Keluarga SHATTIRS

Keluarga SHATTIRS
Assalamualaikum WBT

SHATTIRS Followers

Popular Posts

Monday, February 2, 2009

Sony Ericson W 880 i Dalam kenangan



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد


1/2/2009 ~

Shattirs : "Sony Ericson W 880i dalam kenangan" itulah entri shattirs untuk kali ini.Kejadian tengah hari semalam (1/2/2009),merupakan kejadian yang kedua selepas kehilangan NOKIA 6630 pada tahun lepas setelah genap setahun (30/1/2008).

Ini kali kedua berlaku di bumi Mesir,bumi yang saya kira sangat bertuah dengan nikmatnya yang tak terhingga.Baikla,berbalik kepada tajuk asal entri kali ini,kehilangan Sony Ericson W 880i adalah sangat misteri.Panjang ceritanya,saya cuba pendekkan <--

Nampaknya jalan cerita kehilangan Sony Ericson ini lebih kurang jalan cerita yang sama sewaktu kehilangan Nokia 6630 dahulu (boleh baca post entri yang terdahulu).Cuma mungkin watak dan keadaanya sahaja yang berbeza.

Cuma apa yang membuatkan saya rasa bersyukur ialah sehari dua sebelum kehilangan henset tersebut,saya telah memasukan semua gambar-gambar dan video ke dalam laptop peribadi.Seperti kejadian yang terdahulu,tiga hari sebelum kejadian juga saya macam tidak boleh berpisah dengan Sony Ericson tersebut dan dapat rasa ada benda yang tidak baik akan berlaku.Nampaknya memang benarlah,tengah hari semalam Sony Ericson W 880i telah meninggalkanku buat selama-lamanya.

Modus operandi kejadiaan bermula ketika saya baru balik dari Ekspresi Persaudaran TANTA (Expert Games) anjuran DPM TANTA.Setelah program berakhir sekitar selepas solat zuhur,tanpa berlengah masa saya pun terus pulang ke rumah di Tanta Scan.Seingat saya henset Sony Ericson itu masih ada ditangan saya sehinggalah sampai di pintu masuk bawah rumah (rumah saya tingkat 5).

Ketika saya hendak masuk imarah rumah,saya lihat ada seorang pengemis perempuan(muda-umur-sekitar 30 tahun) sedang menungu dihadapan pintu bawah rumah.Tanpa saya sedari,saya telah ditahan oleh perempuan tadi yang nak minta sedekah (duit),beliau kata anaknya sedang sakit dirumah dan perlu dihantar segera ke hospital tetapi tiada wang.Setelah mendengar luahan hati perempuan tadi,tiba-tiba saya merasa amat kesian.

--> Maka Bermulalah Al-Kisahnya <--

Saya pun keluarkan sedikit wang untuk diberikan kepada perempuan muda arab tadi,ketika saya keluarkan duit,seingat saya,saya juga telah mengeluarkan dari poket baju yang sama henset Sony Ericson tersebut dan beberapa jumlah wang.Setelah saya melihat perempuan tadi,saya merasa diri ini seperti di'PUKAU',bila saya tersedar ,perempuan arab tadi sudah tiada dihadapan mata.Dengan tidak memikirkan sesuatu perkara berlaku,saya terus naik ke rumah dan masuk ke dalam bilik.

Tiba-tiba saya teringat utuk mesej kawan di Kaherah,ketika itulah saya lihat henset Sony Ericson saya sudah tiada di dalam poket baju yang dipakai ,turut hilang ialah sejumlah wang bernilai LE 30 Junaih.Tanpa membuang masa,saya kuatkan kudrat diri yang keletihan usai pulang dari bersukan selama 3 hari untuk mencari perempuan yang minta sedekah tadi.Habis seluruh Tanta Scan saya berjalan dan mencari beliau,tetapi agak malang,mungkin beliau sudah menghilangkan diri jauh dari pandangan mata .Saya terus ke kedai telefon arab untuk call nombor saya,,akan tetapi dengan pantas henset tadi telah ditiutup dan saya amat yakin dan percaya sim-card juga sudah dikeluarkan.

Saya terus menelefon dua insan istimewa di bumi Mesir ini untuk bagitahu kejadian yang berlaku.Walaubagaimanapun saya redha dan pasrah dengan apa yang terjadi.Inilah Ujian Allah untuk hamba-hambanya yang beriman dan bertaqwa mahupun ujian untuk seorang pejuang dan yang mahu berjuang dijalanya.Ini hanya ujian jecil jika ingin dibandingkan dengan ujian dan dugaan umat Islam di seluruh dunia terutamanya di palestin (GAZA),Iraq,Chechen ,Acheh dan di tempat-tempat konflik umat Islam yang lain.Ujian mereka adalah lebih berat dan besar.

Mungkin juga Allah nak gantikan yang lebih baik dari sebelumya,siapa tahu.Mudah-mudahan bergitulah hendaknya.AMIN.Terima kasih untuk sahabat2 di Mesir ni dengan kata-kata semangat dan nasihat.Walaupun kejadiaan itu baru berlaku ,tetapi dengan pantas boleh dikatakan ramai kawan-kawan yang tahu walaupun saya hanya bagitau beberapa orang sahaja.Terima kasih sekali lagi.

Tiba -tiba saya teringat us Kamal (guru saya di KISAS),beliau juga antara insan yang kehilngan henset sebanyak 2 kali ketika belajar di sini suatu ketika dahulu.Buat sementara waktu saya nak berhenti dahulu mengunakan hesnet,insyaAllah nanti bila sudah pakai npmbor baru,saya akan maklumkan kepada rakan-rakan semua.Nasib baik saya ada simpanan 1 lagi henset tetapi tiada bateri.(yang pasti nasihat saya untuk diri ini dan rakan-rakan semua,jangan pakai henset jenama NOKIA->Boikot produk Israel/Usa) <-

Shattirs :Saya tak nak bagitau keluarga dahulu sebab tak nak menyusahkan keluarga dengan hadiah henset untuk kali ke 3.Terima kasih untuk kawan-kawan sekali lagi,sebenarya saya tak nak cerita benda ni,tetapi ramai kawan-kawan yang desak supaya saya cerita dalam blog shattirs ini.

Untuk makluman semua,masyarakat arab Mesir memang kaya dengan ilmu sihir dan ilmu Pukau memukau ini,sehinggakan tahun lepas jiran sebelah rumah saya ni nak ajarkan saya ilmu tersebut,tetapi saya tolak kerana tidak mendatangkan sebarang faedah untuk diri.

Banyak kejadian kehilangan harta benda yang menimpa pelajar-pelajar Malaysia di sini.
Cuma nasihat saya untuk diri ini dan semua pembaca blog shattirs,lazimilah membaca apa jua ayat-ayat suci Al-Quran ketika berada di luar rumah,sebagai pelindung dari syaitan dan iblis.Mudah-mudahan Allah melindungi kita semua dari ancaman mahupun ujian yang menimpa,samada kita sedari mahupun tidak.



::Nice View::

Esoknya-->2/2/2009 ->Di Negeri kelantan,MALAYSIA~

Sumber : Utusan Malaysia



AMIR Hamzah Ibrahim menunjukkan gambar dipercayai warga Arab yang melakukan samun menggunakan pukau di Kota Bharu, kelmarin.

~~Waspada Penipuan Lelaki, Wanita Arab~~


KOTA BHARU 2 Feb. - Polis Kelantan meminta para peniaga di daerah ini berwaspada dengan sindiket penipuan yang dilakukan warga asing dipercayai berketurunan Arab sejak akhir-akhir ini.

Timbalan Ketua Polis Negeri, Senior Asisten Komisioner II, Amir Hamzah Ibrahim berkata, polis kini sedang memburu kumpulan tersebut yang terdiri daripada lelaki dan wanita dari negara Timur Tengah.

Beliau berkata, kumpulan itu dipercayai aktif melakukan kegiatan mereka di premis perniagaan seperti pasar raya, kedai emas dan runcit yang mempunyai mesin pengiraan wang.

"Modus operandi mereka ialah menggunakan taktik ingin menukar wang dan meminta mangsa menukarkan wang tersebut.

"Mereka kemudian bertindak mengambil sendiri wang itu setelah mangsa membuka mesin pengiraan wang itu," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Sejak sepuluh hari lalu, kumpulan itu dikatakan terlibat dalam 10 kejadian samun serta pukau di sekitar bandar ini dan Machang.

Amir Hamzah berkata, kumpulan itu dikatakan menggunakan kaedah pukau kerana mangsa tidak menyedari wang tersebut telah dicuri sehinggalah kumpulan itu beredar.

"Selain itu, kumpulan ini juga menggunakan taktik dengan menyuruh mangsa menunjukkan jumlah wang yang banyak untuk ditukar dengan wang yang dimiliki mereka dalam mata wang Amerika Syarikat.

"Mereka dipercayai menggunakan kereta Proton Perdana berwarna perak bernombor pendaftaran palsu BSK 9482," katanya.

Brought to you by : shattirs

No comments: