraktikkan bahasa Arab melalui nilai dan etikanya yang sebanar secara menyeluruh. Bahasa Arab fushah kurang diberi penekanan di dalam pengajian Islam. Sudahlah komunikasi masyarakat umum serta pengajian selain pengajian Islam menggunakan bahasa pasar, lebih menyedihkan pihak yang berautoriti untuk terus memperjuangkan bahasa Arab fushah akhirnya tidak melaksanakan secara serius dalam medan yang sepatutnya (institusi pengajian).

  • Di peringkat Tanta sendiri telah wujud Markaz Nil cawangan Tanta dalam membantu penguasaan dan pembelajaran bahasa Arab di kalangan pelajar Malaysia dan asing.

4- Mengumpulkan pelajar wafidin (pelajar Malaysia khususnya) akan menimbulkan beberapa masalah lain. Antaranya ialah:-

  • Kehidupan pelajar Malaysia dalam satu tempat bukan membantu penguasaan bahasa Arab, malah kemungkinan praktikal pengunaan bahasa Arab tidak akan wujud akibat kehidupan sama rumpun dan tidak berhajatkan praktikal penggunaan bahasa Arab.

  • Urusan perpindahan maklumat pengajian pasti akan berlaku keciciran kerana sistem yang diamalkan masih di takuk lama. Dibimbangi akhirnya memberi impak yang buruk kepada pengajian pelajar seperti terpaksa menukar kuliah, menangguhkan pengajian, maklumat tidak lengkap serta hilang dan sebagainya.

  • Proses perpindahan dengan jumlah yang terlalu banyak (akibat perpindahan daripada semua muhafazah ke Kaherah) bakal menyulitkan proses mendapatkan penempatan dan urusan pendaftran kuliah.

  • Ini akan mengurangkan penguasaan bahasa Arab itu sendiri dan pengalaman bermuamalat dengan masyarakat sekirtar. Masyarakat Arab Mesir mempunyai nilai sosialnya yang tersendiri. Ini akan menghapuskan peluang pelajas asing mempelajari dan menghayati sistem kehidupan masyarakat tempatan. Malah, pihak kedutaan Indonesia (berdasarkan kenyataan ketua pelajar Indonesia) mahukan pelajarnya tersebar ke seluruh Mesir.

  • Akan wujud ‘assabiyah Melayu/ Malaysia’ akibat kehidupan yang hanya setompok tanpa komunikasi dengan masyarakat tempatan dan pelajar asing yang lain.

5- Cadangan perpindahan ini ada mainan politik dan pengaruh pihak atasan pengurusan Al-Azhar. Antaranya ialah:-

  • Terdapat beberapa petanda awal seolah-olah ia merupakan rancangan pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KMBK) dan Jabatan penuntut Malaysia Kaherah (KBMK). KBMK dan JPMK tidak memainkan peranan mereka. Semasa isu ini panas dibincangkan, tiada sebarang respon dan tindakan yang sepatutnya oleh pihak yang berkaitan.

  • Suatu ketika dahulu, pihak JPMK mahu memisahkan kelompok Malaysia yang tertumpu di pudat dengan mewujudkan muhafazah pada tahun 1992. Kemungkinan akibat merasakan penguasaan PMRAM di kalangan pelajar pengajian Islam semakin kuat, tindakan lain diambil oleh mereka. JPMK mahu menyekat pengaruh PMRAM yang semakin melebar di kalangan pelajar.

  • Isu ini hanya diketahui oleh orang atasan (pihak pengurusan) Al-Azhar sahaja tanpa diketahui oleh kebanyakan pensyarah pada peringkat awal. Malah pensyarah Universiti Al-Azhar di Mansurah tidak menyetujui perpindahan ini.

6- Pertukaran ke Kuliah Ulum yang akan diwujudkan kelak akan menghilangkan nilai identiti pelajar Al-Azhar di mata masyarakat dan dunia. Seolah-olah silibus pengajian telah berubah di kalangan pelajar wafidin dan menghalangi mereka memperoleh manhaj, kaedah dan method pengajian Al-Azhar yang digunapakai secara umum di kalangan pelajar berbangsa Arab dan selainnya selama ini.

7- Kenaikan yuran akan membebankan pelajar. Terdapat ura-ura yang menyatakan di Kaherah kelak yuran pengajian akan mencecah USD 1000 seorang. Ini pastinya membebankan pelajar yang tidak mempunyai sumber kewangan yang banyak. Malah, sebahagian besar pelajar Al-Azhar bukanlah daripada golongan berada dan berpendapatan tinggi.

8- Perbezaan silibus merendahkan taraf dan identiti Al-Azhar. Penggubalan semula dan pertukaran silibus yang dikatakan akan berlaku di Kuliah Ulum kelak sebenarnya akan merendahkan martabat pelajar Al-Azhar wafidin. Semua pelajar Al-Azhar sepatutnya menerima silibus, manhaj dan method pengajian yang sama.

Antara maklumat lain yang diperolehi daripada perjumpaan tersebut ialah:-

Indonesia

Ketua Pelajar Indonesia dari Dewan Pengurus Daerah, Persatuan Pelajar dan Mahasiswa Indonesia (DPP PPMI Tanta) menyatakan bahawa kebanyakan pelajar Indonesia sendiri keberatan untuk berpindah. Pihak mereka telah berhubung dengan kedutaan Indonesia dan pihak kedutaan menyatakan ketidaksetujuan mereka. Pihak kedutaan mahukan pelajar Indonesia bertebaran ke seluruh pelusuk Mesir dan isu ini tiada kaitan dengan kedutaan.

Beliau juga menambah, perpindahan ini adalah cadangan daripada pihak Ikatan Alumni Al-Azhar Sedunia. Pihak Ikatan berpendapat bahawa ia akan memudahkan mereka (penguasaan bahasa Arab di kalangan pelajar wafidin). Namun, ia sebenarnya lebih banyak mendatangkan mudharat. Pihak mereka masih tidak menerima hitam-putih (qarar) mengenainya. Sekiranya ada, mereka membantahnya.

Beliau menambah, pihak kedutaan Indonesia akan akan menyelidik asal usul isu ini (cadangan perpindahan). Kemudian mereka akan mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak yang terbabit. Persatuan Indonesia akan mendesak persatuan Al-Azhar terhadap isu ini.

Nigeria

Wakil Nigeria menyatakan bahawa isu baru baru didengari sekitar dua minggu yang lalu dan beliau mendapatkan pengesahan mengenainya daripada pelajar Nigeria yang lain yang berada di muhafazah selain Tanta seperti Mansurah, Dsuq dan sebagainya. Beliau mencadangkan agar semua pelajar wafidin bergerak dan bertindak dalam ‘satu suara’ membantah cadangan perpindahan ini. Jangan hanya mementingkan keperluan dan kepentingan sendiri.

Beliau menambah, sekiranya perpindahan ini berlaku, pastinya akan banyak masalah yang akan timbul yang berkaitan secara langsung denga pengurusan seharian dan pengajian. Katanya, berdasarkan kenyataan Syeikh Al-Azhar yang baru, konsep pengajian Al-Azhar akan bertukar kepada konsep pengajian kitab turath. Sekiranya ini berlaku, pastinya pelajar wafidin akan terlepas dan ketinggalan mengikuti proses ini.

Turki

Ketua pelajar Turki menyatakan bahawa kehidupan dan pengurusan pengajian di Tanta lebih mudah berbanding Kaherah. Kehidupan di Kaherah sangat sukar dan sibuk. Beliau menambah bahawa terdapat beberapa pelajar Turki yang memilih Kaherah menyatakan kekecewaan mereka apabila menjalani kehidupan di sana. Apabila perpindahan ini berlaku, pelajar wafidin akan terpisah dengan masyarakat Arab dan ini pasti tidak akan memperkasakan bahasa Arab pelajar wafidin.

Selain itu menurutnya, permasalah besar akan timbul berkaitan proses perpindahan, pengajian dan penempatan. Beliau mencadangkan perlunya ada perbindangan dengan dekan atau rektor kuliah di peringkat Kaherah dan menghantar surat aduan.

Cadangan

Antara cadangan tindakan yang telah diutarakan oleh ahli ialah:-

  1. Para pelajar perlu meletakkan sikap dan nilai thiqah (kepercayaan) yang tinggi kepada para syeikh dan pensyarah Al-Azhar. Sesungguhnya mereka merupakan golongan ulama’ yang lebih rapat dengan Allah SWT dan mengetahui apa yang lebih baik.
  2. Pelajar perlu lebih mengutamakan peperiksaan kerana ianya semakin hampir. Peperiksaan adalah perkara pasti dan isu ini masih dalam perbincangan.
  3. Para pelajar perlu bertindak profesional dan mengawal emosi dalam menghadapi isu ini.
  4. Meminta bantuan persatuan pelajar Al-Azhar. Ini kerana, pihak persatuan pelajar sendiri tidak bersetuju dengan cadangan perpindahan ini.
  5. Pihak berwajib perlu bersama menangani isu ini, menyatakan bantahan terhadap cadangan perpindahan ini. Ia melibatkan kerjasama daripada pihak Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM), Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) dan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK).
  6. Mendesak KBMK dan JPMK menyatakan ketidaksetujuan dalam isu ini. Ini disebabkan mereka seolah ‘berdiam diri’ terhadap isu ini.
  7. Pengerusi DPMT yang merupakan wakil PMRAM pusat perlu membuat tindakan susulan terhadap kesanggupan pihak persatuan palajar Al-Azhar Tanta yang mahu bekerjasama dalam isu ini.
  8. Sekiranya perpindahan ini benar-benar berlaku, perlu meminta jaminan agar PMRAM terus dibenarkan berprogram.
  9. 9- Meminta jaminan daripada Al-Azhar bahawa pelajar wafidin akan memperoleh kemudahan yang sama diperolehi di Tanta apabila berpindah ke Kaherah kelak.
Muhasabah

Antara muhasabah di dalam perjumpaan:-

  1. Seluruh ahli dan pelajar wafidin perlulah berusaha bersungguh-sungguh untuk cemerlang dalam pengajian dan penguasaan bahasa Arab. Mereka perlu mampu membawa manhaj Al-Azhar apabila turun ke medah kelak.
  2. Kecemerlangan dalam penguasaan bahasa Arab merupakan kehendak sendiri. Sekiranya tidak bermula dari diri sendiri dan atas inisiatif sendiri, pastinya seseorang tidak mampu menguasai bahasa Arab dengan baik merangkumi tatabahasa dan nilai estetikanya.
  3. Sesetengan pelajar malu untuk berbicara dan bertutur dalam bahasa Arab kerana bimbang akan salah. Ini merupakan sikap yang patut dihindari. Malu untuk menuju kecemerlangan bukanlah daripada sikap dan sifat yang dianjurkan oleh Islam. Malah Islam menganjurkan umatnya agar bersungguh-sungguh untuk memahami dan menghayati Al-Quran yang ilmunya bermula daripada bahasa Arab.
  4. Pelajar tidak seharusnya mengamalkan sikap berpuak atau assabiyah. Hanya hidup di dalam lingkungan pelajar melayu atau Malaysia sahaja. Komunikasi dengan masyarakat Arab sangatlah dituntut untuk penguasaan bahasa Arab yang lebih baik dan penyaluran ilmu yang lebih berkesan.
Laporan ini berdasarkan perbincangan dan luahan idea semasa perjumpaan tergempar pada hari Selasa bertarikh 27 April 2010, bertempat di Bait Izzah (markaz pelajar Malaysia Tanta) pada jam 7:00 malam. Kehadiran ahli mencecah 150 orang.

Disediakan oleh:

DPMT Sesi 2009/2010.

Sumber : http://edpmt.org

Shattirs : Peperiksaan fasa 2 Universiti Al-Azhar semakin menghampiri,semoga semua Mahasiswa/wi di Perlembahan Nil akan beroleh kejayaan didunia dan diakhirat,AMIN .Doakan kami beroleh keberkatan ilmu dan balik berjuang di tanah air yang tercinta.

Jangkaan Tarikh Peperiksaan---> 29/5/2010 ~

Tanta Scan,Tanta.

Mesir.

Brought to you by : shattirs