Keluarga SHATTIRS

Keluarga SHATTIRS
Assalamualaikum WBT

SHATTIRS Followers

Popular Posts

Sunday, February 21, 2010

EMINENT'10 (DPM TANTA )-->8-14/3/10



*Klik untuk besarkan*


Bait Izzah, 21 Feb - Saban tahun DPMT mengadakan pelbagai program termasuk program bertaraf mega bagi merealisasikan matlamat dan tujuan persatuan induk yang menaunginya iaitu Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM). DPMT hari ini berasa begitu bangga dan selesa menjadi satu keluarga yang damai dan harmoni bersama PMRAM selaku ayah. Kehidupan kekeluargaan ini lebih bermakna dengan keberadaan cawangan-cawangan PMRAM yang lain di 12 buah BKAN dan 7 lagi DPM yang menjadi adik serta abang kepada DPMT.

Suasana yang erat ini pastinya berorentasikan matlamat yang murni iaitu ingin melihat anak-anak Melayu di bumi Mesir ini bersatu di bawah satu naungan iaitu PMRAM. Oleh hal yang demikian, DPMT sekali lagi merencanakan satu mekanisma yang pastinya berkemampuan untuk mengumpulkan anak-anak Melayu di bumi Badawi ini sekali gus menyatukan mereka.

Justeru, marilah sama-sama kita menjayakan The Symposium Of Malaysian Students In Tanta 2010 (EMINENT '10) yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Tanta Scan,TANTA
12.00 PM


Brought to you by : shattirs

Tender BAZAR * Pendaftaran EMINENT 10 kini dibuka ~

Kepada seluruh ahli DPM Tanta dan Perubatan Cawangan Tanta, anda semua boleh mengambil peluang untuk berniaga bersempena Program The Symposium Of Malaysian Student’s In Tanta (EMINENT '10) Penyertaan dibuka mulai sekarang sehingga 1 Mac 2010. Terbuka kepada ahli DPMT dan PCT. Bayaran LE 60 untuk satu tapak. Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh dibuat melalui :

Us Khairul Naim B Ismail
- 011-3517227

(Pengarah Bazar Eminent '10)

PENYERTAAN TERHAD KEPADA SESIAPA YANG MENDAFTAR AWAL.CEPAT SEBELUM TENDER HABIS DITEMPAH
.............................................................................................................
PENDAFTARAN EMINENT '10

Pendaftaran : LE 6.00 (Seorang) (Makanan malam terakhir dan kertas Kerja )
Pembayaran boleh dibuat melalui :

Ketua Publisti dan Pendaftaran Eminent '10 :

- Us Mohd Helmi Bin Che Fauzi (011-0711818 ) & (019-1067906)

- Perubatan (akhawat ) Dr Husna Bt Mohd Sani

- AJKT DPMT serta Penghulu Kamsis

Brought to you by : shattirs

Kelas KBMI Bersama Shattirs



Berita DPMT ~

http://edpmt.org


Bait Izzah, 21 Feb
- Unit Pengetahuan dan Pendidikan (UPAP) DPMT hari ini sekali lagi menyusun langkah bagi memugar thaqafah ahlinya serta mempertingkatkan prestasi mereka dalam akademi dengan mengadakan Kelas Bimibingan dan Madrasatul Ilmi atau lebih dikenali dengan nama singkatannya sebagai 'KBMI'.

Tidak dapat dinafikan bahawa UPAP begitu optimis dalam merencanakan susun atur langkahnya dalam memastikan matlamat Kempen Say "No" Fail tercapai. Justeru, KBMI disusun agar ia dapat dimulakan lebih awal bagi mempersiapkan diri mahasiswa ke arah persediaan yang lebih jitu sebelum berhadapan dengan peperiksaan di pertengahan bulan Mei nanti.

Shattirs : InsyaAllah pada adik-adik tahun `1 (SYARIAH)-->kelas F.Muqaran untuk fasa 2 akan bermula pada 22/2/2010 sehingga 4/3/2010 bersama tenaga pengajar iaitu Us shattirs.

Tanta Scan,TANTA
11.00 P.M

Brought to you by : shattirs

Saturday, February 6, 2010

Video HEMPAP di Perak

Shattirs : Saksikanlah Video Program HEMPAP baru-baru ini di negeri Perak.
HEMPAP)--->Himpunan 10,000 Pemuda PAS Perak ~

31/1/2010 ~

TAKBIR!




::Y.A.B Dato Seri Ir Nizar Jamaluddin (MB PERAK PAKATAN RAKYAT)::




::Y.B Salahuddin Ayub (Naib Presiden PAS)::




::Ustaz Nasruddin Hasan Tantawi (Ketua Pemuda PAS PUSAT)::



Pameran Buku Antarabangsa MESIR (Cairo Book Fair) ~


Shattirs : Makrod Kutub edisi 42 ( 28-13/2/2010 )

Alhamdulillah,baru-baru ini,saya dan beberapa orang sahabat dari bumi TANTA (U.Ibrahim Mansor,U.Firdaus,Ahmad Arab berpeluang pergi ke Pameran Buku Antarabangsa Kaherah.Usai perjalanan dari pagi hingga ke malam memang menyeronokkan sanubari kami bersama.

Syukur pada Allah ta'ala kerna kami dapat mencari kitab-kitab yang ingin dibeli semasa kesana.Antaranya Journal Majalah Syariah Universiti Kuwait(Himpunan Tesis Master dan Phd Dr Timur Tengah-->sebagai rujukan nak sambung M.A dan Phd nanti.Selain tu,saya telah membeli kitab-kitab SIHIR (Perubatan Islam) untuk lebih mendalami ilmu tersebut.Alhamdulillah kitab yang menjadi rujukan saya semestinya karangan Syeikh Wahid Salam Bali (Guru perubatan Islam Dr Haron Din semasa di Mesir).

Untuk makluman,Syeikh wahid masih hidup sihat di bumi Kafru' Sheikh (Perkampungan Sheik2).insyaAllah jika diizinkan Allah,sebelum bermula peperiksaan fasa kedua (sekitar bulan 5) saya akan ke sana untuk mengaji bersama Syeikh berkaitan ilmu Perubatan Islam dengan lebih mendalam lagi,AMIN ~

Buku-buku berkaitan Baitul Muslim tidak dilupakan kerana saya dapat mersakan hari bahagia untuk bermadu kasih bersama pilihan ilahi semakin dekat :) ~

~ Gambar Sekitar Makrod Kutub ~



::Ahmad Arab,shattirs,U.Firdaus(dibelakang) dan U.Sulaiman::



::Sahabatku U.Ibrahim Mansor berbaju Hitam ::

Tanta Scan,TANTA
MESIR 6.00 P.M


Brought to you by : shattirs