Saturday, December 27, 2008
Terima Kasih Laman Blog Bustanmawaddah & Edpmt.org ~
:: Kerol(mawaddah),shattirs,Hakim Mat::
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد
shattirs: Alhamdulillah.syukur ke hadrat ilahi kerana saya sudah selamat mengerjakan ibadah Haji 1429 H.Mudah-mudahan mendapat ganjaran haji yang mabrur yang diterima di sisi Allah.Amin ~
Setelah hampir sebulan blog shattirs tidak diupdate",insyaAllah,selepas ini akan ada posting2 khususnya galeri gambar saya ketika berada di Mekah & Madinah yang akan saya buat dlm 2 siri.Untuk akhirnya,terima kasih diucapkan kepada rakan2 yang sudi datang ziarah sewaktu kepulangan saya balik ke bumi TANTA dan sewaktu keberangkatan menjadi tetamu Allah.
Serta tidak dilupakan untuk laman web DPM TANTA dan Laman blog bustanmawwaddah yang menyiarkan kisah saya dan rakan2 yang mahu mengerjakan ibadah haji yang lalu.Juga untuk kawan2 yg wish" hari lahir saya yang lalu,terima kasih juga diucapkan.25/12/08 ~
Mantan Pengerusi UPP DPMT Ke Mekah ~
MANTAN Pengerusi Unit Penerangan & Penerbitan (UPP) bagi Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta (DPMT) Mohd Helmi bin Che Fauzi antara 4 orang jamaah haji dari Tanta yang bertolak ke Kaherah pada 28 November 2008. Dataran Hayyu Asyir menjadi tempt berkumpul bagi jamaah haji yang berlepas menaiki kapal pada malam tersebut. Menjadi tetamu Allah untuk sama-sama mengerjakan ibadah haji merupakan detik yang dinantikan umat Islam. Tidak semua berpeluang (berkemampuan) untuk mengerjakan ibadah ini, apatah lagi bagi rakyat Malaysia yang perlu menyediakan sejumlah wang yang agak besar ntuk sampai ke tanah suci ini.
Namun, setelah berada di Mesir ianya bukanlah sesuatu yang begitu sukar untuk menyediakan material tersebut memandangkan kos untuk ke Mekah lebih murah berbanding kos dari Malaysia. Memperuntukkan wang sebanyak USD 1800 dikira sudah berbaloi bagi seorang pelajar al-Azhar untuk memenuhi undangan Ilahi mengerjakan ibadah haji. Bustan Mawaddah mengucapkan selamat menunaikan ibadah haji buat semua pelajar al-Azhar, semoga ibadah ini mendekatkan lagi diri kepada Allah selain menyucikan hati dan perasaan.
http://bustanmawaddah.blogspot.com/
http://edpmt.org
Brought to you by : shattirs
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment