Keluarga SHATTIRS

Keluarga SHATTIRS
Assalamualaikum WBT

SHATTIRS Followers

Popular Posts

Tuesday, December 28, 2010

Family Day + My Besday ~




BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT


Shattirs : Alhamdulillah percutian keluarga yang amat menyeronokkan di BUKIT MERAH RESORT.Pengalaman manis bersama keluarga tercinta ditambah pula dengan tarikh kelahiran saya seharusnya nikmat dan rahmat dari ilahi yang amat disyukuri.

Aktiviti bermula dengan seluruh ahli keluarga berkumpul di rumah PakNdak di Ipoh sebelum bertolak pada pagi sabtu 25/12. Sedikit gambar sebagai tatapan.


P/S : kamera lupa nak edit bukan tahun 2005,tetapi tahun 2010 ^_^





Aktiviti pertama : mandi kolam renang& main tenis



Aksi profesional sejak dulu,kini & selamanya ;)



Kegembiraan mandi-manda


Meninjau dari atas



Selesai Mandi-manda


Di Hadapan Banglo Penginapan



Bersama Mak Tersayang

Shattirs : Memandu HONDA ODDESEY memang best.Usai pulang seluruh keluarga mengambil kesempatan berjalan2 sekitar bandar Taiping serta membeli belah di pasar pekan Changkat Jering.

Kami juga singgah sebentar di Sungai Petai,Changkat Ibol disebabkan ayah berjumpa dengan kenalan2 PAS beliau dan kawan2 lama.

MABRUK SAHABAT BAIKKU DI TANTA [BATCH 05/06]



Zulfazly & Aisyah



Nizam & Mahfuzah


بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير

"Semoga Allah memberkati kamu berdua (ketika dalam keadaan bahagia), semoga Allah memberkati kamu berdua (ketika dalam keadaan renggang), semoga Allah menghimpunkan kamu berdua dalam kebaikan
~


SELAMAT BERJUANG PASUKAN BOLASEPAK MALAYSIA [PERLAWANAN AKHIR KEDUA PIALA AFF SUZUKI CUP 2010 ]

Final Pertama [MAS 3-0 INDON] Bukit Jalil 26/12
Final Kedua Malam ini 29/12


Shattirs : Semoga pasukan Malaysia berjaya mengengam trofi buat pertama kali dan bergelar Kuasa baru bolasepak rantau Asia Tenggara ~

Teluk Intan,Perak

Brought to you by : shattirs

Sunday, December 26, 2010

Hikmah Yang Tersembunyi...





Inilah bukti kebesaran Allah yang kita tidak nampak....

Setiap yang berlaku ader kebesaran hikmah Allah...

1) Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak "Dalam diri-diri kamu ada tanda-tanda kebesaran Tuhan". Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita.

Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 == 99 iaitu bilangan nama Allah.

Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?

- Mengikut cara Rasulullah s.a.w,beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu.

Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya. Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim,tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri.

Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita.

Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.Kenapa garam?

Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM.

Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah -
Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

3. Membaca Basmalah -(Bismillahirrahma Nirrahim).
Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

4. Cara Rasulullah minum. -
Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram.

Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita.

Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.

Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina? Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit.

Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri.

Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali.

Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu.

Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin,walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu.

Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar. Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit informasi yang diberikan oleh Mudaris (guru) ana, Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah.

Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi.

Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain.

Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.

Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah


Wa'hualam..

"Orang Berakal, Apabila Diam Ia BerFikir...(Berzikir..)..
Apabila Berkata, Ia Mengingatkan...
Apabila Melihat, Ia Jadikan Pengajaran..."




2) Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.

Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, “Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya.”

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, “Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan.”

Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur ‘Alhamdulillah’.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut.

Maka berkatalah Nabi itu, “Aku telah melaksanakan perintahmu.” Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, “Wahai Nabi Allah, tolonglah aku.”

Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, “Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku.”

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.

Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, “Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini.”

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa, “Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.

Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah.”

Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, “Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu.”

Maka berkata Allah S.W.T., “Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu.” Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar


Teluk Intan,Perak

Brought to you by : shattirs



Dapatkan BIO AURA Sekarang !


BEAUTIFUL BIO AURA : SISTEM PENAPIS DAN MERAWAT AIR BERTEKNOLOGI TINGGI FIR-NANO ~

[Untuk Kesempurnaan Dalam kehidupan keluarga bahagia]

Dapatkan sekarang selagi stok masih ada 7 buah sudah terjual,hanya tinggal 8 buah lagi untuk dimiliki !

Harga yg menarik : Hanya RM 2080 [Bayaran Cash dan Secara Ansuran "

Untuk keterangan lanjut dan urusan pembelian,anda boleh terus menghubungi : MOHD HELMI [PERAK] : 0194660085 / 0175044569

Layari :

http://en.hai-o.com.my/bio-aura/

http://www.hai-omarketing.com.my/

http://produk-haiobumiputera.blogspot.com/


H & Z Entprise Sdn Bhd ~


.: Yang Ku Rindu :.



Pertemuan...telah ditakdirkan..
antara kita tidak pernah dirancangkan..
manalah takdir hendak dilawan..
semuanya ketentuan tuhan..

Wahai sahabat sematkan semua kenangan
yang telah bersama sama kita lalui
suka dan duka memburu impian..
moga teguhnya ikatan ini..

Sahabat...yang amat ku kasihi..
susah senang kau di sampingku
kehadiran dikau di sisi
mengubat sepi di hatiku..

Wahai sahabat sematkan semua kenangan
yang telah bersama-sama kita lalui
suka dan duka memburu impian..
moga teguhnya ikatan ini..

Sahabat...yang amat ku cintai
susah senang kau disampingku
walau kini hilang dimata
namun kau tetap dihatiku

ooo...sahabat bertuahnya ku rasa
mendapat teman sepertimu
membimbing menasihatiku..
hanya satu dlm beribu..

ooooooo......
sahabat yang amatku cintai..
susah senang kau disampingku..
walau kini hilang dimata..
namun kau tetap dihatiku..

Namun kini...hanyalah tinggal kenangan
pertemuan kita dilamar perpisahan
kemesraan memekar di akhir perkenalan
sayu menitiskan air mataku

Bukit Merah Resort.
Taiping


Brought to you by : shattirs

Wednesday, December 15, 2010

Perkongsian: Muslimah lembik sebab fikir Baitul Muslim?



Baitul Muslim, apakah yang selama ini kamu fahami? ~

Ada yang mengemukakan kepada saya, pandangan bahawa ada yang menyatakan yang Muslimah pada zaman ini lembik kerana hanya tahu memikirkan Baitul Muslim. Dinyatakan bahawa, mereka ini hanya tahu membincangkan Baitul Muslim, tetapi tidak tahu membincangkan perjuangan ummah. Sebab itu mereka ini lembik.

Hem. Saya tertawa juga sebenarnya bila orang kemukakan begitu kepada saya.

Lembik, sebab fikir Baitul Muslim?

Tetapi apabila saya fikir-fikir kembali, baiklah, saya dapat. Ada kebenarannya dalam pandangan itu. Tinggal, pada saya, memanah pandangan itu secara umum sedemikian rupa adalah tidak kena sebenarnya. Sebab Baitul Muslim sebenarnya adalah isu yang amat penting di dalam pembinaan Daulah Islamiyyah, dan merupakan antara wasilah terpenting dalam memastikan kelansungan tarbiyah dalam kehidupan insan.

Namun saya akui, salah cara memandang Baitul Muslim, memang akan membawa kepada ke’lembik’an. Tinggal, saya kira, sebenarnya adalah untuk semua. Bukan muslimah sahaja. Muslimin pun boleh jadi lembik kalau fikir Baitul Muslim ini tidak kena pada caranya.

Baitul Muslim = Cari Jodoh? Saya kata tidak.

Pertamanya, ramai yang tidak memahami apakah sebenarnya Baitul Muslim. Ramai yang akhirnya tersesat ke satu solusi seperti tajuk subtopik kita, yakni Baitul Muslim disamakan dengan pencarian jodoh, pencarian pasangan dan sebagainya.

Kesilapan kefahaman inilah yang membawa kepada ke’lembik’an apabila Baitul Muslim diperbincangkan. Maka yang disibukkan nanti adalah isu “adakah si fulan bin si fulan atau si fulanah binti si fulan itulah yang ditakdirkan untuk aku?”, “saya termimpikan si dia, apakah dia orangnya?”, “saya nampak tanda di langit, tiba-tiba hati saya teringatkan dia. Apakah itu tandanya?” dan sebagainya.

Diri juga akan menjadi sibuk dengan isu: “Mencari Pasangan Yang Ditakdirkan.” Sibuk hanya dengan ciri-ciri pasangan kirana dan sebagainya.

Baitul Muslim seakan-akan menjadi satu fikrah pencarian jodoh, melibatkan isu-isu takdir dalam jodoh, istikharah, ciri-ciri pasangan dan sebagainya.

Kalau kita memahami bahawa Baitul Muslim hanya setakat itu, atau dalam erti kata lain, kita melayan Baitul Muslim dengan etika sedemikian semata-mata, maka benarlah membincangkan Baitul Muslim akan melembikkan pemikiran semua.

Sebab Baitul Muslimnya hanya sekadar di gerbang perkahwinan.

Baitul Muslim yang sebenarnya

Sebenarnya, pada pertama sekali, mengapakah istilah Baitul Muslim seakan-akan diangkat menjadi agenda besar dalam kehidupan seorang mukmin?

Kita lihat semula ya mengapa isu ‘Baitul Muslim’ adalah isu yang hangat. Bukan kerana Baitul Muslim adalah isu jodoh, mencari pasangan, cinta dan sebagainya. Lihat semula pada perkataan Baitul Muslim. Apakah maksudnya?

“Rumah Orang Islam.”

Maka kita kembali kepada asalnya.

Istilah Baitul Muslim muncul apabila kita membincangkan berkenaan perjuangan untuk mengembalikan Islam sebagai perlembagaan dalam kehidupan. Maka hendak merealisasikan perkara itu, perlulah kita jalankan satu strategi jangka panjang, yang dinamakan takwin fardhil muslim. Takwin Fardhil Muslim bermaksud - Pembentukan Individu Muslim yang perlu digerakkan dalam setiap peringkat berikut:

Individu muslim - rumah tangga muslim(Baitul Muslim) - masyarakat muslim - kerajaan muslim - khilafah islam - empayar islam - Islam sebagai ustaziatul alam(pentadbir seluruh alam ini).

Baitul Muslim menjadi isu besar adalah kerana ia merupakan antara marhalah yang wujud di dalam perjalanan merealisasikan terbinanya Islam sebagai daulah yang mentadbir alam ini. Itulah sebabnya muncul perbincangan berkenaan Baitul Muslim.

Baitul Muslim dilihat sebagai batu-bata yang membina bangunan Daulah tadi. Merupakan satu peringkat penting dalam strategi untuk melihat kembalinya Islam diambil sebagai perlembagaan hidup. Hal ini kerana, keluarga adalah institusi terpenting dalam melahirkan para mujahid, pejuang di jalan Allah, da’ie, penyeru di jalan Allah SWT.

Inilah dia origin Baitul Muslim yang sebenarnya. Baitul Muslim adalah hakikatnya agenda perjuangan untuk melihat Islam itu kembali tertegak sebagai satu sistem yang memerintah dunia. Bukan semata-mata isu jodoh, solat istikharah, mimpi-mimpi, ciri-ciri pasangan dan sebagainya.

Apabila dipisahkan Baitul Muslim daripada originnya.

Apabila perbincangan isu jodoh, ciri-ciri pasangan, tidak dikaitkan dengan perjuangan membina daulah Islam, ini akan menghasilkan perbincangan kosong yang tidak membawa makna. Hanya satu keseronokan bermain ’tilik nasib’ untuk ‘mencari pasangan yang ditakdirkan’ semata-mata.

Inilah dia yang membuatkan perbincangan Baitul Muslim, berputar dalam bulatan yang tiada akhirnya. Tidak memberikan manfaat. Bahkan tidak membina jati diri seorang mukmin. Juga tidak memberikan mudharat kepada jahiliyyah.

Sedangkan Baitul Muslim apabila diteliti, lebih dari sekadar isu ciri-ciri pasangan, istikharah mencari pasangan, jodoh dan cinta semata-mata. Baitul Muslim juga menitik beratkan pembinaan peribadi mukmin itu sendiri di dalam diri kita. Membincangkan isu-isu tarbiyah pasangan dan pembinaan anak-anak. Menyebabkan isu-isu seperti tanggungjawab diri, kebersihan diri, disiplin diri, hubungan dengan Allah SWT, semuanya diangkat naik dalam perbincangan Baitul Muslim ini.

Bukan semata-mata cari jodoh, istikharah, mimpi nampak apa, mimpi saya benar atau tidak, oh mungkin dialah yang ditakdirkan untukku, ciri-ciri dia cukup ke ha untuk jadi pasangan aku, ciri-ciri aku ni layak ke nak dapat isteri seperti Khadijah dan sebagainyalah.

Apabila Baitul Muslim itu dipisahkan daripada isunya yang sebenar - salah satu peringkat dalam agenda membina kembali daulah Islamiyyah - jadilah pembincang-pembincang Baitul Muslim merupakan orang-orang lembik yang meninggalkan perjuangan ummah.

Penutup: Baitul Muslim yang ori, itu yang patut hangat diperbincangkan

Saya masih ingat pada zaman saya sendiri tertipu dengan istilah Baitul Muslim itu. Saya dulu pun fikir Baitul Muslim ini isu cari jodoh, pilih pasangan, cinta dan sebagainya. Akhirnya bila fikir semula, semua itu tidak membawa manfaat kepada diri. Tidak membawa peningkatan pada diri. Yang ada hanyalah mudarat.

Tetapi apabila faham apakah sebenarnya Baitul Muslim, mula dididik dengan serius berkenaan pembentukan peribadi mukmin, di situlah bermulanya penglihatan yang besar kepada isu tanggungjawab, isu tarbiyah diri, isu disiplin diri, isu mempersiapkan peribadi untuk menjadi murabbi kepada keluarga dan sebagainya. Di situlah mula rasa untuk menggerakkan diri.

“Berusaha ke arah mampu.”

Itu istilah yang saya suka guna pakai. Sebab kalau nak kata ‘mampu’ membina baitul muslim, entah sampai bila baru boleh tahu diri ini mampu atau tidak bukan? Sekurang-kurangnya, disiapkan target menggerakkan usaha-usaha ke arah mampu itu.

Itulah hasil Baitul Muslim yang ori, apabila diperdalami. Mustahil menghasilkan kelembikan bukan? Kalau bincang yang ori la. :-)

Tetapi kalau dibincangnya hanya sekadar jodoh, cinta, istikharah betul ke tak betul, memang pusing-pusing macam mana sekalipun, paling boleh pergi jauh pun gerbang perkahwinan sahaja.

Sumber : Langitilahi

Teluk Intan,Perak

Brought to you by : shattirs

Tuesday, December 7, 2010

Tiada Jodoh Bukan Kehendak Kita.

Bismillahirrahmanirrahim.....

Artikel ini dipetik dari blog rakan sejak beberapa tahun yang lalu. Saya sudah lupa dari mana ia diperolehi. Namun saya ingin kongsikan artikel ini untuk kita sama-sama mengambil iktibar.

Bacalah nasihat Mok Wan ni. Renungkanlah Sedalam-dalamnya. Tiada jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.

Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa² lewat solat. Allah mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat ‘Right Person’ dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki/perempuan yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

Kita selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tengah² bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat disamping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia menjadi sebaliknya bila ramai orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar suami atau isteri tidak usah berkahwin dulu.

Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu.

Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak², carilah dulu kesabaran itu.

Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutannya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia²nya. Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.

Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. “

Seorang teman pernah berpesan..

“Kadang² Allah sembunyikan matahari..

Dia datangkan petir dan kilat..

kita menangis dan tertanya-tanya,

kemana hilangnya sinar..

Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi..” ”

“Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali.

Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.

Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada..

Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada…”

Semoga mendapat jodoh yang diidamkan dan dirahmati Allah, amin…

Wallahualam.....


Ipoh,Perak

Brought to you by : shattirs

Monday, December 6, 2010

Program PAS Teluk Intan

1) Hari kebajikan N56 dun Changkat Jong




PAS Kawasan Teluk Intan melalui Lujnah Kebajikan akan mennganjurkan Hari Kebajikan DUN Changkat Jong pada 4 Disember ini bersamaan Sabtu. Program bermula jam 8.00 pagi hingga 12 tengah hari. Begitu banyak acara diadakan pada hari itu seperti gerai pameran dan jualan, pemeriksaan kesihatan percuma, derma darah, aqiqah, berkhatan, pertandingan, dan sebagainya. Program tersebut akan diadakan di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan, Kg. Padang Tembak.

Menurut Pengarah Program Sdr. Shamsuddin Mahmud, pihak urus setia masih memerlukan penyertaan orang ramai dalam beberapa aktiviti seperti kempen derma darah dan berkhatan. Menurut beliau, setakat ini seramai 17 orang kanak-kanak telah didaftarkan untuk majlis berkhatan beramai-ramai. Bayaran yang dikenakan ialah RM50 sahaja yang akan diuruskan seramai tiga orang doktor dari Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA).

Menurut Sdr. Shamsuddin lagi, pihaknya juga masih membuka kepada orang ramai bagi menyertai program aqiqah dengan bayaran RM350. Pihaknya juga mengalu-alukan kepada para penjaja dan peniaga untuk membuka gerai di tapak program.


Di samping itu, pihaknya amat memerlukan penyertaan orang ramai dalam kempen derma darah yang akan dikendalikan oleh pihak Jabatan Kesihatan Hilir Perak. Beliau menyeru agar orang dapat mendaftar awal sebagai penderma darah kepada pihak urus setia sebelum 4 Disember ini.

Selain itu, beberapa pertandingan turut diadakan. Antaranya pertandingan mewarna untuk pebagai kategori umur kanak-kanak. Bagi remaja dan dewasa pula beberapa pertandingan telah diatur seperti pertandingan masakan berasaskan roti (peserta berumur 15 - 25 tahun) dengan menggunakan bahan-bahan seperti roti, sosej, telur, sardin dan sebagainya.

Remaja yang berumur antara 13 hingga 21 tahun juga boleh menyertai pertandingan multimedia (powerpoint) dengan pilihan tajuk sama ada "Kempen Menutup Aurat" atau "Gejala Sosial dan Cara Menanganinya". Maksimum persembahan powerpoint ialah selama 10 minit dan penghakiman berdasarkan daya kreatif dari sudut audio, video dan grafik. Peserta hanya perlu menyiapkan persembahan powerpoint dan disimpan ke dalam bentuk CD dan hendaklah dihantar kepada pihak urus setia pertandingan sebelum atau pada 3 Disember.

Hadiah-hadiah yang menarik disediakan kepada para pemenang.
Kepada sesiapa yang berminat kepada acara-acara tersebut, bolehlah menghubungi terus pihak urus setia seperti berikut untuk mendapatkan maklumat lanjut :

1. Khatan, aqiqah dan derma darah : Sdr. Shamsuddin (013-4390283) dan Pn. Fuziah (013-5957537)
2. Pertandingan masakan dan multimedia : Pn. Adilah (019-5713049) dan Cik Afiza (019-3620544)

Hari Kebajikan DUN Changkat Jong djangka akan dirasmikan oleh Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Perak merangkap Pengerusi Lujnah Kebajikan PAS Perak, AF Ustaz Hj, Mustafa Shaari.

Kemeriahan dan kemuncak program ialah pada sebelah malam iaitu Ceramah Perdana bersama MB Pakatan Rakyat YB DS Hj. Muhammad Nizar Jamaluddin. Ceramah akan diadakan di tapak program iaitu di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan, Kg. Padang Tembak.

Shattirs :
Alhamdulillah program telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya,terima kasih pada semua yang membantu memeriahkan seterusnya melicinkan gerka kerja program mengikut ketetapan perbincangan.

Tahniah diucapkan kepada pemuda,nisa',unit Amal serta seluruh pendokong PAS yang sudi hadir ke majlis ceramah bersama Yb Nizar dan Adun Changkat Jong Yb Anuar Sudin.

Shattirs :
Alhamdulillah,syukur kpd ilahi bilamana melihat semakin ramai anak 2 muda menyokong perjuangan Islam [Pakatan Rakyat].PRU 13 here we come ~

2 ) Didikan agama tanda ibu bapa sayang anak2 - ketua Pemuda PAS Teluk Intan


andai ibu bapa kasih akan anaknya ialah apabila mereka memberikan pendidikan agama secukupnya kepada anak-anak mereka. Ini juga merupakan tanggungjawab bagi setiap ibu bapa terhadap anak-anak.

Demikian dijelaskan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Teluk Intan, Ustaz Abdul Fattah Awang ketika merasmikan Hari Kanak-kanak PASTI Ibnu Rusyd, Taman Cicely dekat sini.

Pendidikan agama merupakan benteng paling ampuh kepada anak-anak dalam berhadapan dengan pelbagai cabaran masa kini.

"Apatah lagi ketika menyaksikan keruntuhan akhlak anak-anak muda masa kini yang begitu menakutkan kita. Pendidikan agama adalah satu alternatif wajib diberikan kepada anak-anak," ujar beliau.
Adik Fatin Umi Humairah menyampaikan cerita.

Beliau juga menyentuh berkenaan PASTI yang merupakan salah satu cara bagi ibu bapa memberikan didikan agama pada peringkat awal lagi. Malah usaha murni PASTI ini dapat dilihat dengan jelas antara murid-murid PASTI dengan murid-murid tadika lain.

Sebelum itu, di dalam ucapan aluannya, Pengurus PASTI Ibnu Rusyd menyatakan setinggi-tinggi penghargaan kepada para ibu bapa yang menghantar anak mereka ke PASTI.

Beliau turut menghargai akan sokongan para ibu bapa sehingga PASTI Ibnu Rusyd dapat beroperasi selama hampir 8 tahun.

Antara acara menarik perhatian hadirin pada majlis tersebut ialah persembahan murid-murid PASTI seperti hafazan, bercerita, bacaan hadith, nasyid, kuiz dan bacaan doa-doa harian.
Acara hafazan murid perempuan.

.



Adik Nurin Naziha membaca Al Qur'an dengan baik sekali.
Acara nasyid murid lelaki.
Ustaz Fattah menyampaikan hadiah kepada Murid Terbaik PASTI.


Antara ibu bapa yang hadir.
Di samping itu, hadiah-hadiah juga disampaikan kepada murid-murid yang telah berjaya di dalam peperiksaan.

Shattirs: Us Abdul Fattah Harun berasal dari Negeri Terengganu,lulusan Universiti Al-Azhar,Mesir.Pernah menjadi Exco di BKAN TERENGGANU dan Penasihat PMRAM ~

Berkahwin dengan orang Perak [Teluk Intan dan menetap di sini ] .

Padang Tembak,Teluk Intan.

Brought to you by : shattirs

Sunday, December 5, 2010

PAS Teluk Intan contoh kawasan yang terbaik ~


Teluk Intan, 3 Disember : Malam tadi Pesuruhjaya, Setiausaha dan Bendahari PAS Perak berada di Teluk Intan bersama dengan pimpinan PAS kawasan dan cawangan-cawangan Teluk Intan. Dalam ucapan Pesuruhjaya & Setiausaha PAS Perak, PAS Teluk Intan dianggap antara contoh kawasan yang terbaik di Perak berdasarkan komitmennya yang tinggi kepada Badan Perhubungan PAS Perak dan juga dalam menjalankan aktiviti kemasyarakatan.


Ahli Kelab Penyokong PAS dari kalangan masyarakat Cina dan India sahaja berjumlah 1500 orang. Kelab Penyokong PAS juga antara yang paling aktif di Teluk Intan. Kehadiran Pengerusi dan salah seorang AJK Kelab Penyokong PAS malam tadi menunjukkan komitmen mereka juga tinggi.


Ini juga adalah antara faktor mengapa PAS menang di DUN Changkat Jong yang sebelum ini tidak pernah dimenangi oleh pembangkang. Sekiranya pendekatan PAS Teluk Intan melalui kepimpinannya dan peranan ADUN Changkat Jong dalam memenangi hati rakyat, sudah pasti BN tidak akan berupaya merampas semula kerusi tersebut. Sehingga kini, kerjasama yang padu telah ditunjukkan oleh seluruh ahli masyarakat di Teluk Intan. Manakala hubungan yang intim antara PAS, DAP dan PKR juga menjadikan Pakatan Rakyat terus kuat di Teluk Intan.


Semua kerusi di Teluk Intan dimenangi oleh Pakatan Rakyat, DUN Pasir Berdamar dimenangi DAP, DUN Changkat Jong diwakili PAS, manakala Parlimen Teluk Intan dimenangi oleh DAP.


Pesuruhjaya PAS Perak dalam amanatnya kepada pimpinan PAS Teluk Intan mengingatkan supaya setiap ahli meningkatkan kualiti perjuangan, jangan lalai dalam mengikuti program tarbiyyah, memastikan setiap ahli keluarga menjadi ahli PAS, merapatkan hubungan dengan masyarakat, memanfaatkan setiap tenaga ahli untuk kepentingan Islam dan parti, patuh dan wala' kepada pimpinan PAS dan sebagainya.


Manakala Setiausaha BPP Perak juga mengingatkan supaya pengurusan parti diurus tadbir dengan sistematik, wujudkan sistem kerja kepejabatan, kempen tambah ahli dan berusaha membanyakkan cawangan-cawangan baru PAS di samping mengaktifkan lagi cawangan-cawangan yang sedia ada.

Teluk Intan,Perak

Brought to you by : shattirs

Monday, November 29, 2010

Soal Jawab Agama





Bolehkah Memberitahu Aurat Kepada Bukan Mahram ?


Asssalamualaikum..

1) Apakah hukum memberitahu sesuatu sesuatu ciri-ciri bhagian aurat kepada yg bukan mahram tanpa menunjukan bahagian tersebut?
Contohnya seorng prempuan memberitahu kepada kawan lelakinya tentang rambutnya seperti rambutnya pnjang, lurus dn sebagainya..tetapi lelaki tersebut tidak pernah melihat/terlihat rambut perempuan itu tersebut..

Jawapan:

Waalaikumussalam warahmatullahi wa barakatuh. Tidak boleh memberitahu hal tersebut kepada bukan mahram.

a) Antara illah aurat wanita muslim di hadapan wanita non muslim sama seperti dgn lelaki bukan mahram adalah kerana wanita non muslim ini tidak boleh dipercayai kerahsiaan mereka (dalam menjaga amanah).. Ditakuti aib dan aurat wanita muslim dihebah-hebahkan.

b) Dari Ibn Mas’ud radiallahu anhu. berkata, Rasulullah saw. bersabda: “Janganlah seorang perempuan bergaul dengan perempuan lain kemudian menceritakan perempuan lain itu kepada suaminya sehingga seakan-akan suaminya melihat perempuan yang diceritakannya”.(HR. al-Bukhari dan Muslim)

c) Imam Ibnu Katsir di dalam Tafsir Ibnu Katsir menyatakan:

“Firman Allah Subhanahu wa Taala [au nisaa`ihinna], maksudnya adalah, seorang wanita Muslimah juga dibolehkan menampakkan perhiasannya (auratnya) kepada wanita-wanita Muslimah, namun tidak boleh kepada ahlu zimmah (wanita-wanita kafir ahlu zimmah); agar wanita-wanita kafir itu tidak menceritakan aurat wanita-wanita Muslimah kepada suami-suami mereka. Walaupun hal ini mesti dihindari (mahdzuuran) pada semua wanita, akan tetapi kepada wanita ahlu zimmah lebih ditekankan lagi. Sesungguhnya tidak ada larangan mengenai masalah ini (menceritakan aurat wanita lain) bagi wanita ahlu zimmah. Adapun untuk wanita Muslimah, sesungguhnya, dia memahami bahawa hal ini (menceritakan aurat wanita lain kepada suaminya) adalah haram. Oleh kerana itu, hendaknya dia menjaga diri dari hal tersebut.

[Tafsir Ibnu Katsir, juz 6, hal. 48]



Soalan Tambahan ~

2) Bagaimanakah kalau di universiti, rakan sebiliknya kafir. Haruskah berpakaian menutup aurat sama seperti ketika berhadapan dengan lelaki ajnabi ketika di bilik jika begitu?

Assalamualaikum wbt.

Ulama’ berbeza pendapat dalam hal ini, menurut mazhab syafie, auratnya sama sahaja dengan lelaki bukan mahram, manakala sebahagian ulama’ yang lain menyatakan sama seperti wanita Muslimah yang lain dengan syarat wanita kafir itu dipercayai seperti tidak akan menceritakan aurat kita kepaa orang lain dan sebagainya.

Ini pula adalah fatwa tentang hal ini:

Keputusan:

Terdapat dua pendapat berkaitan permasalahan ini :
1) Harus bagi wanita bukan Islam melihat anggota wanita Islam yang terdedah pada kebiasaannya ketika menjalankan pekerjaan. Yang dikehendaki dengan anggota yang terdedah diwaktu menjalankan pekerjaan ialah kepala,tengkok/leher, lengan dan hujung betis.dan haram baginya melihat anggota-anggota yang lain dari yang tersebut.

2) Harus bagi wanita bukan Islam melihat aurat wanita kecuali anggota diantara pusat dan lutut memandangkan kepada mereka sama-sama wanita.

Pendapat pertama adalah muktamad, namun demikian memandangkan keadaan pergaulan wanita yang berlainan agama begitu meluas di sekolah-sekolah, di pusat-pusat pengajian tinggi,di asrama, di tempat bekerja dan lain-lain, maka pendapat kedua itu ada kesesuaian dengan keadaan.

Keterangan/Hujah:

Rujuk nas Hasyiyah Qalyubi juzuk 3 m/s 211


Teluk Intan,Perak


Brought to you by : shattirs

Wednesday, November 24, 2010

Cegah Pesta Seks Bebas ::Us Din Tantawi ~~

1. Tidak salah mahu berhibur dan bergembira tetapi mestilah TIDAK keterlaluan dan melampaui batas dalam meruntun hawa nafsu yang sememangnya tidak pernah kunjung puas biar 1001 keseronokan dianjurkan. Sementelah pula majlis hiburan dan keseronokan melampau yang membawa implikasi buruk pada moral , minda , akhlak dan peradaban seperti seks bebas , tarian lucah , pil ectasy , pil kuda dan lain - lain .

2. Biasanya menjelang tahun baru atau lainnya termasuklah meraikan hari - hari perayaan tertentu dalam negara kita, akan ada pelbagai bentuk keraian melampau yang diraikan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab terhadap moral masyarakat. Apa yang mereka fikir ialah happy dan enjoy sehingga tergamak melanggar batas agama dan norma tatasusila serta adab orang timur .

3. Saya menggesa supaya pihak berwajib mengambil serius perkara ini agar tidak terlepas pandang pelbagai aktiviti mungkar yang boleh merosakkan akhlak dan minda masyarakat lalu meletakkan mereka dan negara tercinta ini di bawah kemukaan Allah swt .

4. Terlebih penting bagi pihak kerajaan sendiri agar mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang cuba merosakkan moral dan nilai diri manusia justeru ia juga sebahagian dari usaha menjaga pembangunan seimbang rakyat dan negara. Negara akan musnah dan binasa jika rakyatnya hanya disogok dengan pembangunan material tanpa pembangunan spiritual atau ruhani mereka .

5. Akhlak dan moral yang rosak inilah akhirnya meningkatkan kadar bencana sosial , jenayah , rasuah , salah laku seks dan 1001 pencemaran moral yang lain . Jangka panjang negara ini akan binasa . Saya mendapat maklumat bagaimana sambutan Krismas kali ini [ 25 Dec 2010 ] juga ada pihak tertentu yang mengaku muslim mahu menganjur parti yang menjerumus ke arah seks bebas di kelab malam tertentu. Aktiviti seperti inilah yang saya maksudkan supaya pihak berwajib tidak berdiam diri atau hanya menunggu laporan kes setelah aktiviti itu selesai dilangsungkan .

[ Maklumat yang saya terima : Seorang perempuan berusia 20 tahun. Melayu dan beragama Islam menganjurkan satu pesta yang diberi nama Christmas Party Foam yang dijadualkan pada 25 Dec ini . Dia juga berkerja sebagai model sambilan. Dia ambil gambar bogel dan paparkan di internet utk cari rezeki. Dia anjurkan event krismas. Jualan tiket sedang berjalan , ada jualan arak. dan tak boleh pakai baju. kena pakai bikini sahaja dan ianya dianjurkan di kelab malam .]

Kini kempen party ini di facebook tidak lagi boleh diakses tetapi belum tentu penganjuran party tersebut dibatalkan. Harap pihak berkuasa memantaunya

6. Cegahlah sebelum parah justeru realitinya saya lihat aktiviti ini ia tidak terhenti setakat bergaul bebas lelaki perempuan dengan mabuk - mabukan atau khayal - khayalan dengan arak , pil kuda , ectasy serta penzinaan atau seks bebas malah ia akan mengheret pelaku yang terjebak dalam kancah nafsu liar ini sehingga mengisytiharkan diri mereka murtad .

7. Selamatkan Negara dari anasir mungkar seperti ini . Generasi muda atau generasi baru hari ini sudah muak dan jelek dengan hiburan yang keterlaluan ini . Apa yang anak muda mahu ialah hiburan yang berinformasi , hiburan yang mendamaikan jiwa , hiburan yang menenangkan perasaan dan hiburan yang tidak mencabar kesucian minda , moral dan akhlak mereka .

8. Pemikiran positif generasi muda baru di zaman ini ialah fokus bagaimana mereka mahu membangunkan negara , memurnikan sosial dan meningkatkan nilai suci pada modal insan atau sumber manusia yang akan menjadi mengisi ruang kemerdekaan negara yang telah dicapai sekian lama .

9. Tentunya generasi muda hari ini tidak mahu mindanya kembali dijajah oleh budaya dan cara hidup penjajah biarpun mereka tidak lagi datang menjajah tanahair sebagaimana episod penjajahan sebelum merdeka . Tiada ertinya merdeka andai minda dan jiwa masih dibawah pengaruh cara dan gaya hidup penjajah . generasi muda pasti menuntut satu nilai dan harga diri yang mulia dan bebas dari pengaruh penjajah .

10. Inilah sinar baru buat negara dan rakyat . Negara dan rakyat yang hebat. Tidak runtuh peribadi dan nilai integriti sebaliknya memiliki kualiti nilai yang tinggi . Disegani dan dihormati dan apa yang paling penting ialah diiredhai Tuhan rabbul izzati .




Ayuh Pemudaku Bangkit! kini waktu untuk bekerja ~

1. Mendepani iklim politik baru , pemuda PAS mesti lebih bersedia menghadapinya dengan mempertingkatkan penguasaan ilmu agama dan ilmu politik semasa serta memberikan komitmen yang tinggi terhadap gerakkerja berorganisasi . Demikian juga tumpuan wajib diberikan kepada usaha memantapkan nilai peribadi yang soleh bagi setiap anggota pemuda PAS.

2. Pemuda PAS tidak harus leka dengan pelangi kemenangan sebaliknya meneruskan kerja gigih memperkasakan parti khasnya Dewan Pemuda di semua peringkat melalui pengukuhan Unit Kerja Jamaah [ UKJ ] . Kemenangan adalah suatu yang pasti dan ianya adalah janji Allah swt yang pasti tiba saat dan detik yang akan ditentukan oleh Allah swt. Persoalan yang penting ialah kerja dan tugas yang digalas sebagai tanggungjawab serta amanah mesti ditunai sebaik mungkin .

3. Turunlah ke padang ! lalu santuni anak muda . Terjunlah ke lapangan ! lalu didik dan bimbinglah anak muda . Lepaskan selimut anda dan bebaskan diri dari kilauan fatamorgana . Justeru kemenangan yang diidamkan tidak mungkin dapat dicapai semudah yang dijangka.

4. Kita mesti bina kekuatan sendiri ! bukankah ini telah menjadi amanah Dato' Seri Presiden ? Jangan hanya mengharapkan kelemahan musuh sementara kita mengelamun membina track menuju Putrajaya . Ingat , kini lawan politik kita telah menyedari kelemahan mereka dan mereka bekerja keras memperbaiki kelemahan tersebut . Andai kita terus leka , kita bakal kecundang wali'yazubillah .

5. Masa tidak banyak dan pastinya ia pantas berlalu . Pilihanraya kian hampir . Laksanakan segala pengarahan parti serta pro aktif menggerakkan jentera parti . Kreatif dalam dalam penganjuran gerakkerja agar ia efektif dan menepati sasaran dengan hikmah dan bistari .

Shattirs : Alhamdulillah,hampir sebulan saya sudah berada dibumi Malaysia yang tercinta bersama seisi keluarga yang bahagia.Mudah-mudahan Allah merahmati hidup kita dengan pemberian nikmat yang perlu disyukuri,insyaAllah.

Terasa diri ini agak sibuk sejak pulang dengan pelbagai aktivti dan plan yang dirancang,moga-moga ianya penuh dengan ilmu dan perkara yang bermanfaat,amin.

Perancangan di Malaysia ~

Shattirs : Mengikut plan awal,saya nak sambung Master di UM/UIAM,tetapi bertukar kepada plan kerjaya dan berkhwin dahulu.Tawaran dari MARA DAN KPLI sudah dilepaskan,menunggu 2.12 temudga di Putrajaya [Pensyarah Kementerian Pengajian Tinggi GRED DH41],doakan kita semua dipermudahkan dalam semua perkara,amin ya Allah ~

Sesunguhnya rezeki yang kunjung tiba sejak pulang adalah kurniaan dari ilahi,maka ucapkanlah terima kasih dan selaut kesyukuran hanya untuk-nya..

Cheras Perdana,


Bandar Tun Husein Onn,KL

Brought to you by : shattirs


Monday, November 15, 2010

Program terakhir di MESIR [Ktb 6 PMRAM 2]


Shattirs : Alhamdulillah,program saya terakahir brsama para Masyeikh Al-Azhar sehari sebelum pulang ke Tanah Air[Ktb 6 siri 2].Mudah-mudahan pengalaman yang amat beharga ini sedikit sebanyak dapat memberi impak dimasa hadapan.

Semoga persatuan PMRAM dapat meneruskan program Kutub Sittah untuk siri yang seterusnya.

Shattirs : Pelajaran nmbr 1 tapi persatuan bukan nmbr 2 ~

sedikit gambar untuk tatapan pengunjung blog shattirs..




::Majlis Perasmian oleh Naib Syeikhul Al-Azhar::




::Solat Tiang Agama::


::Senja Berlabuh Malam::


::Sahabat Ibrahim & Zairul::

::Tantawiyyun::

::Majlis Penutup dihadiri Habib Ali-Al-Jufri::

http://kutubsittah-pmram.blogspot.com


Presint 8,Putrajaya


3,30 P.m


Brought to you by : shattirs

Saturday, November 13, 2010

KALKULATOR CINTA

Oleh : UMMU HUSNA [isteri Us Zaharuddin Abd Rahman]


Dalam duduk bersendiri melayan mata yang belum mengantuk malam tadi, hati saya berbisik sendiri.

Berulangkali.

Membaca beberapa komen teman-teman lewat status saya di fb, semakin menambah kekuatan saya berimaginasi.

Angan-angan saya, alangkah baiknya, jika ada satu alat yang berfungsi seperti sebuah mesin kira-kira, yang boleh digunakan untuk aktiviti tambah, tolak, darab dan bahagi. Cuma kelainannya ialah subjek yang dihitung bukanlah satu benda, tetapi adalah sebuah cinta.

‘Kalkulator cinta’.**

Saya cuba membayang-bayangkan aplikasinya.

Andai seorang suami melafazkan puji-pujian kepada isteri tersayang, disertai ucapan, I love you my dear, maka aktiviti tambah akan berlaku kepada kalkulator cinta mereka. Ini kerana, ucapan cinta menambah bahagia, membuatkan seorang isteri rasa dikasihi dan dihargai.

‘Suami, ucapan cinta, romantik + CINTA = isteri gembira = rasa bahagia.

Saya berangan-angan lagi.

Andai seorang suami menegur gaya berpakaian isteri sebelum keluar membeli di pasar tani dengan kata-kata : ‘Cantiknya awak hari ni! Macam nak pergi mengurat mamat benggali!’. Maka aktiviti tolak akan berlaku kepada kalkulator cinta mereka. Ini kerana, kata-kata yang kasar amat dibenci oleh seorang isteri, walaupun teguran yang diberi adalah benar demi kasih dan cinta suami kepada isteri.

‘Suami, sindir, perli – CINTA = isteri terasa hati = masam mencuka wajahnya sehari.


HATI SEORANG ISTERI
Saya sebenarnya tidaklah terlalu serius memikirkan keperluan wujud atau tidak alat sedemikian. Sekadar berfikir separa santai dalam menanggapi sekian banyak kemelut rumahtangga yang berlaku hari ini.

Salah satu darinya diutarakan melalui ruangan komentar pada artikel, JANGAN BERHENTI BERKENALAN : Renungan buat suami dan isteri. Beliau yang menamakan diri sebagai Lynn meluahkan isi hati :

“Saya suka membaca perkongsian ini. Saya sedang menghadapi kemelut rumahtangga.Sudah sekian lama berkahwin (hampir 5 tahun), suami tidak pernah memujuk, berbual, berkomunikasi (hanya bila mahukan hubungan intim) malah tidak pernah memberitahu apa yang disukai atau apa yang tidak disukai.

Saya bagai hidup dengan ‘stranger’ setiap hari saya menangis mengenangkan hal ini. Saya tidak mahu ‘selfish’, anak saya sudah 3 orang walau saya masih muda (belum menjangkau 30 tahun). Saya sayangkan rumahtangga ini dan anak-anak, cuma sedih kerana rasa langsung tidak dihargai kecuali bila suami mahukan hubungan intim. Saya bukan wanita berkerja, saya korbankan karier untuk mencurahkan sepenuh perhatian kepada suami dan anak-anak. Dunia saya hanya suami dan anak-anak. Bila jadi begini, saya rasa amat tertekan dan rasa ‘useless’. Apa yg patut saya buat/fikirkan?

Banyak kali saya berbincang dengan suami namun jawapan yang diberikan hanya 1 :

"Maaf abang tak tahu nak cakap apa.”

Saya sangat kecewa. Saya tak pernah berhenti berdoa dengan harapan suami akan menyayangi saya.

Saya pernah suarakan, jika suami mempunyai kekasih hati/pilihan lain saya izinkan dia berkahwin. Mungkin suami akan berubah kepada yang lebih baik dengan cara ini tapi tiada jawapan dari suami dan hubungan kami berterusan hambar beku seperti ini.

Harap ustazah sudi memberikan pandangan.


WANITA DAN KATA-KATA CINTA
Saya bersimpati dengan kemelut perasaan yang sedang dihadapi oleh Puan Lynn. Sebagai seorang wanita, saya maklum, belaian jiwa dari seorang suami yang dijelmakan melalui kata-kata seperti ucapan sayang, bicara yang lembut, mahupun sekadar lafaz terima kasih, banyak memberi kesan dan ransangan yang positif terhadap keutuhan rumahtangga yang dibina.

Isteri mana yang tidak bahagia dengan kata-kata yang menggambarkan penghargaan dari suami tercinta. Sesaat lafaz sayang diperdengarkan, sudah cukup meredakan keletihan isteri berbakti untuk anak-anak dan suami. Sepatah ucapan terima kasih diberikan, sudah cukup menjadi penawar yang meredakan resah isteri berdepan rutin yang sama di kebanyakan hari.

Hanya semudah itu, seorang suami dapat mengungguli emosi isteri yang dikasihi. Ia tidak banyak memakan masa, menagih kudrat dan tenaga dan tidak juga menelan belanja yang tidak terjangka nilainya.

Cukup hanya sekadar kata-kata mesra.

Namun begitu, sebagaimana kata-kata yang saya titipkan di laman fb, sebagai peringatan kepada teman-teman, juga untuk tatapan dan renungan diri sendiri, saya menukilkan :

“ALLAH SWT tidak memberikan semua yang kita inginkan, tetapi DIA memberi apa yang kita perlukan.”

Saya akur, bukan semua wanita, bertuah dapat menikahi jejaka yang ‘cukup’ serba serbi. Seorang yang soleh dan bertaqwa, pandai pula berlawak jenaka, mahir memikat dengan aksi dan gaya yang menambat sukma, juga bertanggungjawab terhadap anak dan isteri di bawah seliaannya.

Tidak semua lelaki memiliki pakej lengkap sebegini!

Kerana itu, saya melontarkan satu persoalan :

“…antara suami yang romantik dan bertanggungjawab, yang manakah menjadi dambaan?”


IF MAN COULD TALK
Demikian satu judul buku yang dikarang oleh, Dr Alon Gratch, seorang pakar psikologi klinikal dan juga seorang pensyarah di dalam bidangnya. Beliau banyak menulis untuk pelbagai penerbitan termasuk New York Times dan Wall Street Journal.

Manurut Dr Gratch, lelaki bukan tidak boleh berbicara, hanya saja mereka lebih mudah berkata-kata dengan bahasa yang berbeza. Tidak sebagaimana kaum perempuan, yang umumnya terbuka dengan perasaan mereka, kebanyakan lelaki merasa sangat sulit untuk ‘membuka’ diri untuk orang lain. Oleh sebab itu, pada dasarnya, kaum lelaki sering terlihat jauh dan terasing serta sukar difahami, atau dalam banyak keadaan, agak keras dan menjengkelkan.

Oleh kerana itu juga, lelaki lebih mudah mewakilkan luahan kasihnya melalui sejambak bunga, atau paling tidak mereka akan memilih sekeping kad yang telah dipenuhi dengan berbaris ayat dan madah pujangga supaya ruang untuk mereka menulis menjadi lebih terhad dan tidak terlalu luas.

Justeru, saya berpandangan bahawa seorang isteri yang sentiasa menginginkan kebahagiaan dan ketenangan di dalam rumahtangganya pasti akan berusaha mengerti, meneliti secara jujur dan yakin diri bahawa tanda-tanda cinta seorang suami terhadap isteri ada pelbagai sudut dan segi.

Kasih sayang seorang suami bukan hanya boleh dinilai dengan kata-kata cinta dan ucapan mesra semata-mata ( verbal ), akan tetapi lebih penting dari itu ia harus dibuktikan melalui perbuatan dan tingkahlaku ( non-verbal ).

Kasih sayang, sama ada ia boleh diimplimentasikan dengan kalimah indah dan menyejuk jiwa, ia juga boleh dijelmakan dari perilaku yang baik, pandangan yang mendamaikan, juga sentuhan dan belas ihsan. Dan yang paling utama, peranan dan tugasnya sebagai ketua keluarga telah dilaksana sebaik-baiknya.

Walau tanpa bicara, ia cuba untuk menterjemahkan perasaan dalamannya yang dipenuhi rasa cinta dan kasih mesra terhadap isteri dan cahaya matanya dengan cara yang diyakininya. Sungguhpun cara ini mungkin kelihatan agak sederhana pada penilaian ramai wanita, tetapi ia tetap bernilai secara makna, lebih-lebih lagi kepada sebuah institusi keluarga.

Justeru itu, pandanglah keadaan ‘tanpa suaranya’ ini sebagai satu kelebihan, kerana seorang suami yang memiliki upaya sebegini adalah seorang suami yang punya keistimewaan tersendiri. Dia sebenarnya seorang yang penyayang tetapi kasihnya ditunjukkan dalam diam. Tanpa bicara, tidak melalui kata-kata.


BAHASA TUBUH RASUL JUNJUNGAN
Rasulullah SAW sendiri sebagai contoh tauladan terbaik seorang suami yang menyintai dan menghargai isteri, banyak menunjukkan kasih sayangnya dalam bentuk non-verbal ini. Situasi ini dapat dilihat dari sekian banyak hadis-hadis baginda, di antaranya :

1. Bersegera menemui isteri jika tergoda. Dari Jabir, sesungguhnya Nabi SAW pernah melihat seorang wanita, lalu baginda masuk ke tempat Zainab, lantas baginda menumpahkan keinginan baginda kepadanya. Setelah itu, baginda keluar dan bersabda : “Bila seseorang di antara kamu melihat seorang wanita yang menarik, hendaklah ia mendatangi isterinya, kerana pada diri isterinya itu ada hal yang sama dengan yang ada pada wanita tersebut." ( Hadis riwayat Tirmidzi )

2. Bergiliran minum pada tempat yang sama. Dari 'Aisyah r.a, dia berkata : "Aku biasa minum dari cawan yang sama ketika haid, lalu Nabi mengambil cawan tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat aku meletakkan mulutku, lalu baginda minum, kemudian aku mengambil cawan, lalu aku menghirup isinya, kemudian baginda mengambilnya dariku, lalu baginda meletakkan mulutnya pada tempat aku meletakkan mulutku, lalu baginda pun menghirupnya." ( Hadis riwayat 'Abdurrazaq dan Sa'id bin
Manshur)

Hadis-hadis di atas menggambarkan betapa indah kemesraan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW kepada isteri baginda, sekaligus menyatakan bahawa Islam sangat mementingkan komunikasi non-verbal ini, kerana sememangnya bahasa tubuh, dalam banyak situasi dan kondisi, lebih efektif menyatakan cinta dan kasih sayang antara suami isteri.


PRO-AKTIF
Saya bersetuju, andai menginginkan suami romantik, tidak salah jika isteri yang memulakan langkah pertama. Bersikap pro-aktif dalam persoalan rumahtangga dan kebahagiaan ikatan perkahwinan tidak akan merugikan pihak isteri. Sebaliknya, bak kata pepatah Inggeris :

‘What you give, you get back’.

Dengan senyuman yang manja, sentuhan yang lembut diiringi tutur kata yang sopan bersahaja, pasti dapat menjadi pemangkin buat seorang suami yang pendiam untuk berbicara sepatah dua.

Walau masa yang diambil, mungkin bertahun lamanya, namun usaha yang ikhlas kerana ALLAH, demi kelansungan ikatan perkahwinan dan keharmonian rumahtangga, pasti akan beroleh bantuan dari Yang Maha Esa. Memang tidak mudah, tetapi dengan kesabaran dan mujahadah beserta penyerahan yang tuntas kepada ALLAH, segalanya impian akan menjadi nyata, InsyaALLAH.

Ini sifir yang saya yakini ketepatannya.

Selebihnya, mungkin perkongsian pengalaman dari dua wanita ini, dapat membuka mata dan hati wanita lain yang membaca.

Itu harapan saya.


KALKULATOR CINTA
Akhirnya, buat Puan Lynn dan para isteri di luar sana, saya suka berkongsi beberapa ayat yang sangat memberi kesan kepada diri ini untuk terus memuhasabah sikap, tindakan dan perlakuan saya sehari-hari, terutama dalam menunaikan hak suami dan pelaksanaan tanggungjawab sebagai isteri.

Firman ALLAH SWT :

وَنَضَعُ الْمَوَازِينَ الْقِسْطَ لِيَوْمِ الْقِيَامَةِ فَلَا تُظْلَمُ نَفْسٌ شَيْئًا وَإِن كَانَ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِّنْ خَرْدَلٍ أَتَيْنَا بِهَا وَكَفَى بِنَا حَاسِبِينَ

Maksudnya : “Kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari kiamat, maka tiadalah dirugikan seseorang barang sedikit pun. Dan jika (amalan itu) hanya seberat biji sawi pun pasti Kami mendatangkan (pahala) nya. Dan cukuplah Kami sebagai Pembuat perhitungan.” ( Surah al Anbiya’ ayat 47 )


Maksudnya : ”Dan tiap-tiap manusia itu telah Kami tetapkan amal perbuatannya (sebagaimana tetapnya kalung) pada lehernya. Dan Kami keluarkan baginya pada hari kiamat sebuah kitab yang dijumpainya terbuka.” ( Surah al-Israa ayat 13 )

اقْرَأْ كَتَابَكَ كَفَى بِنَفْسِكَ الْيَوْمَ عَلَيْكَ حَسِيبًا

Maksudnya : "Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada waktu ini sebagai penghisab terhadapmu." ( Surah al-Israa ayat 14 )

Saya mengakhiri coretan di ruang fb dengan komen balas berisi sedikit renungan buat diri sendiri dan teman-teman :

“Dalam mempersoalkan tentang hak, adalah lebih baik kita ( isteri ) bertanyakan diri tentang tanggungjawab yang kita telah, sedang dan akan berikan buat yang berhak ( suami).

Fokus kepada apa yang kita perlu buat sebagai seorang isteri dari menumpukan kepada apa yang kita patut dapat dari seorang suami.

Bimbangnya diri ini, andai di akhirat nanti, kita menjadi musuh kepada diri sendiri atas kecuaian dan kelalaian sebagai isteri ketika hayat di dunia ini.”


Realitinya, kalkulator cinta suami isteri di dalam Islam tidak berkisar sekadar luahan cinta dan kata-kata yang indah membelai jiwa semata. Ia tidak terhenti hanya pada kiraan secara lahiriah dan fizikal sahaja, tetapi ukuran cinta yang hakiki adalah berlandaskan taqwa, ikhlas dan menuruti sunnah Nabi yang diperakui Ilahi. Keredhaan ALLAH, matlamat utama cinta mereka. Walau sekecil apa pun usaha yang dilakukan demi menjamin ikatan yang ada tidak terlerai dan bubar, ia pasti diberikan ganjaran setimpal oleh Yang Maha Esa.


Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta
pada-Mu, telah berjumpa pada menunaikan ketaatan pada-Mu, telah bersatu dalam
berdakwah untuk kembali pada-Mu, telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tidak pernah pudar. Lapangkanlah
dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di
jalan-Mu.


Ameen ya rabbal alamin.


Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.