Keluarga SHATTIRS

Keluarga SHATTIRS
Assalamualaikum WBT

SHATTIRS Followers

Popular Posts

Saturday, July 5, 2014

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1435 H dari shattirs


Mesut Ozil Germany


Posisi Ramadhan 1435 H

SHATTIRS :  Ahlan Ya Ramadhan Kareem!....Tidak lupa juga sekarang ini berlangsungnya Piala Dunia 2014 di Brazil dan semestinya pasukan Germany menjadi pasukan kegemaran saya untuk bergelar juara dunia 

Alhamdulillah done DPLI,next Master dan Ph.D,Amin Ya Allah!

Tahniah isteriku kerana mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Master beliau di Universiti Malaya,Kuala Lumpur.

8 Ramadan 1435 H

Hikmah Al Quran


Al-Quran bukan sekadar perlu dibaca



SETIAP 17 Ramadan kita sentiasa memperingati peristiwa Nuzul Quran atau turunnya al-Quran. Al-Quran merupakan mukjizat paling agung Nabi Muhammad SAW. Proses turunnya al-Quran yang mengambil masa 22 tahun dua bulan dan 22 hari memberi pengajaran penting kepada kita bahawa Allah tidak serta-merta menerapkan syariah kepada umat Islam.

Turunnya al-Quran secara berperingkat-peringkat ini tersirat dua makna watak al-Quran. Pertama, bermakna naqliah (transendental). Ia bermakna, turunnya al-Quran merupakan manifestasi kepada kuasa nilai-nilai Illahiah yang tak terjangkau oleh akal manusia. Ini bermakna, al-Quran sama ada dalam bentuk, isi atau segala keistimewaannya tidak akan pernah dapat ditandingi oleh kemampuan akal dan pemikiran manusia.
Kadangkala, manusia cuba berfikir ‘nakal’ dengan mengatakan betulkah al-Quran diturunkan daripada alam loh mahfuz ke bumi secara tiba-tiba dengan segulung lembaran sahifah dan Nabi tinggal membacanya? Betulkah ayat-ayat al-Quran diturunkan oleh suara-suara asing yang kemudian Nabi cuba mendengarnya secara inderawi sahaja bagaikan kapal terbang yang hendak mendarat di lapangan terbang?


Tentu sahaja pemikiran ini lebih kepada pemikiran secara simbolik dan materialistik. Ia mengabaikan dimensi rububiyah (ketuhanan) dan nubuwwah (kenabian) yang menjadi ciri utama proses turunnya al-Quran. Oleh itu, Allah mengisyaratkan: "Dan tidak layak Allah berbicara dengan seorang manusia pun kecuali dengan perantaraan wahyu, di belakang tabir, atau dengan mengutus seorang utusan (malaikat) lalu utusan itu mewahyukan kepadanya dengan seizin-Nya apa yang Dia kehendaki." (Surah Asy-Syura: 51)
Ia membawa makna bahawa meskipun al-Quran diturunkan sebagai jawapan kepada keadaan-keadaan yang khusus, akan tetapi prinsip-prinsip yang terkandung di dalamnya merentasi ruang dan waktu. Lantaran itu, al-Quran sentiasa menjadi acuan dan pegangan utama umat manusia di mana sahaja dan sampai bila-bila.
Oleh itu, penting kiranya bagi umat Islam untuk tidak hanya membaca al-Quran sebagai sebuah kebiasaan, melainkan menjadikan al-Quran untuk dihayati, difahami dan diamalkan segala perintah dan larangan yang terkandung di dalamnya.


Bagi mengamalkan al-Quran secara praktikal dalam dunia nyata, pujangga Islam terkemuka Muhammad Iqbal pernah memberi petua mudah dengan mengatakan, "Bacalah al-Quran seolah-olah ia diturunkan kepadamu".
Jika saranan ini dihayati dan diamalkan oleh setiap orang Islam, nescaya al-Quran akan menjadi petunjuk yang sesungguhnya dalam kehidupan ini.
Agama Islam menjadi agama yang menekankan pentingnya penghayatan dan kesedaran umatnya berbanding memaksa menjalankan ritual keagamaan tanpa disertai pemahaman yang secukupnya terhadap pesanan kandungan al-Quran dan sunah Nabi.


Kita jangan terperangkap dengan retorik dan slogan indah tetapi pada masa sama mengalami kekosongan nilai-nilai kandungan al-Quran dan sunah itu sendiri. Adakalanya kita sibuk dengan ritual keagamaan seperti tidak pernah terlepas sembahyang lima waktu, rajin puasa Isnin-Khamis, menyokong kehidupan Islamik, akan tetapi pada masa sama melanggar dan menyeleweng prinsip dan kandungan al-Quran seperti taksub kepada parti politik dan pemimpin, suka mengkafir dan menyesatkan orang Islam lain, tidak menghargai perbezaan pendapat, bertindak zalim, memfitnah, kuku besi, pecah amanah, rasuah dan sikap negatif yang lain.
Islam jangan dijadikan sebagai topeng untuk menyesatkan dan menghakimi orang Islam lain.
Slogan kembali ke al-Quran dan sunnah sepatutnya dijadikan sebagai hujah untuk mengukuhkan perpaduan seluruh umat Islam tanpa mengira pegangan mazhab, aliran keagamaan dan corak ibadah. Bukan menjadi ejen kepada perpecahan umat Islam.


Sesungguhnya al-Quran menyediakan wahana dan tafsiran luas yang memungkinkan berlakunya khilafiah dan beragam ekspresi keagamaan umat Islam. Selain sebagai iktibar daripada peristiwa dan kisah Nabi sebelumnya, proses turunnya al-Quran adalah respon dan jawapan kepada persoalan dan isu-isu semasa yang berlaku dalam masyarakat. Ayat-ayat al-Quran diturunkan oleh Allah dimaksudkan untuk memberi hidayah kepada umat manusia agar mahu mengambil hikmah daripada semua kejadian.


Kita mengingati hari turunnya al-Quran (Nuzul Quran) sebagai asas kita membina landasan yang benar, betul dan jelas. Turunnya al-Quran turut membawa pandangan-pandangan baharu manusia terhadap alam semesta, darjat dan martabat insan, proses kemanusiaan, tatacara hidup dan berbudaya, jalinan sebagai seorang individu, keluarga, masyarakat dan bernegara. Menerusi al-Quran kita diberikan pedoman dan selagi kita memahami, mengamalkan apa yang disarankan, kita akan terus tabah menghadapi ujian.
Menerusi kandungan al-Quran, kita membina keyakinan hidup dengan beriktikad bahawa Allah SWT adalah kekasih yang abadi dan kebesaran-Nya tidak dapat ditandingi oleh mana-mana kuasa yang dilahirkan oleh makhluk.


Menerusi al-Quran juga kita mengenali jagat raya dengan lebih baik dan semakin kita memahaminya, maka semakin yakin kita akan kekuasaan Allah yang tidak terbatas.
Sebagai hamba Allah, setiap dengus nafas adalah keberkatan-Nya yang diberikan tanpa meminta untuk dibalas. Sebagai manusia yang beradab dan beradat, tentunya setiap pemberian walaupun kecil perlu disusuli dengan ucapan terima kasih.

Dalam Surah Ad-Dukhan ayat 3 Allah berfirman yang bermaksud; (Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran pada malam yang tersebut kerana) pada malam yang berkat itu dijelaskan kepada malaikat tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku (tidak berubah atau bertukar).
Oleh sebab itulah, orang yang beriman sanggup berjaga sepanjang malam bagi mendapatkan Lailatulqadar. Meskipun sering gagal dalam percubaan, umat Islam tidak pernah rasa kecewa. Mereka akan terus mencuba kerana yakin malam itu akan datang juga dalam kehidupannya


SHATTIRS : Keagungan Al Quran..Ya Rabb


Dr. Muhaya - kerja sebagai ladang pahala


Bermula dengan bacaan al-Fatihah dan diiringi alunan zikir membuatkan jiwa pesakit berasa tenang. Pengalaman ini dirasai seorang guru, Nurul Qalbi Idris tatkala menjalani pembedahan lasik di Klinik Prof. Muhaya.

Setelah lebih 20 tahun menjadi Pakar Perunding Mata, Profesor Dr. Muhaya Mohamad mengakui, masih ramai tidak menyedari pemeriksaan mata yang komprehensif sama pentingnya dengan pemeriksaan kesihatan umum yang lain.
Ini merupakan langkah awal untuk mengesan penyakit mata yang dihidapi pesakit supaya rawatan awal dapat diberikan.

Mungkin ramai yang tidak tahu, tugas doktor bukan hanya merawat pesakit tetapi juga berperanan untuk memberi semangat serta inspirasi kepada pesakit, dan sebagai doktor Muslim perlu memiliki kebersihan rohani sebelum mampu merawat pesakit. Kami mahu setiap orang yang diuji dengan pelbagai penyakit supaya reda, tawakal dan ikhlas. Jika pakej ini dapat dipenuhi, setiap cabaran seperti pembedahan dapat dilaksana dengan sempurna.
"Saya menjadi doktor bukan hanya merawat pesakit tetapi dalam masa yang sama memberi mesej, inspirasi dan motivasi kepada masyarakat. Lantaran prinsip itulah saya mahu pesakit saya menjaga kesihatan dari segi fizikal dan membina kerohanian," katanya yang ditemui di Pusat Mata & Lasik Prof Muhaya, Kajang, Selangor.
Beliau yang juga wanita Melayu pertama menjadi Pengerusi Persatuan Doktor Mata Malaysia, mempunyai prinsip terpuji. Bagi Dr. Muhaya, doktor Muslim perlu memiliki kebersihan rohani sebelum mampu merawat pesakit. Tidak meninggalkan suruhan Allah dan ikhlas membantu insan memerlukan, resipi terbaik bergelar doktor.

Katanya, sekiranya seorang itu bercita-cita menjadi doktor semata-mata mengejar glamor dan wang ringgit, dia sebenarnya tidak sempurna, kerana doktor itu sendiri berperanan membantu dan tidak memikirkan kesenangan mahupun keuntungan diri.
"Sebenarnya menjadi doktor paling mudah untuk kita mendapat pahala kerana menerusinya kita lebih mudah berdakwah dan menyampaikan nasihat kepada pesakit. Sepanjang pengalaman saya sebagai doktor, selalunya saya akan menyampaikan ingatan dan pesanan kepada pesakit, tidak sekadar merawat semata-mata.
"Saya ada didatangi pesakit yang terlalu sedih kehilangan penglihatan, tetapi selalu saya tekankan, bahawa insan berkenaan perlu bersyukur kerana hilang penglihatan bermakna dosa daripada segi nafsu dan keinginan dunia akan berkurangan," katanya.
Lantaran prinsip itulah maka Dr. Muhaya cukup disayangi di Pusat Perubatan Prince Court. Hasil galakan keluarga dan pesakitnya, maka beliau mengambil keputusan membina pusat kesihatan mata sendiri.
Tidak terhenti di situ, ramai pesakitnya yang tetap mencari dirinya dan inginkan rawatan daripadanya kerana prinsip ‘cantiknya’ itu.

"Tidak dinafikan saya mempunyai pesakit yang ramai, kalau nak diikutkan, mesti jururawat yang bertugas dengan saya mengeluh kepenatan, tetapi saya selalu ingatkan, kalau lagi banyak kita membantu orang lain, lagi banyak kita mendapat pahala. Saya juga terapkan rawatan secara holistik. Misalnya sebelum pembedahan dilakukan, jika perlu pesakit mengerjakan solat dahulu. Saya mahu mereka tersenyum selepas keluar dari bilik pembedahan. Selain teknologi canggih, terapi ini sangat penting membantu kejayaan pembedahan," katanya.
Mengimbas kembali kenangan lalu, beliau akui cita-cita menjadi doktor berputik apabila ayahnya membawa beliau melawat Universiti Malaya ketika berumur 10 tahun. Mengingat kata ayah, menjadi doktor saja tidak cukup kerana seseorang Muslim itu perlu menggunakan pendekatan holistik dan menerapkan nilai keislaman dalam rawatan.


Solat

Istimewa tentang Dr. Muhaya, beliau amat menitikberatkan aspek agama yang mana selalu mengingatkan pekerjanya supaya tidak meninggalkan solat lima waktu, malah itulah kriteria utama sekiranya ingin bekerja dengannya. Bagi dirinya, sama ada anda seorang pekerja atau majikan, sekiranya amanah Allah tidak dilakukan dengan jujur dan amanah, bagaimana pula dengan amanah kepada diri sendiri, majikan atau bagaimana apabila bergelar bos?

"Orang yang tidak meninggalkan solat dan selalu meminta pertolongan daripada Allah, nyata banyak kemudahannya. Saya pernah berhadapan dengan pesakit muda yang selesai menjalani rawatan, mengikut kaedah biasa mampu sembuh dalam seminggu, tetapi pesakit itu tidak sembuh juga walaupun sudah masuk hari ke-10. Saya terus bertanya, adakah anda mengerjakan solat? Dan seperti dijangka jawapannya tidak.
"Begitu juga sekiranya saya melakukan pembedahan terhadap orang yang banyak beramal kepada Allah, kerja pembedahan bagaikan ‘dibantu’ apabila ia berjalan dengan pantas dan tanpa sebarang masalah. Begitulah besarnya nikmat sekiranya kita beramal ibadat. Saya percaya, kalau kita selalu menolong orang, Allah juga akan sentiasa membantu kita," katanya.


SHATTIRS : Ramadhan Kareem !

Friday, March 28, 2014

Setahun Lebih Shattirs Menyepi .............



Assalamualaikum w.b.t

last post bulan 10 2012,sekarang sudah masuk bulan Mac 2014,hampir setahun lebih saya hanya membiarkan blog shttirs ini senyap seribu bicara.