Alangkah hibanya hati ini tikamana bulan Ramadhan semakin meninggalkan kita semua. Begitu pantas masa berlalu. Seolah-olah baru semalam berpuasa pada hari pertama. Rasanya kenikmatan Ramadan belum puas diraih. Sebagai insan yang lemah, banyak kelemahan dalam bulan Ramadan. Mengejar ganjaran pahala sebaik mungkin, tetapi adakah amalan itu sudah diterima Allah? Semoga Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang perkenankan amalan yang tidak seberapa ini.mudah2-an amalan semua umat Islam yang beriman dan bertaqwa diterima Allah. Amin ya RABB...
Kini, menjelang bulan Syawal. Bulan kemenangan setelah berpuasa menghadapi segala cabaran dalam Ramadan. Namun, kemenangan itu hendaklah dilakukan sebaik mungkin dengan amalan yang berfaedah,dengan berusaha ke arah kebaikan,bukan sebaliknya.Bulan ini jugalah mengikut tradisi orang Melayu, berkumpul adik beradik dan sanak saudara di kampung. Pasti suasana amat meriah dengan gelak ketawa mahupun usik mengusik sekeluarga akan membuatkan saban tahun hari lebaran ini tidak dapat dilupakan.Kita maklumi,bulan ini juga dianjurkan saling maaf bermaafan antara satu sama lain. Bermaafan dengan penuh keikhlasan. Penuh kasih sayang dan kemesraan.Inilah hikmah yang Allah tunjukkan pada hambanya .Wajah-wajah kasih sayang di bulan Ramadhan dapat dijelmakan dibulan yang bahagia ini.
Dikesempatan yang ada ini,Saya ingin memohon seribu kemaafan sekiranya sepanjang apa yang dicatatkan dalam blog ini menyinggung hati pembaca. Kepada semua pengunjung blog ini saya, terima kasih kerana sudi membaca coretan yang tidak seberapa dan tak seindah bahasa.
Kepada sahabat-sahabat di seantero dunia khususan sahabat -sahabat dari blog , semoga gembira berhari raya bersama keluarga. Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..insyaAllah.
Kepada sahabat-sahabat penulis, teruskan berkarya meskipun sibuk berhari raya.Ingatlah,perjuangan belum selesai,teruskan usaha serta tambahkan thaqafah ke arah kegemilangan kendiri. Teruskan perjuangan menyampaikan ilmu yang berguna. Itulah bekalan kita di sana yang abadi.Buat akhirnya Salam lebaran Aidil Fitri dari sy Shattirs (Mohd Helmi Che Fauzi)
Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin...
Brought to you by: shattirs
No comments:
Post a Comment