Keluarga SHATTIRS

Keluarga SHATTIRS
Assalamualaikum WBT

SHATTIRS Followers

Popular Posts

Monday, January 11, 2010

Amalan Harian Muslim & Gambar Keluarga di MESIR

Shattirs : Sebelum anda semua membaca amalan pendinding dari syaitan dan iblis.Di sini dapat saya sertakan hanya 3 gambar sahaja.Ini disebabkan oleh permintaan dari pembaca blog shattirs yang ingin melihat gambar keluarga ketika datang ke bumi Mesir baru-baru ini.



::Ayah melihat puncak Piramid::




::Kecik je Piramid ek?::



::Nak Ke Mana Tu? :) ::

Shattirs : Tidak kelihatan sahabat saya Iskandar Padali yang sudi membawa saya dan keluarga selama 10 hari di sini.Mudah-mudahan kenangan yang manis ini akan kekal dalam sanubari kita bersama,insyaAllah.

...........................................................................

(~ Pagar Diri Dari Syaitan ~)

Di bawah ini di nyatakan cara cara atau amalan yang boleh di lakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam.Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda.Ia boleh menyerang anda. Ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan..Insya-allah

Pagar Pertama (1) - Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah


Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi: "Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu".(Riwayat al Bukhari.)

Pagar Kedua (2) - Berwuduk sebelum tidur


Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada mereka.

Sabda Rasulullah S.A.W: Ertinya: "Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walaupun sedetik untuk mengucapkan doa: 'Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci.'(Riwayat at Tabraaniy dgn sanad yang baik.)

Pagar Ketiga (3) - Mengambil berat tentang solat berjemaah

Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.

Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W.telah bersabda:Ertinya: 'Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah. Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.(Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik).

Pagar Keempat (4) - Mendirikan Solat Tahajjud utk memagarkan diri dari sihir

Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya.Sifat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu.Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut.

Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda:Ertinya: "Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya"(Riwayat al Bukhari dan Muslim).

Pagar Kelima (5) - Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas

Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan mencuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ketandas. Di dalam sebuah buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan.

Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata: Ertinya: "Dengan nama Allah. Ya Allah!Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan".

Riwayat al Bukhari dan Muslim. Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.

Pagar Keenam (6) - Memagar isteri selepas selesai akad nikah

Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:

"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya,dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya."(Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik).

Pagar Ketujuh (7) - Berwuduk sebelum tidur, membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap.


Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah: "Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi''.

Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata: "Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ia sendiri sememangnya penipu."(Riwayat al Bukhari).

Brought to you by : shattirs

Saturday, January 2, 2010

Guna Kalimah Allah secara tepat tanpa seleweng





Sumber : Harakahdaily


KUALA LUMPUR, 2 Jan: Biarpun akhbar mingguan The Herald boleh menggunakan perkataan 'Allah' dalam penerbitan mereka, namun penggunaan kalimah tersebut perlu diguna secara tepat dengan maksud yang tidak menyeleweng dari kefahaman sebenar 'Allah' kepada umat Islam.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasaruddin Hassan berkata, beliau menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu namun diharap penggunaannya pada tujuan yang baik dan bukan untuk dipermainkan sewenangnya.

"Selagi mana kalimah Allah itu digunakan dengan tujuan yang baik, dengan benar menyatakan Allah itu satu, Allah itu Esa tanpa sebarang penyelewangan dan pengkhianatan terhadap maksud sebanar Allh, maka itu dibenarkan.

"Pendirian kami, siapun pihak hatta umat islam sendiri pun sekiranya hendak menggunakan kalimah Allah, hendaklah menggunakan dengan penuh hormat tanggungjawab bukan menggunakannya dalam maksud mempersenda, mempermain, mengambil mudah dengan kalimah tersebut", kata beliau ketika diminta mengulas perkara itu baru-baru ini.

Beliau juga tidak menolak kebimbangan sesetengah pihak bahawa kemungkinan penggunaan kalimah tersebut disalahguna.

Jika keadaan itu berlaku, beliau bimbang ianya akan mencetuskan kemarahan umat Islam seluruh dunia memandangkan ianya sangat sensitif.

"Ada pun yang kita bimbang ialah jika sekiranya penggunaan itu adalah penggunaan untuk mempersenda mempermainkan kalimah Allah dan meletakkan kalimah itu di merata tempat tanpa menghormati sensiviti umat Islam, dan itu adalah sesuatu yang perlu diambil perhatian", katanya lagi.

Beliau juga tidak membantah sekiranya Kementrian Dalam Negeri (KDN) mengemukakan rayuan membatalkan keputusan itu kerana merupakan hak KDN dan ada kewajarannya untuk menjaga penggunaan kalimah 'Allah' dari di seleweng dan salahguna.

Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur , Datuk Lau Bee Lan memutuskan bahawa larangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap penggunaan perkataan 'Allah' adalah tidak sah dan batal.

Berikutan itu, mahkamah membenarkan permohonan Gereja Katholik untuk mengetepikan larangan tersebut.

Menurutnya, akhbar mingguan The Herald boleh menggunakan perkataan 'Allah' dan menegaskan bahawa perkataan tersebut bukan hanya ekslusif untuk Islam sahaja.

Keputusan mahkamah mengetepikan larangan KDN itu, akan memboleh The Herald dan penerbitan bukan Islam yang lain, menggunakan perkataan 'Allah' sebagai terjemahan bagi perkataan 'Tuhan' dalam versi bahasa Melayu mereka.

KDN bagaimanapun akan memfailkan rayuan berhubung keputusan tersebut.

Bantah guna kalimah Allah





AHLI Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) Selangor memegang sepanduk membantah penggunaan kalimah Allah oleh agama lain selepas solat Jumaat di hadapan Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, semalam. –

Sekumpulan ahli daripada 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkumpul di hadapan Masjid Wilayah Persekutuan hari ini bagi membantah keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan akhbar mingguan Gereja Katholik menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya.

Mereka berkumpul selepas solat Jumaat dengan membawa sepanduk yang menentang keputusan berkenaan.

Antara NGO yang mengambil bahagian adalah Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) Negeri Perlis, Selangor dan Perak, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia dan Alumni UMNO Luar Negara.

Yang Dipertua Perkasa Negeri Perlis, Ameir Hassan berkata, sebagai orang Melayu beragama Islam yang sekian lama menggunakan kalimah Allah, mereka berasa tercabar dengan keputusan itu.


Shattirs : ya Allah,selamatkanlah agama ISLAM.. ~ AMIN ~

Bulan Peperiksaan Universiti Al-Azhar (FASA 1)



Salam untuk semua...

1) Minta maaf sebab dah lama membiarkan teratak shattirs ini berdebu.Ini disebabkan oleh sedikit kesibukan tuan punya teratak ini.Terima kasih kepada pengunjung setia blog shattirs yang senantiasa menanti bilakah tuan punya blog nak meng'updte blog shattirs ini.Jazakumullah khairan kathira saya ucapkan kepada anda semua.

2) Alhamdulillah keluarga selamat pulang ke Tanah Air setelah mengembara selama 10 Hari untuk melihat kepelbagaian kuasa Allah yang ditanam di bumi Ardhul KInanah ini (Mesir).Semestinya banyak pengalaman ynag menarik magupun manis sepanjang keberadaan keluarga disini.

3) Kenangan yang sangat manis yang boleh saya ungkapkan kat blog shattirs ini,tikamana dapat bergambar bersama Mufti Mesir (Allamah Syeikh Dr Ali Jummah) bersama keluarga kat Masjid Al-Azhar,Kaherah pada 25/12/09 yang lalu.

4) Dua hari selepas itu,diberikan sekali lagi peluang oleh ilahi ketikamana dapat bergambar bersama Prof Dr Ibrahim Hafnawi (Guru kesayangan yang mengajar Usul Fiqh sejak tahun 1,Al-Azhat,TANTA) dengan keluarga tercinta.Ini sebahagian daripada agenda lawatan ke Bumi Tanta.

5) Makluman juga saya tidak dapat meletakkan gambar buat masa ini,tetapi 'ala kulli hal',siapa yang nak tengok sangat gambar saya dan keluarga di Mesir bolehla datang ke rumah saya kt Teluk Intan,Perak dan Tanta Scan.Tanta ^_^ .

6) Untuk akhirnya,selamat menempuh bulan peperiksaan kepada semua rakan-rakan seperjuangan di bumi Mesir ini,samada kuliah Pengajian Islam mahupun Perubatan.Bittaufq Wannajah pada semua.insyaAllah.

7) Saya mula Exam dari 16 - 30/1/2010 (Tahun 4)~ (Doakan kejayaan untuk Islam) AMIN ~

8) Tidak lupa juga ucapan perkahwinan buat kawan-kawan di bumi Malaysia yang akan dan telah melangsungkan perkahwinan,moga bahagia hingga akhir hayat hendaknya.Amin.

FITRI NURUL AIN NORDIN & ABD RAHMAN THARIN -- 20/12/2009


MOHD ANUAR IBRAHIM & PASANGANYA YANG MINTA DIRAHSIAKAN..:) 27/12/2009.

Shattirs : Mudah-mudahan kalian semua dalam rahmat Allah selalu.

9) Sebelum terlupa,terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang "wish' hari lahir (Besday) saya yang lalu 25/12/2009 (Hari JUMAAT)~.Moga-moga dengan bertambahnya nikmat umur,bertambah juga amalan dan nikmat2 dari ilahi.insyaAllah.

~Video Klip Menarik ~Albi Nadak @ Seruan Hatiku ~




Brought to you by : shattirs

Tanta Scan.TANTA
MESIR 4.30 PM.