Keluarga SHATTIRS

Keluarga SHATTIRS
Assalamualaikum WBT

SHATTIRS Followers

Popular Posts

Thursday, August 16, 2007

Antara Cinta Dan Cita - Cita

Salam...

Hati remaja selalu berkata, apakah
salah kami bercinta?*Rasa cinta
memang tidak salah.Ia adalah fitrah
semulajadi (instinct) yang
ALLAH swt kurniaan kepada setiap
manusia. Ingin bercinta dan
dicintai adalah instinct. Jiwa
manusia memerlukan cinta seperti
jasad perlukan makanan. Oleh kerana
cinta adalah fitrah, maka
tentulah tidak salah merasainya.
Namun ALLAH tidak kurniakan cinta
secara polos begitu saja. Dia juga
pencipta peraturan cinta demi
menjaga kemurniaannya. Peraturan
inilah yang kerap dilanggar. Rasa
cinta tidak salah tetapi kesalahan
selalu berlaku sewaktu menjalin
hubungan cinta. Di sinilah selalunya
remaja terjebak. Cinta
terlarang adalah cinta yang menafikan
peraturan yang telah
ditetapkan oleh ALLAH swt. Ketika
itulah FITRAH telah menjadi
FITNAH. Bila kehendak semulajadi
tidak disalurkan atau diisi
mengikut peraturan maka akan
berlakulah kekalutan dan kemusnahan.


Apakah peraturan-peraturan dalam
hubungan cinta?

Hendaklah cinta kita itu didasarkan
kepada cinta ALLAH.
Ertinya cinta yang kita berikan
kepadanya semata-mata kerana
mengharapkan keredhaan ALLAH.
ALLAH memberikan kita fitrah itu lalu
niatkan dengan fitrah itu
boleh menghampirkan diri kita kepada
ALLAH swt.

Cintailah sesiapa pun, tetapi
pastikan cinta itu dapat
memudahkan kita mencintai ALLAH.

Sehubungan
dengan itu, cinta antara
lelaki dan perempuan mestilah
diniatkan untuk ALLAH!.

Soalnya bagaimana?
Iringilah dengan niat untuk berkahwin
kerana berkahwin itu lebih
memudahkan seorang lelaki atau
seorang perempuan menyempurnakan
agamanya.

Sabda Rasulullah saw,
"Apabila seseorang itu berkahwin,
sempurnalah separuh agamanya,
tinggal lagi separuh untuk
disempurnakannya" .


Semoga perkahwinan yang dibina adalah
semata-mata kerana ALLAH,
dgn tujuan untuk membina rumahtangga
muslim, melahirkan keturunan
soleh dan solehah, keluarga yang
sanggup memikul amanah & dapat
melaksanakan segala hukum dan
perintah ALLAH swt. Semoga dengan
perkahwinan itu juga akan dapat
menjaga pandangannya, kehormatan
dirinya serta hati dan juga
perasaannya supaya
sentiasa tunduk dan takut pada ALLAH
swt, di samping dapat
beribadat dan bertaqwa kepada ALLAH
SWT.
Oleh itu, usahlah bercinta sekadar
untuk bersuka-suka. Lebih buruk
lagi janganlah ada niat-niat yang
jahat dalam bercinta sekadar
untuk bersuka-suka. Lebih buruk lagi
janganlah ada niat-niat yang jahat
dalam bercinta sama ada didorong oleh
hasutan nafsu atau pujukan
syaitan. Jika tidak ada niat untuk
berkahwin, cinta sudah pasti
bukan kerana ALLAH.
Hakikatnya cinta itu adalah cinta
terlarang yang akan membawa
kemusnahan pada sebelah pihak atau
kedua-duanya sekali. Cinta
jenis ini seburuk namanya - Cinta
Monyet!


Hendaklah dipastikan semasa menjalin
hubungan cinta tidak ada
hukum ALLAH yang dilanggar.

Antaranya, tidak ada pergaulan bebas,
tidak ada pendedahan aurat,
tidak ada pengabaian perkara asas
seperti meninggalkan sembahyang,
puasa dan lain-lain.
Hubungan cinta jangan sampai
terjerumus dalam perkara yang
melalaikan dan merugikan.


Yakinlah, tidak ada keindahan dengan
melanggar peraturan Tuhan.
Allah swt Maha Mengetahui dan Maha
Menyayangi. Segala peraturanNya
buat dengan rasa cinta terhadap
hambaNYA.

Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua
itu. Dan cinta itu pasti
akan membawa ke gerbang perkahwinan
untuk bercinta lagi dengan
seribu keindahannya. Bahkan jika
diizinkan oleh takdirNya, cinta
itu akan terus bersambung ke alam
akhirat. Suami yang soleh dan
isteri yang solehah akan bercinta
lagi di syurga tempat pertama
yang melahirkan cinta!


Ketika itulah FITRAH akan menjadi
ANUGERAH!

Moga bermanfaat....wassalam..

P/S: Jangan Jadikan Fitrah itu Fitnah... : = shattirs= :

No comments: