Keluarga SHATTIRS

Keluarga SHATTIRS
Assalamualaikum WBT

SHATTIRS Followers

Popular Posts

Monday, August 30, 2010

Alhamdulillah


::Shattirs [Jubah Hitam ]::

Shattirs : Alhamdulillah,ucapan kesyukuran kepada Allah diatas nikmat kejayaan yang dikurniakan.Mudah-mudahan ianya sebagai wasilah kejayaan yang lebih besar di masa hadapan.

Semestinya setiap detik kejayaan mahupun kegembiraan datang dari-NYA juga disandarkan keatas agama ISLAM yang sempurna sebagi jatidiri setiap muslim yang sejati.

Shattirs : Walaupun keputusan sudah lama diketahui,namun keterbatasan waktu untuk menulis didalam blog shattirs ini memungkinkan saya untuk lewat memaklumkan kepada pengunjung semua.Ini semua akibat banyaknay pertanyaan daripada kawan2 seantero duni yang ingin tahu keputusan tahun terakhir saya di Universiti Al-Azhar,MESIR.

Alhamdulillah saya sudah bergelar GRADUAN UNIVERSITI AL-AZHAR dalam BIDANG SYARIAH & UNDANG2 pada tahun 2010.

Terima kasih dengan doa semua.insyaAllah saya akan pulang ke bumi Malaysia berbakti untuk Islam yang tercinta tidak lama lagi.

Tanta Scan,MESIR

Brought to you by : shattirs

Saturday, August 21, 2010

Ibu, bapa hilang

KUALA KRAI: Perasaan sedih menyelubungi jiwa sembilan beradik kerana sanggup bersusah payah menghasilkan sekeping kad hari raya semata-mata menagih kepulangan ibu bapa yang menghilangkan diri tanpa berita sejak setahun lalu.


ISI HATI...tujuh daripada sembilan beradik melukis kad hari raya  merayu kepulangan ibu bapa sempena Aidilfitri tahun ini.

ISI HATI...tujuh daripada sembilan beradik melukis kad hari raya merayu kepulangan ibu bapa
sempena Aidilfitri tahun ini.


TIADA BERITA...Kasmaliza dan Mahadi melarikan diri.
TIADA BERITA...Kasmaliza dan Mahadi melarikan diri.


Hanya perkataan ‘Selamat Hari Raya Mama dan Papa’ menghiasi sekeping kad manila berwarna kuning, manakala tujuh tapak tangan menjadi simbolik rayuan kepulangan ibu bapa mereka, selain menjadi saksi pengikat silaturahim mereka adik beradik.

Biarpun tidak dapat merungkai isi sebenar kad terbabit, namun jauh di sudut hati sembilan beradik terbabit ingin menatap wajah ibu bapa di depan mata, apatah lagi kemuncak lebaran yang semakin hampir tidak lama lagi.


Wartawan Metro Ahad yang berkunjung ke rumah sembilan beradik terbabit di Kampung Tengah, di sini, petang kelmarin, terharu dengan kesungguhan anak kecil terbabit menghasilkan kad raya untuk ibu bapa mereka.

Walaupun sedar impian bertemu kembali ibu bapa yang ‘ghaib’ belum pasti, mereka tetap berusaha menghasilkan dengan sekreatif mungkin dengan matlamat unk bertemu kembali pada Aidilfitri tahun ini.

Kesungguhan mereka terbukti kerana mengambil masa kira-kira 40 minit untuk menghasilkan kad hari raya terbabit dan teruja menulis bait perkataan mengandungi 1,001 mesej kasih sayang dengan diselangi cap tapak tangan.

Sembilan beradik terbabit iaitu Nor Hidayah Mahadi, 13, Amirul Rizal, 11, Afiq Asyraf, 10, Natasha Emilia, 9, Arif Hafizi, 7, kembar Airin Puteri dan Adlin Puteri, 4, Naqiuddin, 3, dan Nia Khalisa, 2, hanya mampu tersenyum di sebalik kad terbabit.

Namun, kesayuan hati mereka tidak siapa tahu kerana masing-masing seperti membisu seribu bahasa dan enggan meluahkan isi hati, walaupun sedar sudah lama kering air mata menanti saat paling terindah dalam hidup mereka untuk bertemu kembali dengan ibu bapa.

Sebaik selesai menghasilkan kad terbabit, Amirul Rizal yang juga anak kedua pasangan Kasmaliza Kassim, 29, dan Mahadi Che Mansur, 31, berkata mereka lima beradik teruja untuk bertemu kembali dengan ibu bapa sempena Aidilfitri.

Namun hanya beberapa perkataan terkeluar daripada mulut kanak-kanak terbabit apabila meluahkan isinya; ‘mama dan papa baliklah, kami adik beradik rindukan kamu. Raya tahun ni kami nak raya bersama mama dan papa’.

Datuk mereka, Kassim Mat Diah, 55, berkata hatinya terlalu sedih mengenangkan nasib sembilan cucunya selepas ditinggalkan anak dan menantunya tanpa mengutuskan sebarang surat atau khabar berita sejak menghilangkan diri setahun lalu.

“Raya tahun ni genap setahun Ija (nama samaran Kasmaliza) dan Pudin (nama samaran menantu) meninggalkan anak mereka tanpa khabar berita. Perasaan cucu tidak siapa tahu kerana teringin bertemu dengan ibu dan ayah mereka.

“Setiap kali menatap wajah mereka, hati saya sebak. Manakan tidak, orang lain ada mak dan pak, demo ni (mereka) tak dok (tidak ada) kedua-duanya,” katanya sambil melihat wajah cucunya yang tekun menghasilkan kad raya terbabit.

Kassim yang bekerja sebagai pemandu jentolak berkata, dia mengharapkan kepulangan anak dan menantunya selain melupakan perselisihan faham yang berlaku sebelum ini.

Shattirs : Sedih dan terharu membaca kisah adik-beradik yang ditinggalkan Ibu Dan Ayah usai usia yang muda,mudah-mudahan mereka dilindungi Allah dan dapat bersama Ibu dan Ayah kembali,AMIN.

Kepada Ibu dan Ayah diluar sana,hargai dan sayangilah anak-anak kita kerana disitulah letaknya rezeki dan berkat dari Allah.

Shattirs : Ramai kawan2 tanya kenapa saya tidak balik hari MAT BKAN PERAK [Serta Mengundi],jawapanya sehari sebelum program terseliuh kaki,maka tidak laratlah untuk pergi ke KAHERAH.

Tanta Scan,MESIR

Brought to you by : shattirs

Sunday, August 15, 2010

Dunia Shattirs





1) Menara Jam Tertinggi Abraj Al-Bait.

Suatu ketika dahulu, Big Ben merupakan menara jm yang terbesar dan tertinggi di dunia. Kini tiba pula pencabar baru dari Arab Saudi, Menara jam Abraj Al-Bait .Menara jam yang berketinggian 601 m (1,972 ft) ini turut menempatkan hotel-hotel bertaraf tinggi yang berbintang-bintang tarafnya. Malah menara Abraj Al-Bait ini turut mempunyai kompleks membeli-belah tersendiri dan juga tempat letak kereta berhawa dingin yang amat luas.

Turut akan dibina adalah bangunan perumahan yang mampu menempatkan 100,000 orang. Kawasan persidangan turut dibina dan dilengkapi dengan tapak mendarat Helikopter.

Menara jam tersebut yang mempunyai 4 permukaan jam, telah disiapkan, namun hanya 1 permukaan jam sahaja yang akan berfungsi buat masa ini sebagai tempoh percubaan.

Keseluruhan pembinaan Menara jam dan sekitarnya hanya bertempatkan di seberang jalan dari Masjid al Haram.

Selepas ianya siap dibina, ia akan diiktiraf sebagai bangunan kedua tertinggi dunia selepas Burj Khalifa yang turut bertempat di Arab Saudi.

Ianya dijangka siap sepenuhnya dan berfungsi awal 2011.


Shattirs : Gambar terkini Zam-Zam Tower @Jam Abraj Al-bait


2) Lelaki Payudara Sebesar Bola diBedah.

Guo Qingpo, lelaki berusia 53 tahun dari China menghidap penyakit yang dikenali dengan nama gynecomastia. Penyakit ini menyebabkan beliau mempunyai payudara bersaiz ekstrem.

Payudara beliau yang didapat mula membesar sejak dari tahun 2008 dikatakan mendapat perhatian 20 orang Doktor Pakar dari 8 jabatan berlainan di sebuah Hospital di Dezhou, Shandong.

Pembedahan yang mengambil masa lebih 6 jam itu akhirnya berjaya mengeluarkan sepasang payudara tersebut yang mempunyai berat dianggarkan lebih 5 kilogram.

Gynecomastia merupakan simptom kepada berlakunya ketumbahan tumor yang berkait dengan hormon pada dada, hati dan juga organ badan lain.Kat bawah ni pulak..?

3)Payudara Terbesar Dunia.

Perempuan dari Peru ni sudah terperap diatas katil selama 6 bulan, oleh kerana tidak dapat bangun dari katil oleh kerana payudara (buah dada) yang terlalu besar! Julia Manihuari, 29 tahun, dikatakan mengalami penyakit dimana hormon beliau mengalami peningkatan mendadak selepas melahirkan anak ketiga beliau. Peningkatan hormon ini telah menyebabkan payudara beliau membesar hingga ke tahap yang menyukarkan beliau berdiri!

Kes yang jarang-jarang berlaku ni berlaku secara semulajadi ye, bukan disebabkan pengambilan ubatan ataupun suntikan hormon tambahan. Ish ish ish, jadi tak perlula perempuan diluar sana terlalu mengejar-ngejar nak dapatkan bentuk badan yang menyusahkan diri ni ye. Semulajadi je cukup, jadikan pengajaran~

BM BOOBS 682 3 1036360a Payudara terbesar dunia!

A MUM-OF-FOUR was trapped in her bed for SIX MONTHS by her massive boobs.

Julia Manihuari’s chest grew to a gigantic N cup after the birth of her third son seven years ago – leaving her unable to move.

The 29-year-old said: “It was awful. If I tried to get up I would faint because my breasts were so heavy.”

The pint-sized farmer’s wife, who lives in northern Peru, was finally helped when local media paid for her to take a three-day boat trip to the nearest town for medical help.

Doctors diagnosed an extreme form of Bilateral Gynecomastia – an illness where the mammary gland keeps growing.

They had to cut TWO AND HALF STONE of flesh from Julia’s boobs fearing they could squash her lungs and kill her.

Julia emerged a 34B cup after the six-hour op.

The 5ft patient said: “Before the operation I couldn’t do anything, I just had to live with it, it got so bad that my breasts were touching my legs.

“I have always had a small build, and the stress on the rest of my body was agony.”

She added: “My breasts were growing by the day. I couldn’t move because my boobs and belly were the same size. My breasts became so huge my skin had sores and I had trouble breathing.”

Tanta Scan,MESIR

Brought to you by : shattirs


Graduan: Antara Kerjaya Dan Amal Islami



Pengenalan Tajuk

Perancangan merupakan tuntutan Islam yang sangat dititik beratkan oleh Baginda SAW dan generasi Islam yang awal. Setiap kerja yang dibuat mestilah berperancangan sejajar dengan seruan Al-Quran :

“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjihad di jalanNya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka itu suatu bangunan yang tersusun kukuh” (As-Saff 61 : 4)


Perancangan terbahagi kepada dua iaitu:

Perancangan jangka pendek – ia meliputi penyusunan jadual dan disiplin masa bagi mencapai matlamat yang hampir seperti menghabiskan pengajian di peringkat ijazah pertama, menghabiskan silibus usrah mengikut keputusan Tamrin Nuqaba’ dan sebagainya. Perancangan di peringkat ini biasanya bersifat peribadi.
Perancangan jangka panjang – ia merupakan strategi luas yang bertujuan mencapai matlamat hidup yang utama. Ia mungkin menyentuh soal kerjaya dan rumah tangga, bahkan mungkin juga menyentuh soal strategi penglibatan di dalam amal Islami dan sebagainya. Perancangan di peringkat ini selalunya bersifat perkongsian bersama di antara matlamat peribadi, isteri dan keluarga, masyarakat tempatan malah jamaah atau badan yang menjadi wadah amal Islami.

Pemilihan tajuk ini di dalam sesi liqa’ graduan, merupakan suatu tentatif yang tepat bagi mengumpulkan buah fikiran peserta (brainstorming), menyusun dan mengurus kelangsungan penglibatan kita semua sebagai siswazah matang di dalam amal Islami yang akan berpindah ke alam baru yang serba mencabar (alam pekerjaan).

Graduan dan Kedudukannya di Dalam Masyarakat


Graduan selaku belia terpilih, merupakan aset penting di dalam sebuah masyarakat. Mereka mengalami beberapa siri perubahan peranan dengan berubahnya situasi semasa sekitar. Malaysia telah memperlihatkan bagaimana golongan siswazah dan seterusnya graduan, di tahun-tahun 70an, bertindak sebagai agen yang memperkenalkan idea-idea pembangunan dan perubahan minda masyarakat. Mereka juga berperanan menjadi golongan pendesak yang bersuara menangani masalah-masalah sosial seperti kemiskinan, ketidak seimbangan taraf ekonomi dan sebagainya.

Walau bagaimana pun selepas era kebangkitan Islam, graduan kelihatan bergerak mengembangkan peranan mereka kepada tanggungjawab yang lebih besar dan penting. Mereka selaku kelompok ‘pengkaji’ dan ‘penghasil’, kelihatan berupaya untuk menunaikan tanggungjawab islah dan tajdid ad-dien di dalam masyarakat. Kesedaran Islam yang berkembang pesat di negara kita, banyak disokong dan didokong oleh golongan siswazah dan seterusnya graduan, di bawah bimbingan tokoh-tokoh masyarakat dari kalangan ulamak dan cerdik pandai.

Manakala di dalam konteks yang lebih umum, kelompok ini adalah juzuk masyarakat yang sangat berperanan di dalam menuntut perubahan. Sama ada di dalam masyarakat bukan Islam seperti di China, Korea dan negara-negara Eropah Timur, mahu pun masyarakat umat Islam seperti Indonesia, Turki dan negara-negara Arab Afrika Utara, golongan siswazah sentiasa berperanan besar mencetuskan desakan perubahan terutamanya di hadapan pihak berkuasa yang memerintah dengan sistem-sistem zalim yang menekan rakyat.


Sub-Kesimpulan

Graduan adalah kelompok pengkaji, penghasil idea baru, pendesak dan seterusnya elemen yang menyampaikan mesej-mesej itu kepada masyarakat dan pemerintah. Dalam erti kata yang lain, mereka adalah nadi masyarakat.

Matlamat Siswazah dan Graduan

Matlamat adalah destinasi hidup. Ia ditentukan oleh kepercayaan yang dipegang oleh seseorang. Seorang siswazah yang berfahaman sosialis, jika beliau mahu berpatisipasi di dalam kelompok sosialnya, akan melihat segala kepincangan yang berlaku dari kaca mata sosialisma. Manakala siswazah yang menganut demokrasi, akan mencari jalan penyelesaian kepada kegawatan masyarakatnya dari sudut prinsip demokrasi yang dipercayainya sebagai jalan keluar.

Bagi graduan muslim, alam siswazah semestinya sudah cukup untuk menjelaskan kepada kita tentang matlamat yang seharusnya menjadi destinasi perjuangan. Segulung ijazah yang terhasil adalah bekalan untuk mengejar matlamat yang semestinya bukan direka cipta sendiri atau oleh sesiapa, melainkan telah ditetapkan oleh Allah SWT di dalam suatu sistem yang bernama ‘Ad-Din’.

Firman Allah SWT:

“Adalah tidak wajar umat Islam itu keluar semua sekali ke medan peperangan. Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang yang memperdalam pengetahuan mereka tentang agama, supaya dengan itu mereka akan memberikan peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya kaum mereka itu beringat-ingat (dapat menjaga diri)” (At-Taubah 9 : 122)


Intisari ayat ini:

Kelangsungan wujudnya golongan yang bertafaqquh di dalam ilmu agama adalah fardhu yang sama pentingnya dengan kelangsungan barisan mujahidin. Mujahidin mempertahankan agama, dan ahli tafaqquh menghasilkan mujahidin.
Matlamat bertafaqquh fi ad-dien pula adalah menyampaikan peringatan (inzar) kepada kaum masing-masing (dalam konteks ayat di atas, iaitu kepada mujahidin yang kembali ke masyarakat selepas perang). Inzar itu sendiri mendukung makna yang besar, bukan setakat menyampaikan ilmu bahkan menunaikan hak amar makruf dan nahi munkar.
Matlamat inzar itu sendiri pula adalah untuk menyedarkan masyarakat tentang hukum dan peraturan Allah SWT, memelihara batas-batas Allah; atau dalam erti kata yang lain, terus menerus menegakkan Islam sebagai manhaj hidup.

Oleh yang demikian, jelas kepada kita apakah sebenarnya peranan, matlamat dan ‘kerjaya’ yang menanti graduan seperti kita.

Sebagai peringatan, ‘kerjaya’ lulusan tafaqquh fi ad-dien bukanlah sebagaimana kerjaya menurut takrifan umum. Ia bukan bidang yang dipilih, bergaji, mempunyai cuti tahunan dan cuti sakit. Ia adalah amanah Allah, tanggungjawab Kalimah Syahadah yang tersimpul di dalam satu kalimah yang mudah – ibadah!


Bagaimana Pula Kerjaya Hidup?

Bahan fikir yang sentiasa merunsingkan seorang graduan ialah tentang pekerjaan. Keberhasilan sebuah pekerjaan yang baik adalah sama penting dengan kejayaan mendirikan rumah tangga. Dua topik ini merupakan capaian terdekat yang biasa diusahakan oleh seorang graduan. Bagi menentu dan menyesuaikan pekerjaan (kerjaya) dengan amal Islami, apakah faktor yang mesti dipertimbangkan?

Masyarakat Tempatan – seorang graduan sepatutnya sudah memahami atau sekurang-kurangnya bersedia untuk memahami permasalahan yang wujud di dalam masyarakat tempat ia kembali. Kemampuan untuk memahami hal ini, dan seterusnya menentukan keperluan yang dihajati oleh mereka, membolehkan kita membuat keputusan yang tepat. Kes contoh: Anda adalah satu-satunya lulusan bidang agama di dalam masyarakat tempatan berkenaan dan mereka memberikan sepenuh harapan agar anda mengisi kekosongan ‘tugas’ yang ada. Faktor ini sepatutnya dimasukkan sama di dalam perancangan lokasi kerja kita, supaya tidak berjauhan dari masyarakat berkenaan.
Kemahiran Berdakwah – Bagi seorang graduan yang mempunyai kemampuan bercakap, beliau mempunyai medan partisipasi yang lebih luas. Manakala yang lebih mahir pada aspek yang lain seperti kecekapan mengurus dan mentadbir atau mungkin menulis, maka skil di bidang berkenaan mesti dimaksimumkan penggunaannya. Seorang graduan wajib mempunyai sekurang-kurangnya satu kemahiran sebagai wasilah partisipasi.
Latar Belakang Keluarga – Keluarga yang menyokong dan menyertai amal Islami adalah peluang besar kepada seorang graduan untuk meneruskan sumbangannya. Walau bagaimanapun, perbezaan fikrah dan kefahaman sama ada antara Islam dan sekularisma, mahu pun perbezaan jemaah, mestilah ditangani dengan hikmah.
Kemampuan Ilmu – Ia merupakan faktor yang sepatutnya telah diselesaikan sebelum seorang siswazah bergelar graduan. Seorang graduan yang gagal menguasai ilmu akan berhadapan dengan dilema semasa meneruskan amal Islami di medan post-graduation. Penentuan kerjaya dan penglibatan di dalam amal Islami banyak dipengaruhi oleh hal ini.


Oleh yang demikian, seorang graduan lulusan agama sebenarnya bebas untuk menentukan apakah kerjaya yang ingin diceburi sebagai wasilah sumber pendapatan hidup sebagaimana warganegara yang lain. Akan tetapi ia mestilah tidak bercanggah atau mengabaikan matlamat besar 9:122 (At-Taubah 9 : 122) dan seterusnya memelihara faktor-faktor pertimbangan yang telah dihuraikan di atas.


Graduan Tafaqquh fi Ad-Dien dan Bidang Perniagaan

“9/10 rezeki adalah dari hasil perniagaan” sering menjadi hadith sandaran kepada graduan yang berkeputusan untuk menceburi bidang perniagaan sama ada selepas menamatkan pengajian atau semenjak di alam siswazah. Dari beberapa aspek, kemahiran berniaga yang ada pada sesetengah siswazah merupakan satu skil yang positif, wajar diberikan sokongan dan diperkembangkan agar mencecah marhalah profesional.

Akan tetapi, pemerhatian yang dibuat memperlihatkan suatu kenyataan; siswazah dan seterusnya graduan yang aktif di bidang perniagaan kebanyakannya gagal mengimbangkan aktiviti perniagaan dengan amal Islam yang tidak lucut kewajipannya dengan apa alasan sekali pun. Ia merupakan suatu fenomena yang mendukacitakan. Bagi yang menjurus terus ke bidang perniagaan, mereka menjadi terlalu sibuk dan ‘hilang skil’ berdakwah. Manakala yang terus berdakwah pula, terpaksa membahagikan tugas bercakap soal agama dengan sesi menerangkan produk yang dijual. Bahkan ada pula yang mempamerkan barang jualan di belakang masjid dan kemudian mengumumkannya sebelum menutup ‘majlis membaca kitab’!

Tegasnya, siswazah dan graduan yang aktif di bidang perniagaan mesti mengambil serius tentang hal ini. Mereka bertanggungjawab menyusun dan mengatur agar amal Islam terus berada di priority teratas.

Cabaran

Firman Allah SWT:



“Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan serta kekurangan harta serta jiwa dan hasil tanaman. Lantas berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Al-Baraqah 2 : 155)

FirmanNya lagi :

“Dan seandainya matlamat (kamu) itu dekat dan perjalanan (yang mesti ditempuh) itu pendek, nescaya mereka akan mengikut kamu. Akan tetapi ia menjadi sesuatu yang jauh bagi mereka disebabkan oleh kepayahan (yang ada)”. (At-Taubah 9 : 42)

Tribulasi adalah seiringan dengan perjuangan. Amal Islami adalah tanggungjawab yang Allah SWT taklifkan kepada kita sebagai pewaris Anbiya’. Oleh yang demikian, persediaan fizikal dan mental adalah suatu kemestian. Walaupun bentuk tribulasi itu mungkin berbeza dari satu zaman ke satu zaman yang lain, ia tetap memerlukan bekalan yang sama iaitu iman, sabar dan istiqamah. Bentuk cabaran yang mungkin perlu diberikan perhatian oleh para graduan adalah:

Ketakutan

Takut adalah fitrah yang Allah tanamkan di dalam jiwa setiap insan untuk kebaikannya. Takut binasa menjadikan manusia berusaha mengelak dari mendedahkan diri kepada bahaya. Namun, ketakutan itu jika tidak disalurkan ke jalan yang benar akan menjurus dari kebinasaan kecil kepada kebinasaan yang lebih besar. Takut itu terbahagi kepada dua:

Takut Realiti

Seorang graduan yang meneruskan amal Islami akan berhadapan dengan ujian ketakutan. Ia mungkin datang dalam bentuk ugutan pihak berkuasa dengan akta-akta masyhur yang merbahaya. Ia juga mungkin datang dari keluarga yang menghalang, masyarakat sekeliling yang tidak menyokong dan sebagainya. Ketakutan ini adalah ketakutan yang diakui oleh Allah SWT di dalam Al-Quran, surah Al-Baraqah ayat 155. Jalan keluarnya adalah sabar.

Takut ‘Fatamorgana’

Ia adalah ketakutan bayang-bayang yang datang dari diri graduan itu sendiri. Ia menyangka penglibatannya yang tidak seberapa sudah mengundang bahaya. Tegahan disangka ugutan, bantahan disangka ancaman. Lantas akal membayangkan pelbagai kemungkinan yang akhirnya mematahkan perjuangan. Takut ini muncul dari iman yang lemah, tawakal yang palsu bahkan sifat nifaq yang mengotori kepercayaan. Akibat takut seperti ini, cacing mungkin disangka ular! Ia boleh diatasi dengan membersihkan diri dari sifat-sifat mazmumah itu tadi dan seterusnya mengukuhkan keikhlasan di dalam perjuangan.


Sabda Nabi SAW:

“Barangsiapa yang berjihad untuk meninggikan kalimah Allah, maka dia itu fi sabilillah”

Kelaparan

Sifat bersederhana dalam hidup adalah kunci yang membentengi cabaran ini. Ia mesti diterapkan bukan sahaja di dalam diri graduan itu sendiri malah kepada pasangan dan anak-anak yang ditanggung. Kelaparan itu mungkin datang akibat ujian yang berikutnya iaitu kekurangan harta dan kesempitan hidup.


Kekurangan Harta

Sejarah salafus soleh memperlihatkan bagaimana ilmu agama tidak pernah berfungsi mendatangkan kekayaan kepada para duat (pendakwah), ilmuan dan pejuang. Sifat qanaah adalah bekalan utama yang membentengi diri dari cabaran ini. Kekurangan harta mungkin berpunca dari pendapatan yang rendah, dipotong gaji dan infaq perjuangan yang berterusan. Kesemua ini adalah cabaran kepada jihad harta yang menuntut sabar dan iman yang benar kepada Allah Ar-Razzaq. Firman Allah SWT:

“Mereka itulah (golongan munafiq) yang berkata : janganlah kamu memberikan nafkah kepada mereka yang bersama dengan Rasulullah, supaya (dengan cara itu) mereka akan berpecah belah. Sedangkan bagi Allah itulah segala khazanah langit dan bumi. Hanya orang-orang munafiq itu sahaja yang tidak memahami” (Al-Munafiqun 63 : 7)

Kekurangan Ilmu

Kecacatan pengetahuan di kalangan graduan yang mendukung amal Islami menjadi cabaran besar yang bakal dihadapi olehnya. Jika kecacatan itu ketara, ia akan menghilangkan kepercayaan masyarakat kepada graduan berkenaan. Hilang kepercayaan adalah sama dengan kehilangan wujud! Graduan akan diketepikan dan tersingkir akibat kesalahan diri. Oleh yang demikian, graduan semasa di alam siswazah sudah sepatutnya selesai melengkapkan diri dengan tsaqafah sebagaimana yang dituntut. Cadangan para ulama’ seperti Al-Marhum Said Hawwa di dalam kitabnya Jundullah Tsaqafatan wa Akhlaqan dan Syeikh Yusuf Al-Qardhawi di dalam kitabnya Tsaqafah Ad-Da’ieyah sewajarnya diberikan penumpuan sedari awal pengajian.

Suasana Persekitaran

Siswazah yang duduk di alam pengajian mungkin berpeluang untuk membentuk sendiri kehidupan supaya suasana persekitaran menggalakkan diri ke arah komitmen yang padu di dalam amal Islami. Akan tetapi apabila bergelar graduan dan kembali ke pangkuan masyarakat, berkemungkinan suasana yang menanti adalah kontra atau sekurang-kurangnya melesukan. Ia mungkin datang dari masyarakat bahkan mungkin dari suami atau isteri serta anak-anak dan keluarga. Cabaran ini boleh diselesaikan dengan beramal Islami secara jamaie, dan terus saling menghubungi di antara satu sama lain.

Cabaran-cabaran Lain

Terdapat banyak lagi cabaran yang menanti graduan yang terus berpatisipasi di dalam amal Islami. Ia mungkin muncul dari jalan dan bentuk yang tidak disangka-sangka. Alam pekerjaan, perkahwinan dan mungkin semi-pengangguran adalah suasana-suasana baru yang mudah disebut tetapi sukar untuk ditempuh kecuali dengan kelengkapan diri yang mencukupi. Bahkan cabaran yang lebih tinggi adalah kematian. Namun, kita semua menuju kematian, maka anggaplah ia hanya sebagai kemestian yang bakal dihadapi oleh setiap yang hidup. Bezanya, kita menjadikan kematian yang satu itu di jalan Allah. Oleh itu, perlulah kepada para graduan sebelum kembali ke tanah air supaya bersedia dengan tiga kesimpulan cabaran iaitu:

Kesusahan
Kesenangan
Kesenangan selepas kesusahan

Kesimpulan


Selepas menamatkan pengajian, graduan mestilah bertindak kemas dan tegas di dalam menyusun kerjaya dan amal Islami.

Bagi mereka yang masih belum mendaftar ahli secara rasmi, tanggungjawab utama ialah berbuat demikian seberapa segera.
Bagi yang telah mendaftar, hendaklah menghubungi pimpinan jemaah terutamanya di kawasan masing-masing tentang kepulangan.
Dalam konteks memulakan amal Islami, graduan harus berkemahiran mencipta kerja dan bukan lagi menunggu kerja diberikan oleh pimpinan jamaah.
Kerjaya yang dipilih sebagai sumber pendapatan seharusnya meletakkan kepentingan amal Islami di aulawiyyat yang utama.
Disiplin diri dan masa adalah kunci kejayaan.

Semoga Allah SWT memelihara kita di dalam perjuangan ini dan seterusnya menetapkan kaki di atas jalan yang dipilih ini. Sesungguhnya soal istiqamah yang penurunan ayatnya telah memutihkan rambut Baginda SAW adalah soal besar yang berhajatkan muhasabah dan doa yang berterusan. Wallahu A’lam bi As-Sawab. Wassalamualaikum WBT.

Us Hasrizal Abd Jamil@ Saifulislam.com ]


PROTON SUTERA ?



Belum beberapa bulan Proton WAJA memenuhi jalanraya di Malaysia, sebuah lagi jenama yang dinamakan PROTON SUTERA akan berada di pasaran tidak berapa lama lagi.

Walau bagaimanapun setakat ini belum mendapat pengesahan daripada pihak pengeluar kereta Proton.

Melihat pada gambarnya sudah tentu Sutera ini lebih hebat daripada Proton Waja. Kalau betul ini wajah model baru Proton pasti ramai yang sudah berangan-angan dan berkira-kira nak tukar kereta bila ia dipasarkan kelak. Rekabentuknya mengikuti arus masa dan citarasa pengguna-pengguna kereta salun dewasa ini.

Bagi peminat kereta Proton,mungkin ini antara bentuk pilihan anda,bagi saya Jenis HONDA menjadi pilihan dulu,kini dan selamanya.

Soalnya sekarang betul ke tidak?

Tanta Scan,MESIR

Brought to you by : shattirs

Tuesday, August 10, 2010

Warna Warni Kehidupan

1) Pelancong bilionair Arab suka London


SEORANG lelaki Arab keluar dari sebuah kereta sport di luar Hotel Berkley di tengah London baru-baru ini.


LONDON - Bandar raya London kini menjadi tumpuan keluarga bilionair dari negara-negara Asia Barat seperti Kuwait, Abu Dhabi, Arab Saudi, Qatar dan Dubai untuk memandu kereta sport mewah yang dibawa khas dengan menggunakan jet peribadi, lapor sebuah akhbar semalam.

"Tidak seperti Amerika Syarikat (AS) atau Perancis, penduduk di London dirasakan lebih mengalu-alukan kedatangan mereka. London juga dikatakan selamat dan penduduknya mesra," kata Editor akhbar Al-Quds, Hussam Baramo. Kawasan Knightsbridge yang terletak di barat London kini dikenali sebagai Little Kuwait.

Kehadiran keluarga bilionair itu menyebabkan kereta mewah Bugatti Veyron, Ferrari atau Rolls-Royce begitu mudah dilihat oleh orang ramai di London.

Sebuah kereta mempunyai nombor plat 999 namun pemandunya adalah seorang lelaki muda berusia 25 tahun dan berpakaian seperti pemandu lumba kereta Formula Satu (F1), Lewis Hamilton.

Golongan wanita Arab Saudi tidak lagi memakai burqa di London. Sebaliknya, mereka memakai seluar jean ketat dan kasut tumit tinggi. Penduduk-penduduk berhampiran pusat beli-belah di Knightsbridge memberitahu, pada waktu malam mereka mendengar bunyi kereta sport.

Pemilik kereta-kereta itu berlumba antara satu sama lain dan sudah menjadi seakan-akan perlumbaan kereta Le Mans.

Semasa berada di London, gadis-gadis dari Asia Barat akan bersiar-siar dalam kumpulan atau ditemani oleh ibu masing-masing.

Pemuda-pemuda keluarga kaya Arab akan duduk di luar kafe di Knightsbridge dengan setiap seorang mempunyai tiga telefon bimbit dan duduk di sebelah Ferrari serta Lamborghini.

Menurut seorang penjual barang kemas, Stephen Webster, semasa bulan Ogos, kakitangan kedai itu diminta untuk membawa cincin, rantai tangan, kalung leher yang mahal ke bilik hotel di Knightsbridge.

"Pelanggan-pelanggan Arab suka membeli-belah pada lewat malam manakala kedai kami tidak dibenarkan beroperasi lewat malam. Oleh itu, kami gembira untuk membawa barang kemas itu kepada mereka," tambahnya. -


2)Bomoh rotan dua beranak

KUALA LUMPUR: Seorang bomoh wanita melakukan rawatan pelik dengan menyebat dua beranak menggunakan rotan kononnya untuk menghalau hantu dan roh jahat ketika kedua-dua mangsa mendapatkan rawatan bagi menghilangkan penyakit migrain.

Akibatnya, wanita berusia 50-an yang bergelar ‘hajah’ itu ditahan selepas ibu mangsa membuat laporan polis berikutan anaknya cedera dan dia turut dirotan ketika cuba menghalang dukun terbabit merotan anaknya.

Menurut sumber polis, ketika ditahan pengamal perubatan tradisional terbabit terpaksa diasingkan dan dibiarkan berseorangan dalam sebuah lokap kerana dia mengamuk dan meracau sehingga membuatkan beberapa tahanan lain takut.

Selain itu, beberapa anggota polis mengadu tidak tahan dengan ‘gangguan’ selepas wanita terbabit dibawa ke lokap dan mereka mendakwa ternampak bayangan serta lembaga yang berlegar di balai.

Sumber itu berkata kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang pada 2 Ogos lalu ketika ibu mangsa yang juga berusia 50-an membawa anak gadisnya mendapatkan rawatan penyakit migrain.

“Untuk memulakan rawatan hajah meminta gadis berusia 19 tahun itu berbaring dan selepas itu dia memulakan rawatan peliknya iaitu memukul menggunakan rotan di seluruh tubuh mangsa.

“Tidak tahan melihat anaknya menjerit kesakitan, ibu mangsa meminta hajah itu berhenti memukul, namun dia turut dipukul dengan rotan, selain diberi amaran akan dibunuh jika mencampuri atau mengganggu rawatannya,” katanya.

Menurutnya, disebabkan takut dengan ugutan dan curiga dengan kelakuan pelik hajah yang seolah-olah tidak waras itu, ibu mangsa membiarkan wanita terbabit meneruskan rawatannya.

“Selepas urusan rawatan selesai, ibu mangsa membawa anaknya pulang sebelum membawa gadis berkenaan ke hospital untuk rawatan selepas melihat ada kesan cedera pada tubuh anaknya.

“Doktor yang melihat kecederaan mangsa terkejut apabila diberitahu punca kejadian dan menasihatkan ibu mangsa membuat laporan polis,” katanya.

Sumber itu berkata, mangsa lebam di seluruh badan, leher, telinga dan tapak tangan, namun dia stabil manakala ibunya cedera ringan di tangan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan ibu mangsa.

Menurutnya, susulan itu, seorang wanita ditahan pada hari sama dan polis merampas rotan yang digunakan wanita terbabit ketika merawat mangsa.

“Kami menyiasat kes ini mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.


3)Bapa saudara bernafsu haiwan

MASJID TANAH: Penderitaan seorang pelajar perempuan tingkatan dua sebuah sekolah menengah di sini akibat menghidap sakit tulang belakang sejak dilahirkan tidak berkesudahan malah semakin bertambah apabila dia dirogol bapa saudaranya berulang kali sejak dua tahun lalu.

TRAUMA...mangsa dedahkan perbuatan bapa saudara.
TRAUMA...mangsa dedahkan perbuatan bapa saudara.
Perlakuan keji bapa saudara mangsa berusia 50-an itu terbongkar minggu lalu selepas keluarga mangsa mengesan perubahan sikap gadis sunti itu lalu mendesaknya menceritakan masalah dialami.

Mangsa berusia 14 tahun memberitahu dia dirogol berulang kali oleh bapa saudaranya sejak dua tahun lalu dan kejadian berlaku sama ada di rumahnya sendiri atau rumah lelaki itu yang bekerja sebagai nelayan di Kampung Tanjung Dahan, di sini.

Ketika ditemui Harian Metro, mangsa memberitahu detik hitam dalam hidupnya bermula apabila bapa saudaranya itu datang ke rumah pada 2008 untuk meminjam tukul besi.

“Ketika itu ibu dan bapa tiada di rumah. Dua adik saya berada di rumah tapi bapa saudara memberi duit dan menyuruh mereka ke kedai membelikannya rokok.

“Dia kemudian menarik saya ke dalam bilik dan memaksa saya menanggalkan pakaian lalu merogol saya sambil mengugut akan membunuh saya jika saya laporkan kepada polis,” katanya.

Mangsa mendakwa selepas kejadian itu, setiap minggu tiga atau empat kali bapa saudaranya menyuruh dia ke rumahnya dan di sana dia dirogol sebelum diberi RM30 hingga RM50 untuk menutup mulut.

Kata mangsa, setiap kali balik dari sekolah, bapa saudaranya sering menunggunya di bangsal hadapan rumah dan dia pernah diugut bunuh beberapa kali jika menolak permintaan lelaki itu.

“Saya diperlakukan seperti binatang tanpa perikemanusiaan. Kalau saya tak layan, dia ugut akan bunuh saya. Itu yang sering dikatakannya setiap kali saya enggan melayannya menyebabkan saya takut,” katanya yang masih trauma selepas kejadian itu.

Berikutan pendedahan mangsa, ibu bapanya membuat laporan di Balai Polis Kuala Sungai Baru, kira-kira jam 7 petang, Sabtu lalu.

Bertindak atas maklumat, kira-kira jam 10 malam hari sama, sepasukan polis diketuai Inspektor Norafnna Ibrahim, menahan suspek di rumahnya.

Menurut sumber polis, suspek kini direman tujuh hari bermula semalam hingga 14 Ogos ini untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.





Brought to you by : shattirs

Saturday, August 7, 2010

Ucapan Datuk Seri Mohammad Nizar: Himpunan Warga Felcra 1 Ogos 2010







Shattirs : Membangun Bersama ISLAM

Tanta Scan,MESIR

Brought to you by : shattirs

SALAM RAMADHAN 1431 H


Salam untuk semua..

Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.

Sahabat dan sahabiah,

Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?

Sabda Rasulullah saw.:

"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:

"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"

Sahabat dan sahabiah,

Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri sendiri.

Sabda Rasulullah saw:

"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."

Shattirs : Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak untuk semua pengunjung blog shattirs.Mudah-mudahan amalan dan ketaqwaan kita bertambah serta diangkat darjatnya di sisi Allah.AMIN

Tanta Scan,MESIR

Brought to you by : shattirs

Orang beriman tidak gentar seksaan dunia





Mukadimah

SYED Qutub berkata: "Surah yang pendek ini membentangkan hakikat-hakikat akidah Islam dan asas kefahaman keimanan. Ia mengemukakan persoalan-persoalan yang mata besar yang memancarkan disekelilingnya sinaran cahaya yang kuat dan jauh pandangannya.

"Ia memancarkan di belakang konsep-konsep dan hakikat-hakikat secara langsung yang diungkapkan oleh nas ini sehingga hampir-hampir setiap ayat dan kadang-kadang setiap kalimatnya membuka pintu yang menampakkan sebuah alam hakikat yang luas dan sayup saujana memandang.

"Yang menjadi pokok perbicaraan secara langsung surah ini ialah peristiwa-peristiwa pembesar-pembesar yang menggali parit.

"Di zaman sebelum Islam ada sekumpulan orang-orang mukmin, yang menurut satu pendapat, mereka adalah penganut-penganut Kristian yang berpegang dengan akidah tauhid.

"Mereka diseksa oleh musuh-musuh mereka yang kejam dan zalim. Mereka dipaksa meninggalkan akidah tauhid dan agama yang dipegang mereka, tetapi mereka enggan dan tetap mempertahankan akidah mereka.

"Lalu pembesar-pembesar yang zalim itu menggali sebuah parit yang besar dan menyalakan api di dalamnya. Kemudian mereka campakkan kumpulan orang beriman itu ke dalam parit ini menyebabkan mereka mati terbakar. "Pembunuhan itu dilakukan di hadapan khalayak ramai yang dikerah dan dikumpulkan oleh para pembesar yang berkuasa untuk menyaksikan kematian orang mukmin yang terbunuh dengan cara amat dahsyat dan kejam itu.

"Pembesar-pembesar itu begitu terhibur dengan pemandangan pembakaran itu, iaitu pembakaran manusia-manusia mukmin".

Firman Allah SWT: Demi langit Yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang.

Sheikh al-Maraghi berkata: "Allah SWT bersumpah dengan bintang-bintang ini kerana penciptaan-Nya yang hebat. Hikmahnya yang besar dan kegunaannya bagi kehidupan manusia.

Ini menunjukkan bahawa benda-benda tersebut mempunyai pencipta Yang Maha Bijak dan Maha Mengatur. Allah SWT mendorong kita memperolehi bukti keagungan kekuasaan-Nya dan kebesaran Hikmah-Nya.

Firman Allah SWT: dan hari (pembalasan) Yang dijanjikan; dan makhluk-makhluk Yang hadir menyaksikan hari itu, serta segala keadaan Yang disaksikan.

Ibn Kathir berkata: "Para ahli tafsir berbeza pendapat mengenai hal tersebut. Dan kebanyakan berpendapat bahawa yang dimaksudkan dengan asy-Syahid (yang menyaksikan) adalah hari Jumaat, sedangkan al-Masyhud (yang disaksikan) adalah hari Arafah.

Firman Allah SWT: Celakalah kaum yang menggali parit, (Parit) api Yang penuh Dengan bahan bakaran, (Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya, sambil mereka melihat apa yang mereka lakukan kepada orang yang beriman.

Sheikh al-Maraghi berkata: "Kejadian ini telah berlaku di Yaman hingga ke Najran. Kisah seorang pemeluk agama Nabi Isa a.s berdakwah kepada kaumnya yang masih beragama Yahudi. Dia memberitahu bahawa Allah SWT telah mengutuskan Nabi Isa dengan syariat baru, bagi menggantikan syariat mereka.

"Sebahagian kaum ini beriman. Kejadian ini sampai kepada Raja Dhu Nuwas, seorang yang beragama Yahudi. Dia segera datang dengan pasukan tenteranya dari Kota Himyar. Ketika orang itu ditangkap, mereka disuruh memilih antara tetap menganut agama Yahudi atau dibakar.

"Mereka dibuatkan pari, lalu dipenuhi bahan bakar dan dinyalakan. Kemudian seorang daripada orang yang beriman itu dibawa ke parit lalu disuruh membuat pilihan. Orang yang gentar melihat api dan takut akan seksa, kembali menganut agama Yahudi. Akan tetapi orang yang tetap teguh dengan Nabi Isa a.s dan menganggap ringan seksaan dunia kerana keyakinan mereka kepada pahala yang telah Allah SWT janjikan, mereka sanggup dilemparkan ke dalam api sampai binasa.

Syed Qutub berkata: "Ayat ini menggambarkan sikap mereka dan pemandangan ketika mereka menyalakan api dan mencampakkan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan ke dalam api itu, sedangkan mereka duduk di tempat itu menyaksikan peristiwa penyeksaan yang kejam itu dari dekat.

"Mereka melihat peringkat-peringkat perkembangan penyeksaan itu, dan melihat bagaimana api itu menjilat badan-badan mangsanya. Mereka menonton dengan penuh kelazatan dan kegila-gilaan, seolah-oleh mereka mahu menerapkan pemandangan yang kejam itu di dalam hati mereka".

Firman Allah SWT: dan mereka tidak marah dan menyeksakan orang-orang Yang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji!

Ini kerana keimanan mereka yakni orang kafir amat benci kepada mereka yang beriman dalam kisah Ashab al-Ukhdud ini.

Firman Allah SWT: Tuhan Yang Menguasai Segala alam langit dan bumi. dan (ingatlah), Allah sentiasa menyaksikan tiap-tiap sesuatu. Ini menunjukkan betapa kuasanya Allah dan mampu melakukan apa sahaja. Ingatlah apa yang mereka kerjakan pasti menerima akibatnya.

Penutup

Tamatlah riwayat peristiwa parit api itu dalam beberapa ayat yang pendek yang membuatkan kita penuh dengan perasaan benci dan jijik terhadap keganasan perbuatan itu, dan terhadap kekejaman orang yang tergamak melakukannya. Di samping merangsang hati kita merenung dan meneliti apa yang ada di sebalik peristiwa itu, dan memikirkan betapa beratnya peristiwa itu dalam peristiwa itu dalam pertimbangan Allah, dan betapa hebatnya kemarahan dan kemurkaan-Nya.

Namun, perkara ini tidak tamat setakat ini sahaja, malah di belakangnya terdapat ekoran yang lebih jauh dalam perkiraan Allah.

Demikian tamatlah kisah peristiwa pembunuhan kejam yang dilakukan membuatkan hati kita dipenuhi perasaan kagum terhadap kehebatan iman yang mengalahkan penindasan dan penyeksaan terhadap kekuatan akidah yang mengatasi nyawa dan terhadap kebebasan jiwa dari segala belenggu keinginan jasmani dan dari daya tarikan hidup di bumi.

Orang mukmin yang terbunuh itu memang dapat menyelamatkan nyawa mereka apabila mereka memilih kekalahan dari keimanan, tetapi andainya mereka berbuat begitu, betapa besar kerugian diri mereka di dunia sebelum akhirat!

Betapa besar kerugian seluruh dunia! Betapa besarnya kerugian mereka kerana membunuh konsep yang agung itu dan konsep kekerdilan hidup tanpa akidah dan konsep kejelikan hidup tanpa kebebasan dan konsep kerendahan dan kemunduran hidup apabila para pemerintah yang zalim menguasai jiwa manusia setelah mereka menguasai tubuh badan mereka.

Brought to you by : shattirs

Buat Gadis Kesayanganku


::Gambar Hiasan::


Gadisku…

Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. Namun…tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang lantaran duri yang memagari diri, umpama mawar merah, dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta panahan warnanya yang terserlah indah mengundang kekaguman kepada sang kumbang..tapi awas..duri yang melingkari dirinya bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali sebelum mendekatinya.

Gadisku…

Aku suka sekirannya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahadah. Bentengilah kubu dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah. Hiasilah wajahmu dengan titisan wudhuk. Ingatlah bahawa cirri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya. Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah…umpama sebutir permata yang didedahkan untuk perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup…sudah pasti keinginan diri kuat untuk melihat permata yang tersembunyi rapi tentulah melebihi daripada yang terdedah. Wanita solehah yang taat dan patuh kepada Al-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam. Namun, segalanya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi kerana bertentangan dengan nafsu serakah yang bersarang di dalam dirimu lebih-lebih lagi ‘title’ gadis yang engkau miliki, sudah pastinya darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada. Namun ingatlah gadisku, sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah pasti akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu. Yang paling penting gadisku engkau mestilah mempunyai azam, usaha dan istiqamah.

Gadisku…

Akuilah dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki. Seandainya pakaian malumu kau tanggal dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentengimu. Sesungguhnya Nabi S.A.W ada mengatakan tentang bahaya dirimu “Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca daripada wanita”. Oleh itu gadisku, setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Jangan biarkan orang lain mengeksploitasi dirimu untuk kepentingan tertentu. Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam, kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bisa menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut tanganmu.


Gadisku…

Dalam hidupmu engkau pastinya ingin disayangi dan menyayangi, itulah fitrah semulajadi setiap insan, namun ramai antara kaummu yang tewas kerana cinta. Bercinta itu tidak salah, tetapi memuja cinta itu yang salah. Ini kerana disebabkan cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta juga maruah tergadai. Gejala murtad serta keruntuhan moral muda-mudi sebahagian besarnya kerana cinta. Benarlah sabda Rasullullah S.A.W yang membawa maksud “Sesungguhnya cinta itu buta”. Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang hak dan batil jika engkau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan bukan kerana Allah S.W.T. Sebelum engkau mendekati cinta, cintailah dirimu terlebih dahulu, mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik, yang berasal daripada setitis air yang tidak beharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah S.W.T. Semoga itu mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadap Allah dan timbul rasa cinta dan kasih kepada Penciptamu.

Gadisku…

Menyintai Allah dan Rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak dan terburai. Tetapi, apabila hatimu diserah kepada Allah sudah pasti akan bertaut kembali. Dalam usia mudamu, sibukkanlah diri dengan ilmu yang mampu menajamkan akal dan mampu membina sahsiah muslimahmu. Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan tidak mampu bertapak dalam hati orang yang melakukan maksiat.

Akhir kalam, terimalah kata-kata seorang ahli sufi iaitu Rabiatul Adawiyah sebagai renungan bersama. “Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kabahagian yang hakiki untuk seorang insan dan ia tidak kekal abadi kerana manusia itu sering membuatkan seseorang kecewa, gagal, merasa terseksa. Oleh itu, tiada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagian dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia itu sendiri…”

Brought to you by : shattirs