Tuesday, February 26, 2008
Poligami
Bismillahirrahmanirrahim..
Mutakhir ini,kita sering mendengar mahupun meneliti ungkapan yang sering menjadi bahan bualan dan percakapan masyarakat sekeliling baik Lelaki dan Perempuan.,iaitu berkaitan "POLIGAMI"..Perkataan yang amat ditakuti oleh kaum Hawa dan amat disenangi oleh kaum Adam,tetapi AWAS!,pasti disana ada sebab yang menyebabkan kedua-dua kaum ini mempunyai perasaan yang berlainan.."
Pada asasnya,Penulis amat bertuah,kerana kesempatan berada di Kuliah Syariah dan Undang-Undang,jurusan Syariah Islamiah (TAHUN 3)Al-Azhar,Tanta..Maka,atas kesempatan itu dapatlah penulis merungkai sedalam-dalamnya aspek yang berkaitan dengan Fiqh Munakahat ini..jikalau kita melihat,disana banyak perbahasan dikalanagn Ulamak mahupun Fukahak berkaitan masalah-masalah yang ada kaitan dengan Fiqh Munakahat.Saya sering bertanya kepada Doktor mahupun Professor di Kuliah untuk memantapkan lagi mahupun ingin terus menguasai ilmu berkaitan Munakahat ini.Dr Khalifah,Dr Sulaiman mahupun Dr Kholid Ahmad Sulaiman banyak membantu dan memberi inspirasi kepada saya.Alhamdulillah..
Rabu lepas,ketika penulis berada di Kuliah,penulis sempat berbual panjang bersama rakan baik (Arab) Ahmad Sulaiman,yang merupakan kawan baik sejak di tahun satu lagi,beliau merupakan pelajar cemerlang Syariah Qonun dengan memperolehi keputusan MUMTAZ tiap-tiap tahun.Sedang Sulaiman mengusik saya dengan keramahannya mengenai anak-anak dara Arab Mesir..,tiba-tiba Sulaiman mula membicarakan berkaitan bab Poligami.mungkin hanya mahu menguji diri ini,tetapi seingat saya,inilah dialog antara kami berdua:
Sulaiman: Ya Akhi Helmi,aku dan engkau pun tahu bahawa ramai wanita tak suka berpoligami,!tapi kenapa Islam membenarkannya?
shattirs: Ya habibi,Sulaiman,mudah-mudahan aku,engkau dan seluruh umat Islam akan tau jawapannya,beginilah,engkau umpamakan Poligami ini seperti madu..yelah walaupun madu itu manis,tapi "madu" yang ini masam dan pahit bahkan beracun pula..kalu engkau ingin ketahui,poligami adalah perkahwinan seorang dengan dua wanita atau lebih pada satu-satu masa.Ini bermakna seorang lelaki beristeri dua.Islam membenarkan poligami kerana ada hikmah dan kebaikan yang tertentu,pada masa yang sama,poligami juga mengandungi bahaya dan mudaratnya,poligami ini telah dibenarkan oleh Allah melalui firmannya: di dalam surah An-Nisa' ayat 3:
"Maka jika kamu takut tidak berlaku adil pada anak-anak yatim,maka kahwinilah mana-mana wanita dua atau tiga atau empat.."
Mafhum ayat diatas sangat jelas menunjukkn pada kita berkaitan permasalahan Poligami dan seumpama dengannya,oleh itu....
Sulaiman: Ermm,baikla aku sudah faham kata-katamu itu ..erm,ya habibi,kalau begitu pada zaman dahulu ada ker poligami ini.?
Shattirs: Ya Sulaiman,poligami ini sudah wujud sebelum kedatangan Islam,banyak bangsa dan golongan manusia ketika itu mengamalkan poligami,bangsa ibrani dan Arab misalnya mempunyai berpuluh-puluh orang isteri,tetapi apabila datang Agama Islam,maka cara poligami yang diamalkn oleh bangsa Arab dan ibrani itu diharamkan oleh Islam,kerana didapati cara poligami mereka itu adalah suatu penindasan
dan kezaliman terhadap kaum perempuan yng lemah,dalam hal yng demikian,Islam mengharuskan poligami dengan syarat-syarat yang tertentu..untuk menjaga nilai mahupun maruah makhluk Allah di muka bumi ini..
Sulaiman: Baik,aku setuju dengn fakta yang kamu berikan itu,untuk pengehtahuanmu,minggu lepas aku ada terbaca di internet berkaitan negaramu Malaysia berkaitan kaum muslimatnya yang sangat anti apabila berbicra pasal poligami,pantang orang sebut poligami,pasti mereka melenting,aku pasti perkara ini tidak berlaku di negara aku,jadi,bolehkah kita selaku umat islam menentang poligami?
Shattir: Wahai sahabatku,kita serba maklum bahawa poligami telah dibenarkan oleh Islam dalam Al-Quran dan As-Sunnah Nabi s.a.w,menentang poligami seolah-olah menentang hukum Allah.Pendirian yang sederhana adalah menerima poligami sebagai suatu hukum Islam,pada masa yang sama menentang perlaksaanan Poligami yang bersikap tidak adil dan zalim.Ini bermakna menerima secara keseluruhan (al-kulli) dan menentang secara sebahagian (al-juzi'e).Ini sesuai dengan ajaran Nabi s.a.w tikamana baginda berpoligami bagi membela nasib wanita yang terbiar dan mengembangkan ajaran Islam,pada zaman sebelum Islam,kedudukan wanita adalah sangat hina,sedikit demi sedikit islam menaikkan taraf dan maruah wanita,dan setahu aku,pada kes tertentu,Nabi s.a.w tidak membenarkan poligami ,apabila ada orang yang ingin mengahwinkan Ali bin Abu Talib,Nabi sendri tidak membenarkan,ini berkemungkinan akan menyebabkan Fatimah anak Nabi bersedih...
Sulaiman: Yea,betul tu..aku tahu hadis itu dan telah kuhafal sejak masa yang lalu..(Sulaiman pun membacakan hadis berkaitan dengn cerita tadi)..yang dapat saya terjemahkan daripada hadis riwayat Imam Bukhari..:
"Maksudnya: Sesunguhnya Bani Hasyim bin Mughirah ingin mengahwinkan anak perempuan mereka dengan Ali,maka aku tidak izinkan kemudian aku tidak izinkan..melainkan jika Ali ceraikan anakku Fatimah dan dia berkahwin dengan anak mereka.."
Shattirs:Ya Sulaiman,terima kasih kerana engkau sudi berkongsi sesuatu denganku..mugkin disana banyak lagi perbahasan berkaitan poligami,mudah-mudahan kita tidak ketinggalan untuk terus merungkainya.Selaku mahasiswa Al-Azhar..kita mempunyai peranan yang besar sebagai Daie harapan ummah..
Sulaiman: Ya Habibi....
Shattirs: Yea,knp??
Sulaiman: Aku seperti dapat melihat Dr Ibrahim Hafnawi dihujung bangunan sana,ayuh engkau temankan aku untuk berjumpa dengan beliau,ada hal yang ingin aku bertanyakan pada beliau.."
"Perbualan kami berakhir disini.."
shattirs: Sebagaimana Nikah mempunyai keadaan wajib ,sunat,harus dan sebagainya,maka poligami juga sedemikian..:
WAJIB: Jika lelaki tersebut perlu kepada isteri lain seperti isteri pertama tidak mampu melayan lagi,sakit dan mandul.dalam kes mandul,wajar dipastikan dulu siapakah yang mandul suami atau isteri,dia juga mesti ada sangkaan yang kuat bahawa dia mampu berlaku adil..
MAKRUH: Jika hanya untuk berseronok sahaja dan ragu-rgu samada mampu berlaku adil atau tidak..
HARAM: Jika kuat sangkaan lelaki bahawa dia tidak mampu berlaku adil,mungkin kerana faktor kemiskinan atau kelemahanya.Dalam hal ini,poligami akan membawa bahaya dan mudarat sedangkan dalam Islam tidak ada mudarat dan tidak memudaratkan orang lain (la Dhoror wala Dhiror)..
~iklan shattirs~
Minta maaf pada rakan-rakan BP PMRAM,Exco BKAN dan DPM,Kerana penulis tidak dapat hadir ke dalam Program Gengam Bara PAMRAM di Dewan Soleh kamil..atas sebab-sebab kesihatan.Mudah-mudahan panjang umur dan diberikan Allah kekuatan untuk ke Kaherah..insyaAllah.
Brought to you by : shattirs
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment