Keluarga SHATTIRS

Keluarga SHATTIRS
Assalamualaikum WBT

SHATTIRS Followers

Popular Posts

Friday, August 10, 2007

Gerakan Dalam Menghancurkan Islam

GERAKAN FREEMASONRY

Gerakan ini dipelopori oleh orang Yahudi yang ingin mengambil kembali tanah Palestin dan membina kembali Haikal Sulaiman di bawah runtuhan Masjid Al-Aqsa,kemudian akan melebar-luaskan pemerintahannya ke Syria,Iraq,Jordan, Mesir dan terus menuju ke Madinah di Arab Saudi.Pergerakan ini dibentuk bagi mengembangkan fahaman Yahudi dengan cara bergiat cergas di dalam bidang pendidikan,politik ,budaya dan sosial.

Bermula daripada gerakan inilah,maka telah timbul pertubuhan-pertubuh an yang berbentuk kebajikan dan keamanan di seluruh dunia bagi mengaburi mata masyarakat terhadap pergerakan mereka.Gerakan ini telah menyusup masuk ke seluruh fahaman,agama dan bangsa tanpa perlu menukar identiti mereka asalkan mereka taat setia kepada gerakan ini.Pergerakan ini amat cergas di dalam bidang ekonomi dengan cara menopoli dan menghalalkan riba di kalangan manusia.

Di dalam bidang sosial pula mereka lebih mengambil perhatian tentang kemanusian dan sentiasa menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukannya .Mereka juga suka memberi penghargaan kepada mana-mana individu yang cemerlang untuk menarik mereka menyertai gerakan ini.Kebanyakan orang yang terjebak ke dalam pergerakan ini adalah dari kalangan orang-orang yang berkepentingan di dalam pertubuhan kerajaan dan sosial.Orang- orang yang telah terjerumus ke dalam gerakan ini terpaksa akur dengan kehendak pergerakan ini.

ULASANKU:
Gerakan freemasonry merupakan agenda jahat yahudi sejak sekian lama lagi,mereka ingin menghapuskan semua agama di dunia hatta agama Kristian sekali pun.Ini merupakan fahaman dan gerakan yang amat melampau jika dikaji dengan sedalam mungkin.Permulaan mereka dengan cuba memporak-perandakan gerakan serta Umat Islam di muka bumi ini.Perancangan serta taktik mereka amatlah licik serta berwawasan.Saya melihat gerakan freemasonry ini merupakan dakyah orang yahudi dalam mencapai impian nenek moyang mereka serta ketidakpuashatian terhadap layanan yang mereka terima sejak sekian lama.Jika kita lihat,cara mereka mencari ahli juga tidak bersifat Universal iaitu hanya memilih yang berstatus sahaja dengan mengabaikan orang bawahan,sikap seperti ini kita dapat lihat di Malaysia,seperti pertubuhan (JIM).berlawanan dengan PAS,yang mempunyai hadaf dan matlamat dalam menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini.

GERAKAN ORIENTALISME

Orientalisme merupakan gerakan yang didokong oleh para sarjana barat yang terdiri daripada orang-orang Yahudi dan Kristian,Ia juga boleh dimaksudkan sebagai satu bentuk fahaman yang boleh dihubung-kaitkan kepada suatu aliran pemikiran atau pembelajaran mengenai kehidupan bangsa - bangsa timur umumnya dan mengenai Tamadun Islam serta bangsa Arab khususnya.

RUJUK SURAH AL-HASYR (ayat ke -14)

Gerakan ini bermula kesan daripada pertembungan dari segi pemikiran,politik, akidah,atau ideologi yang menyelubungi zaman pasca modenisme.Faktor terpenting dalam perkembnagan gerakan ini adalah disebabkan oleh perasaan hasad dan dengki daripada masyarakat Barat selepas mereka tewas di dalam Peperangan salib (The Crusade War) dan kemajuan Islam yang telah menguasai dunia ketika itu.Demi menutup kelemahan tersebut,mereka mula mengkaji Tamadun Timur dan Tamdun Islam secara khususnya untuk dijadikan platform alaf baru.Selain daripada itu,ia bertujuan mencari kelemahan Islam dan berusaha untuk menyelewengkan ajaran Islam yang di amalkan oleh penganutnya. Hasil daripada kajian yang dibuat,mereka telah membina Tamadun Moden sebagaimana yang kita saksikan hari ini.Kemodenan yang dicapai adalah semata-mata bertujuan untuk merendahkan martabat Agama Islam di mata dunia.

Mereka maju hasil daripada kemajuan yang telah disemai oleh Tamadun Islam suatu ketika dahulu.Tidak lebih dripada itu,mereka telah mencari kelemahan yang ada pada Agama Islam dan merosakkan umat Islam dari segi aqidah dan syariah.Natijahnya, mereka dapat menghancurkan Empayar Islam serta menjajah umat Islam dari segi fizikal dan mental sampai hari ini.

ULASANKU:
Saya melihat gerakan ini dipelopori oleh pendita-pendita Yahudi serta rahib-rahib Kristian,mereka juga menjadi pendokong utama gerakan.juga, tidak dapat tidak,faktor penjajahan juga adalah antara sebab munculnya gerakan ini,disebabkan faktor dendam dan benci mereka pada Islam,maka lahirlah apa yang disebut Aqliyah Orientalisme, apa yang dapat saya simpulkan ialah,golongan Orientalisme merupakan pengkaji atau penyelidik yang bekerja mencari dan mengkaji ilmu ke"Timur"an dari segi sejarah ,tamadun,kedudukan hal ehwal sosial,politik dan ekonomi.Gerakan ini hampir sama dengan gerakan freemasonry yang mempunyai hadaf yang sama iaitu mahu menghancurkan Islam serta umatnya di seantero dunia.

GERAKAN KRISTIANISASI

Perkataan Kristian berasal dripada perkataan yunani (Greece) iaitu Cristos yang membawa maksud "Messiah" di dalam bahasa Ibrani.Perkataan Cristos juga diambil sempena gelaran yang diberikan kepada Nabi Isa as iaitu Christ.Cristos di dalam pengertian umum bermaksud orang yang diharapkan oleh rakyat untuk melepaskan diri daripada suatu penderitaan. Kemudianya diterjemah ke dalam Bahasa Arab menjadi Al-Masih .Kristian juga di namakan Nasrani iaitu disandarkan kepada sebuah bandar bernama Nasirah (Nazerat) di Galilea yang dipercayai tempat kelahiran Nabi Isa as.

= Anda semua boleh merujuk surah as Sof ayat 6,surah Ali-Imran ayat 85,ayat 19,serta surah al-Maidah ayat 47....(berkaitan kisah-kisah yang disebutkan di dalam Al-Quran)

Perkataan Kristianisasi diambil daripada istilah Bahasa Melayu yang merujuk kepada makna "proses mengajak orang lain kepada Kristian".Istilah Kristinisasi di dalam Bahasa Inggeris pula dikenali sebagai "Christian Missionary" atau "Evangelization"
.Manakala di dalam Bahasa Arab pula dikenali sebagai "At-Tabsyir" dan at-tansyir".

ULASANKU:

Saya melihat gerakan ini amat-amat merbahaya dan sedang cuba mencapai matlamatnya yang telah dirancang sekian lama untuk memesongkan akidah umat Islam amnya.Semua penganut Kristian beranggapan bahawa menyampaikan ajaran agama kristian ke seluruh dunia menjadi kewajipan ke atas mereka.Mereka berbuat demikian bagi melunaskan tanggungjawab yang terpundak dibahu mereka sebagaimana yang termaktub di dalam kitab-kitab suci mereka.Di Malaysia,gerakan ini semakin berleluasa,bahkan sudah mencapai tahap membimbangkan Umat Islam.Taktik dan dakyah mereka amat licik dalam memesongkan akidah Umat Islam.Kita mesti kembali mengingati kenyataan yang diungkapkan oleh Mufti Perak,bahawa hampir 250 ribu orang Umat Islam yang mengaku Melayu sudah murtad,ini amatlah membimbangkan Umat Islam di Malaysia.Jadi, apakah tindakan Umarak dan Ulamak Di Malaysia.?Fikir- fikirkanlah. ..
Hakikatnya,Umat Islam mestilah kembali kepada perjuangan Islam Yang sebenar dengan kembali merujuk kepada Al-Quran Dan As-Sunnah di dalam kehidupan seharian.

saya banyak berbincang dengan penulis buku ini,mengenai tiga gerakan ini yang merupakan musuh dalam menghancurkan Umat Islam.Umat Islam perlu senantiasa berwaspada serta tidak terus leka dan alpa dengan apa jua cabaran dan rintangan yang dihadapi.Kita perlu menghadapi mehnah dan tribulasi ini bersama.

No comments: