Keluarga SHATTIRS

Keluarga SHATTIRS
Assalamualaikum WBT

SHATTIRS Followers

Popular Posts

Wednesday, December 31, 2008

Salam 'Imtihan' Untuk Semua~



::Kejayaan Untuk ISLAM::

Shattirs
: Alhamdulillah,dikesempatan yang ada ini,saya ingin mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan untuk semua mahasiswa/wi Universiti Al-Azhar,juga untuk pelajar2 perubatan di bumi Mesir ini.

Mudah-mudahan kejayaan akan menjadi milik bersama.insyaAllah ( USAHA + DOA + TAWAKKAL ).Peperiksaan yang akan bermula pada 10/1/2009 ini dan dijangka berakhir pada 24/1/2009 ~

Untuk akhirnya,saya nak kongsi sedikit tips peperiksaan untuk dikongsi bersama ~

Tips Hadapi Peperiksaan ~


PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN


1. Jangan memikirkan perkara-perkara lain yang boleh mengganggu fikiran dan ketenangan diri.

2. Jangan membuat anggapan yang peperiksaan itu susah.

3. Jangan terlalu memikirkan tentang masalah yang mungkin ditemui sewaktu berhadapan dengan kertas soalan peperiksaan.

4. Jangan memikirkan tentang kegagalan yang mungkin menimpa anda selepas peperiksaan.

5. Jangan takut pada peperiksaan.

6. Jangan membuat perbandingan kebolehan diri anda dengan rakan yang lain.

7. Jangan melakukan maksiat kepada Allah.

PERKARA YANG HARUS DILAKUKAN ~


1. Tumpukan sepenuhnya fikiran anda terhadap pelajaran.

2. Anggapkan peperiksaan itu hanyalah menguji sesuatu yang telah anda baca dan ketahui.

3. Anggapkan segala soalan yang terdapat di dalam kertas soalan itu adalah soalan-soalan yang pernah anda jawab dalam peperiksaan-peperiksaan yang lepas.

4. Bayangkan kejayaan yang akan anda alami serta keseronokan yang anda kecapi bersama ayah dan ibu ketika menerima keputusan peperiksaan.

5. Anggapkan peperiksaan itu sebagai tiket untuk melangkah mercu kejayaan.

6. Anggapkan diri anda sama seperti orang lain. Orang lain boleh kenapa diri anda tidak boleh!

7. Berdoa kepada Allah dan bertawakkal kepada-Nya




Juga saya petik dari laman web ~~

http://www.buzzin.net

Exam Skills - Understanding questions

Key terms


Bee eating A key term is that part of a question which tells you what its subject is.

In some questions, this is not always stated directly.

You should look out for the difference between key terms and instruction terms.

Instructions tell you what to do with the subject.

Example

"Discuss the significance of railways during the Industrial Revolution."

Both the terms 'railways' and 'Industrial Revolution' are key terms here.

You are asked to concentrate on one topic - railways.

You must deal with one period of history - the Industrial Revolution.

The term 'discuss' on the other hand is an instruction term.

It tells you how to approach the question.

General tips


Don't always expect key terms to be obvious.

You need to think carefully about the subject.

You should try to understand questions very carefully.

These guidelines apply to coursework questions, exam questions, and project titles.

Brought to you by : shattirs

Saturday, December 27, 2008

Terima Kasih Laman Blog Bustanmawaddah & Edpmt.org ~



:: Kerol(mawaddah),shattirs,Hakim Mat::

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد


shattirs
: Alhamdulillah.syukur ke hadrat ilahi kerana saya sudah selamat mengerjakan ibadah Haji 1429 H.Mudah-mudahan mendapat ganjaran haji yang mabrur yang diterima di sisi Allah.Amin ~

Setelah hampir sebulan blog shattirs tidak diupdate",insyaAllah,selepas ini akan ada posting2 khususnya galeri gambar saya ketika berada di Mekah & Madinah yang akan saya buat dlm 2 siri.Untuk akhirnya,terima kasih diucapkan kepada rakan2 yang sudi datang ziarah sewaktu kepulangan saya balik ke bumi TANTA dan sewaktu keberangkatan menjadi tetamu Allah.

Serta tidak dilupakan untuk laman web DPM TANTA dan Laman blog bustanmawwaddah yang menyiarkan kisah saya dan rakan2 yang mahu mengerjakan ibadah haji yang lalu.Juga untuk kawan2 yg wish" hari lahir saya yang lalu,terima kasih juga diucapkan.25/12/08 ~


Mantan Pengerusi UPP DPMT Ke Mekah ~

MANTAN Pengerusi Unit Penerangan & Penerbitan (UPP) bagi Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta (DPMT) Mohd Helmi bin Che Fauzi antara 4 orang jamaah haji dari Tanta yang bertolak ke Kaherah pada 28 November 2008. Dataran Hayyu Asyir menjadi tempt berkumpul bagi jamaah haji yang berlepas menaiki kapal pada malam tersebut. Menjadi tetamu Allah untuk sama-sama mengerjakan ibadah haji merupakan detik yang dinantikan umat Islam. Tidak semua berpeluang (berkemampuan) untuk mengerjakan ibadah ini, apatah lagi bagi rakyat Malaysia yang perlu menyediakan sejumlah wang yang agak besar ntuk sampai ke tanah suci ini.

Namun, setelah berada di Mesir ianya bukanlah sesuatu yang begitu sukar untuk menyediakan material tersebut memandangkan kos untuk ke Mekah lebih murah berbanding kos dari Malaysia. Memperuntukkan wang sebanyak USD 1800 dikira sudah berbaloi bagi seorang pelajar al-Azhar untuk memenuhi undangan Ilahi mengerjakan ibadah haji. Bustan Mawaddah mengucapkan selamat menunaikan ibadah haji buat semua pelajar al-Azhar, semoga ibadah ini mendekatkan lagi diri kepada Allah selain menyucikan hati dan perasaan.

http://bustanmawaddah.blogspot.com/

http://edpmt.org

Brought to you by : shattirs