~SHATTIRS ~
~ Salam Untuk Semua ~
Shattirs : Banyak isu yang berlaku mahupun berkisar di bumi bertuah Malaysia sejak akhir-akhir ini.Kes kenyataan Dato Nik Aziz,Dr Asri ditahan JAIS,bencana alama di KAMPAR [dekat dengan Teluk Intan],dan pelbagai lagi kisah mahupun cerita menarik yang acapkali dapat didengari mahupun dilihat dikaca televisyen mahupun corong-corong radio.
Mudah-mudahan kita sebagai hamba Allah dapat menggunakan akal yang dianugerahkanya dengan sebaik mungkin untuk menilai mana yanng terbaik serta jalan penyelesainya.Disebabkan ramai kawan-kawan yang tanya bila saya nak balik ke Mesir semula.InsyaAllah saya akan pulang ke bumi perlembahan Nil [MESIR]--> pada 16/11/2009.Doakan selamat semuanya.amin.InsyaAllah saya akan menggunakan baki 2 minggu terakhir ini dengan sebaik mungkin.Tadi apabila membaca blog CINA Islam,saya tertarik dengan salah satu rencana yang disiarkan mengenai masalah anak dara kawin lambat [ANDARTU & ANDALUSIA].Moga-moga semua anak dara kat dunia ini akan kahwin.AMIN ^_^
SUMBER : HTTP://IDHAMLIM.BLOGSPOT.COM
Kahwin lewat satu budaya masakini?
[Wanita tidak gentar digelar andartu atau andalusia ]GEJALA wanita terpelajar lewat berkahwin di Malaysia tetap menjadi topik hangat masyarakat meskipun zaman sudah berubah dan keadaan itu tidak menggentarkan kelompok terbabit.
Stigma digelar anak dara tua atau lebih kerap disebut sebagai andartu dan kumpulan lebih nakal mengelompokkan mereka ini dengan istilah andalusia bermaksud anak dara lanjut usia, seolah-olah tidak menghantui diri mereka sama sekali.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, enam tahun lalu, menyarankan agar Program Bertemu Jodoh diadakan, sekiranya masalah itu semakin meruncing.
Program yang bertujuan membantu kelompok terbabit, khususnya yang berpendidikan tinggi dan berkerjaya memuaskan cenderung berkahwin pada usia lanjut dengan sesetengah daripada mereka ini menamatkan zaman bujang mereka pada usia pertengahan 30-an.
Persoalan timbul, apakah kecenderungan ini dipengaruhi perubahan struktur penduduk, keadaan dan keperluan wanita seperti melanjutkan pelajaran, bekerja membantu keluarga; kesukaran mendapat pasangan sesuai atau sepadan; alasan ekonomi atau masalah peribadi?
Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Abdul Samad Kechot, melihat gejala lelaki dan wanita berkahwin lewat sebagai masalah sepunya masyarakat dan bukannya individu.
“Kepesatan pembangunan, khususnya dalam bidang sosioekonomi dan pendidikan, mempengaruhi pembabitan wanita dalam sektor pekerjaan apalagi yang memegang jawatan profesional, menggalakkan keadaan ini untuk terus berlaku,” katanya pada pertemuan dengan Sastera di Bangi, baru-baru ini.
Justeru, beliau berharap masyarakat tidak memandang rendah kepada wanita yang lambat berkahwin kerana ia bukan perkara baru, tanpa menafikan hadirnya pandangan negatif masyarakat seperti dipandang serong dan menjejaskan tahap kesuburan wanita.
Selain itu, beliau bimbang sekiranya kelompok terbabit terpengaruh dengan budaya masyarakat barat seperti di Amerika Syarikat yang menolak konsep perkahwinan dan menghalalkan seks bebas sekali gus menyebabkan akidah tergelincir dan peningkatan masalah sosial masyarakat Melayu.
“Sebagai umat Islam dan orang Melayu, kita perlu bersandarkan nilai agama dan budaya orang timur. Agama menuntut umat Islam berkahwin awal bagi menghindarkan maksiat. Bagaimanapun, tidak salah sekiranya belum sampai jodoh atau ada tanggungjawab berat terhadap keluarga,” ujarnya.
Justeru, Dr Abdul Samad mengingatkan wanita berkerjaya agar sedar bahawa perkahwinan adalah satu syariat dan tuntutan dalam membina masyarakat yang unggul. Kahwin pada usia lewat tanpa alasan kukuh hanya akan memberi kesan buruk kepada individu dan orang sekeliling mereka.
Beliau memetik daripada kitab al-Ihya’ Ulumuddin oleh Imam al-Ghazali yang menekankan perkahwinan adalah perkara penting kepada setiap individu bagi menghasilkan keturunan agar dunia tidak kepupusan makhluk daripada bangsa manusia.
“Kitab ini turut menekankan perkahwinan dapat menghilangkan tekanan nafsu syahwat yang sentiasa mengganggu dalam ibadat manusia, menenangkan gangguan hati dalam urusan rumah tangga dan menggembirakan hati seseorang melalui perhubungan suami isteri,” ujarnya.’
Beliau mencadangkan syarat berpoligami dilonggarkan dalam usaha mengatasi masalah wanita berkahwin lambat kerana Islam membenarkan perkara terbabit, tetapi sukar diterima wanita yang sering melihatnya sebagai perkara negatif.
Pensyarah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Norazirawati Ahmad, menerusi pengalaman peribadinya menegaskan isu kahwin lewat sebenarnya sesuatu yang sangat subjektif.
“Saya sendiri, baru berkahwin pada 3 Oktober lalu pada usia 35 tahun, manakala suami pula berusia 41 tahun. Perkenalan kami hanya berusia sebulan dan diusahakan oleh kalangan teman kami yang ingin melihat kami melalui kehidupan berkeluarga,” ujarnya.
Beliau turut menegaskan faktor utama wanita berkahwin lewat bukanlah disebabkan terlalu taksub dengan kerjaya, tetapi tidak menganggap perkahwinan sebagai cita-cita yang perlu dipenuhi terlebih dulu berbanding perkara lain.
“Seperti pengalaman saya, tahun ini baru terfikir dengan serius untuk berkahwin sedangkan sebelum ini tidak terlintas langsung selain tiada desakan daripada keluarga dan teman rapat sehingga ia tidak dirasakan sebagai suatu bebanan,” jelasnya.
Norazirawati yang mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Sheikh Muhamad Hizam Sheikh Khairuddin, menggalakkan mereka yang serius memikirkan soal jodoh untuk mendekatkan diri kepada Tuhan kerana ia faktor utama membawa seseorang itu bertemu jodoh sebenar.
“Bila kita serius memikirkan untuk melangkah ke alam perkahwinan, kita perlu menyediakan diri dan minda ke arah itu serta mendekatkan diri kepada Tuhan seperti melakukan sembahyang Tahajud. Paling penting sokongan daripada keluarga terutama ibu dan teman rapat ,” katanya.
Beliau mengakui banyak berikhtiar secara rohaniah dengan mendekatkan diri kepada Allah sepanjang pencarian saya terhadap jodoh itu malah, selain saya dan ibu melakukan solat sunat pada tengah malam, saya turut membaca Yassin serta mempelajari ilmu rumah tangga seperti memasak,” jelasnya.
Norazirawati juga berasa semua perkara berkaitan dengan jodoh sudah ditetapkan Allah SWT sejak azali, tetapi manusia perlu berusaha terutama memohon petunjuk daripada Ilahi agar memudahkan jalan untuk bertemu jodoh yang diimpikan.
“Yang penting, jangan berputus asa. Malahan, sekiranya bertemu dengan sesiapa saja yang berniat untuk mengenali kita, maka hendaklah memberi peluang dan jangan terlalu mengharapkan bakal pasangan sempurna kerana diri sendiri juga belum tentu sesempurna untuk pasangan kita,” tagasnya.
Teluk Intan,PERAK,
4.00 p.m
Brought to you by : shattirs
No comments:
Post a Comment