Keluarga SHATTIRS

Keluarga SHATTIRS
Assalamualaikum WBT

SHATTIRS Followers

Popular Posts

Saturday, August 11, 2007

Kebangkitan atau Kemusnahan Islam


Bismillahirrahmanirrahim....

Semua orang mengehtahui bahawasanya dunia telah lama menyaksikan umat Islam sering menjadi bahan eksperimen puak kuffar untuk mencapai matlamat yang diimpikan. Mungkin pada pemikiran puak kuffar, sekiranya umat Islam masih wujud di atas bumi ini, segala perancangan dan impian hawa nafsu mereka tidak akan tercapai. Bermula sejak penyebaran Islam, musuh-musuh Islam tidak pernah kenal erti penat dan rehat menyusun dan melancarkan strategi untuk menghancurkan umat Islam hinggalah ke saat ini.


Pada tahun 1258 m Kota Baghdad yang menjadi Pusat Pemerintahan umat Islam Abbasiah ketika itu telah diserang oleh tentera mongol. Kemudian, diikuti pula serangan puak kuffar ke atas negara umat Islam dari Sepanyol hinggalah Palestin. Dengan kesan kejatuhan Kota Baghdad dan Granada di Sepanyol telah menyebabkan tamadun Islam serta kegemilangannya dirampas oleh puak kuffar. Segala khazanah keilmuan serta teknologi yang diasaskan Islam turut dirampas oleh puak kuffar untuk dijadikan senjata dan asas kepada kemajuan mereka, malah sebagai peluru untuk menghancurkan umat Islam itu sendiri.


Khilafah Turki Uthmaniyyah iaitu sebuah Empayar umat Islam bangkit pada tahun 1281m kerana umat Islam kembali bertaut dengan al-Quran dan as-Sunnah sebagai dasar utama. Dengan keimanan yang teguh dan keyakinan yang jitu terhadap janji-janji Allah, umat Islam telah berjaya menundukkan kekuasaan puak kuffar di bawah kuasa pemerintahan umat Islam. Buktinya, penaklukan Islam ke atas Kota Konstantinapel (Constantinaple) pada 29 Mei 1453m di bawah pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fateh. Dari aspek lain yang turut memberi kekuatan kepada umat Islam ialah dengan bersatunya seluruh suara umat Islam di bawah satu khilafah.


Namun setelah jatuhnya Khilafah Uthmaniyyah pada tahun 1924m telah menyebabkan umat Islam hilang kuasa dan kekuatan. Lantas, Islam tidak lagi dipandang sebagai satu kuasa yang menggerunkan. Umum tahu dalang tersebut adalah si taghut Kamal Atarturk yang menjadi boneka kepada yahudi. Pelbagai propaganda, perubahan dan perancangan yang dilakukan oleh taghut tersebut menyebabkan ruhiah umat Islam Turki sedikit demi sedikit berjauhan dari syariat Islam. Fahaman tentang persaudaraan Islam juga telah luput dari diri umat Islam. Malah, Negara-negara umat Islam waktu itu dipecahkan mengikut blok-blok jajahan kuffar dengan perancangan yang tersusun siap.


Perlu dingat, kebanyakan Negara-negara umat Islam masih berada di dalam kekangan kuffar yang bertopengkan keamanan. Selepas berlakunya tragedi WTC 11 september 2001, Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush begitu yakin mengerah bala tenteranya memerangi setiap pelusuk Afghanistan, walaupun tiada bukti kukuh yang menunjukkan dalangnya adalah Taliban dan al-Qaeda, peperangan tetap juga berlaku. Dalam keadaan umat Islam Afganistan dihujani segala jenis alat pemusnah, masih ada umat Islam yang lain membenarkan ruang udara dan sempadan Negaranya dilalui oleh jentera udara kuffar untuk membunuh saudara seagamanya. Malahan juga, kedengaran dari mulut umat Islam sendiri yang menghujum umat Islam Afghanistan iaitu Taliban sebagai pengganas. Apakah mereka juga bersama dengan kuffar untuk memerangi saudara seagama? Atau menjaga kepentingan politik dan material semata-mata?


Masih tidak dapat dilupakan tentang umat Islam Chechnya . Kini, sudah hampir 10 tahun mereka hidup dalam suasana peperangan tanpa diendahkan oleh umat Islam yang hidup di Negara-negara membangun. Kemerdekaan yang mereka kecapi selama 2 tahun ketika kemenangan ke atas Soviet union satu masa dahulu telah dirampas oleh Vladimir Putin. Perlu diketahui, hanya dua buah negara sahaja yang mengiktiraf Chechnya iaitu Georgia (negara Kristian) dan Kerajaan Taliban di Afghanistan yang kini sudah tidak wujud lagi.


Pernah mujahidin ditanya oleh wartawan akhbar, sampai bilakah kamu (mujahidin) akan terus mempertahankan Chechnya ? Tegas mereka mengatakan, selagimana tidak tertegaknya kalimatullah (Daulah Islamiah) di Chechnya , selagi itulah kami akan terus mempertahankan Chechnya . Mungkin dengan ketegasan mujahidin yang ikhlas dalam memperjuangkan agama Allah, umat Islam di sana dan Chechnya masih dipelihara oleh Allah SWT dari dirampas terus oleh Rusia. Laman web kavkaz-
Center yang menyiarkan berita terkini peperangan di sana sudah berulang kali melaungkan ‘ Chechnya needs You’ kepada umat Islam di seluruh dunia untuk menyatakan suara hati mereka, tetapi tiada satu Negara umat Islam pun yang tampil membantu. Di manakah umat Islam yang lain? Adakah sudah tenggelam dengan kemewahan lantas melupai saudara seagama yang dibunuh pelbagai rupa?


Begitu juga dengan keadaan umat Islam di Timur tengah iaitu al-Quds. Setiap saat tubuh umat Islam di Palestin jatuh satu persatu, jelas yang mempertahankan Palestin sekarang ini adalah tenaga para mujahidin gerakan Islam yang merindui janji-janji Allah. Tetapi mereka ini dilabelkan sebagai penyebar kepada keganasan. Sehingga kini, tiada negara umat Islam yang berani tampil dengan bantuan ketenteraan (seruan jihad daripada pihak pemerintah di Negara-negara umat Islam yang lain) untuk membebaskan bumi Palestin dari cengkaman yahudi laknatullah. Egyptian mail yang lalu menyatakan Israel mula menyahut misi keamanan, tetapi dalam masa yang sama kereta kebal Israel masih mengganas membedil kediaman umat Islam di Jenin. Lebih mencabar lagi, ialah dengan pengistiharan kongres Amerika untuk menjadikan al-Quds sebagai ibu Negara Israel . Di manakah sensitiviti umat Islam dengan hal yang sedemikian?


Dalam keadaan wilayah umat Islam iaitu Palestin digertak habis-habisan oleh rejim Yahudi , Iraq turut diceroboh oleh A.S dan sekutunya. Ternyata kuffar tidak lagi bertolak ansur untuk memerangi umat Islam. Peperangan yang sengaja dicetuskan ini adalah bermotifkan untuk menghancurkan umat Islam, itulah yang utamanya. Dengan berhujahkan memerangi Saddam Hussein kerana membina senjata kimia dan biologi, hampir keseluruhan Iraq dibom dan dibakar. Penduduk awam juga tidak terlepas menerima tembakan peluru yang tidak terhitung banyaknya. Dalam peperangan yang dicetuskan oleh kuffar memerangi umat Islam Iraq, masih ada negara umat Islam yang bersatu hati dan perasaan dengan kuffar membunuh ratusan ribu umat Islam semata-mata untuk menjaga kepentingan mereka. Beginikah ajaran Islam yang mereka pelajari? Kini, harta umat Islam iaitu minyak telah dikuasai kuffar sepenuhnya. Apa yang umat Islam dapat?


Sekarang ini biarpun Iraq telah dikuasai oleh kuffar, al-Quds masih lagi bermandian dengan darah umat Islam. Baru-baru ini, isu perjanjian damai antara Palestin dan Israel hangat diperkatakan hinggakan Pemerintah Palestin diarah oleh Israel supaya memastikan setiap gerakan Islam yang bersemangat melawan Israel dirampas senjata mereka. Laporan berita daripada Afaq Arabiah menyatakan ketika isu perdamaian (road-map) hangat dibicarakan oleh kuasa luar dan Israel-Palestin sendiri, dalam masa dua minggu 32 kali Israel melanggar gencatan senjata. Jadi, masih bolehkah dipercayai setiap perjanjian yang dimeterai bersama puak Yahudi untuk survival perdamaian yang seterusnya?


Melihat sejarah penindasan kuffar ke atas umat Islam, saya berkeyakinan mengatakan setiap apa yang berlaku ke atas umat adalah mengikut perancangan rapi, khusus untuk membinasakan umat Islam. Setiap tragedi yang berlaku, yang melibatkan kemusnahan kepentingan kuffar sengaja dihujumkan kepada umat Islam sebagai cara untuk memburukkan Islam. Dan juga berupaya membuatkan umat Islam harus diperangi kerana menggerakkan keganasan. Realitinya, kuffar takut dengan kebangkitan Islam. Apa yang penulis nyatakan di atas adalah berkaitan dengan permasalahan ummah yang tidak bersatu di bawah satu kesatuan Islam. Natijahnya, apabila sebuah negara umat Islam diserang, negara umat Islam yang lain hanya sekadar meluah perasaan melalui media massa mengutuk serangan tersebut. Mengapa tidak cuba membantu mereka dengan bersatu di bawah laungan ‘Allah maha besar dan al-Quran & as-Sunnah sebagai dasar perjuangan kami’? Hakikatnya, umat Islam sendiri yang tidak mengendahkan dengan apa yang dituntut oleh Islam.


Rentetan daripada pencerobohan kuffar ke atas Chechnya, Afghanistan, Kashmir, al-Quds, Iraq dan Negara-negara umat Islam yang lain, adakah kita masih tidak dapat membayangkan dengan senjata apakah yang mampu kita berhadapan dengan kuffar yang nyata memusuhi Islam? Dalam konteks kita sebagai mahasiswa al-Azhar, jujur penulis katakan bahawa kita pun tidak memahami hakikat sebenar kesatuan kerana kita sendiri pun tidak mampu untuk bersatu di bawah satu kesatuan yang layak diberikan ketaatan. Seandainya, jika kita sering berbalah mengenai umat Islam yang ditindas
sekarang ini adalah kerana tidak bersatu di bawah satu kekuatan, jelas kita juga hipokrit kerana kita pun tidak mampu menyatukan diri kita dengan kesatuan.


Jadi, mengapa tidak boleh bersatu di bawah satu kesatuan? Tidak cukupkah dengan apa yang telah berlaku kepada umat Islam? Terpulanglah kepada pembaca yang berstatus azhari dan azhariyat untuk menjawab persoalan ini, jika benar mempunyai tanggungjawab terhadap umat Islam. Sebelum terlambat, janganlah kita menyalahkan diri orang lain yang tidak mencari kita, tetapi muhasabahlah diri kita mengapa tidak boleh mencari orang lain untuk bersatu di bawah satu kesatuan?


Kesimpulannya, kebangkitan Islam itu akan seiringan jika umat Islam kembali teguh kepada syariat Islam dan menolak ideologi dan teori ciptaan manusia yang penuh dengan kepentingan. Mudahan apa yang telah berlaku terhadap umat Islam yang lain, memberikan kesan supaya kita semua dan umat Islam yang lain bangkit dan kembali bersatu di bawah kesatuan Islam. Insya-Allah, kemenangan Islam akan turut seiringan.Dan ingatlah,tidak ada gunanya kita bersengketa di dalam perkara -perkara yang tidak memberi manfaat untuk kemaslahatan seluruh ummah ."Tepuk Dada Tanyalah Iman.."

"Hitunglah Diri Kita,Sebelum Kita Menghitung Orang Lain.."

-Wallahua’lam-


Brought To You By :

SHATTIR
Al-Azhar , Tanta .

No comments: