Thursday, May 20, 2010
Ilham Shattirs 1
::Muslimah Perhiasan Dunia ::
1) Assalamualaikum..
Alhamdulillah , Segala Puja - Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.
Bagaimanakah aurat seseorang wanita muslimah itu di hadapan ipar-duainya yang berlainan jantina .
Maka jawapannya ialah : Wanita itu TIDAK DIBENARKAN MEMBUKA AURATNYA di hadapan ipar-duainya ( yang berlainan jantina ) . Wanita itu mestilah bertudung dan memakai pakaian menutup aurat .
Walaupun begitu dibenarkan wanita itu TIDAK MEMAKAI STOKIN dan juga MENYINSING LENGAN BAJUNYA agar mudah dia melaksanakan tugas-tugasnya di rumah ( seperti di dapur ) . Ini disebabkan kalau si wanita itu mesti sentiasa berstokin dan berlengan labuh , sudah tentu ini agak menyukarkan dia melakukan tugasnya di dalam rumah .
Walaupun begitu , ini bukanlah alasan untuk si abang ataupun adik ipar untuk " MEMANDANG SECARA LAIN MACAM " ( pandangan penuh berahi ) kepada kakak ataupun adik iparnya . Bagaimanakah dibolehkan jika pandangan itu sendiri mempunyai " makna jahat " !? .
Tudung kepala ( yang juga menutup lehernya dan dadanya ) TIDAK BOLEH ditanggalkan di hadapan ipar-duainya ( yang berlainan jantina ini ) .
Inilah dia hukumnya berdasarkan mudahnya Islam . Di samping kemudahan diberikan , Islam tidak lupa juga memberi amaran akan bahayanya apabila kemudahan itu disalah gunakan .
Tidak dapat dinafikan , di dalam dunia moden ini kadang-kadang seseorang wanita itu terpaksa tinggal serumah juga dengan ipar-duainya lantaran perkerjaan ataupun pengajian . Hubungan ipar-duai itu hendaklah dijaga dengan batas-batasnya .
Ya kita boleh mempunyai hubungan mesra dengan ipar-duai kita tetapi hubungan sebagai ipar-duai sahaja . Tidak lebih daripada itu .
Tapi BAHAYA ipar-duai ini juga perlu diawasi . Tidak sedikit manusia yang " TERLAJAK " dengan ipar-duai sendiri disebabkan hubungan dengan ipar-duai ini LEBIH HALUS , LEBIH SUKAR DIKESAN DAN LEBIH MESRA .
Kerana itulah Baginda Rasulullah s.a.w telah pun memberikan amarannya dengan mengatakan bahawa " Ipar-duai itu adalah MAUT " iaitu , " hubungan sumbang " dengan ipar-duai sendiri lebih merbahaya berbanding dengan orang yang tiada kaitan kekeluargaan dan persemendaan . Sabda Baginda Rasulullah s.a.w :
Ertinya : Drp Saidina 'Uqbah Bin 'Amir r.a , Baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda : (( " Jaga-jaga ! , Janganlah kamu bersunyi-sunyian ~ khalwat ~ dengan mana-mana wanita " )) , maka bangunlah seorang lelaki drp Kaum Ansor bertanya : " Bagaimana pula dengan ipar-duai ? " . Jawab Baginda s.a.w : " Ipar-duai itu sendiri adalah MAUT " )) . ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari rh ( 9 / 5232 ) dan al-Imam Muslim rh ( 4 / 2172 ) . Juga diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad ( 4 / 149 ) dan al-Imam at-Tirmidzie rh ( 3 / 1171 ) serta al-Imam as-Suyuthi rh ( Al- Jamie? as-Soghir : 2905 ) .
Sebaik-baiknya kita tidak duduk serumah dengan adik-beradik ipar kita .
Namun jika AMAN DRP SEBARANG BAHAYA ( apatah lagi dengan keganjilan perilaku dan kecenderungan seks zaman sekarang ) , maka TIDAKLAH MENGAPA tinggal serumah dengan mereka .
Mudah-mudahan Allah Ta'ala menyelamatkan kita sentiasa drpd musibah2x yg xdiingini.... Amin Ya Rabbal Alamin .
2) Kalau semua putih, membosankan!
Betapa orang cenderung pada kebaikan walaupun nalurinya mengintai-intai kejahatan. Ada orang cenderung pada kejahatan walaupun nalurinya membisik kebaikan. Ini lumrah kehidupan. Itulah yang membuat hidup ini indah. Kehidupan ini ibarat lukisan berwarna-warni. Kalau satu warna sahaja tidak menawan. Kalau semuanya putih pastinya tidak relistik. Kalau semuanya hitam membosankan.
Ia ibarat lukisan. Kalau kanvas itu putih kita guna warna putih tentunya lukisan tidak timbul. Mana mungkin kita lihat kontras warna dan keindahan. Jika cuma warna hijau tentu lukisan jadi kaku. Apapun jika kanvas putih dipalitkan hitam akan lahir sebuah lukisan.
Sekiranya lukisan penuh warna tampaklah keindahan 'wajah-wajah'nya. Di sana ada merah, biru, kuning, hitam, jingga, putih, samar, ungu, hijau. Bayangkan betapa indahnya lukisan itu. Terlahirlah wajah-wajah dalam bentuk warna-warna. Jika asyik warna indah jangan lupa di sana ada hitam yang kita benci. Jika seluruhnya putih... membosankan! Jadi kenapa takut pada hitam. Bukankah hitam itu menghidupkan?
Ini yang dikatakan haq dan bathil itu paut-memaut atau hidup-menghidupkan. Akhirnya mereka bersatu dan tidak dipisahkan. Perhatikan jika memakai satu warna sahaja, memang membosankan. Rumah warna merah, kereta merah, baju merah, kasut merah, alatan rumah merah, semuanya merah. Andaikata semua bunga berwarna merah semata-mata, tidak ada kuning, putih, biru dan seumpamanya... aduh seakan si Penciptanya tidak hebat! Seandainya semua berkaki dua, tidak ada berkaki empat, enam, lapan, sepuluh, seratus... Bosan. Tidakkah kita sedar ada yang tidak berkaki langsung! Hebatnya Penciptaan!
Ini adalah kiasan semata-mata (tentang warna-warna kebenaran).
Tanta Scan,TANTA.
Brought to you by : shattirs
Monday, May 10, 2010
Al-Bughah
Oleh : Us Azrul Zabidi ~
Apakah dia al-Bughah? Perkataan ini pertama kali didengar saya semasa sidang parlimen Malaysia. Ketika Almarhum Al-Ustadz Fadhil Noor Rahimahullah selaku ketua pembangkang menempelak pihak kerajaan yang ‘membangunkan fitnah yang sedang tidur’ berhubung Tragedi Memali, 1985.
Ketika itu RTM dibawah Menteri Penerangan, Dato’ Zainudin Maidin menyiarkan klip video fitnah berbentuk dokumentari pendek, kononnya betapa ‘ganas’ dan ‘sesat’ para syuhada’ Memali sehingga membawa kepada pertumpahan darah. Adakah penduduk Memali ketika itu khasnya para syuhada’ dikira al-Bughah? Sedangkan mereka cuba menghalang As-Syahid Ustadz Ibrahim Libya daripada ditangkap dan dihumban ke dalam kandang ISA?
Dalam perundangan Islam, apabila merujuk kitab fekah, al-Bughah ini dirujuk sebagai pemberontak ataupun penceroboh malah penderhaka. Namun ia adalah seperti yang digariskan Allah, (bukan RTM) dalam ayat 9 Surah Al-Hujurat berhubung hukumnya:
“Dan sekiranya dua kumpulan orang beriman saling berperang maka damaikanlah antara kedua-duanya, jika salah satu kumpulan telah menceroboh ke atas kumpulan yang lain maka perangilah kumpulan yang menceroboh itu sehingga ia kembali kepada Allah (dengan meninggalkan perbuatan menceroboh). Jika ia telah kembali, maka damaikanlah kedua-duanya dengan adil, dan berlaku saksamalah, sesungguhnya Allah suka orang-orang yang melakukan kesaksamaan.”
Dalam As-Sunnah juga terdapat beberapa hadis sahih tentang al-Bughah. Antaranya ialah daripada `Ubadah bin al-Somit beliau berkata,
“Kami telah membai`ah Rasulullah s.a.w. untuk dengar dan taat dalam keadaan kami suka atau benci, kami senang atau susah, mengutamakan pemimpin daripada diri kami dan untuk tidak menentang pemimpin melainkan terdapat kekufuran yang jelas hukumnya dalam agama Allah.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Takrifan Ulama Mengenai Al-Bughah
1. Mazhab Hanafi mentafrifkan al-Bughah sebagai ‘orang-orang yang keluar daripada mentaati pemimpin yang sah secara tanpa hak (tidak sah)’ (Hasyiyah Ibn `Abidin & Syarhu Fath al-Qadir)
2. Mazhab Maliki pula mentakrifkannya sebagai ‘sekumpulan orang Islam yang menentang pemimpin tertinggi (al-Imam al-A`zom) atau timbalannya untuk tujuan menghalang sesuatu hak yang wajib ke atasnya (al-Bughah) atau kerana pemimpin itu telah melakukan kesalahan.’ (Syarhu al-Zurqani)
3. Al-Bughah pada mazhab Syafie pula bermaksud ‘orang-orang Islam yang menentang pemimpin secara kekerasan dan meninggalkan ketaatan atau enggan menunaikan hak yang wajib ke atas mereka, dengan syarat mereka (al-Bughah) itu memiliki kekuatan senjata, mempunyai alasan penentangan dan mempunyai ketua.’ (Nihayah al-Muhtaj)
4. Manakala mazhab Hanbali pula mentakrifkannya sebagai ‘orang-orang yang keluar daripada mentaati pemimpin walaupun yang tidak adil, dengan alasan yang patut (ta’wil sa-igh) dan mereka mempunyai kekuatan senjata walaupun tidak mempunyai ketua.’ (Asna al-Matolib)
5. Menurut mazhab al-Zahiri pula, ‘menentang pemimpin yang sah atas alasan yang salah dalam hal agama atau menentang kerana tuntutan keduniaan.’ (al-Muhalla)
6. Syiah Zaydiyyah mentakrifkannya sebagai ‘orang yang berpegang bahawa pihaknya betul dan pemimpin salah lalu dia memeranginya dengan kumpulan yang ada kekuatan senjata.’ (al-Rawdh al-Nadhir)
Dr. Abdul Qadir `Awdah berkata, “para ulama Islam tidak sekata dalam membuat takrifan tentang al-Bughah kerana mereka berselisih pendapat tentang syarat-syarat bahawa sesuatu kumpulan itu boleh dikatakan melakukan pemberontakan terhadap kerajaan yang sah, namun bukanlah berselisih pada rukun-rukunnya.
Walau bagaimanapun mereka bertungkus-lumus berijtihad untuk melahirkan suatu takrifan yang disepakati yang meliputi rukun-rukun asasi yang menyebabkan sesuatu penentangan itu dikira pemberontakan (al-Baghyu). Maka satu takrif atau definisi yang disepakati oleh seluruh ulama Islam tentang al-Bughah ialah ‘penentangan terhadap pemerintah secara kekerasan.’
Dari sini bolehlah dikeluarkan tiga rukun asasi terhadap jenayah al-Bughah iaitu
(1) menentang pemerintah
(2) penentangan secara kekerasan atau bersenjata
(3) ada niat melakukan jenayah.” (atau dalam istilah undang-undang barat disebut mens rea)
(Dr. `Awdah, al-Tasyri` al-Jinai al-Islami, 2/674)
Setelah ketiga-tiga rukun asasi ini wujud pada gerakan penentang pemerintah, barulah mereka dikira al-Bughah dan wajiblah pemerintah mencegah perbuatan mereka secara hikmah, bukan terus menahan tanpa bicara, mencedera atau membunuh mereka.
Ini berdasarkan ayat 9 Surah al-Hujurat yang tersebut di atas yang pertama sekali memerintahkan supaya diadakan perdamaian.Perdamaian ini boleh dicapai dengan pertemuan, perbincangan, muzakarah dan soal-jawab supaya semua pihak berpuas hati.
Peluang mesti diberikan secara saksama kepada kedua-dua pihak untuk menyatakan pendirian mereka kepada umum, bukan hanya satu pihak sahaja, yakni pemerintah yang boleh menggunakan kemudahan kerajaan yang pada hakikatnya merupakan hak semua rakyat yang membayar cukai seperti siaran tv dan radio, akhbar-akhbar perdana, stadium, dewan-dewan serba guna dan sebagainya.
Sekiranya kemudahan itu tidak boleh diberikan juga kepada rakyat dan pembangkang, batalkan peraturan mengutip cukai ke atas mereka dan jangan menghalang mereka untuk mewujudkan kemudahan siaran suara mereka sendiri dengan sekatan permit.
PAS sendiri pernah memohon untuk membuka siaran radio sendiri namun ditolak. Apatah lagi untuk memiliki stesen televisyen sendiri yang awal-awal lagi ditolak. Namun, Alhamdulillah, dengan perubahan zaman, media alternatif khasnya dunia internet telah menjadi saluran infromasi pilihan bagi rakyat yang berkesedaran.
Mereka ini sebenarnya golongan yang cerdik kerana tidak mudah dihina kapasiti intelektual mereka dengan penulisan dungu dan propaganda sesat lagi meloyakan oleh media arus perdana yang ada.
Kembali kepada isu kita iaitu sekiranya peluang untuk mereka bersuara secara sah disekat sedangkan itu adalah hak mereka yang wajib ditunaikan pemerintah, maka ada di kalangan mereka yang tidak mampu lagi duduk diam lalu keluar beramai-ramai di jalan raya secara aman tanpa senjata, seperti mana demonstrasi mega BERSIH dan Anti-ISA. Pada ketika itu, mereka TIDAK dikira sebagai al-Bughah dan pemerintah tidak berhak menghalang mereka untuk bersuara.
Saya yakin dan percaya sahabat saya, saudara Dzulfahmi (Ketua Pemuda PAS Bayan Baru) tidak bersenjata dan tidak berbahaya. Mengapa diperlakukan seperti penjenayah sehingga perlu 7-8 anggota polis? Atas alasan apa dia ditahan?
Apabila memberikan rakyat bersuara secara sah itu merupakan kewajipan, maka kerajaan yang tidak menunaikan kewajipan itu adalah kerajaan yang fasiq dan zalim. Mentaati pihak yang fasiq dan zalim adalah tidak wajib, bahkan rakyat wajib mencegahnya daripada terus berlaku fasiq dan zalim. Allah berfirman di dalam Al-Quran:
Jangan kamu cenderung kepada golongan yang berbuat zalim, nescaya kamu akan disambar api neraka
Adalah menjadi kewajipan setiap muslim untuk tidak taat dalam maksiat, kerana tiada ketaatan melainkan dalam perkara makruf….” (Dr. `Awdah, ibid, m.s. 675). Baginda Rasullulah SAW pernah bersabda:
Tiada ketaatan kepada makhluk dalam melakukan maksiat kepada Maha Pencipta yakni Allah
Tindakan aktivis Islam keluar berdemontrasi disebabkan mereka tidak diberi ruang untuk bersuara secara sah seperti pihak kerajaan dan penyokongnya miliki.
Apatah lagi apa yang mereka ingin suarakan ialah tentang ketidakadilan pemerintah dalam membuat pendakwaan di mahkamah, rasuah, penyelewengan wang rakyat, penyalahgunaan kuasa, skandal pihak atasan, dan yang terbesar sekali ialah kezaliman yang amat jahat ke atas seorang yang besar jasanya kepada negara dengan membuat tuduhan zina dan liwat tanpa saksi.
Jadi mereka adalah pejuang kebenaran, penyeru makruf pencegah mungkar, bukanlah al-Bughah, pemberontak atau penceroboh.
Sebaliknya, berdasarkan Surah al-Hujurat: 9 itu, dalam konteks pertikaian sekarang, pihak pemerintahlah yang telah memberontak dan menceroboh hak rakyat untuk berhimpun secara aman di bawah jaminan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, perlembagaan negara dan seluruh agama dunia.
Jika pemerintah telah melakukan pencerobohan, maka ayat itu menyuruh “…jika salah satu kumpulan telah menceroboh ke atas kumpulan yang lain maka perangilah kumpulan yang menceroboh itu sehingga ia kembali kepada Allah (dengan meninggalkan perbuatan menceroboh)”.
Maka berdasarkan mesej daripada al-Quran ini, wajiblah setiap orang yang mengaku beriman dengan al-Quran menentang kumpulan yang menceroboh (iaitu pemerintah) ke atas kumpulan yang lain (rakyat yang tidak sehaluan dengan pemerintah).
Dalam kitab yang sama Dr. `Awdah berkata lagi, “Antara perkara yang disepakati oleh seluruh mazhab dalam Islam, bahawa tidak harus pemerintah memerangi al-Bughah sebelum diketahui sebab penentangan mereka. Apabila mereka mendakwa tentang kezaliman dan penyelewengan dan mereka benar dalam dakwaan itu, maka menjadi kewajipan pemerintah menghapuskan dulu kezaliman dan penyelewengan itu. Selepas itu barulah pemerintah menyeru mereka supaya kembali taat dan mereka wajib kembali taat (selepas kezaliman dan penyelewengan dihapuskan). Jika mereka enggan, maka pemerintah berhak memerangi mereka…” (ibid, m.s. 679)
Kalau demikianlah prosedur menghadapi golongan pemberontak bersenjata yang diajar oleh Islam (al-Bughah), maka tindakan aktivis Islam TIDAK SEDIKIT PUN menjadikan diri mereka sebagai al-Bughah yang harus dihapuskan oleh pemerintah.
Ini berdasarkan sebab-sebab berikut:
- Mereka tidak bersenjata dan tidak menentang secara kekerasan, sebaliknya hanya cuba bersuara dan ingin menyatakan kepada rakyat umum tentang pendapat mereka yang tidak mendapat tempat di arena siaran perdana.
- Mereka keluar untuk memberitahu rakyat akan kezaliman dan penyelewengan pemerintah.
- Mereka hanya mengajak rakyat menukar pemerintah secara demokrasi kerana pemerintah kini tidak mengubah kemungkaran dan maksiat walaupun setelah berpuluh tahun dinasihati.
- Pemerintah tidak mencuba untuk menghapuskan terlebih dahulu kezaliman dan penyelewengan yang didakwa, sebaliknya teruskan memukul, menangkap dan memenjarakan rakyat yang berhimpun untuk menentang kezaliman dan penyelewengan itu.
Maka, buat para mujahidin di luar sana, usah bimbang akan label buruk yang diberikan manusia. Sesungguhnya pandangan Allah lah yang paling utama. Jadikan contoh sejarah Tok Janggut dan lain-lain. Mereka digelar sebagai pengganas, penderhaka, pemberontak oleh penjajah. Bahkan jasa mereka juga dipinggirkan berbanding beberapa tokoh boneka penjajah yang dianggap wira dan hero kemerdekaan. Hakikatnya, mereka mahu memerdekakan negara mengikut acuan agama, bukan penjajah yang sekular!!
Shattirs : Tajuk mengenai Bughah(Pemberontak), merupakan muqarar perbahasan didalam Madah Fiqh Mazhab Syafie Tahun 4, Al-Azhar,TANTA.
Tanta Scan,Tanta
MESIR.Brought to you by : shattirs
Saturday, May 8, 2010
Laporan Penuh Perjumpaan Tergempar Isu Perpindahan
Isu ini telah diperkatakan sebelum peperiksaan fasa satu bermula. Pelajar arab tempatan dan wafidin sesetengahnya telah mengetahui maklumat ini. Antara sebab-sebabnya ialah:-
1- Permasalahan sosial akan berleluasa: Kewujudan pelajar pengajian Islam di muhafazah yang mempunyai pelajar pengajian perubatan serba sedikit mampu membendung permasalahan sosial yang berlaku di kalangan pelajar perubatan. Sekiranya hanya pelajar perubatan yang tinggal, kemungkinan masalah ini akan berleluasa. Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM) dan pelajar pengajian Islam yang wujud mampu membendung gejala ini.
2- Kos sara hidup yang tinggi: Kaherah merupakan ibu negara Mesir dan taraf kehidupan di sana tinggi. Kebanyakan barang keperluan harian lebih tinggi berbanding di muhafazah. Situasi ini akan lebih membebankan pelajar yang sudah mendirikan rumahtangga. Sekiranya ia berlaku, pastinya ada di kalangan peniaga atau tuan rumah akan meninggikan lagi kos sewa dan harga barangan akibat permintaan yang tinggi, anggapan pelajar asing mempunyai kehidupan yang mewah serta keterpaksaan pelajar memilih (kos dan nilai tinggi tersebut) kerana tiada pilihan lain.
3- Alasan pihak Al-Azhar pelajar bukan warganegara tidak menguasai bahasa Arab TIDAK RELEVAN: Penguasaan bahasa Arab seseorang pelajar sebenarnya lebih didasari kehendak sendiri dan kesan pengajian adalah kesan secara tidak langsung. Sebab ini terbahagi kepada beberapa bahagian:-
- Sekiranya penguasaan bahasa Arab yang disebutkan adalah umum, maka langkah perpindahan bukanlah langkah yang terbaik. Cara yang lebih berkesan (di peringkat Tanta) ialah mewujdukan kelas pembelajaran bahasa Arab kepada pelajar asing. Seperti beberapa siri kelas bimbingan bahasa Arab yang telah dijalankan oleh pensyarah kuliah Quran sebelum ini.
- Sekiranya penguasaan bahasa Arab yang disebut ialah penguasaan basasa Arab baku (fushah), didapati di kalangan masyarakat dan pelajar tempatan sendiri tidak mampu bertutur dengan bahasa Arab fushah dengan baik.
- Meraikan pelajar tempatan untuk pengajaran bahasa Arab pasar tidaklah boleh dijadikan alasan yang kukuh. Sepatutnya, pembelajaran yang bersifat formal perlulah memenuhi ciri-cirinya iaitu pembelajaran di dalam bahasa standard bagi melambangkan kualiti pengajian Universiti Al-Azhar yang terulung di mata dunia.
- Sekiranya pengajaran di dalam bahasa pasar (yang sesetengahnya terlalu kuat pasarnya) terus dijadikan amalan dikalangan pelajar Al-Azhar, pastinya sedikit demi sedikit nilai ilmu akan menjadi kurang dan nilai bahasa Arab itu sendiri akan musnah.
- Musuh-musuh Islam pada hari ini sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk memusnahkan nilai dan sistem bahasa Arab. Malangnya, dalam masa yang sama institusi Al-Azhar sendiri tidak mahu dan tidak mampu mempraktikkan bahasa Arab melalui nilai dan etikanya yang sebanar secara menyeluruh. Bahasa Arab fushah kurang diberi penekanan di dalam pengajian Islam. Sudahlah komunikasi masyarakat umum serta pengajian selain pengajian Islam menggunakan bahasa pasar, lebih menyedihkan pihak yang berautoriti untuk terus memperjuangkan bahasa Arab fushah akhirnya tidak melaksanakan secara serius dalam medan yang sepatutnya (institusi pengajian).
- Di peringkat Tanta sendiri telah wujud Markaz Nil cawangan Tanta dalam membantu penguasaan dan pembelajaran bahasa Arab di kalangan pelajar Malaysia dan asing.
4- Mengumpulkan pelajar wafidin (pelajar Malaysia khususnya) akan menimbulkan beberapa masalah lain. Antaranya ialah:-
- Kehidupan pelajar Malaysia dalam satu tempat bukan membantu penguasaan bahasa Arab, malah kemungkinan praktikal pengunaan bahasa Arab tidak akan wujud akibat kehidupan sama rumpun dan tidak berhajatkan praktikal penggunaan bahasa Arab.
- Urusan perpindahan maklumat pengajian pasti akan berlaku keciciran kerana sistem yang diamalkan masih di takuk lama. Dibimbangi akhirnya memberi impak yang buruk kepada pengajian pelajar seperti terpaksa menukar kuliah, menangguhkan pengajian, maklumat tidak lengkap serta hilang dan sebagainya.
- Proses perpindahan dengan jumlah yang terlalu banyak (akibat perpindahan daripada semua muhafazah ke Kaherah) bakal menyulitkan proses mendapatkan penempatan dan urusan pendaftran kuliah.
- Ini akan mengurangkan penguasaan bahasa Arab itu sendiri dan pengalaman bermuamalat dengan masyarakat sekirtar. Masyarakat Arab Mesir mempunyai nilai sosialnya yang tersendiri. Ini akan menghapuskan peluang pelajas asing mempelajari dan menghayati sistem kehidupan masyarakat tempatan. Malah, pihak kedutaan Indonesia (berdasarkan kenyataan ketua pelajar Indonesia) mahukan pelajarnya tersebar ke seluruh Mesir.
- Akan wujud ‘assabiyah Melayu/ Malaysia’ akibat kehidupan yang hanya setompok tanpa komunikasi dengan masyarakat tempatan dan pelajar asing yang lain.
5- Cadangan perpindahan ini ada mainan politik dan pengaruh pihak atasan pengurusan Al-Azhar. Antaranya ialah:-
- Terdapat beberapa petanda awal seolah-olah ia merupakan rancangan pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KMBK) dan Jabatan penuntut Malaysia Kaherah (KBMK). KBMK dan JPMK tidak memainkan peranan mereka. Semasa isu ini panas dibincangkan, tiada sebarang respon dan tindakan yang sepatutnya oleh pihak yang berkaitan.
- Suatu ketika dahulu, pihak JPMK mahu memisahkan kelompok Malaysia yang tertumpu di pudat dengan mewujudkan muhafazah pada tahun 1992. Kemungkinan akibat merasakan penguasaan PMRAM di kalangan pelajar pengajian Islam semakin kuat, tindakan lain diambil oleh mereka. JPMK mahu menyekat pengaruh PMRAM yang semakin melebar di kalangan pelajar.
- Isu ini hanya diketahui oleh orang atasan (pihak pengurusan) Al-Azhar sahaja tanpa diketahui oleh kebanyakan pensyarah pada peringkat awal. Malah pensyarah Universiti Al-Azhar di Mansurah tidak menyetujui perpindahan ini.
6- Pertukaran ke Kuliah Ulum yang akan diwujudkan kelak akan menghilangkan nilai identiti pelajar Al-Azhar di mata masyarakat dan dunia. Seolah-olah silibus pengajian telah berubah di kalangan pelajar wafidin dan menghalangi mereka memperoleh manhaj, kaedah dan method pengajian Al-Azhar yang digunapakai secara umum di kalangan pelajar berbangsa Arab dan selainnya selama ini.
7- Kenaikan yuran akan membebankan pelajar. Terdapat ura-ura yang menyatakan di Kaherah kelak yuran pengajian akan mencecah USD 1000 seorang. Ini pastinya membebankan pelajar yang tidak mempunyai sumber kewangan yang banyak. Malah, sebahagian besar pelajar Al-Azhar bukanlah daripada golongan berada dan berpendapatan tinggi.
8- Perbezaan silibus merendahkan taraf dan identiti Al-Azhar. Penggubalan semula dan pertukaran silibus yang dikatakan akan berlaku di Kuliah Ulum kelak sebenarnya akan merendahkan martabat pelajar Al-Azhar wafidin. Semua pelajar Al-Azhar sepatutnya menerima silibus, manhaj dan method pengajian yang sama.
Antara maklumat lain yang diperolehi daripada perjumpaan tersebut ialah:-
Indonesia
Ketua Pelajar Indonesia dari Dewan Pengurus Daerah, Persatuan Pelajar dan Mahasiswa Indonesia (DPP PPMI Tanta) menyatakan bahawa kebanyakan pelajar Indonesia sendiri keberatan untuk berpindah. Pihak mereka telah berhubung dengan kedutaan Indonesia dan pihak kedutaan menyatakan ketidaksetujuan mereka. Pihak kedutaan mahukan pelajar Indonesia bertebaran ke seluruh pelusuk Mesir dan isu ini tiada kaitan dengan kedutaan.
Beliau juga menambah, perpindahan ini adalah cadangan daripada pihak Ikatan Alumni Al-Azhar Sedunia. Pihak Ikatan berpendapat bahawa ia akan memudahkan mereka (penguasaan bahasa Arab di kalangan pelajar wafidin). Namun, ia sebenarnya lebih banyak mendatangkan mudharat. Pihak mereka masih tidak menerima hitam-putih (qarar) mengenainya. Sekiranya ada, mereka membantahnya.
Beliau menambah, pihak kedutaan Indonesia akan akan menyelidik asal usul isu ini (cadangan perpindahan). Kemudian mereka akan mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak yang terbabit. Persatuan Indonesia akan mendesak persatuan Al-Azhar terhadap isu ini.
Nigeria
Wakil Nigeria menyatakan bahawa isu baru baru didengari sekitar dua minggu yang lalu dan beliau mendapatkan pengesahan mengenainya daripada pelajar Nigeria yang lain yang berada di muhafazah selain Tanta seperti Mansurah, Dsuq dan sebagainya. Beliau mencadangkan agar semua pelajar wafidin bergerak dan bertindak dalam ‘satu suara’ membantah cadangan perpindahan ini. Jangan hanya mementingkan keperluan dan kepentingan sendiri.
Beliau menambah, sekiranya perpindahan ini berlaku, pastinya akan banyak masalah yang akan timbul yang berkaitan secara langsung denga pengurusan seharian dan pengajian. Katanya, berdasarkan kenyataan Syeikh Al-Azhar yang baru, konsep pengajian Al-Azhar akan bertukar kepada konsep pengajian kitab turath. Sekiranya ini berlaku, pastinya pelajar wafidin akan terlepas dan ketinggalan mengikuti proses ini.
Turki
Ketua pelajar Turki menyatakan bahawa kehidupan dan pengurusan pengajian di Tanta lebih mudah berbanding Kaherah. Kehidupan di Kaherah sangat sukar dan sibuk. Beliau menambah bahawa terdapat beberapa pelajar Turki yang memilih Kaherah menyatakan kekecewaan mereka apabila menjalani kehidupan di sana. Apabila perpindahan ini berlaku, pelajar wafidin akan terpisah dengan masyarakat Arab dan ini pasti tidak akan memperkasakan bahasa Arab pelajar wafidin.
Selain itu menurutnya, permasalah besar akan timbul berkaitan proses perpindahan, pengajian dan penempatan. Beliau mencadangkan perlunya ada perbindangan dengan dekan atau rektor kuliah di peringkat Kaherah dan menghantar surat aduan.
Cadangan
Antara cadangan tindakan yang telah diutarakan oleh ahli ialah:-
- Para pelajar perlu meletakkan sikap dan nilai thiqah (kepercayaan) yang tinggi kepada para syeikh dan pensyarah Al-Azhar. Sesungguhnya mereka merupakan golongan ulama’ yang lebih rapat dengan Allah SWT dan mengetahui apa yang lebih baik.
- Pelajar perlu lebih mengutamakan peperiksaan kerana ianya semakin hampir. Peperiksaan adalah perkara pasti dan isu ini masih dalam perbincangan.
- Para pelajar perlu bertindak profesional dan mengawal emosi dalam menghadapi isu ini.
- Meminta bantuan persatuan pelajar Al-Azhar. Ini kerana, pihak persatuan pelajar sendiri tidak bersetuju dengan cadangan perpindahan ini.
- Pihak berwajib perlu bersama menangani isu ini, menyatakan bantahan terhadap cadangan perpindahan ini. Ia melibatkan kerjasama daripada pihak Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM), Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) dan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK).
- Mendesak KBMK dan JPMK menyatakan ketidaksetujuan dalam isu ini. Ini disebabkan mereka seolah ‘berdiam diri’ terhadap isu ini.
- Pengerusi DPMT yang merupakan wakil PMRAM pusat perlu membuat tindakan susulan terhadap kesanggupan pihak persatuan palajar Al-Azhar Tanta yang mahu bekerjasama dalam isu ini.
- Sekiranya perpindahan ini benar-benar berlaku, perlu meminta jaminan agar PMRAM terus dibenarkan berprogram.
- 9- Meminta jaminan daripada Al-Azhar bahawa pelajar wafidin akan memperoleh kemudahan yang sama diperolehi di Tanta apabila berpindah ke Kaherah kelak.
Antara muhasabah di dalam perjumpaan:-
- Seluruh ahli dan pelajar wafidin perlulah berusaha bersungguh-sungguh untuk cemerlang dalam pengajian dan penguasaan bahasa Arab. Mereka perlu mampu membawa manhaj Al-Azhar apabila turun ke medah kelak.
- Kecemerlangan dalam penguasaan bahasa Arab merupakan kehendak sendiri. Sekiranya tidak bermula dari diri sendiri dan atas inisiatif sendiri, pastinya seseorang tidak mampu menguasai bahasa Arab dengan baik merangkumi tatabahasa dan nilai estetikanya.
- Sesetengan pelajar malu untuk berbicara dan bertutur dalam bahasa Arab kerana bimbang akan salah. Ini merupakan sikap yang patut dihindari. Malu untuk menuju kecemerlangan bukanlah daripada sikap dan sifat yang dianjurkan oleh Islam. Malah Islam menganjurkan umatnya agar bersungguh-sungguh untuk memahami dan menghayati Al-Quran yang ilmunya bermula daripada bahasa Arab.
- Pelajar tidak seharusnya mengamalkan sikap berpuak atau assabiyah. Hanya hidup di dalam lingkungan pelajar melayu atau Malaysia sahaja. Komunikasi dengan masyarakat Arab sangatlah dituntut untuk penguasaan bahasa Arab yang lebih baik dan penyaluran ilmu yang lebih berkesan.
Disediakan oleh:
DPMT Sesi 2009/2010.
Sumber : http://edpmt.org
Shattirs : Peperiksaan fasa 2 Universiti Al-Azhar semakin menghampiri,semoga semua Mahasiswa/wi di Perlembahan Nil akan beroleh kejayaan didunia dan diakhirat,AMIN .Doakan kami beroleh keberkatan ilmu dan balik berjuang di tanah air yang tercinta.
Jangkaan Tarikh Peperiksaan---> 29/5/2010 ~
Tanta Scan,Tanta.
Mesir.
Brought to you by : shattirs