Keluarga SHATTIRS

Keluarga SHATTIRS
Assalamualaikum WBT

SHATTIRS Followers

Popular Posts

Wednesday, January 23, 2008

Ribat Batch STAM TANTA sesi 2005/2006

..(KENANGAN BERSAMA MERUPAKAN MEMORI INDAH)..

ISTAD,Tanta- Alhamdulillah,syukur kehadrat ilahi..untuk perancangan yang dirancang walaupun tidak dirancang.Setelah penat berjuang di dalam peperiksaan yang lepas. Kali ini, Batch STAM sesi 05/06 di Tanta dengan julung-julung kalinya menganjurkan perlawanan persahabatan bola sepak antara batch STAM 05/06 disini. Perlawanan yang tidak lain dan tidak bukan, untuk meningkatkan ukwah yang telah terjalin selama ini,mudah-mudahan ukhwah yang terjalin ini menjadi titik noktah untuk perjuangan bersama.amin.Taklifan sebagai "mas'ul" perlawannan bersama beberapa orang rakan sedikit sebanyak mengembirakan hati ini,kegembiraan yang dapat dilihat merupakan satu anugerah ilahi untuk hamba-hambanya yang bersyukur..

Saya dan Pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih mahupun kemaafan kepada sahabat-sahabat yang sudi meluangkan masa, datang ke istad, untuk sama-sama menjayakan perlawanan bola sepak ukhwah ini. Walaupun pada hakikatnya susah, kerana suhu yang terlalu sejuk ketika itu, mencecah 10 darjah celcius,serta beberapa COBAAN mahupun DUGAAN musim sejuk ini.Hampir 60 orang sahabat-sahabat BATCH STAM dapat berkumpul dengan jayanya..
Syabas dan tahniah diucapkan.... semoga perjumpaan dan pertemuan kali ini membawa pertalian persaudaraan yang kekal abadi untuk selama-lamanya..insyaAllah..AMIN YA RABB.

Tema Perlawanan: 'KASIH SAYANG HINGGA AKHIR HAYAT"


..::Wajah-Wajah Kegembiraan::..


..::Dah Bersedia Ke Belum Ni::..


..::Membantu Kawan Yang Cedera::..


..::aksi shattirs bersama rakan-rakanya::..

Brought to you by: shattirs

No comments: