PEREMPUAN BERPAKAIAN NIPIS PENGHUNI NERAKA…
Berbanding lelaki, aurat wanita lebih sukar dijaga. Ini kerana lelaki boleh menunaikan solat dengan hanya berkain pelikat kerana auratnya setakat antara lutut hingga ke pusat. Tetapi aurat wanita meliputi pelbagai anggota badan daripada kaki hingga rambut.
Berikut dinyatakan aurat wanita berdasarkan kitab suci Al-Quran dan hadith yang diriwayatkan oleh perawi hadith terkemuka :
· Pakaian : " Barangsiapa yang memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibnu Majah.
" Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." Riwayat Bukhari dan Muslim.
Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis, jarang dan ketat.
" Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya (baju labuh dan longgar) bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." Surah al-ahzab 59.
· Rambut : " Wahai anakku Fatimah! adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka ketika di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." Riwayat Bukhari dan Muslim.
· Bulu kening : Berdasarkan Bukhari dan Muslim diriwayatkan : "Rasulullah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu keningnya atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud dalam Fathul Bari.
· Kaki (tumit kaki) : " Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; " Surah An-Nur 31.
Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan / melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.
· Wangi-wangian : " Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." Riwayat Nasaii Ibnu Khuzaimah dan Hibban.
· Dada : " Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka." Surah An-Nur 31.
· Gigi : " Rasulullah melaknat perempuan yang mengikir giginya atau meminta supaya dikikirkan giginya." Riwayat At-Tabrani. " Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. " Riwayat Bukhari dan Muslim.
· Muka dan leher : " Dan tinggallah kamu (perempuan) dirumah kamu, janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahiliah yang dahulu."
Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang jahiliah.
· Muka dan Tangan : " Asma' Abu Bakar telah menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah : Wahai Asma'! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja." Riwayat Bukhari dan Muslim.
· Tangan : " Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya." Riwayat At-Tabrani dan Baihaqi.
· Mata : " Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya." An-Nur 31
Sabda Nabi S.A.W : " Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan yang lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan yang seterusnya tidak dibenarkan." Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tarmizi.
· Mulut (suara) : " Janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (terlalu lunak dalam berbicara) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), tetapi sebaliknya ucapkanlah perkataan yang baik (sesuai dan sopan)." Al-Ahzab 32.
Sabda Nabi S.A.W : " Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan , maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." Riwayat Ibnu Majah.
· Kehormatan : " Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangan mereka dan menjaga kehomatan mereka." An-Nur 31.
Sabda Nabi S.A.W : " Apabila seseorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." Riwayat Al Bazzar.
Sabda Nabi S.A.W : " Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannyanya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah nembinasakan tabir antaranya dengan Allah." Riwayat Tarmizi, Abu Daud, dan Ibnu Majah.
Wallahua'lam…

No comments:
Post a Comment