Keluarga SHATTIRS

Keluarga SHATTIRS
Assalamualaikum WBT

SHATTIRS Followers

Popular Posts

Sunday, April 6, 2008

Jodoh dan Takdir ?

Oleh : shattirs


.::Jodoh yang baik melengkapkan kebahagian rumahtangga::.

"Abang bersyukur kerna dikurniakan jodoh sebaik sayang" berkata Kasim Selamat kepada isterinya.

"Aku bimbangla,umur sudah 35 tahun,tapi jodoh tak datang-datang?macam mana ek"luah Sai'dah kepada rakannya Sakinah.

Itulah dua keadaan berbeza yang dapat dilihat mahupun didengari mutakhir ini.Fenomena fitrah insani ini amat-amat mengusarkan mereka yang digelar pemuda dan pemudi harapan ummah.Secara umumnya,seluruh jiwa dan raga manusia inginkan kebahagian dan nikmat kasih sayang dalam menempuh kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

Di sana, saya amat yakin dengan kata-kata ini,Orang yang pernah bercinta,akan bertemu jodoh dengan pernah bercinta juga begitu juga sebaliknya.Yang pasti Kalam Allah (Al-Quran) telah menjelaskan secara terang lagi jelas tentang bicara jodoh dan takdir ketentuan ilahi.Sila rujuk Ayat-ayat didalam surah An-Nisa'dan surah An-nur.

Jodoh dan pertemuan sudah ditentukan Allah sejak azali lagi.Allah menciptakan setiap sesuatu dengan ketentuan-ketentuannya layak dengan sifat Allah swt yang maha mengetahui samaada perkara itu telah ataupun akan terjadi. Allah swt berfirman :

الَّذِي لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَلَمْ يَتَّخِذْ وَلَدًا وَلَمْ يَكُنْ لَهُ شَرِيكٌ فِي الْمُلْكِ وَخَلَقَ كُلَّ شَيْءٍ فَقَدَّرَهُ تَقْدِيرًا

Maksudnya : "Tuhan yang menguasai pemerintahan langit dan bumi dan yang tidak mempunyai anak, serta tidak mempunyai sebarang sekutu dalam pemerintahannya dan Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna."

(al-Furqan : 2)

Termasuk ketentuan (takdir) tersebut ialah urusan jodoh setiap orang. Allah mengetahui dan menentukan sifulan adalah jodoh untuk sifulan. Semua perkara termasuk jodoh ini tidak tersembunyi dari pengetahuan Allah. Firman Allah swt :

إِنَّ اللَّهَ لا يَخْفَى عَلَيْهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلا فِي السَّمَاءِ

Maksudnya
: "Sesungguhnya Allah tidak tersembunyi darinya sesuatu pun samaada di bumi atau di langit."

(Ali Imran : 5)

Namun persoalannya sekarang kita tidak mengetahui apakah takdir yang ditentukan oleh Allah swt kepada kita. Siapakah jodoh kita dan seumpamanya. Semua perkara takdir ini tersimpan dalam pengetahuan Allah swt sahaja. Dalam menempuh kehidupan, Allah swt dan Nabi saw telah mengajar kita dalam bentuk yang terbaik termasuk dalam menerima jodoh. Allah menjadikan setiap takdir itu bersama dengan sebab musababnya. Maka setiap muslim perlu berusaha memperolehi yang baik dengan menempuh sebab-musabab kepada kebaikan seperti yang diajarkan oleh Nabi saw.

Mungkin disana,ada perbezaan yang jelas antara jodoh dengan bakal jodoh. Tidak menerima bakal jodoh bukan bermakna menolak takdir. Tidak ada istilah menolak takdir setakat apa yang saya fahami. Tidak ada manusia yang mampu menyalahi takdirnya apatah lagi untuk menolaknya. Istilah menolak takdir ini wujud, mungkin berpunca dari pengaruh filem-filem Hindi terutamanya, demikian juga pengaruh dari filem-filem kantonis dan barat yang berlebih-lebihan dimomokkan kepada kita oleh media. Dalam filem-filem sebegini terdapat banyak unsur yang bahaya pada akidah umat Islam terutamanya dalam soal ketentuan (takdir) Allah swt.

Sebahagian filem-filem tersebut menunjukkan bagaimana takdir itu ditolak, dipersalahkan dan seumpamanya. Maka pengaruh ini sedikit sebanyak mempengaruhi pemikiran umat Islam yang mabuk menonton filem-filem dari orang-orang kafir tanpa berfikiran kritis yang bersesuaian dengan agama. Maka perbuatan seseorang yang menolak bakal jodohnya kerana berdasarkan penilaiannya, orang tersebut tidak sesuai untuknya, tidaklah boleh dikira sebagai menolak jodoh. Bahkan penolakan itu adalah wajar dan mesti jika ia ditolak berdasarkan penilaian agama.

Nabi saw mengajar umat Islam lelaki dan perempuan untuk mereka berusaha memilih jodoh mereka, bahkan ini adalah kemestian. Antaranya adalah hadith Nabi saw :

تنكح المرأة لأربع : لمالها ولحسبها وجمالها ولدينها ، فاظفر بذات الدين تربت يداك

maksudnya : " (kebiasaannya) Dikahwini wanita itu kerana empat perkara : Kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya, Maka pilihlah yang memiliki agama, dia akan menguntungkan kamu."

(al-Bukhari dan Muslim)

Hadis ini merangkumi lelaki dan wanita. Wanita juga disuruh memilih bakal jodohnya yang berpegang teguh dengan agama. Inilah usaha untuk memperolehi kebaikan yang dituntut oleh Allah dan rasul untuk kita mencarinya.

~Tindakan Fitrah Insani~

Apa yang perlu kita lakukan untuk bertemu jodoh, hanyalah dengan berdoa kepada Allah SWT agar dipermudahkan mendapat jodoh. Jika ingin mendapat jodoh yang baik, menurut al-Quran, kita juga mesti baik.Kalau hendak yang solehah,kita perlu juga menjadi soleh.

الخبيثات للخبيثين والخبيثون للخبيثات والطيبات للطيبين والطيبون للطيبات أولئك مبرءون مما يقولون..

Maksudnya
" Perempuan yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat...dan lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik...." (An-Nur : 26)

juga firman Allah dalam surah an-nur ayat 3.

الزاني لا ينكح إلا زانية أو مشركة , والزانية لا ينكحها إلا زان أو مشرك

Maksudnya
: Penzina lelaki tiada akan berkahwin kecuali dgn penzina wanita atau orang kafir.."

shattirs:Kebiasaan yang kita dengar, selalunya jodoh ini mempunyai banyak persamaan antara si teruna dan si dara.Contohnya wajah yang lebih kurang sama,persamaan dari segi nama empunya diri,sifat dan peribadi yang tidak disedari akan persamaanya sehinggalah di ijabkabulkan,serta naluri dalaman mahupun luaran.

Umum mengehtahui Ajal,jodoh dan pertemuan ditangan Allah.Allah maha mengehtahui apa yang terbaik untuk hambanya,Sesungguhnya Allah tidaka akan menyusahkan umatnya bahkan antara hikmah kejadian makhluk didunia ini samada lelaki dan perempuan adalah untuk saling memudahkan antara satu sama lain,juga saling kenal-mengenali untuk kesejahteraan bersama.Saya amat tertarik dengan kata-kata mak Teh saya,beliau berkata "kalau dah Allah tetapkan dia jodoh kita,kita nak lari kat mana pun dah tak boleh".

Saya sendiri pernah ditanya rakan-rakan di tanah air.Mengapa kebanyakan ustaz ingin mencari seorang ustazah untuk dijadikan isteri dan begitu juga sebaliknya,habis siapa yang nak membimbing yang bukan dari golongan agama.?masing-masing jahil untuk membina sebuah keluarga bahagia yang diredhai ilahi.Apa yang dimaksudkan mereka ialah,kan baik kalau ustaz berkahwin dengn perempuan yang bukan dari golongn agama manakala ustazah berkahwin dengan lelaki bukan dari bidang agama.Saya tinggalkan persoalan ini untuk sidang pembaca sekalian.

Mudah-mudahan Allah mengurniakan kita jodoh dan takdir yang baik.insyaAllah,Amin ya RABB.

~Abu Nasri Pulang Ke Mesir~

Alhamdulillah,Abu Nasri akan pulang semula ke Mesir pada 11/4/2008.Semoga selamat sampai hendaknya.



shattirs: Lihatlah apa yang ditulis jangan melihat siapa yang menulis.. "

Brought to you by: shattirs

1 comment:

Anonymous said...

rajinye update blog...
nnt tolong update blog saya plak ye...
waasalam