Saturday, April 26, 2008
Moga Hidayah Allah Milikmu..AMIN.
~ MOGA HIDAYAH ALLAH MILIKMU ..AMIN ~
shattirs :Ya Allah,berikanlah hidayahmu pada John Edward.."
Itulah kalam saya pada kali ini,kalam pengharapan.Moga-moga disana pengharapan yang pasti dapat dijelmakan.insyaAllah.Pada entri kali ini,saya ingin berkongsi dengan para pembaca sekalian berkenaan rakan dari USA John Edward.Perkenalan yang telah ditentukan oleh ilahi ini sedikit sebanyak membuatkan diri ini berasa amat bertuah.Mana tidaknya,rakan saya (Suzanne:Paris )banyak kali berkata bahawa Edward terlalu ingin mengehtahui berkenaan Islam.Umum Mengehtahui hidayah itu milik Allah,Allah akan memberikan hidayahnya kepada semua makhluk sama ada orang Islam mahupun orang bukan Islam.Mudah-mudahan kita tergolong didalam golongan yang diberi hidayah dn petunjuk,amin.
Yang pasti,perkenalan yang baru ini,dirasakan sudah seperti lama terjalin.ini terbukti bahawa rahmat Allah itu milik semua hambanya.Berbalik kepada cerita john Edward,bolehla diibaratkan beliau seperti "Ustaz" pada agama beliau.Kepakaran dalam selok belok agamanya membuatkan beliau ingin mendalami agama Islam.Umum mengehtahui sejak peristiwa 11 September,masyarakat di seluruh dunia,dan di US amnya saban hari membuat pengkajian serta menganalisis kalam Allah (Al-Quran ) dan sejarah agama Islam.
Bagi Edward,beliau amat tertarik dengan keunikan dan kehebatan agama Islam,bahkan beliau ingin mendalami sejarah agama Islam sejak zaman berzaman.Sudah 3 bulan kami berhubung di alam maya,dan mungkin Edward akan datang ke bumi Mesir pada bulan 8 ini untuk bertemu dan seterusnya mengenali saya dengan lebih dekat.Mudah-mudahan ada baiknya untuk kebaikan bersama.Disini,saya ingin berkongsi sedikit kenyataan beliau semasa kami ber"chatting".Banyak yang saya simpan,tetapi inilah perbualan semasa awal perkenalan kami:
~ 17/2/2008 ~
shatteredxtrust: what did it mean ?
shatteredxtrust: i respect your religion and culture
HeLmI IdHaM: it's mean about islam
HeLmI IdHaM: owh thanks
HeLmI IdHaM: ;)
HeLmI IdHaM: have a nice day,so..
HeLmI IdHaM: what do u think about islam?
shatteredxtrust: well i dont know much about it but my uncle is muslem
shatteredxtrust: i think it's not good that the us is pusghing to squash your beliefs
shatteredxtrust: to each thier own
HeLmI IdHaM: ermm..ook
HeLmI IdHaM: so,where are u from?
shatteredxtrust: where are you from ?
HeLmI IdHaM: owh,no..;D
shatteredxtrust: i'm from New York USA.
HeLmI IdHaM: i'm from Egypt
HeLmI IdHaM: Tanta
shatteredxtrust: origannly i'm from sutter ocunty New York
shatteredxtrust: owhhh awsome!
HeLmI IdHaM: yeahh
shatteredxtrust: thats one of the place i wish to visit when i am able to save
money to travel
shatteredxtrust: have you ever seen the pyrimids and the sphinx
HeLmI IdHaM: owh,i'm pleased with ur words
shatteredxtrust: ? thanks
HeLmI IdHaM: yup
HeLmI IdHaM: i see that..
shatteredxtrust: the view must be increadible
HeLmI IdHaM: its so nice n beautiful places
shatteredxtrust: to touch something made hundreds of years before you were born
HeLmI IdHaM: ya.its right
shatteredxtrust: i envy you
shatteredxtrust: the US has no culture
HeLmI IdHaM: why?can u tell me
shatteredxtrust: and in my honest opinion the mayan and egyptions were the most civilized of people
shatteredxtrust: the nation in my opinion is based off of gluttony and greed
shatteredxtrust: killing off those who cant defend themselves
HeLmI IdHaM: ermm..
HeLmI IdHaM: mybe.who know's
HeLmI IdHaM: u have webcam?
shatteredxtrust: no sir
HeLmI IdHaM: ok.tq.it's ok
shatteredxtrust: my main computer is broken i'm using my backup
HeLmI IdHaM: owh,no prblem
shatteredxtrust: 550MHZ
shatteredxtrust: it's sooo slow
HeLmI IdHaM: yup
shatteredxtrust: what do you do
shatteredxtrust: ;D
shatteredxtrust: 'i'm a body man i work on cars
HeLmI IdHaM: what is your name?
shatteredxtrust: edward or john edward
HeLmI IdHaM: oook
shatteredxtrust: yours?
HeLmI IdHaM: mohammed
HeLmI IdHaM: because i'm muslim
HeLmI IdHaM: right!
shatteredxtrust: kind of cliche no pun intended
HeLmI IdHaM: so?
shatteredxtrust: is it a popular name?
HeLmI IdHaM: i agree with u..
HeLmI IdHaM: yup
HeLmI IdHaM: popular name's
shatteredxtrust: i didn't mean to offend
shatteredxtrust: i cant wait to travel
shatteredxtrust: leave this hell hole
shatteredxtrust: what do youthes do in your nation
shatteredxtrust: ?
shatteredxtrust: her ethey do drugs get drunks
shatteredxtrust: and the like
HeLmI IdHaM: i have no idea about that
shatteredxtrust: excuse my typing i'm having a few beers had a rough day
HeLmI IdHaM: right now..
shatteredxtrust: so what do you do fo r aliving
shatteredxtrust: like for work ?
HeLmI IdHaM: sorry
HeLmI IdHaM: u know about FITNA?
HeLmI IdHaM: film from Netherland
HeLmI IdHaM: very2 bad
HeLmI IdHaM: u know,mybe all of muslim hate this film's
shatteredxtrust: no never heard of it'
shatteredxtrust: the us doesn't show alot of forighn films
shatteredxtrust: except from china
HeLmI IdHaM: ook
HeLmI IdHaM: thanks 4 da information
HeLmI IdHaM: that's why i like US films
shatteredxtrust: they ar enice
HeLmI IdHaM: n mybe chinese films
shatteredxtrust: i dont watch much tv here
HeLmI IdHaM: why not?
HeLmI IdHaM: u don't like?
shatteredxtrust: it's all this "reality tv" stuff which is written and not treal
and makes you feel slightly retarded just from watching it
HeLmI IdHaM: oo,rite2
HeLmI IdHaM: i agree with u
shatteredxtrust: if i'm going to watch something i want to be entertained or learn
shatteredxtrust: if i wanted real life i live that every day i watch television to escape reality
shatteredxtrust: so what kind of food you eat there?
shatteredxtrust: i love to cook and i like forighn foods
HeLmI IdHaM: islamic foods
HeLmI IdHaM: oo,nice2. i like it
shatteredxtrust: is it like arabic?
shatteredxtrust: or mediterranian?
HeLmI IdHaM: like arabic..
HeLmI IdHaM: middle east
shatteredxtrust: ohh
shatteredxtrust: i love middle east
shatteredxtrust: i'm eating hummis right now
HeLmI IdHaM: owh
shatteredxtrust: and arabic coffee
shatteredxtrust: its healthy
HeLmI IdHaM: yup
shatteredxtrust: here its cheese burgers frys and the like
shatteredxtrust: everyone is fat
HeLmI IdHaM:kind of healthy
shatteredxtrust: i like fava bean salad
shatteredxtrust: hummis n
shatteredxtrust: tabulie? i dunno how to spell it , kibbie
shatteredxtrust: stuff like that
shatteredxtrust: i learned to cook the style
HeLmI IdHaM: owh
HeLmI IdHaM: good2
HeLmI IdHaM: u can be the excellent cook
HeLmI IdHaM: mybe 4 one day
HeLmI IdHaM: who know's
shatteredxtrust: yea i try have you been in the pyrimids before?
HeLmI IdHaM: owh
shatteredxtrust: you speak very good english
HeLmI IdHaM: thanks you..;)
HeLmI IdHaM:i like english,so,i try 2 learn more about this language
shatteredxtrust: talking to brazillians is so hard
HeLmI IdHaM: owh
HeLmI IdHaM: y?
shatteredxtrust: they dont speak very well
HeLmI IdHaM: erm.oook
shatteredxtrust: it's verry broken
shatteredxtrust: well i have to get going time to make my daughter dinner was nice
speaking to you
shatteredxtrust: =]
HeLmI IdHaM: owh
HeLmI IdHaM: edward,ur age?
HeLmI IdHaM: owh,noo
shatteredxtrust: 37
HeLmI IdHaM: sleeping beauty
HeLmI IdHaM: owh
HeLmI IdHaM: i'm 22
shatteredxtrust: well i'm off now time to cook dinner have a nice day =]
shatteredxtrust: or night
shatteredxtrust: it's 6pm here
HeLmI IdHaM: ok
HeLmI IdHaM: have a nice dinner
HeLmI IdHaM: n day 4 u,so,i have 2 go right now,n i'll be right back ok
shatteredxtrust has signed out. (2/17/2008 12:04 am)
~ Inilah Wajah John Edward dalam YM~
~ Motivasi Peperiksaan Bersama Us Ahmad B.Yusof (BA dan MA AL-AZHAR )~
.::Sesi Motivasi Bermula::.
.::Penulis disamping Us Ahmad::.
~Sedikit Info Us. Ahmad Yusof ~
* Asal Negeri Selangor
* X-Kisas
* Graduan Jamiah Al-Azhar Tanta (Usuluddin ) jayyid Jiddan.
* Graduan Master Al-Azhar (Tafsir dan Ulum Quran ) MUMTAZ
* Mantan Exco dan Penasihat DPM Tanta.
shattirs :Mudah-mudahan,diri ini akan mengikut jejak langkah Us Ahmad dalam menuntut ilmu di Ardul Kinanah ini,insyaAllah.Bahkan saya tekadkan dalam diri,saya mesti jauh lagi hebat dari beliau untuk menjadi seperti beliau.Saya teringat kalam Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ( Menteri Besar Kelantan),beliau pernah berkata kepada anak muridnya di Pakistan semasa membuat lawatan disana.Beliau berkata :
'Antum semua jangan jadi macam saya,antum kena jadi jauh lagi hebat dari saya kalu ingin menjadi seperti saya " (Alih lahjah Klate ) ..
Brought to you by : shattirs
Saturday, April 19, 2008
Aktiviti Minggu Ini : Jalan - Jalan Tambah Thaqafah
shattirs : Alhamdulillah,bersyukur kehadrat ilahi untuk nikmat Iman dan Islam yang terus diberi untuk hamba-hambanya.Selayaknyalah kita terus mempertingkatkan rasa kesyukuran setiap waktu dan ketika.insyaAllah.
Oleh itu,sebagai hamba Allah,diri ini amat bersyukur dengan nikmatnya yang tidak ternilai,mudah-mudahan menjadi ingatan setiap detik dan ketika.Sesunguhnya mutiara ilmu Allah amatlah luas,amat rugi sekiranya kita hanya membiarkan ianya berlalu pergi.
1) Jaulah Makam Auliya' Sekitar Kaherah
shattirs :Terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada sahabat-sahabat seperjuangan dari pihak DPM TANTA.Rombongan jaulah yang mencipta sejarah DPMT merupakan satu rahmat dari Allah taala.Seramai hampir 130 orang warga Tantawiyyun menyertai jaulah kali ini,syabas diucpkan..
Mudah-mudahan ukhwah yang terjalin akan terus disemai hingga akhir hayat,insyaAllah.Pastikan kita tidak pergi dan pulang dengan tangan kosong,kosong bermakna tidak mendapat apa-apa ilmu dan faedah daripada pengisian jaulah tersebut.Saya yakin dan percaya,kita semua berasa amat gembira dengan jaulah kali ini.Terima kasih sekali lagi diucapkan,moga-moga kita bertemu ditahun hadapan.
Terima kasih juga buat sahabat yang membantu menjadi (mushrif Coster 3) iaitu Abu Nasri,Us.faizol Endut (USR) serta Us Khairul Anuar (UPP) .moga-moga pengalaman ini berjaya dikutip seterusnya diaplikasikan di masa hadapan,insyaAllah.
.::warga Tantawiyyun::.
.::with my beloved frenz (Abu Nasri & MAZA )::.
.::Moga rohnya dicucuri rahmat dan keampunan Allah.Amin::.
.::julang ukhwah,bakti disemai::.
~SALAM IMTIHAN FASA 2 UNTUK RAKYAT MALAYSIA DI PERLEMBAHAN NIL (AL-AZHAR)~
.::exam mode::.
shattirs : Mudah-mudan kejayaan milik bersama.Tiap-tiap tahun kita semua berjaya,insyaAllah.
Nasihat saya untuk ingatan bersama :Jaga hubungn dengan Allah dan hubungan sesama insan.Jaga hak Allah,insyaAllah Allah ta'ala akan menjaga hak kita dengan memberikan kejayaan untuk hamba-hambanya.amin ya RABB.
Brought to you by : shattirs
Sunday, April 6, 2008
Jodoh dan Takdir ?
Oleh : shattirs
.::Jodoh yang baik melengkapkan kebahagian rumahtangga::.
"Abang bersyukur kerna dikurniakan jodoh sebaik sayang" berkata Kasim Selamat kepada isterinya.
"Aku bimbangla,umur sudah 35 tahun,tapi jodoh tak datang-datang?macam mana ek"luah Sai'dah kepada rakannya Sakinah.
Itulah dua keadaan berbeza yang dapat dilihat mahupun didengari mutakhir ini.Fenomena fitrah insani ini amat-amat mengusarkan mereka yang digelar pemuda dan pemudi harapan ummah.Secara umumnya,seluruh jiwa dan raga manusia inginkan kebahagian dan nikmat kasih sayang dalam menempuh kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.
Di sana, saya amat yakin dengan kata-kata ini,Orang yang pernah bercinta,akan bertemu jodoh dengan pernah bercinta juga begitu juga sebaliknya.Yang pasti Kalam Allah (Al-Quran) telah menjelaskan secara terang lagi jelas tentang bicara jodoh dan takdir ketentuan ilahi.Sila rujuk Ayat-ayat didalam surah An-Nisa'dan surah An-nur.
Jodoh dan pertemuan sudah ditentukan Allah sejak azali lagi.Allah menciptakan setiap sesuatu dengan ketentuan-ketentuannya layak dengan sifat Allah swt yang maha mengetahui samaada perkara itu telah ataupun akan terjadi. Allah swt berfirman :
الَّذِي لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَلَمْ يَتَّخِذْ وَلَدًا وَلَمْ يَكُنْ لَهُ شَرِيكٌ فِي الْمُلْكِ وَخَلَقَ كُلَّ شَيْءٍ فَقَدَّرَهُ تَقْدِيرًا
Maksudnya : "Tuhan yang menguasai pemerintahan langit dan bumi dan yang tidak mempunyai anak, serta tidak mempunyai sebarang sekutu dalam pemerintahannya dan Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna."
(al-Furqan : 2)
Termasuk ketentuan (takdir) tersebut ialah urusan jodoh setiap orang. Allah mengetahui dan menentukan sifulan adalah jodoh untuk sifulan. Semua perkara termasuk jodoh ini tidak tersembunyi dari pengetahuan Allah. Firman Allah swt :
إِنَّ اللَّهَ لا يَخْفَى عَلَيْهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلا فِي السَّمَاءِ
Maksudnya : "Sesungguhnya Allah tidak tersembunyi darinya sesuatu pun samaada di bumi atau di langit."
(Ali Imran : 5)
Namun persoalannya sekarang kita tidak mengetahui apakah takdir yang ditentukan oleh Allah swt kepada kita. Siapakah jodoh kita dan seumpamanya. Semua perkara takdir ini tersimpan dalam pengetahuan Allah swt sahaja. Dalam menempuh kehidupan, Allah swt dan Nabi saw telah mengajar kita dalam bentuk yang terbaik termasuk dalam menerima jodoh. Allah menjadikan setiap takdir itu bersama dengan sebab musababnya. Maka setiap muslim perlu berusaha memperolehi yang baik dengan menempuh sebab-musabab kepada kebaikan seperti yang diajarkan oleh Nabi saw.
Mungkin disana,ada perbezaan yang jelas antara jodoh dengan bakal jodoh. Tidak menerima bakal jodoh bukan bermakna menolak takdir. Tidak ada istilah menolak takdir setakat apa yang saya fahami. Tidak ada manusia yang mampu menyalahi takdirnya apatah lagi untuk menolaknya. Istilah menolak takdir ini wujud, mungkin berpunca dari pengaruh filem-filem Hindi terutamanya, demikian juga pengaruh dari filem-filem kantonis dan barat yang berlebih-lebihan dimomokkan kepada kita oleh media. Dalam filem-filem sebegini terdapat banyak unsur yang bahaya pada akidah umat Islam terutamanya dalam soal ketentuan (takdir) Allah swt.
Sebahagian filem-filem tersebut menunjukkan bagaimana takdir itu ditolak, dipersalahkan dan seumpamanya. Maka pengaruh ini sedikit sebanyak mempengaruhi pemikiran umat Islam yang mabuk menonton filem-filem dari orang-orang kafir tanpa berfikiran kritis yang bersesuaian dengan agama. Maka perbuatan seseorang yang menolak bakal jodohnya kerana berdasarkan penilaiannya, orang tersebut tidak sesuai untuknya, tidaklah boleh dikira sebagai menolak jodoh. Bahkan penolakan itu adalah wajar dan mesti jika ia ditolak berdasarkan penilaian agama.
Nabi saw mengajar umat Islam lelaki dan perempuan untuk mereka berusaha memilih jodoh mereka, bahkan ini adalah kemestian. Antaranya adalah hadith Nabi saw :
تنكح المرأة لأربع : لمالها ولحسبها وجمالها ولدينها ، فاظفر بذات الدين تربت يداك
maksudnya : " (kebiasaannya) Dikahwini wanita itu kerana empat perkara : Kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya, Maka pilihlah yang memiliki agama, dia akan menguntungkan kamu."
(al-Bukhari dan Muslim)
Hadis ini merangkumi lelaki dan wanita. Wanita juga disuruh memilih bakal jodohnya yang berpegang teguh dengan agama. Inilah usaha untuk memperolehi kebaikan yang dituntut oleh Allah dan rasul untuk kita mencarinya.
~Tindakan Fitrah Insani~
Apa yang perlu kita lakukan untuk bertemu jodoh, hanyalah dengan berdoa kepada Allah SWT agar dipermudahkan mendapat jodoh. Jika ingin mendapat jodoh yang baik, menurut al-Quran, kita juga mesti baik.Kalau hendak yang solehah,kita perlu juga menjadi soleh.
الخبيثات للخبيثين والخبيثون للخبيثات والطيبات للطيبين والطيبون للطيبات أولئك مبرءون مما يقولون..
Maksudnya " Perempuan yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat...dan lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik...." (An-Nur : 26)
juga firman Allah dalam surah an-nur ayat 3.
الزاني لا ينكح إلا زانية أو مشركة , والزانية لا ينكحها إلا زان أو مشرك
Maksudnya : Penzina lelaki tiada akan berkahwin kecuali dgn penzina wanita atau orang kafir.."
shattirs:Kebiasaan yang kita dengar, selalunya jodoh ini mempunyai banyak persamaan antara si teruna dan si dara.Contohnya wajah yang lebih kurang sama,persamaan dari segi nama empunya diri,sifat dan peribadi yang tidak disedari akan persamaanya sehinggalah di ijabkabulkan,serta naluri dalaman mahupun luaran.
Umum mengehtahui Ajal,jodoh dan pertemuan ditangan Allah.Allah maha mengehtahui apa yang terbaik untuk hambanya,Sesungguhnya Allah tidaka akan menyusahkan umatnya bahkan antara hikmah kejadian makhluk didunia ini samada lelaki dan perempuan adalah untuk saling memudahkan antara satu sama lain,juga saling kenal-mengenali untuk kesejahteraan bersama.Saya amat tertarik dengan kata-kata mak Teh saya,beliau berkata "kalau dah Allah tetapkan dia jodoh kita,kita nak lari kat mana pun dah tak boleh".
Saya sendiri pernah ditanya rakan-rakan di tanah air.Mengapa kebanyakan ustaz ingin mencari seorang ustazah untuk dijadikan isteri dan begitu juga sebaliknya,habis siapa yang nak membimbing yang bukan dari golongan agama.?masing-masing jahil untuk membina sebuah keluarga bahagia yang diredhai ilahi.Apa yang dimaksudkan mereka ialah,kan baik kalau ustaz berkahwin dengn perempuan yang bukan dari golongn agama manakala ustazah berkahwin dengan lelaki bukan dari bidang agama.Saya tinggalkan persoalan ini untuk sidang pembaca sekalian.
Mudah-mudahan Allah mengurniakan kita jodoh dan takdir yang baik.insyaAllah,Amin ya RABB.
~Abu Nasri Pulang Ke Mesir~
Alhamdulillah,Abu Nasri akan pulang semula ke Mesir pada 11/4/2008.Semoga selamat sampai hendaknya.
shattirs: Lihatlah apa yang ditulis jangan melihat siapa yang menulis.. "
Brought to you by: shattirs

Tuesday, April 1, 2008
Dapatkan Air Sinalco Sekarang (^_^)
~KHAS UNTUK PELAJAR-PELAJAR DI MESIR~
* Anda ingin memboikot Amerika/Israel/Belanda/Denmark?
* Anda inginkan minuman Alternatif?
* Anda terlalu dahaga di musim PANAZZ?
--* KAMI ADA JAWAPANNYA....!
~ DAPATKAN AIR SINALCO SEKARANG ~ HANYA LE 2.00 SHJ *Sedap dan Murah tau*
Untuk makluman lanjut,sila hubungi:
1) MOHD HELMI CHE FAUZI : 011-9372146
2) MOHD NAIM KU AHMAD : 016-6770316
Atau,emelkan kepada kami : sinalcoemina@yahoo.com atau BLOG KHAS SINALCO : sinalcoemina.blogspot.com
Untuk permulaan,jualan hanya terdapat di Bumi Tanta..insyaAllah selepas imtihan fasa ke-2,pengedaran seluruh muhafazah termasuk Kaherah (BKAN),akan dilaksanakan .
Bagi sahabat mahupun sahabiah di Tanta,anda boleh mendapatkannya ditempat-tempat jualan dan wakil pengedar kami :
KAMSIS BAIDHOWI (TANTA SCAN)
* Rumah saya (shattirs)
* Rumah penghulu (Us,Fakharuddin)
* Rumah U.Izzuddin (Syari'e Fatih)
KAMSIS SYARBINI (ISTAD N MA'ARAD)
* Markaz DPMT (Bait Izzah)
* Rumah U.Mazwan (istad)
* Rumah U.Huefiros Efizi (Awal Syuber)
KAMSIS QALYUBI (Cyberbay)
* Imarah Melayu (Rumah U.Farid Kedah)
* Rumah U.Zahran (KEDAH)
~BAGI KAMSIS ASNAWI DAN NAWAWI,ANDA BOLEH DAPATKANYA DI MARKAZ DPMT (BAIT IZZAH)~
~PELAJAR PERUBATAN IKHWAH DAN AKHAWAT (MARKAZ DPMT BAIT IZZAH)
shattirs :Sebenarnya idea ini datang semasa program Eminent 08.Alhamdulillah,setakat ini sudah dua pengeluaran dalam kuantiti yang banyak.Moga-moga disini permulaan untuk kejayaan yang lebih besar lagi dalam jangka masa 5 hingga 10 tahun yang mendatang.Berdasarkan perbincangan dengan wakil tunggal pengedar di Tanta (En.Abdullah),kami telah bersetuju untuk menjadi wakil tunggal bagi pengedaran jenama Air Sinalco (Made in Germany) untuk rakyat Malaysia di Bumi Ardul Kinanah ini.
Mungkin darah berniaga sudah mula mengalir dalam diri ini,disana dapat dilihat bagaimana keluarga saya (Belah Mak dan Abah) merupakan ahli perniagaan yang berjaya.Perniagaan mereka sehingga mencecah ribuan mahupun jutaan ringgit,mudah-mudahan diri ini mengikut jejak langkah mereka,AMIN YA RABB..Harus diingat semua ini dilakukan untuk Islam,perjuangan Islam,serta moga dimakbulkan mungkin suatu hari nanti impian untuk membantu mereka-mereka yang memerlukan menjadi kenyataan.Pengalaman didalam PUM (Persatuan Usahawan Muda) sehingga peringkat negeri sedikit sebanyak mematangkan diri ini untuk menghadapi arus cabaran yang mendatang.
~Turki,Syria dan Jordan~
shattirs: insyaAllah,jika diizinkan Allah,saya dan beberapa rakan akan mengunjungi Jordan,Syria dan Turki pad bulan 7 ini.Moga Allah memberi kesempatan pada kami untuk menziarahi makam-makam Nabi Allah,sahabat2 Nabi dan Ulamak- ulamak islam disana nanti.
~Tujuan ke Turki~
Asal keturunan keluarga Mak (Arab Turki)
Di Turki nanti,moga Allah permudahkan urusan saya untuk mencari salasilah keturunan keluarga mak.Berdasarkan alamat yang mak saya bagi,Arwah moyang telah meninggalkan Turki dan berhijrah ke Malaya atas dasar perniagaan minyak dan rempah.
Brought to you by : shattirs
Subscribe to:
Posts (Atom)