Keluarga SHATTIRS

Keluarga SHATTIRS
Assalamualaikum WBT

SHATTIRS Followers

Popular Posts

Monday, October 29, 2007

Tidak Mencegah Kemungkaran

Pagi tadi,saya menerima email dari seorang kawan IPTA Tempatan yang mengajukan pertanyaan berkaitan Hukum kita melihat kemungkaran.Saya bukanlah orang yang layak untuk menjawabnya,tetapi sebagai penuntut ilmu,itulah tanggungjawab yang perlu dipikul.mudah2-an wacana pemikiran yang positif akan terus dikekalkan dalam memupuk rasa cintakan Islam dalam kehidupan seharian..

lantas saya membaca pertanyaannya:
Ustaz Helmi ,saya nak tnya apa hukumya bagi mereka yang melihat sesuatu kemungkaran ,mempunyai kuasa dan akal ,tetapi tidak menegah atau mencegah kemungkaran itu daripada terus berlaku ?bolehkah kita membenci di hati sahaja?

JAWAPAN SAYA
Boleh kita membenci di hati,tetapi ia dianggap selemah2 iman berdasarkan hadis Abu Said Al-Khudri dan ianya dianggap sebagai martabat yang ketiga selepas mencegah dengan tangan (kuasa) dan lisan (kata2)..

Hadis riwayat Abu Said Al-Khudri ra.: Dari Thariq bin Syihab ra. ia berkata: Orang yang pertama berkhutbah pada hari raya sebelum salat Ied adalah Marwan. Ada seseorang yang berdiri mengatakan: Salat Ied itu sebelum khutbah. Marwan menjawab: Telah ditinggalkan apa yang ada di sana. Abu Said berkata: Orang ini benar-benar telah melaksanakan kewajibannya. Aku pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda: Barang siapa di antara kalian melihat kemungkaran (hal yang keji, buruk), maka hendaklah ia mengubah kemungkaran itu dengan tangannya. Jika tidak mampu, maka dengan lisannya. Kalau tidak sanggup, maka dengan hatinya. Dan itu adalah selemah-lemah iman ..

Ingatlah,kita bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpin serta diamanahkan selaku khalifah Allah di muka bumi ini,semuanya akan ditanya samada tangan ,mulut dan anggota pancaindera yang lain.mudah2-an kita semua didalam naugan rahmat dan hidayah ilahi senantiasa..amin.

walla'ulam
Brought to you by: shattirs

Balasan Pada yang Ingkar

Cegah Sebelum Terlambat...

Daripada Ummul Mu'minin, Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah SAw),beliau berkata," (Pada suatu hari) Rasulullah SAW masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil bersabda,:”La ilaaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini", dan Baginda menemukan ujung jari dan ujung jari yang sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyararkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan di kalangan kami masih ada orang-orang yang soleh?" Lalu Nabi SAW bersabda: "Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak".

(Bukhari dan Muslim)


Huraian Hadith di atas menerangkan bahawa apabila di suatu tempat atau negeri sudah terlampau banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasikan, maka kebinasaan akan menimpa semua orang yang berada di tempat itu. Tidak hanya kepada orang jahat sahaja, tetapi orang-orang yang soleh juga akan dibinasakan, meskipun masing-masing pada hari kiamat akan diperhitungkan mengikut amalan yang telah dilakukan. Oleh itu, segala macam kemungkaran dan kefasikan hendaklah segera dibasmi dan segala maksiat hendaklah segera dimusnahkan, supaya tidak terjadi malapetaka yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang melakukan kemungkaran dan kejahatan tersebut, tetapi ianya juga akan menimpa semua penduduk yang berada di tempat itu.

Brought to you by: shattirs

Thursday, October 25, 2007

Kisah Puteri Raja yang Cantik


Tersebutlah satu kisah di zaman silam,sezaman dengan Zaman Kesultanan Melaka.Terdapat satu kerajaan yang tidak jauh daripada Negeri Melaka & mungkin akan ditawan oleh Melaka. Negeri itu adalah Negeri Kemdoyong di bawah pemerintahan Sultan Azlan ibnu Arshad Shah.

Sultan Azlan amat risau, akan keselamatan Negeri beliau akan serangan Negeri Melaka terhadap negeri Kemdoyong.Baginda risau, risau serisau-risaunya.Baginda tidak mempunyai bala tentera yang kuat, malah tombak & keris pun diimport daripada Melaka.
Malah Laman web parlimen baginda pun sering diceroboh. Akan tetapi, Baginda mempunyai seorang puteri yang cantik rupawan, Muka bujur sirih, bibir bak delima merkah, memang terpikat semua lelaki memandang, termasuklah lelaki yang dah ada 8 orang anak pun terpikat dengan kecantikan puteri Baginda.Suatu hari Baginda mendapat idea untuk menguatkan bala tenteranya iaitu dengan mengadakan pertandingan untuk mencungkil bakat pahlawan tempatan.

Hadiahnya ialah dapat berkahwin dengan puteri baginda.Berita tentang pertandingan tersebut tersebar luas sehingga tiba di Melaka,Siam dan Sulawesi.Maka pertandingan itu pun bermula, ramai rakyat tempatan yang bertanding, tidak kurang pula dengan peserta daripada negara luar. Ada juga peserta daripada negeri Melaka seperti Hang Jebat, Lekir,Kasturi, Lekiu turut bertanding.Ketika mereka siap sedia, tiba2 seorang tua datang membisikkan sesuatu kepada semua peserta secara bergilir-gilir.

Dan tiba2 kesemua peserta menarik diri daripada pertandingan, walaupun dihadiahkan Puteri yang cantik rupawan itu.Maka Sultan pun hairan dan risau lalu menyuruh temenggung untk menyiasat akan sebab sebab mengapa mereka menarik diri.Temenggung pun menyiasat, & ingin menyampaikan khabar itu kepada Sultan Azlan.

Temenggung : Ampun Tuanku beribu ribu ampun
Sultan : Ya, temenggung, apakah khabarberita itu.
Temenggung : Peserta menarik diri kerana sebab musabab yang sama tuanku mereka tidak lagi berminat dengan Puteri Tuanku.
Sultan : Apakah sebab itu? adakah puteri beta tidak cukup rupawan.
Temenggung : Orang tua itu telah mengkhabarkan kepada mereka bahawa puteri tuanku adalah . . . . . . . . . .. . . .
Sultan : Adalah apa ? ? ? ? ? ? ? ? ? ?Puteri Bunian?.. Puteri Gunung Ledang?..Putri Buluh Betong?... .CAKAP TEMENGGUNG CAKAP! ! ! ! ! ! ! !
Temenggung: Lebih dahsyat Tuanku... ...(Jawap Temenggung terketar-keter).anakanda Tuanku adalah... ... ... ...... ...
Temenggung : PUTERI UMNO tuanku . . . .

Ps:tiada kaitan yg hidup mahupun sudah tiada..:P
Brought to you by:shattirs

Tuesday, October 23, 2007

Syuhada Yang Cerdik


Kali ini,saya nak cerita tentang adik sepupu yang bertambah cerdik dari hari ke hari..Alhamdulillah.Nurul Syuhada namanya.Syawal yang lalu,adalah kenangan bersamanya,yang tak mahu berpisah dan berhenti gelak tawa di hari yang mulia.
Sehinggakan gelaran adik disebut2 oleh pengunjung2 yang datang ke rumah dan Kg.
Kecerdikannya amat menakjubkan hati..walaupun hanya berusia hmpir 4 tahun.
Moga dirimu menjadi Serikandi Harapan Ummah..insyaAllah.
Gambar diatas menujukkan alangkah gembiranya dia menangkap gambar depan laptop..xpe,insyaAllah,kita akan bertemu sekali lagi 2 tahun dari sekarang...
ps: Sekadar berkongsi cerita.
Brought to you by : shattirs

Gudluck Untuk Adik


Gudluck untuk adik saya (NURUL AMIRA NAJWA) yang baru selesai menduduki PMR..

Abg rasa wawa boleh mendapat yg terbaik..i think u can do it..
7A 2 B dalam trial adalah petujuk awal untuk merialisasikan impianmu untuk menuntut ilmu di KISAS o TKC..

Teruskan kecemerlangan dirimu..i wanna wish u best of luck in ur life forever..AMIN

Brought to you by: shattirs

Tahniah Dr Sheikh Muszaphar

Tahniah pada Angkasawan Pertama Negara..Dr Sheikh Muszaphar atas kecemerlangan beliau
sepanjang berada di ISS..Alhamdulillah,sudah selamat tiba di bumi..menaiki kapal Soyuz milik Russia.

Pagi tadi semasa menonton Saluran Awani di Astro..ada terbaca hasrat Dr Sheikh nak pergi ISS lagi ,kali ni sebagai Komander di ISS.mudah2-an tercapai..insyaAllah.

Brought to you by: shattirs

Syair Pujaan Kepada Keindahan..



..:Perempuan Hiasan Dunia:..

alangkah indahnya senyum merekah merah yang kelak terkatup membiru dan murung melengkung pilu..

alangkah indahnya dendang merdu gelak tawa yang kelak senyap bisu tinggal angin meraung sendu ..

alangkah indahnya pandang bening bola mata yang kelak muram terpejam kelopaknya dan tergulir jatuh tinggal rongga hampa..

alangkah indahnya tubuh semampai melenggang gemulai yang kelak layu tumbang terkulai lalu amis membangkai ..

alangkah indahnya rambut hitam tebal tergerai yang kelak putih kusam dan kusut terburai ..

alangkah indahnya kulit halus mulus kencang yang kelak mengerut mengendur lalu terkelupas berlepasan ..

alangkah indahnya padat sintal daging yang kelak leleh terurai dirubung beribu belatung ..

alangkah indahnya hangat gelegak darah yang kelak surut kering disadap bumi ..

alangkah indahnya kukuh tegak tulang belulang yang kelak luruh lungkrah berserakan ditimpa sinar bulan ..

alangkah indahnya
alangkah indahnya
alangkah indahnya
alangkah indahnya.....

Brought to you by: shattirs

AlTafsir.com

Makluman Sahabat2..jika nak mudah mencari tafsir Al-Quran..bolehla melayari laman web..

www.altafsir.com

2 Bahasa : Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab

Sedikit petikan altafsir.com...

ALTAFSIR.COM is a completely free, non-profit website providing access to the largest and greatest online collection of Qur’anic Commentary (tafsir or tafseer), translation, recitation and essential resources in the world.....

Brought to you by : shattirs

Wednesday, October 17, 2007

Kuasa Islam Akan Bangkit?

Ketakutan Barat Terhadap Tegaknya Khilafah Semakin Nyata...

Baru-baru ini Presiden Amerika Syarikat,George W. Bush kembali menyerang idea Khilafah. Bush berjanji untuk menentang habis-habisan kepada siapa sahaja yang mencuba untuk mengembalikan Khilafah.Dia menganggap ianya adalah sebahagian daripada kempen war on terror.Pernyataan Bush tersebut adalah merupakan respon pertama darinya selepas Khilafah Konferens yang dianjurkan oleh Hizbut Tahrir.

Antara pemimpin barat yang turut memberikan komen berkenaan pergerakan mengembalikan khilafah ialah Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy,dimana Sarkozy mengaitkan aktiviti pengembalikan khilafah dengan sebahagian dari aktiviti Al-Qaeda.Pada pernyataan Bush di America
n Legion Convention pada28 Ogos 2007, Bush mengaitkan aktiviti-aktiviti untuk menegakkan semula Khilafah sebagai sebahagian dari aktiviti terorrisme." Dan kemudian pemikiran musuh, mengakui bahawa sebuah masyarakat bebas di timur tengah akan menjadi serangan utama untuk cita-cita mereka untuk menyebarkan khilafah di seluruh Timur Tengah, cubaan untuk membuat keganasan agama.

Mereka membunuh mereka yang tak berdosa yang menyebabkan masyarakat ragu terhadap pemerintah dan sekutunya."( "And then the thinking enemy,recognizing that a free society in the Middle East would be a major blow to their ambitions to spread their caliphate throughout the Middle East ,tried to create sectarian violence. They murdered the innocent in order to cause people to doubt government and doubt thecoalition.")<>"Para ekstrimis ini berharap untuk menentukan visi gelap yang sama merentasi Timur Tengah dengan menggunakan kekerasan dan khilafah radikal yang terbentang dari Sepanyol hingga ke Indonesia .

"("These extremists hope to impose that same dark vision across the Middle Eastby rising up a violent and radical caliphate that spans from Spain to Indonesia .")Daripada ucapan yang dikeluarkan dari mulut-mulut pemimpin barat ini jelaslah kegerunan yang tersimpan didalam diri mereka terhadap negara Khilafah yang pasti akan muncul dengan izin Allah.Jika dulu ungkapan seperti Caliphate(Khilaf ah) dan Caliph (Khalifah) amat sukar untuk mereka ungkapkan dari mulut mereka sendiri kerana bimbangnya dengan sentimen kebangkitan istalah itu, namun kini situasinya tidak lagi. Ungkapan Khilafah dan Khalifah mukhtahir kini sering muncul dari ucapan mereka, namun didalam konotasi yang negatif, didalam usaha untuk mengelirukan dan menyerang pemikiran umat Islam dan dunia.

Ini kerana barat telah menyedari usaha mereka untuk membius umat islam dari terus melupakan Khilafah di dalam diri mereka terbukti sia-sia. Seruan umat Islam di seluruh dunia terus kuat bergema dari hari ke hari untuk mengembalikan semula Khilafah. Kini barat menggunakan taktik dengan mengaitkan usaha menegakkan Khilafah sebagai aktiviti eksremis dan mempunyai hubungkait dengan aktiviti Al-Qaeda.Panggilan gerakan Islam terhadap umat Islam seluruh dunia untuk menegakkan kembali khilafah ini benar-benar membimbangkan pihak barat. Mereka cuba melakukan perancangan-perancan gan untuk mengaitkan perjuangan menegakkan Khilafah dengan kekerasan, namun itu juga adalah perkara sia-sia kerana umat Islam menyedari hal ini dan ketakutan serta kebencian mereka terhadap Islam benar-benar terserlah melalui ucapan dari mulut-mulut mereka dan lebih dari itu.“Wahai orang orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti...” [TMQ Al-Hujurat (49):6]“
Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi.Sungguh telah kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya. ” [TMQ Ali Imran (3):118]

Meskipun pihak barat merancang dan mengatur seruan yang menyesatkan ini dengan segala cara, namun apa yangmereka usahakan ini dengan izin Allah tidak akan tercapai.“Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut mereka, namun Allah tetap menyempurnakan cahayaNya meskipun orang-orang kafir benci” [TMQ ash-Shaff : 8]-

wAllahual am-
Brought to you by: shattirs

Tuesday, October 9, 2007

Salam Hari Raya Aidilfitri..


Alangkah hibanya hati ini tikamana bulan Ramadhan semakin meninggalkan kita semua. Begitu pantas masa berlalu. Seolah-olah baru semalam berpuasa pada hari pertama. Rasanya kenikmatan Ramadan belum puas diraih. Sebagai insan yang lemah, banyak kelemahan dalam bulan Ramadan. Mengejar ganjaran pahala sebaik mungkin, tetapi adakah amalan itu sudah diterima Allah? Semoga Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang perkenankan amalan yang tidak seberapa ini.mudah2-an amalan semua umat Islam yang beriman dan bertaqwa diterima Allah. Amin ya RABB...

Kini, menjelang bulan Syawal. Bulan kemenangan setelah berpuasa menghadapi segala cabaran dalam Ramadan. Namun, kemenangan itu hendaklah dilakukan sebaik mungkin dengan amalan yang berfaedah,dengan berusaha ke arah kebaikan,bukan sebaliknya.Bulan ini jugalah mengikut tradisi orang Melayu, berkumpul adik beradik dan sanak saudara di kampung. Pasti suasana amat meriah dengan gelak ketawa mahupun usik mengusik sekeluarga akan membuatkan saban tahun hari lebaran ini tidak dapat dilupakan.Kita maklumi,bulan ini juga dianjurkan saling maaf bermaafan antara satu sama lain. Bermaafan dengan penuh keikhlasan. Penuh kasih sayang dan kemesraan.Inilah hikmah yang Allah tunjukkan pada hambanya .Wajah-wajah kasih sayang di bulan Ramadhan dapat dijelmakan dibulan yang bahagia ini.
Dikesempatan yang ada ini,Saya ingin memohon seribu kemaafan sekiranya sepanjang apa yang dicatatkan dalam blog ini menyinggung hati pembaca. Kepada semua pengunjung blog ini saya, terima kasih kerana sudi membaca coretan yang tidak seberapa dan tak seindah bahasa.

Kepada sahabat-sahabat di seantero dunia khususan sahabat -sahabat dari blog , semoga gembira berhari raya bersama keluarga. Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..insyaAllah.
Kepada sahabat-sahabat penulis, teruskan berkarya meskipun sibuk berhari raya.Ingatlah,perjuangan belum selesai,teruskan usaha serta tambahkan thaqafah ke arah kegemilangan kendiri. Teruskan perjuangan menyampaikan ilmu yang berguna. Itulah bekalan kita di sana yang abadi.Buat akhirnya Salam lebaran Aidil Fitri dari sy Shattirs (Mohd Helmi Che Fauzi)

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin...


Brought to you by: shattirs

Indahnya Bulan Ramadhan

shattirs sesi 07/08

Hari ini Rabu 10 Oktober 2007 bersamaan dgn 28 Ramadhan 1428 Hijrah..tiba-tiba hatiku rasa sedih,bulan yang penuh barakahnya ini akan meninggalkan umat Islam..baik dimana mereka berada.adakah sudah sempurna amalan sebagai seorang hamba?,adakah setiap peluang berjaya direbut.?amalan makin meningkat atau sebaliknya?jawapanya kita sendiri mengehtahuinya,bukan orang lain,itu yang pasti. Ya Allah,adakah hambamu ini layak untuk memasuki syurgamu tikamana amalanku tidak setimpal dengan umur yang semakin meningkat..membuatkan saya sering muhasabahkan diri ini supaya tidak leka mahupun alpa dalam mencari rahmat mahupun redho ilahi.
Detik-detik yang berlalu bagaikan panahan petir yang bisa mungkin tidak akan kunjung lagi,alangkah bahagianya mereka yang berjaya mendidik diri didalam bulan ini seterusnya dapat pula di"tadbiqkan" di bulan-bulan yang seterusnya,inilah janji Allah pada mereka-mereka yang beriman dan bertaqwa padanya.mudah2-an kita tergolong dikalangannya,amin.
Bulan Ramadhan,bulan dimana manusia kembali ke fitrah ciptaan,dosa-dosa lalu diampunkan seperti baru dilahirkan didunia ini,dengan syarat penuh dengn keimanan dan penghayatan selaku hamba pada pencipta.Banyak nas-nas Al-Quran mahupun Hadis S.A.W menceritakan kelebihan bulan ini,semua orang sudah tahu,acapkali juga pendakwah-pendakwah sering melontarkan ungkapanya sejajar tibanya bulan yang mulia ini,tetapi adakah kita sudah mampu mengabdikan diri sepenuhnya untuk mencari seribu malam yang dijanjikan ilahi?Sesunguhnya malam itu diturunkan Al-Quran ,yang kita maklumi,sebagai petunjuk seluruh manusia mahupun alam .
Moga-moga kita berjaya didalam bulan tarbiyah ini,dan seterusnya dapat pula dikekalkan dibulan-bulan yang seterusnya,insyaAllah.

Kullu Sanah Wa Antum Toiyyibun


Brought to you by: shattirs

Sunday, October 7, 2007

Kaedah-Kaedah Dalam Mensikapi Perbezaan Pendapat


"Kehidupan di zaman moden ini sememangnya menjanjikan cabaran yang besar kepada umat Islam. Umat Islam kini mudah terdedah dengan berbagai maklumat dan aliran pemikiran daripada dunia barat mahupun timur, dan ini telah menyebabkan lahirnya berbagai-bagai pendapat berbeza dalam dalam perkara-perkara ilmiah mahupun keduniaan, termasuk hal-hal hukum Islam.Apa yang merisaukan ialah sekiranya perbezaan pendapat ini jika tidak ditangani dengan sempurna, ianya mampu mendatangkan perasaan tidak senang hati di kalangan sesetengah pihak; kemudian perselisihan, bantah-membantah dan permusuhan.

Oleh yang demikian, kaum muslimin dan muslimat seharusnya mempunyai kaedah-kaedah yang matang dan efektif dalam menangani perbezaan pendapat agar ketegangan sesama umat Islam tidak timbul. Sesungguhnya ketegangan seperti ini mampu meruntuhkan kesatuan umat sebagaimana terungkainya penyapu lidi sekiranya tali pengikatnya dibuka. Keadaan ini amatlah bahaya dan mesti dielakkan. Antara kaedah-kaedah asas dalam menghadapi situasi perbezaan pendapat ialah:

1)Sekiranya terdapat beberapa pendapat yang berbeza antara dalil naqli dan dalil naqli, wujud fleksibiliti untuk memilih mana-mana pendapat yang dilontarkan asalkan ianya berlandaskan nas-nas yang sahih, dan nas-nas tersebut telahpun difahami dahulu maksudnya dengan tepat; melalui guru-guru yang terpercaya dan rujukan daripada kitab-kitab yang mahsyur. Contoh yang baik untuk kes ini adalah seperti: dibolehkan memilih sama ada untuk meletak tangan kanan di atas lengan kiri, atau di atas pergelangan tangan kiri atau di atas tapak tangan kiri semasa berdiri dalam solat. Ini kerana ada hadith yang menunjukkan Rasullullah membolehkan ketiga-ketiga cara tersebut. (Rujuk “As-Salatun Nabi”, karya Sheikh Nasir al-Din Al-Albani). Kesimpulannya, jika terjadi kes dimana kedua-dua pihak tidak boleh dipersalahkan kerana masing-masing berpegang kepada nas-nas yang sahih, pilihlah mana-mana pendapat pun. Bukankah lebih memudahkan kehidupan kita jika wujud beberapa pilihan daripada satu pilihan sahaja? *Perlu diingatkan di sini walau dalam apa jua perbahasan yang melibatkan dalil-dalil yang sahih, JANGAN sesekali menafikan dalil-dalil sahih yang dibawa pihak lain, dan PASTIKAN dalil-dalil yang digunakan untuk mengeluarkan/memilih pendapat difahami dengan setepat-tepatnya sebelum kita membawanya ke meja perbahasan.

2)Sekiranya berlaku pertentangan pendapat antara naqli dan naqli, di mana salah satu daripada dalil naqli tersebut lebih disokong oleh akal fikiran yang sihat, maka kedua-dua pendapat adalah benar dan masih difleksibelkan bagi kita untuk mengambil yang mana satu pun. Cuma kecenderungan keutamaan pendapat perlulah lebih memihak kepada pendapat yang disokong oleh dalil naqli yang lebih serasi dengan akal fikiran tadi. Contoh dalam kes ini ialah seperti: berdasarkan sebuah hadith, dibolehkan makan dan minum berdiri. Sementara itu, terdapat hadith yang menunjukkan bahawa Rasullullah s.a.w menyarankan agar makan dan minum sambil duduk, dan sebagai tambahan akal yang bersih juga lebih menyukai makan dan minum sambil duduk. (Kedua-dua hadith ini ada terdapat dalam kitab Riyadhus Salihin karya Imam Nawawi) Apa yang jelas daripada perbezaan pandangan seperti ini ialah terhasilnya satu kefahaman bahawa: “Lebih utama jika makan dan minum jika dilakukan sambil duduk kerana ianya nampak lebih sopan berbanding makan dan minum sambil berdiri. Jika keadaan tidak mengizinkan untuk makan sambil duduk, boleh sahaja makan dan minum sambil berdiri”. Kesimpulannya, kedua-dua pendapat boleh diterima dalam kes ini, cuma keutamaannya berbeza kerana kedua-keduanya tidak sama darjatnya di sisi logik akal fikiran.

3)Dalam kehidupan manusia pendapat majoriti seringkali lebih tepat dan sesuai. Oleh yang demikian walau macam mana pun rupa situasi percanggahan pendapat (dalam hal-ehwal Islam) tersebut, hendaklah diutamakan pendapat majoriti (jumhur) ulama terlebih dahulu dan lihatlah hujah yang ditampilkan atas terlontarnya pendapat tersebut. Adalah merupakan satu perbuatan yang ditegah dalam Islam untuk mengikut pendapat seseorang, selain kata-kata Rasullullah s.a.w, tanpa mengkaji sebab terhasilnya pendapat tersebut. Fenomena ini juga diketahui umum sebagai ‘taqlid’ dan orang yang melakukannya dikenali sebagai ‘muqallid’. *Sila kaji apa kata para imam, terutamanya imam-imam mazhab tentang larangan mereka dalam mengikut pendapat mereka, sekiranya ada terdapat pendapat-pendapat mereka yang tidak bertepatan dengan Al-Quran dan Sunnah. Pastinya, kenyataan-kenyataan yang telah dikeluarkan oleh imam-imam ini telah membuktikan bahawa mereka tidak mahu para pengikut pendapat mereka menjadi ta’sub terhadap pendapat-pendapat imam-imam ini. kereta’suban seperti ini boleh menyebabkan berlakunya penerimaan negatif terhadap pendapat-pendapat yang dikeluarkan oleh orang lain, meskipun pendapat-pendapat lain tersebut ternyata lebih kuat. Alangkah bagusnya tahap kesedaran yang dimiliki oleh imam-imam cerdik pandai ini, bahawa dalam mengeluarkan pendapat, tidak semestinya pendapat mereka itu 100% betul. Kata-kata para imam ini juga membuktikan mereka sangat bertoleransi dalam menerima perbezaan pendapat; mereka tidak suka untuk menunjukkan pendapat mereka betul, mereka hanya mahukan pendapat yang paling kuat tanpa mengambil kira siapakah yang mengeluarkan pendapat tersebut.

4)Sekiranya perbezaan pendapat yang berlaku tidak melibatkan hal-hal Islam secara langsung (contoh: sains, kesasteraan dan sebagainya.), maka pendapat yang lebih kuat mengikut logik perlulah diterima dengan berlapang dada walaupun pendapat tersebut mungkin bertentangan dengan pendapat kita. Perlulah diingat di sini bahawa pendapat kita tidak semestinya betul, jadi perbezaan pendapat adalah merupakan sesuatu yang sangat bermanfaat kerana ianya boleh membetulkan pandangan kita andai ia kurang tepat. Apa yang penting, individu-individu yang terlibat dalam perbezaan pendapat haruslah berfikir dengan matang, tidak berniat untuk menunjukkan hanya pendapatnya sahajalah yang betul, tidak ego, tidak beremosi (moody), penuh pertimbangan dan bertolak-ansur sepanjang berjalannya sesi perbincangan perbezaan pendapat tersebut. Dengan cara ini insyaAllah pendapat yang terbaik akan diperolehi dan sudah tentu ia akan memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat. Semua orang yang terlibat dalam sesi perbincangan ini tentu saja akan berasa gembira kerana kesepakatan telah tercapai.

5)Sekiranya berlaku percanggahan pendapat antara dalil naqli dan aqli, semestinya dalil naqli yang akan diterima. Akal manusia sama sekali tidak mampu menentang keunggulan hukum-hukum Allah. Dalam suatu situasi, jika diri kita suka melakukan sesuatu tetapi tiba-tiba kita dinasihati oleh seorang saudara kita yang prihatin bahawa perbuatan kita tadi tidak dibenarkan dalam Islam, maka janganlah merungut dan janganlah berkeras hati untuk menerima hakikat ini. Ingatlah bahawa Allah s.w.t. telahpun berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 216 yang bermaksud: “…boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Dan Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”. Sesungguhnya pengetahuan Allah itu meliputi segalanya dan tiadalah berdaya ilmu manusia untuk mempersoalkan ketetapanNya.*Dukacitanya hari ini kita telah melihat bagaimana sikap segelintir daripada kalangan kaum muslimin dan muslimat yang telah bertindak menentang hukum Allah kerana pada sangkaan mereka hukum-hukum unggul ini tidak lagi relevan pada zaman ini. Contohnya, masa kini telah berlaku penentangan terhadap Islam oleh golongan yang mengaku Islam sendiri iaitu tentang beberapa perkara seperti hukum berpoligami, kaedah pembahagian harta secara faraid, kaedah pergaulan lelaki dan perempuan, batasan aurat wanita, dan lain-lain. Golongan penentang hukum Allah ini jahil tentang Islam dan mereka telah bertindak menurut pemikiran mereka sendiri untuk mengubah hukum-hakam agama suci inii demi memuaskan keinginan duniawi mereka! Semoga Allah memberi petunjuk ke atas mereka untuk bertaubat.

6)Sekiranya tiada kesepakatan pendapat dicapai kerana kedua-dua pihak yang berbeza pendapat mempunyai hujah-hujah yang setara kuatnya, maka hal ini adalah tidak mengapa, hentikanlah perbahasan, dan masing-masing boleh terus bertahan dengan pendapat masing-masing tanpa merasa marah kepada pihak lain, atau dipersilakan untuk memilih mana-mana pendapat yang telah dikeluarkan oleh pihak-pihak yang berbeza pendapat kerana pendapat-pendapat yang berbeza tersebut masing-masing setara kekuatannya (daripada segi naqli mahupun aqli). Walaubagaimanapun, hal ini jarang berlaku kerana lazimnya dalam sesi perbahasan yang sopan dan tertib, pendapat-pendapat yang berlainan tetapi sama kuat ini adalah benar sahaja kesemuanya dan kita boleh mengambil yang mana-mana pun mengikut kesukaan kita, berdasarkan konsep kaedah 1 tadi.

7)Perbezaan pendapat dalam perkara cabang adalah kurang utama berbanding perbezaan pendapat dalam perkara pokok. Pihak-pihak yang berbeza pendapat sepatutnya mengurangkan perhatian tentang perbahasan perkara-perkara cabang dan mengutamakan perbahasan dalam hal-hal pokok yang jauh lebih utama. Antara contoh kesilapan yang sering berlaku hari ini ialah umat Islam sibuk bertelagah tentang “hal ini bidaah atau tidak?”, “hal itu bidaah atau tidak?”. Sewajarnya yang lebih utama adalah umat Islam lebih memfokuskan diri terhadap menghasilkan perkara-perkara baru dalam hal-hal keduniaan untuk menghasilkan teknologi baru, bukannya sibuk mencipta perkara-perkara baru dalam ibadah (rujuk Sunnah dan Bidaah, karya Dr. Yusuf Qardawi). Ibadah-ibadah yang tidak dilakukan oleh Rasullullah tetapi dilakukan oleh golongan muslimin pada zaman ini, perlulah dielakkan daripada melakukannya kerana itu hanya akan menggalakkan lahirnya isu-isu perdebatan yang baru, dan ini akan merugikan masa dan tenaga. Sepatutnya, jika masih terdapat golongan yang masih melakukan ibadah-ibadah yang bukan termasuk daripada amalan Rasullullah, janganlah pula kita memusuhi mereka, dan janganlah dengan mudah kita menuduh hal yang demikian itu bidaah, kerana tuduhan sebegitu tidak mempunyai asas yang kukuh. Perbuatan membidaahkan orang sewenang-wenangnya dikhuatiri akan mendatangkan permusuhan dan persengketaan. Ketepikanlah permasalahan cabang sebegini duhulu. Risaukanlah mengenai hal-hal yang jauh lebih utama seperti keadaan segelintir remaja masa kini yang tidak menunaikan solat, keadaan muslimin masa kini yang selalu lalai dengan dunia, kesengsaraan umat Islam di Palestin, dan lain-lain masalah pokok umat Islam. ---------------------------------------------------------------------
Secara umumnya, kaedah-kaedah menyikapi perbezaan pendapat haruslah dikuasai sebaiknya oleh setiap individu muslim untuk membolehkan umat Islam bersatu di bawah satu fikrah yang sama. Perbezaan pendapat sebenarnya bukanlah satu masalah malah ianya mendatangkan banyak manfaat kepada kita sekiranya kita pandai menanganinya. Adalah merupakan satu pandangan yang salah untuk mengatakan bahawa dalil-dalil Al-Quran dan hadith tidak perlu digunakan dalam menangani perbezaan pendapat dalam hal-hal dunia. Ini kerana perbezaan pendapat dalam urusan dunia itu juga adalah berkenaan tentang urusan kehidupan umat Islam, dan semua hal-hal kehidupan umat Islam sudah semestinya adalah hal-hal Islam.

Kerana itu, dalam menetapkan keputusan atau pendapat dalam hal-hal dunia kaum muslimin, rujukan kepada Al-Quran dan hadith juga adalah sangat-sangat dimestikan. Kedua-dua sumber utama ini ini bukan hanya digunakan untuk memilih atau melahirkan pendapat dalam ilmu fiqh sahaja. Semoga kewujudan perbezaan-perbezaan pendapat dalam kehidupan muslimin dan muslimat masa kini tidak menjadi suatu bebanan kepada kita semua.

Apa yang paling diharapkan ialah dengan adanya kesepakatan mahupun ketidaksepakatan dalam suatu perkara yang melibatkan percanggahan pendapat, fikiran umat Islam akan semakin berkembang malah ukhwah mereka akan semakin teguh; bukannya menyebabkan perpecahan dan sikap saling cela-mencela antara satu sama lain.

Brought to you by : shattirs
sumber: www.ukhwah.com

Motivasi Shattirs

Ciri-ciri Pelajar Cemerlang –

� Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan dalam pendidikan.

� Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat.

� Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru.

� Membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM.

� Sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian bulanan, peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaan yang sebenarnya).

� Menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi seperti buku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota ringkas dan sebagainya lagi.

� Menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti datang ke sekolah dalam waktu yang ditetapkan dan pulang hanya setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorang yang berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar, maka mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri dalam pembelajaran.

� Mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu. Misalnya apabila pelajar sakit dan tidak dapat hadir ke kelas, pelajar perlulah mendapatkan bantuan kawan-kawan untuk mendapatkan nota-nota pelajaran, atau mendapatkan penerangan guru bagi pelajaran yang telah tertinggal itu.

� Sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas. Guru adalah sumber ilmu. Oleh itu sentiasalah menghormati guru yang memberikan kita ilmu.

� Bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar. Malah ahli falsafah Yunani yang terkenal bernama Socrates pernah berkata 'carilah ilmu pengetahuan dengan cara bersoal-jawab'.

Brought to you by : shattirs