Keluarga SHATTIRS

Keluarga SHATTIRS
Assalamualaikum WBT

SHATTIRS Followers

Popular Posts

Wednesday, June 30, 2010

Simptom ganguan Jin/Syaitan/Iblis



Shattirs : Anda pernah mengalami ganguan Jin/makhluk halus atau seumpama denganya.Apakah tanda-tandanya,disini dapat saya sertakan tanda semasa tidur dan sedar untuk rujukan kita bersama.


Semasa Tidur ~


1) Sukar tidur malam.
2) Mimpi melihat binatang seperti anjing, ular, kerbau dan sebagainya.
3) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
4) Bermimpi di tempat tinggi @ jatuh dari tempat tinggi.
5) Mimpi mengandung dan bersalin.
6) Mimpi keturunan yang telah meninggal dunia.
7) Bermimpi di tempat yang kotor.
8) Bermimpi seram yang menakutkan@ lihat makhluk aneh/menakutkan.
9) Mimpi kabus dan ada ancaman.
10) Mimpi di kawasan kubur.
11) Mimpi di tempat sunyi.
12) Mimpi lihat salib @ gereja.
13) Mimpi bertemu paderi.
14) Mimpi diancam benda tajam seperti pisau, kapak, parang dll.
15) Merintih, menangis ketika tidur.
16) Terjaga di tengah malam dalam keadaan takut, cemas, terkejut
17) Selalu ditindih ketika tidur.
18) Gigi berlaga ketika tidur.
19) Ketawa, menangis, menjerit ketuika tidur.
20) Berdiri/berjalan ketika tidur.

Semasa Jaga ~


1) Sakit kepala selepas waktu asar keatas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh dan sering kali terhalang.
4) Badan terasa bisa-bisa, sakit @ lenguh sendi-sendi utama.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sakit pinggang tanpa sebab.
7) Sakit dada bila waktu asar keatas.
8) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
9) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
10) Bayi kerap menangis.
11) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
12) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
13) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
14) Malas beribadat dan lalai daripada mengingat Allah.
15) Nyanyuk ketika usia lanjut.
16) Panas baran.
17) Sikap berubah secara mendadak.
18) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
19) Darah haid turun lebih 15 hari.
20) Batuk yang berpanjangan.
21) Suka melakukan tabiat buruk.
22) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
23) Kerap keguguran.
24) Gagal melakukan hubungan kelamin.
25) Mengantuk bila dengar al-quran.
26) Kuat berangan.
27) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
28) Nafsu seksual yang melampau.
29) Selalu melihat kelibat dirumah.
30) Terasa diri selalu diperhatikan.
31) Mandul.
32) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
33) Melihat jin secara terus.
34) Sakit mental atau gila.
35) Kanser/ketumbuhan/fibroid
36) Seolah-olah terdapat sesuatu di bawah tapak kaki seperti pijak kaca, paku, telur
37) Sawan yang bukan disebabkan oleh demam panas.
38) Down syndrome
39) Migraine.
40) Gastrik.
41) Sakit tulang belakang/belikat.
42) Lihat sesuatu yang pelik semasa jaga.
43) Mudah terkejut/panik/kaget.
44) Gatal pada kulit terutama pada waktu tertentu seperti malam @ tengah hari.
45) Demam yang berpanjangan (tak kebah) terutama pada waktu malam.

Shattirs : Mudah2an Allah melindungi kita semua daripada ganguan dan bisikan syaitan,AMIN

Saturday, June 26, 2010

Tazkirah SHATTIRS


11 jenis manusia yang didoa malaikat ~

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. ... Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."


2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"


3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."


4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."


5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."


6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."


7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. "Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?" Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"


8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"


9. Orang yang membelanjakan harta (infak). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "


10. Orang yang sedang makan sahur. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."


11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."



KALAM SHATTIRS ~



1)Bermula fikrah dengan fikir, kerana berfikir datangnya zikir, bila berzikir terserlah kebenaran dan kebenaran itu datangnya dari Al-Quran… Renung-renungkanlah akan kebenarannya....


2)Manusia mesti berubah...Perubahan bermula dari HATI...Mengubah HATI mesti dgn SOLAT"


3)Pelajar Biasa melihat peluang,pelajar gagal mensia-siakan peluang,pelajar berjaya merebut peluang,pelajar super mencipta peluang,di manakah kita?

Brought to you by : shattirs

Kisah ULAMAK masuk UMNO?


::Wajah bakal ULAMAK::

PAS tidak gentar ribuan orang agama sertai Umno

BERITA 1 ~

KUALA LUMPUR, 26 Jun: Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad (gambar) menegaskan, parti itu tidak gentar dengan kemasukan 40 orang yang berlatar belakang agama menyertai Umno.

Katanya, kalau beribu-ribu menyertai Umno pun PAS tidak takut, lebih-lebih lagi yang menyerahkan borang semalam adalah mereka yang tidak diketahui langsung dari mana kedudukan mereka di tengah-tengah masyarakat.

“Saya cuba hubungi rakan di Fakulti Islam UKM untuk bertanya seorang yang masuk menyertai Umno itu pensyarah Fakulti Islam, rakan saya beritahu, beliau pun tidak kenal,” ujarnya.

“Jikalau beliau yang menjadi pensyarah senior di Fakulti Islam UKM pun tidak kenal, macam mana pula Pak Mat di Dabong, Gua Musang dan Mak Minah di Hulu Tembeling Pahang hendak kenal,” ujarnya sinis.

Tegasnya, perjuangan PAS bukan menentang peribadi tetapi menentang dasar Umno.

Menurutnya, sesiapa sahaja yang memimpin Umno, PAS akan tentang selagi mempertahankan dasar Umno yang membawa perkara munkar dan mengkhianati amanah negara dan rakyat.

PAS, jelasnya tidak pernah berundur walau setapak untuk menyatakan Umno parti yang tidak betul.

Beliau berkata, PAS yakin mereka yang berlatar belakang agama dalam Umno tidak ke mana akhirnya kerana hanya akan menjadi kupang tembaga yang digunakan ketika hendak melawan hujah PAS.

“Itu pun bukan secara berdepan. Mereka hanya berani bercakap ketika seorang diri tanpa di pihak lawan. Beberapa kali PAS ajak berdebat sampai hari ini tidak pernah disahut,” katanya lagi.

Tambahnya, PAS juga yakin bahawa Umno bukan tempat untuk orang agama berjuang.

Sekadar menyebut beberapa nama mereka di dalam Umno yang mempunyai kelulusan yang lebih tinggi dan pengaruh yang lebih hebat daripada 40 orang yang baru menyerah borang menyertai Umno, beliau bertanya ke mana perginya mereka yang berkenaan.

Antaranya ialah Dr Hamid Othman (bekas Prof Madya UKM BA Azhar, Phd UK) , Dr Abdullah Mohd Zin (bekas Prof Universiti Sains Islam Malaysia USIM, BA Madinah, Phd UK), Dr Yusof Nor (bekas Prof Madya UKM, Phd Mesir), Brg Jeneral Hamid Zainal Abidin, Dr Ismail Mat (UKM), Ustaz Nakhaei Haji Ahmad di persada politik umno.

Justeru, ujarnya PAS merasa hairan ketika kapal Umno hendak tenggelam dan penyakit barah Umno sudah sampai kepada peringkat keempat untuk ditalqinkan, tiba-tiba ada mereka yang berlatar belakang agama bersama-sama dengan Umno untuk karam sama.

“Sewaktu anak-anak muda yang memakai subang sebelah dan wanita yang tidak bertudung bersama gerakan untuk menukar kerajaan BN kepada kerajaaan Pakatan Rakyat, tiba-tiba mereka yang belajar agama boleh bersekongkol dengan Umno.

“Parti yang rapuh, penuh dengan sarat rasuah, moral yang rendah, mengkhianat wang rakyat dan pembaziran, mengambil APCO Yahudi sebagai penasihat, hak milik negara digadai kepada Singapura dan Brunei,” katanya.

Tegasnya, PAS yang berpegang kepada dasar Islam, ulama yang muttaqin menjadi rujukan akan terus mara ke hadapan untuk menyelamatkan rakyat dan negara daripada kehancuran.


BERITA 2 ~

Jumpa Najib, bukan semua masuk Umno

KANGAR, 27 Jun: Walaupun begitu gah Umno mencanangkan di media massa bahawa seramai 40 orang ulama muda telah menyertai parti itu kelmarin, namun maklumat yang diperolehi hanya sebahagian sahaja yang benar-benar berbuat demikian.

Sebaliknya pula, ada sebahagian daripada mereka yang berada di dalam majlis tersebut telah terpedaya dengan mainan politik bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Menurut Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman, ada beberapa orang yang datang dari Perlis untuk berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tujuan yang lain, sebaliknya telah terperangkap dengan sandiwara politik mainan Shahidan.

"Shahidan telah mengambil kesempatan dengan kehadiran mereka untuk tujuan politiknya. Mereka mewakili Persatuan Al-Islah Perlis yang pergi untuk berjumpa Najib bagi membersihkan nama persatuan mereka yang turut dikaitkan dengan isu terkini iaitu Jemaah Islamiah (JI) dan keganasan.

"Salah seorang mereka adalah tenaga pengajar di sekolah kita di Jejawi, Ustaz Wahab Abdullah. Dia bukan pergi serah borang Umno, tapi untuk membersihkan nama persatuannya dari dilabel sebagai pengganas. Maklumat yang kita dapat bukan sampai 40 orang pun yang menyertai Umno," jelasnya dalam majlis ceramah di Markas Tarbiah PAS Padang Besar di Santan dekat sini malam tadi.

Ustaz Wahab adalah tenaga pengajar di Al-Madrasah Ad-Dinniah Al-Islamiyah (MADI), salah sebuah sekolah kelolaan PAS Perlis.

Shattirs :Bagi saya,amat malang jika mereka yang belajar agama,malah jelas kefahamannya menyokong kezaliman serta menjadi sebahagian daripada golongan tersebut.Sebagai Mahasiswa/wi tidak kira dimana jua kita berada,berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara.

Brought to you by : shattirs

Muslimat PAS sambut baik wanita solat Jumaat


::Gambar Hiasan::


Muslimat PAS sambut baik wanita solat Jumaat
~

Sumber : Harakahdaily.net

KUALA LUMPUR, 26 Jun: Muslimat PAS menyambut baik serta gembira dengan saranan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar wanita turut menunaikan solat Jumaat seperti yang dilakukan kaum lelaki.

Ketuanya, Ustazah Nuridah Mohd Salleh (gambar) berkata, walaupun ada segelintir pihak menganggap saranan itu sebagai sesuatu yang janggal, namun ianya amat relevan pada masa kini dan apa yang lebih penting, Islam sendiri tidak menegah wanita daripada berbuat demikian.

Apatah lagi ujarnya, dengan menunaikan solat Jumaat, wanita boleh bersama-sama mendengar khutbah yang disampaikan oleh khatib untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

"Ini satu saranan yang baik kerana dengan menunaikan solat Jumaat, wanita boleh mendengar khutbah yang disampaikan oleh khatib. Mungkin bagi kita ini sesuatu yang baru tapi sebenarnya Islam membenarkan pun wanita itu solat Jumaat.

"Dan sebenarnya khutbah itu sepatutnya memainkan peranan yang besar dalam kehidupan kita untuk pemerintah Islam menyampaikan mesej kepada rakyat," katanya ketika dihubungi Harakahdaily semalam.

Namun ujarnya, bagi memastikan saranan itu mendatangkan keselesaan kepada semua pihak, masjid-masjid yang ada di negara ini haruslah mempunyai ciri-ciri yang mesra wanita terutamanya dari sudut penjagaan aurat.

"Cuma dari sudut masjid sendiri, kita harap dapat mesra wanitalah maksudnya dari sudut penjagaan aurat wanita itu sendiri dan sebagainya, sebab kita takut bila sudah ramai-ramai sangat hal ini terlepas pandang.

“Soal masjid mesra wanita ini perlu diambil kira supaya baik wanita atau lelaki, tidak berasa keberatan untuk ke masjid menunaikan solat Jumaat," katanya yang juga Ketua Muslimat PAS Wilayah Persekutuan.

Ujar Nuridah juga, meskipun saranan itu daripada Menteri Besar Kelantan, namun beliau berharap perkara itu turut diikuti oleh negeri-negeri lain khususnya negeri-negeri Pakatan Rakyat.

"Kita ucapkan syabas dengan saranan dari Menteri Besar Kelantan ini dan mungkin di negeri-negeri Pakatan terutamanya, perkara ini boleh dilaksanakan.

"Tidak ada masalah jika perkara ini dilaksanakan sebab apa yang kita nak didik masyarakat, dapat didengar oleh wanita secara langsung melalui khutbah yang disampaikan. Ini satu pembaharuan dari sudut membudayakan perkara ini dalam masyarakat," katanya.

Sementara itu, menurut satu laporan, Selangor mengalu-alukan kehadiran jemaah wanita bagi menunaikan solat Jumaat di negeri itu sekiranya mempunyai kelapangan dan tidak mengganggu ruang jemaah lelaki.

Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid dilaporkan sebagai berkata, keputusan itu dicapai selepas pihaknya mengadakan perbincangan bersama Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kelmarin.

Menurutnya, Selangor memang sudah mengamalkan solat Jumaat wanita sebelum jawatan mufti diwujudkan iaitu bermula tahun 1935 hingga 1952.

"Solat Jumaat wanita di Selangor sudah lama berjalan sebelum negeri ini mewujudkan jawatan mufti dan sepanjang tahun itu, wanita sudah menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandar Sultan Sulaiman, Klang.

"Namun, selepas 1952, tiada lagi jemaah wanita menunaikan solat Jumaat dan Selangor mengalu-alukan jemaah wanita yang ingin berbuat demikian boleh datang ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz dekat sini," katanya.

Mohd Tamyes berkata, pihaknya memberi jaminan bahawa masjid itu mempunyai ruang mencukupi untuk menampung jemaah wanita tanpa mengganggu jemaah lelaki.

"Di Masjid Negeri, ruang di tingkat atas iaitu tingkat dua tidak digunakan semasa solat Jumaat. Jemaah wanita yang mempunyai kelapangan pada waktu itu dialu-alukan untuk bersolat Jumaat.

"Menjelang tahun depan, Selangor mempunyai dua masjid yang menerima jemaah wanita iaitu masjid di Bukit Jelutong yang mana masjid ini diwakafkan Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah," katanya.

Saranan mengenai perkara itu diutarakan Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS sewaktu berucap di majlis penyerahan dan penerimaan derma mengisi tabung Kompleks Masjid Daruttarbiyah di Kampung Wakaf Zain, Kota Bharu, baru-baru ini.

Shattirs : saya juga amat menyokong dan sangat bersetuju muslimah sama-sama mengerjakan solat Jumaat terutama bagi mereka yang belum berkahwin,sejuk mata melihatnya.

Brought to you by : shattirs

Thursday, June 17, 2010

Orang Kidal Lebih cerdik ?



Salam untuk semua..

Kita tahu, banyak peralatan harian seperti tombol pintu, kunci, pemutar skru, alat muzik, malah butang baju tidak dicipta untuk memudahkan orang kidal, kecuali beberapa alatan sukan. Tetapi mereka dengan mudah dapat menyesuaikan diri.

Belum pernah ditemui orang kidal gagal menggunakan peralatan yang ada. Mungkin mereka cepat belajar dan kerana itulah ramai mengatakan orang kidal lebih cerdik. Betul ke?.

Memang ramai tokoh dunia kidal, antaranya bekas Presiden Amerika Syarikat, George Bush dan ronald Reagan. Bahkan Timbalan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, Presiden Fidel Castro dari Cuba, Perdana Menteri Israel, Benyamin Netanyahu, saintis terkemuka Albert Einstein, pelukis potret Monalisa, Leonardo Da Vinci dan Michaelangelo, penyanyi Kurt Cobain dan Phil Collins adalah antara manusia kidal yang berjaya dalam bidang masing2.

Alasan kidal itu cerdik, tentulah tidak betul. Ia bergantung kepada banyak faktor - didikan, alam sekeliling, usaha, minat dan sebagainya.

Kidal tiada kaitan dengan cerdik atau tidak. Tiada sebarang bukti saintifik membenarkan pendapat itu. Namun ia bukan merupakan kecacatan.

Kidal juga tiada sebarang keistimewaan, tiada beza dengan orang lain.

Keadaan itu terjadi kerana pengaruh otak ke atas sebahagian yang lain. Menurut saintis, apabila otak kiri dominan, ia akan mengawal fungsi badan sebelah kanan. Akibatnya anggota sebelah kanan lebih berkembang dan aktif.

Pada mereka yang kidal, perkara sebaliknya berlaku. Otak kanan yang mengaktifkan setiap anggota sebelah kiri. itu saja!.

Shattirs : Bagi saya,mereka yang dianugerahi tangan kidal ini amat bijak dan cerdik,dimana mereka dapat menggunakan otak kanan dan kiri sekaligus.Maka,beruntunglah jika anda dianugerahi pasangan sebegitu rupa ~

::Gambar Menarik ::




Tanta Scan,Tanta
MESIR.


Brought to you by : shattirs

Sunday, June 13, 2010

Sekitar Muktamar PAS kali ke 56




Nik Aziz tegur perwakilan PAS sindir Najib, Rosmah ~

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat menegur sikap perwakilan dalam muktamar parti itu yang menyindir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai isteri kepada Rosmah Mansur.

Katanya, tindakan itu boleh menyakitkan hati orang lain dan menyebabkan perasaan dendam.

"Hendak suka bolehlah, tetapi menyakitkan hati. Bila sakitkan hati apa jadi?

"Hanya (mewujudkan) dendam sahaja akhirnya," katanya yang juga menteri besar Kelantan.

Semalam, ketika sesi perbahasan usul di muktamar PAS ke-56 di Pengkalan Chepa, seorang perwakilannya memperli Najib sebagai isteri kepada Rosmah.

Di kalangan penyokong pembangkang, perkara tersebut sering menjadi bahan gurauan, dipercayai ekoran penampilan Rosmah dilihat lebih 'agresif' berbanding isteri perdana menteri lain sebelumnya.

Menyampaikan ucapan penangguhannya tengah hari ini, Nik Aziz menjelaskan Islam mengajar umatnya memanggil seseorang itu dengan gelaran yang paling disukai dan amat disenanginya.

"Bila hendak sebut nama orang, kita (mesti) sebut nama yang paling disukainya, (misalnya) pakcik, ayah haji, yang amat berhormat.

"(Kesimpulannya) katalah pekataan yang amat disenangi," tambahnya.

Menurut menteri besar lagi, perkara itu selari dengan landasan hikmah dan dasar kesederhanaan dalam Islam.

shattirs : اللهم بارك لنا فى
رجب و شعبان وبلغنا رمضان


Ya Allah, berkatilah bagi kami pada bulan
rejab dan sya’ban, dan sampaikanlah kami akan bulan ramadhan.Amin ~

Brought to you by : shattirs

Muktamar PAS kali ke 56




Muktamar: Ucapan penangguhan pimpinan PAS Pusat

Sumber : Harakahdaily

PENGKALAN CHEPA, 13 Jun: Ucapan penangguhan dimulakan oleh AJK PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin.

3.40 petang: Muktamar PAS ke-56 diakhiri dengan bacaan doa oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Haron Din.

2.40 petang: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan penggulungannya optimis PAS dan Pakatan Rakyat dapat menawan Putrajaya.

"Ke Putrajaya InsyaAllah, membawa kemenangan. Orang kata kita bermimpi, tapi kita bermimpi yang soleh", katanya.

2.30 petang: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan Tahalluf Siyasi yang diamalkan PAS sudah dilaksanakan pada zaman Rasulullah s.a.w.

Beliau membawa perwakilan menyoroti sirah Rasulullah yang mana Rasulullah sendiri mengalami kesukaran di peringkat awal untuk bekerjasama dengan bukan Islam namun baginda meneruskannya juga demi memastikan Islam dapat ditegakkan.

Beliau juga berkata Umno Barisan Nasional sengaja memisahkan agama dan politik.

"Kita nak selaraskan kerja di masjid dan di luar masjid. Kita bawa politik untuk seluruh masyarakat".

Turut diingatkan beliau agar perwakilan tidak menggunakan perkataan yang boleh menyakitkan hati orang lain.

"Nak suka-suka boleh tapi jangan sampai sakitkan hati orang lain", katanya.

2.15 petang: Ustaz Khairudin yang mewakili semua perwakilan mengaingatkan semua perwakilan bahawa syarat kemenangan Islam adalah dengan ilmu.

Justeru beliau menyeru seluruh ahli meningkatkan ilmu pengetahuan dalam semua aspek kerana memnuntut ilmu itu adalah suatu perjuangan.

"Perjuangan kita adalah jihad, segala kerja kita adalah jihad, tidur dan bangun kita juga adalah jihad".

1.47 petang: Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa memberi perhatian kepada permintaan DHPP agar PAS membantu sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil.

Beliau juga berkata ahli parlimen PAS akan membawa isu-isu melibatkan orang bukan Islam ke Dewan Rakyat.

Beliau juga memberitahu PAS menerima jemputan daripada pihak Palestin untuk menghantar satu kapal misi kemanusiaan yang membawa bendera PAS bersama NGO lain.

1.30 petang: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali merumuskan segala persoalan yang dikemukakan para perwakilan.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri Kelantan yang menyediakan tempat dan segala kemudahan untuk melancarkan muktamar kali ini.

1.15 petang: Naib presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menasihatkan perwakilan agar tidak risau dengan perkembangan terbaru PAS iaitu penubuhan DHPP kerana menurutnya apa yang dilakukan itu tidak bercanggah dengan Islam.

"PAS menawarkan keadilan ini kerana jaminan yang diberikan oleh Islam itu sendiri".

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada para blogger yang hadir dan membuat laporan yang betul.

Beliau juga mengingatkan para blogger agar tidak menyalahgunakan blog untuk tujuan fitnah.

1.01 petang: Naib Presiden PAS, YB Salahuddin Ayub menyifatkan Pakatan Rakyat telah berjaya memberikan keyakinan kepada rakyat apabila dalam pentadbiran yang belum sampai tiga tahun, PR telah berjaya mengumumkan 25 dasar umum yang dipersetujui bersama ketiga-tiga parti iaitu PAS, PKR dan DAP.

PAS juga katanya berjaya melaksanakan cadangan yang dilontarkan pimpinan terdahulu yang sukar diterima ketika itu.

Beliau juga mengingatkan pimpinan dan ahli agar tidak melupakan prinsip utama PAS iaitu dakwah dan siasah.

"Semua keputusan yang dibuat dalam PAS dibincangkan secara berjemaah dan menunjukkan kemurnian majlis Syura dalam PAS", katanya.

12.47 tengah hari: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata PAS harus bijak mencari rakan strategik untuk bersama-sama dengan parti menentang Umno Barisan Nasional.

Beliau yakin NGO yang terdapat di Malaysia boleh bersama-sama Pakatan Rakyat dalam membawa agenda ke arah sebuah negara demokrasi.




12.40 tengah hari: Bendahari PAS, Dr. Hatta Ramli mengucapka terima kasih kepada seluruh ahli dan penyokong yang tidak putus-putus memberikan sumbangan kepada perjuangan PAS.

Beliau berkata tanpa sumbangan ahli dan penyokong PAS tidak mampu untuk membiayai keseluruhan kos pentadbiran.

12.30 tengah hari: Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad memberi respon kepada cadangan perwakilan yang mahu penerangan PAS diperkasakan ke kawasan pedalaman.

Beliau berkata penerangan sentiasa menyediakan risalah-risalah untuk diedarkan kepada masyarakat pedalaman termasuk tidak meninggalkan program ceramah yang merupakan program utama penerangan.

Beliau turut memberitahu penerangan pusat akan turun ke negeri-negeri bermula 24 Julai sehingga 1 Ogos untuk berjumpa dengan penerangan negeri.

12.10 tengah hari: Datuk Dr. Mahfudz Mohamed, Naib Ketua Dewan Ulama' PAS berharap lebih ramai lulusan agama menyertai dewan ulama' kerana ujarnya dewan ulama' berbeza dengan dewan pemuda dan muslimat.

"Ahli Dewan ulama' mestilah berlatar belakangkan pendidikan agama berbeza dengan pemuda dan muslimat yang secara automatik boleh menjadi ahli apabila cukup usia."

Beliau juga mengalu-alukan penyertaan ulama daripada wanita.

Beliau juga berkata dewan ulama' sedang merangka satu garis panduan kepada DHPP mengenai hukum hakam dalam Islam.

11.53 pagi: Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Hassan memberitahu pemuda Pakatan Rakyat sedang menggerakkan Gerakan Mendaftar Pengundi Baru (GEMPA) ke seluruh negeri bagi memastikan golongan muda didaftarkan sebagai pengundi.

Beliau berharap GEMPA bukan sahaja menjadi agenda pemuda tetapi harus juga dijadikan agenda parti.

Beliau juga berkata pemuda sedang menggiatkan usaha mendekati golongan belia melalui pelbagai program yang dianjurkan.

Berhubung himpunan membantah lesen judi 3 Julai ini, beliau menyeru seluruh ahli turun bersama-sama menyatakan sokongan.

"Kalau dewan ulama' dan dewan muslimat telah menyatakan kesediaan maka kami pemuda menyeru seluruh ahli agar turun bersama-sama menyatakan bantahan.




11.41 pagi: Ketua Dewan Muslimat, Ustazah Nuridah Salleh menghargai penghargaan yang diberikan semua pihak kepada gerak kerja muslimat.

Beliau menyeru ucapan dasar presiden mengenai penglibatan muslimat bersama muslimin diberikan perhatian serius.

Sehubungan itu beliau berharap para suami yang merupakan ketua keluarga membenarkan isteri masing-masing bergerak kerja dengan parti selagi tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga.

11.18 pagi: Datuk Abdul Halim Abdul Rahman, Pengarah Pilihanraya PAS Pusat memberitahu Institut Latihan Pilihanraya PAS (ILPAS) akan dilancarkan pada 20 Jun ini bagi memberikan latihan mengenai gerak kerja pilihanraya kepada ahli.

Beliau berharap yang dipertua setiap kawasan menggerakkan jabatan pilihanraya negeri untuk menghadapi pilihanraya.

Beliau turut menekankan mengenai daftar pemilih muda yang masih belum dilaksanakan sebaik mungkin.

"Pendaftaran golongan muda mesti ditingkatkan. Jika perkara ini tidak diberi perhatian, amat sukar untuk PAS memenangi beberapa negeri", katanya.

11.16 pagi: Pengerusi Lajnah Antarabangsa, Dr Syed Azman menyerahkan hasil kutipan dana Palestin kepada presiden PAS.

10.55 pagi: Datuk Abu Bakar Chik menekankan aspek pendidikan moral masyarakat yang semakin meruncing dan harus diberi perhatian serius.

Beliau berkata PAS perlu mengambil inisiatif menangani masalah pendidikan moral masyarakat melalui khidmat runding cara.

Beliau yakin PAS di setiap kawasan dan negeri amat menitik beratkan aspek pendidikan dan akhlak masyarakat.

Mengenai DHPP pula, beliau memberitahu telah pun mengatur beberapa pertemuan dengan persatu Cina dan Tamil bagi membincangkan aspek pendidikan pelbagai kaum.

Beliau turut menggesa Lajnah Pendidikan diperkasakan di setiap negeri bagi memudahkan gerak kerja.

10.37 pagi: Dr. Lo' Lo' Mohd Ghazali mewakilkan Dr. Siti Mariah Mahmood untuk menyampaikan ucapannya kerana beliau tidak sihat.

Lo' Lo' dalam ucapannya menyeru skuad prihatin ditubuhkan di setiap negeri dan menjalankan gerak kerja mendekati rakyat sepanjang masa bukan hanya ketika ada pilihanraya sahaja.

Seterusnya beliau menekankan mengenai tahap kebersihan masjid dan kawasan sekitar.

Katanya, sebagai ahli gerakan Islam seharusnya aspek kebersihan dititikberatkan dalam kehidupan seharian.

10.28 pagi: Anuar Tahir dalam ucapannya memohon pimpinan semua negeri mengaktifkan kembali Lajnah Pekerja yang dilihat semakin sepi.

Ini kerana ujarnya, PAS bertanggungjawab membela nasib pekerja kerana mereka adalah aset negara.

"Pekerja adalah jantung negara dan pekerja-pekerja inilah yang memberikan sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat," katanya.



10.11 pagi: Hanipa Maidin mengulas idea yang dikemukakan perwakilan Tambun untuk menyaman perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak atas isu APCO.

Beliau berkata seboleh-bolehnya PAS mengelakkan daripada berbuat demikian kerana mendakwa mahkamah Malaysia 'tidak boleh diharap'.

Menyentuh mengenai isu kezaliman zionis pula, beliau berkata kezaliman itu harus dikaitkan juga dengan Umno.

Ini kerana menurutnya, mengikut pengalaman beliau menyoal jawab pihak polis yang menjalankan tugas menahan pimpinan PAS yang terlibat dengan demonstrasi, mereka mengakui tindakan itu dilakukan atas arahan Umno BN.

Selain itu beliau turut menyeru seluruh perwakilan menjadikan muktamar sebagai medan untuk meluahkan pandangan dan mengaplikasikan prinsip kebebasan bersuara yang diperjuangkan.

9.58 pagi: Dr. Syed Azman Syed Nawawi yang merupakan pengerusi Lajnah Antarabangsa menjelaskan kepada perwakilan mengenai komitmen PAS dalam menyelesaikan konflik yang berlaku di negara luar.

Beliau berkata, PAS melalui Yayasan Amal menghantar misi kemanusiaan ke setiap wilayah yang bergolak seperti Thailand, Acheh, Mindanao dan yang sedang hangat iaitu Palestin.





9.43 pagi: Dr. Mujahid Yusof Rawa dalam ucapannya memfokuskan kepada penubuhan DHPP.

Beliau memberi jaminan bahawa segala yang akan dilakukan oleh DHPP tidak akan bercanggah dengan prinsip dan dasar parti.

"Bukan senang untuk menubuhkan DHPP ini. Perjalanannya panjang, bermula daripada kelab Penyokong PAS."

"Saya memberi jaminan bahawa apa sahaj tindakan DHPP tidak akan bercanggah dengan prinsip parti."

Beliau juga memberitahu, Lajnah Perpaduan Nasional akan turun ke setiap negeri untuk memberikan penjelasan mengenai aturan dan peratuaran DHPP.

Selain itu, taklimat juga akan diberikan kepada ahli DHPP mengenai PAS agar mereka lebih jelas.

"Kita minta PAS setiap negeri menjadi fasilitator untuk program yang kita atur ini", katanya.

9.34 pagi: AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman dalam ucapannya menjelaskan persoalan perwakilan mengenai isu Felda dan isu tanah di Sabah.

Beliau memberitahu satu NGO baru akan ditubuhkan selain ANAK iaitu Jawatankuasa Kesepakatan Bersama Peneroka.

Selain itu, beliau memaklumkan himpunan warga Felda akan diadakan di Pasir Salak pada 1 Ogos depan, sekaligus melancarkan NGO.

Mengenai isu tanah bumiputera di Sabah, beliau memaklumkan sedang mengatur satu himpunan raksasa di Sabah yang akan turut disertai presiden PAS dan penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk mendesak kerajaan negeri mengembalikan tanah mereka.

9.20 pagi: Ucapan penangguhan oleh AJK PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu.

Beliau memberitahu BERSIH akan terus mewujudkan mood rakyat menjelang PRU-13 dengan membawa dua isu besar iaitu mengenai undi pos dan negara menuju ke arah bankrap.

"BERSIH memulakan gerak kerja dari sekarang untuk meningkatkan mood rakyat untuk menolak BN".

Beliau turut melancarkan tabung bantuan untuk membina sekolah dan masjid di Gaza dan hasil derma itu akan diserahkan oleh presiden kepada pihak Palestin.

9.08 pagi: Ucapan penangguhan oleh Dr. Dzulkefly Ahmad.

Dalam ucapannya, beliau berkata PAS mengorak langkah dalam melakukan perubahan dengan menubuhkan Lajnah Seni dan Budaya PAS.

Ujarnya, lajnah berkenaan berjaya mengubah persepsi masyarakat terhadap PAS apabila semakin ramai penggiat seni berada dalam PAS.

"Penggiat seni dan budaya selesa dengan penampilan PAS sekarang ini. Kita ingin tonjolkan kesyumulan Islam melalui hiburan yang pelbagai".

Ujarnya juga, Penampilan PAS ini menimbulkan kegerunan dikalangan Umno Barisan Nasional.

8.50 pagi: Datuk Seri Muhammad Nizar dalam ucapannya menyeru seluruh pimpinan dan ahli PAS membuang sifat perkauman.

Ini kerana ujarnya rahsia orang bukan Islam di Perak menyokong PAS adalah kerana mereka selesa dengan sifat keterbukaan yang ditunjukkan PAS.

"Ayuh buangkan sifat perkauman kerana ia tidak ada tempat dalam perjuangan kita", katanya.

Beliau juga berkata, sokongan orang bukan Islam terhadap PAS tidak harus dipersiakan.

"Jangan tonjolkan elemen perkauman. Sokongan bukan Islam perlu dipelihara sebaik mungkin".

Brought to you by : shattirs

Sekitar Muktamar PAS kali ke 56




PAS berperanan selesai konflik serantau


KOTA BHARU, 13 Jun: Biar pun PAS kelihatan memberi tumpuan lebih kepada isu Palestin, namun permasalahan serantau tetap menjadi fokus parti itu terutamanya berkaitan konflik di kawasan bergolak di Mindanao dan Selatan Thailand.

"Di peringkat serantau kita tidak pernah meninggal atau mengenepikannya. Kita memandang berat masalah serantau di Mindanao membincangkan masa depan masyarakat Moro. Begitu juga diSelatan Thai.

"Kedua-dua isu konflik itu merupakan sebahagian daripada gerak kerja serantau kita di peringkat Asean, khususnya di Patani kerana kedudukan bersempadan dengan Kelantan.

"Kita terus menjaga sentiviti dan mengambil pendekatan yang pelbagai terutamanya pendekatan diplomasi tanpa pubsiti dalam mencari penyelesaian yang timbul," kata Pengerusi Lajnah Luar Negeri, Dr Syed Azman Syed Ahmad.

Kata beliau dalam isu Patani beliau bersama Datuk Kamaruddin Jaafar telah berjumpa dengan bekas Menteri Luar Thai, Dr Surin membincangkan masalah yang berlaku.

"Saya juga pergi ke Mindanao meniti apa yang berlaku di sana. Saluran bantuan yang kita salurkan melalui Yayasan Amal di mana badan itu telah bergerak aktif di Mindanao," katanya.

Beliau juga berharap pengarah Yayasan Amal, Hussin Ismail hendaklah meneruskan usaha tersebut seboleh mungkin tanpa mendapat publisiti bagi menjaga semangat Asean.

Kata beliau ada pendekatan digunakan PAS mencari penyelesaian terhadap konflik di kedua-dua kawasan terbabit di rantau ini.

Menurutnya penyelesaian konflik digunakan serupa dengan kaedah yang pernah diambil di Acheh, sebelum mencapai kejayaan.

Kata beliau usaha yang dilakukan itu mengambil tempoh tiga tahun sehingga akhirnya berlaku penyelesaian dengan kerajaan Indonesia.

Katanya, delegasi perundingan PAS diketuai Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

"Inilah yang kita usahakan, terlalu sensitif dengan apa yang berlaku tersebut. Kita tidak pernah mengabaikan terhadap jiran untuk mengambil bahagian bagi menyelesaikan konflik di rantau ini," katanya.

Brought to you by : shattirs

World Cup South Africa 2010



:;My Hero Steven Gerrard:: Captain Fantastic ~

Shattirs : Piala Dunia Afrika Selatan sudah bermula 11 Jun sehingga 11 Julai,pasukan manakah yang akan bergelar Juara Dunia 2010,sama-sama kita saksikan~

Pasukan yang saya sokong semestinya Pasukan England dan Sepanyol.


Perlawanan Pertama England Vs USA ~ ( 1 -1 )



Shattirs : Exam Mode plus--> World Cup Mode ;)

Brought you by : shattirs