Keluarga SHATTIRS

Keluarga SHATTIRS
Assalamualaikum WBT

SHATTIRS Followers

Popular Posts

Thursday, October 14, 2010

Konvokesyen Al-Azhar 10.10.10


Shattirs : Alhamdulillah Konvokesyen Universiti Al-Azhar telah berlangsung dengan jayanya pada 10.10.2010 [tarikh keramat],bertempat di Azhar Confrence Center [ACC].

Tarikh yang sama diadakan konvokesyen untuk anak-anak Perak MESIR diwaktu malamnya[dihadiri oleh Us Kazim Elias].Maksudnya 2 kali konvo pada tarikh yang sama.Disini saya sertakan beberapa keping gambar untuk pengunjung blog shattirs semua.



::Shattirs Graduation Day::

::Graduan Anak-anak Perak MESIR::


::Rumah Perak,Kaherah [WISMA A]::


::Konvo khas utk anak-anak Perak MESIR::

Shattirs : Terima kasihla yang mengucapkan tahniah,mudah-mudahan kejayaan dan kebahagiaan milik kita semua,insyaAllah.

Seperti saya kata sejak dahulu apabila anda datang ke bumi Mesir [Al-Azhar],kita semua adalah sama sahaja,tiada siapa yang beza asalkan anda kuat berusaha maka Allah akan berikan kejayaan.Oleh itu tiadalah istilah perbezaan antara yang pernah sekolah berasrama penuh,dapat STAM 10 Mumtaz,sekolah agama rakyat,sekolah pondok dan STAM sekadar pangkat jayyid.Kerana di bumi Ardhul Kinanah merupakan bumi tarbiyyah rohani dan jasmani kita.

Masing -masing ada cara ketika belajar dan hendak menghadapi peperiksaan.Oleh itu belajarlah ikut kemampuan kita jangan melihat cara mahupun kemampuan orang lain yang semestinya tidak sama dengan kita.Adik2 yang baru tiba di bumi Mesir ini jangan mengikut cara saya belajar,jika orang lain belajar sehari 5 jam keatas,saya esok lusa nak exam baru nak baca kitab.sehinggakan kawan saya sejak tahun 1 mengatakan beliau tidak pernah nampak saya belajar tambah2 imtihan makin hampir.

Ini adalah celoteh saya untuk adik2 baru yang sering bertanya cara mahupun skill belajar walaupun hakikatnya saya bukanlah orang yang mendapat keputusan terbaik setiap tahun berbnading dengan rakan-rakan yang kuat berusaha,menghafal 2,3 bulan sebelum imtihan tiba.Kadang2 muqrar pon tidak habis baca berbanding rakan2 yang bukan sahaja habis muqarar tetapi kitab kuliah dihadam lebih 2,3 kali.

Saya juga tidak mengamalkan stdy group sejak tahun 1 hinggalah tahun 4,hanya sekadar pergi kuliah,mengikuti kelas KBMI yang dianjurkan DPM TANTA dan mengajar adik2 dan rakan2 yang memerlukan pertolongan untuk memahami sesuatu kaedah mahupun pembelajaran.Tiada niat disebalik celoteh ini hanya sekadar berkongsi pengalaman.Oleh itu kepada adik2 dan kawan2 yang masih belum tamat ikutilah cara n skill pembeljaran mereka yang cemerlang.Sebab bagi saya kualiti lebih diperlukan dari kuantiti,biarlah kita belajar hanya 1 jam berbanding belajar sehingga 8 jam sehari tidak mendapat apa-apa kefahaman.

Ketika IMTIHAN ~

Begitu juga ketika berada didalam dewan peperiksaan,jika anda inginkan kejayaan perlulah duduk lama didalam dewan,Umum mengehtahui waktu imtihan di Al Azhar selama 3 jam dan ada sebahagian subjek 2 jam .Mengikut cara yang saya buat sejak tahun 1 hinggalah tahun 4,waktu yang paling lama ialah sejam dan yang paling sekejap menjawab dan keluar sekitar 15 minit dalam waktu peperiksaan.

Walaubagaimanapun maksud tersirat mahupun tersurat bicara kali ini hanya sekadar perkongsian untuk semua,Maka selaut kesyukuran kepada Allah ynag telah memberikan nikmat rezeki dan kejayaan kepada kita semua berkat usaha,doa,istiqamah dan tawakkal selaku hamba Allah yang banyak kelemahanya ini.

Untuk akhirnya,bagi saya tidak penting apa jua natijah akhir anda [Mumtaz,J.jiddan.Jayid,Maqbul],yang penting pelbagai ilmu yang dikuasai,pengalaman dahulu dan terkini yang menjadi ukuran untuk fasa kehidupan yang seterusnya,walaupun hakikatnya sijil sebagai penghargaan setelah penat lelah dalam menuntut ilmu.

Shattirs : Amat malang jika natijah anda Maqbul,tetapi dalam Majlis Konvo dan anugerah yang dianjurkan persatuan lain pula natijah yang dimaklumkan,secara jujurnya sifat ikhlas dan redha merupakan dua elemen penting untuk mencari keredhaan ilahi.

Moga2 Allah mengampunkan saya jika tersilap bicara kata,Doakan kejayaan dalam ijazah pertama ini sebagai batu loncatan untuk kejayaan didalam peringkat yang lebih tinggi lagi [Master n PHD] sebelum nyawa ini sudah tiada .Tergolong dalam mereka2 yang berjaya didunia dan akhirat,AMIN YA ALLAH ~

Tanta Scan ,MESIR

Brought to you by : shattirs





1 comment:

Abiey69 said...

tahniah... teruskan dengan MA dan PhD,