Salam Akhir Ramadhan,
Secara sedar atau tidak sedar,kita sebenarnya dilahirkan dengan satu sifat yang cukup nyata,suka melawan seawal saat kelahiran kita lagi.waktu emak bergelut melawan sakit dan bapak berpeluh melawan bimbang,kita mempamerkan keinginan melawan itu melalui tangisan dan raungan.
Sifat itu kemudianya membesar bersama kita,Kita seronok melakukan apa yang emak bapak kata `jangan`,kita sentiasa membolehkan apa yang orang kata `tak boleh`.Sifat melawan ini kemudian berkembang menjadi berlawan.Keduanya(sifat melawan/berlawan sedar atau tidak kita bawanya hingga ke akhir hayat.Keduanya bukan sekadar menjadikan hidup kita lebih bermakna dan berwarna,malah menjadi motivasi kita teringin nak hidup sampai bila-bila .
Cuba bayangkan kalau manusia tidak ada sifat ingin berlawan dan melawan ni,bayangkan pasukan bolasepak Piala Dunia bilamana kedua pasukan sekadar sepak pi sepak mai je bola tu,tanpa berkeinginan nak jaringkan gol atau bayangkan tentera gi berperang tanpa niat nak menang,takde tembak menembak,bunuh membunuh,malah mungkin time tu tentera-tentera kedua pihak sedang bertepuk tampar sambil main dam aji,atau terup keling.
Dunia pulak takkan berkembang,manusia akan jadi seperti batu atau kayu je layaknya,disepak takpe,diterajang sengih je,nak membiak pun harapkan proses luluhhawa je,lebih lagi kalau jadi pokok,setakat boleh berbuah melalui pensenyawaan /pendebungaan,maka jangan harap nak mengorat ,buat majlis kahwin atau mengawan,tapi sekurangnya takde la duk berani kerja buang anak merata-merata.
Pointnya disini,sebagai manusia,patut sangat kita merenungi nikmat sikap ini dan juga mensyukurinya,tu kan sifat fitrah Allah berikan.Sifat inilah menjadikan kita berusaha menjadi lebih baik daripada orang lain,sifat inilah menjauhkan kita dari putus asa.Dalam masa yang sama juga jika silap kirup dengan sifat ini ,kita boleh lingkup didunia dan juga di akhirat.
Dalam Ramadhan inilah antara waktu terbaik untuk kita buktikan sama ada kita cuma jenis yang pandai melawan emak bapak serta adat dan peraturan atau jenis pandai melawan kehendak dan perasaan.Lebih tepat lagi,apakah kita ni jenis yang bukan main lagi `melawan`Tuhan tapi cukup tak berani melawan Syaitan...fikir-fikirkanlah
shattirs : Mudah-mudahan sepuluh yang terakhir didalam bulan Ramadhan akan menemukan kita dengan malam seribu bulan lailatul Qadar,AMIN.
Tanta Scan,MESIR.
Brought tou you by : shattirs
shattirs : Mudah-mudahan sepuluh yang terakhir didalam bulan Ramadhan akan menemukan kita dengan malam seribu bulan lailatul Qadar,AMIN.
Tanta Scan,MESIR.
Brought tou you by : shattirs
No comments:
Post a Comment