1) Pelancong bilionair Arab suka London
LONDON - Bandar raya London kini menjadi tumpuan keluarga bilionair dari negara-negara Asia Barat seperti Kuwait, Abu Dhabi, Arab Saudi, Qatar dan Dubai untuk memandu kereta sport mewah yang dibawa khas dengan menggunakan jet peribadi, lapor sebuah akhbar semalam.
"Tidak seperti Amerika Syarikat (AS) atau Perancis, penduduk di London dirasakan lebih mengalu-alukan kedatangan mereka. London juga dikatakan selamat dan penduduknya mesra," kata Editor akhbar Al-Quds, Hussam Baramo. Kawasan Knightsbridge yang terletak di barat London kini dikenali sebagai Little Kuwait.
Kehadiran keluarga bilionair itu menyebabkan kereta mewah Bugatti Veyron, Ferrari atau Rolls-Royce begitu mudah dilihat oleh orang ramai di London.
Sebuah kereta mempunyai nombor plat 999 namun pemandunya adalah seorang lelaki muda berusia 25 tahun dan berpakaian seperti pemandu lumba kereta Formula Satu (F1), Lewis Hamilton.
Golongan wanita Arab Saudi tidak lagi memakai burqa di London. Sebaliknya, mereka memakai seluar jean ketat dan kasut tumit tinggi. Penduduk-penduduk berhampiran pusat beli-belah di Knightsbridge memberitahu, pada waktu malam mereka mendengar bunyi kereta sport.
Pemilik kereta-kereta itu berlumba antara satu sama lain dan sudah menjadi seakan-akan perlumbaan kereta Le Mans.
Semasa berada di London, gadis-gadis dari Asia Barat akan bersiar-siar dalam kumpulan atau ditemani oleh ibu masing-masing.
Pemuda-pemuda keluarga kaya Arab akan duduk di luar kafe di Knightsbridge dengan setiap seorang mempunyai tiga telefon bimbit dan duduk di sebelah Ferrari serta Lamborghini.
Menurut seorang penjual barang kemas, Stephen Webster, semasa bulan Ogos, kakitangan kedai itu diminta untuk membawa cincin, rantai tangan, kalung leher yang mahal ke bilik hotel di Knightsbridge.
"Pelanggan-pelanggan Arab suka membeli-belah pada lewat malam manakala kedai kami tidak dibenarkan beroperasi lewat malam. Oleh itu, kami gembira untuk membawa barang kemas itu kepada mereka," tambahnya. -2)Bomoh rotan dua beranak
KUALA LUMPUR: Seorang bomoh wanita melakukan rawatan pelik dengan menyebat dua beranak menggunakan rotan kononnya untuk menghalau hantu dan roh jahat ketika kedua-dua mangsa mendapatkan rawatan bagi menghilangkan penyakit migrain.
Akibatnya, wanita berusia 50-an yang bergelar ‘hajah’ itu ditahan selepas ibu mangsa membuat laporan polis berikutan anaknya cedera dan dia turut dirotan ketika cuba menghalang dukun terbabit merotan anaknya.Menurut sumber polis, ketika ditahan pengamal perubatan tradisional terbabit terpaksa diasingkan dan dibiarkan berseorangan dalam sebuah lokap kerana dia mengamuk dan meracau sehingga membuatkan beberapa tahanan lain takut.
Selain itu, beberapa anggota polis mengadu tidak tahan dengan ‘gangguan’ selepas wanita terbabit dibawa ke lokap dan mereka mendakwa ternampak bayangan serta lembaga yang berlegar di balai.
Sumber itu berkata kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang pada 2 Ogos lalu ketika ibu mangsa yang juga berusia 50-an membawa anak gadisnya mendapatkan rawatan penyakit migrain.
“Untuk memulakan rawatan hajah meminta gadis berusia 19 tahun itu berbaring dan selepas itu dia memulakan rawatan peliknya iaitu memukul menggunakan rotan di seluruh tubuh mangsa.
“Tidak tahan melihat anaknya menjerit kesakitan, ibu mangsa meminta hajah itu berhenti memukul, namun dia turut dipukul dengan rotan, selain diberi amaran akan dibunuh jika mencampuri atau mengganggu rawatannya,” katanya.
Menurutnya, disebabkan takut dengan ugutan dan curiga dengan kelakuan pelik hajah yang seolah-olah tidak waras itu, ibu mangsa membiarkan wanita terbabit meneruskan rawatannya.
“Selepas urusan rawatan selesai, ibu mangsa membawa anaknya pulang sebelum membawa gadis berkenaan ke hospital untuk rawatan selepas melihat ada kesan cedera pada tubuh anaknya.
“Doktor yang melihat kecederaan mangsa terkejut apabila diberitahu punca kejadian dan menasihatkan ibu mangsa membuat laporan polis,” katanya.
Sumber itu berkata, mangsa lebam di seluruh badan, leher, telinga dan tapak tangan, namun dia stabil manakala ibunya cedera ringan di tangan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan ibu mangsa.
Menurutnya, susulan itu, seorang wanita ditahan pada hari sama dan polis merampas rotan yang digunakan wanita terbabit ketika merawat mangsa.
“Kami menyiasat kes ini mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.
3)Bapa saudara bernafsu haiwan
MASJID TANAH: Penderitaan seorang pelajar perempuan tingkatan dua sebuah sekolah menengah di sini akibat menghidap sakit tulang belakang sejak dilahirkan tidak berkesudahan malah semakin bertambah apabila dia dirogol bapa saudaranya berulang kali sejak dua tahun lalu.
TRAUMA...mangsa dedahkan perbuatan bapa saudara.
Mangsa berusia 14 tahun memberitahu dia dirogol berulang kali oleh bapa saudaranya sejak dua tahun lalu dan kejadian berlaku sama ada di rumahnya sendiri atau rumah lelaki itu yang bekerja sebagai nelayan di Kampung Tanjung Dahan, di sini.
Ketika ditemui Harian Metro, mangsa memberitahu detik hitam dalam hidupnya bermula apabila bapa saudaranya itu datang ke rumah pada 2008 untuk meminjam tukul besi.
“Ketika itu ibu dan bapa tiada di rumah. Dua adik saya berada di rumah tapi bapa saudara memberi duit dan menyuruh mereka ke kedai membelikannya rokok.
“Dia kemudian menarik saya ke dalam bilik dan memaksa saya menanggalkan pakaian lalu merogol saya sambil mengugut akan membunuh saya jika saya laporkan kepada polis,” katanya.
Mangsa mendakwa selepas kejadian itu, setiap minggu tiga atau empat kali bapa saudaranya menyuruh dia ke rumahnya dan di sana dia dirogol sebelum diberi RM30 hingga RM50 untuk menutup mulut.
Kata mangsa, setiap kali balik dari sekolah, bapa saudaranya sering menunggunya di bangsal hadapan rumah dan dia pernah diugut bunuh beberapa kali jika menolak permintaan lelaki itu.
“Saya diperlakukan seperti binatang tanpa perikemanusiaan. Kalau saya tak layan, dia ugut akan bunuh saya. Itu yang sering dikatakannya setiap kali saya enggan melayannya menyebabkan saya takut,” katanya yang masih trauma selepas kejadian itu.
Berikutan pendedahan mangsa, ibu bapanya membuat laporan di Balai Polis Kuala Sungai Baru, kira-kira jam 7 petang, Sabtu lalu.
Bertindak atas maklumat, kira-kira jam 10 malam hari sama, sepasukan polis diketuai Inspektor Norafnna Ibrahim, menahan suspek di rumahnya.
Menurut sumber polis, suspek kini direman tujuh hari bermula semalam hingga 14 Ogos ini untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
Brought to you by : shattirs
No comments:
Post a Comment