Saturday, August 25, 2007
Pemuda Harapan Islam
KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEMUDA ISLAM.
Segala puji-pujian dipanjatkan ke hadrat Ilahi di atas segala nikmatnya yang tidak terhitung banyaknya. Terutamanya nikmat Islam dan iman yang sangat besar nilainya. Firman Allah Taala yang bermaksud : “ Dan seandainya kamu menghitung nikmat Allah nescaya tidak akan terhitung akannya ”. Selawat dan salam dipersembahkan buat Rasul junjungan yang mulia nabi Muhammad sallahu alaihi wasallam, dengan perutusan baginda membawa rahmat ke seluruh alam. Padanya akhlak yang agung sesuai dengan kalam baginda : “ Sesungguhnya aku diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak ”.
Sabda Rasulallahi sallahu alaihi wasallam : “ Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara : mudamu sebelum tua, sihatmu sebelum sakit, kayamu sebelum fakir, hidupmu sebelum mati dan waktu lapangmu sebelum sibuk ”.
Percakapan mengenai pemuda muslim secara khususnya berlainan daripada percakapan mengenai seseorang yang lain, ini kerana muda itu adalah usia yang cukup istimewa dengan dibekalkan semangatnya yang kental menuju kepada kejayaan, pada usia muda inilah cita-citanya terbentang luas yang mana ianya mendorong kepada memberi, berkorban untuk serta mempertahankan prinsip sesuatu perkara. Pemuda merupakan orang yang peka terhadap masa lalu, sedang dan akan datang seterusnya bertindak dengan penuh kesedaran. Kerana itulah dinamakan sebagai pemuda Islam pemuda harapan.
Apabila pemuda Islam mampu mengunakan waktu dan usia mudanya untuk memperbaiki hubungan dengan Allah Taala melawan hawa nafsunya serta mendidiknya, berusaha untuk memahami Islam dengan fahaman yang benar dengan erti kata lain tidak melampau dan tidak berkurangan...Maka dengan cara tersebut menjadi mudah baginya untuk meneruskan perjalanan ini tanpa perlu berhenti.
Adapun bagi pemuda yang mensia-siakan waktu dan usia mudanya, tidak menggunakan ia dengan sebaiknya dan tidak berusaha untuk merealisasikan apa yang terkandung dalam hadis di atas, maka akan menjadi susah baginya untuk melaksanakan perkara-perkara tersebut setelah luput daripadanya usia muda. Ini kerana muda itu pada kebiasaannya tidak dibebani dengan pelbagai tuntutan duniawi yang banyak, barang siapa yang kekosongan pada usia mudanya dari dibebani dengan tanggungjawab-tanggungjawab kehidupan tidaklah sama dengan orang yang keluar dan berkahwin, ketika itu tugas mereka menjadi berat.
Di sana di dapati ada di antara kalangan pemuda yang terpaksa meneguk air mata penyesalan kerana mereka tidak menggunakan peluang ketika mudanya. Dengan itu dia berkata kepada dirinya :
Mengapakah kamu tidak berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah dan melazimi diri dengan melakukan ketaatan kepadaNya dengan solat malam, berpuasa dan berzikir?
Mengapakah kamu tidak berusaha untuk menghafaz Al-Quran dan mempelajari hukum-hukum agama?
Mengapakah kamu tidak berusaha untuk mempelajari jalan yang betul supaya dapat kamu beramal untuk Islam dan menuju kepadanya?
Mengapa...? Mengapa...? Mengapa...?
Semua persoalan-persoalan ini telah, sedang dan seringkali diajukan oleh kebanyakkan dari kalangan para pemuda yang sibuk dengan dunianya untuk dirinya sendiri sedangkan dia menggigit dengan gigi-giginya akan sesalan atau penyesalan tersebut.
Maka bayangkanlah wahai saudaraku bagaimanakah seandainya kita berada pada kedudukan pemuda ini yang bercita-cita untuk kembali semula kepada hari-harinya yang lapang dahulu agar dia dapat melaksanakan semula segala cita-cita ini. Bayangkanlah sahabat-sahabatku... Bayangkanlah seandainya dirimu sibuk tidak didapati pada saat itu masa untuk kamu membaca Al-Quran atau untuk mendirikan qiamullail atau untuk mencari bekalan dengan membaca dan bertafaqquh serta mendalami ilmu agama.
Bayangkan dari kamu berangan-angan untuk kembali ke waktu kosong, ke waktu yang kurang dengan tanggungjawab supaya kamu dapat melaksanakan segala apa yang kamu cita-citakan itu. Di saat dan ketika kamu bayangkan semua ini katakanlah kepada dirimu :
" Kamu sekarang masih lagi berada pada cita-cita tersebut, hari-hari yang kosong itu masih lagi berterusan bagimu dan masih lagi kurang tanggungjawab ke atasmu, semuanya masih lagi kamu miliki...maka marilah dan bangkitlah wahai diri untuk melakukan amalan sebelum luput kesempatan tersebut..."
Sabda Rasulallahi sallahu alaihi wasallam : " Dua nikmat yang kebanyakkan manusia tertipu pada kedua-duanya iaitu kesihatan dan waktu lapang ".
Maka di sana banyak kewajipan-kewajipan yang mesti ditunaikan sebagai seorang pemuda Islam. Di antaranya kewajipan terhadap Allah dan RasulNya, kewajipan terhadap diri sendiri, kewajipan terhadap akal, kewajipan terhadap pengajian, kewajipan terhadap ahli keluarga dan sahabat, kewajipan terhadap masyarakat dan kewajipan terhadap umat manusia. Sejauh manakah kita telah menunaikan tanggungjawab dan kewajipan tersebut? Tepuklah dada tanyalah iman...
wallahu a'lam..
Rujukan : Kewajipan-Kewajipan Pemuda Islam. Karangan doktor Majdi Al-Hilali.
Brought to you by : shattirs
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
aslamualaikom bro..kat mana tangkap gambar ngan Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi tu???Ada masa datang ler ke blog saya..
walaikumussalam,terima kasih...
insyaAllah ana akan berkunjung ke blog saudara..=)
gambar tu pemberian dari kawan saya,dari sumber mana tak dapat dipastikan,nti saya akan tnya dia ok..
moga dalam rahmat ilahi.
Post a Comment