Keluarga SHATTIRS

Keluarga SHATTIRS
Assalamualaikum WBT

SHATTIRS Followers

Popular Posts

Tuesday, January 29, 2008

Aktiviti minggu ini : Piala Exco * Abu Nasri

Mator-Kaherah: Abu Nasri telah selamat pulang ke Tanah air.Sudah lama beliau tidak pulang ke pangkuan keluarga mahupun kepangkuan ummah.Nampaknya Muktamar PMRAM pertengahan bulan 3 ini,tiadalah 3 orang wakil dari Bumi Tanta yg semuanya telah selamat pulang ke Malaysia termasuk Abu Nasri..Selamat Pengantin Baru untuk Abang beliau..semoga berbahagia.amin.jumpa lagi..tidak lupa untuk U.Amri yang Balik habis..teruskan perjuangan di Malaysia,untuk lamaran dari adik tu,saya akan pikir semasak-masaknya..jumpa nanti..insyaAllah.


..::Barisan rakan-rakan Abu Nasri::..


..::Bersama Ammu Arab Yang Rapat Dengan Kami::..


Istad-Tanta:Alhamdulillah,Kejohanan Piala Exco telah berjaya diadakan dengan jayanya,komitmen mahupun kelibat ahli-ahli Tanta memang amat mengalakkan,terima kasih kepada semua..yang Juara Tahniah..dan yang kalah tahun depan cuba lagi..buat akhirnya..kita jumpa di Kaherah untuk Piala Presiden bulan 2 ni..insyaAllah..


..::Bersama Abu Nasri::..


..::Kami JUARA!!AJA2 FIGHTING::..

Brought to you by: shattirs

Saturday, January 26, 2008

Setulus Ikatan


..::Sahabat Umpama Permata Di Embun Maya::..


Bersua bicara tawa bersama...

Kian lama erat memaut kasih...

Hilang duka kerinduan jauh melambai...

Terusik sepi dari melingkari jiwa...

Dilapangan sendirian...


Hadirnya bermukim di hati...

Mengusik syahdu kala terkenang...

Harapan menyusur tiada penghujung...

Biar terpisah kabut dimata...

Abadi dijiwa untuk terukir...


Ternyata saat itu...

Bertamu melawat tiba...

Menyusung memori rindu menghampiri...

Tika itu terungkailah erti sebuah perhubungan...

Kerana ianya SETULUS IKATAN...

Tarian Pena/Hasil Nukilan : shattirs

Wednesday, January 23, 2008

Ribat Batch STAM TANTA sesi 2005/2006

..(KENANGAN BERSAMA MERUPAKAN MEMORI INDAH)..

ISTAD,Tanta- Alhamdulillah,syukur kehadrat ilahi..untuk perancangan yang dirancang walaupun tidak dirancang.Setelah penat berjuang di dalam peperiksaan yang lepas. Kali ini, Batch STAM sesi 05/06 di Tanta dengan julung-julung kalinya menganjurkan perlawanan persahabatan bola sepak antara batch STAM 05/06 disini. Perlawanan yang tidak lain dan tidak bukan, untuk meningkatkan ukwah yang telah terjalin selama ini,mudah-mudahan ukhwah yang terjalin ini menjadi titik noktah untuk perjuangan bersama.amin.Taklifan sebagai "mas'ul" perlawannan bersama beberapa orang rakan sedikit sebanyak mengembirakan hati ini,kegembiraan yang dapat dilihat merupakan satu anugerah ilahi untuk hamba-hambanya yang bersyukur..

Saya dan Pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih mahupun kemaafan kepada sahabat-sahabat yang sudi meluangkan masa, datang ke istad, untuk sama-sama menjayakan perlawanan bola sepak ukhwah ini. Walaupun pada hakikatnya susah, kerana suhu yang terlalu sejuk ketika itu, mencecah 10 darjah celcius,serta beberapa COBAAN mahupun DUGAAN musim sejuk ini.Hampir 60 orang sahabat-sahabat BATCH STAM dapat berkumpul dengan jayanya..
Syabas dan tahniah diucapkan.... semoga perjumpaan dan pertemuan kali ini membawa pertalian persaudaraan yang kekal abadi untuk selama-lamanya..insyaAllah..AMIN YA RABB.

Tema Perlawanan: 'KASIH SAYANG HINGGA AKHIR HAYAT"


..::Wajah-Wajah Kegembiraan::..


..::Dah Bersedia Ke Belum Ni::..


..::Membantu Kawan Yang Cedera::..


..::aksi shattirs bersama rakan-rakanya::..

Brought to you by: shattirs

Saturday, January 19, 2008

Cara Saya



BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM..

Alhamdulillah,imtihan baru sahaja selesai,mudah-mudahan natijah yang baik nanti,insyaAllah.saya senantiasa mendoakan kejayaan rakan-rakan seperjuangan di mana jua anda berada.Ingatlah,Islam menuntut ummatnya supaya memperbaiki diri dari hari ke hari yakni dengan pencapaian ilmu yang baik serta motivasi yang meyakinkan..TETAPI.bukan itu yang ingin saya bicarakan pada petang yang dingin ini.. semenjak sebelum imtihan bermula,saya banyak menerima emel dari kawan-kawan di Mesir khasnya,tentang teknik mahupun kaedah menguasai Bahasa Inggeris dengan baik,kalu diikutkan saya bukanlah seorang pelajar yang mahir berkomunikasi di dalam bahasa Inggeris..

Tetapi sikap ingin tahu dan tidak pernah berputus asa memudahkan sesiapa sahaja yang ingin mahir di dalam bahasa inggeris sekalipun saya tidak mengabaikan usaha dan kesungguhan untuk mencapai matlamat yang diinginkan.All i can say is, read a lot klu nak improve your skills in writing essays. about the speaking part, try to communicate with people that can speak GOOD english, not 'rojak'.ini cara yang saya amlkan sejak dahulu lagi..beserta dengan minat yang mendalam..



Sejak datang menuntut ilmu di Bumi Kinanah ini,banyak cara yang saya amalkan..antaranya..berkawan dengan ramai kawan di Seantero Dunia khususnya dari Amerika Syarikat dan England..Alhamdulillah,usaha tanpa putus asa itu saya tengok memang berbaloi.Di Tanta ini,saya akan pastikan tidak lupa untuk melangan Majalah Teen n Stuff,sambil selalu membuka laman-laman web dalam bahasa Inggeris khususnya laman web bola sepak.Sebab saya merupakan peminat pasukan Liverpool Fc.Kadang-kadang faktor keluarga juga boleh memainkan perana penting,Mak Teh saya (adik Abah) yang merupakan seorang Doktor Pakar Sakit Puan..banyak kali memberi nasihat mahupun tunjuk ajar jika kita mahu cepat mahir untuk menguasai bahasa Inggeris,masa saya balik Malaysia haritu,beliau tak nak bercakap dengan saya,melainkan saya dan dia berkomunikasi dalam bahasa Inggeris,ini secara tak langsung meningkatkan keazaman saya untuk cuba dan terus mencuba!!Bahkan adik perempuan saya yang baru di dalam tingkatan 4 tahun ini,amat cekap dan mahir bahasa Inggerisnya..saya rasa ianya sebagai motivasi untuk saya lebih maju kehadapan,insyaAllah..(di rumah memang kami sekeluarga mempelbagaikan bahasa berkomunikasi)

Saya ada seorang kawan di United Kingdom yang sudi memberi beberapa tip-tips mudah untuk menguasai bahasa Inggeris.:

BELAJAR B.INGGERIS ?

most people said it is one of the hardest language after arabic.but dont you think, how cool it is, if you can really speak that language like a native speaker.Think big - think like you are in a wide open space, and in that big, wide space its only you,the and the english men.What will you do to get communicate with him?

Dont you ever think,people will do anything (most of them) if they are in a desperate situation (coz they have to do it - to survive).

But this situation just only for the good way (dont do anything stupid coz u desperate), so think that u are in desperate, needing to get something but have to communicate in language that you are really 0 in it.It can be done, just look at little ones (small children), how they can adapted to the different environment easily, speak different language easily (even mother and father are malaysian)...that the strenght of the environment.So,just like i said, the environment in that wide open space just u n that english guy forced you to use english 2 communicate.What i want to say here is :

1-if you want something (something good) - do like u are really desperate to have it
2-faith - u must have faith (even its smaller than u could imagine)
3-courage - courage yourself (if you failed do not ever look back)
4-thinking positif

Tips to learn english :

since teenagers nowadays are more tipical to english, especially when math and science have taught in english, why dont you get involved with them.Maybe they get supprised with you,but do not easily get low, its just like you gather with them and ask, even in a broken english .."wat r u doing there (it shoul be like this - what are u doing over there)...its no matter if you use broken english, but always concern what words do you used and try to improve it in the future.

learning english is fun, i like to hear my old son (3 years) spoke in english even in a broken words.But its learning, no people could get the intermediate level just in a one go, even little one need to start their first steps before they could gain the big trampolinerun....trampoline

so, take the risk,...find any materials that have the english word even on a used can...or a pack of snack.Its the cheapest and easier ways to learn english.bring over with you the pocket dictionary and everytime u dont understand what the words mean, use your dictionary..dont mind the other (public)...you wont get anything an easier way, you will steps upon if not 2 maybe 1 of the hard way.So, just go on, dont look back..

Oklah,rasa setakat itu dulu buat masa ini..saya akan sambung untuk ruangan akan datang...

Brought to you by: shattirs

Kaedah Asy-Syaathir

Kaedah Asy-Syaathir bantu cepat baca al-Quran

Oleh W. Rahimah Draman

SUSAH untuk sebut, kenal dan ingat huruf-huruf atau sukar membaca al-Quran secara bertajwid dan bertartil? Atau anda kesuntukan masa untuk belajar al-Quran bagi menjadikan kalam Allah itu sebagai bacaan harian untuk santapan rohani?
Walaupun semua alasan itu tidak relevan bagi setiap Muslim, peluang anda mengubah diri agar pandai membaca al-Quran tetap terbuka luas selagi hayat di kandung badan.
Ini kerana membaca dan mempelajari al-Quran antara kewajipan ke atas setiap Muslim kerana kitab suci yang diturunkan Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad itu adalah untuk dibaca, dipelajari, difahami dan diamalkan sebagai cara hidup Islam seharian.
Pun begitu, al-Quran yang merupakan wahyu dan mukjizat Rasulullah s.a.w. dalam bahasa Arab yang tinggi, bukanlah perkara mudah untuk dipelajari dan difahami oleh umat yang tidak mengetahui bahasa Arab.

Tetapi tidak bermakna Muslim yang bukan Arab boleh berlepas tangan dengan alasan tidak tahu bahasa Arab. Sebabnya, bahasa Arab adalah bahasa al-Quran yang wajib dipelajari setiap Muslim untuk membaca dan mengamalkannya.
Perintah agar ummah membaca (al-Quran) bermula sebaik wahyu pertama yang diterima Rasulullah s.a.w. semasa di Gua Hira’ dengan maksud-Nya;
Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam (Allah mengajar manusia dengan perantaraan tulis baca). Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. (al-‘Alaq: 1-5).

Jadi, jika kita tidak tahu atau buta al-Quran bermakna Islam kita hanyalah pada nama dan keturunan. Sebabnya ibadah solat yang menjadi tiang dalam rukun Islam wajib melafazkan ayat-ayat suci al-Quran dalam bahasa Arab.
Setiap hari kita perlu melafazkan sekurang-kurangnya 17 kali ayat-ayat dalam surah al-Fatihah sebagai rukun solat lima waktu sehari semalam yang diwajibkan ke atas setiap orang Islam yang mukalaf.
Oleh itu menjadi tanggungjawab individu untuk belajar sekurang-kurangnya menghafal surah al-Fatihah yang mengandungi hanya tujuh ayat serta surah-surah lain.
Malah Rasulullah s.a.w. bersabda, ... Sebaik-baik kamu semua ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya. (riwayat Bukhari).
Dalam riwayat lain Baginda bersabda; Seutama-utama ibadah umatku itu ialah membaca al-Quran. (riwayat Abu Nai’m).

Sehubungan itu, Musleh Ventures Sdn. Bhd. (Musleh) sedia membantu cara cepat dan mudah mengenal atau menghafal huruf dan abjad Arab bagi memudahkan kelancaran membaca al-Quran.
Musleh sedia memberi khidmat mudah dan cepat membaca al-Quran yang tepat melalui kaedah terbaru iaitu belajar membaca Kaedah Asy-Syaathir.
Melalui kaedah ini, Musleh menyasarkan seseorang pelajar dapat membaca al-Quran dengan betul selepas mengikuti pengajian komprehensif selama 48 jam.
Ini bermakna, seseorang yang buta al-Quran, akan mampu mengenal dan membaca al-Quran apabila berjaya mengikuti pembelajaran kaedah Asy-Syaathir dengan hanya sejam sehari sebanyak 48 kali secara berterusan.

Baru-baru ini bertempat Dewan Syarahan Masjid Negara, Musleh tampil memperkenalkan kaedah belajar membaca al-Quran Asy-Syaathir kepada masyarakat awam.
Dengan kerjasama Masjid Negara, kaedah belajar cepat, mudah dan komprehensif cara Asy-Syaathir yang mula diperkenalkan oleh Musleh lebih setahun lalu itu diadakan melalui program Seminar Celik Al-Quran Kaedah Asy-Syaathir.
Pemangku Pengarah Kanan Pendidikan Masjid Negara, Abd. Rahman Yusof ketika berucap merasmikan seminar itu berkata, belajar al-Quran adalah proses yang berterusan.
Menurutnya, apa kaedah pembelajaran sekalipun, selagi boleh memudah orang ramai tahu dan mahir membaca al-Quran, ia adalah sesuatu yang besar ganjarannya.
“Mempelajari al-Quran sama ada untuk membaiki bacaan agar menepati hukum-hukum tajwid, menghafaz atau mendalami ilmu-ilmu Kalam Allah itu adalah lebih baik daripada mengerjakan solat sunat 100 rakaat,” jelasnya.
Bagaimanapun beritahu Abd. Rahman, sebaik-baik usia untuk mempelajari al-Quran ialah ketika di peringkat lima hingga tujuh tahun.

Ini kerana, pada usia tujuh tahun seseorang Muslim itu diwajibkan mengerja solat fardu lima waktu sehari semalam.
“Berdosa ke atas ibu bapa yang ada anak tidak tahu membaca al-Quran. Bagi anak-anak yang celik al-Quran, beruntung besarlah orang tua mereka,” kata Abd. Rahman.
Mengenai membaca al-Quran Kaedah Asy-Syaathir, Pengarah Urusan Musleh, Fadzil Abdullah berkata, ia merupakan salah satu usaha menambah baik cara-cara dalam pembelajaran yang sedia ada.
“Apa yang diusahakan Musleh merupakan alternatif terkini bagi membantu mengatasi buta al-Quran dan menjadikan Kalam Allah itu sebagai bacaan hidup oleh seluruh umat Islam,” katanya.
Mengguna pendekatan Abjadiah, kaedah Asy-Syaathir yang diperkenalkan Musleh dihasilkan melalui pengalaman pengajaran dan pembelajaran guru-guru al-Quran di sekolah-sekolah rendah Islam swasta dan kerajaan serta jaringan pendidikan Musleh sendiri.

Kaedah ini kata Fadzil, sudah mula dilaksanakan di 30 sekolah agama di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Terengganu.
Katanya, walaupun kaedah itu lebih berkesan bagi peringkat kanak-kanak, tetapi cara Asy-Syaathir turut sesuai dan mudah untuk diikuti golongan dewasa bagi membolehkan mereka membaca al-Quran.

Brought to you by; shattirs

Tahniah Untuk Sepupu


..::Nurul Masturah Ahmad::..

Alhamdulillah,nampaknya kali ini blog shattirs banyak berkisar dengan ucapan TAHNIAH..kali ini saya tujukan khas untuk sepupu yang baru - baru ini mendapat Anugerah Dekan di salah sebuah IPTA Malaysia..tahniah di ucapkan untuk beliau..mudah-mudahan terus succes" selalu..AMIN.

p/s:tujuan saya meletak gambar beliau bukan nak promosi sepupu sendiri /wlpn beliau masih single/..,tapi ingin berkongsi dengan pembaca sekalian tentang wajah Mastura ini seiras wajah Emak saya sewaktu remaja..sekadar luahan hati..

Brought to you by: shattirs

Haji dan tanda Kesyukuran

Alhamdulillah.syukur pada ilahi kerana Abang telah selamat mengerjakan Ibadah HAJI..
Alhamdulillah juga sebab selamat sampai ke bumi MESIR..


../Bergambar bersama rakan-rakan/..


../Suasana yang indah di Bumi Madinah/..

Brought to you by: shattirs

Sunday, January 13, 2008

Tahniah Abu Nasri


..::MAAF:inilah wajah Abu Nasri bersama UNTA kesayangannya::..

TAHNIAH..!!untuk sahabat Abu Nasri (MOHAMMAD IBRAHIM MANSOR) atas taklifan sebagai bakal BP (Badan Pengurus) PMRAM (Perseketuan Melayu Republik Arab Mesir) sesi 2008..
mudah-mudahan sahabat sehidup semati ini akan terus cekal dalam menyelusuri mehnah mahupun tribulasi perjuangan di Perlembahan Neel ini..insyaAllah..anak saudara Mohammad Sabu (Naib Presiden PAS)..ini bakal mengikut jejak langkah Bapa Saudaranya suatu hari nanti.AMIN.

Pengalaman di DPMT (Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta) selama 2 sesi (Unit Perumahan dan Bendahari DPMT) sedikit sebanyak mematangkan Abu Nasri..yakinlah..bantuan Allah akan tiba untuk mereka yang ikhlas serta penuh keyakinan menuju redha ilahi..
Hanya itu kalamku untuk sahabat tercinta..

Brought to you by : shattirs

Monday, January 7, 2008

Virtues of Fasting


..::Istiqomah Pemangkin Kejayaan::..

The Prophet (PBUH) told us that the virtues of fasting is different from the other action perform by man as they should resist from unclean language in order to be rewarded by Allah,shielding themselves against the Hell_fire.They will be pleased in two situation ,break the fast andmeet Allah.Fasting and reading Al-Quran will be intercessors for them,as for each day they fasts,Allah will remove the Hell-fire a 70 years distances from their face.Yet.it is stated that there is a gate in paradise called Ar-rayyan which specifically open for those who fasts,and closed when the last one has entered.

shattirs: Ini adalah rumusan dari karangan tajuk Virtues of Fasting (Kelebihan Berpuasa)Muqoror exam Rabu ni (9.1.08)..Alhamdulillah 1 madah sudah selesai (Mirath)..mari teruskn mission memburu kejayaan luar biasa tahun ini,insyaAllah.Sehinggalah mission complete pada 19.1.08..dan berterusan untuk fasa 2 yang bakal tiba.. go go shattirs..Doakan saya..!!

Brought to you by: shattirs