Tuesday, August 14, 2007
Kemerdekaan Negara Ala Islam Had-Hari
Assalamualaikum..
Saban hari kita membaca keratan akhbar mahupun menonton di kaca televisyen,pasti melihat kemeriahan sambutan yang bakal diadakan untuk meraikan sambutan Kemerdekaan Negara yang ke 50 Tahun.Tetapi sedarkah kita ,sebenarnya saban hari juga kita di terus ditipu oleh mereka-mereka yang ingin menghancurkan umat Islam di Malaysia dan dunia amnya.
Pelbagai taktik dan helah mereka untuk terus memuja dan menarik generasi harapan ummah Malaysia yang bakal menerajui tampuk pemerintahan tanah air yang dicintai.Kita boleh melihat setiap tahun kita disogokkan dengan Artis, hiburan yang melampau, sambutan bunga api, konsert besar-besaran sehingga lewat malam, upacara menanti detik 12 malam, pergaulan bebas muda dan mudi pasti akan berlaku pada malam ambang kemerdekaan.
Saya pelik? dan pasti sidang pembaca juga merasa pelik...
Saban tahun juga kita merayakan sambutan Kemerdekaan Negara yang tercinta ini seperti kita tidak mencintai negara kita bahkan seperti ingin meletakkan maruah negara di tangan musuh - musuh Islam,Nauzubillah..Entah sampai bila kita harus meraikan dengan cara yang amat - amat melalai dan melekakan bukan kepada generasi muda bahkan seluruh rakyat yang cintakan keamanan di Malaysia.Umum mengehtahui sambutan kemerdekaan juga acap kali berbentuk hiburan. Para pemimpin negara juga setiap tahun pasti akan menyatakan kekesalan kerana bendera Jalur Gemilang amat jarang dikibarkan di kalangan lapisan masyarakat,terutamanya dikalangan bukan Islam.Seolah - olah rakyat di negara Malaysia sudah tidak tau apa ertinya Kemerdekaan Negara,nilai dan harganya.
Maka tidak merasa hairanlah,saya melihat tahun ini, sempena 50 tahun negara mencapai kemerdekaan, sambutan diadakan dengan pelbagai cara yang lebih hebat. Hiburan dan sukan terus menjadi teras penting. Artis-artis Barat juga begitu banyak di import dari negara kuffar untuk meraikan sambutan itu nanti.tidak pelikkah kita?saban hari kita mengatakan laungan boikot Amerika dan Israel,tetapi sejauh manakah rasa sensitiviti sebagai rakyat Malaysia dan Umat Islam amnya.Kita tidak sedar sebenarnya kita terlalu memuja mereka sedangkan kita juga sedar umat Islam di seantero dunia terutamanya di Palestin dan Iraq terus dibunuh tanpa belas kasihan.Fikir-fikirkanlah.....
Hari ini dengan Umat Islam sering membahaskan isu-isu yang tidak begitu penting untuk kemaslahatan Umat Islam,sering bertelingkah sesama sendiri,tiada semangt ukhwah dan rasa cintakan negara,kefahaman tentang Islam semakin luntur,adakah kita umat Islam sudah bersedia untuk melihat kebinasaan mahupun kehancuran agama suci ini,andainya perkara sebegini terus berlaku,di manakah lagi harapan yng mahu diletakkan untuk melihat sinar Islam bercahaya seperti dahulu kala,ingatlah,tangungjawab itu semestinya terpundak di atas bahu seluruh Umat Islam dan bukannya terletak di atas bahu Ulamak mahupun Umarak semata - mata.Maka tidak hairanlah,mutakhir ini Bahasa Malaysia seperti sudah dimain-mainkan,bahkan smpai tahap diperlekehkan oleh golongan yang dilahirkan sebagai orang melayu. Entah di mana kemerdekaan, sedangkan kita malu dengan bahasa dan budaya kita sendiri.
Jadi, tidakkah kita terfikir bahawa kita menyambut kemerdekaan negara yang tercinta ini dengan penuh leka dan alpa serta terus menjadi mangsa penipuan puak kuffar..!!
Ingatlah,tidak ada gunanya kita hebat berpidato,hebat di dalam penulisan,andai perkara -perkara sebegini terus dijalankan untuk tatapan kita semua.tanpa kita sedari ianya boleh merosakkan pemuda-pemudi harapan negara.
Pada asasnya,sambutan kemerdekaan perlu dijadikan medan terbaik untuk mentarbiah rakyat. Rakyat yang dididik dengan pengisian dan ilmu akan menjadi rakyat yang berkualiti serta berintegriti dan berwawasan manakala rakyat yang sentiasa disumbatkan dengan hiburan dan kelalaian akan menjadi rakyat yang tidak boleh diharap untuk mempertahankan negara jika menjadi ancaman musuh.
Adakah dengan menungu bala mahupun ujian dari Allah,barulah kita akan ada sifat kesedaran?Sekiranya berlaku,kita bukan dapat melihat bala Allah ini menimpa pada mereka-mereka yang menjadikan maksiat sebagai teman hidup bahkan akan melihat bala ini menimpa pada semua umat samaada yang bertaqwa mahupun sebaliknya.
Mungkin inilah yang kepimpinan negara maksudkan bahawasanya kita sebagai rakyat yang cintakan negara perlu mengorbankan sesuatu untuk kepentingan negara,yang menjadi persoalan disini adakah kita ingin melihat Agama Islam,anak bangsa turut menjadi korban di dalam menjadikan negara Malaysia Cemerlang,Gemilang dan Terbilang.
Wahai seluruh umat Islam,Bangkitlah kita dari lena dunia,sudah cukuplah kemewahan yang dikecapi,kemanakah rasa sensitiviti kita selaku Umat Islam dan Rakyat Malaysia amnya,Inilah mesej yang ingin di bawa Perdana Menteri Yang amat kita sayangi (Pak Lah) dalam selogan Islam Hadharinya termasuklah di dalam soal kemerdekaan Negara.
Brought To You By : shattirs
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment