Keluarga SHATTIRS

Keluarga SHATTIRS
Assalamualaikum WBT

SHATTIRS Followers

Popular Posts

Friday, October 16, 2009

[ Kutub Sittah PMRAM ]

Isu Kutub Sittah : Kenyataan Rasmi Pemangku Presiden




Sumber : Web PMRAM

Isu Majlis Pembacaan Kutub Sittah telah menjadi kontrovesi yang mencetuskan pelbagai tanggapan. Namun pihak PMRAM meminta semua ahli bertenang dan mengikuti arahan pimpinan PMRAM dari semasa ke semasa.

PMRAM dengan ini melahirkan rasa kesal dan kecewa di atas tindakan pengarah JPMK menghantar surat bagi membatalkan penggunaan dewan Azhar Conference Centre (ACC). Bagi PMRAM, tindakan ini merupakan tindakan yang tidak professional, menghalang perkembangan majlis ilmu bahkan bersifat menghina para alim ulamak yang dijemput hadir. Tuduhan dalam surat yang menyatakan PMRAM menganjurkan konvokesyen dan cenderung kepada pembangkang merupakan tuduhan yang berat tanpa sebarang asas yang kukuh. Tuduhan tersebut merupakan provokasi keterlaluan yang boleh menimbulkan salah faham antara PMRAM dan Al-Azhar.

PMRAM mengambil pendekatan diplomasi dalam menghadapi isu ini dan cuba mengelakkan tindakan provokasi. Oleh itu PMRAM dan beberapa orang wakil YDP BKAN telah berjumpa dengan pengarah JPMK pada 14 Oktober lalu jan 9.15 pagi dan menyatakan bantahan secara rasmi. Setelah berkali-kali didesak, Pengarah JPMK menyatakan tindakan menghantar surat tersebut merupakan arahan daripada pihak atasan.

Beberapa persetujuan telah dicapai bersama, namun PMRAM masih lagi menunggu tindakan lanjutan daripada pihak JPMK. Satu dialog terbuka yang turut dihadiri oleh JPMK akan diadakan dalam masa yang terdekat ini dan akan dimaklumkan kemudian. Walaupun tindakan tidak professional ini dilakukan oleh pihak JPMK, PMRAM dengan ini menegaskan hubungan rasmi akan diteruskan demi menjaga kesatuan dan kebajikan mahasiswa dan mahasiswi di Mesir.

PMRAM mengharapkan agar pihak JPMK lebih professional dalam melaksanakan tugasnya dan berbincang dengan PMRAM terlebih dahulu sekiranya timbul sebarang isu demi mengelakkan sebarang kekeliruan. PMRAM berharap agar semua ahli sentiasa berdoa semoga program ini berjalan dengan lancer tanpa sebarang gangguan dan halangan.

Akhirnya saya mewakili PMRAM mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan dan dukungan ahli dalam menyelesaikan isu ini. Tanpa sokongan dan dokongan ini, PMRAM tidak akan mampu melangkah lebih jauh.

Sekian.

Shahrizan bin Mohd. Hazime
Pemangku Presiden PMRAM 2009

.................................................................................................................................

2] Makluman rasmi Kutub Sittah


Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum wbt.

Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam, Selawat dan salam buat junjungan Nabi saw dan ahli keluarga Baginda yang tercinta, serta seluruh Sahabat Ridhwanullah 'alaihim Ajma`in.


Dukacita dimaklumkan kepada semua ahli yang telah mendaftarkan diri untuk menyertai Majlis Pembacaan Kutub Sittah (siri pertama) yang akan bermula pada 17 -20 Okt 2009 ini telah cuba digagalkan oleh Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK).


Namun begitu PMRAM selaku penganjur program akan berusaha sedaya upaya bagi memastikan program ini akan dapat dilangsungkan seperti yang dirancang.


Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan berkaitan program tersebut, sila dapatkan maklumat terkini di laman web rasmi PMRAM www.pmram.org ataupun di portal rasmi kutub sittah www.kutubsittah-pmram.blogspot.com . Segala penjelasan dan maklumat terkini berkaitan permasalahan tersebut akan dijelaskan pada hari Khamis ini bersamaan 15 Oktober 2009.


PMRAM memohon segala kerjasama daripada seluruh ahli PMRAM agar bersama-sama berdoa dan bersolat hajat supaya majlis tersebut berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang.


Sekian,

Mohd Adlan Mokhtaruddin

Pengarah Majlis Pembacaan Kutub Sittah PMRAM 2009.

Shattirs : Mudah-mudahan berjaya dilaksanakan.insyaAllah.Selamatlah untuk mereka-mereka yang menyertainya :)

;;Gambar istimewa :: [Ketika beraya di Taiping ]



::Di hadapan rumah sahabatku Sobri:: [AGS 304 MY WAJA]

Brought to you by : shattirs

Kisah Hari Raya Pertama [Rumah Atok]


::3 Warga German datang beraya kat umah atok saya [Raya Pertama]::

Shattirs : Antara kenangan manis tahun ni beraya di tanah air ialah ketika mana hari raya pertama di rumah atok saya,kami telah didatangi oleh 3 orang warga German yang kebetulan sedang membuat kajian tentang budaya adan adat resam melayu di negeri Perak.

Banyak yang kami bincangkan mengenai adat dan resam budaya melayu.Juga tidak ketinggalan saya bertanya tentang keadaan di German dan Eropah amnya,bahasa dan budayanya.Terima kasih kepada Pakndak saya [Pensyarah] yang bertanya sama,juga tidak lupa kepada Mak Teh [Doktor]yang telah menterjemahkan untuk difahami keluarga yang lain :)

Sebenarnya banyak lagi kenangan manis saya pulang bercuti di Malaysia,tetapi cukuplah sekadar apa yang saya kongsikan disini.Harap kawan-kawan yang bertanya sudah mendapat jawapanya...

Wassalam..

Brought to you by : shattirs

Bicara SHATTIRS 1 [kahwin]


::Sekadar Hiasan::

Shattirs : Alfun Mabruk diucapkan kepada kawan-kawan shattirs yang akan mahupun sudah mendirikan rumahtangga,semoga kekal bahagia hingga akhir hayat.insyaAllah.

Kepada rakan-rakanku samada di bumi Malaysia mahupun Mesir,selamat membina mahligai baru [Baitul Muslim] .Moga-moga diredhai Allah selalu.Doakan saya akan turut serta juga membina mahligai bahagia bersama permaisuri hati.Amin.


'Kullu A'm Wa Antum Bikhair'


Shattirs : Saya bila lagi? 'insyaAllah masanya akan tiba juga nanti untuk saya dan sidia..'

Walaupun saya lebih cederung perkahwinan selepas tamat belajar berbanding ketika belajar.Tetapi disana mugkin ada pro dan kontranya serta masing-masing ada hujah tersediri mana yang terbaik untuk diri dan masa depan.

wassalam..

Shattirs : Ni dah kawin tak perlulah,ungkit pristiwa lama,sedar dan terimalah jodoh masing-masing yang telah Allah tentukan.Janganlah kita suka [taqdim ] perempuan yang baik ,cantik dan solehah itu walaupun kita tahu dia bukan jodoh kita hanya kerana mengikut naluri nafsu syaitan yang tiada kesudahanya.

Tidak perlulah juga mengunakan alasan persatuan,gunakan taklifan kedudukan untuk suka /minat kepada jodoh orang lain,moga-moga ini muhasabah untuk bersama. :)

Amat malang juga,apabila kecewa perempuan yang disukai tidak melayan kehendaknya,maka janganlah mengatakan kepada jodoh/pasangan perempuan tersebut bahawa dia telah menjampinya untuk suka kat dia..Sedarilah itu ialah jodoh dan ketentuanya,tetapi amat malang ungkapan sebegeni diungkapkan oleh mereka yang berjawatan dalam persatuan serta kecewa dalam pemilihan pasanganya.

Saya tidak berniat untuk tuju kepada sesiapa,tetapi sedarilah,jangalah membuat sesuatu itu mengikut hawa nafsu dan emosi semata-mata tanpa berfikir dahulu..

Shattirs : Akhirnya,ada kenyataan yang mengatakan mereka yang berkahwin ini [pelajar di Mesir] hanya disebabkan kecewa /cemburu dalam pemilihan pasangan.Kalau nak tahu,tanyalah mereka-mereka yang terlibat..^_^

'Kurangkan Kontrovesi,Tingkatkan Prestasi"

Brought to you by : shattirs

Tuesday, October 13, 2009

Saya KEMBALI



::Salah satu babak rakaman HAJI ASTRO OASIS & Tabung Haji::


Shattirs
: 'Shattirs,kenapa sudah lama membiarkan blog ini tidak di-update.?'

begitulah ungkapan yang saya terima samada dalam ym mahupun email peribadi.

Sejak saya pulang bercuti di bumi Malaysia ini,saya jadi terlalu sukar untuk meng-update blog shattirs ini.Walaupun hakikatnya saya online internet di rumah 24 jam.

Alhamdulillah,semalam pihak ASTRO OASIS sudahpun mula menayangkan rakaman program Haji terbitan Tabung Haji untuk bakal-bakal tetamu Allah yang akan mengerjakan ibadah haji pada tahun ini.Mak saya hanya tersenyum lebar melihat anaknya ditemuramah sebanyak 2 kali dalam rancangan tersebut,serta melihatnya merakamkan pelbagai aksi di bumi Makkah dan Madinah.

Terima kasih kepada Penerbit Cikgu Abu Hasan Morad & Lembaga Tabung Haji yang kebetulan bertemu dengan saya di Masjidil Haram pada musim Haji baru-baru ini.Pada pengunjung blog shattirs yang ingin melihat saya mengulas isu golongan pemuda/i mengerjakan Haji,bolehlah melihatnya didalam saluran Astro Oasis [106] pada bulan 10 ini setiap malam pukul 10 malam.

Mungkin saya menggunakan masa cuti untuk bersama keluarga tercinta ,sedara mara dan kawan-kawan seperjuangan.InsyaAllah sebelum pulang kembali ke bumi MESIR pada 16/11/2009 ini,saya akan pastikan blog SHATTIRS ini akan senantiasa di-update.

Aktivti saya boleh dikatakan agak BZ juga dengan pelbagai aktiviti yang dirancang samada untuk keluarga,masyarakat dan jemaah di sini.DOAKAN saya..

Oklah ,setakat ini sahaja dulu.
jumpa lagi..

Brought to you by : shattirs