Keluarga SHATTIRS

Keluarga SHATTIRS
Assalamualaikum WBT

SHATTIRS Followers

Popular Posts

Tuesday, November 25, 2008

SAK-T ~ Suara kampus Edisi TANTA~


:: Cover SAK-T Depan & Belakang ::

shattirs: Setelah lama menyepi sejak tahun 1999,Para Mahasiswa/Wi Pengajian islam dan Perubatan Bumi TANTA telah berjaya menyiapkan Suara Kampus Edisi TANTA ( SAK-T) pada tahun ini.Tahniah diucapkan untuk semua yang berjaya menyumbang tenaga,buah fikiran dan idea yang bernas untuk SAK-T pada keluaran kali ini.

Oleh itu..Dapatkanlah SAK-T di Koperasi BKAN DAN DPM berdekatan anda..(Mesir)

shattirs
: Sebenarnya DPM TANTA pernah mengeluarkan Suara kampus selepas tahun 1999,akan tetapi ianya disertai oleh rakan2 taa'khi DPM TANTA,yang dinamakan Suara Kampus Edisi ta'akhi~

~ IKLAN SENYUMAN SHATTIRS~



shattirs : Serikan hidup anda dengan senyuman yang menawan,senyumlah, kerana dengan senyuman,berserilah cahaya kehidupan ini..^_^

shattirs : Terima kasihla untuk mereka yang sudi mengirim email kepada saya berkaitan kemuliaan Bulan Zulhijjah.Moga-moga amalan kita makin bertambah dan tetap istiqamah,insyaAllah..

~ ZULHIJJAH YANG MABRUR ~

Zulhijjah menggamit lagi buat sekian kalinya menemui kita bersama-sama kelebihannya sebagaimana yang pernah disebut oleh Ketua Daulah Islam yang pertama di Madinah iaitu Rasulullah S.A.W dalam beberapa hadis. Zulhijjah merupakan bulan yang menghimpunkan beberapa ibadat yang tidak ada pada bulan lain iaitu ibadat haji, ibadat korban disamping solat, sedekah serta amalan berzikir sebagai mendekatkan diri kepada Allah 'azzawajalla.

Zulhijjah juga mengingatkan kita kepada beberapa peristiwa yang besar terutama bagi para jemaah haji iaitu mengenai pengorbanan nabi Ibrahim dan anaknya nabi Ismail serta Siti Hajar dalam masalah korban, sai'e dari Sofa ke Marwah, tawaf dan lain-lain lagi. Kita juga diingatkan dengan peristiwa haji wida' (selamat tinggal) dan khutbah yang keluar daripada mulut yang mulia iaitu daripada Rasulullah S.A.W sendiri yang mana dalam khutbah ini terkandung dalamnya nasihat, wasiat dan amanah yang penting daripada baginda kepada para muslimin samada yang ada pada masa itu atau pun generasi seterusnya sehinggalah hari qiamat.

Di bawah ini dinukilkan beberapa hadis sebagai renungan dan juga perangsang kepada kita dalam menambahkan lagi amalan dibulan yang penuh kelebihan ini dan bukannya melepaskan segala peluang yang ada dengan amalan yang sia-sia.

Daripada Ibnu Abbas telah berkata : Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Tiada daripada hari-hari untuk beramal soleh padanya yang mana lebih disukai oleh Allah daripada hari-hari ini iaitu hari sepuluh (sepuluh hari pertama Zulhijjah). Para sahabat bertanya : Wahai Rassulullah! dan tidak (amal) jihad pada jalan Allah?. Jawab baginda : Dan tidak jihad pada jalan Allah. Sabda baginda lagi : melainkan seorang lelaki yang keluar dengan dirinya sendiri dan hartanya maka dia tidak pulang daripadanya dengan sesuatu.

-Hadis isnadnya sohih dikeluarkan daripada imam Bukhari, Tarmizi, Abu Daud, Ibnu Majah, Ahmad, Ibnu Habban dan al-Baihaqi dengan sanad atau jalan berbeza -

Daripada Ibnu Abbas telah berkata : Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Tiada daripada hari-hari yang begitu lebih di sisi Allah dan tiada amalan padanya lebih disukai kepada Allah daripada hari-hari sepuluh ini. Maka perbanyakkanlah padanya daripada tahlil, takbir maka sesungguhnya ia merupakan hari-hari tahlil, bertakbir dan berzikir kepada Allah. Dan puasa sehari daripadanya menyamai puasa setahun dan beramal padanya digandakan 700 kali ganda.
- Hadis isnadnya hasan dikeluarkan oleh imam al-Baihaqi dan disebut oleh imam Sayuti -

Hadis-hadis ini menjelaskan kepada kita mengenai kelebihan beramal pada hari sepuluh daripada Zulhijjah seperti berpuasa sunat, zikir, tahlil dan bertakbir. Kelebihannya ini tidak dapat dirasai jika kita hanya membaca dan mengetahuinya tanpa ada di sana amalan sebagai menyahut kelebihan yang dianugerahkan oleh Allah ini.

Fadilat Bulan Zulhijjah




Dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a. Rasulullah s.a.w. telah menerangkan tentang fadilat puasa di bulan Zulhijjah iaitu:

Tanggal 1 Zulhijjah kesalahan Nabi Adam a.s. telah diampunkan Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu dosanya akan diampuni oleh Allah.

Tanggal 2 Zulhijjah doa Nabi Yunus diperkenankan Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu maka pahalanya sama seperti ia berpuasa setahun dan dicatitkan baginya seolah tidak pernah melakukan maksiat walau sedikitpun.

Tanggal 3 Zulhijjah doa Nabi Zakaria diperkenankan Allah. Sesiapa yang berpuasa pada hari itu maka doanya juga akan diperkenankan oleh Allah.

Tanggal 4 Zulhijjah Nabi Isa dilahirkan. Sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan terhindar ia dari kefakiran dan kemelaratan dan di hari kiamat ia akan dimasukkan dalam golongan yang terhormat.

Tanggal 5 Zulhijjah Nabi Musa dilahirkan. Sesiapa yang berpuasa pada hari itu terlepas ia dari sifat munafik dan dari siksa kubur.

Tanggal 6 Zulhijjah Allah telah membukakan pintu kebajikan untuk nabi-nabiNya. Sesiapa yang berpuasa pada hari itu ia akan dipandang oleh Allah dengan pandangan rahmat serta terlepas ia dari azab.

Tanggal 7 Zulhijjah pintu neraka Jahannam akan dikunci. Sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan dikuncikan oleh Allah 30 pintu kesulitannya dan dibukakan 30 pintu kemudahan.

Tanggal 8 Zulhijjah Nabi Ibrahim telah bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih anaknya Ismail. Seharian ia berfikir sama ada perintah itu datang dari Allah atau syaitan. Hari itu dinamakan dengan ‘Tarwiyah’ (hari berfikir) oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan diberi oleh Allah pahala yang tidak terhitung banyaknya hanya Allah sahaja mengetahui.

Tanggal 9 Zulhijjah Allah telah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa mimpinya itu adalah benar dari Allah, bukan dari syaitan. Oleh itu hari itu dikenali dengan nama ‘Arafah’ (hari tahu). Sesiapa yang berpuasa hari itu akan diampunkan oleh Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.

Tanggal 10 Zulhijjah adalah hari raya Aidil Adha (hari korban) juga dikenali dengan nama hari ‘Nahar’ (menyembelih). Sesiapa yang berkorban pada hari itu dengan seekor korban dan pada setiap titisan dari yang mengalir dari leher haiwan tersebut Allah akan mengampuni dosanya dan dosa ahli kaum keluarganya (haram berpuasa pada hari ini).

Sunat bersedekah kepada kaum fakir miskin. Sesiapa yang bersedekah pada hari itu dengan satu sedekah maka akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kiamat nanti dalam keadaan aman dan sentosa serta timbangan amal baiknya lebih berat dari bukit Uhud.

Amalan sunat pada 10 Zulhijjah seperti :

Mandi sunat Aidil Adha pada pagi harinya.
Sunat tidak menjamah makanan atau minuman sehinggalah selesai menunaikan solat Adha.
Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan jalan yang lain pula.
Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid jika inya tidak terlalu jauh.

Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula dari malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada tanggal 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad).

Sunat membaca doa akhir tahun pada tanggal 29 atau 30 Zulhijjah selepas solat ‘Asar dan membaca doa awal tahun selepas solat Maghrib pada malam pertama awal Muharram.

Ganjaran Bagi Mereka Yang Memuliakan Zulhijjah

Kata sebahagian Ulama, "Barang siapa yang memuliakan hari-hari yang berlalu dalam bulan Zulhijjah, nescaya ia akan dianugerahi oleh Allah dengan 10 macam kemuliaan iaitu:
1. Berkat pada umurnya
2. Bertambah hartanya
3. Kehidupan rumahtangganya akan terjamin
4. Membersihkan diri daripada dosa dan kesalahan yang telah lalu
5. Amal ibadat serta kebaikannya akan berganda
6. Allah akan memudahkan pada saat kematiannya
7. Allah akan menerangi kuburnya selama berada di alam barzakh
8. Allah akan memberatkan timbangan amal baiknya semasa di Mahsyar
9. Selamat daripada kejatuhan kedudukannya di dunia
10. Martabatnya akan dinaikkan pada sisi Allah.

Amalan Di Bulan Zulhijjah

# 1 hingga 9 Zulhijjah - Sunat berpuasa

# 8 Zulhijjah - Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat

# 9 Zulhijjah (Hari Wukuf di Arafah)
•Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat, Disunatkan berpuasa bagi orang yang tidak mengerjakan haji,
• Membaca surah Al-Ikhlas 1000 kali
• Solat pada awal waktu.. jadilah ianya amalan harian hendaknya..
• Solat sunat qabliyah asar
• Selepas solat asar - Baca Surah Yasin 3 kali
• Membaca Laillahaillalah wahdahula....huallakulishaiinkodir sebanyak 400 kali (bermula dari asar - isyak boleh sambung) Fadhilatnya bagaikan memerdekakan 100 hamba.
• Solat sunat qabliyah & ba'diyah maghrib
• Selepas solat maghrib - solat sunat awwabin 6 ra'kaat (3 salam) Fadhilat penghapusan dosa bagi 50 tahun - hadith... jadikanlah ianya amalan bulanan/mingguan hendaknya...
• Solat sunat tasbih
• Solat sunat hajat
• Berdoa dengan doa Nabi Adam iaitu robbana zolamna... sebanyak 50 kali

# 10 Zulhijjah(Hari Raya Haji/Korban)
• Sembahyang sunat Hari Raya Aidil Adha - Membaca takbir Melakukan korban

# 11, 12 dan 13 Zulhijjah (Hari-hari Tasyrik)
• hidupkan malamnya dengan banyak beribadah, takbir selepas sembahyang waktu

# 29 atau 30 Zulhijjah
• Selepas solat 'Asar membaca doa akhir tahun. Selepas solat Maghrib membaca doa tahun baru.


~ SALAM AIDILADHA 1429 H ~



shattirs
: Dikesempatan yang ada ini,saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua pengunjung blog shattirs,tak kira di mana juga anda berada,terima kasih shattirs ucapkan.Untuk akhirnya.Have A Nice Day..~



:: Bakal2 HUJJAZ:Naim,Shattirs,Wan O(Tuan Umah),Yazid,Rizaini::

Brought to you by : shattirs

1 comment:

Whitetulip Tales said...

salam. sukanya baca n3 ante nih. banyak yang sy tak tau lagi..terutamanya bulan Zulhijjah. Huhu..terlalu banyak kekurangn lam diri ini..nak wat sumer tue, mmg susah jugak..kan..kan...

"Salam Aidiladha.."