Keluarga SHATTIRS

Keluarga SHATTIRS
Assalamualaikum WBT

SHATTIRS Followers

Popular Posts

Friday, September 24, 2010

Buku Terbaru Dr Yusof Qardawi berkaitan sifat SABAR



:: Memahami sifat sabar ::

UNTUK kita memahami sepenuhnya konsep atau sifat sabar, buku ini mungkin antara yang terbaik. Apatah lagi ia ditulis oleh ulama terkemuka Islam hari ini, Prof. Dr. Yusuf Al Qaradawi.

Bicaranya dalam program Syariah dan Kehidupan (As Syariah wal Hayat) sahaja yang disiarkan melalui saluran Al Jazeera ditonton oleh 40 juta penonton dari seluruh dunia.

Walaupun pernah dipenjara sebanyak tiga kali iaitu antara tahun 1949 dan 1961, namun atas faktor sabar dan kesabaran Dr. Yusuf yang sangat kuat, menyebabkan beliau tidak pernah putus asa, putus harap apatah lagi kecewa.

Malah sehingga ke hari ini, pada usia lewat senja beliau masih aktif berdakwah. Semua ini kerana beliau mempunyai pemahaman yang kuat dan tepat mengenai kesabaran.

Tajuk asal buku ini ialah Ash-Shabru Fil Quran menghuraikan dengan terperinci dalam bahasa yang mudah mengenai sabar yang merupakan akhlak ai-Quran yang paling utama dan sangat ditekankan oleh Allah.

Seringkali diulang saranan atau lebih tepat kewajipan untuk umat Islam bersabar kerana dengan mengekalkan sifat kesabaran menjadi kunci kejayaan di dunia dan di akhirat.

Maka tidak menghairankan jika dikatakan perkataan sabar itu disebut lebih dari 70 kali dalam kitab suci itu.

Ia sebagaimana yang ditulis oleh Imam Al Ghazali dalam kitab Ihya Ulumuddin manakala Imam Ahmad seperti yang dinukil oleh Ibnu Qayyim pula berkata: "Sebutan sabar dalam al-Quran ditemui pada 94 tempat."

Mengapa penerbitan buku ini sangat tepat pada masanya untuk menjadi bahan bacaan utama kita pada hari ini.

Adakah kerana manusia semakin hilang kesabaran? Adakah sifat itu tidak lagi relevan atau sesuai untuk dijadikan amalan? Atau selama ini kita telah begitu jauh menyimpang dari konsep kesabaran yang sebenar?

Tidak dinafikan apabila kehidupan semakin terdesak, sesak dan diasak, nilai-nilai kesabaran seakan-akan mulai menipis bagai kabus sirna dek sinar mentari pagi.

Malah sesetengah berkata soal masa menghalang untuk mereka bersabar malah sabar itu disifatkan seperti sebuah tembok yang besar, panjang dan tebal.

Maka manusia tidak lagi mahu membuang masa atau bersusah payah untuk membina tembok yang seperti itu.

Tetapi jika kita kembali memahami maksud sebenar kesabaran ini, maka manusia akan menyedari seperti yang ditulis oleh Dr. Yusuf bahawa kita kembali kepada fitrah kepada kejadian bahawa kita dilahirkan sebagai insan yang berakal, bukannya haiwan.

Justeru itu kita perlu kepada kesabaran kerana kita akan selalu diuji dan diduga.

Kita bukan dilahirkan sebagai haiwan yang hidup 100 peratus bertunjangkan nafsu syahwat, yang sama sekali tidak memerlukan sebarang nilai-nilai kesabaran.

Adakah haiwan perlu bersabar apabila mereka diserang misalnya? Berbeza pula keadaannya apabila berlaku terhadap manusia.

Ciri khas milik manusia

Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: Dan jika kamu membalas, maka balaslah dengan (balasan) yang sama dengan seksaan yang ditimpakan kepada kamu. Tetapi jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang yang bersabar. Dan bersabarlah (Muhammad) dan kesabaranmu itu semata-mata dengan pertolongan Allah dan janganlah engkau bersedih hati terhadap (kekafiran) mereka dan jangan (pula) bersempit dada terhadap tipu daya yang mereka rencanakan. (an-Nahl: 126-127)

Malah kata Imam Ghazali: "Sabar merupakan ciri khas milik manusia dan tidak dimiliki oleh haiwan atas sifat kekurangan-kekurangannya dan tidak pula dimiliki oleh malaikat atas sifat-sifat kesempurnaannya sebagai hamba yang paling taat terhadap Allah".

Justeru, Dr. Yusuf menyebutkan jenis-jenis kesabaran seperti yang disebut dalam al-Quran selain kita memahami makna sabar dari aspek lughahnya ialah menahan diri dan mencegah diri.

Khususnya sifat sabar jenis kedua, iaitu selain kesabaran fizikal (badaniah), sifat sabar untuk mental dan rohani (nafsu) adalah yang paling kritikal di mana manusia semakin lupa dan sanggup meninggalkannya.

Menurut Dr. Yusuf, serangan kesabaran dari aspek mental yang sering berlaku adalah berupa nafsu perut dan seksual, maka kesabaran di sini dinamakan iffah bererti kehormatan, martabat dan maruah diri.

Tanpa ada kesabaran terhadap gejolak nafsu maka manusia itu tidak lagi mempunyai iffah pada dirinya.

Kesabaran juga diperlukan dalam soal menahan diri dalam kekayaan, yang lawan katanya di sini adalah bathur atau lupa daratan.

Iaitu manusia apabila kaya, sering lupa diri, angkuh, besar diri dan memandang rendah kepada orang lain. Sedangkan jika dia bersabar dengan kekayaan yang dimiliki, hartanya itu turut dikongsi dengan golongan yang memerlukan. Ini menjadikan kekayaannya itu turut menjadikan dirinya seorang yang kaya budi dan turut mempunyai kekayaan di akhirat kelak!

Begitu juga apabila sabar dalam menyimpan sesuatu maklumat dan yang paling penting kita juga mesti selalu bersabar dengan soal rezeki yang sedikit yang disebut Qanaah atau rela dan puas hati yang kata lawannya adalah 'rakus'.

Dalam hal ini, si polan tidak menyalahkan takdir atas rezekinya yang sedikit tetapi sentiasa bersabar dengan pertolongan usaha dan doa, malah dengan rezeki yang sedikit dirasakan begitu berkat.

Buku ini mengandungi lima tajuk besar keseluruhannya dengan pelbagai tajuk yang sangat menarik.

Ini termasuklah Kedudukan Sabar dan Mereka Yang Sabar Dalam al-Quran (bab tiga), Peribadi-Peribadi Sabar yang Dikisahkan Dalam al- Quran (bab empat) dan Apa yang Menunjang Kesabaran Menurut al-Quran (bab lima).

Buku ini mampu memotivasikan diri pembaca untuk menaikkan semula nilai kendiri dengan menjadikan sabar sebagai faktor kejayaan dalam hidup.

Tidak ada persoalan yang menjadi rumit atau kusut jika kita mampu bersabar, tidak berkeluh kesah, tidak melampaui batas, tidak bertindak tanpa berfikir dan kita tetap kembali dan memohon bantuan kepada Allah.

Kata Dr Yusuf, Allah menjanjikan kesudahan yang baik bagi mereka yang bersabar dan bertakwa, meskipun jalan yang mereka tempuh penuh duri dan kaki mereka tertusuk dan berdarah.

Firman Allah yang bermaksud: Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah. Sesungguhnya bumi ini milik Allah, diwariskan-Nya kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki di antara hamba-hamba-Nya. Dan kesudahan (yang baik) adalah bagi mereka yang bertakwa. (al-A'raf: 128)


Antara Sabar dan Ego ~

::Wanita juga ada sifat ego::

Shattirs : Jangan lupa, wanita juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar, lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati. Tetapi, sebagai seorang wanita Islam dan wanita solehah, mereka akan cuba sedaya-upaya agar tidak "meluahkan" ego mereka sewenang-wenangnya.

Bagi saya lelaki memang ada sifat ego,tetapi lebih bahaya ego seorang wanita,begitu juga wanita terserlah sifat lemah lembut tetapi lebih bahaya jika lembutnya seorang lelaki..

Shattirs :
Kalam Nabi S.A.W yg mnjadi bahan kajian ilmu perubatan moden setelah ditanya oleh Abdullah ibn Salam,[tok guru yahudi sbelum masuk Islam]-->Wajah Anak lelaki akan mnyerupai ayahnya bilamana air mani ayah lebih dari mak dan anak akan mnyerupai ibu jika air mani ibu lebih dari ayah ketika melakukan hubungan kelamin."

Tanta Scan,TANTA

MESIR

Brought to you by : shattirs

Saturday, September 18, 2010

30 Perkara Rahsia HATI Perempuan


::Gambar Hiasan::

Shattirs : Sekilas pandangan yang menarik untuk dikongsikan.Walaupun disana mungkin sudah ramai yang mengehtahui,tapi bagi saya masih banyak lagi rahsia hati dan jiwa kaum hawa yang belum kita selami selaku kaum adam.

Orang perempuan ni hatinya lembut,jiwanya halus.nalurinya mudah tersentuh,jadi,kepada kaum adam,jagalah hati dan perasaan kaum hawa ini mngikut apa yang agama Islam telah anjurkan.



RAHSIA HATI PEREMPUAN

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Shattirs : Tidak semestinya 30 perkara diatas semuanya wujud dalam diri setiap perempuan,bahkan lebih dari itu lagi.

Saya teringat kata-kata Mak Teh [adik ayah] " Orang perempuani hati dan jiwanya lembut,tapi amat beruntunglah jika seorang lelaki itu telah berjumpa dengan seorang wanita yang mempunyai hati yang sangat2 lembut dan jiwa yang sangat2 halus..

bak kata Mak Teh " susah nak jumpa lani 1 dalam seribu katanya."

Tanta Scan,MESIR

Brought to you by : shattirs

Saturday, September 11, 2010

Agenda disebalik penubuhan MALAYSIA?


Penubuhan MALAYSIA : perancangan USA sejak 1889?--> kertas kerja HARVARD UNIVERSITY "


Shattirs
: Saya amat tertarik dengan hasil tulisan dan kajian seorang rakan di laman maya FACEBOOK yang sesuai dikongsikan didalam blog shattirs.Apakah sebenarnya yang terjadi?Adakah saat kegembiraan menyambut sambutan kemerdekaan negara pada tahun 1957 hanyalah retorik semata-mata?marilah sama-sama kita fikirkan kisah disebaliknya..


1) kajian yang telah dijalankan oleh UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA dari Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polis kata nama MALAYSIA sudah ada pada tahun 1889 lagi.. perancangan penjajah barat memecah-belahkan dan melemahkan dunia Melayu sudah beratus-ratus tahun dirancang oleh FREEMASON! (buka spoiler untuk tengok gambarnya)

2) kritikan perancangan penubuhan negara MALAYSIA pada tahun 1937 oleh penasihat luar USA Rupert Emerson yang membentangkan kertas kerjanya di HARVARD UNIVERSITY!.. 10 tahun selepas batu asas FREEMASON (gerakan sulit yang diasaskan oleh Yahudi) diletakkan di Northam Road di Pulau Pinang.. semasa perletakan batu asas FREEMASON tu pada tahun 1927, Rupert Emerson baru sahaja menjawat jawatan professor di Harvard University.. USA panggil dia "specialist on nationalism in Asia" mungkin salah seorang ahli kuat FREEMASON nih..





3) aku rasa macam nak menangis je bila jumpa benda ni semasa aku cari mengenai sejarah sebenar penubuhan negara MALAYSIA dan INDONESIA, ia bermula ketika aku berasa amat hairan kenapa FILIPINA suatu ketika dahulu pernah nak klaim nama MALAYSIA, sebelum Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura dapat dulu dulu nama MALAYSIA.

4) rupa-rupanya perancangan negara MALAYSIA sudah ada kertas kerjanya beratus tahun sebelum diisyhtiharkan "merdeka", dan yang amat jelas ialah kertas kerja penubuhan negara MALAYSIA serta kritikannya di HARVARD UNIVERSITY pada tahun 1937 oleh Rupert Emerson yang merupakan PENASIHAT LUAR USA pada ketika itu serta professor of political science and international relations in Harvard University (gambar disertakan)

5) dokumen rahsia USA mengenai penubuhan negara Malaysia bertajuk seperti dibawah telah dibuang oleh USA di dalam website rasmi dia setelah artikel mengenainya diterbitkan di Universiti Teknologi MARA.... kuat betul perisik CIA nih
"Foreign Relations, 1964-1968, Indonesia; Malaysia-Singapore; Philippines.Editor: Edward C. Keefer General Editor: David S. Patterson, United States Government Printing Office, Washington, 2001."

6) Dato Onn Jaafar : pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR), tulisan asal ڤرتوبوهن كبڠسأن ملايو برساتو atau nama sekarang telah diInggeriskan menjadi United Malay National Organisation(UMNO) atas sebab British mengharamkan semua parti yang tidak diInggeriskan


Di fitnah teruk oleh bangsa sendiri


7) Ucapan terakhir Dato Onn Jaafar sebagai Yang DiPertua UMNO pada 26 Ogos 1951:

“Oleh kerana saya mempunyai beberapa peluang dapat melihat sesuatu gerak langkah, sesuatu perbuatan atau cadangan yang hendak dijalankan di Tanah Melayu ini; langkah-langkah dan perbuatan yang mendatangkan kebimbangan kepada diri saya sendiri.

…saya dapat peluang itu oleh kerana dapat melihat tempat2 yang tidak dapat dimasuki kebanyakkan orang. (adakah Dato Onn Jaafar sudah berjaya masuk ke dalam salah satu loji FREEMASON di Tanah Melayu ketika itu?) Melihat gerak langkah dan cadangan-cadangan yang hendak didatangkannya ke atas Tanah Melayu ini.

Malang mulut saya tertutup, malang saya berkata mulut saya ini tertutup tidak dapat menzahirkan kepada umat Melayu Semenanjung ini apa yang diketahui oleh saya dalam masa menyempurnakan pekerjaan2 dan tanggungan saya itu…“
rujukan : (Mohamed Abid, 2003, muka surat 191-192)

penubuhan salah satu loji FREEMASON oleh penjajah pada tahun 1927 di Pulau Pinang, upacara perletakan batu asas



antara bangunan FREEMASON di JOHOR (perhatikan betul2 apa dia tulis di peti suratnya dan lambangnya)



7) Gagasan USA tentang Malaysia sepertimana yg dihasratkan Rupert Emerson (kemungkinan besar ahli FREEMASON) menjadi kenyataan pada tahun 16 September 1963 bilamana Singapura, Tanah Melayu (atau suka dikenal sebagai Malaya), Sabah dan Sarawak bersama-sama menubuhkan Malaysia. Brunei di saat akhir, menarik diri daripada menyertai Malaysia, dan kekal dibawah naungan jajahan Inggeris hingga ke tahun 1984. manakala Singapura pula menyertai Malaysia setakat tahun 1965.

8) Pendokong gagasan Nusantara Melayu Raya seperti Lim Chin Siong dan Said Zahari yang menentang penubuhan Malaysia sebagai projek kolonial A.S, juga beranggapan Singapura sememangnya sudah menjadi bahagian Tanah Melayu, tidak timbul persoalan tentang Singapura masuk Malaysia. Kita tidak akan semudahnya melupakan derita suatu pengorbanan cita2 masa lalu yg gagal. Perlembagaan rakyat dan gabungan Putera AMCJA, perang anti British darurat, dan kemerdekaan, Barisan Sosialis dan penangkapan ISA terhadap hampir kesemua wakil rakyat Parti Rakyat dan Parti Buruh, Adun, Ahli Parlimen, Ahli Pihak Berkuasa Tempatan, juga pemimpin bahagian dan cawangan, pengharaman pilihanraya majlis tempatan atas kemenangan hampir seluruh kerusi kepada Barisan Sosialis. Presiden Pas, Dr Burhanudin Al-Helmy juga turut merengkok di dalam ISA atas tuduhan kununnya menentang penubuhan Malaysia. Hal ini ditulis Pak Said Zahari, yang dipenjara ISA oleh Lee Kuan Yew di Singapura, selama 17 tahun tanpa bicara, dalam buku memoirnya “Meniti lautan gelora.”

9) Jadi bukan Tunku Abdul Rahman lah yang mencipta nama Malaysia. Jika begitu tertipulah kita gamaknya. Dan sudah tentunya juga mereka inilah yang telah mencatur dan mengatur (indirect rule) siapa yang patut memerintah dan generasi yang bagaimana patut dilahirkan oleh negara Malaysia itu kelak.

10) Realitinya, Dato’ Onn sudah dapat mengesan perancangan ‘mereka’ itu sedari awal lagi, malangnya orang UMNO telah dibutakan oleh dakyah barua British dan agen2nya sehingga ke hari ini. Akhirnya Dato Onn pula yang dihina dan dituduh talibarut British. (Mohamed Abid, 2003, p189)

11) sesuatu yang besar pasti berlaku selepas era pemerintahan Najib Tun Razak kerana pencaturan Perdana Menteri Malaysia telah berakhir!
R - Tunku Abdul Rahman
A - Tun Abdul Razak
H - Tun Hussein Onn
M - Tun Dr. Mahathir Mohamad.. (Musa Hitam bertanding tapi kalah kepada Dr.M M)
A - Abdullah badawi (Anwar Ibrahim dipenjarakan atas tuduhan liwat/sodomi)
N - Najib Tun Razak (seperti menang tanpa bertanding kerana tiada lagi orang ada nama N)

12) "Kerajaan telah memilih Perang Besar" (sekarang namanya PUTRAJAYA).. sumber rasmi petikan ucapan ini : http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=mahathir&id=1692

mengikut perancangan ILLUMINATI.. di mana FREEMASON telah bergabung dengannya.. Perang Dunia Ketiga mesti dijalankan disebelah Timur Dunia untuk membentuk New World Order : 1World Government, perhatikan huruf G dalam logo FREEMASON, ia merujuk kepada Government!

"...sent them away from his son Isaac to the land of the east."
(Genesis 25:6 New International Version)

14) mengikut ramalan orang Yahudi berfahaman zionis yang sekarang sedang menguasai negara Israel serta parlimen USA (ditubuhkan oleh salah satu sayap gerakan mereka iaitu FREEMASON yang selepas itu sudah bergabung dengan gerakan Yahudi satu lagi dinamakan ILLUMINATI).. Keturunan dari Keturah/Quntura/Ketura iaitu isteri ketiga nabi Ibrahim selepas Hajar dan Sarah, akan mencabar kekuasaan mereka pada ketika dunia hampir kiamat dan Imam Mahdi atau nama lainnya Messiah akan lahir di Timur Dunia, sebelumnya Allah menurunkan Nabi Isa atau nama lainnya Jesus kembali ke bumi untuk membanteras Dajjal yang akan mengaku dia adalah tuhan sebenar, padahal dia menipu (aku pernah baca bahawa dia adalah Samiri pada zaman Nabi Musa atau nama lain Moses yang Allah panjangkan umurnya hingga ke hari kiamat, setelah dia mengintai Nabi Musa yang dipanggil menghadap Allah, dia mengumpul bekas laluan malaikat jibril atau nama lain Gabriel, lalu dia mencipta "tuhan" berbentuk LEMBU yang diperbuat dari emas yang dikumpul dari seluruh kaum Yahudi dan selepas dia mentaburkan sisa-sisa tapak malaikat Jibril itu, tiba2 boleh bergerak dengan cergas untuk beberapa saat dan dia menyesatkan kesemua kaum Yahudi dengan mengatakan LEMBU EMAS, "lembu suci", "holy cow" itu adalah tuhan... cerita ini ada dalam Al-Quran dalam surah Al-Baqarah, dan ajaran Samiri ini kemungkinan besar dia adalah Dajjal dan masih menjadi kepercayaan kuat pengikut agama Hindu yang tamadun besar mereka bermula di Sungai Indus di India)

15) dengan kepercayaan kuat Yahudi ini yang percaya bahawa suatu bangsa keturunan dari isteri ketiga Kunturah /Quntura/Ketura ini akan mencabar dan mengalahkan mereka, kebanyakan negara kuasa Timur cuba dilemahkan dan dipecahkan manakala kuasa barat cuba dikuatkan.. dunia Melayu dipecahkan kepada paling kurang enam negera - Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei dan Timor Timur.. dunia Cina dipecahkan kepada China, Taiwan, Macao, Hong Kong.. dunia Korea dipecahkan kepada Korea Utara dan Korea Selatan.. cubaan menguasai Vietnam.. serta dibom teruk negara Jepun dan dibina pangkalan tentera termaju USA di Jepun, Filipina pelbagai lagi negara di seluruh dunia ini serta serta diberi bantuan ketenteraan melampau kepada Singapura (perhatikan sistemnya hampir sama dengan Israel semasa Israel menang peperangan 6 hari dalam hari dengan negara2 Arab) serta dihantar Jeneral Israel mereka mencatur strategi ketenteraan Singapura.. Lee Kuan Yew namakan mereka sebagai The Mexican.. serta dibinanya fahaman politik2 didunia ini seperti komunis dan sossialis moden yang pengasasnya sama iaitu Karl Marx yang berbangsa Yahudi, serta mahu seluruh dunia mengamalkan demokrasi yang juga sistem asasnya adalah rekaan Yahudi juga, juga dilagakan USA dan RUSSIA yang terletak disebelah timur dunia.. dan diciptanya GOOGLE dan FACEBOOK yang pengasasnya juga adalah Yahudi serta dibelinya YOUTUBE dan juga dikuasai kebanyakan media-media utama dunia, diasaskan juga HOLLYWOOD serta diasaskan kebanyakan syarikat2 studio perfileman di USA untuk pengaruhi seluruh dunia yang dinamakan GLOBALIZATION.

16) antara perkara yang amat menghairankan juga macam mana Anwar Ibrahim boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dengan amat cepat serta boleh pula dia rancang strategi Foundation For Future (sebuah pertubuhan yang sengaja direka oleh USA dan Yahudi untuk merancang politik di Asia) dan berkwan amat rapat dengan Paul Wolfowitz (perancang utama peperangan di Iraq dan Afghanistan).. manakala Najib seperti mengungkapkan misi utama ILLUMINATI atau FREEMASON ini 1World Government : New World Order.. serta pilihanraya Malaysia dulu semasa era pemerintahan Abdullah Badawi diadakan bertarikh "13" (suatu nombor keramat bagi pengikut FREEMASON dan ILLUMINATI).. dan apakah pentingnya nombor "7" dalam FREEMASON? bubuh batu asas FREEMASON di Pulu Pinang pada tahun 1927, perancangan dan kritikan penubuhan negara Malaysia pada tahun 1937 dan pengingsyhtiharan "kemerdekaan" negara Malaysia pada tahun 1957..




LUCIFER show 1World Government sign..




17) fahaman FREEMASON, ILLUMINATI, ZIONIS ISRAEL..
They (no matter what race) who sold their soul to the ‘MASTER‘ to do all the above will be given the power:

a. to induce spiritual blindness

b. to convince

c. to convert

d. to corrupt

........
politik dunia ini semuanya seperti sudah dirancang semuanya oleh FREEMASON dan bangsa YAHUDI.. di facebook tulis "what are you thinking" dan google sebenarnya ada satu pangkalan data khas serta graf dan macam2 lagi untuk mengetahui mengetahui apa sebenarnya manusia suka cari di internet... semuanya adalah perancangan yang amat rapi!

Tanta Scan,MESIR

Brought to you by : shattirs

Friday, September 10, 2010

Salam Aidilfitri 1431 H


Shattirs : Dikesempatan hari yang mulia dibulan syawal,saya ingin mengucapkan salam Lebaran Aidilftri kepada semua yang mengenali tidak kira dimana juga anda berada.Maaf zahir dan batin.Kullu Am wa Antum bikhair.'

تقبل الله منا و منكم....من العائدين والفائزين


Mudah-mudahan kita semua bergembira bersama insan-insan tersayang dihari lebaran ini.insyaAllah.



Tanta Scan,MESIR

Brought to you by : shattirs

Rahsia Kubur Di Kubah Masjid Nabawi

Ini adalah suatu kisah keajaiban terjadi sekitar 90 tahun lalu diriwayatkan oleh Syeikh Al-Zubaidi. Seseorang telah cuba untuk menghancurkan Kubah Nabi Muhammad SAW, Masjid Al-Nabawi (Gumbad-e-Khizra)

Namun, ketika dia memanjat kubah untuk mulakan kemusnahan, tiba-tiba kilat memusnahkannya dan dia meninggal dunia di situ. Lantaran itu tidak ada seorang pun yang mampu mengalihkan mayatnya dari puncak kubah.

Beliau juga mengatakan bahawa orang yang soleh dari Madinah mendengar suara dalam mimpinya bahawa tidak ada sesiapapun yang dapat mengambil mayat dari puncak kubah itu dan bahawa ia harus dikebumikan di situ sebagai amaran dan peringatan bagi orang-orang yang mungkin cuba untuk menghancurkannya pada masa akan datang.

Akhirnya, mereka memutuskan untuk mengebumikannya tepat ada pada kubah dan menutupi tubuhnya dengan penutup hijau sehingga tidak akan terlihat oleh orang lain.




Wallahua'lam, Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa.

Shattirs : Rindu ingin ke sana lagi,ya Allah,permudahkanlah urusanku dan keluarga menziarahi kekasihmu Nabi Muhammad S.A.W tidak lama lagi,Amin

Sunday, September 5, 2010

Doa2 Amalan Pilihan Shattirs


Doa supaya terhindar sifat keji



Doa pembuka apa yang tertutup



Doa supaya mudah bayar hutang



Selawat Munjiyah : dimudahkan urusan kehidupan


Doa untuk menghilngkan sakit ganguan makhluk halus


Doa ketika dalam kesulitan


Doa mohon keampunan


Doa istiqamah


Doa menjadi seorang yang penyabar



Doa ingin mendapat jodoh



Doa dipermudahkan hajat dan urusan



Doa supaya dikasihi serta disayangi



Doa ketika didalam kesusahan



Doa kuat ingatan



Doa mohon keampunan



Doa mohon kesejahteraan dan ketaatan


Shattirs : Moga-moga beberapa doa dari ayat Al-Quran dan Hadis ini dapat menjadi amalan harian hidup kita selaku hamba Allah.

Fastakim Kama Umirta : Hud 112

Berilmu,Beramal,Bertaqwa...

Tanta Scan,MESIR

Brought to you by : shattirs

Suka Melawan Berlawan


Salam Akhir Ramadhan,

Secara sedar atau tidak sedar,kita sebenarnya dilahirkan dengan satu sifat yang cukup nyata,suka melawan seawal saat kelahiran kita lagi.waktu emak bergelut melawan sakit dan bapak berpeluh melawan bimbang,kita mempamerkan keinginan melawan itu melalui tangisan dan raungan.

Sifat itu kemudianya membesar bersama kita,Kita seronok melakukan apa yang emak bapak kata `jangan`,kita sentiasa membolehkan apa yang orang kata `tak boleh`.Sifat melawan ini kemudian berkembang menjadi berlawan.Keduanya(sifat melawan/berlawan sedar atau tidak kita bawanya hingga ke akhir hayat.Keduanya bukan sekadar menjadikan hidup kita lebih bermakna dan berwarna,malah menjadi motivasi kita teringin nak hidup sampai bila-bila .

Cuba bayangkan kalau manusia tidak ada sifat ingin berlawan dan melawan ni,bayangkan pasukan bolasepak Piala Dunia bilamana kedua pasukan sekadar sepak pi sepak mai je bola tu,tanpa berkeinginan nak jaringkan gol atau bayangkan tentera gi berperang tanpa niat nak menang,takde tembak menembak,bunuh membunuh,malah mungkin time tu tentera-tentera kedua pihak sedang bertepuk tampar sambil main dam aji,atau terup keling.

Dunia pulak takkan berkembang,manusia akan jadi seperti batu atau kayu je layaknya,disepak takpe,diterajang sengih je,nak membiak pun harapkan proses luluhhawa je,lebih lagi kalau jadi pokok,setakat boleh berbuah melalui pensenyawaan /pendebungaan,maka jangan harap nak mengorat ,buat majlis kahwin atau mengawan,tapi sekurangnya takde la duk berani kerja buang anak merata-merata.

Pointnya disini,sebagai manusia,patut sangat kita merenungi nikmat sikap ini dan juga mensyukurinya,tu kan sifat fitrah Allah berikan.Sifat inilah menjadikan kita berusaha menjadi lebih baik daripada orang lain,sifat inilah menjauhkan kita dari putus asa.Dalam masa yang sama juga jika silap kirup dengan sifat ini ,kita boleh lingkup didunia dan juga di akhirat.

Dalam Ramadhan inilah antara waktu terbaik untuk kita buktikan sama ada kita cuma jenis yang pandai melawan emak bapak serta adat dan peraturan atau jenis pandai melawan kehendak dan perasaan.Lebih tepat lagi,apakah kita ni jenis yang bukan main lagi `melawan`Tuhan tapi cukup tak berani melawan Syaitan...fikir-fikirkanlah

shattirs : Mudah-mudahan sepuluh yang terakhir didalam bulan Ramadhan akan menemukan kita dengan malam seribu bulan lailatul Qadar,AMIN.

Tanta Scan,MESIR.

Brought tou you by : shattirs