Keluarga SHATTIRS

Keluarga SHATTIRS
Assalamualaikum WBT

SHATTIRS Followers

Popular Posts

Friday, October 16, 2009

[ Kutub Sittah PMRAM ]

Isu Kutub Sittah : Kenyataan Rasmi Pemangku Presiden




Sumber : Web PMRAM

Isu Majlis Pembacaan Kutub Sittah telah menjadi kontrovesi yang mencetuskan pelbagai tanggapan. Namun pihak PMRAM meminta semua ahli bertenang dan mengikuti arahan pimpinan PMRAM dari semasa ke semasa.

PMRAM dengan ini melahirkan rasa kesal dan kecewa di atas tindakan pengarah JPMK menghantar surat bagi membatalkan penggunaan dewan Azhar Conference Centre (ACC). Bagi PMRAM, tindakan ini merupakan tindakan yang tidak professional, menghalang perkembangan majlis ilmu bahkan bersifat menghina para alim ulamak yang dijemput hadir. Tuduhan dalam surat yang menyatakan PMRAM menganjurkan konvokesyen dan cenderung kepada pembangkang merupakan tuduhan yang berat tanpa sebarang asas yang kukuh. Tuduhan tersebut merupakan provokasi keterlaluan yang boleh menimbulkan salah faham antara PMRAM dan Al-Azhar.

PMRAM mengambil pendekatan diplomasi dalam menghadapi isu ini dan cuba mengelakkan tindakan provokasi. Oleh itu PMRAM dan beberapa orang wakil YDP BKAN telah berjumpa dengan pengarah JPMK pada 14 Oktober lalu jan 9.15 pagi dan menyatakan bantahan secara rasmi. Setelah berkali-kali didesak, Pengarah JPMK menyatakan tindakan menghantar surat tersebut merupakan arahan daripada pihak atasan.

Beberapa persetujuan telah dicapai bersama, namun PMRAM masih lagi menunggu tindakan lanjutan daripada pihak JPMK. Satu dialog terbuka yang turut dihadiri oleh JPMK akan diadakan dalam masa yang terdekat ini dan akan dimaklumkan kemudian. Walaupun tindakan tidak professional ini dilakukan oleh pihak JPMK, PMRAM dengan ini menegaskan hubungan rasmi akan diteruskan demi menjaga kesatuan dan kebajikan mahasiswa dan mahasiswi di Mesir.

PMRAM mengharapkan agar pihak JPMK lebih professional dalam melaksanakan tugasnya dan berbincang dengan PMRAM terlebih dahulu sekiranya timbul sebarang isu demi mengelakkan sebarang kekeliruan. PMRAM berharap agar semua ahli sentiasa berdoa semoga program ini berjalan dengan lancer tanpa sebarang gangguan dan halangan.

Akhirnya saya mewakili PMRAM mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan dan dukungan ahli dalam menyelesaikan isu ini. Tanpa sokongan dan dokongan ini, PMRAM tidak akan mampu melangkah lebih jauh.

Sekian.

Shahrizan bin Mohd. Hazime
Pemangku Presiden PMRAM 2009

.................................................................................................................................

2] Makluman rasmi Kutub Sittah


Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum wbt.

Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam, Selawat dan salam buat junjungan Nabi saw dan ahli keluarga Baginda yang tercinta, serta seluruh Sahabat Ridhwanullah 'alaihim Ajma`in.


Dukacita dimaklumkan kepada semua ahli yang telah mendaftarkan diri untuk menyertai Majlis Pembacaan Kutub Sittah (siri pertama) yang akan bermula pada 17 -20 Okt 2009 ini telah cuba digagalkan oleh Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK).


Namun begitu PMRAM selaku penganjur program akan berusaha sedaya upaya bagi memastikan program ini akan dapat dilangsungkan seperti yang dirancang.


Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan berkaitan program tersebut, sila dapatkan maklumat terkini di laman web rasmi PMRAM www.pmram.org ataupun di portal rasmi kutub sittah www.kutubsittah-pmram.blogspot.com . Segala penjelasan dan maklumat terkini berkaitan permasalahan tersebut akan dijelaskan pada hari Khamis ini bersamaan 15 Oktober 2009.


PMRAM memohon segala kerjasama daripada seluruh ahli PMRAM agar bersama-sama berdoa dan bersolat hajat supaya majlis tersebut berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang.


Sekian,

Mohd Adlan Mokhtaruddin

Pengarah Majlis Pembacaan Kutub Sittah PMRAM 2009.

Shattirs : Mudah-mudahan berjaya dilaksanakan.insyaAllah.Selamatlah untuk mereka-mereka yang menyertainya :)

;;Gambar istimewa :: [Ketika beraya di Taiping ]



::Di hadapan rumah sahabatku Sobri:: [AGS 304 MY WAJA]

Brought to you by : shattirs

No comments: