Tajuk: BUKAN SALAH AL-AZHAR MENDIDIK.
oleh:shattirs
Acapkali kita mendengar tahap pencapaian akademik dikalangan mahasiswa mahupun mahasiswi masih ditakuk lama,setiap kali keputusan diumumkan prestasi yang ditunjukkan kurang memuaskan.Berdasarkan kepada analisis keputusan yang lalu, peratus lulus bagi calon di kaherah dan muhafazah yang lain amat mendukacitakan.Sedar atau tidak keputusan tersebut amat jauh ketinggalan berbanding keputusan yang diumumkan di universiti -universiti tempatan.
Hal ini sekiranya dibiarkan berterusan tentunya akan menjejaskan reputasi Al-Azhar tu sendiri.Soalnya siapakah yang harus dipersalahkan..? Ramai yang beranggapan,corak dan sistem pendidikan Al-Azhar sekarang yang menyebabkan ramai dikalangan mahasiswa mahupun mahasisiwi Malaysia kecundang.Kehadiran ke kuliah yang tidak wajib,sistem tutorial yang tidak wujud, kurangnya asiggment di luar kuliah dan mutu pentadbiran Al-Azhar yang rendah menjadi punca kepada masalah ini,walaupun begitu,jika diteliti dengan waras,alasan-alasan diatas langsung tidak berasas.
Sebaliknya faktor-faktor yang disebutkan itulah yang membuka peluang yang seluas-luasnya kepada mahasiswa untuk berjaya dengan cemerlang. Sebagai seorang penuntut ilmu yang ikhlas,soal kehadiran ke kuliah sepatutnya tidaklah menjadi satu masalah.Kehadiran ke kuliah sememangnya diwajibkan ke atas diri masing-masing walau tiada peruntukan hukuman yang dikenakan sekiranya ingkar.Disinilah letaknya kejujuran dan keikhlasan niat didalam mencari ilmu Allah.Selain itu,sikap sesetengah mahasiswa dan mahasiswi yang kurang teliti dalam memanfaatkan masa juga mendorong kepada kegagalan.Kelongaran-kelonggaran yang diberikan oleh Al-Azhar ketika proses pembelajaran sebenarnya menyediakan ruang yang cukup dan luas untuk mengulangkaji pelajaran.
Malangnya peluang tersebut gagal dimanfaatkan sebaik mungkin lantaran leka dengan bermacam-macam perkara. Sebaliknya,ramai pula yang suka mengamalkan konsep "istareh", hanya disebabkan tidak berupaya mencelik mata pada waktu pagi,lalu kuliah dibiarkan pergi.Bahkan jaulah dari satu muhafazah ke satu muhafazah pula yang kerap dilakukan.Malah yang lebih buruk lagi,apabila ada segelintir dikalangan kita,yang menghabiskan masa dengan pelbagai hiburan yang melalaikan.Perkara- perkara sebegini pastilah mengaibkan bagi golongan yang bercita-cita menerajui tampuk kepimpinan negara dan mahu digelar bakal ulamak yang rabbani.Kelakuan yang seumpama itu hanya akan dipandang serong oleh musuh-musuh umat islam.
Ada juga berpendapat tempoh 4 tahun pengajian dibumi anbiya' ini tidak memadai untuk menguasai ilmu Islam.Mana mungkin dapat digelar ulamak hanya dengan belajar 4 atau 5 tahun sahaja.Justeru, soal lulus atau tidak kertas periksa bukan agenda utama.yang lebih utama ialah dapat menguasai ilmu - ilmu Islam dengan sebaik mungkin.Memanglah diakui, untuk menjadi seorang yang faqih khususnya di dalam bidang agama memerlukan masa yang panjang,namun begitu,ingin disarankan agar pemikiran yang lama disini adalah lebih baik disusuli dengan mengikuti peringkat tertinggi.Dengan kata lain,biarlah kita menetap lama disini sehingga berjaya memperolehi PHD.ataupun,berjaya mendapat pelbagai ijazah dalam bidang-bidang yang lain,berbanding satu ijazah yang bertahun-tahun yang tidak ditamatkan.
Inilah contoh teladan yang ditunjukkan oleh para ulamak mutakhir ini, seperti Imam Mutawali Sheikh Sya'rawi,Doktor Yusof Al-Qardawi,Doktor Wahbah Zuhaili,Doktor Ramadhan Al-Buthi dan ramai lagi. Sememangnya kecemerlangan dalam peperiksaan bukanlah semata-mata tujuan dan matlamat dalam menuntut ilmu.Sekeping ijazah tidak menjamin apa-apa kebaikan melainkan jika disertai dengan akhlak yang terpuji.Walaupun begitu,kecemerlangan yang diperolehi bakal memberi imej yang baik kepada masyarakat untuk menerima dakwah yang disampaikan.Sesungguhnya masyarakat hari ini,lebih cenderung menerima ulamak dan intelektual yang berkebolehan dalam pelbagai lapangan.
Menyedari hakikat ini,maka para azhariyun mahupun azhariyat tidak wajar berlengah dan membazir masa dengan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah.Usaha-usaha untuk meningkatkan prestasi akademik perlu di perkasakan,usia muda ini jangan disia-siakan sebaliknya mesti digunakan dengan semaksima mungkin untuk mendalami ilmu-ilmu Islam yang masih belum diterokai oleh sekian lamanya.sekian...wassalam.
Disediakan Oleh : SHATTIRS
2 comments:
selamat menjawab peksa.moga najah belaka!lepas exm leh update site yer?! :)
aik,terima kasih ukhti Fitri,moga sama2 najah la eh,amin ya rabb =)
moga dalam rahmat dan lindungan ilahi,insaAllah..TAKBIR!!
Post a Comment