Sunday, March 16, 2008
Ulama in The Making
1)"Cita-cita saya nak jadi Ulamak" tegas Ali kepada rakan-rakanya..
2)"Erm,nampaknya Al-Azhar pilihan terakhir sebab tawaran ke UKM tak diterima" berkata Osman Jailani kepada ibunya...
3)"Bestnya engkau dapat belajar di Al-Azhar,aku nak ikut boleh tak" ?tanya Syattirah kepada rakanya Hurriyyah.
itulah beberapa senario yang dapat dilihat mahupun didengari saban tahun bahkan sudah menjadi lumrah bagi mereka yang memilih jurusan Pengajian Islam.
Acapkali juga istilah Ulamak in the Making menjadi bualan masyarakat di Malaysia,gahnya pelajar-pelajar Al-Azhar mahupun di Timur Tengah yang lain.Senario ini mengundang seribu persoalan adakah istilah itu benar-benar wujud mahupun hanya menjadi sebutan dibibir-bibir manis masyarakat sahaja?.Sinonimnya golongan agama samada di Malaysia dan Timur Tengah telah sedari melihat bahawa merekalah golongan yang bakal menjuarai masyarakat Islam dan menjawab pelbagai permasalahan hukum-hakam yang timbul.
Memang tidak perlu dinafikan bahawa masyarakat di Malaysia dan di Dunia amnya memerlukan golongan agamawan mahupun cendiakawan Islam untuk menjadi prodaksi pada kurun mahupun abad yang amat mencabar ini,umum mengehtahui kuasa globalisasi tanpa sempadan ini telah mengakibatkan Agama Islam memerlukan kepada pejuang-pejuang yang dapat membela seterusnya berjaya menegakkan kalimah Allah di muka bumi.Justeru,keadaan umat Islam yang lemah serta sering ditindas di seluruh dunia bagaikan mmerlukan ubat yang perlu segera diubati.Amat malang sekiranya ubat yang diperlukan itu,tidak sempurna yakni tidak mendapat piawai Pertubuhan kesihatan Dunia (WHO).
Akibatnya,umat islam akan makin parah dek kesalahan mahupun kealpaan sedikit sahaja kesilapan dalam membuat ubat tersebut.Formula yang terbaik perlu dicari bagi memastikan ubat tersebut menjadi azimat dan penyembuh yang baik dan mustajab.
Maka tidak hairanlah mengapa mutakhir ini,golongan yang digelar Ulamak in the making ini diperlekeh sedemikan rupa samada sedar mahupun tidak.Fenomena ini,jika dilihat dan dikaji adalah disebabakan oleh penyakit kita sendiri yang bergelar Mahasiswa Agama.Tanpa menuding jari kepada mana -mana pihak,saya pasti segala persoalan yang ditimbulkan oleh masyarakat akan dapat diatasi.Cuba berfikir?Adakah seorang abang akan dipersalahkan akibat memukul adik?selalunya yang kita lihat,si mak yang akan memarahi adik yang dipukul.!
Begitulah putaran kehidupan,andai disana ada satu formula bagi merungkai permasalahan ini daripada berterusan serta dapat pula meyakinkan masyarakat bahawa gelaran Ulamak in the making ini merupakan suatu gelaran yang mesti terpundak di bahu setiap pelajar agama dimana sahaja mereka berada.Sayugianya yang dapat disimpulkan disana wujud beberapa sebab musabab yang telah pun dikenal pasti yang merupakana punca mengapa sekilas pandangan yang mengatakan mahasiswa mahupun mahasiswi Al-Azhar lesu dan longlai dalam mendepani isu-isu ummah sejagat.
Jika masyarakat melihat kita sebagai puncanya,maka kita juga mesti membuktikan kepada mereka,kita juga ada jawapanya,jawapan yang pasti,jawapan yang akan menidakkan seribu macam persoalan yang ditimbulkan.!
~AGENDA MAHASISWA SEBELUM DAN SELEPAS~
1)Pada asanya,dapat saya ibaratkan Mahasiswa mahupun Mahasisiwi yang datang ke bumi Mesir ini amat lemah dan longlai dalam semua aspek,ini jelas dilihat berdasarkan perkembangan semasa yang berlaku mutakhir ini.Saya sendri pernah ditanya rakan-rakan di UK,Australia,USA dan beberapa negara di Timur Asia mengapa kedatangan pelajar-pelajar yang ingin blajar di Al-Azhar tidak di sekat dan diperhalusi sebaik mungkin.Umum menyedari mengapa pelajar-pelajar yang di hantar kerajaan di beberapa negara seperti UK,USA dan New zealand amat baik serta merupakan selayak-layak graduan.Mentaliti mereka diasuh dengan penuh konstruktif dan inovatif sehingga mereka mampu mengukir kejayan yang dapat membangakan negara.Ini jelas membuktikan dasar provakasi kerajaan terhadap golongan agama,walaupun saban hari mereka didedahkan dengan janji emas pekerjaan apabila pulang ke tanah air kelak.Apalah ertinya dalam melahirkan modal insan,aspek sebegini tidak diendahkan.
Bukan maksud saya untuk menidakkan peluang mereka yang memperolehi keputusan jayyid kebawah dalam peperiksaan STAM untuk menuntut ilmu di Perlembahan Nil ini,bahkan disana saya amat mengalu-alukan kehadiran lebih ramai ke bumi Mesir.Ini membuktikan kecintaan pada ilmu Allah semakin hari semakin baik dan diterima masyarakat Islam di Malaysia.Mugkin disana ada baiknya tetapi mugkin juga sebaliknya.Apa jua sebabnya yang menjadi persoalan,kerajaan perlu menyekat dan memperhalusi kedatangan pelajar-pelajar yang ingin mnyambung pengajian di Mesir.Hanya mereka yang layak sahaja dibenarkan,layak bermaksud,keputusan akdemik yang baik,tahap kesihatan yang baik,serta daya intelek seorang Mahasiswa yang meyakinkan sambil mempunyai tahap penguasaan bahasa yang baik samada bahasa Arab mahupun bahasa Inggeris.Saya amat yakin,jika situasi ini berjaya diubah,tiada lagi kedengaran buih-buih mulut yang mengatakan pelajar-pelajar di Mesir layu dan lemah berbanding Mahasiswa Perubatan,serta Mahasiswa Agama di tempat lain dalam dan luar negara.
2)Mutakhir ini,kita mungkin melihat senario kepelbagaian cita-cita yang jelas lari dari hadaf sebenar.Pelbagai pihak melihat situasi ini sebagai satu kurniaan ilahi bahkan ada pula yg melihat sebagai ketidaksuaian ketika keberadaan di gedung ilmu seumpama Al-Azhar.yang jelas,saya tidak menafikan amat perlu kita menguasai bidang selain ilmu Agama apabila pulang nanti,kemahiran-kemahiran sebegini memang penting bahkan sebagai nilai asas tambahan di masa hadapan,tetapi agak malang,bagi sebahagian golongan Azhari mahupun Azhariyat yang menyalahgunakan kurniaan tersebut,masa tergadai hanya kerana mahukan kepuasan,kebahagian terutamanya di dalam konteks kehidupan di Mesir ini.
Tidak salah untuk melahirkan Pakar kompter,pelukis yang baik,designer,penyampai radio,atau apa jua gambaran dalam konteks harini,tetapi alangkah baiknya jikalau setiap kelebihan yang dimilki Mahasiswa Al-Azhar dapat digunakan untuk kemajuan ummah sejagat dan seterusnya memajukan negara yang tercinta.Saya pernah menyebut perkara diatas kepada Prof. Dr Fauzi dari Kementerian Pengajian Tinggi semasa berkunjung ke rumah beliau di Putrajaya atas jemputan semasa beliau dan wakil KPT berkunjung ke Bumi Tanta Awal Mac 2007,tetapi agak malang,niat beliau hanya ingin memperkenalkan anak-anak perempuannya kepada saya.
Sebenarnya ,mugkin disana banyak lagi sebab musababnya,walaubagaimanapun,banyak kelemahan ini terkena pada Mahasiswa mahupun Mahasiswi Al-Azhar itu sendri.Kesannya,ia memerlukan tindakan segera daripada semua pihak samada yang menuding jari mahupun yang ditunding.Kita tidak perlu menyalahkan beberapa pihak andai diri kita belum sempurna,ingat!apabila 1 tangan menuju,baki 4 tangan lagi terkena pada diri sendiri.Golongan Agamawan di mesr ini perlu panas telinga apabila ada pihak-pihak di malaysia membandingkan mahasiswa di Mesir dengan mahasiswa di Timur Tengah yang lain seperti di jordan dan Syria.Yang jelas masyarakat dapat melihat kemampuan mereka apabila pulang ke tanah air.Tanpa menongak arus,kerjaya besar agama seperti pennsyarah,pegawai-pegawai agama,pakar-pakar syariah,penulis blog yang berjaya menarik jutaan pembaca sering dimanopoli oleh Mahasiswa dari Jordan,Syria dan di tempat-tempat lain.
Menjadi persoalan disini,dimanakah kita selaku Mahasiswa Al-azhar?Universiti tertua di dunia?yang digelar masyarakat dengan gelaran "Ulamak in the making?tepuk dada tanya iman,lepas tu muhasabah setiap malam agar ianya tidak berterusan untuk tempoh masa yang lama.Saya tak bermaksud untuk mengambarkan kepada mahasiswa dan mahasiswi Al-Azhar berkenaan peluang kerjaya apabila sudah tamat pengajian,jauh sekali di lubuk hati.Yakinlah rezeki itu milik Allah,bukannya milik beberapa golongan manusia.Yang penting mantapkanlah diri dengan pelbagai persiapan ilmu pengehtahuan serta sentiasa bersemangat waja untuk menjadi umat yang terbaik.Usah terpedaya dengan janji pekerjaan oleh pihak-pihak tertentu yang hanya ingin mengaburi mata dan fikiran mahasiwa dan mahasisiwi Al-Azhar.Tanpa disedari ilmu yang dipelajari hanya disebabkan menaruh cinta pekerjaan yang tiada berkatnya,agak malang ianya menjadi ilmu yang sia-sia.
Ingatlah!tanpa halangan menuntut ilmu,apakah hadaf sebenar kita datang ke bumi Al-Azhar?adakah kita di suruh bekerja?tugas kita hanyalah belajar dan belajar.tanpa mengabaikan aspek persatuan bagi melatih diri menjadi pemimpin masyarakat di masa hadapan.Saya amat yakin,itulah yang diharapakan oleh ibubapa kepada anak-anaknya yang memuntut ilmu di Al-Azhar,iaitu dengan mencapai keputusan yang baik serta dapat pula menjadi anak yang soleh dan solehah.Amin.
Berbaloikah ribuan wang ringgit yang dihabiskan tanpa mendapat natijah diri yang terbaik,jadi,fikir-fikirkanlah..!
Tekadkan dalam diri,aku mesti menjadi yang terbaik?setkan dalam minda,aku mesti berusaha untuk menjadi ilmuan Islam mahupun intelektual Islam suatu hari nanti.Sedarilah ,jika kita ingin melihat Islam tertegak di hadapan mata kita,seawalnya dulu mesti ditegakkan di dalam diri kita.kuasai pelbagai ilmu,menjuarai isu ummah,kuasai bahasa Arab dan Inggeris dengan baik dan lancar.Persediaan-persediaan ini amat perlu dilakukan oleh mereka yang digelar Ulamak in the making" supaya tohmahan demi tohmahan daripada masyarakat dapat dilenyapkan.Saya teringat pesanan Ustaz semasa di Kisas,beliau mengingatkan saya jangan menjadi golongan (khoroju kama dhaholu)yakni keluar dan masuk belajar Al-azhar sama sahaja,tiada perubahan.Mudah-mudahan menjadi pengajaran dan ingatan buat bersama supaya dapat mengapai nilai Islam yang sebenar dalam diri kita.Moga Allah memilih kita menjadi pejuangnya yang mana ikhlas dan amanah didalam perjuangan..insyaAllah!
shattirs: Kadang-kadang kita perlu "syadid" (tegas)untuk kemaslahatan ummah.Tanpa mengabaikan nilai mahupun aspek jati diri yang sebenar.
Ada kawan-kawan tanya saya,kenapa mendiamkan diri,tika mana ada pihak yang memburukan diri ini di dalam blog sahabiah,friendster mahupun didalam YM tentang kata-kata nista mahupun kata-kata fitnah,sehingga sangup menyamar mengunakan id shattirs saya? dan nick2 yang lain.??
shattirs: Diam adalah jalan terbaik,bukan maksud saya dengan mndiamkan diri tanda setuju dengan perbuatan tersebut.Masing-masing ada anugerah akal,jadi,gunakanlah dengan sebaik-baiknya.
Mungkin di entry yang lain,saya akan mengulas perkara tersebut dengan lebih panjang lagi..
Brought to you by: shattirs
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment