Keluarga SHATTIRS

Keluarga SHATTIRS
Assalamualaikum WBT

SHATTIRS Followers

Popular Posts

Thursday, August 23, 2007

Masalah Feqh Semasa


Perbahasan : HUKUM SUAMI JIMAK ISTERI MELALUI DUBUR
Rujukan : Kitab Al-Mufasal
Karangan : Dr Abdul Karim Zaidan
Jilid 5, Muka surat 58-61



(1) Hukumnya :

Hukum bagi suami yang jimak isterinya melalui dubur adalah haram kerana terdapatnya dalil di dalam Al-Quran dan Al-Sunnah. Dan wajib dikenakan hukuman ta’zir.


(2) Dalil daripada Al-Quran :

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah, ayat 222, 223 :

Cara pengambilan hukum daripada ayat :

Pertama :

Allah mengharamkan faraj isterinya ketika dalam keadaan haid kerana najis yang mendatang, maka adalah lebih utama mengharamkan dubur kerana najis yang lazim.

Kedua :

Firman Allah s.w.t :

Bermaksud; “Maka hendaklah kamu datangi mereka pada tempat yang harus didatangi,” -iaitu faraj isteri dan bukannya dubur. Ini adalah pandangan Ibnu ‘Abbas, Mujahid, Qatadah, ‘Ikrimah dan lain-lain.

Ketiga :

Firman Allah s.w.t :

Bermaksud; “ladang dan tempat lahirnya anak”. Ini adalah uslub perumpamaan (التشبيه)
Maka faraj isteri seumpama tanah dan air mani ibarat biji benih dan anak sebagai tumbuhan yang keluar.

Keempat :

Firman Allah s.w.t :

Bermaksud; “sebagaimana yang kamu kehendaki daripada keadaan dan hal dengan syarat berlakunya persetubuhan pada qubul isterinya iaitu faraj.” Maka lafaz (الحرث) menunjukkan kepada dalil yang jelas bahawa diharuskan bagi suami bersetubuh dengan isteri khusus pada farajnya kerana ia adalah lading dan tempat tanaman.
(3) Dalil daripada Al-Sunnah :

Pertama : Hadis daripada Abu Hurairah r.a :

Maksudnya; “Sesungguhnya dilaknati bagi sesiapa yang mendatangi perempuannya melalui duburnya”. (Riwayat Abu Daud)

Kedua : Hadis daripada Ibnu ‘Abbas r.a :

Maksudnya; “Allah tidak akan melihat kepada lelaki yang mendatangi lelaki atau lelaki yang mendatangi isterinya melalui dubur”. (Riwayat Al-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Ketiga : Hadis daripada Ali bin Talaq r.a :

Maksudnya; ”Dan janganlah kamu mendatangi isteri pada tempat lemahnya -iaitu duburnya- dan sesungguhnya Allah tidak malu terhadap yang hak”. (Riwayat Al-Tirmizi)

Kesemua hadis-hadis ini menunjukkan kepada hukum haram bagi lelaki yang mendatangi isteri pada duburnya kerana terdapatnya larangan yang jelas tentangnya. Dan asal bagi larangan adalah haram. Ada sebahagiannya menamakan orang yang bersetubuh pada dubur adalah orang yang dilaknat. Dan li’an tidak berlaku melainkan melakukan perkara haram.


(4) Pandangan Ulama’ terhadap masalah ini :

Pertama : Al-Hanabilah

Sekiranya suami bersetubuh isteri pada duburnya hukumnya adalah haram dan tidak dikenakan hukuman had kerana isterinya halal disetubuhi maka ianya dikenakan hukuman ta’zir kerana melakukan maksiat.

Kedua : Al-Hanafiyah

Tanpa ada khilaf dikalangan mereka iaitu tidak dikenakan hukuman had bagi suami yang menyetubuhi isteri pada duburnya sebaliknya dikenakan hukuman ta’zir.

Ketiga : Al-Malikiyah

Tidak dikenakan hukuman had bagi lelaki yang menyetubuhi isteri pada duburnya bahkan dikenakan hukuman adab iaitu ta’zir.



Keempat : Al-Zaidiyah

Sekiranya seseorang lelaki mendatangi isteri dan amah melalui cara yang tidak disyara’kan tidak wajib dikenakan had bahkan dikenakan ta’zir samada mendatangi keduanya melalui dubur atau ketika haid.

Kelima : Al-Ja’fariyah

Hukum suami yang mendatangi isteri melalui duburnya adalah harus bersama makruh. Terdapat di dalam kitab النهاية karangan الطوسي ; “dan makruh bagi lelaki mendatangi isterinya pada dubur”.

Dan di dalam kitab الشرائع الأسلام karangan الحلي : “Bersetubuh pada dubur-iaitu dubur isteri- padanya ada dua riwayat, pertamanya; harus dan ia adalah pendapat yang masyhur dikalangan ashab ke atas hukum makruh yang bersangatan.”


(5) Kesimpulan

Kesimpulan daripada semua perbahasan daripada nas Al-Quran dan Al-Sunnah serta pandangan ulama’ bahawa persetubuhan lelaki ke atas isterinya melalui dubur adalah suatu yang haram. Ini diakui oleh kebanyakan ulama’ kecuali riwayat daripada Al-Ja’fariyah yang mengatakan bahawa riwayat yang masyhur ialah harus bersama-sama dengan hukum makruh, dan di dalam riwayat yang lain adalah haram.

Tidak syak bahawa pendapat yang mengatakan hukumnya haram adalah lebih kuat kerana dalil-dalilnya. Namun tidak wajib dikenakan hukuman had-seperti had zina-sebaliknya dikenakan hukuman ta’zir yang bersesuaian dengan perbuatan buruk.

والله يقول الحق ويهدي السبيل

Disediakan oleh,

الفقير عند عفو ربه ,

MOHD HELMI CHE FAUZI
Tahun Tiga (3),

Jabatan Syariah Dan Undang - Undang,
Kuliah Syariah Islamiah,
Universiti Al-Azhar, Tanta.

No comments: