Keluarga SHATTIRS

Keluarga SHATTIRS
Assalamualaikum WBT

SHATTIRS Followers

Popular Posts

Thursday, October 30, 2008

Kefahaman itu Penting !!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد






Tarbiyyah Ruhiyyah Dalam Harakah Islamiyyah



~ MUQADDIMAH ~


Dalam merentasi perjuangan Islam para pejuangnya dan pendakwah perlu meneliti dirinya dari semasa ke semasa agar mereka dapat melihat di manakah mereka dalam menghayati dan mentaati nilai ajaran Islam yang menjadi intisari dakwahnya kepada masyarakat. Mereka harus meneliti di mana kedudukan diri mereka dalam persoalan iltizam dan commitment terhadap Islam supaya mereka tidak tergolong di kalangan orang-orang yang dinyatakan oleh Allah swt di dalam FirmanNya yang bermaksud:

“Mengapa kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebaktian sedangkan kamu melupakan diri kamu sendiri padahal kamu membaca al-kitab? Maka tidakkah kamu berfikir?” (Surah Al-Baqarah : ayat 44)

Oleh itu bagi pendokong-pendokong gerakan Islam, Tarbiyyah Ruhiyyah merupakan satu perkara yang penting di dalam merealisasikan kerja-kerja dakwah dan perjuanagnnya. Mereka yang selalu menekankan tarbiyyah ruhiyyah yang diberikan oleh Allah akan kekuatan dan ruh perjuangan untuk terus cekal dan istiqomah di dalam perjuangan ini.

Di dapati dalam Sirah bahawa rasulullah saw bersama-sama para sahabatnya membangunkan agama Islam dalam keadaan lemah dan sedikit pada awalnya tetapi mereka mampu untuk menjadi kuasa yang digeruni oleh musush-musuh Islam kerana tarbiyyah yang Rasululah saw terapkan, iaitu Tarbiyyah aqidah dan Tarbiyyah ruhiyyah yang menjadikan mnereka golongan yang tidak pernah gentar dengan kekuatan musuh yang jauh berkali-akli ganda. Inilah istimewanya Tarbiyyah ruhiyyah yang menjadi asset kepada jamaah untuk mendapat kekuatan baru mendepani musuh-musuh Islam dari pelbagai peringkat.

Orang-orang yang benar-benar rugi menurut neraca Islam dai hari Akhirat ialah orang-orang yang rugi dan tidak dapat menyelamat dirinya dari seksaan sekalipun mereka dapat merangkul dunia seluruhnya. Sebaliknya orang-orang yang beruntung mengikut neraca Islam ialah orang-orang yang dapat menyelamatakan dirinya dari seksaan Allah di Hari Akhirat kelak.

Bukankah kita telah mendengar Firman Allah swt :

“Wahai orang-orang yang beirman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu lakukan? Amat besar kebencian Allah apabila kamu mengatakan apa yang tidak akmu lakukan” Surah As-Soff : 2-3)

Justeru dibentangkan beberapa cirri-ciri keimanan yang dapat dijadikan panduan oleh ahli-ahli jamaah supaya sentiasa diberikan kekuatan oleh Allah swt di dalam menghadapi cabaran dan rintangan yang mendatang.


~ TARBIYYAH RUHIYYAH ~


Tarbiyyah Ruhiyyah merupakan tarbiyyah Rabbaniyyah kepada para anbiya’ sebagai persiapan untuk memikul tugas menyampaikan da’wah Islamiyyah dan konsep pentarbiyyahan ini mestilah menjadi panduan kepada rijal hizbullah yang merupakan pewaris anbiya’. Di antara halangan-halangan kepada pendokong gerakan Islam ialah lemahnya aspek ‘tazkiyatunnafs’ di dalam diri mereka. Oleh kerana itu menjadi kewajipan untuk menghidupkan kembali pengabdian kepada Allah melalui ibadat-ibadat hati.

Agama Islam bukan sahaja mementingkan aspek lahiruiyyah tetapi ianya juga mementingkan aspek ruhaniyyah, tanpa ada kesinambungan di antara kedua-dua aspek ini agama Islam tidak akan tertegak. Yang dimaksudkan dengan Tarbiyyah Ruhiyyah ialah penyucian diri daripada segala bentuk syirik dan memperkukuhkannya dengan tauhid kepada Allah dengan berpandukan kepada sunnah Rasul saw.


~ KEPENTINGAN TARBIYYAH RUHIYYAH ~


Tarbiyyah Ruhiyyah amat penting kepada penyokong gerakan Islam kerana ianya menjadi benteng kepada cabaran-cabaran yang akan ditempuhnya. Tanpanya boleh menjerumuskannya ke dalam golongan orang-orang yang gugur di dalam jalan da’wah. Oleh itu daie mestilah melengkapkan dirinya dengan proses pentarbiyyahan seperti berikut:

·
~ Ilmu ~

Ilmu merupakan pelita kepada kehidupan. Tanpanya bagaimana mahu mendekatkan diri kepada Allah, dalam erti kata Tarbiyyah Ruhiyyah, kerana proses pengabdian kepada Allah memerlukan kepada tafsiran-tafsiran ilmu yang benar. Kurangnya ilmu ditakuti akan disesatkan oleh syaitan dan hawa nafsu sendiri. Nabi-nabi dan rasul-rasul sendiri dibekalkan dengan ilmu (fatanah) yang menjadikan hidup mereka terarah dan terbimbing. Oleh itu para dair perlulah melengkapkan diri dengan aspek keilmuan agar mereka sentiasa terdidik dan mampu membedakan antara kehendak syiatan dan juga kehendak Allah swt. Ilmu mestilah diambil mdan dipelajari dari guru yang mursyid, yang mampu menjjadikan kata-katanya sebagai perbuatan dan amalan harian hidup mereka.


·
~ Amal di medan (menyampaikan)~


Ilmu yang dipeoleh perlu disebarluaskan dan disampaikan melalui medan dakwah. Kadang-kadang ramai yang terpedaya dengan


~ CIRI-CIRI KEIMANAN ~


Di dalam surah At-Taubah Allah swt menerangkan tentang cirri tersebut di dalam firmanNya:

“Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji (Allah), yang mengembara (melawat), yang ruku’, yang sujud, yang menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah berbuat mungkar, dan memelihara hukum-hukum Allah. Dan bergembiralah orang-orang mukmin itu” (Surah At Taubah ayat 112).


1. At-Taibun (orang yang bertaubat).


Sifat pertama yang perlu wujud dalam diri para daie ialah taubat. Para daie dan pejuang Islam haruslah lebih berhati-hati terhadap maksiat- apa sahaja bentuknya daripada musuh-musuh mereka. Dosa-dosa yang dilakukan oleh diri mereka lebih wajar ditakuti daripada musuh-musuh mereka sendiri. Sekiranya berlaku sesuatu yang tergolonga dalam ‘amal maksiat (dan sudah tentu akan berlaku) mereka hendaklah bersegera memohon keampunan dan bertaubat kepada Allah swt sebagai menyahut seruan Allah swt yang terkandung di dalam firmanNya:

“Dan berlumba-lumbalah kamu kepada keampunan dari Tuhan kalian dan berlumba-lumbalah mencari syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orng yang bertaqwa” (Surah Ali Imran : ayat 133)

Kecenderungan bertaubat menyerah diri kepada Allah dan memohon keampunan daripadanya adalah sifat utama yang dimiliki oleh orang-orang yang beriman. Firman Allah swt:

“Orang-orang yang apabila mengerjakan perbauatan keji atau menganiaya diri sendii lantas mereka ingat akan Allah lalu memohon keampunan terhadap dosa-dosa merek- dan siapakah pula yang berkuasa mengampuni dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu sedangkan mereka mengetahui”
(Surah Ali Imran: ayat 135)

Keperluan para daie mengawal dirinya darei melakukan maksiat hendaklah meliputi dosa-dosa kecil kerana membiasakan diri memandang remeh terhadap dosa-dosa kecil akan mendorong para pejuang Islam melakukan dosa-dosa besar pula. Ini berpatutuan dengan Sabda Nabi saw yang bermaksud:

Jauhilah dosa-dosa kecil kerana apabila ia terkumpul pada diri seseorang lambat-laun akhirnya ia akan membinasakannya”


untuk mewujudkan sifat Ta’ibun para daie dan ahli-ahli jamaah hendaklah mempunyai saat-saat di mana ia dapat berbicara dengan dirinya, menilai, mengkritik, dan membersihkannya daripada karat-karat dosa. Dengan cara ini ia telah menyahut panggilan Allah dalam firmanNya:

“Dan jiwa serta penyempurnaannya, maka Allah megilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan jalan ketaqwaan, sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang mensucikan jiwa itu dan seseungguhnya rugilah orang-orng yang mengotorinya”. (Surah Al-Syams: ayat 7-10)

Sehubungan dengan itu para ulama’ berpendapat bahawa bertaubat dari setiap dosa adalah wajib. Sekiranya maksiat dan dosa itu ialah di antara manusia denagn Allah swt maka taubat memerlukan tiga syarat, manakala dosa terhadap manusia memerlukan empat syarat iaitu:-

i. Meninggalkan dosa-dosa itu dan tidak lagi mengerjakannya.
ii. Menyesali terhadap perbuatan dosa yang telah berlalu.
iii. Berazam tidak akan kembali melakukannya selama-lamanya.
iv. Memohon kerelaan dari orang-orang yang ia pernah zalimi / atau memulangkan hak yang pernah diambilnya. (sekiranya ia bersalah kepada manusia)


2. Al-Abidun

Satu lagi sifat yang harus menjadi amalan para anggota jamaah adalah suka beribadat kepada Allah. Manusia-manusia abid ialah mereka yang beribadah kepada Allah dalam setiap gerak-geri dan tindak tanduk, begitu juga dengan perkataan dan perbuatan mereka supaya dengan itu mereka dapat memenuhi tujuan utama hidupnya sebagaimana Firman Allah swt:

“Dan tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKu” ( surah Az-Zariyat : ayat 56)

Apabila Allah telah menjadi matlamat kita, sasaran ibadah kita, arah dan matlamat hidup kita maka kita akan berpegang teguh dengan segala perintahNya dalam setiap urusan hidup. Dengan tindak tanduk seperti ini memenuhi dan mengisi pengertian untuk menjadikan kehidupan seluruhnya tergolong dalam ibadah kepada Allah Azzawajalla, sesuai dengan pengakuan:

“Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan semesta alam” (Surah Al An’am: ayat 162)

Apabila berhadapan dengan keterangan yang pasti dari nas maka tidak ada ruang untuk berijtihad. Di hadapan ketentuan syariat yang pasti tiada tempat untuk hawa nafsu. Sesuatu hukum yang ditetapkan oleh Allah swt tidak wajar lagi untuk sesiapa pun berdolak dalik lagi mengenainya.

Ini juga beerti segala tindak tanduk dalam kehidupan manusia samaada dalam konteks individu ataupun dalam hubungan dengan orang lain hendaklah mengikut syariat yang telah ditetapkan oleh Allah kepada hambaNya.

Dengan pengertian yang menyeluruh seperti ini kita dapat beribadah kepada Allah dalam seluruh urusan hidup kita. Dalam pengertian seperti ini juga tidur menjadi ibadah, bekerja menjadi ibadah, berumah tangga, berjalan, mengajar, semuanya mengikut peraturan yang diredhaiNya.


3. Al-Hamidun

Al-Hamidun ialah golongan manusia yang hati-hati mereka sangat peka terhadap nikmat Allah kepada mereka. Lidah-lidah mereka menyatakan kesyukuran dan pujian terhadapnya sedangkan anggota tubuh badan pula mengajukan pengorbanan bagi mencari keredhaan Allah.

Siapakah yang lebih patut dan lebih wajar dari para penda’wah untuk mengucapkan kesyukuran terhadap Allah. Bukankah mereka orang-orang yang mendapat nikmat hidayah dan nikmat iman. Firman Allah swt:

“Tetapi Kami jadikan Al-Qur’an itu laksana cahaya yang denganNya Kami tunjuki siapa yang Kami kehendaki diantara hamba-hamba Kami. Sesungguhnya kami benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus”. (Surah Al-Syura: ayat 52)

Sesungguhnya nikmat Allah terhadap hambaNya tidak dapat dihitung. Segala sesuatu di dalam alam semesta, segala sesuatu yang dimiliki oleh manusia dan segala sesuatu yang wujud dalam kehidupan menjadi bukti terhadap nikmat Allah yang amat banyak. Allah swt berfirman:

“Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh langit bertingkat-tingkat? Dan menciptakan padanya bulan sebagai cahaya dan menjadikan matahari sebagai pelita? Dan Allah menumbuhkan kamu dari tanah dengan sebaik-baiknya kemudian Dia mengembalikan kamu ke dalam tanah dan mengeluarkan kamu daripadanya pada hari qiamat dengan sebenar-benarnya”. (Surah Nuh : Ayat 15-1 8)

Memang segala nikmat ini dan lain-lain lagi yang memenuhi alam semesta menjadi bukti atas kemurahan dan pemberian Allah serta kasih-sayangnya terhadap hamba-hambaNya. Pernyataan terima kasih dan syukur terhadap nikmat itu hanya dapat disempurnakan apabila seseorang itu mempergunakan segala nikmat itu dalam amal-amal yang diredhai oleh Allah yang memberi nikmat tersebut.

Inilah perintah Allah swt di dalam banyak ayat-ayat Quran, antaranya:

“Kerana itu ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat pula kepadamu dan bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu mengingkari nikmatKu” (Surah Al Baqarah: ayat 152)

Allah akan meredhai seseorang hambaNya yang memakan sesuatu makanan kemudian ia bersyukur di atas nikmat makanan itu atau hambaNya yang meminum sesuatu minuman kemudian ia bersyukur atas nikmat minuman itu.

Para pendakwah seharusnya memuji dan mensyukuri Allah di dalam masa senang dan susah, di dalam kesempitan dan kemewahan, sehingga mereka termasuk di dalam golongan manusia yang dinyatakan oleh Rasulullah saw sebagai:

“Amat menakjubkan keadaan hidup orang-orang mukmin (dimana) seluruh urusannya membuat kebaikan bagi dirinya. Sekiranya ia mendapat kegembiraan ia bersyukur, maka ia mendapat kebajikan dengannya. Sekiranya ia ditimpa kesusahan dari ujian dan bencana ia bersabar maka ia mendapat kebaikan darinya. Keadaan ini tidak ada di dalam kehidupan manusia lain kecuali bagi orang mukmin sahaja”


4. Al-Saihun


Pengembara di sini ialah pengembaraan penglibatan, pemikiran, hati dan perasaan dengan melihat makhluk ciptaan Allah di langit dan bumi. Pengembaraan pra mukmin adalah pengembaraan menjelajah diri dan segala sesuatu yang disekelilingnya. Allah berfirman:

“Sesungguhnya dalam kejadian langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang beraqal (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya tuhan Kami, tiadalah engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, peliharalah kami dari api neraka” (Surah Ali Imran: ayat 190-191)

Alangkah perlunya para daie kepada pengembaraan meneroka dan menjelajah alam semesta yang luas terbentang, angkasa lepas dan galaksi bintang-bintang yang memperlihatkan kepada mereka itu betapa keagungan dan kebesaran kekuasaan Allah. Ini tentunya dapat mendorong mereka untuk mentaati Alah dan beribadah kepadaNya.

Alangkah perlunya para daie mengembara kepada pengembaran-pengembaraan meneliti sejarah pertarungan antara kebenaran dengan kebatilan di mana mereka dapat melihat dengan jelas bagaimana kemegahan para taghut, para pemerintah yang zalim dan perancangan musuh-musuh Islam hancur berkecai berhadapan dengan benteng Islam. Mereka pasti insaf bahawa negara yang diasaskan di atas kebatilan usianya tidak panjang sedangkan kuasa yang dibina atas dasar kebenaran ianya kekal hingga hari kiamat. Firman Allah swt:

“Maka berjalanlah kamu di atas muka bumi dan perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul)” (Surah An Nahl: Ayat 36)


Apabila seorang daie meneliti rahsia kejadian-kejadian Allah swt, meneliti dalam dirinya, kehidupan sekelilingnya, pada air, udara, tumbuh-tumbuhan dan haiwan pasti ia melihat keagungan dan kebesaran Allah dalam perbezaan bahasa-bahasa manusia, warna kulit, perangai kecenderungan, keinginan dan rupa paras. Keimanannya pasti akan lebih kukuh dan rasa takutnya terhadap Allah makin tinggi. Begitu juga keimanannya akan semakin mendalam.



5. Al-Raqiun dan As-Sajidun (orang yang rukuk dan sujud)


Manusia yang sering rukuk dan sujud ialah golongan yang mengambil berat soal-soal ibadah mengukuhkan dan memperbaiki hubungan dengan Allah. Mereka ialah orang-orang yang begitu memelihara solatnya sammada dalam saat berdiri, duduk, atau mengiring mereka menjadikan ibadat sebagai bekalan. Firman Allah swt:

“(mereka yang mendapat pancaran Nur Ilahi)- ialah “laki-laki nyang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak pula oleh jual beli dari mengingati Allah dan (dari) mendirikan solat dan (dari) membayar zakat. Mereka takut kepada suatu hari di mana pada hari itu hati dan penglihatan menjadi gentar dan gemuruh” (Surah An Nur : ayat 37)

Para pendakwah terutamanya pada zaman ini amat perlu mempunyai hubungan dengan Allah sesuai dengan tangungjawab yang dipikul dan cabaran-cabaran besar yang merintangi perjalanan. Kemenangan golongan Al Salaf Al Saleh dan berkembangnya da’wah yang dibawa oleh mereka adalah hasil kekuatan hubungan mereka terhadap agama Allah. Begitu juga kerapnya amalan-amalan mereka dalam melaksnakan amalan-amalan sunat apatah lagi amalan fardhu yang diwajibkan. Allah swt berfirman:

“Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun (kepada Allah)” (Surah Az Zariyat: ayat 17-18 ..

6. Al-Amiru bil Ma’ruf Wanahu Anil Mungkar

Amar Ma’ruf nahi mungkar merupakan tugas utama orang mukmin. Seseorang muslim tidak akan menjadi muslim benarnya selama ia tidak melaksanakan tugas ini dalam lingkungan dirinya, keluarganya, dan masyarakat. Jika tugas-tugas ini diabaikan bagaimanakah para daie akan dapat meletakkan dirinya sebagai pemberi nasihat, penunjuk jalan, pembimbing dan juga sebagai pemimpin.

Amar ma’ruf adalah suatu taklif rabbani (tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah) sebelum ianya menjadi taklif haraki. Taklif rabbani dinyatakan oleh Allah dalam firmanNya:

“Dan hendaklah ada dikalangan kamu segolongan ummat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang-orang yang beruntung” (Surah Ali Imran : ayat 104)

Disamping itu di dalam hadith-hadith nabawi pula terdapat banyak keterangan-keterangan yang memperkukuh dan memperjelaskan lagi keterangan Al-Qur’an tentang kewajipan berdakwah amar ma’ruf nahi mungkar, nasihat dan ingat mengingati supaya mengikut kebenaran. Umpamanya sabda Rasulullah saw:

“Barangsiapa yang melihat kemungkaran hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya, jika ia tidak mampu hendaklah ia mengubah dengan lidahnya (perkataannya) dan jika ia tidak mampu (juga) maka hendaklah (membenci dan menolak) dengan hatinya dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman. Dan selepas itu tidak ada lagi iman walaupun sebesar biji sawi” (Riwayat Muslim)

Rasulullah saw begitu menekankan keperluan melaksanakan tugas ini yang dianggap sebagai kunci kedamaian dan kebahagiaan masyarakat. Rasulullah saw bersabda:

“Demi Allah yang diriku berada dalam kekuasaanNya hendaklah kamu meyuruh yang ma’ruf, melarang kemungkaran (jika tiada) Allah akan menimpakan ke atas kamu siksanya kemudian kamu berdoa kepadaNya tetapi doa kamu tidak akan diperkenankan”


Hakikatnya banyak sekali dalil-dalil daripada Al-Qur’an dan As-Sunnah yang menegaskan betapa pentingnya umat Islam mengamalkan amar ma’ruf dan nahi mungkar dalam kehidupan. Sebenarnya tujuan Allah dan RasulNya menyuruh kepada perkara yang sedemikian tidak lain supaya membina kesejahteraan umat manusia, supaya manusia hidup dalam rukun damai dan saling ingat mengingatkan antara satu sama lain.

Justeru para daie harus menyedari bahawa di antara syarat penting menjalankan tugas amar ma’ruf nahi mungkar, ialah perlunya mereka menjadi qudwah hasanah contoh tentang da’wah yang menjadi seruannya kepada orang ramai. Menjadi qudwah kepada perkara yang disuruh orang melakukannya dan di dalam perkara yang dilarang orang lain meneruskannya. Sekiranya amalnya berbeza dari kata-katanya maka sia-sialah amalnya dan hilanglah ganjaran untuknya.


7. Wal Hafizuna LiHududillah

Mereka ialah golongan yang berjuang untuik melaksanakan perintah-perintah Allah terhadap diri, dan masyarakatnya. Sekiranya perintah-perintah Allah tidak mungkin dilaksanakan dalam bentuk yang sempurna tanpa kekuasaan dan pemerintahan Islam maka usaha dan perjuangan menegakkan pemerintahan Islam dan memelihara hukum-hukum Allah menjadi satu perkara yang wajib.

Kehidupan para daie hendaklah berlangsung di dalam dua landasan yang seimbang dalam usaha menegakkan hukum-hukum Allah.

Landasan pertama – Ia hendaklah menegakkan hukum-hukum Allah dalam dirinya dan terhadap persekitarannya sedaya yang mungkin. Itulah tanggungjawab individu orang yang mukmin baik laki-laki mahupun perempuan sebagaimana yang difirmankan oleh Allah swt:

“Sesungguhnya jawapan orang-orang mukmin bila mereka dipanggil kepada Alah dan RasulNya agar Rasul menghukum (mengadili) di antara mereka; ialah ucapan, “Kami mendengar dan kami patuh”. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung”. (Surah AnNur ayat 51)

“Dan tidak patut bagi lelaki yang mukmin dan tida (pula) bagi perempuan yang beriman apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan sesuatu ketetapan akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan RasulNya maka sesungguhnya dia telah sesat, dalam kesesatan yang amat nyata” (Surah Al-Ahzab : ayat 36)

Landasan kedua- Para daie hendaklah segera bekerja bagi mencapai matlamat menegakkan dan memelihara hukum-hukum Allah secara keseluruhannya. Iaitu dengan menegakkan Daulah Islamiyyah yang melaksanakan hukum-hukum Allah di dalam pemerintahan. Ini adalah kewajipan dan tanggungjawab ‘amal jamaiy’ yang tidak akan gugur wajibnya dari pundak orang-orang Islam sehinggalah ia terlaksana dan matlamatnya tercapai ataupun para pendokongnya menjadi syuhada’. Allah menegaskan :

“Maka demi Tuhanmu mereka (pada hakikatnya) tidak beriman sehingga mereka menjadikan engkau (hai Muhammad) hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap keputusan yang engkau berikan dan mereka menerima dengan sepenuhnya” (Surah An Nisa : ayat 65)

RUJUKAN ~~

1. Bahtera Penyelamat Dalam kehidupan Pendakwah. Fathi Yakan. Dewan Pustaka Fajar, Shah Alam:1985.
2. Kertas kerja Tafaqquh Fiddien : tarbiyyah Ruhiyyah dan Jihadiyyah dalam Gerakan Islam. Dibentangkan untuk seminar Tahun Akhir (SMART 1) Mohamad Suhaimi bin Abdul Aziz. AGI:SMART, 2003 Kuala Lumpur





~ KAEDAH BERGERAK DALAM TANZIM HARAKI KINI ~


1. Pendahuluan.

Antara perkara yang telah kita ketahui ialah berdakwah kepada Deen Allah s.w.t (Islam) itu antara kewajipan menurut hukum Islam, lebih-lebih lagi dalam suasana umat Islam pada masa ini sedang diancam bahaya serbuan ganas musuh-musuh Allah s.w.t dari segenap penjuru dan dalam suasana Islam telah kembali Ghurbah serta tidak berdaulah.


Kita bersyukur kepada Allah s.w.t yang telah menempatkan kita di dalam barisan yang bekerja untuk Islam yang mewajibkan kita bersyukur kepadaNya. Sebagai tanda kesyukuran itu hendaklah kita bersikap taat dan teguh, tidak berganjak dari perjuangan dakwah ini, melipat gandakan lagi usaha-usaha dan pengorbanan, mengikhlaskan niat semata-mata kerana melaksanakan perintah Allah s.w.t sehingga akhirnya kita dipanggil pulang ke Hadrat Allah s.w.t dengan mendapat sepenuhnya keredhaan Nya.


2. Berdakwah Secara Jamaah (Organisasi)



Berdakwah secara Jamaah (organisasi). Harakah adalah suatu tuntutan syara’ yang perlu diberi perhatian oleh setiap daie yang menyeru manusia kepada Islam sebagai ad Deen. Tuntutan ini jelas di dalam nas-nas al Quran al Karim dan As Sunnah Rasulullah s.a.w, antaranya Firman Allah s.w.t:-

Terjemahannya:

“Hendaklah ada dikalangan kamu satu ummah yang menyeru kepada kebaikan , menyuruh kepada kemakrufan dan mencegah daripada kemungkaran dan mereka itulah orang-orang yang berjaya“
(Surah ali Imran : 104)


Ibn Kathir
mentafsirkan ayat ini bahawa hendaklah ujud suatu kumpulan dari umat Islam yang menjalankan kerja-kerja dakwah walaupun ianya wajib atas setiap individu.

Demikian juga Asy Syahid Sayyid Qutb mentafsirkan ayat tersebut, bahawa semestinya terdapat suatu jamaah yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada makruf dan mencegah daripada munkar, malahan perlu wujud kekuasaan bagi memerintah kepada makruf dan mencegah daripada munkar.


Di dalam Tafsir al Manar, ada menjelaskan bahawa ‘Ummah itu merupakan satu jamaah yang terdiri daripada beberapa individu yang mempunyai ikatan lyang menyatupadukan mereka, terdapat kesatuan yang menjadikan mereka laksana anggota dalam satu tubuh badan.

Di dalam sunnah Rasulullah s.a.w, terdapat juga gesaan agar orang Mukmin sentiasa melazimi Jamaah Islam dan pimpinannya, sepertimana pesanan Rasulullah s.a.w kepada sahabatnya Huzaifah bin al Yaman r.a, antara kata-kata baginda yang bermaksud :

”Hendaklah kamu bersama Jamaah Muslimin dan Imam mereka“


Sirah dari perjalanan dakwah Rasulullah s.a.w telah memperlihatkan bahawa baginda telah menitik beratkan pembentukan jamaah ( organisasi ). Baginda Rasulullah s.a.w telah memungut seorang demi seorang dan membentuk jamaah para sahabat r.a. Mereka sama-sama berdakwah kepada Deen Allah s.w.t di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w.

3. Tanzim Atau Penyusunan Organisasi

Tanzim adalah salah satu ciri penting dalam ‘Amal Islami Jamaah. Ini memberi erti bahawa jamaah mestilah tersusun rapi dalam semua urusan dan kerjanya. Tanpa penyusunan yang rapi, kejayaan sukar dinikmati dan segala kerja atau usaha yang dilakukan adalah bersifat individu walaupun pada zahirnya berbentuk jamaah.


Dalam hubungan ini Al Imam Asy Syahid Hassan Al Banna telah menggariskan dasar ( langkah-langkah ) umum yang perlu diikuti dalam usaha dakwah. Dasar tersebut adalah:-

a.Al Iman al ‘Amid (Iman yang mendalam)
b.At Takwin At Tanzim Ad Daqik (Penyusunan yang rapi)
c.Al ‘Amal Al Muatawasil Al Jihad Al Mustami

(i) Al Iman al Amid (Iman yang mendalam).

Sistem Islam sendiri berasaskan tanzim (penyusunan) yang lengkap melengkapi dan seragam. Adakah menasabah usaha da’wah ke arah sistem Islam dan memulakan kehidupan Islam dan menegakkan Daulah Islam yang manjalankan syariat Islam itu dilakukan tanpa sebarang tanzim atau penyusunan ?.

Hatta sistem ‘ibadah Islam (yang khusus) seperti soleh, saum, zakat dan haji adalah dilakukan semuanya menurut dasar-dasar serta kaedah-kaedah yang tersusun rapi. Malahan sistem-sistem seperti Sosial Islam, Undang-undang Kekeluargaan Islam dan Hubungan Sosial islam, semuanya berdasarkan tanzim yang baik.


3.1 Pentingnya Penyusunan Yang Rapi.


Hakikat mengapa dipentingkan penyusunan yang rapi di dalam sesuatu jamaah kerana beberapa sebab, antaranya ialah :


i. Ianya sangat perlu untuk sampai kepada kejayaan jamaah atau harakah, iaitu kejayaan Islam yang sebenarnya. Ini adalah berdasarkan kepada Kaedah Syari’ah yang bermaksud “Tidak sempurna yang wajib melainkan dengan sesuatu maka ia adalah wajib“.

ii. Rasulullah s.a.w memerintahkan tiga orang yang bermusafir supaya memilih salah seorang dari mereka sebagai ketua (amir). Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

“Apabila keluar tiga orang bermusafir, maka lantiklah sebagai Amir salah seorang daripada mereka.“ Dalam riwayat yang lain ditambah“. bahawa hendaklah mereka melantik seorang amir ke atas mereka.“
(Hadith Riwayat Abu Daud)

Dengan ini jelaslah bahawa Islam mementingkan tanzim dan peraturan di dalam perjalanan (safar) atau di dalam kumpulan yang kecil. Begitu juga jamaah yang bersifat sementara, juga memerlukan kepada tanzim yang rapi.

iii. Lebih-lebih lagi kerja atau usaha jamaah ialah untuk membersihkan masyarakat daripada kekufuran atau jahiliyyah dan membina semula masyarakat berdasarkan keImanan dan kefahaman Islam yang syamil dan kamil (menyeluruh dan sempurna), tentu sekali memerlukan kepada kerja-kerja yang penuh berperaturan dan tersusun rapi.

iv. Sehubungan dengan ini terdapat dalil bahawa Allah s.w.t amat cinta kepada mereka yang berjihad (berperang) pada jalan Allah s.w.t dalam satu saf (barisan berjamaah) yang tersusun rapi laksana binaan tersusun kukuh seperti yang telah ditegaskan oleh Allah s.w.t dalam firman Nya :-


Terjemahannya:


“Sesungguhnya Allah kasih kepada mereka yang berperang pada jalanNya dalam barisan yang teratur, seakan-akan mereka suatu binaan yang kukuh“

(Surah as Saff : 4)

v. Lebih lanjut lagi jika dilihat dalam waqiq hari ini, Islam sedang menghadapi musuh-musuh tempatan dan antarabangsa, menambahkan lagi betapa wajib dan perlunya kepada Tanzim dan ‘Amal Islami. Musuh-musuh Islam terdiri daripada berpuluh-puluh pertubuhan, pergerakan, badan dan institusi yang mengancam Islam dan Umat Islam. Mereka menggunakan segala teknik terkini di dalam serangan mereka terhadap Islam samada dalam perancangan ataupun perlaksanaan.


Musuh-musuh Islam bergerak secara berjamaah, kumpulan atau parti. Malahan secara barisan (front). Mereka bantu membantu antara satu sama lain menentang Islam. Hakikat persekutuan musuh ini telah disebut oleh Allah s.w.t di dalam firmanya :

Terjemahannya:


“Orang-orang kafir setengah mereka saling membantu setengah yanglain. Jika kamu (orang mukmin) tidak berbuat demikian (bantu membantu ) menghadapi mereka, nescaya berlaku fitnah dan kerosakan yang besar di bumi ini“
(Surah al Anfal : 73)

Oleh kerana Jamaah Islam wajib bertanzim, tidak memadai sekadar berceramah di masjid atau di tempat-tempat umum. Ianya memerlukan kepada segenap aspek. Kesemua yang yakin dengan perubahan Islam yang mana mereka bersedia memberi segala yang dituntut oleh perubahan tersebut (At Taghyir Al Islami) samada meibatkan moral ataupun material.


Ianya juga perlu menyediakan program-program perubahan tersebut, perencanaan, manhaj, peralatan, jalan-jalan dan sebagainya yang berkaitan dengan usaha-usaha perubahan tersebut. Kesemua ini memerlukan kepada penyusunan yang rapi (At Tanzim Ad Daqiq). Tanpa tanzim tersebut akan menjadikan ‘Amal Islami itu hanya kerja-kerja ceramah, rapat umum atau hanya pengetahuan yang bergerak di tepi kehidupan manusia tanpa membawa natijah yang sebenarnya seperti yang dikehendaki oleh Islam.

3.2 I’tibar Dari Amalan Rasulullah s.a.w


Amalan Rasulullah s.a.w samada di Makkah atau di Madinah, dari segi tarbiyyah atau penyebaran dakwah atau peperangan dalam berorientasikan penyusunan yang rapi. Dalam bai’ah al Aqabah al Ula (perjanjian Aqabah pertama), Rasulullah telah mengambil bai’ah penduduk Madinah dan dalam ba’iah Al ‘Aqabah Ath Thaniyah (perjanjian ‘Aqabah kedua), 100 orang (70 orang lelaki dan 30 orang perempuan). Malahan dalam hijrah Rasulullah s.a.w ke Madinah, terdapat beberapa pengajaran yang menggambarkan betapa tersusunya kerja Rasulullah s.a.w itu.


i. Sayyidina ‘Ali bin Abi Talib diminta mengelirukan kaum musyrikin dengan tidur di tempat tidur Rasulullah s.a.w, sedangkan pada ketika itu baginda telah meninggalkan kota Makkah dan menuju ke Gua Thur.


ii. Pemilihan Gua Thur, merupakan suatu tempat yang bukan menghala ke Madinah.

iii. Abdullah bin Abu Bakr, telah ditugaskan untuk menyediakan makanan dan minuman.

iv. Asma’ binti Abu Bakr, ditugaskan untuk menggembala kambing-kambing untuk menghilangkan jejak-jejak yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w dan ayahnya serta dapat memberi susu kepada mereka berdua.

Dengan ini dapat difahami jika Rasulullah s.a.w yang disokong oleh wahyu itu telah melakukan beberapa penyusunan (tanzim) dalam peristiwa hijrah, maka lebih-lebih lagi kita yang tidak disokong oleh wahyu ini. Contoh dan teladan yang diperlihatkan itu amat perlu diambil pengajaran dalam mengendalikan jamaah atau harakah kini.

Anehnya di zaman mutakhir ini telah timbul anggapan yang mengatakan tidak penting berorganisasi dalam ‘amal Islam dan tidak berfaedah sifat kerorganisasian atau tidak perlu kepada tanzim, malah cukup sahaja dengan mengujudkan gelombang Islam dalam bentuk jihad yang disatukan dengan cogankata ‘Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan Allah Dan Muhammad Itu Pesuruh Allah ‘sedangkan telah ternyata dalam sirah bahawa Rasulullah s.a.w amat mengambil berat terhadap persoalan tanzim atau penyusunan.

4. Hak Mentaati Qiyadah

Berdasarkan hakikat tanzim yang dikehendaki oleh syara’, maka didapati Islam telah mensyaratkan hak mentaati ketua oleh ahli-ahli dan anggota-anggota jamaah selagi ianya tidak terkeluar dari batas-batas syara’. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Tiada ketaatan bagi makhluq dalam bermaksiat kepada Allah. “

Suatu jamaah tidak mungkin dapat beramal dan berusaha tanpa Qiyadah (pimpinan) yang menyusun segala kerja, menentukan tujuan, wasilah dan mengawasi serta mengawal segala urusan. Sesuatu jamaah tidak bernilai jika pimpinannya tidak ditaati.

4.1 Contoh Dari Realiti Kehidupan Manusia

Kita pernah mendengar mengenai kumpulan pencuri atau penyamun di dalam satu daerah. Mereka bersepakat mengatur kerja dan membahagikan kawasan operasi di antara mereka. Mereka memilih ketua di kalangan mereka yang menjadi tempat rujukan. Jika timhul sebarang perselisihan di kalangan mereka, mereka tunduk menerima keputusan ketua mereka.

Di sini kita dapat membuat perbandingan bahawa jika kumpulan penjahat pun merasai kepentingan kerja dalam bentuk jamaah dan patuh kepada pimpinan mereka, maka lebih-lebih lagi Saf Jamaah Islamiyyah, yang bercita-cita tinggi dan berusaha ke arah melaksanakan perancangan yang besar (membangunkan Daulah Islam), sepatutnya bekerja dalam bentuk jamaah yang terdapat Qiyadah serta mentaati Qiyadah.


Sebenarnya hakikat kepatuhan pengikut kepada pimpinan adalah sebagai kepatuhan kepada Allah s.w.t, sebab itulah dikaitkan dengan hukum syara’ iaitu kepatuhan dalam perkara ma’ruf semata-mata.

Setiap orang perlulah menyedari bahawa tanzim jamaah ditegakkan pada dasar atau tuntutannya pada Allah s.w.t iaitu menyahut segala perintah Allah s.w.t, kerana itu kepatuhan kepada Qiyadah lahir dari jiwa yang terdidik dengan keImanan, bukannya datang dari desakan atau rangsangan luar. Ketaatan itu telah wujud di dalam jiwa ( bersedia untuk taat ) walaupun belum lagi menerima arahan, kerana menyedari bahawa ketaatan itu ada pahalanya seperti ketaatan makmum mengikut imam di dalam solah berjamaah.


Qiyadah Jamaah Islamiyyah tidak berhakikat seperti kepimpinan duniawi yang semata-mata bermatlamatkan dunia seperti merebut pengaruh, kedudukan, pangkat, kebesaran, kepujian dan keuntungan duniawi sematapmata.

Tugas Qiyadah sebenarnya mengawasi dan memastikan kerja-kerja anggota jamaah terlaksana dengan cara yang betul dan baik supaya sama-sama mendapat pahala daripada Allah s.w.t. Seperti tugas Imam di dalam Solah berjamaah, Imam dan Makmum masing-masing menjaga solah mereka agar dipersembahkan kepada Allah s.w.t dengan baik lagi sempurna.

Kesimpulannya, ketaatan kepada pimpinan yang mentaati Allah s.w.t itu adalah mentaati perintah Allah s.w.t jua. Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud :

“ Sesiapa yang mentaati aku, maka ia telah mentaati Allah dan sesiapa yang menderhakai aku maka ia telah menderhakai Allah. Dan sesiapa yang taat kepada Amir (ketua maka ia telah taat kepada aku dan sesiapa yang menderhakai amir maka ia telah menderhakai aku.


(Hadith Riwayat Abu Hurairah)


5. Uslub Kita Dalam Berharakah


Selaku Harakah Islamiyyah, seharusnya meneliti dan menganalisa secara insaf dan sedar hakikat Da’wah Islamiyyah yang pertama dijalankan oleh Rasulullah s.a.w. Di sana kita akan mengetahui bahawa kejayaan yang Allah s.w.t berikan kepada mereka itu setalah dianalisa berasaskan kepada tiga asas yang penting;-


i. Wudhuh Al Ghayah (matlamat yang jelas)
ii.Wudhuh At Tariq (jalan yang jelas)
iii. Al Iltizam Bihima (iltizam dengan kedua-duanya)

i.Wudhuh Al Ghayah

Matlamat asasnya telah disebutkan oleh Allah s.w.t di dalam firman Nya :

Terjemahannya:


“Tidak Aku jadikan Jin dan Manusia kecuali untuk mengabdikan diri kepadaKu“
(Surah Ad Dzariaat : 56)



Oleh itu matlamat asasnya ialah perhambaan individu dan masyarakat kepada Allah s.w.t di mana-mana sahaja, masjid, pasar, pejabat, sekolah dan sebagainya didalam segala aktiviti manusia. Perhambaan ini dengan sendirinya menolak perhambaan kepada taghut. Maka segala usaha ke arah matlamat yang jelas itu adalah amat berguna dan dikehendaki oleh syara’.


ii.Wudhuh At Tariq

Jalan yang jelas ialah usaha-usaha ke arah melaksanakan syariat Allah s.w.t di bumi ini atau dengan lain perkataan ialah segala usaha untuk menempatkan syariat Allah s.w.t (Islam) di tempat undang-undang hawa nafsu dan taghut.

Islam menekankan jalan atau cara dan matlamat mestilah berlandaskan hukum syara’. Jalan yang diikuti oleh jamaah atau harakah Islam mestilah syara’ untuk menuju kepada matlamat yang syar’ie, kerana Islam tidak membenarkan formula yang palsu (Matlamat menghalalkan Cara) tetapi mestilah diikuti kaedah syara’, iaitu “ Al Ghayah La tubarriru Al Wasitah Al Wasilah “ ( Matlamat Tidak Menghalalkan Sebarang Cara atau Jalan ).

Jamaah Islamiyyah yang sebenarnya ialah jamaah yang berteraskan syara’ pada matlamat dan jalannya sekali. Dengan itu apa jua jalan atau wasilah yang dibenarkan oleh syara’ adalah harus digunakan seperti media massa, perjumpaan, perhimpunan , penulisan, uslub lemah lembut atau keras mengikut maslahah jamaah dari masa ke semasa dan lain-lain lagi.


Sebenarnya sirah Rasulullah s.a.w satu persatu membentuk satu dasar yang semestinya diikuti oleh angkatan-angkatan Islam di mana dan zaman mana saja mereka berada dalam usaha-usaha da’wah Islamiyyah. Rasulullah s.a.w telah membentangkan uslub atau cara yang selamat dalam usaha-usaha da’wah Islam dengan teknik yang unik. Asas-asas perjalanan da’wah Rasulullah s.a.w adalah dibahagikan seperti berikut :


a. Diistisyarkan ‘Ubudiyyah (pengabdian) hanya kepada Allah s.w.t semenjak hari pertama lagi tanpa tawar menawar atau bertolak ansur dalam menerangkan hakikat ‘ubudiyyah itu agar matlamatnya terang dan jelas kepada penda’wah juga kepada orang yang dida’wahkannya. Semoga dengan ini akan terpisah golongan yang jahat dengan golongan yang baik. Firman Allah s.w.t :

Terjemahannya:

“ Katakanlah (wahai Muhammad), wahai orang-orang kafir, aku tidak akan sembah apa yang kamu sembah, dan kamu bukan penyembah apa yang aku sembah, dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah , dan kamu tidak pula pernah menjadi penyembah apa yang aku sembah, Untukmu agama kamu dan untukku agama aku “
( Surah al Kafirun : 1 – 6 )

b. Mendirikan satu harakah (Tajammu’ Harakiyy) yang terikat di dalam satu ‘aqidah Iman kepada Allah s.w.t serta patuh kepada kepimpinan yang sedar dan faham Islam serta harakah tersebut berjalan dengan hidayah dan cahaya Allah s.w.t.


Satu gerakan yang tidak teraba-raba mencari jalan dan matlamat, tidak sibuk dengan perkara kulit atau ranting dengan meninggalkan perkara pokok atau matlamat da’wah sebenarnya. Satu gerakan yang terikat dengan Islam dan matlamatnya tanpa mengutamakan muslihat diri dan tujuan-tujuan duniawi, iaitu kumpulan contoh yang disaksikan kelahirannya oleh Arqam bin Abi Al Arqam empat belas abad yang lampau dibawah pimpinan Rasulullah s.a.w.

c. Menghadapi jahiliyyah keseluruhannya dengan penuh kesedaran dan kefahaman. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w amat faham bahawa tujuan da’wah Islam ialah untuk merubah keseluruhan hidup manusia daripada Jahiliyyah kepada Islam dalam pemikiran, ‘Aqidah, tingkah laku, tradisi, peraturan dan undang-undang mereka.

Untuk menghadapi perkara tersebut maka perlu menyediakan angkatan yang benar-benar beriman yang sanggup memikul amanah berat dan menghadapi cabaran yang besar dalam usaha-usaha mereka menuju matlamat yang suci. Kerana itu persediaannya adalah menyeluruh di dalam semua bidang, pendidikan, pemikiran dan ilmu pengetahuan, penyusunan harakah dan perancangan, latihan-latihan jihad, rohani dan jasmani dan segala bidang lain yang diperlukan oleh masyarakat dan Daulah Islamiyyah.


Inilah garis-garis contoh dan asas-asas perjalanan da’wah Rasulullah s.a.w yang sepatutnya kita mengambilnya sebagai model bagi menggerakkan Tanzim Haraki yang sama-sama kita libatkan diri dewasa ini. Semoga akan lahir natijah sepertimana natijah yang pernah lahir dalam generasi awal pimpinan Rasulullah s.a.w.

5. Haluan Tanzim Haraki

Sebenarnya tujuan dan matlamat tanzim haraki adalah cukup luas, seluas Islam itu sendiri. Modelnya telah diperlihatkan oleh Generasi Awal Al Quran al Karim di bawah pimpinan Madrasah Rasulullah s.a.w.


Hal ini termasuklah melaksanakan apa yang diseru oleh Islam atau mentatbiqkan (merealisasikan) hukum-hukum al Quran al Karim atau membangunkan Daulah (Ummah ) Islamiyyah dalam rangka mendapat meredhaan Allah s.w.t.

Oleh itu membentuk masyarakat Islam, di mana hukum-hukum Islam dapat dilaksanakan sepenuhnya menjadi objektif setiap anggota harakah islam dan sentiasa menjadi tumpuannya dalam kerja-kerja da’wah dan harakah. Segala kegiatan yang kita laksanakan hendaklah menjuruskan kepada matlamat pembentukan Ummah Islamiyyah yang terlaksana hukum-hukum Allah s.w.t sepenuhnya dalam kehidupan mereka.


Usaha-usaha dan tindakan kita perlu mengikut program dan kerja harakah ke arah pencapaian matlamat utama tersebut. Hendaklah kita sedar bahawa wasilah (jalan) adalah berada di belakang matlamat. Dalam hal ini setiap anggota harakah perlu memahami bahawa setiap tenaga dan usaha yang dicurahkan, juga setiap pengorbanan hendaknya insijam (serasi) dengan matlamat utama Harakah Islamiyyah.

Rujukan-rujukan:

1.‘Amal Jamaie – Asy Syeikh Mustafa Masyhur/
2.Jalan Da’wah Antara Qiyadah dan Jundiyah – Asy Syeikh Mustafa Masyhur.
3.Kaifa Nad’u Ilal Islam – Fath Yakan
4.Maza Ya’ni Intima’ Lil Islam – Fathi Yakan
5.Abjadiyah Konsep Harakah ‘Amal Islami – Fathi Yakan
6.Gerakan Organisasi Da’wah dan Kesannya di dalam Masyarakat Kini – Ustaz Abdul Hadi Othman.
7.Da’wah Fardiyyah – Asy Syeikh Mustafa Masyhur.
8.Mafhum ‘Amal Jama’ie Dalam Kontek Pembentukan Murabbi Mithali – Ustaz Dahlan Mohammad Zin
9.Harakah Islamiyyah Suatu Tuntutan – Dr Yusuf Qaradhawi

Wallah hu a’alam.


Brought to you by : shattirs

Kejora PMRAM 08




السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد



Alhamdulillah,dengan izin Allah, baru- baru ini saya telah dapat menyertai Kembara Jejak Realiti (KEJORA) anjuran Persekutuan Melayu Repablik Arab Mesir (PMRAM).Program yang dirancang ini dikhaskan untuk pelajar-pelajar baru Malaysia yang akan melanjutkan pengajian di bumi Mesir ini.

Bagi saya taklifan sebagai fasilitator untuk program Kejora anjuran PMRAM merupakan satu titik permulaan ke arah anjakan paradigma kendiri dalam menguasai uslub dakwah yang sebenar.

Pengalaman yang menarik saya kira ketika berkampung di Nuzul ,Ismailiyah selama 3 hari 3 malam.mudah-mudahan ianya menjadi satu kenangan yang menarik untuk di ingati apatahlagi untuk ditatapi.

Di kesempatan ini ,sekalung ucapan tahniah untuk semua yang terlibat dalam menjayakan program Kejora PMRAM 08 ini.Moga-moga di sana akan ada pembalasan yang setimpal dari Allah untuk kesejahteraan bersama.

Bagi anak Usrah kumpulan saya ( No 4: Kumpulan As-Shattirs ),terima kasih saya ucapkan untuk antum semua di atas komitmen mahupun kesungguhan ketika mana kelangsungan setiap modul dijalankan mahupun kerjasama yang diberikan.

~ Mohd Azizi Kelantan,
~ Wan Anas Kuala Lumpur
~ Muhammad Shahrir Kedah
~ Mansur Kedah
~ Salleh Johor
~ Abu Bakar Perak
~ Mohd Amirul Anua Perak
~ Shukalil Pahang
~ khawarizmi Kelantan
~ Ahmad Izzuddin Kedah




:: Buat Modul GKB Waktu Malam::



:: Slot Paling menarik Bersama Artis Nazrey Johani (RAIHAN) ::



:: Bersama Rakan - Rakan di Ismailiyah ::

Brought to you by : shattirs

Tuesday, October 14, 2008

Bicara Shattirs 1



Oleh : MOHD HELMI BIN CHE FAUZI @ SHATTIRS


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد


يَا أَيُّهَا النَّاسُ اعْبُدُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ وَالَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ



:: O ye people! Adore your Guardian-Lord, who created you and those who came before you, that ye may have the chance to learn righteousness;

:: Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertakwa."

(Al-Baqarah : 21 )


Marilah kita bertaqwa kepada Allah dengan melaksanakan titah perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Ketahuilah bahawa tidak ada sesuatu yang diberikan Allah yang nilainya lebih baik selain dari taqwa.

Sesunguhnya Allah telah menciptakan manusia ini dengan sebaik-baik ciptaan.Oleh itu,selayaknyalah kita sebagai hamba merasa rendah diri dengan sifat dan kuasa mutlak Allah dalam mentadbir alam semesta ini.Tugas manusia diciptakan adalah untuk mengabdikan diri kepada ilahi di waktu senang mahupun diwaktu kesempitan.Natijah ketaqwaan adalah untuk mereka-mereka yang dapat mengapai nikmat mahupun kemanisan iman selari dengan amal ibadat yang dilakukan.

Sambungan kalam Allah di dalam ayat yang ke 22 surah Al-baqarah..

الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ فِرَاشًا وَالسَّمَاءَ بِنَاءً وَأَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجَ بِهِ مِنَ الثَّمَرَاتِ رِزْقًا لَكُمْ ۖ فَلَا تَجْعَلُوا لِلَّهِ أَنْدَادًا وَأَنْتُمْ تَعْلَمُ

:: Who has made the earth your couch, and the heavens your canopy; and sent down rain from the heavens; and brought forth therewith Fruits for your sustenance; then set not up rivals unto Allah when ye know (the truth).

:: Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya) dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).


Ayat ini jelasa menunjukan sifat rahmat Allah kepada hamba-hambanya.Maka berbahagialah mereka-mereka yang beriman dan bertaqwa bagi mencari keampunan dari ilahi.Janganlah khuatir dengan nikmat rezeki di dunia,bahkan disana rezeki Allah amat luas dan tiada hadnya,mana mungkin setiap ciptaan itu tidak disertai dengan punca hikmah yang tersembunyi.

Allah tidak akan memberati seseorang hamba didunia ini selain dengan kemampuanya . Allah amat memahami tahap keterbatasan nilai manusia dalam apa juga bidang mahupun aspek kehidupan.Firman Allah di dalam surah Al-baqarah :

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ ۖ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا ۚ أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

:: On no soul doth Allah Place a burden greater than it can bear. It gets every good that it earns, and it suffers every ill that it earns. (Pray:) "Our Lord! Condemn us not if we forget or fall into error; our Lord! Lay not on us a burden Like that which Thou didst lay on those before us; Our Lord! Lay not on us a burden greater than we have strength to bear. Blot out our sins, and grant us forgiveness. Have mercy on us. Thou art our Protector; Help us against those who stand against faith."

:: Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.


Sesunguhnya dalam menghadapi mehnah dan tribulasi,selayaknyalah kita sebagai manusia dapat menguatkan diri dengan sifat sabar yng tingi,serta amat yakin dan percaya dengan janji-janji Allah untuk melihat Islam akhirnya akan tertegak diatas muka bumi Allah ini.Firman Allah di akhir surah Al-Imran :


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

:: O ye who believe! Persevere in patience and constancy; vie in such perseverance; strengthen each other; and fear Allah. that ye may prosper.

:: Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)

Bagaimanapun Islam amat tidak menyukai apabila umAtnya hanyA pAndai bercakap tetapi tidak melakukan seperti yang diucapkan,hal ini amat ditekankan dalam agama Islam kerana apa,kerana agama Islam amat menitikberatkan sifat mahmudah yang syumul .Firman Allah di dalam ayat ke 2 dan ke 3 surah As-Soff:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ

:: O ye who believe! Why say ye that which ye do not?

:: Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!

Di Tegaskan lagi...

كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ

:: Grievously odious is it in the sight of Allah that ye say that which ye do not.

:: Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.

Allah akan bersama dengan mereka yang ikhlas di dalam perjuangan dalam menegakkan kalimah ilahi di muka bumi ini.Ini janji Allah pada mereka yang beriman dan bertaqwa .Firman Allah di dalam ayat ke 4 surah yang sama (As-Soff) :


إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُمْ بُنْيَانٌ مَرْصُوصٌ

:: Truly Allah loves those who fight in His Cause in battle array, as if they were a solid cemented structure.

:: Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.

BERSAMBUNG.....




~ 10 Wasiat Imam as-Syahid Hassan Al-Banna~

1) Bangunlah sembahyang apabila saudara mendengar azan,walau bagaimana keadaan sekalipun.

2) Bacalah al-quran atau tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik,ataupun amalkan zikrullah dan jangan sama sekali saudara menggunakan masa untuk perkara yang tidak berfaedah.

1) Bangunlah sembahyang apabila saudara mendengar azan,walau bagaimana keadaan sekalipun.

2) Bacalah al-quran atau tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik,ataupun amalkan zikrullah dan jangan sama sekali saudara menggunakan masa untuk perkara yang tidak berfaedah.

3) Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa arab yang betul kerana ia adalah syiar islam.

4) Jangan banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong tidak akan memberi apa-apa faedah.

5) Jangan banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6) Janganlah banyak bergurau kerana para pejuang tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh.

7) Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang diperlukan oleh pendengar kerana ianya sia-sia malah menyakiti hati orang lain.

8 ) Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan mengecam pertubuhan-pertubuhan dan janganlah berkata-kata melainkan yang memberi kebaikan.

9) Berkenal-kenallah dengan saudara muslim yang saudara bertemu dengannya sekalipun dia tidak meminta untuk berkenalan kerana asas gerakan dakwah kita adalah perkenalan dan berkasih-sayang.

10) Kewajipan kita adalah lebih banyak daripada waktu yang kita ada ,oleh itu bantulah saudaramu tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri ,maka ringkaskanlah pelaksanaannya.

Brought to you by : shattirs

Friday, October 10, 2008

Palestin terus melahirkan Mujahid Agong




~ Sheikh Dr. Mohamed Mahmoud Seyam ~

-----------------------------------------------------------

IMAM Hasan Al-Banna, seorang tokoh dan pejuang Islam sejati berkata:

"Pemuda yang lahir dalam sebuah bangsa yang hidup aman sejahtera dengan kemajuan melimpah ruah akan lebih mementingkan diri sendiri daripada nasib agama dan bangsanya.

"Namun, pemuda yang lahir dalam sebuah negara yang sedang berjuang kerana agama dan bangsanya sedang dijajah, akan berjuang bermati-matian untuk mengembalikan hak, khazanah serta kebebasan mereka yang telah dirampas dan dinafikan.

"Bagaimanapun, gagasan akan berjaya jika wujud empat asas iaitu keimanan dari hati yang bersih, keikhlasan dari jiwa yang suci, semangat dari keinginan yang kuat dan usaha melalui keazaman yang membara. Semua itu ada pada orang muda."


Sebab itu kata mujahid agung itu, kewajipan, tanggungjawab dan amanah ke atas orang muda terlalu banyak dan berat. (kitab Himpunan Risalah Imam Hasan Al-Banna - edisi Bahasa Melayu).

Islam yang sangat menitikberatkan keharmonian ummah dengan mengajak serta menyuruh kepada hidup bermuafakat dan kesepakatan dengan saling berbaik sangka serta tolong menolong perlu dijadikan asas kehidupan dan perjuangan.

Namun keadaan kini semakin tidak keruan, ummah sering mengadu domba sesama sendiri dengan pelbagai fitnah demi menjayakan survival kenafsuan diri dan minoriti dari ummah sejagat.

"Fitnah merupakan senjata dan musuh yang paling bahaya dan dahsyat bagi manusia dan Islam menjadi sasaran fitnah paling hebat kini," kata mantan khatib Masjid Al-Aqsa di Palestin, Sheikh Dr. Mohamed Mahmoud Seyam.

Presiden Persatuan Ulama Palestin yang berpusat di Yaman itu berkata, umat Islam sekarang sedang menghadapi peperangan dan jihad yang paling besar untuk menentang fitnah.

Fitnah itu pula beritahu Dr. Seyam yang juga mantan Rektor Universiti Islam Gaza, bukan hanya dari golongan kuffar tetapi di kalangan Muslim sendiri.

Sebab itu Allah SWT awal-awal lagi melarang daripada terlibat dalam membuat fitnah dan yang seumpamanya sebagaimana maksud dalam firman-Nya: Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina, yang banyak mencela, yang kian ke mari menghambur fitnah, yang banyak menghalangi perbuatan baik, yang melampaui batas lagi banyak dosa, yang kaku kasar, selain dari itu, yang terkenal kejahatannya. (al-Qalam: 10-13)

Menurut Dr. Seyam, apa yang terjadi ke atas negara-negara Islam seperti Palestin, Iraq, Afghanistan dan Sudan serta Muslim di Thailand dan Filipina adalah angkara fitnah manusia yang memusuhi Islam.

Katanya, fitnah dan pembohongan besar yang berterusan menjadikan bumi dan rakyat Palestin dan umat terus dihimpit, ditekan dan ditindas.

"Malah masjid al-Aqsa yang menjadi tanda arah kiblat pertama Islam kini hanya menunggu masa untuk dilenyapkan dari muka bumi oleh Yahudi Israel," katanya.

Lebih dahsyat lagi tambah beliau, apabila negara Palestin berdaulat cuba dihapuskan untuk diganti dengan negara yang tidak pernah wujud sama ada dalam udang-undang manusia, apa lagi hukum Allah, iaitu Israel.

Dr. Seyam berkata demikian dalam Ceramah Perdana Akademi Ramadan '08 bertajuk Dari Palestin ke Malaysia - Nasihat Seorang Imam dan Pejuang Untuk Mahasiswa di dewan kuliah utama Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (API UM), bulan lalu.

Ceramah hampir sejam kelolaan Persatuan Mahasiswa Islam Malaysia dengan kerjasama Persatuan Pelajar Islam Yaman itu dihadiri lebih 1,000 pelajar institusi pengajian tinggi di sekitar Lembah Klang.

Kata Dr. Seyam, apa yang berlaku dan ditanggung oleh generasi muda Islam di Palestin serta negara-negara Islam sekarang adalah kerana kesilapan generasi dahulu.

Menurutnya, generasi dahulu dan yang masih memimpin sekarang, terlalu banyak mengikut telunjuk Amerika Syarikat (AS) dan berkiblat kepada Barat.

"Akibatnya generasi kamu sekaranglah yang menanggung beban dan perlu mengatasinya," katanya.

Tegas beliau, fitnah paling dahsyat yang menimpa dan ditanggung oleh umat Islam sekarang ialah peperangan yang ditiup oleh musuh Islam dan permusuhan sesama Muslim.

Mengenai keadaan dan nasib pejuang Palestin kini Dr. Seyam memberitahu, angkara fitnah musuh Islam, bangsanya kini berpecah dua.

Satu kumpulan sekular yang memilih untuk bekerjasama dengan musuh Islam dan menurut telunjuk AS serta Yahudi. Mereka berpusat di Tebing Barat dan rela hidup dan berjuang bersama musuh Islam.

Kumpulan satu lagi memilih jihad menegakkan Islam dan mempertahankan bumi serta bangsa Palestin dengan menentang apa sahaja ancaman dan tekanan musuh Islam hingga ke titisan darah terakhir.

"Kumpulan sekular tidak mementingkan Islam, mereka sedia serahkan senjata dan apa sahaja kepada musuh Islam untuk kesejahteraan hidup dunia." jelasnya.





~~ Mempertahankan hak ~~

Namun, pejuang dan mujahid di Semenanjung Gaza paling ramai syahid, ditangkap dan didera kerana mempertahankan hak dan maruah Islam di bumi sendiri.

Tambah Dr. Seyam, setiap anak pejuang Palestin yang dilahirkan memiliki ketabahan, keberanian yang jitu untuk terus melawan musuh Islam meskipun hanya bersenjatakan batu-batu.

"Sebab kami sentiasa mengharap dan yakin dengan pertolongan Allah SWT serta doa dan sokongan daripada saudara-saudara Islam prihatin di seluruh dunia," ujarnya.

Pejuang rakyat Palestin kata beliau, tidak mengharapkan sumbangan tenaga dan wang ringgit daripada sesama Muslim tetapi cukuplah dengan doa dan sokongan moral.

Menurutnya, apa guna bantuan dan sumbangan yang melimpah ruah jika maruah agama, bangsa dan bumi sendiri dilepas sebagai balasan.

Beliau memberitahu, menerima bantuan negara-negara arab yang kaya bererti mereka mesti mengiktiraf kewujudan negara Israel, mengikut telunjuk AS dan menghentikan jihad keatas musuh Islam.

"Kami mahu pastikan syarat itu tidak akan berlaku sebab kami berjuang kerana Islam dan bumi Palestin serta yakin dengan janji Allah. Jadi kami tolak semua bentuk bantuan mereka," tegasnya.

Bagaimanapun tambah beliau yang rela melepaskan semua kedudukan demi mempertahankan Islam serta hak rakyat dan bumi Palestin, bantuan memang ada dan sampai di Palestin tetapi ia hanya diterima oleh kumpulan sekutu AS yang sentiasa bersedia menggadaikan maruah kepada musuh-musuh Islam.

Malaysia kata Dr. Seyam, sangat bertuah kerana satu-satunya negara Islam yang bebas, aman, makmur dan harmoni yang tidak lagi diperolehi oleh mana-mana negara Islam lain di dunia ini.

"Negara-negara Islam dan Muslin lain disekat dari mendapatkan pendidikan, kehidupan mereka ditekan, ditindas dan dibunuh sewenangnya. Jadi sayangi dan jagalah kebebasan serta keharmonian yang anda nikmati sekarang." pesannya.

Beliau seterusnya mengingatkan seluruh mahasiswa bahawa tugas dan tanggungjawab sebagai pelajar ialah belajar bersungguh-sungguh dan tumpu sepenuhnya dalam pelajaran, bukan melibatkan diri dengan kegiatan berbaur politik.

"Berpolitik bukan kerja dan tugas hakiki kamu. Malah tenaga dan khidmat kamu juga tidak diperlukan oleh negara-negara Islam tertindas dan bergolak seperti Palestin.

"Doa dan sokongan moral kamu sudah menjadi senjata paling ampuh bagi anak-anak pejuang Palestin kami meneruskan perjuangan mempertahankan Islam, Al-Aqsa dan tanah air." ujarnya.

Palestin kata beliau lagi, tidak pernah kurang pejuang kerana setiap anak palestin yang dilahirkan sudah bersedia dan sentiasa menanti untuk jihad menentang apa sahaja tekanan dan ancaman musuh-musuh Islam.

Beliau yang singgah di Jakarta untuk misi yang sama sebelum itu berkata, perjanjian damai Israel-Yahudi ke atas Palestin paling menyakitkan dan menganggu mereka.

Perjanjian itu menurutnya, menyebabkan pejuang Palestin sekarang dihalang solat berjemaah dan bertarawih di Masjid Al-Aqsa. Namun, itu tidak pernah melemahkan para pejuang dan mujahid Palestin, malah mereka tetap bersolat jemaah di Al-Aqsa meskipun hanya di tempat letak kereta.

Brought to you by : shattirs

Thursday, October 2, 2008

Salam Eid Mubarak 1429 H



بسم الله الرحمن الرحيم


~~ Selamat Hari Raya Aidilfitri ,Maaf Zahir & Batin saya ucapkan kepada semua pengunjung blog shattirs.Moga-moga kehadiran lebaran kali ini dapat mengeratkan ikatan ukhwah sesama muslim tak kira di mana jua kita berada.Kullu 'Am Wa antum Bikhair "

Di bawah ini, suasana sambutan Eid Mubarak di Bumi TANTA,Mesir ~~




::Istad Tanta::



::Warga Tanta Scan::



::Dewan Syeikh Mahmod Syaltut,Bait Izzah:: DPMT


~~ Sejarah ringkas Dinar Emas ~~

Bismillah wal-hamdulillah..

Akhirnya siap juga pengkajian saya tentang Dinar Emas ini,sekadar ingin membantu seorang Pensyarah di UPSI.Ini yang mampu saya bantu beliau untuk menyiapkan tesis PHD.Untuk kali ini,saya masukkan dahulu mengenai Sejarah Ringkas Dinar Emas untuk tatapan pengunjung blog shattirs.

Sumber Research : Sumber2 Internet , Kitab2 berkaitan Dinar Emas & Perak & Kitab Fiqh Muqaran/Fiqh Syafie : Tahun 3: Al Azhar University ~~

Istilah Dinar dikatakan berasal daripada kalimah Rom iaitu “dinarius” yang membawa maksud nama bagi emas yang telah ditempah atau dicap. Manakal dirham pula berasal daripada perkataan Greek “drachma” yang bermaksud nama bagi perak yang telah ditempah atau dicap.

Matawang Dinar dan Dirham telah digunakan sebelum Nabi Mumahammad s.a.w diutus menjadi rasul. Kemudian penggunaannya diteruskan sehingga penghujung empayar kerajaan Islam Turki Uthmaniyah.

Pada zaman jahiliyyah dan era awal dakwah Islam di wilayah Sham dan Semenanjung Arab, dinar yang digunakan adalah yang ditempa di Rom. Ia dipanggil dinar rumiyyah yang mempunyai gambar Raja Rom dan tulisan Rom. Manakala di wilayah-wilayah Iraq dan Timur Arab, matawangnya adalah dirham kisrawiyah. Padanya terdapat gambar Kisra Parsi dan ditulis dengan tulisan Parsi.

Matawang dinar dan dirham pertama dalam sejarah Islam telah dikeluarkan ketika awal Pemerintahan Bani Umayyah, sekitar tahun 76 hijrah, ketika pemerintahan Khalifah Abdul Malik Marwan. Beliau telah melakukan usaha sentralisasi dengan menyatukan pusat pengecapan dinar dan dirham. Kepingan dinar dan dirham tersebut ditulis padanya kalimah syahadah. Beliau turut melakukan anjakan dalam sistem ekonomi umat. Hasilnya wujud kestabilan dalam sistem kewangan, politik dan mampu meminimumkan gejala penipuan.

Dasar dan polisi ini diteruskan kelangsungannya oleh Khalifah Yazid bin Abdul Malik dan Hisyam bin Abdul Malik. Kesan daripada polisi yang demikian, Empayar Umayyah terkenal dengan pengeluaran matawang yang tulin dan berkualiti.

Wallahu a'lam..

Brought to you by : shattirs