Keluarga SHATTIRS

Keluarga SHATTIRS
Assalamualaikum WBT

SHATTIRS Followers

Popular Posts

Thursday, June 26, 2008

Nak 'Couple' Boleh Tak??

shattirs : Minggu ini,saya telah banyak diajukan soalan oleh rakan-rakan di Malaysia berkenaan istilah couple dalam islam.Persoalan yang ada kaitan dengan hati dan perasaan,juga mugkin soalan yang lazim bagi pemuda dan pemudi harapan ummah.

Alhamdulillah,berkat sedikit ilmu yang dipelajari serta dari bahan bacaan yang dibaca,saya terangkan kepada mereka apa yang Islam anjurkan berkenaan istilah cinta dan couple" ini,apakah hukumya dan begitu juga sebaliknya.Mudah-mudahan ianya menjadi ingatan bersama.

Saya tujukan satu artikel yang lengkap saya kira untuk tatapan pengunjung blog shatirs semua,berkenaan istilah "couple dalam islam.."


~ Nak 'Couple' Boleh Tak ??

Sumber: www.iLuvislam.com

Tentu ramai yang tertanya-tanya. Tidak kurang juga yang tidak berpuas hati dengan pernyataaan di atas. Ada yang kata hukumnya harus. Mungkin ada yang kata makruh. Sememangnya kenyataan ini menimbulkan banyak kontroversi, lebih-lebih lagi di kalangan muda-mudi sekarang.

Apa Itu Ber ‘couple’?

Ber ‘couple’ merupakan suatu tradisi atau budaya yang telah dibudayakan oleh masyarakat remaja kini. Bermula dengan saling berpandangan mata, kemudian turun ke hati. Kemudian mereka akan saling mengutus senyuman dan cinta mula berputik. Bila rasa dah cukup sedia, masing-masing mula ‘masuk line’. Ade yang berbalas-balas nota, bagi yang lebih ‘advance’, teknologi SMS digunakan. Akhirnya apabila dua insan berlawanan jantina ini sudah saling suka-menyukai, mereka akan mengisytiharkan ikatan percintaan mereka dan kemudian ber‘couple’.

Pasangan kekasih ini akan merapatkan hubungan mereka serapat-rapatnya. Kalau di kelas, buat study group ataupun group discussion. Bagi yang kreatif, kad-kad ucapan ‘hand made’ yang pelbagai warna dan rupa akan dikirimkan. Bagi yang mengikuti peredaran semasa, teknologi SMS akan dimanfaatkan sepenuhnya. Kata ganti diri pada asalnya aku-kau ditukar kepada saya-awak, atau bagi mereka yang lebih intim, abang-sayang dan sebagainya.

Kalau diperhatikan pasangan-pasangan yang sedang asyik dilamun cinta ini,hidup mereka tidak menentu, diibaratkan ‘makan tak kenyang,tidur tak lena, mandi tak basah’. Ungkapan-ungkapan cinta seperti ‘sayang awak’, ‘love you’, ‘miss you’ dan sebagainya akan menjadi sebahagian ucapan harian mereka. Sentiasa ceria dan tersenyum gembira, mengenangkan Si Dia yang datang bertandang ke hati. Ada pasangan yang serius, sampaikan sanggup berjanji nak sehidup-semati. Sanggup bersumpah, setia hingga ke akhir hayat. Ada juga yang hanya sekadar bermain-main, untuk suka-suka, dan sebagainya. Ringkasnya, pelbagai ragam yang boleh dilihat daripada pasangan yang ber‘couple’ ini. Ada yang boleh meneruskan hubungan hingga ke jinjang pelamin dan ada juga yang kecundang di pertengahan perlayaran di lautan percintaan masing-masing.

Mengapa Ber’couple’ Haram?

Ya, mengapa? Sekarang kita kembali kepada persoalan pokok. Di sinilah timbulnya kontroversi di antara kita. Bagi yang ber ‘couple’, sudah tentu perasaan ingin tahu mereka sangat tinggi dan pelbagai hujah ingin dikeluarkan bagi mempertahankan kesucian cinta mereka itu.

Sebagai seorang muslim, untuk menjawab persoalan ini, kita perlulah merujuk kembali kepada manual kita yang telah digarisi oleh Allah S.W.T. iaitu Al-Quran dan panduan iaitu As-Sunnah yang telah diwasiatkan kepada kita oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. yang sepatutnya menjadi pegangan hidup kita.

Ada yang berkata, Allah telah menjadikan makhluk-Nya berpasang-pasangan, lelaki dan perempuan, mengapa tidak boleh bercinta atau ber ‘couple’? Memang tidak dinafikan,dalam Al-Quran Allah ada berfirman, seperti dalam Surah Yasin(36) ayat 36:

“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.”


Dan juga firman-Nya dalam Surah Al-Hujrat(49) ayat 13:

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”

Meskipun begitu, ayat-ayat ini tidak menjelaskan yang kita boleh mengadakan hubungan percintaan dan berkasih kasihan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Banyak larangan Allah dalam Al-Quran yang melarang hubungan-hubungan ini. Percintaan bermula dari mata. Firman Allah dalam Surah An-Nur(24) ayat 30:

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.".

Dalam ayat ini, jelas Allah telah memerintahkan kita supaya kita menjaga pandangan kita daripada memandang perkara-perkara yang dilarang, termasuklah memandang wanita bukan mahram serta wajib bagi kita menjaga nafsu. Perintah ini bukan ditujukan kepada kaum Adam sahaja. Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman dalam Surah An-Nur(24) ayat 31: “Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya,...”.

Dua ayat dari Surah An-Nur ini sebenarnya terdapat dalam sukatan matapelajaran Pendidikan Al-Quran & Sunnah tingkatan 5. Para pelajar tingkatan 5 sepatutnya lebih jelas akan perkara ini. Daripada ayat ini jelas Allah melarang lelaki dan perempuan bukan mahram daripada saling berpandang-pandangan dengan niat untuk suka-suka, apatah lagi untuk memuaskan hawa nafsu.

Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32:

Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

Ayat ini memeng cukup popular di kalangan kita. Ramai yang apabila ditegur dengan ayat ini akan menjawab, “Kami tidak berzina. Kami berbual-bual je” , “Kami keluar makan je” dan “Kami main SMS je.” Dan pelbagai 1001 alasan lagi. Para pembaca,sila teliti firman Allah tadi.Dalam ayat ini, Allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa ta`maluu’ (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM! Mungkin ada yang tidak jelas dengan maksud menghampiri di sini. Biar kita ambil contoh, jarak kita dengan dewan adalah 50 meter. Apabila kita melangkah setapak ke arah dewan, jarak antara kita dan dewan adalah 49.8 meter. Inilah dikatakan menghampiri dewan. Jadi, bercinta sebelum kahwin dan ber‘couple’ adalah menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah HARAM.

Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi muhammad S.A.W? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :

“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti."

Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya:

“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.



Daripada dua hadis ini, jelas Rasulullah menenyenaraikan bahangian-bahagian zina. Apabila kita memandang Si Dia dengan sengaja,menatapi wajahnya, dan sebagainya, zina mata berlaku. Apabila lidah kita digunakan untuk mengeluarkan kata-kata manis serta puitis, untuk memenangi hati Si Dia, membuatkan Si Dia tertarik kepada kita, lidah berzina. Apabila kita mendengar serta menghayati kelunakkan suaranya, telinga berzina. Apabila berpegangan tangan, berjalan bersama ke arah menghampiri zina, tangan dan kaki berzina. Tetapi, yang paling bahaya ialah, apabila kita merindui Si Dia, memikirkan-mikirkan tentangnya, kecantinkannya, ketampanannya, sifat penyanyangnya, betapa kecintaannya kepada kita, zina tetap berlaku. Biarpun tidak bersua dari segi pancaindera, hati boleh berzina. Tidak mungkin sesuatu hubungan percintaan itu tidak melibatkan penglihatan, percakapan, pendengaran dan perasaan. Sudah terang lagikan bersuluh, percintaan sebelum berkahwin dan ber ‘couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.

Apa Yang Patut Dilakukan?

Bagi yang belum terjebak, adalah dinasihatkan jangan sekali-kali menjerumuskan diri ke lembah percintaan. Susah untuk meninggalkan suatu perbuatan maksiat seperti ini setelah merasai kenikmatannya. Silap-silap boleh terlanjur dan langsung tidak dapat meninggalkannya lagi. Bagi yang sudah terjebak, sedang, ataupun yang mula berjinak-jinak dengan percintaan, sedarlah. Segeralah kita meninggalkan perbuatan maksiat yang tidak diredhai lagi dimurkai Allah ini. Tiada gunanya kita terus melakukan dosa demi meneruskan hubungan terlarang ini demi mendapatkan kebahagiaan duniawi yang sementara ini. Hanya satu jalan sahaja yang menghalalkannya iaitu melalui ikatan pernikahan.

Bagi pasangan-pasangan yang benar-benar serius, diingatkan, semakin manis hubungan sebelum berkahwin, semakin tawar hubungan selepas menjadi suami isteri nanti. Lihatlah ibu-bapa serta atuk nenek kita, keutuhan rumah tangga mereka boleh dilihat sehingga kini tanpa melalui zaman percintaan yang diimpikan remaja-remaja kini.

Setiap dari kita tentu mengidamkan pasangan hidup yang baik. Kita tidak mahu pasangan kita seorang yang tidak beriman. Seburuk-buruk perangai manusia, dia tetap menginginkan seseorang yang bain sebagai teman hidupnya.

Firman Allah dalam Surah An-Nuur(24) ayat 26:

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).”

Janji Allah, dia akan mengurniakan kepada lelaki yang baik-baik dengan perempuan yang baik-baik. Begitulah sebaliknya. Allah akan berikan yang baik, denagn syarat, kita juga berusaha menjadi baik serta meilih jalan yang baik serta diredhai-Nya. Bagaimana hendak mendapatkan sebuah keluarga yang bahagia serta diredhai Allah jika pokok pangkal permulaannya sudah pincang, tidak berlandaskan Islam serta tidak diredhai Allah? Mungkin pada mulanya kita menganggap perkara yang kita lakukan ini cukup baik, niatnya baik, caranya pun kita rasakan cukup baik.tetapi sebenarnya, ia adalah rencana syaitan yang membuatkan kita kabur memandang perbuatan yang kita lakukan itu.

Firman Allah dalam Surah Al-‘ankabut(29), ayat 38:

“Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.”.

Sebenarnya, dalam Islam, lelaki dan perempuan tdak dibenarkan bergaul terlalu rapat, sehingga menjadi teman karib dan sebagainya. Lelaki tidak boleh mengahampiri perempuan dan perempuan tidak boleh menghampiri lelaki sesuka hati tanpa sebab. Tetapi Islam membenarkan apabila ada keperluan dan tujuan yang benar-benar perlu. Misalnya apabila ditugaskan mengadakan perbincangan dalam kumpulan besar yang melibatkan lelaki dan perempuan atau perlu berbincang mengenai sesuatu yang penting. Untuk berbual-bual kosong atau bergurau senda tanpa tujuan tertentu adalah tidak dibenarkan. Apatah lagi untuk saling meluahkan perasaan dan sebagainya. Cukuplah kaum sejenis sendiri untuk dijadikan teman karib dan tempat berbincang masalah.

Perasaan suka dan cinta adalah dua perkara yang berbeza. Tak salah bagi seseorang lelaki untuk menyukai seseorang perempuan dan seseorang perempuan menyukai seorang lelaki. Tapi, perasaan ini tidak boleh dilayan dan difikir-fikirkan kerana ianya merupakan hasutan syaitan yang membawa kepada zina hati. Sepatutnya apabila kita terfikir mengenai perkara-perkara ini, kita hendaklah menepisnya dan berhenti terus daripada memikirkannya.

Firman Allah dalam Surah Al-A’raf ayat 201:

“Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan setan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Para pembaca diingatkan, semua hujah-hujah yang telah diberikan adalah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah, perintah Allah dan Rasul-Nya. Jika kita menolaknya, sebenarnya kita menolak perintah Allah dan Rasul. Na’uzubillah.

Firman Allah dalam Surah Al-Anfal(8), ayat 20-22:

“Hai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berpaling daripada-Nya, sedang kamu mendengar (perintah-perintah-Nya),(20) dan janganlah kamu menjadi sebagai orang-orang (munafik) yang berkata: "Kami mendengarkan, padahal mereka tidak mendengarkan.(21) Sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang paling buruk pada sisi Allah ialah orang-orang yang pekak dan tuli (tidak mendengar dan tidak memahami kebenaran) yaitu orang-orang yang tidak mengerti.(22).

Orang yang paling buruk dalam pandangan Allah ialah mereka yang tidak mahu menuruti perintah-perintah Allah. Janganlah kita tergolong dalam golongan ini. Balasan bagi golongan ini ialah neraka jahannam seperti firman Allah dalam Surah Aj-Jaatsiyah(45) ayat 7-11:

“Kecelakaan yang besarlah bagi tiap-tiap orang yang banyak berdusta lagi banyak berdosa,(7) dia mendengar ayat-ayat Allah dibacakan kepadanya kemudian dia tetap menyombongkan diri seakan-akan dia tidak mendengarnya. Maka beri kabar gembiralah dia dengan azab yang pedih.(8) Dan apabila dia mengetahui barang sedikit tentang ayat-ayat Kami, maka ayat-ayat itu dijadikan olok-olok. Merekalah yang memperoleh azab yang menghinakan.(9) Di hadapan mereka neraka Jahanam dan tidak akan berguna bagi mereka Sedikit pun apa yang telah mereka kerjakan, dan tidak pula berguna apa yang mereka jadikan sebagai sembahan-sembahan (mereka) dari selain Allah. Dan bagi mereka azab yang besar.(10) Ini (Al Qur'an) adalah petunjuk. Dan orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Tuhannya bagi mereka azab yaitu siksaan yang sangat pedih.(11)”

Akhir sekali, ambillah Islam secara syumul,bukan hanya ambil Islam pada perkara yang disukai, tetapi kita tinggalkan sebahagian yang lain yang tidak sesuai dengan kehendak kita. Firman Allah dalam Surah An-Nisaa’(4) ayat 150-151 :

“ Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah dan rasu-rasul-Nya, dan bermaksud memperbedakan antara (keimanan kepada) Allah dan rasul-rasul-Nya, dengan mengatakan: "Kami beriman kepada yang sebahagian dan kami kafir terhadap sebahagian (yang lain)", serta bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan (tengah) di antara yang demikian (iman atau kafir),(150) merekalah orang-orang yang kafir sebenar-benarnya. Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir itu siksaan yang menghinakan. (151).

Kembalilah ke jalan yang lurus. Tinggalkanlah perkara-perkara maksiat yang telah kita lakukan sebelum ini. Bertaubatlah sementara kita masih ada kesedaran, jangan tunggu sampai kita dibiarkan sesat oleh Allah sehingga hati kita tertutup untuk menerima kebenaran, Surah Aj-Jaatsiah(45) ayat 23:

“ Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?”

Memang pada mulanya untuk meninggalkan maksiat-maksiat ini amat susah, tetapi,ia masih wajib kita tinggalkan. Ingatlah Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah(2) ayat 216:

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber‘couple’ adalah menghampiri zina. Ia adalah perbuatan yang dilarang dalam Islam dan hukumnya adalah HARAM. Wallahua’lam.

Brought to you by : shattirs

Friday, June 20, 2008

Us Sulam Bersama MB Perak

Selasa : 17/6/2008 ~

shattirs : Baru - baru ini saya telah dimaklumkan oleh seorang sahabat dari Univeristi Malaya berkenaan keadaan pengetua sekolah lama Al-Fahdil Us Hj Sulamuddin B Hj Mansor yang telah ditimpa penyakit "Big Intestine Cancer’.Mudah-mudahan beliau dapat menghadapi penyakit tersebut dan kembali meneruskan perjuangan Islam di tanah air.insyaAllah.

Saya juga dimaklumkan Us Sulamuddin telah dikunjungi oleh MB Perak yang baru (Dato Seri Ir Nizar Jamaluddin) di kediamanya.Moga-moga kunjungan tersebut dapat memberi 1001 kekuatan mahupun semangat untuk Al-Fadhil ustaz dalam menghadapi ujian tersebut.Amin.

shattirs :Ya Allah,padamuku meminta pertolongan,berilah kesihatan yang baik pada Us Hj Sulamuddin B Hj.Mansor.Amin YA RABB.

Disini saya sertakan beberapa gambar kunjungan Dato'Seri iR Nizar Jamaluddin. ~









shattirs : Saya bangga melihat perjuangan Ustaz Sulamuddin termasuk Pakcik Nizar mahupun Abah saya dalam menegakkan kalimah Islam di bumi Perak.Mudah-mudahan kemenangan kurniaan ilahi ini perlu dikekalkan bagi jangka masa yang panjang.insyaAllah.

Ada kawan tanya,betul ker saya ada blog lain selain blog shattirs ni ?

shattirs :yea.memang betul,saya ada 1 lagi blog selain blog shattirs ini,tetapi blog tu saya khususkan untuk tulisan di luar Mesir dan Malaysia,yakni hanya untuk rakan-rakan di Luar negara.Kalau nak tahu alamat blognya ,kenalah tanya saya..(^_^) ~

Brought to you by : shattirs

Saturday, June 7, 2008

Abu Nasri & Shattirs & Ustaz Rock

~ Edisi Khas Tanpa Tajuk ~

1) Saksikan bagaimana Abu Nasri dan Ustaz Rock menunjukkan teknik menewaskan musuh didalam pertempuran ala - Rambo. Mari BerJUANG!!



.::Tembak Musuh::.



.::Musuh Berjaya Ditewaskan::.

2) Selamat Menjadi Ayah buat sahabatku ( Abdul Rahman Bin Mohammad )




3)Ukhwah Islamiah & Amal Islami



.::Sahabat Seperjuangan::.

shattirs : Hanya ilusi anda sahaja.Bukan REALITI mahupun FANTASI..

Ada kawan tanya berkenaan rakan USA John Edward ?

shattirs : Alhamdulillah,berjalan dengan lancar.Berkat doa rakan-rakan.Terima kasih pada semua.

Beliau pernah memperlawa saya untuk datang ke USA.insyaAllah,saya akan memenuhi pelawaan tersebut.

Brought to you by : shattirs

Nikah atau Zina ! Pilihan Anda ?


~ Baca dan Fikir-Fikirkan ek ~

~ Salam BERTEMU Kembali ..... ~

Kali ini saya nak berkongsi satu artikel yang menarik kiriman seorang Ustaz.

Beliau kata namanya perlu diRahsiakan takut Orang kata itu tulisan beliau..".Moga ada baiknya.

Tidak ada kaitan dengan yang masih hidup mahupun sudah tiada.

~ Bacaan khas Mahasiswa/Wi ~


Pernikahan Atau Zina Mana lebih mudah ?

Pada penulisan ringkas ini, saya ingin mengajak para umat Islam kembali bermuhasabah (menginsafi) mengenai realiti keadaan hari ini akan persoalan sosial yang melanda umat Islam.

“Janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang sangat keji dan seburuk-buruk jalan (dalam memenuhi fitrah)” (Al-isra : 32).

Hari ini gejala sosial dan keruntuhan akhlak semakin berleluasa dan kejahatan serta maksiat semakin tersebar. Bukan hanya rancangan televisyen, bukan hanya muzik, bukan hanya dadah, bukan hanya hubungan bebas, bukan hanya buang anak, bukan hanya pelacuran, bukan hanya murtad, bukan hanya pembunuhan dan pemerkosaan sebaliknya masyarakat Islam sekarang berdepan dengan keruntuhan dan kerosakan yang bakal menghancurkan institusi kehidupan Islam dari muka bumi.

Kehidupan itu bermula dari persetubuhan seorang lelaki dan wanita kerana darinya lahir benih yang menghasilkan nyawa yang membesar dari rahim seorang wanita sehingga mewujudkan seorang generasi baru yang bakal bergerak dan berjalan di muka bumi.

“Dan dari apakah manusia itu diciptakan ?” (Abasa : 18).

“Dari setitis air mani (air lelaki) ketika ianya tertumpah ke dalam rahim (kemaluan perempuan)” (An-Najm : 46).


Dari proses inilah maka sosial masyarakat itu terbentuk kerana dari hal inilah juga seorang manusia itu lahir dan wujud. Maka pada kali ini saya ingin membincangkan mengenai proses hubungan lelaki dan wanita yang menjadi teras kewujudan manusia ini yang semakin hari semakin terancam apabila kerosakan manusia dari sudut akal dan jauhnya mereka dari pertunjuk Islam.

Manusia diciptakan secara fitrah tertarik kepada lain jantina dan saling menyukai untuk mendekati antara satu sama lain lalu dari itu akan sampai berlakunya persetubuhan yang akan menjadi proses kelangsungan generasi dan zuriat. Hal ini merupakan fitrah manusia yang sudah ditetapkan oleh Allah swt.

“ Sesungguhnya fitrah yang diciptakan Allah dan ditetapkan manusia dengannya (tertakluk kepada fitrah tersebut).”
(Surah Ar-Rum :30).


Sesungguhnya apa yang ingin dibincangkan pada kali ini ialah bukan mengenai fitrah manusia yang memerlukan kepada hubungan lelaki perempuan kerana semua mereka yang mumayyiz (berakal dan mampu membezakan baik dan buruk) mampu mengetahui perihal tersebut.

Sehingga walaupun seorang bapa yang mempunyai anak perempuan dan menghalang anaknya itu dari bernikah dengan lelaki yang disukai oleh anaknya itu pun sebenarnya memahami bahawa manusia itu mempunyai fitrah inginkan teman dan inginkan kepuasan seksual (persetubuhan lelaki dan perempuan) .

Buktinya si bapa itu sendiri pada setiap malam Jumaat akan menyelak kain isterinya melihat apakah ada warna merah atau tidak kerana jika bersih dan berbau wangi maka dia sendiri akan menerokai apa yang ditutup dan ada di dalam kain isterinya itu demi mengaut nikmat yang dianugerahi Allah kepada hamba-Nya.

“ Dan di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ialah diciptakan bagi kamu dari diri kamu isteri-isteri supaya kamu bersenang-senang kepadanya..” (Ar-Rum : 21).

Cumanya seperti biasa manusia tanpa hidayah Allah mereka akan menjadi lugu, bodoh dan dungu sehingga mengakibatkan kerosakan kepada manusia lainnya akibat dari kejahilan mereka.

Demikianlah juga seorang ibu yang sangat pemarah dan tegas menghalang anak perempuan atau anak lelakinya dari mempunyai teman dan kekasih kononnya kerana anaknya itu masih belajar dan belum mempunyai pekerjaan namun sebenarnya si ibu itu sendiri apabila ditinggal lama oleh suaminya akan terasa panas bahagian bawahnya dan kosong serta sedih dan lemah juga pelbagai lagi rasa kurang selesa.

Sehinggalah datang suaminya pulang lalu membuka kain dalamnya yang menutupi bahagian bawah perutnya maka apabila diisi oleh sesuatu dari bahagian badan suaminya barulah si ibu itu terasa seronok, gembira dan bahagia serta lagi nikmat.

Apakah si ibu itu tidak mengerti nikmat dan fitrah manusia yang memerlukan teman ? kekasih ? atau pasangan dari lain jantina demi memuaskan keperluan batin ? Jawabnya tidak dan sudah tentu sesiapa pun manusia akan mengetahui akan hal ini jika dia itu berakal namun seperti biasa akibat kejahilan dan buta hatilah mereka tidak menyedarinya dan lupa kepentingannya kepada orang sekitar mereka.

“Sesungguhnya tidaklah mereka itu buta mata mereka tetapi sebaliknya yang buta itu ialah hati mereka” (Al-Hajj : 46).

Manusia seperti biasa tetap hanya pentingkan diri sendiri, hanya memikir keseronokkan sendiri dan lupa akan keperluan orang lain walaupun anak dan keluarganya sendiri.

Lalu bertolak dari sikap “selfish” pentingkan diri sendiri itulah maka setiap orang berpegang kepada prinsip bahawa aku sendiri yang perlu mencapai kepuasan tanpa mengharap kepada orang lain.

Si lelaki apabila menyedari bahawa keluarganya mustahil akan membantunya untuk sampai dapat menikmati kenikmatan duniawi dari persetubuhan lelaki dan perempuan itu akhirnya akan sampai berusaha sendiri dengan jalannya sendiri yang pastinya dikemudi dan dipandu oleh pertunjuk nafsu dan panduan syaitan.

“ Sesunnguhnya nafsu itu sentiasa mengarah kepada kejahatan…” (Yusof : 53).

Maka pelbagailah caranya, bermula secara kecil-kecilan dengan mempraktikkan kemahiran mata memfokus pada bentuk badan wanita, pinggul dan bahagian yang timbul-timbul baik gunung daik bercabang dua atau ketul berlubang atau apa sahaja darinya.

Bermula dari memfokus pada yang jauh maka akan dicuba pula pada close-up dengan yang dekat dengan memerhati pada ahli keluarga sekeliling maka jadilah kakak, adik perempuan, kawan sekelas dan perempuan sekitar sebagai mangsa percubaan. Tidak cukup lagi dengan itu akan dicuba pula oleh lelaki itu dengan mencari video dan rakaman live dokumentari hubungan badan lelaki perempuan yang dijual bercambah di jalanan dengan bertitle XXX .

Sudah tentu teriakan, raungan dan jeritan serta keluhan nikmat wanita akan menjadi igauan lalu ransangan ke otak akan segera memerlukan tindakan maka bermulalah adegan mengurut bahagian anggota dalam seluarnya bagi mengurangkan ketegangan. Ereksi keras perlu dilembutkan maka tangan dimainkan peranan mengurut sampai kurang tekanan dan tercapailah kepuasan dengan air putih tanda kelegaan.

Lama ke lamaan kebosanan mula menghambat badan dan jiwa inginkan pembaharuan maka wanita sebenar menjadi percubaan. Lalu terjadilah pemerkosaan bagi yang tidak dapat menahan akal dan perasaan dan zina menjadi kebiasaan bagi yang bijak memikat dan memain peranan.

Bukankan hal ini merosakkan akal dan memusnahkan tunas sosial masyarakat Islam ? Bukan hanya lelaki sahaja bahkan wanita tidak kurangnya dan mereka yang selalunya menjadi mangsa dan menjadi pemangsa kepada gejala sosial. Apakah wanita tidak punyai nafsu ? Sudah tentu sekali dan seharusnya lebih dari lelaki kerana mereka dijadikan Allah swt dengan kejadian yang unik sehingga penuh rangsangan nafsu di sekeliling mereka.

Tidak hanya pinggul mereka yang ramping molek, tidak hanya faraj mereka yang tersembunyi, tidak hanya gunung daik bercabang dua mereka, tidak hanya celahan pada badan cukup sahaja bau badan wanita dan suara mereka sudah menjadi perangsang nafsu. Bahkan bagi sesetengah yang gila cukup sahaja pakaian wanita menjadi satu tarikan rangsangan hebat.

Tentu kita pernah mendengar kejadian lelaki mencuri pakaian dalam wanita kerana dijadikan modal rangsangan dan tertarik kepada apa-apa sahaja yang menjadi simbol wanita. Sesungguhnya wanita juga apabila tidak dapat memenuhi tuntutan batin mereka dengan jalan yang hak (sebenar) akan menjadi lebih dahsyat dari lelaki.

Lelaki sekurang-kurangnya mampu mencapai klimaks dalam seks cuma sekali apabila zakarnya memancutkan mani namun wanita itu bukahkah mampu lebih dari sepuluh kali klimaksnya ? Maka nafsu wanita lebih kuat dan dahsyat lalu lantaran sikap manusia yang jahil dan buta hati maka wanita yang tidak dapat mencapai tuntutan batinnya biasanya akan memberontak.

Maka tidak hairan mereka tidak akan segan silu lagi menawarkan faraj kemaluan mereka dengan harga murah dan mudah bagi lelaki yang mampu memberikan mereka kepuasan.
Bayangkan, kalau isteri yang kegersangan sahaja sanggup memberi tubuhnya kepada India pembawa tong gas, sanggup mengadai tubuhnya kepada jiran, kepada rakan sekerja, kepada kenalan internet, kepada pegawai telekom yang memeriksa bil di rumah, kepada pegawai elektirik yang menyemak dan menghantar bil di rumah, kepada posmen, kepada sanak keluarga maka apatah lagi wanita yang tidak punyai suami yang sangat dahagakan sentuhan belaian lelaki ?

“Janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang sangat keji dan seburuk-buruk jalan (dalam memenuhi fitrah)” (Al-isra : 32).

Lalu biasa sahaja lahir gejala bohsia dan bohjan, sudah dilupakan maka muncul pula gejala seks mudah dan murah, mudah kerana ditepi jalan dan murah kerana cuma bermodal pil perancang keluarga. Kenikmatan tersembunyi disebalik semak samun lebih menyeronokkan dari kenikmatan di atas katil rasmi yang perlu melalui upacara gila adat istiadat kompang bersanding atau akad nikah di hadapan kadi.

Buat apa bersusah ? Perlu menghafaz doa itu dan ini, perlu belajar solat dan tahu hal agama dan lulus ujian nikah, perlu ada wang banyak dibuat belanja, hantaran yang tinggi semuanya ingin serba satu, maskahwin lagi, upah itu dan ini belum termasuk mak andam tentukan dara atau tidak.

Buat apa bersusah ? sedang lelaki muslim hari ini mampu merasai pelbagai jenis faraj wanita baik kecil atau besar, baik kulit putih atau gelap, pelbagai bangsa, pelbagai rasa dan nikmat, pelbagai status dengan mudah tanpa perlu bersusah. Jika ingin yang dara maka dituju sahaja ke sekolah dan madrasah lalu di sana itu banyak yang masih belum pecah dara maka digoda sahaja.

Dipujuk-pujuk dan dirayu maka selalu sahaja menaiki motorsikal dibawa berjalan, setelah itu cik adik dibawa ke tilam lalu dikorbankan dengan pelbagai gaya dan jika lebih malang dikenduri bersama rakan.

Apabila sudah bosan bersama dara kerana ingin yang berpengalaman maka isteri orang menjadi sasaran. Dicari isteri jiran, dipikat dan dimainkan atau guru yang mengajar disekolah atau ustazah semuanya sama sahaja yang punyai faraj lalu tidak selamat menjadi mangsa apabila tiba masa.

Begitu juga wanita, mereka juga tidak kurang bahaya, sudah biasa bersama seorang lelaki mereka ingin dua dan tiga. Bukankah pelbagai orang itu saiznya berbeza ? Ingin merasa pelbagai nikmat dan cara, sentuhan manja selalu sudah biasa kali ini ingin pula cara bahaya, aksi ganas menjadi biasa maka sudah rosak segala apa yang ada maka tidak hairan terkadang mereka sanggup menjadi begitu hina menjual tubuh demi mencari kepuasan.


Bermula dari keluarga yang gila dan pelbagai masalah, mereka mencari rakan teman sebagai tempat meluah masalah. Wanita ingin dibelai lelaki maka sudah pasti mereka menyerah bila bertemu idaman hati. Maka segala ceruk isi badan diserah dan apabila sudah terlajak maka nikmatnya sudah terasa dan ketagihan pasti menjadi biasa lalu kerosakan bertambah setiap masa.

Wanita muslimah hari ini mereka sudah cerdik dan bijak. Dulu hanya pil perangcang keluarga namun sekarang sudah ada pil yang pelbagai dan sudah ada cara jimat cukup kondom sebagai penyelamat. Atau memakai DDU atau alat di rahim yang mencegah kemasukan benih atau apa sahaja cara moden kaedah terkini.

Di rumah sudah ada internet, mereka lalu terdidik, biasa sahaja buka baju di depan kamera dan pamer di web atau berchatting bersama teman lelaki. Terbiasa dengan berbogel di bilik sendiri maka mereka biasa beronani mencari kepuasan diri. Maka kerana itu wanita pelangan utama alatan seksual dan mainan seksual. Mereka cukup bermula dengan alatan plastik lalu setelah bosan menjerat lelaki dan menjadi pengidam anggota sulit lelaki.


Seorang lelaki menjadi tempat setia, lalu badan di serah sahaja nampak menolak tapi kakinya dibuka, suaranya pun mengerang juga kerana itu nampak sahaja wanita seolah berpura tidak mahu tetapi hatinya sering meminta mahu. Apabila teman lelaki curang dengan wanita lain maka dia pun mengambil alasan meninggalkan kekasihnya kerana curang lalu mencari peluang bersama lelaki lain pula lalu seterusnya lalu seterusnya maka menjadi biasa sebelum sampai dapat bernikah mungkin sudah sepuluh orang.

Tidak susah wanita Islam, teknologi sudah berkembang lalu bukankah ada perkhidmatan memulih dara ? Selaput dara dibuat semula kata orang putih “re-make” itu sudah biasa, siap boleh keluar darah di malam pertama maka cantiklah, boleh menjadi penyelamat keluarga.

Sekarang ini mendapat isteri perlu berhati-hati kerana yang disunting mungkin sudah ternoda atau dinoda atau penoda. Tapi bila difikir kembali sama sahaja, baik lelaki baik wanita semuanya pernah merasa hubungan seks sebelum bernikah lalu buat apa berpura-pura wanita penzina bersama lelaki penzina bukankah keduanya sama sahaja ?

“Penzina lelaki itu tidak bernikah melainkan dengan wanita penzina atau wanita musyrikah (kafir) dan wanita penzina itu tidak bernikah melainkan dengan lelaki penzina atau lelaki musyrik (kafir) dan yang demikian itu diharamkan kepada orang yang beriman” ( An-Nur : 3).

Terima kasihlah kepada kerajaan yang memerintah kerana merekalah penyumbang jasa. Zina dan kejahatan serta kerosakan semuanya dimula oleh yang berkuasa kerana mereka tidak mencegah sebaliknya pengalak dan pencetus kerosakan. Namun tidak mengapalah kerana insyaAllah balasan mereka sudah siap terjamin oleh hadis baginda dari riwayat Abdullah ibn Umar ra bahawa baginda nabi pernah bersabda :

“ Setiap dari kamu merupakan pemimpin dan setiap dari kamu akan ditanyai mengenai apa yang kamu pimpin” (hadis sahih riwayat Bukhari no. 893 dan Muslim no. 1829).

Juga dari Abdullah Ibn Mas’ud ra bahawa baginda bersabda :

“Golongan yang paling dashyat di azab di neraka ialah mereka yang membunuh para nabi dan pemerintah yang jahat” (hadith hasan riyawat Ahmad no. 407 Jilid 1 dan tibrani ).


Para ulamak tidak berperanan kerana ada yang sibuknya dengan politik lalu anaknya menjual diri lalu dibiar kainnya diselak oleh lelaki atau pun ulamak turut terlibat membenarkan segala omongan kerajaan kerana mereka diberi bayaran. Ceramah cuma menyentuh bab demokrasi dan pilihanraya sambil sekali sekala mengutuk pemimpin yang berkuasa.

Dakwah pula tidak mengait soal nikah dan perkahwinan kerana ini hal sampingan. Tok kadi dan guru agama masjid pun saling berkaitan bahkan turut penyumbang menyusahkan. Pelbagai syarat nikah diperkenalkan ada kebaikan ada kegilaan. Dari memikirkan bagaimana untuk mempertingkatkan martabat perkahwinan lebih baik fikir bagaimana untuk memudahkan perkahwinan kerana ramai yang tidak bernikah bukan terkilan kerana tiada jalan.

Cukup banyak jalan dan cara sampingan untuk mencapai kepuasan apa guna nikah bila ianya hanya menjadi halangan kesusahan ? Ibu bapa perlu diucapkan syukran atau diberi penghormatan oleh sultan iblis dan diberi gelaran pangkat kebesaran syaitan.
Merekalah penyumbang utama kerosakan anak, pencetus utama kerosakan akhlak. Dimulakan dengan keluarga yang berpecah atau dari kegiatan yang sering bertelagah maka rumahku syurgaku menjadi nerakaku bapa ibuku. Anak yang kecil mula mempelajari erti derita dan sengsara, dipukul dan dicerca perkara biasa. Anak wanita mula membesar terkadang menjadi mangsa, bapa perkosa anak sudah biasa.

Semuanya akibat manusia yang jahil dan hina yang membutakan hati mereka. Cukuplah mengikuti jejak langkah syaitan dan terikut adat gila yang membawa petaka.

“Sesungguhnya tidaklah mereka itu buta mata mereka tetapi sebaliknya yang buta itu ialah hati mereka” (Al-Hajj : 46).

Di Negeri sembilan ada adat perpatihnya yang konon menjaga wanita lalu seronoknya sampai susah nikah wanita menjadi derita lalu faraj dijual murah sahaja. Wang hantaran sekarang sudah sampai RM 10 000 maka ibu bapa mendapat malu bila anak sudah tidak lagi malu berjalan keluar dikepit lelaki tanpa perlu membayar dahulu.

Lucu sekali zaman ini, setelah dipersusahkan sunnah nabi salallahualaihiwasalam , diperketatkan, ditinggalkan dan dihinakan lalu maksiat tersebar maka akhirnya ibadah menjadi haram jadah.

“Janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang sangat keji dan seburuk-buruk jalan (dalam memenuhi fitrah)” (Al-isra : 32).


~ Pernikahan yang Dicela ~

Nikah yang sepatutnya menjadi penyelamat sosial masyarakat umat Islam kini cuma menjadi duri dan halangan yang menyusahkan dan menyempitkan. Pernikahan atau perkahwinan yang dicela sangat banyak dan berleluasa pada hari ini.

Sesungguhnya saya tidak dapat menulis semua sebab dan jenis kecelaan kerana ianya terlampau banyak cukuplah menyatakan beberapa kecelaan sebagai contoh.

a) Pernikahan yang menyusahkan

Sesungguhnya pernikahan itu ialah ibadah dalam dalam islam dan tidaklah Allah menjadikan sesuatu dalam ibadah Islam itu sebagai menyusahkan.

“ Dan tidaklah kami menjadikan deen ini kepada kamu sebagai sesuatu yang menyusahkan” (Al-hajj : 78).


Maka barangsiapa yang menyusahkan pernikahan maka sesungguhnya dia telah menyusahkan ibadah dalam agama ini maka hukumnya samalah seperti golongan zalim yang menyusahkan agama dalam urusan lain.

Jika seorang bapa itu ahli politik pembangkang yang memarahi kerajaan dan menuduh kerajaan sebagai zalim kerana menolak pelaksanaan hukum Islam dan menuduh kerajaan menyusahkan usaha menegakkan Islam di Malaysia maka sesungguhnya si bapa itu juga zalim apabila dia sendiri menyusahkan pernikahan anaknya dan menghalang anaknya dari menunaikan kewajipan sebagai muslim dan menuruti sunnah nabi salallahualaihiwasalam iaitu nikah.

Baginda salallahualaihiwasalam pernah menyebut :


فمن رغب عن سنتي فليس مني
“ Barangsiapa yang membenci sunnahku maka dia bukanlah dari golonganku (ummatku).” (Hadith Sahih Bukhari, Bab Nikah, no.1).


Bahkan dipersusahkan pernikahan itu dengan mengadakan pelbagai syarat dan adat yang memberatkan pernikahan.Belanja kahwin atau dikenali hantaran itu tidak wujud dalam Islam bahkan ianya termasuk perkara bid’ah yang baru dan menyusahkan serta memberatkan. Sabda baginda Salallahualaihiwasalam :

من أحدث في أمرنا هذا ما ليس منه فهوا رد
“ Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu urusan baru dalam agama kami sedang ia bukan dari kami maka sesungguhnya ianya ditolak.” (Hadith sahih disepakati Bukhari no.156 Jilid 8 & Muslim no.4467) .


Sabda baginda : “ Sesungguhnya kamu diutuskan untuk memudahkan manusia dan bukan untuk mempersusahkan” (hadith sahih, Riwayat jamaah kecuali Muslim).

Islam cuma menetapkan maskahwin kepada umatnya dengan pihak lelaki perlu membayarkan maskahwin (mahar) kepada si perempuan yang akan dinikahi bukan kepada keluarganya tetapi kepada si perempuan itu !

Bahkan maskahwin itu sendiri tidak dibebani sampaikan pernah baginda menikahkan seorang sahabat dengan bacaan dari ayat Al-Quran seperti hadith Sahl bin Said As-Sa’adi bahawa baginda pernah menikahkan seorang sahabat dengan maskahwin (mahar) hanya berupa beberapa ayat dari Al-Qur’an disebabkan sahabat tersebut terlalu miskin sehingga tidak punyai apa-apa untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin besi (sila lihat hadis sahih riwayat bukhari no. 5087 dan Muslim no. 3472 dan daruquthni dll).

Sabda baginda : “Sesungguhnya agama ini ialah mudah dan tidaklah yang (sengaja) menyusahkan dirinya dalam hal agama ini melainkan dia akan dikalahkan (tidak mampu)” (hadith sahih riwayat bukhari syarah ibn hajar jilid 1 m/s 93).

Namun pada hari ini, selain perlu mempunyai wang hantaran yang banyak maka si pengantin lelaki juga terpaksa membayar pelbagai upah itu dan ini.

- upah mak andam
- upah kenduri memasang khemah
- upah catering atau memasak
- upah membuat tempat persandingan
- upah tok kadi
- upah saksi
- upah utusan rombongan
- sewa hotel atau tempat kenduri


Sesungguhnya pernikahan itu akhirnya menjadi kesusahan dan berpadalah para pemuda Islam dengan hanya cukup sekadar mempunyai teman wanita tanpa nikah cukup zina penyedap rasa dan penenang jiwa.


b) Pernikahan yang tanpa keberkatan dan tidak kerana ibadah

Dimaksudkan pernikahan yang dibina tanpa keberkatan ialah pernikahan yang berlaku sekadar menutup aib apabila anak perempuan sudah sarat mengandung 7 bulan atau dibuat kerana demi dunia bukan kerana ibadah kepada Allah swt.

“ Dan tidaklah kamu diperintahkan melainkan untuk beribadah kepada Allah dengan ikhlas kepada-Nya melalui deen yang lurus” (Al-Baiyinah : 3).

Menikahnya perempuan dengan lelaki tua yang kaya demi kerana harta dan kemewahan. Dibimbangi apabila suami tua itu tidak mampu memberi nafkah batin maka si isteri akan mencari gigolo sebagai pemuas nafsunya. Juga seperti contohnya menikahnya seseorang kerana dunia seperti demi kerana harta, demi kerana pangkat dan kedudukan yang dimiliki oleh seseorang.

Sabda baginda rasulullah : “Dinikahi wanita itu kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya maka pilihlah yang beragama kelak kamu akan beruntung” (hadis sahih riwayat bukhari dan muslim).

Sering menjadi trend budaya orang kaya menikahi para artis kerana kepopularannya atau menikahi juruhebah televisyen atau pengacara rancangan wanita di televisyen yang cantik molek disebabkan cantik atau glamour. Tidak kurang juga wanita sekarang mencari lelaki kaya demi kerana ingin kesenangan duniawi dan boleh melancong ke Eropah dan seantero yang lainya.

Pernah seorang pensyarah wanita di UIAM berkata kepada pelajar wanitanya : “ kalau kamu mahu berkahwin nanti mintalah bakal suami kamu membawa kamu ke eropah” .

Demikianlah pernikahan yang sekadar “ kita kan orang Islam kenalah bernikah” iaitu sekadar melepaskan batuk di tangga bukannya sebagai ibadah seperti perbuatan seorang remaja wanita sekolah agama apabila zip seluarnya telah dilondehkan oleh teman lelakinya dan setelah puas berkucupan dan teman lelakinya sudah tidak sabar mahu memasukkan zakarnya ke dalam faraj perempuan tersebut lalu apabila dicuba untuk ditanggalkan seluar dalam wanita itu maka wanita itu berkata kepada teman lelakinya “ ala janganlah sayang, kita kan orang Islam kenalah nikah dulu”.

Sesungguhnya pernikahan ini ialah ibadah maka tidaklah ditegakkan ibadah itu melainkan dengan menuruti sunnah dan berniat ikhlas maka barangsiapa yang tidak ikhlas dan tidak menuruti sunnah maka nikahnya sia-sia dari sudut ibadah kepada Allah swt dan hanya bebanan serta kesusahan. Adapun bagi yang bernikah kerana ingin menjaga agama dan ibadah maka Allah pasti akan membantu mereka dan memudahkan urusan mereka.

“ Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah maka sesungguhnya Allah akan menyediakan baginya jalan keluar (dari kesusahan) dan memberikannya rezeki dari jalan-jalan yang tidak disangkai olehnya” (Surah Thalaq : 2-3).


~Pernikahan yang sepatutnya~

Pernikahan dari sudut bahasa ialah “bersatu” atau “berhimpun” dan menurut istilah lainnya ia bermaksud bersetubuh apabila dirujuk kepada manusia. Pada ta’rif syariat, nikah bermakna satu hubungan yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan wanita melalui aqad yang khusus (lihat Fiqh manhaji ala Mazhab Syafie m/s 7 Jilid 2).

Pernikahan merupakan ibadah yang dituntut oleh Islam dan dianjurkan kepada manusia baik lelaki dan perempuan. Hukum nikah ini tertakluk kepada individu namun secara umum ianya diwajibkan untuk dituruti kerana ianya merupakan sunnah baginda salallahualaihiwasalam.

Baginda salallahualaihiwasalam pernah menyebut :
“ Barangsiapa yang membenci sunnahku maka dia bukanlah dari golonganku (ummatku).” (Hadith Sahih Bukhari, Bab Nikah, no.1).

Pernikahan ini sebagai ibadah kepada Allah maka pelaksanaanya perlulah dibuat dengan ikhlas demi menjaga agama dan memelihara diri dari terjatuh ke perkara yang haram dan menyalurkan nafsu ke arah yang benar.Pernikahan itu sendiri dari segi makna ialah persetubuhan ini bererti Islam itu sangat memahami sunnah dan fitrah manusia yang dijadikan oleh Allah swt.

“ Sesungguhnya fitrah yang diciptakan Allah dan ditetapkan manusia dengannya (tertakluk kepada fitrah tersebut).” (Surah Ar-Rum :30).

Semua manusia baik para ustaz, baik guru agama baik ustazah semuanya mahukan persetubuhan tidak kira apakah seseorang itu baik atau buruk, bagus akhlak atau tidak , muda atau tua semuanya inginkan nikmat fitrah yang dijadikan Allah swt kepada kita sebagai manusia.

“ Dan di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ialah diciptakan bagi kamu dari diri kamu isteri-isteri supaya kamu bersenang-senang kepadanya..” (Ar-Rum : 21).

Demikianlah seperti tajuk awal perbincangan ini bahawa telah berlaku kehancuran sistem sosial dalam masyarakat Malaysia dan Islam dalam waktu yang sama tidak mampu menyediakan pemulihan dan menjadi penyelamat kerana ibadah nikah ini yang merupakan jawapan bagi kewujudan sistem sosial masyarakat yang terjamin tidak dilaksanakan dengan sebenarnya dan tidak menurut pertunjuk sunnah yang sahih.

Sebenarnya Islam mengerti akan keperluan rohani dan batin manusia yang memerlukan isteri dan suami serta memerlukan kepuasan nafsu seksual.

“Maka kahwinilah akan kamu dari perempuan itu yang baik bagi kamu” (An-Nisa : 3).

“Isteri-isteri kamu itu ialah ladang bagi kamu maka datangilah (setubuhilah) dia menurut cara yang kamu suka” (Al-baqarah : 223).


Islam sebagai ad-deen yang benar di sisi Allah swt telah diturunkan sebagai panduan kepada manusia dan pertunjuk serta pemberi batas dari melampaui had yang ditetapkan oleh Allah swt.


“Sesungguhnya hari ini telah aku sempurnakan pada kamu akan agama kamu dan aku sempurnakan nikmat-Ku pada kamu dan aku meredhai Islam sebagai agama kamu." (Surah Al-Mai'dah : 3).

“Alif, Lam, Ra , Kitab yang kami turunkan kepada –Mu supaya kamu dengannya dapat mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya (pertunjuk) dengan izin tuhan ke jalan-Nya yang Maha Perkasa dan Maha Terpuji.” (Surah Ibrahim :1).

Islam memahami bahawa fitrah manusia memerlukan persetubuhan maka kerana itulah Islam mengharuskan persetubuhan namun dengan mengikut panduan dan pertunjuk yang diturunkan oleh Allah swt supaya dengan persetubuhan itu sendiri dapat menjadi ibadah dan kebajikan kepada Allah sekaligus tetap membenarkan usaha pengabdian seorang hamba itu dalam apa jua keadaan walaupun kita sedang enak mengerang kenikmatan persetubuhan.

“ Dan tidaklah kami menciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadah kepada kami” (Adz-Zariyat : 56).

Bahkan disebut oleh baginda rasulullah : “ Sesungguhnya pada persetubuhan kamu dengan isteri kamu itu sedekah” Maka ditanya oleh sahabat apakah pada persetubuhan yang memuaskan syahwat itu sedekah ? maka dijawab oleh baginda : “Apakah kamu tidak melihat bahawa apabila seseorang meletakkan zakarnya pada yang haram itu termasuk satu dosa ? maka demikianlah jika diletakkan pada yang halal maka itu baginya pahala” (hadis sahih riwayat Muslim).


~Pernikahan yang sepatutnya menurut Islam ialah
a) Suami isteri itu dipilih berdasarkan AGAMA

Islam mementingkan calon suami isteri itu hendaklah dipilih berdasarkan agama dan apabila seorang anak perempuan itu sudah berkenan kepada seseorang lelaki yang baik agamanya maka si bapa dan ibu haruslah segera berusaha menikahkan anak perempuan mereka tanpa tangguh.

Ini bertepatan kepada perintah dari baginda salallahualaihiwasalam :

“Jika datang kepada kamu seseorang yang kamu redhai agama dan akhlaknya maka nikahkanlah dia jika tidak maka pastinya akan berlaku fitnah ke atas muka bumi dan kerosakan yang besar” (hadis sahih riwayat Tirmidzi no. 1085).


Demikianlah bagi ibu dan bapa yang apabila anak lelakinya itu sudah berkenan kepada mana-mana perempuan dan perempuan itu bagus agama dan akhlaknya maka segeralah dinikahkan.

Sabda baginda rasulullah : “Dinikahi wanita itu kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya maka pilihlah yang beragama kelak kamu akan beruntung” (hadis sahih riwayat bukhari dan muslim).

Demikian juga baginda bersabda : “Dunia itu ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah” (hadis sahih, riwayat Muslim no. 3628).

Janganlah si ibu dan bapa melihat kepada kereta mewah yang berkilat-kilat dan wang ringgit yang tebal yang dimiliki oleh calon suami isteri anak mereka kerana yang demikian itu biasanya mampu menjadi bahan bakar api neraka yang berkualiti.

Begitulah juga bagi seorang ibu dan bapa apabila melihat kepada calon menantu perempuan mereka janganlah dilihat kecantikan atau kehebatan atau darjat keluarganya kerana biasanya kebesaran dan darjat itu akan menjadi sebab penghinaan dan kecelakaan di hari akhirat.

Sebaliknya cukup menerima bakal menantu yang miskin dan hodoh namun penuh budi bahasa, baik akhlak dan kukuh agama serta benar aqidah dan imannya kepada Allah swt.

b) Pernikahan itu memudahkan dan disegerakan

Setiap ibadah dalam Islam itu tidaklah menyusahkan kerana Allah swt menjadikan manusia itu dalam keadaan yang lemah.

“Allah mengehendaki kemudahan bagi kamu dan sesungguhnya diciptakan manusia itu dalam keadaan yang dhaif (lemah)” (Surah An-Nisa : 27).

Sesungguhnya pernikahan merupakan satu tuntutan fitrah yang perlu dipermudahkan dan tidaklah mereka yang menyusahkannya melainkan telah zalim dan melanggar fitrah yang ditakdirkan Allah ke atas hambanya.Apabila berlaku zina dan kejahatan maka ibu dan bapa yang perlu dipersalahkan apabila anak itu tidak dinikahkan sedang umurnya sudah mencapai waktu baligh dan keinginan untuk bernikah sudah ada.

Jangan beralasan dengan mengatakan anaknya masih muda atau masih perlu belajar kerana mulut di dalam seluar anaknya atau kain anaknya itu perlukan makanan batin yang perlu dipenuhi seperti mana mulut di muka yang memerlukan makan minum fizikal.

Bertanggungjawablah ibu bapa apabila anak lelaki dan perempuan mereka berzina lantaran merekalah yang sepatutnya membantu memudahkan dan menyenangkan ibadah nikah itu terlaksana.

c) Pernikahan yang tidak membazir

Hendaklah pernikahan itu dibuat dalam keadaan yang sederhana dan tidak membazir kerana sesungguhnya pembaziran itu merupakan amalan syaitan.

“Janganlah kamu membazir kerana Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu merupakan saudara syaitan dan syaitan itu amat engkar kepada tuhan-Nya” (Al-Isra : 26- 27).

Tentulah sekali termasuk membazir ialah apabila mengunakan wang ringgit dan dihabiskan kepada sesuatu yang tidak perlu atau semata-mata mahu mengikut adat. Katakan kepada mereka yang beriman, celakalah adat, celakalah adat, celakalah adat, apabila adat itu menjadikan mereka mengikut sesuatu yang bertentangan dengan agama dan menyusahkan agama.

Berkata Imam Syafie ra : "Barangsiapa yang bertaqlid pada mengharamkan sesuatu atau menghalalkan sesuatu dan jelas taqlidnya itu berlawanan dengan hadis dan kerana taqlidnya itu menyebabkan dia dilarang atau menyekatnya dari beramal dengan sunnah maka sesungguhnya dia telah mengambil orang yang ditaqlidnya itu sebagai tuhan selain dari Allah swt " ( Sila rujuk Ibn Abi Hatim dalam kitabnya " Adabul Syafi'ie" m/s 93).


d) Pernikahan yang dibantu oleh keluarga dan didirikan dengan kerjasama dan saling tolong menolong.

Sesungguhnya keluarga itu sepatutnya membantu anak-anak mereka supaya dapat mendirikan rumah tangga dan jika si bapa mempunyai wang simpanan untuk dibuat haji atau umrah maka sesungguhnya menikahkan anak gadisnya atau menikahkan anak lelakinya lebih utama dan afdhal dari ke haji atau umrah.
Sesungguhnya memenuhi tuntutan fitrah dengan menuruti syariat Allah lebih utama dari menunaikan fardhu haji kerana disebabkan jika dibiarkan anak-anak itu tanpa nikah dikhuatiri akan mampu merosakan agama dan akhlak mereka dan mencegah yang mudharat itu ialah wajib.

Sesungguhnya golongan yang paling dekat membantu si bujang ialah keluarganya dan sebaik-baik bantuan itu ialah yang membawa kebaikan dan taqwa seperti firman Allah :

“Dan hendaklah kamu saling bantu-membantu di dalam mengerjakan kebaikan dan taqwa” (Al-maidah : 2).


Kebaikan apakah lagi yang lebih utama dari nikah yang mampu menjaga agama dan jiwa serta memelihara kehormatan dan menjaga institusi kemasyarakatan ? Taqwa itulah yang bermaksud menuruti syariat Allah dan mengerjakan yang halal dan meninggalkan yang haram.

e) Pernikahan yang dibuat demi ibadah

Sesungguhnya pernikahan itu ialah ibadah maka perlulah diniatkan melakukannya sebagai ibadah kepada Allah dan demi memelihara diri dari perkara yang haram bukan sebaliknya bernikah demi melakukan yang haram.Ramai berfikir dengan bernikah maka tujuannya ialah bersetubuh seebenarnya pemikiran itu tidak salah namun yang sebenarnya harus dipegang bahawa bersetubuh itu ialah satu ibadah yang perlu diniatkan kepada Allah dengan melakukannya pada cara yang halal iaitu dengan bernikah.

“ Dan tidaklah kamu diperintahkan melainkan untuk beribadah kepada Allah dengan ikhlas kepada-Nya melalui deen yang lurus” (Al-Baiyinah : 3).

Sesungguhnya apabila bersetubuh, maka keikhlasan untuk menjauhi yang haram dan niat yang bersih itulah yang sampai kepada Allah bukannya perbuatan persetubuhan itu.

f) Pernikahan yang menghubungkan silaturahim dan persaudaraan.

Di antara tanda lain keberkatan dan kebaikan nikah itu ialah dengan perkahwinan dan nikah itu ianya dapat menjalinkan hubungan silaturahim dan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

“Wahai manusia sesungguhnya kami telah ciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu dari berbangsa-bangsa serta bersuku-suku supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya orang yang mulia di sisi kamu ialah yang paling bertaqwa” (Al-hujurat : 13).

Bukanlah seperti hari ini, apabila selepas nikah, maka mak mertua bergaduh dengan menantu dan keluarga isteri berperang bersama keluarga suami, wujud perebutan harta, perselisihan itu dan ini. Maka demikianlah perkahwinan kerana adat dan sekadar nak tunjuk kata deme tu Islam maka akhirnya wujudlah pelbagai masalah dan derita.

shattirs : Jangan Jadikan Fitrah itu sebagai Fitnah !

~ Si Comel yang Menghibur Hati ~



.:: Kariman (kanan) dan Fatiyan (kiri)::.

shattirs : Comel tak mereka? dua orang bakal Mujahidah Solehah inilah yang selalu menghiburkan saya dikala ingin menunaikan solat 5 waktu di Masjid.Telatah mereka sebagai adik dan kakak memang menghiburkan.Biarlah wajah Kariman dan Fatiyan dilihat manusia seantero dunia.

Sedikit info :
1)Kariman
Umur 7 tahun
Sangat Cerdik berkata-kata dan suka bergaya.
impian nak melancong ke Angkasa dengan adiknya Fatiyan.
Nak sambung belajar di Malaysia (haa,ada makna tersirat tu..)

2)Fatiyan
Umur 4 Tahun
Sangat pemalu orangnya dan suka bermanja-manja.
Suka tengok Pelajar Melayu pakai kain pelikat (haa,ade ape2 ker ni Fatiyan? )
sangat cerdik dan bijak berkata-kata macam kakaknya.

Di kala petang yang damai....~

Abu Nasri : dah minat budak - budak,bila lagi?

shattirs
: (*_*) - (^_^) : (-__-)

Brought to you by : shattirs